NAMA PELAJAR:_______________________________________ TINGKATAN:_____________
PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN SUMATIF
PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN 2
2021
SEJARAH
1 Jam
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C. Bahagian A mengandungi 15 soalan aneka pilihan, Bahagian B
mengandungi 2 soalan struktur dan Bahagian C mengandungi 1 soalan esei.
2.Jawab semua soalan daripada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C
3. Bagi Bahagian A, bulatkan jawapan yang betul.
4. Bagi Bahagian B, anda diarahkan menjawab dalam kertas soalan ini pada
ruangan yang disediakan.
5. Bagi Bahagian C, hendaklah dijawab dalam bentuk esei.
6. Pada akhir pentaksiran, skrip jawapan perlu dihantar kepada guru pemeriksaan.
Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak termasuk muka hadapan.
BAHAGIAN A (15 MARKAH)
1. Pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan Muhd Yusof Ibrahim ialah :
A. Catatan atau rekod peristiwa lalu.
B. Penceritaan tentang tindakan manusia.
C. Apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.
D. Tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah.
2. Zaman Air Batu merupakan zaman ketika air batu menutupi permukaan?
A. Laut
B. Bumi
C. Benua
D. Bulan
3. Manusia telah mencipta sistem tulisan dengan menggunakan abstrak simbol bagi mewakili pelbagai
bentuk idea.
Apakah kepentingan sistem tulisan tersebut?
A. Membezakan sesuatu dokumen
B. Membezakan hak milik seseorang
C. Membezakan rekod Zaman Prasejarah
D. Membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan sejarah
4. Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian
A. timur benua Asia
B. barat enua Asia
C. selatan benua Eropah
D. tenggara benua Asia
5. Apakah kerajaan yang terletak di Lembah Sungai Mekong dan muncul pada abad pertama?
A. Kerajaan Funan
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Kedah Tua
D. Kerajaan Gangga Nagara
1
6. “Awalnya, hasil pertanian yang diusahakan untuk menyara diri sahaja, tetapi kemudiannya hasil
pertanian dipasarkan dan dibekalkan ke kawasan lain”
Mengapakah berlakunya perubahan tersebut?
A. Arahan pemerintah
B. Terdapat lebihanhasil pertanian
C. Hasil pertanian boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi
D. Kewujudan kaedah pertanian baharu yang menjimatkan masa
7. Apakah hasil laut yang mudah didapati di perairan Alam Melayu terutama di Selat Melaka
dan Laut Sulu?
I. Gamat
II. Gaharu
III. Ikan bilis
IV. Rumpai laut
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
8. Bagaimanakah kerajaan Funan menyelesaikan masalah air masin yang memasuki tanah
pertanian?
A. Membina baray
B. Mengorek lubang di sekitar kawasan pertanian
C. Membina sistem pengairan
D. Membina penghadang di sekitar kawasan pertanian
9. Masyarakat Alam Melayu mengamalkan kepercayaan animisme.
Bagaimanakah kepercayaan ini diamalkan?
A. Orang yang mati akan hidup semula
B. Terdapat banyak Tuhan yang menguasai alam ini
C. Mempercayai setiap benda mempunyai jiwa dan roh orang mati
D. Kepercayaan kepada Tuhan yang menguasai alam semesta
10. Apakah nama sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
A. Sistem pembesar empat lipatan
B. Sistem pembesar lapan lipatan
C. Sistem pembesar enam belas lipatan
D. Sistem pembesar tiga puluh dua lipatan
2
11. Antara berikut, yang manakah cirri-ciri kepemimpinan yang harus dimiliki raja Kesultanan
Melayu Melaka?
I. Adil
II. Rajin
III. Bertolak ansur
IV. Mengambil berat kebajikan rakyat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
12. Mengapakan Sultan Mahmud Shah dan keluarga baginda meninggalkan Melaka lalu
bersemayam di Kampar?
A. Berlindung daripada serangan Portugis
B. Berlindung daripada digulingkan oleh rakyat
C. Kampar mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan
D. Menerima jemputan untuk menjadi pemerintah di Kampar
13. Antara berikut, kerajaan manakah yang nerupakan kerajaan terawal diasaskan di negara kita?
A. Perlis
B. Kelantan
C. Kedah
D. Negeri Sembilan
14. Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah kerajaan Perlis?
A. Maharaja
B. Sultan
C. Yang Dipertuan Besar
D. Raja
15. Bilakah penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri oleh sultan dilakukan?
A. Istiadat pertabalan
B. Adat istiadat perkahwinan diraja
C. Sambutan keputeraan sultan
D. Majlis pemasyuran pengganti sultan
3
BAHAGIAN B (20 MARKAH)
1(a) Nyatakan tiga daripada tujuh Kerajaan Alam Melayu yang masyhur sekitar abad
pertama hingga abad ke-13.
(i) :_________________________________________________________________
(ii) :_________________________________________________________________
(iii) :_________________________________________________________________
(3 markah)
1(b) Kerajaan Alam Melayu bukan sahaja mempunyai tanah yang subur untuk
menjalankan kegiatan penanaman padi secara besar-besaran tetapi Kerajaan Alam
Melayu juga kaya dengan hasil laut.
Senaraikan 3 jenis hasil laut yang dikutip di Alam Melayu.
(i) :_________________________________________________________________
(ii) :_________________________________________________________________
(iii) :_________________________________________________________________
(3 markah)
1(c) “Padi merupakan kegiatan pertanian utama yang dilakukan masyarakat kerajaan Alam
Melayu. Ini dibuktikan apabila sebahagian besar Kawasan Alam Melayu ditanam
dengan padi”
Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan mengapa penanaman padi ditanam dalam
skala yang besar di Alam Melayu.
__________________________________________________________________

(4 markah)
4
2(a) Masyarakat kerajaan Alam Melayu mempunyai agama dan kepercayaan yang
memberikan panduan dalam kehidupan seharian mereka.
Namakan dua bentuk kepercayaan awal masyarakat Alam Melayu.
(i) :_______________________________________________________________
(ii) :_______________________________________________________________
(2 markah)
2(b) Nyatakan 3 cara penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam ke Alam Melayu?
(i) :_______________________________________________________________
(ii) :_______________________________________________________________
(iii) :_______________________________________________________________
(3 markah)
2(c) Sejak abad ketujuh, kerajaan Srivijaya merupakan pusat kegiatan agama
………………………….
(1 markah)
2(d) Berdasarkan pengetahuan anda, huraikan kepentingan agama yang diwariskan oleh
kerajaan Alam Melayu kepada generasi zaman kini.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(4 markah)
5
BAHAGIAN C (5 MARKAH)
(Jawab dalam bentuk esei pendek)
1. Anda bercita-cita menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan.
Jelaskan sifat-sifat seorang pemimpin yang perlu anda miliki agar boleh mentadbir
negara dengan baik.

(5 markah)
6