Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu
Tugasan 1
Nur Sakiinah Iasha binti Masri
PPISMP BMSK 6
Kandungan Penghargaan
1.0: Pengenalan sastera
2.0: Konsep kesusasteraan Melayu
3.0: Fungsi kesusasteraan Melayu
4.0: Manifestasi akal budi masyarakat
Melayu dalam puisi tradisional
5.0: Kesimpulan
6.0: Rujukan
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Dr Rahmah binti Abd Ghani, pensyarah subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
(BMMB1104) di atas kepercayaan beliau untuk memberikan tugasan ini kepada saya dan
juga rakan seperjuangan saya. Beliau telah banyak membantu saya sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini, secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Saya juga ingin menzahirkan penghargaan saya kepada keluarga saya yang telah
banyak mendorong dan memberikan semangat kepada saya untuk terus berdedikasi
menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dan membimbing saya
sepanjang proses menyiapkan tugasan. Saya juga memperoleh banyak pengetahuan dan
ilmu baru sepanjang melaksanakan tugasan ini yang memberi seribu satu makna dalam
hidup saya. Alhamdulillah.
1.0 dmdptaskakreedayndaaDneranjaardhkaangcnypeiakliegasaamt,lmiutrmojbastbuanaeabeskakpdmnrnemralotuig.rbkatunaiuaeaasstlnnnniknyeiisKsrtak.uuiesrfrdnkaisktkniaupkbarlatlesaaaannaeKnantgdiomle.s-dvieitssienskeudie,liBorsi,lkbnakaaaeaaaahsiicrgnlntanoeea,sdhkrmriaapeaakemdhemneanKaankisnea,gnnae,urnirbsamuyaadnesasnbrgipjmtagaauksremnsaeougoraagsnrsmaaasaitaia,aainnl
Pengenalan
2.0
Konsep
kesusasteraan
Melayu
2.1: Takrif
Istilah sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu susastera bermaksud
kitab suci (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008). Menurut Abd Rahim Ismail &
Khairuddin Mohamad (2017), perkataan “su” bermaksud elok, indah atau
cantik. “Sas” pula bermaksud berikan panduan, ajarkan atau arahkan.
Manakala “tera” membawa maksud media, karya, bahan atau pemikiran
pengarang yang terhasil daripada pengamatan, pembacaan, ilham atau
pengalaman yang dilalui. Oleh itu, sastera ditakrifkan sebagai karya bahasa
sama ada lisan atau tulisan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dan mempunyai
nilai seni dalam penciptaannya yang berbeza dengan penggunaan seharian
(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).
S Seni bahasa yang indah
Akaliah atau sisipan ilmu dan
Menurut Arba'ie Sujud et al., AS pemikiran pengarang
(2008), sastera merupakan S Sensori atau daya sensitiviti
salah satu bidang seni kreatif T pengarang
yang menggunakan bahasa Tersurat dan tersirat
sebagai medium pengantarnya. E
Secara ringkasnya, sastera Estetika atau keindahan dari
dilengkapi dengan unsur-unsur R segi bahasa
yang berikut;
Realiti kehidupan
A
Alternatif
2.2:
Jenis sastera
2.3: Bentuk sastera
2.4: Ciri sastera
Merupakan gaya dan lenggok bahasa Keindahan Mencerminkan
yang digunakan dalam karya sastera pengalaman
untuk menyerlahkan keindahan sesebuah
hasil karya
Karya seni yang indah merangkumi
keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan
penekanan untuk membentuk keutuhan.
Pengalaman merujuk kepada tindak balas
yang utuh daripada jiwa manusia yang Pembaca memahami hasil
karya melalui peristiwa
tergambar dalam realiti sastera yang dialami
Pembaca mesti sedar
Pengalaman diceritakan melalui akan nilai-nilai yang Ciri-Ciri
terdapat dalam hasil Sasters
penggunaan bahasa dalam sastera yang karya sastera tersebut
dapat meneruskan fikiran, perasaan dan
imaginasi pengkarya bagi membolehkan
pembaca menghayati, memikirkan dan
merasakan mesej yang ingin disampaikan
oleh pengkarya
Bersifat fiksyen: karya sastera dihasilkan melalui Pengalaman Karya seni
imaginasi pengkarya. Daya imaginasi amat penting seni
dalam penghasilan sesebuah karya fiksyen agar
pembaca dapat menghayati kenyataan dan masalah
sesebuah karya ke dalam bentuk konkrit
Nilai-nilai estetik: bagi membolehkan pengkarya
meluahkan isi hati dengan lebih jelas dan mendalam
Gaya bahasa yang khas: penggunaan bahasa dalam
karya sastera dan karya bukan sastera adalah
berbeza. Karya sastera menggunakan bahasa yang
lebih kompleks dan puitis untuk menarik perhatian
pembaca membaca dan menghayatinya
3.0
Fungsi
Kesusasteraan
Melayu
3.1: Alat pendidikan
Kesusasteraan Melayu berfungsi sebagai alat pendidikan
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Hal ini demikian kerana
pengarang-pengarang menterjemahkan pengalaman-
pengalaman mereka ke dalam kisah-kisah yang ditulis yang
merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sosiologi, agama,
politik dan ekonomi. Selain itu, pengalaman mereka akan
digabungkan dengan unsur-unsur moral, nilai murni dan
pengajaran yang tinggi untuk memberi didikan secara
tidak langsung kepada pembaca. Oleh itu, jelaslah bahawa
kesusasteraan dapat menjadi alat pendidikan kepada
masyarakat.
3.2: Kritikan sosial
Kritikan sastera merupakan suatu Kritikan sosial dalam sastera amat
bentuk komunikasi dalam penting kerana ia berfungsi sebagai
masyarakat yang membawa fungsi penyampai mesej kepada pembaca.
mengawal jalan sesuatu cerita Sebagai contoh, dalam cerita Pak
dalam sistem bermasyarakat. Pandir, Pak Pandir memegang watak
Terdapat tiga perkara yang yang terlalu bodoh sehingga
dititikberatkan dalam kritikan mendatangkan banyak kesan buruk
sosial iaitu menilai, membanding kepada dirinya. Cerita tersebut
dan mengungkap mengenai suatu mengkritik orang-orang yang tidak
perkara yang mesti berkait rapat menggunakan akal fikiran mereka
dengan nilai-nilai untuk dijadikan dengan baik. Oleh itu, jelaslah
pedoman dalam kehidupan. bahawa sastera berfungsi sebagai
kritikan sosial untuk memberikan
nilai moral dan teguran kepada
masyarakat.
3.3: Pemikiran para penulis menentukan hala tuju dan
Dakwah sasaran karya mereka, sama ada mempunyai nilai
dakwah dan tarbiah atau sebaliknya (Ahmad Zahiruddin
Mohd Zabidi & Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid,
2014). Para penulis menggunakan bidang penulisan
seperti cerpen dan novel sebagai wasilah
menyampaikan mesej dakwah kepada pembaca. Karya-
karya tersebut akan memasukkan sifat dan ketinggian
Allah SWT agar dapat membantu pembaca mengenali
dengan lebih dekat tentang agama. Sebagai contoh,
Syair Perahu karya Hamzah Fansuri yang bertujuan
untuk mengajarkan agama Islam. Oleh itu, menurut
Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi (2020), pelbagai jenis
pemikiran, teknik dan gaya digunakan dalam penulisan
dakwah bagi tujuan tersebut.
Sastera juga berfungsi sebagai alat hiburan 3.4:
kepada masyarakat (Muhd Norizam Jamian & Hiburan
Shaiful Bahri Md Radzi, 2015). Hal ini demikian
kerana orang-orang Melayu terdahulu
mengamalkan cara hidup tradisional dan tidak
mempunyai media hiburan beranggapan bahawa
karya-karya sastera berupaya menghiburkan hati
pembaca terutamanya setelah penat bekerja. Oleh
itu, lahirlah karya sastera yang mendatangkan
keseronokan yang indah. Hiburan tercipta melalui
keindahan kata-kata yang diungkapkan. irama yang
tersusun, kemampuan sastera untuk membelai
emosi pembaca atau pendengar unsur kelucuan dan
lain-lain. Karya-karya tersebut akan membawa
ketenangan dan dapat merehatkan minda. Sebagai
contoh, sajak dan pantun yang dilagukan sebagai
sumber hiburan.
4.0
Manifestasi akal
budi masyarakat
Melayu dalam
puisi tradisional
Menurut DBP (2005), manifestasi
akal budi ialah perbuatan, ucapan
atau lain-lain yang memperlihatkan
kebijaksanaan dalam menyampaikan
idea dan pemikiran.
Gurindam Jiwa merupakan pantun yang ditulis oleh 4.1: Pantun
Hamzah Hussien dan dinyanyikan oleh Rafeah Buang
dan R.Ismail. Gurindam Jiwa mengisahkan tentang
percintaan sepasang kekasih.
Dalam rangkap pertama, si kekasih berpesan
kepada pasangannya “intai kami antara nampak”
iaitu sentiasa menjenguk keadaannya supaya “esok
jangan rindu-rinduan”. Menurut Zurinah Hassan et
al., (2008), pembayang pantun tersebut
menggunakan unsur alam iaitu padi yang berada
dalam keadaan “antara masak” bagi menunjukkan
padi tersebut belum masak. Dalam konteks
masyarakat Melayu, petani-petani akan mula
bersedia untuk menuai padi pada ketika itu kerana
bimbang sekiranya terlambat menuai, padi yang
ditunggu akan layu dan tidak sempat dituai. Hal ini
demikian kerana sekiranya padi ditunggu masak, maka
“esok jangan layu-layuan” atau dalam erti kata lain,
tidak sempat menuainya. Oleh itu, dari segi falsafah,
pantun ini memberi penekanan terhadap masa dan
peluang dalam hubungan percintaan.
4.2: Syair Syair Perahu ditulis oleh Hamzah Fansuri bertemakan nasihat
tentang perjalanan hidup dan pengajaran agama. Dalam syair
ini, beliau mengadunkan ilmu tasawuf dengan kesenian
penggunaan bahasa Melayu yang tinggi (Zurina Abdullah et
al., 2017).
Dalam rangkap kedua, Hamzah Fansuri memberi peringatan
kepada anak muda untuk mengenali diri sendiri. Beliau
mengumpamakan manusia sebagai “perahu” kerana perahu
merupakan alat pengangkutan yang boleh membawa manusia
ke tempat yang dituju. Oleh itu, “perahu” menggambarkan
kehidupan manusia yang seharusnya memiliki hala tuju
sendiri. Perahu juga ditakrifkan sebagai kesabaran dan
ketahanan kerana perahu akan berdepan dengan ombak dan
badai sebelum tiba ke destinasi. Beliau memberi peringatan
kepada anak muda agar sentiasa sabar ketika menghadapi
dugaan. Baris ketiga iaitu “tiadalah berapa lama hidupmu”
digunakan kerana sejauh mana perahu berlayar, akhirnya akan
sampai juga ke destinasi menunjukkan bahawa jangka hayat
manusia di dunia tidak panjang dan akhirnya hanya “ke
akhirat jua kekal hidupmu”. Oleh itu, rangkap kedua syair
tersebut memberi nasihat kepada anak muda untuk sentiasa
mengambil peluang yang tersedia dalam kehidupan.
4.3: Gurindam
Gurindam Dua Belas: Fasal Kedua ditulis
oleh Raja Ali Haji yang menerapkan hal
keagamaan.
Raja Ali Haji menerapkan rukun-rukun
Islam dalam gurindam ini seperti kewajipan
solat, puasa, zakat dan haji yang wajib
dilaksanakan sebagai orang Islam. Beliau
juga memesan tentang kesan sekiranya
meninggalkan kewajipan tersebut. Dalam
rangkap kedua, solat diumpamakan sebagai
“tiang” manakala kehidupan diumpamakan
sebagai “rumah”. Hal tersebut
menunjukkan bahawa kehidupan tidak akan
lengkap tanpa mengerjakan solat.
mdmkSemedepeednDbnepFeelanagpeacsomiasrniyglaanmeerklruhraoaauistncahrarumnkeemamsiaautdibgtnnnensartPipaukgtgiugl.naakaankragm.MsaakianahghrPunknnenpoagaeynakhgKnnapnsnTaanyeayngknauagkiwarmaaenksdruaaamnaapumagddunnnregtnptuaaaktaadpakgudktlkanbakradiak”eikgmiefiGkmanttakprkiniehpPal(ltkaegkmraeaaneMaddtadeuz“krkltineua,atpuagaugemnimnalhhiarksii“Kkdaspa,iaezkfaenamamunmaiednbdd2lnkapommeaamuiuu0iyienrnmsnrtrksadaa2legaeagaandiirn1ksnekslyku)auyaejmtaaZp.heashaidmsrldaadeaktknaaia“aukiamknepegnnsndhakspdapnaggMaunutesaiota(sDerlsdaeurndanNupameabnngab,anoruuygoikppmmssirjdnaa”anaeuaadeagtnhmgtssinkiaslegsk.uauganyaitbatnans,keaTsehdmatguurkyatPriruirabhrnkeakealmasuAaiu.aadarkrnku,tdabkandaaaidr”tkianaktkpuaK2skms.nsJaaapeltiaa0ueanatno”ernddd2bsynmknauua1aaaPjPn.karab)ayrldaastaiedakkeekHrui&“uyrinenst.amnagutuKgshlintaeaaaMkyKaiugstddklnaialakuoientsaaunrdhikuitnkagdudadgiaklrik 4.4: Seloka
Kesimpulannya, kesusasteraan 5.0
memainkan peranan yang amat Kesimpulan
signifikan dalam masyarakat
Melayu. Masyarakat Melayu juga
banyak menyelitkan nasihat,
sindiran dan hiburan melalui bahasa
yang tersurat dan tersirat. Oleh
itu, kita hendaklah sentiasa
berusaha untuk menjaga karya-
karya sastera demi memastikan
masyarakat Melayu kekal dengan
keindahan budi tersebut.
6.0
Rujukan
Sekian terima
kasih
Ada sebarang soalan?