The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMKTK Kuala Pilah, 2019-12-04 22:40:46

minit 4 2019 mpei baru-converted

minit 4 2019 mpei baru-converted

MINIT MESYUARAT PANITIA MPEI BILANGAN 4 TAHUN 2019
(EKONOMI, PERNIAGAAN DAN SAINS RUMAH TANGGA)
SMK TUNKU KURSHIAH, KUALA PILAH

Tarikh : 15 November 2018
Hari : Jumaat
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Guru

Hadir :

1. Puan Hajah Siti Hanim binti Daud
GKMP Tek & Vok /Guru SRT

2. Puan Norfaizah binti Mohamad Yusof
Guru Perniagaan/Ekonomi

3. Puan Nor Azura binti Maulud
Guru Ekonomi

4. Puan Nurulsyuhada binti Muhamed Pengerusi
Ketua Panitia MPEI/Guru Perniagaan

Tidak hadir bersebab:

1. Puan Noor Azlina binti Mohamad ( menunaikan umrah)
Guru SRT/Perniagaan

1.0 PERUTUSAN

1.1 Pengerusi

1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang dapat
hadir ke Mesyuarat Panitia di bawah Bidang Teknik dan Vokasional bil
4/2019.

1.2 GKMP Tek & Vok

1.2.1 Puan Siti Hanim binti Daud mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
panitia RBT dan MPEI yang telah melaksanakan semua program yang telah
dirancang.

1.2.2 Kerja kursus SPM Perniagaan (5 Teratai dan 5 Melati) dan Sains Rumah
Tangga (Fasa 2-5 Cempaka dan fasa 1- 2020 SPM) telah dapat dilengkapkan
mengikut masa yang telah ditetapkan. Penataran dan moderasi penskoran
telah disempurnakan oleh pentaksir kawasan.

1.2.3 Begitu juga dengan RBT PT3, telah selesai moderasi tanpa perlu semakan
semula kerana guru-guru akur dengan penskoran.

Makluman

1.2.4 Diharapkan juga guru Ekonomi dan Perniagaan meneruskan kelas bimbingan
sehingga tarikh peperiksaan SPM sebenar.

Tindakan : Guru Ekonomi dan Perniagaan

1.2.5 Pengerusi juga berharap semua guru cakna dengan amanat yang
disampaikan oleh tuan pengetua dan GPK Akademik dalam mesyuarat guru
dan kurikulum yang ke 4. Guru-guru juga diingatkan supaya membudayakan
TS25 dalam semua bidang

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BILANGAN 3 TAHUN 2019 BERTARIKH 22
OGOS 2019

2.1 Minit mesyuarat bilangan 3 tahun 2019 telah disahkan seperti berikut:

Cadangan : Puan Hajah Siti Hanim binti Daud

Sokongan : Puan Norfaizah binti Mohamad Yusof

3.0 Perkara berbangkit
Tiada perkara berbangkit

4.0 Penilaian dan Peperiksaan
4.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa

4.1.1 Semua ahli panitia perlu mengisi markah dalam SAPS segera kerana tarikh
akhirnya ialah pada hari ini iaitu 15 November 2019

Tindakan : Semua guru

4.1.2 Pembentangan post mortem Peperiksaan Akhir Tahun Perniagaan tingkatan
4M dan tingkatan 4T. (lampiran)

4.1.3 Pembentangan post mortem Peperiksaan Akhir Tahun Ekonomi tingkatan 4C
(lampiran)

4.1.4 Pembentangan post mortem akhir tahun SRT 4 Cempaka.(lampiran)
Makluman

4.1.5 Semua guru dapat membuat intervensi sebagai persediaan SPM 2020. Post

5.0 PBD mortem tersebut juga perlu diserahkan kepada PK Pentadbiran selewat-
5.1
lewatnya 20 November 2019 Tindakan : Ketua panitia

Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa

5.1.1 Semua murid SRT menguasai tahap penguasaan 4 .Enam orang melepasi
TP 6 kerana sering membantu rakan dan hasil kerja boleh dijadikan contoh.
Manakala bagi tingkatan 5, keseluruhan murid mendapat TP 6 kerana amali
masakan berjaya dan ada inovasi daripada resepi asal.

5.1.2 PBD Perniagaan untuk tingkatan 4, keseluruhan murid dapat mencapai TP 4
manakala untuk tingkatan 5 kebanyakan pelajar dapat mencapat TP 5.

5.1.3 Keseluruhan pelajar tingkatan 4 dan 5 Ekonomi mencapai TP5
Makluman

6.0 Pengurusan Panitia
6.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa

6.1.1 Semua perancangan panitia yang melibatkan OPPM, Pelan Operasi
dan Kewangan perlu dihantar selewatnya pada 26 November 2019.
Pengerusi mengingatkan semua ahli panitia membuat perancangan
program mengikut TS 25.

Tindakan : Semua ketua panitia

6.1.2 Antara cadangan program peningkatan kompetensi guru dalam
panitia:
-Membuat PLC sekurang-kurangnya 4 kali setahun
-Membuat book review setiap kali mesyuarat (sediakan senarai
pembentang)

Tindakan :Ketua Panitia

6.1.3 Fail / Buku Rekod Mengajar.

Fail / buku rekod masing-masing perlu dilengkapkan sebelum cuti

persekolahan bermula.Rancangan mengajar mingguan mestilah

lengkap 43 minggu. Fail / buku rekod merupakan bahan rujukan

penting untuk urusan kenaikan pangkat. Semua guru juga perlu

melengkapkan borang pertemuan / perbincangan professional. Guru

yang menggunakan fail perlu menyusun semua kandungan fail dan

menjilidnya sendiri sebelum di serah ke pejabat pada 20 November

2019 Tindakan : Semua guru

6.1.4 Semua guru juga diharap dapat melengkapkan pencapaian murid di
dalam borang Perekodan Pentaksiran (PBS / PBD) mengikut format
perekodan mata pelajaran masing-masing dan dilampirkan dalam fail
Rekod Mengajar atau buku rekod mengajar.

Tindakan : Semua guru

6.1.5 Setiap RPH disemak dan aktiviti pdpc perlu dinyatakan dengan
terpeinci. Pendokumentasian ini penting sebagai eviden
skpmG2.(Standard4). Sekolah telah dipilih menjadi sekolah inspirasi
SkpmG2 yang akan menjadi rujukan sekolah lain

. Tindakan : Semua guru

6.1.6 Keberhasilan/PBPPP perlu dihantar kepada penilai pertama
selewatnya 18 November 2019. Borang perlu disemak dan
dilengkapkan dengan penilaian kendiri markah akhir tahun. Sasaran
yang dibuat perlulah boleh dikira dan memberi impak kepada bidang
tugas.

Tindakan : Semua guru

6.1.7 Semua ketua panitia mata pelajaran perlu menyediakan anggaran
perbelanjaan untuk tahun 2020. Anggaran perbelanjaan boleh
dihantar kepada Ketua Panitia MPEI melalui aplikasi telegram
sebelum 22 November 2019.

Tindakan: Guru MPEI

6.1.7 Semua peruntukan PCG untuk Ekonomi pada tahun ini telah habis
digunakan. PCG SnRT berbaki RM114.00 yang akan digunakan untuk
persediaan murid T5 2020

Makluman

7.0 Perancangan Awal Tahun 2020

7.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa

7.1 .1 Agihan guru mengajar 2020

MATA PELAJARAN KELAS NAMA GURU
Sains Rumah Tangga 4 Cempaka Puan Noor Azlina / Siti Hanim
Perniagaan 5 Cempaka Puan Noor Azlina / Puan Siti
Hanim
Ekonomi 4 Melati Puan Nurulsyuhada
4 Teratai Puan Norfaizah
5 Melati Puan Norfaizah
5 Teratai Puan Nurulsyuhada
4 Cempaka Puan Nor Faizah
5 Cempaka Puan Nor Faizah

7.1.2 Untuk mencukupkan jumlah waktu mengajar guru-guru akan diagihkan mata
pelajaran lain mengikut keperluan.
Makluman

8.0 Hal-Hal Lain

8.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa
8.1.1 Sekolah telah ditawarkan untuk menggunakan pembelajaran atas
talian “Learning Port Interactive” secara percuma selama sebulan
pada tahun hadapan. Program ini merupakan Khidmat
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) lLearning Port Sdn. Bhd.
Learning Port Interactive ini adalah merupakan sumber bahan
pengajaran dan bahan ulangkaji atas talian bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Makluman

8.1.2 Tahniah kepada Puan Nor Faizah binti Mohamad Yusof kerana telah berjaya

mendapat tempat kedua peringkat Derah Kuala Pilah dalam pertandingan

inovasi dan mendapat pingat perak pada peringkat Negeri Sembilan. Diharap

kejayaan yang dicapai oleh Puan Norfaizah binti Mohamad Yusof menjadi

semangat dan inspirasi kepada guru-guru lain. Adalah diharapkan juga Puan

Norfaizah boelh menjadi mentor kepada ahli panitia MPEI untuk

menghasilkan inovasi. Makluman

8.1.3 Semua ketua panitia diharap mengemaskini oppm di dalam fail panitia.
Dalam pelan operasi perlu nyatakan penilaian dan penambahbaikan bagi
setiap program yang telah dijalankan. Jika program tersebut digugurkan,
nyatakan justifikasi.

Tindakan : Ketua panitia

8.1.4 Ketua panitia perlu memasukkan semua minit mesyuarat kurikulum dan
panitia yang telah dijalankan sepanjang tahun dalam fail panitia.
Pendokumentasian ini penting sebagai eviden skpmG2.

Tindakan : Ketua panitia

8.1.5 Guru-guru yang memegang bilik khas perlu memastikan bilik dalam
keadaan bersih sebelum cuti dan kunci yang dilabel diserahkan ke pejabat.

Makluman

PENANGGUHAN MESYUARAT
i. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua ahli mesyuarat.
ii. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.
iii. Mesyuarat Panitia Bil.1/2020 akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan
kemudian

Disediakan oleh:
Setiausaha Mesyuarat Panitia Bil.4/2019
Tarikh : 15 Nov 2019


Click to View FlipBook Version