2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN 1. DASAR PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS. 1.1 Dalam melaksanakan program pendidikan khas, sekolah hendaklah ada perkara- perkara berikut yang merupakan instrumen penting pelaksanaan program integrasi :- a. Peraturan peraturan Pendidikan khas 2013 b. Akta pendidikan 1996 dan 2003 c. Buku Panduan Pengoperasian ProgramPendidikan Khas Integrasi. d. Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas e. Instrumen Penilaian Kendiri. f. Pengurusan Kewangan Pend.Khas. g. Fail Meja PK Pendidikan Khas h. Manual Prosedur Kerja PK PendidikanKhas. i. Bidang Tugas PPM Pendidikan Khas 2. PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2.1 Program Pendidikan Khas hendaklah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.2 Punca Kuasa pelaksanaan program ini adalah berdasarkan pekeliling, surat arahan dan peraturan-peraturan yang dietapkan darimasa ke semasa. 3. PROSES KEMASUKAN MURID KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS 3.1 Syarat kemasukan murid arus perdana ke PPKI: a. Telah mengikuti proses P&Pdi sekolah; b. Telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas; c. Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan disahkan oleh pengamal perubatan mengalami kebarangkalian disleksia atau masalah pembelajaran; d. Disahkan oleh pengamal perubatan dan mempunyai kad OKU; e. MBPK dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mendapat sokongan bertulis daripada penyelia PDK. 3.2 Proses kemasukan murid baru ke PPKI: a. Disahkan oleh pengamal perubatan dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor; b. Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); c. Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN; d. Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari PPD/JPN dan perlu membawa KETETAPAN PELAKSANAAN PPKI
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN bersama Borang Permohonan OKU (Borang BPPOKU pindaan 1/2012) yang dikeluarkan oleh JKM. 3.3 Ibubapa atau penjaga dikehendaki menghantar dokumen berikut ke pihak sekolah :- a. Surat Penempatan ke sekolah dari PPD b. Salinan Surat Beranak & Kad Myid c. Laporan Doktor d. Kad OKU e. Bil Utiliti (elektrik/air) jika perlu. 4. PELAKSANAAN PENGOPERASIAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 4.1 Program Pendidikan Khas hendaklah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. 4.2 Punca Kuasa pelaksanaan program ini adalah berdasarkan pekeliling, surat arahan dan peraturan-peraturan yang dietapkan darimasa ke semasa. 4.3 Tempoh Persekolahan a. Tempoh belajar minimum bagi murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah rendah adalah enam tahun. b. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua tahun maksimum di mana-mana peringkat sama ada rendah atau menengah 4.4 Waktu Persekolahan a. Sekolah Rendah Bagi kelas yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) jumlah masa yang diperuntukkan adalah 1380 minit seminggu bagi tahap satu manakala bagi tahap dua, masa yang diperuntukkan sebanyak 1440 minit seminggu. b. Tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit. 4.5 Perlaksanaan Kurikulum a. Semua murid Pendidikan Khas hendaklahmengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). 4.6 Masa Persekolahan PPKI SKTPG: a. Tahap 1 : i. Isnin hingga Khamis ( 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ) ii. Jumaat ( 7.30 pagi hingga 11.30 pagi ) iii. Rehat ( 9.00 pagi hingga 9.30 pagi ) b. Tahap 2 : i. Isnin dan Selasa ( 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ) ii. Rabu dan Khamis ( 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ) iii. Jumaat ( 7.30 pagi hingga 11.30 pagi ) iv. Rehat ( 9.00 pagi hingga 9.30 pagi)
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN 5. e-RPI(RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU) 5.1 Semua guru mesti membuat RPI untuksetiap murid bagi setiap mata pelajaran. 5.2 RPI akan digunapakai untuk mengetahuiperkembangan dan tahap kebolehan anak dalam Pdpc. 5.3 Guru kelas akan membentang dan berbincang dengan ibubapa untuk penambahbaikan. 5.4 Guru kelas juga bertanggungjawab untuk menyediakan laporan khusus berkaitan perkembangan pembelajaran murid untuk sesitemujanji murid bersama pihak hospital/pakarperubatan. 5.5 Pelaksanaan RPI dalam talian hendaklahmengikut pekeliling JPNS PKS 100-1/2/2 Jld.4(40) 6. PENTAKSIRAN / PBD 6.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PBD pada awal dan akhir tahun bagi merancang pentaksiran, penilaian dan ujian semester 1 dan 2. 6.2 Ujian semester 1 & 2 hanya dijalankan kepada murid Tahap 2 sahaja iaitu Tahun 4 , 5 & 6. 6.3 Ujian semester 1 & 2 dijalankan mengikut jadual guru masingmasing, semua guru yang mengajar di PPKI adalah pengubal soalan ujian mata pelajaran masing-masing. 6.4 Kertas ujian perlu merangkumi aspeks yang telah diajar sepanjang tahun dan berkebolehan mengikut tahap murid untuk menjawab soalan berkenaan.(Contoh: Kertas ujian perlu berbeza, kertas ujian tahap tinggi untuk murid aras tinggi dan kertas ujian tahap rendah untuk murid aras rendah) 6.5 Satu salinan Kertas soalan mesti dihantar kepada Penyelaras PBD Pendidikan Khas untuk simpanan Bank soalan. 6.6 Kertas soalan hendaklah diberi kepada murid pada yang waktu sama ujian dijalankan pada murid arus perdana. 6.7 Semua murid MBPK tahap 2 mesti menduduki ujian semester 1 dan semester 2. Ujian dan penilaian mesti berdasarkan pengajaran KSSRPK Tahun 4, 5 & 6. 6.8 Murid yang tidak hadir dengan alasan yangkukuh (cuti sakit/temujanji hospital/kematian saudara terdekat) dibenarkan menduduki semula peperiksaan dengan menyertakan surat/bukti sokongan. 6.9 Markah yang dikumpul akan menentukan penguasaan murid dalam Template Pelaporan PBD. 6.10 Tahap penguasaan murid akan diisi dalam Template
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN Pelaporan PBD MBPK Masalah Pembelajaran Tahap 2(tahun 4,5,6) 6.11 Tahap 1 (tahun 1,2,3) TIADA ujian diadakan tetapi Tahap penguasaan akan diisi merujuk penilaian sepanjang tahun dalam Template Pelaporan Domain. 6.12 Penyelaras PBD menentukan tarikh untuk pengisian tahap penguasaan murid mengikut subjek dalam template pelaporan PBD MBPK bersamaan dengan Template Pelaporan PBD Domain kepada guru . 6.13 Penyelaras PBD akan membuat Dialog Prestasi dan Template Pelaporan Analisa PBD MBPK di sekolah 6.14 Penyelaras PBD akan membuat Dialog Prestasi di PPD 6.15 Semua keputusan PBD akan direkod dan dicetak dalam bentuk slip yang ditandatangi oleh Guru Kelas dan Guru Besar. 7. PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 7.1 Program inklusif hendaklah dijalankan disekolah integrasi masalah pembelajaran. 7.2 Inklusif boleh dijalankan secara sepenuhnya atau separa. 7.3 Murid yang mengikuti program inklusif penuh akan diserapkan nama dalam APDM aliran perdana. 7.4 Inklusif perlu dijalankan walaupun untuk satu matapelajaran sahaja. 7.5 Surat tawaran dan persetujuan ibubapa hendaklah ada dan disimpan dalam fail. 7.6 Penempatan murid inklusif hendaklahmengikut carta aliran KPM (Disertakan) 8. PENGURUSAN MESYUARAT 8.1 Mesyuarat Induk Pengurusan Pendidikan Khas dijalankan 5 kali setahun. Mesyuarat mesti diadakan mengikut format SPSK PK 07/03. 8.2 Setiausaha Panitia Pendidikan Khas bertindak sebagai pencatat dan mengedar kepada semua guru keputusan mesyuarat. 8.3 Minit Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Khas akan dimasukkan dalam Fail Mesyuarat Induk di dalam folder Pengurusan. 8.4 Mesyuarat Pendidikan Khas di rak kelas Pendidikan Khas dan segala keputusan di awal tahun persekolahan akan dimasukkan
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN sebagai perancangan dan tindakan dalam takwim pendidikan khas tahunan. 8.5 Notis panggilan mesyuarat akan disediakan sekurangkurangnya 3 hari sebelum mesyuarat. 8.6 Mesyuarat Induk Pengurusan Pendidikan Khas akan dipengerusikan oleh Guru Besar dan Guru Besar akan mewakilkan kepada GPK Pendidikan Khas jika ketiadaan beliau. 8.7 Segala keputusan mesyuarat akan disusuli dengan pemantauan dan tindakan sewajarnya dengan segera. 8.8 Agenda Mesyuarat perlu merangkumi perkara berikut :- a. Ucapan Aluan Pengerusi (GB) b. Ucapan GPK Pend.Khas c. Perkara berbangkit d. Misi dan Visi Pendidikan Khas e. Pembelajaran & Pemudahcaraan f. Unit Kurikulum g. Unit HEM h. Unit Ko-Kurikulum i. Aktiviti Luar Bilik Darjah j. Program Luar / Terapi k. Hal-hal lain l. Penangguhan Mesyuarat. 8.9 Minit mesyuarat perlu disiapkan sepuluh hari selepas mesyuarat. 8.10 Minit mesyuarat akan disimpan dalam fail dan diedarkan kepada semua pentadbir dan guru-guru pendidikan khas. 9. PENCERAPAN 9.1 Pencerapan Pdp mengikut surat pekelilingIkhtisas 3/1987: Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. 9.2 Pencerapan dilaksanakan oleh Guru Besardan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. 9.3 Jadual pencerapan disediakan menerusi mesyuarat pengurusan sekolah. 9.4 Instrumen pencerapan Pdp menggunakanStandard 4 SKPMg2: Pembelajaran dan Pengajaran dan borang tersebut perlu diisi dan diserahkan kepada Guru Besar atau wakilnya untuk di key in secara ‘online’. 9.5 Tarikh dan masa akan dimaklumkan kepada guru berkenaan. Coaching secara individu akan diadakan selepas pencerapan berlaku. Laporan Standard 4 itu akan dimasukkan dalam fail pencerapan dan ditampal di buku
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN rekod mengajar 9.6 Instrumen pencerapan juga bergantungkepada keupayaan murid pendidikan khas. 9.7 Setiap guru akan dicerap sebanyak 2 kalisetahun dan bergantung kepada keperluan. 9.8 Maklumat dan dapatan pencerapan akandimaklumkan kepada guru berkenaan. 9.9 Guru yang mencapai tahap 85% boleh dicalonkan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ia juga bergantung kepada tugas-tugas rasmi dan hakiki yang perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 10. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) 10.1 RPT disediakan sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari haripertama hingga ke hari terakhir persekolahan. Arahan ini mengikut surat pekeliling SPI Bil:3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. 10.2 RPT mesti berdasarkan dan berpandukan sukatan pelajaran, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) danKurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Semakan (KSSRPK Semakan). 10.3 Penyediaan RPT perlu merujuk kepadaTakwim Tahunan Sekolah. 10.4 Pembelajaran dan pengajaran berobjektifkan individu dengan berasaskankepada KSSR Pendidikan Khas mengikut kebolehan dan keupayaan murid MBPK. 10.5 RPT boleh ditulis tangan atau dicetak dengan computer mengikut format yang ditetapkan pengurusan sekolah. Guru mesti mencatat penggunaan sumber yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. 10.6 Objektif perlu sesuai dengan aktiviti supaya pengajaran berkesan dan menepati kehendak KSSR Pendidikan Khas. 10.7 Objektif mesti dalam bentuk perlakuan dan eksplisit. 11. BUKU REKOD MENGAJAR 11.1 Semua guru mesti menulis ringkasan mengajar harian dalam buku rekod mengajar. 11.2 Tugasan ini mematuhi surat pekelilingikhtisas Bil3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. 11.3 Penyediaan Rekod Pdp boleh disediakan dalam bentuk tulisan tangan, dengan komputer atau apa sahaja yang sesuai denganteknologi semasa. 11.4 Buku Rekod ini hendak sempurna dansentiasa dikemaskini
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN setiap hari. 11.5 Guru hendaklah melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki mengikut tarikhyang ditetapkan oleh pentadbir sekolah. 11.6 Rancangan Pelajaran Tahunan mengikutformat standard yang ditetapkan pengurusansekolah hendaklah disimpan dalam buku rekod mengajar. 11.7 Rancangan Pengajaran Individu (RPT) disediakan mengikut ketetapan penyediaan RPT. 11.8 Dalam rancangan harian perlu ditulisTajuk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Objektif, Aktiviti, BBB dan Refleksi. 11.9 Penghantaran buku rekod pada minggupertama persekolahan perlu dihantar pada 3minggu selepas sesi persekolahan baru untukdisemak dan ditandatangani oleh Guru Besar. 11.10 Penghantaran Buku Rekod perlu dibuatpada setiap Jumaat dan lengkap ditulis ringkasan mengajar pada hari Isnin. 12. TUGASAN DAN LATIHAN 12.1 Latihan dan tugasan perlu diberikan kepada murid MBK ini walaupun murid inihanya boleh menconteng sahaja. Fail hasil kerja perlu ada bagi setiap murid bagi setiap individu / matapelajaran berdasarkan keperluan. 12.2 Latihan murid boleh dilakukan dalam bentuk lembaran kerja, kertas lukisan danbuku kerja dan perlu disemak oleh guru matapelajaran. 12.3 Pentadbir sekolah akan menyemak buku latihan murid mengikut jadual semakan bukulatihan 2 kali setahun. 12.4 Hasil kerja murid akan dibincangkan pada Hari Temu Murni. 13. KETIDAKHADIRAN MURID/DATANG LEWAT 13.1 Kehadiran ke sekolah bagi MBPK yang mendaftar adalah wajib atas dasar pendidikan wajib untuk semua. 13.2 Bagi murid yang tidak hadir dengan dokumen sokongan dikira tidak ponteng. 13.3 Dokumen sokongan tidak hadir atau lewat ke sekolah perlu diberi kepada Guru Kelas dan disimpan dalam fail/folder ketidakhadiran.
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN 13.4 Surat Amaran mengikut garis panduanyang ditetapkan Unit HEM juga digunapakai untuk MBPK yang tidak hadir ke sekolah tanpadokumen sokongan. 14. KESELAMATAN MURID 14.1 Semua Guru dan PPM Pendidikan khas hendaklah mengawasi dan memastikan murid selamat semasa berada di sekolah. 14.2 PPM hendaklah menyambut datang dan memastikan murid terakhir selamat pulang sebelum rehat makan tengahari. 14.3 Jika ada murid sakit guru kelas /ppm hendaklah memaklumkan kepada ibubapa penjaga untuk tindakan seterusnya. 14.4 Segala berkaitan kebajikan dan keselamatan murid hendaklah dalam pengetahuan dan makluman GPK PendidikanKhas untuk tindakan susulan. 14.5 Segala kejadian/kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada GPK Pendidikan Khas untuk direkodkan ke dalamBuku Laporan Bertugas Mingguan/ Buku Rekod Kawalan Tingkahlaku di pejabat sekolah. 14.6 Sekolah hendaklah mempunyai peti pertolongan cemas yang baik dan sedia untukdigunakan. 14.7 Jika ada murid yang sakit dan perlu rawatan, guru kelas/guru bertugas hendaklah mendapatkan surat rawatan murid di pejabat sekolah. 15. EMK 15.1 Memberi dan kumpul borang permohonan Lampiran A kepada murid. 15.2 Mengemaskini data apdm (nombor kad oku, tarikh kad oku, tarikh daftar sekolah semasa, nombor akaun BSN). 15.3 Membuat permohonan EMK melalui sistem APB. 15.4 Memberi surat dan senarai murid untuk deposit ke BSN berdasarkan senarai murid yang berjaya memohon. 15.5 Cek akan disediakan oleh Kerani Kewangan dan penyelaras EMK akan menyerahkan cek ke Kaunter BSN untuk didepositkan ke akaun murid. 15.6 Laporan dibuat dan dihantar ke JPN melalui pautan yang diberikan PPD 15.7 Borang Lampiran B 15.8 Penyata akaun subsidiari
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN 16. RMT (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN) 16.1 Semua murid pendidikan layak mendapat makanan percuma RMT seperti yang termaktub dalam pekeliling. 16.2 Makanan akan dihidangkan pada waktu rehat. 16.3 Menu adalah mengikut menu yangdicadangkan oleh pihak KPM. 16.4 Peruntukan makanan untuk murid adalahsebanyak RM3.50 pada waktu rehat. 16.5 Murid MBPK hendak makan bersama dan diselia oleh guru bertugas dan PPM. 16.6 Guru Bertugas RMT akan merasa makanan tu terlebih dahulu sebelum diberi makan kepada murid. 16.7 Jika makan itu rosak, guru hendak melaporkan kepada GPK Hal Ehwal Murid untuk tindakan susulan. 16.8 Pembekal RMT sebaiknya adalah pengusaha kantin untuk kemudahkan urusan. 16.9 Rekod kehadiran murid akan dicatatsetiap hari. 17. BUKU TEKS 17.1 Semua murid berkeperluan khas berhakmendapat buku teks. Arahan surat SMKRPS/HEM/SPBT/3. 17.2 Sistem Fail SPBT yang perlu ada ialah :- a. Fail 1 : Minit Mesy, Takwim, Carta Organisasi,Peraturan SPBT,Surat Perlantikan Penyelaras,Panduan Am Proses Pesanan Buku Teks. b. Fail 2 :Surat Mesyuarat Bekalan dan Pesanan,Surat edaran BBT/JPN /PPD/surat panggilan mesyuarat c. Fail 3 :Rumusan Enrolmen Murid,Cetakan e SPBT(Borang Prapesanan @ Pesanan Buku Teks dan aktiviti) , Rekod Buku Hilang /kurang(Buku Stok), Fail khas Borang G. d. Fail 4 :Salinan Sijil Akaun ,Salinan Invois,,salinan nota serahan. e. Fail 5 :Surat kelulusan JPN,salinan BorangArkid 2/08,Cara Pemusnahan rekod f. Fail 6:Surat laporan, taksiran,audit ,pemantauan nazir.
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN 17.3 Fail /Rekod stok mesti ada Buku Stok. 17.4 Semua pesanan mesti diisi dalam borangmaklumat enrolmen murid dan stok buku PPDHL.UPPS100-04/17. 17.5 Semua guru mesti menggunakan bukuteks dan buku kerja yang dibekalkan serta perlu disemak. 18. PCG PENDIDIKAN KHAS DAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS 18.1 Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas menghadiri mesyuarat kewangan sekolah pada awal tahun persekolahan. GPK Pendidikan Khas dan Setiausaha Pendidikan Khas mesti menghadiri mesyuarat kewanganyang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. 18.2 GPK Pendidikan Khas akan berbincang dengan ketua kerani atau kerani kewangan tentang peruntukan yang diberi oleh KPM. 18.3 GPK Pendidikan Khas akan berbincang dengan semua guru untuk merancang program dan aktiviti berdasarkan peruntukankewangan yang ada. Ini meliputi pembelian ABM, peruntukan aktiviti unit KOKO dan HEM serta projek dan program yang akan dijalankan. 18.4 Tatacara pengurusan kewangan peruntukan sekolah:- 18.4.1 Penyelaras program/guru terlibat menyediakan kertas kerja. 18.4.2 Penyelaras program/guru terlibat berbincang dengan GPK Pendidikan Khas dan Kerani Kewangan. 18.4.3 Penyelaras program mengusulkan kertaskerja kepada Guru Besar untuk kelulusan. 18.4.4 Setelah mendapat kelulusan, penyelaras program memaklumkan kepada kerani kewangan untuk memohon pengeluaran wang kepada pembekal. 18.4.5 PPM perlu mengisi nota minta jika ingin membeli barang atau mengeluarkan wang peruntukan dari akaun sekolah. Nota minta tersebut seterusnya akan diluluskan oleh Guru Besar. 18.4.6 Selepas program atau aktiviti dijalankan dokumentasi perlu dibuat dan diserahkan kepadaGPK Pendidikan Khas. 18.4.7 Peruntukan kewangan mesti dibelanjakan sebelum tahun berakhir. 18.4.8 Peruntukan sebanyak 10% untuk pembelian barang atau bahan tahun depan
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN memandangkan peruntukan yang turun ke sekolah adalah pada bulan April setiap tahun. 18.4.9 Pembelian bahan/sumber dan program mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan. 18.4.10 Penggunaan nota minta perlu diisi dan diserah kepada Ketua Jabatan. 18.5 Status perbelanjaan PCG mesti dipantau untuk memastikan peruntukan diurus dengan telus dan berhemah. Maklumat status program perlu didokumentasi dan dibawa ke mesyuarat kewangan dan mesyuarat Panitia Pendidikan Khas. 19. RMT (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN) 19.1 Semua murid pendidikan layak mendapat makanan percuma RMT seperti yang termaktub dalam pekeliling. 19.2 Makanan akan dihidangkan pada waktu rehat. 19.3 Menu adalah mengikut menu yangdicadangkan oleh pihak KPM. 19.4 Peruntukan makanan untuk murid adalahsebanyak RM3.50 pada waktu rehat. 19.5 Murid MBPK hendak makan bersama dan diselia oleh guru bertugas dan PPM. 19.6 Guru Bertugas RMT akan merasa makanan tu terlebih dahulu sebelum diberi makan kepada murid. 19.7 Jika makan itu rosak, guru hendak melaporkan kepada GPK Hal Ehwal Murid untuk tindakan susulan. 19.8 Pembekal RMT sebaiknya adalah pengusaha kantin untuk kemudahkan urusan. 19.9 Rekod kehadiran murid akan dicatatsetiap hari. 20. PELAKSANAAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS DI PERINGKAT SEKOLAH 20.1 Pelaksanaan Kokurikulum PPKI perlu dilakukan berdasarkan kepada Subperkara 5.1, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985. 20.2 Selaras dengan Subperaturan 3(3) Kurikulum Kebangsaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, pelaksanaan Kokurikulum bagi MBPK di PPKI adalah wajib melibatkan diri dalam bidang berikut; a. Persatuan/kelab b. Pasukan pakaian seragam c. Kelab sukan/permainan (1Murid 1Sukan) d. Kegiatan-kegiatan lain
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN 20.3 Peruntukan waktu pelaksanaan kegiatan kokurikulum 120 minit seminggu berdasarkan SPI BIL. 2/2007: Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah Rendah dan Menengah: a. Tahun 3 dan 4 – 60 minit seminggu b. Tahun 5 dan 6 – 120 minit seminggu 20.4 Kehadiran minimum setahun yang berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan a. Kelab/Persatuan – 12 kali b. Sukan/Permaianan – 12 kali c. Unit Beruniform – 12 kali 20.5 Pelaksanaan kokurikulum mestilah melibatkan penyertaan semua guru sebagaiman Subpekara 5.2, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 20.6 Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan 20.7 Guru penasihat bertanggungjawab melengkapkan buku laporan dan boleh mengemukakan buku laporan apabila diminta. 20.8 Mesyuarat juga telah memutuskan cara pelaksanaan Kokurikulum peringkat sekolah antaranya:- a. Waktu Kokurikulum ialah pada setiap Rabu 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang untuk Tahap 1 dan 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang untuk Tahap 2. b. Maklumat PAJSK murid yang mengikuti Kokurikulum setiap tahun dilengkapkan. 21. PROGRAM AKTIVITI LUAR 21.1 Program aktiviti luar yang boleh membantu murid mengurus tingkah laku adalah a) Lawatan b) Terapi permainan c) Terapi air d) Terapi berkuda 21.2 Sekurang-kurangnya 2 aktiviti luar akan dijalankan dalam setahun 21.3 Semua murid akan terlibat dalam setiap aktiviti luar yang telah dirancang. 21.4 Garis panduan lawatan: a. Menyediakan kertas cadangan b. Menyerahkan kertas kerja kepada Guru Besar bagi mendapat kelulusan
2023/2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH – UNIT PPKI PERKARA KETETAPAN c. Lantikan ketua rombongan dan perbelanjaan kewangan secara bertulis oleh Guru Besar d. Surat kepada waris – surat ini dikeluarkan untuk tujuan memaklumkan aktiviti yang akan dianjurkan dan mendapat kebenaran bertulis penglibatan murid menyertai aktiviti dari waris e. Mesyuarat penyelarasan dianjurkan beberapa kali bagi tujuan; i) Penyediaan dan edara surat tawaran penyertaan murid dan surat kebenaran waris ii) Tempahan tempat lawatan, penginapan dan pengangkutan iii) Merancang perjalanan pergi dan balik ke tempat lawatan iv) Menapis permohonan penyertaan murid v) Melengkapkan borang permohonan pelaksanaan aktiviti f. Mendapatkan kelulusan dari JPN – menyerah borang dan dokumen maklumat lima minggu sebelum tarikh pelaksanaan aktiviti g. Tindakan selepas mendapat kelulusan JPN i) Mendapatkan Permit Perjalanan Pengangkutan ii) Menghantar sesalinan ke JPJ iii) Melaksanakan taklimat kepada peserta lawatan h. Tindakan jika aktiviti dibatalkan atau perjalanan tergendala i) Memaklumkan kepada JPN beserta surat pembatalan program lawatan atau surat penangguhan i. Ketua rombongan dikehendaki membuat laporan i) Lapoan pengurusan lawatan ii) Laporan lawatan