The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siowleekian, 2023-10-03 06:59:48

BUKU PROGRAM TOWN HALL JPNS ZON TAWAU 2023

BUKU PROGRAM LATEST

UCAPAN PERASMIAN PENGARAH JPN SABAH TOWN HALL INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2023 ________________________________________________________________________ As’salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera. Salam SEPAKAT Sabah Hebat..... Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, maka kita dapat bersama-sama dalam Sesi Town Hall Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah iaitu program yang dilaksanakan dibawa Pelan Inisiatif #104 – Peningkatan daripada Pra Sekolah Hingga Ke Menengah Atas Tahun 2023. Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah, selaku penganjur bersama bagi sesi pada hari ini, yang mana merupakan Town Hall yang dilaksanakan di bawah kelolaan Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah. Tidak dilupakan juga wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Tawau, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta wakil daripada Jabatan Kesihatan. Kehadiran dan komitmen tuan-tuan dalam menjayakan misi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ini amat kami hargai. Tuan/puan, saya amat berharap Town Hall ini adalah satu platform bagi kita mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat yang lebih jelas dan tepat berkaitan prosedur IPS, iaitu memastikan pelaksanaan sistem pengawal seliaan dan penguatkuasaan yang lebih efektif selaras Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550). Saya juga percaya program ini dapat memantapkan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta yang telah digariskan dalam dasar pendidikan swasta. Sehubungan itu adalah diharapkan semua pendaftaran IPS mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan ini adalah merupakan tujuan kita menjemput tiga agensi yang berkepentingan bersama-sama hari ini bagi membantu para pengusaha memahami lebih jelas prosedur pengoperasian IPS. Tuan-tuan yang saya hormati, kewujudan IPS tidak dinafikan dalam membantu usaha pembangunan pendidikan di negeri Sabah. Iaitu seiring dengan hasrat kerajaan menyediakan peluang pendidikan untuk semua, sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Bertepatan dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah “Anak Baik lagi Cerdik” (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, ketrampilan diri sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain cemerlang kognitif dan psikomotor. Bagi memastikan hasrat ini tercapai penguasaan ilmu psikologi, sains, teknologi dan maklumat dikalangan guru-guru juga perlu diperkasakan agar dunia pendidikan lebih harmoni dan berdaya saing di peringkat global.


Tuan-tuan yang saya hormati sekalian, antara tujuan utama Town Hall ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan juga misi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam pengurusan Pendidikan Swasta di negeri Sabah. JPN Sabah memfokuskan dan bertindak balas kepada perubahan dan keperluan dalam industri pendidikan swasta di samping pemurnian dan penetapan piawaian IPS yang mana akan memperkasa penguatkuasaan ke atas IPS. Selain itu, JPN Sabah akan terus menerajui kerjasama pintar dalam kalangan institusi Pendidikan Swasta kerana kita menyokong penubuhan IPS sebagai penyumbang kesejahteraan ekonomi negara. Banyak IPS yang beroperasi di seluruh negeri Sabah bagi menyediakan peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara asing yang mempunyai dokumen sah. Walaupun IPS ini beroperasi sepenuhnya dengan pembiayaan sektor swasta, namun penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan pengoperasiannya adalah tetap tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang terkandung di dalamnya. Akhir sekali JPN Sabah mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan Town Hall ini. Tinggi harapan saya semoga sasaran yang ditetapkan akan mampu dicapai. Saya juga mendoakan semua hadirin yang hadir terus memastikan mutu dan kualiti pendidikan negara terus diberikan keutamaan dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa. Saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian. Terima kasih YBrs. Tuan Haji Raisin Bin Saidin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.


UCAPAN ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH TOWN HALL INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2023 ________________________________________________________________________ As’salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera. Salam SPS Berfokus, Cepat, Tepat dan Berintegriti.... Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, maka kita dapat bersama-sama dalam Town Hall Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Zon Tawau Tahun 2023. Terima kasih kepada JPN Sabah kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengelolakan program ini. Tidak dilupakan juga wakil-wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, wakil dari Jabatan Kesihatan, wakil dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan juga wakil dari Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Kota Kinabalu. Kehadiran dan komitmen tuan-tuan dalam menjayakan program ini amat kami hargai. Tuan/puan, saya amat berharap Town Hall Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ini merupakan satu platform bagi kita mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat yang lebih jelas dan tepat berkaitan prosedur penubuhan IPS iaitu memastikan pelaksanaan system pengawal seliaan dan penguatkuasaan yang lebih efektif selaras Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550). Saya juga percaya program ini dapat memantapkan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju Pendidikan swasta yang telah digariskan dalam dasar pendidikan swasta. Sehubungan itu adalah diharapkan semua penubuhan dan pendaftaran IPS mematuhi perundangan dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan ini adalah merupakan tujuan kita menjemput tiga agensi yang berkepentingan bersama-sama hari ini bagi membantu para pengusaha memahami lebih jelas prosedur pengoperasian IPS. Tuan-tuan yang saya hormati sekalian, tujuan utama Town Hall Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan juga misi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam pengurusan Pendidikan Swasta di negeri Sabah. JPN Sabah memfokuskan dan bertindak balas kepada perubahan dan keperluan dalam industri pendidikan swasta di samping pemurnian dan penetapan piawaian IPS yang mana akan memperkasa penguatkuasaan ke atas IPS. Selain itu, JPN Sabah akan terus menerajui kerjasama pintar dalam kalangan institusi Pendidikan Swasta kerana kita menyokong penubuhan IPS sebagai penyumbang kesejahteraan ekonomi negara. JPN Sabah khususnya Sektor Pengurusan Sekolah mengucapkan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan Program Jelajah BPSwasta ini. Tinggi harapan saya semoga sasaran yang ditetapkan akan mampu dicapai. Saya juga mendoakan semua hadirin yang hadir terus memastikan mutu dan kualiti pendidikan negara terus diberikan keutamaan dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.


Akhir sekali saya bagi pihak rakan rakan PPD yang lain menyokong penuh Program Town Hall Zon Pantai Timur 2024 ini diadakan lagi di Daerah Tawau tahun hadapan. Saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian. Terima kasih Ybrs. Tuan Haji Abidin bin Marjan K.M.N., B.S.K. Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


LATAR BELAKANG Program Town Hall Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2023 Zon Tawau yang akan dilaksanakan merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 yang memfokuskan serta menyediakan akses dan ekuiti pendidikan kepada murid dari pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Pelaksanaan program ini berfokus kepada institusi pendidikan swasta kategori Tadika Swasta dengan usaha untuk mencapai Inisiatif #104 yang merupakan satu daripada strategi untuk meningkatkan enrolmen kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ di samping menggalakkan tadika-tadika swasta mendaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Data yang diperoleh oleh BPSwasta mendapati bahawa sebahagian besar keciciran enrolmen murid berumur 4+ dan 5+ adalah kerana murid mendapat pendidikan awal kanak-kanak di institusi pendidikan swasta yang tidak berdaftar. Pendaftaran tadika swasta ini adalah penting dalam memastikan pengagihan sumber, bantuan kerajaan serta sokongan seperti penyediaan latihan bagi meningkatkan pembangunan modal insan dan kemenjadian murid disalurkan dengan lebih berkesan. Ruang turut dibuka kepada Institusi-institusi Pendidikan swasta kategori Sekolah dan pusat untuk turut serta dalam Program Town Hall Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2023 Zon Tawau ini.


OBJEKTIF Objektif program adalah untuk: 3.1 Meningatkan data enrolmen kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun; 3.2 Menggalakkan tadika swasta berdaftar dengan KPM; 3.3 Menyelaras maklumat dan peraturan terkini berkaitan urusan rasmi tadika swasta dengan Bahagian di KPM dan agensi yang berkaitan; 3.4 Meningkatkan kerjasama strategik di antara agensi-agensi yang berkaitan dengan penubuhan dan pendaftaran IPS seperti pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain. 3.5 Meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak di institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM. KUMPULAN SASARAN Pengusaha tadika swasta yang belum berdaftar dan telah berdaftar di bawah agensi lain seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Pelaksanaan program ini turut melibatkan agensi-agensi berkaitan dalam penubuhan dan pendaftaran IPS seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Majlis Agama Islam Negeri.


ATURCARA PROGRAM TOWN HALL 7.30 pagi Ketibaan peserta dan urus setia Ketibaan tetamu jemputan dan agensi berkaitan 8.30 pagi Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Timbalan Pengarah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 8.45 pagi Ketibaan Perasmi YBrs. Tuan Haji Raisin bin Saidin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku Persembahan Sambut Tamu (Sekolah Tinggi Sabah Cina, Tawau) Bacaan Doa Ucapan Alu-Aluan YBrs. Tuan Haji Abidin bin Marjan K.M.N., B.S.K. Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ucapan Perasmian YBrs. Tuan Haji Raisin Bin Saidin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Gimik Perasmian Town Hall 2023 Penyampaian Sijil dan cenderamata Persembahan Melo Drama (Sekolah Menengah Visi, Tawau) Lawatan ke Tapak Pameran 9.30 pagi Taklimat Penubuhan dan Pendaftaran oleh Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia. 10.00 pagi Sesi Dialog 01.00 petang Majlis Bersurai


JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Ybrs.Tuan Haji Raisin bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Abidin Marjan Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Setiausaha : Tuan Haji Abdullah bin Sarudin Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah Penolong Setiausaha I : Tuan Haji Mohd Idris bin Haji Puteh Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah Penolong Setiausaha II : Encik Amly bin Ali Amat Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah Bendahari : Puan Azizah @ Ajijah binti Haji Baba Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan (Kewangan, Akaun dan Pentadbiran) Ahli : Semua Timbalan Pengarah Semua KPPK Sektor Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Semua KPP Sektor


JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM TOWN HALL INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH ZON TAWAU TAHUN 2023 Pengerusi : Tuan Haji Abidin bin Marjan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Sabah Timbalan Pengerusi I : Tuan Hj. Abdullah bin Hj. Sarudin Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Timbalan Pengerusi II : Puan Hajah Norlela binti Ansley Timbalan PPD Sektor Perancangan, PPD Tawau Timbalan Pengerusi III : Encik Mohd Azreen bin Abbas Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Tawau Setiausaha : Encik Amly bin Ali Amat Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Bendahari : Puan Zunikah binti Idris Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Penyelaras : Tuan. Hj. Mohd Idris Bin Hj. Puteh Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Penolong Penyelaras : Encik Azlan bin Alidi Penolong Pegawai (PPD Tawau) Protokol : Tuan. Hj. Mohd Idris Bin Hj. Puteh Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Penyambut Tetamu : Semua Pegawai UPS JPN Sabah Semua Pegawai meja UPS PPD Floor Manager : Encik Abdul Halik bin Abdusukor Penolong PPD (PPD Tawau) En. Sarin Bin Baharuddin Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Stage Manager : Encik Azmi bin Datuk Matusin Penolong PPD, PPD Kota Kinabalu


Juruacara Majlis : Puan Norhafizah binti Sukur Penolong PPD (PPD Pitas) En. Amsah bin Arase SMK Kuhara Pembaca Doa : Ustaz Mohd Yahya bin Mohd Juda Pegawai SIPartner+ (PPD Tawau) Moderator : Cik Siti Aisyah binti Mad Sahat Penolong PPD (PPD Ranau) Puan Norhafizah binti Sukur Penolong PPD (PPD Pitas) Teks Ucapan Perasmi : Puan Zunikah binti Idris & Ucapan Pengerusi Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Pendaftaran Peserta/ : Puan Norhidayah Foong Binti Abdullah Cabutan Bertuah Penolong PPD (PPD Tawau) Cik Lai Huey Yann Penolong PPD (PPD Sandakan) Persiapan Dewan : Puan Sharifah binti Thani & Hiasan Pentas Penolong PPD (PPD Tuaran) Puan Gladys Yapp Penolong PPD (PPD Penampang) Guru-guru Tadika Kung Ming Tawau Penandaan Tempat Duduk : Encik Norsin bin Gapar Penolong PPD ( PPD Kinabatangan) Encik Mohd Sukry Assalam Penolong PPD (PPD Kudat) Buku Program : Puan Siow Lee Kian Penolong PPD (PPD Tawau) Gimik Perasmian : Encik Azlan bin Alidi Penolong PPD (PPD Tawau) Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (PPD Tawau) Promosi & Publisiti : Encik Amly bin Ali Amat Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Teknikal / Peralatan : SJKC Kung Ming Tawau P.A Sistem Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (PPD Tawau) Jurufoto/Dokumentasi : Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (PPD Tawau)


Keselamatan & Kebersihan : Tadika Kung Ming Tawau Encik Reban @ Robin bin Asang Penolong PPD (PPD Keningau) Persembahan Sambut : Puan Siow Lee Kian Tamu Penolong PPD (PPD Tawau) Jamuan VIP & Tetamu : Hjh Ramlah binti Alui Penolong PPD (PPD Tawau) Puan Norhidayah Foong Binti Abdullah Penolong PPD (PPD Tawau) Cenderamata / Sijil / Doorgift : Puan Rozy binti Munsing Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Puan Siow Lee Kian Penolong PPD (PPD Tawau) Hjh Ramlah binti Alui Penolong PPD (PPD Tawau) Pameran / : Encik Roslie bin Haji Junaidi Reruai Pameran Penolong. PPD (PPD Kunak) Encik Chai Yapp Chien Penolong PPD (PPD Lahad Datu) Encik Sundian Sapaun Penolong PPD (PPD Kota Marudu) Encik Muhammad Sahim bin Hj. Abdul Rashid Penolong PPD (PPD Semporna) Encik Maidun bin Sisak Penolong PPD (PPD Sipitang) Perhubungan : Encik. Amly bin Ali Amat Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, SPS JPN Sabah Aktiviti Pertandingan : Encik Chai Yapp Chien Mewarna Penolong PPD (PPD Lahad Datu) Encik Join bin Aning Penolong PPD (PPD Pensiangan) Encik Oswald bin Jaipul Penolong PPD (PPD Tambunan) Puan Liew Nget Ngo @ Fellycia Penolong PPD (PPD Tenom) Puan Glady Yapp Penolong PPD (PPD Penampang) Encik Justin bin Nuin Penolong PPD (PPD Kota Belud) Encik Sitarazmi bin Abdul Penolong PPD (PPD Kuala Penyu) Encik Roslie bin Ag. Moksin Penolong PPD (PPD Papar)


SEKALUNG BUDI SETINGGI PENGHARGAAN PEGAWAI BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMUA JAWATAN KUASA PELAKSANA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH SEMUA PEGAWAI MEJA UNIT PENDIDIKAN SWASTA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MAJLIS PERBANDARAN TAWAU PEJABAT KESIHATAN KAWASAN TAWAU JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA TAWAU, SABAH LEMBAGA SJK(C) KUNG MING GURU BESAR SJK(C) KUNG MING GURU BESAR TADIKA KUNG MING SERTA SEMUA PIHAK YANG TURUT MEMBERI SUMBANGAN DAN KERJASAMA SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK BAGI MENJAYAKAN KOLOKIUM INI


Click to View FlipBook Version