The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SUBJEK: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
DARI: GROUP 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atirahsabri135, 2022-05-21 11:10:55

PERPADUAN DAN KESIHATAN

SUBJEK: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
DARI: GROUP 1

JABATAN TEKNOLOGI KIMIA DAN
MAKANAN

DIPLOMA TEKNOLOGI KIMIA
( LEMAK DAN MINYAK )

MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHD FIRDAUS BIN

MAMAT JUNOH

DISEDIAKAN OLEH:

NUR AKLIMA BINTI SHAMSUDIN
NO.MATRIKS: 33DFO21F2007

NOORATIRAH BINTI MOHD
SABRI

NO.MATRIKS:33DFO21F2002

AFINA ARIANA BINTI AZHAR
NO.MATRIKS: 33DFO21F2008

Perpaduan
DAN

Kesihatan

Pengenalan

M alaysia mempunyai variasi kaum
yang hidup dalam komuniti yang
aman dan harmoni. Kepelbagaian
kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India

yang hidup bagai aur dengan tebing
menjadikan unik di rantau ini.

Oleh itu,bagi memupuk perpaduan bagi
masyarakat Malaysia,kesihatan dan
kesejahteraan diri harus diperkukuhkan.
Perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia sangat penting bagi menjamin
kesihatan dan hidup yang sihat.

APAKAH MAKSUD KESIHATAN DAN
PERPADUAN?

• Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi
fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya seketika
ketiadaan sakit.

• Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan
sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup
dengan prospek positif.

• Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan
oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang
merujuk kepada perhubungan sosial yang
mengaitkan antara sesama manusia (berlainan
kaum,bangsa dan agama).

• Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan
dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang
kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan
tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi
memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan
bermasyarakat yang aman dan harmoni.

• Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri
daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa
dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan
kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat
terjamin.

• Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik
permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.

OBJEKTIF

• Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup sihat
dalam kalangan rakyat Malaysia.

• Menggalakkan persekitaran yang sihat serta
mengurangkan penularan penyakit.

• Meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat
Malaysia.

• Memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat
Malaysia terhadap kesihatan



ISI-ISI DAN CONTOH

1) Kebersihan hidup berjiran

• Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan
perumahan yang hidup berjiran, kebersihan sering
menjadi topik utama dalam perbualan setiap
masyarakat mahupun kaum. Jikalau ada Kawasan
perumahan yang tidak bersih atau berlaku
pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit
berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus.
Oleh itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau
permusuhan antara kaum kerana masyarakat akan
saling menunding jari antara satu sama lain.

• Seterusnya perpaduan antara kaum semakin pudar.
Disebabkan itu persekitaran yang bersih menjamin
kehidupan yang sihat dan masyarakat hidup dengan
aman dan harmoni. Oleh itu, perbalahan mahupun
pergaduhan antara kaum dapat dielakkan.

• Sebagai contoh, di era norma baru yang sedang kita
hadapi sekarang ini, disebabkan penularan virus
covid-19 perpaduan juga dapat dicipta melalui
Kerjasama barisan hadapan dan juga masyarakat
tidak kira kaum bersama-sama menjalankan perintah
kawalan pergerakan (PKP) bagi mencegah virus ini
tular dengan lebih pesat.

• Melalui perpaduan ini, Malaysia dapat dilihat sebagai

negara yang makmur dan harmoni dengan
masyarakat pluraliti dan itu tidak menjadikan ia satu
beban atau masalah tetapi ia mampu menjana negara
ini sebagai sebuah negara hebat. Di samping itu, ia
dapat membasmi penyakit berbahaya juga
permusuhan antara kaum mahupun negara kerana
sifat perkauman adalah musuh utama negara.

2)SEKTOR EKONOMI

• Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira
bangsa sama ada Melayu, Cina atau India yang
dermawan juga memberikan sumbangan yang besar
dalam penjagaan kesihatan. Mereka berganding bahu
bersama masyarakat dalam menjayakan sebuah
program sumbangan kebajikan kepada yang
memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan
perubatan, keperluan asas harian dan sedikit bantuan
kewangan kepada masyarakat yang memerlukan

• Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan
ceramah pendedahan tentang kesihatan bagi
memupuk kesedaran di kalangan masyarakat
berbilang kaum. Hal ini sekaligus, dapat
memperkukuh perpaduan masyarakat di samping
mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan
penyakit kronik serta dapat meningkatkan
kesejahteraan rakyat.

• Aspek perpaduan dan kesihatan kekal sebagai teras
utama dalam membangunkan sebuah negara yang
maju. Penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan
ditumpukan kepada menangani keperluan penduduk
yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah
baik sistem penyampaian kesihatan untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dan
mempergiat kerjasama dengan sektor swasta dan
NGO.

3)KHIDMAT PENJAGAAN KESIHATAN

• Kesihatan yang baik adalah penting untuk
meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, Kerajaan terus
komited untuk mencapai akses sejagat kepada
penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh
Rancangan dengan meneruskan usaha untuk
menambah baik asas sistem kesihatan. Setiap rakyat
Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada
perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti pada
kos yang berpatutan yang disediakan oleh penyedia
perkhidmatan awam atau swasta. Aspirasi ini akan
direalisasikan melalui meningkatkan sokongan yang
bersasar, khusunya bagi masyarakat yang kurang
mendapat akses kepada perkhimatan.

• Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti,
terutamanya di kawasan dan masyarakat yang kurang
mendapat liputan di bandar dan luar bandar akan
diperluas. Ini termasuk peluasan perkhidmatan
kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah,
Orang Asli di Semenanjung Malaysia, dan kawasan
luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

• Langkah ini termasuk menempatkan lebih ramai
pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan serta
personel berkemahiran, mewujudkan lebih banyak
kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan yang
amat memerlukan, dan mengembangkan program
jangkauan kesihatan. Sebagai contoh, pasukan
penjagaan kesihatan bergerak, perkhidmatan doktor
udara, dan sukarelawan kesihatan kampung akan
diperluas di kawasan pedalaman.

4) Perkhidmatan hospitaliti dan klinik

• Seperti yang kita sedia maklum, jika ada masyarakat
yang sakit sudah tentu klinik atau hospital yang akan
menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah
kesihatan dan mandapatkan ubat. Tidak kira apa
bangsa klinik dan hospital akan manjadi tempat
rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan
terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.
Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada
doktor, jururawat, pembantu hospital dan semua
kakitangan hospital akan memastikan pesakit yang
datang akan diberikan rawatan.

• Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di
Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik
perpaduan dikalangan rakyant yang mesti diteruskan
malah dibanggakan. sebagai doktor ataupun
jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit yang
datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana
itulah tugas mulia yang harus semua rakyat
berbangga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit
berjangkit melanda negara

• Oleh itu, masyarakat tidak perlu bimbang hidup
dalam negara Malaysia kerana rakyatnya yang tidak
membezakan bangsa serta agama dalam segala
urusan. Masyarakat tidak perlu takut untuk
berinteraksi dengan bangsa yang berbeza kerana
kerajaan sentiasa memupuk sifat bertolak ansur dan
saling menghormati antara satu sama lain. Dalam kes
ini, kita dapat bekerjasama dalam mengurangkan
penularan penyakit berbahaya.

Kepentingan Kesihatan Dalam
Menyatupadukan Kaum

• Wujud sikap saling mengambil berat dan bantu-
membantu sesama kaum.

• Meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira
perbezaan kaum.

• Mendisiplinkan masyarakat dalam mementingkan
kebersihan dan menjaga antara satu sama lain.

• Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan tidak
mementingkan diri.

• Negara akan menjadi harmoni dengan adanya rakyat
yang bersatu padu dan ekonomi negara akan
berkembang di persada dunia.

CONTOH AKTIVITI KESIHATAN YANG
DIJALANKAN DI MALAYSIA DALAM

MENINGKATKAN PERPADUAN

I. Hari Sukan Negara

II. Kempen derma darah

III. Kempen nak sihat
IV. Larian amal

V. Program badan sihat minda cergas

KESIMPULAN

Dalam setiap perbincangan ini, dapat kita
lihat perkaitan antara kesihatan dan
perpaduan. Kesihatan dan perpaduan
saling melengkapi kerana dengan adanya
perpaduan antara masyarakat, segala masalah
dapat dihadapi bersama. Sebagai analoginya, kes
covid-19 yang telah merebak ke seluruh negara
seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat
diredakan di negara kita dengan kerjasama
rakyat yang patuh akan arahan pemimpin.
Mereka bekerjasama dalam mengikut ‘SOP’ yang
ditetapkan serta mengikut perintah kawalan
pergerakan. Di sini kita dapat lihat kerjasama ini
telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat
berbilang kaum di Malaysia dan mampu
mengelakkan kes semakin menular walaupun
bukan pulih sepenuhnya.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version