Laluan Kod Kursus Perkara Semester Laluan 1 MPU24011 Sukan 1 MPU24021 Kelab & Persatuan 2 Laluan 2 MPU24XXX Badan Beruniform 1 & 2 Laluan-laluan ini tidak boleh ditukar sehingga pelajar menghabiskan 2 jam kredit yang wajib diambil bagi melayakkan pelajar bergraduat bagi semua program diploma. 14.0 KOKURIKULUM Pelaksanaan kokurikulum di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia telah berkuatkuasa mulai Julai, 2000. Bagi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, penawaran kursus kokurikulum terbahagi kepada dua laluan, iaitu Laluan 1 dan Laluan 2 mengikut program pengajian yang ditawarkan. Berikut adalah pembahagian kursus kokurikulum mengikut laluan: YURAN Semua yuran yang dikenakan mestilah dijelaskan oleh mahasiswa. Yuran-yuran yang perlu dibayar oleh mahasiswa bagi setiap semester adalah seperti berikut: (Nilai adalah tertakluk kepada perubahan) a. Yuran Pengajian b. Yuran Kolej Kediaman* c. Yuran Pendaftaran d. Yuran MSP BUKU PANDUAN MAHASISWA SESI II : 2023/2024 KESELAMATAN Keselamatan para mahasiswa serta harta benda para pelajar semasa berada dalam kawasan PTSS adalah tanggungjawab mahasiswa sendiri. Pihak PTSS telah menyediakan peraturanperaturan tertentu yang harus dipatuhi semasa berada di PTSS baik semasa berada di bilikbilik kuliah, makmal, bengkel, atau lain-lain tempat demi menjaga keselamatan dan harta benda para pelajar. Semua pelajar adalah dinasihatkan supaya membaca dan memahami segala peraturan tersebut. RAWATAN HOSPITAL Mahasiswa yang memerlukan rawatan hospital kerajaan boleh mendapatkan surat Rawatan Hospital yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau melalui JHEP. Dengan surat tersebut anda layak mendapat layanan rawatan dan wad kelas 2 jika dimasukkan ke wad. Bagi kes- kes biasa, mahasiswa perlu pergi sendiri ke hospital kerajaan yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya berlaku kecemasan, anda boleh meminta kerjasama pensyarah atau warden/felo untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan untuk ke hospital. * Bagi mereka yang ditawarkan kolej kediaman Yuran-yuran tersebut hendaklah dibayar sebelum pendaftaran. Semua perbelanjaan alatan pelajaran dan buku adalah tanggungjawab mahasiswa sendiri.
Antara objektif Kokurikulum di Politeknik ialah: i. Untuk membentuk mahasiswa supaya menjadi individu yang bermoral, berdedikasi dan bertanggungjawab. ii. Membina insan yang berketerampilan, bersahsiah tinggi, berdaya tahan mental dan fizikal, berkeyakinan, berfikiran kreatif, inovatif dan kritis dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah. iii. Memberi pengetahuan, kemahiran, idea, konsep dan strategi dari segi pengurusan organisasi serta pendedahan kepada aspek-aspek keusahawanan agar dapat mengembangkan minda, bakat dan potensi diri secara menyeluruh serta berketrampilan. Badan Beruniform Secara umumnya, mahasiswa akan didedahkan aktiviti-aktiviti berkawad, pertolongan cemas, orienteering, pencegahan kebakaran, protokol dan etika, kemahiran ikhtiar hidup, semangat jati diri, penguasaan kemahiran khusus secara holistik bagi mengukuhkan pembentukan kemahiran insaniah mahasiswa yang lebih berpengetahuan dan berdikari. Sukan, Kelab dan Persatuan Sukan, kelab dan persatuan adalah aktiviti yang memfokuskan latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan bagi penguasaan pengetahuan serta kemahiran khusus secara holistik bagi mengukuhkan pembentukan kemahiran insaniah mahasiswa yang positif dan berdaya saing. BUKU PANDUAN MAHASISWA SESI II : 2023/2024
PENAUNG PENGARAH PTSS EN ABDUL MALEK BIN HASSAN PENASIHAT 1 TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK EN MAZRUL HISYAM BIN MAT ALI PENASIHAT 2 KETUA JABATAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR PUAN MAHIRAH BINTI RAFIE PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (KEBAJIKAN & DISIPLIN) PUAN ZULINA BINTI YUSOFF PEGAWAI J/KUASA PENGURUSAN BIASISAWA / PINJAMAN PUAN SITTI AISYAH BINTI KADIR PEGAWAI J/KUASA PENGURUSAN KEBAJIKAN / INSURANS PUAN SITTI AISYAH BINTI KADIR 15.0 MAKLUMAT PENAJAAN & BIASISWA CARTA ORGANISASI UNIT BIASISWA DAN TAJAAN BUKU PANDUAN MAHASISWA SESI II : 2023/2024
http://www.ptptn.gov.my http://esilav2.jpa.gov.my http://www.kuokfoundation.com http://eduloan.mara.gov.my Penahanan bayaran oleh PTPTN untuk semester berikutnya: • Keputusan peperiksaan HPNM bawah 2.0 • Mengulang semester • Tangguh pengajian (sekiranya sakit boleh mendapat kebenaran dari PTPTN) • Tukar kursus/ politeknik kecuali dimaklumkan oleh pelajar kepada pihak PTPTN Laman web yang boleh dilayari: • PTPTN : • JPA : • KUOK FOUNDATION : • MARA : SENARAI-SENARAI PENAJA: • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) • Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) • Yayasan Tenaga Nasional • KUOK Foundation • Yayasan Sime Darby • Yayasan Negeri • MARA • Bantuan OKU Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak penaja pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menimbang permohonan untuk mendapatkan pinjaman oleh mahasiswa politeknik kursus Diploma. Selain daripada PTPTN sebagai penaja utama pinjaman pendidikan, mahasiswa juga boleh memohon pinjaman / biasiswa pendidikan dari pelbagai pihak seperti badan-badan berkanun meliputi agensi kerajaan persekutuan (contoh JPA, JAKOA) dan kerajaan negeri (contoh Yayasan Selangor, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah) dan syarikat-syarikat swasta (contoh Kuok Foundation, Golden Hope Plantation) tetapi dalam bilangan yang terhad. Para pelajar bolehlah berusaha sendiri mendapatkan mana-mana penajaan lain atau menghubungi terus mana-mana penaja pinjaman pendidikan yang berkaitan atau boleh juga menghubungi pegawai biasiswa Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin untuk maklumat lanjut. Maklumat berkaitan penaja pinjaman pendidikan juga boleh diperolehi di laman web www.ptss.edu.my. BUKU PANDUAN MAHASISWA SESI II : 2023/2024 PINJAMAN PENDIDIKAN Perkhidmatan perkohonan pinjaman akan dilaksanakn sepenuhnya di aplikasi web myPTPTN (https://myptptn.ptptn.gov.my) bermula 10 Januari 2024. MAKLUMAT PENAJA PINJAMAN PENDIDIKAN LAIN
Death (Natural Cause) RM 5,000 Kematian Kemalangan RM 40, 000 Keilatan Kekal Anggota Badan Akibat Kemalangan RM 40,000 Elaun Wad (Hospital Benefit) RM 50/hari (maksimum 30 hari setahun) (RM 1, 500) Kos Perubatan (Medical Expenses) RM 3, 000 Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Biasiswa) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, akan memastikan semua mahasiswa yang berdaftar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dilindungi dengan insurans sepanjang tempoh pengajian. Perlindungan insurans ini bertujuan untuk menyediakan manfaat dalam bentuk bantuan kewangan jika ditakdirkan mahasiswa mengalami kecederaan anggota akibat kemalangan atau meninggal dunia. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah mengambil Pelan Takaful Keluarga Berkelompok daripada Syarikat Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia dengan sumbangan takaful sebanyak RM 35.00 untuk selama 1 tahun. Sumbangan takaful tahunan ini akan dibayar kepada syarikat insuran sebaik sahaja mahasiswa mendaftar secara rasmi. Perlindungan Takaful ini adalah 24 jam dan seluruh dunia. Tuntutan insurans akan diproses oleh syarikat insurans secepat mungkin jika borang tuntutan dan dokumen diisi dengan lengkap. Pihak insurans akan membuat bayaran terus kepada akaun pelajar. SKOP PERLINDUNGAN Mengikut Pelan Takaful Keluarga Berkelompok yang dipersetujui skop perlindungan adalah seperti berikut: BUKU PANDUAN MAHASISWA SESI II : 2023/2024 16.0 PERLINDUNGAN INSURAN & TABUNG KEBAJIKAN MAHASISWA
Kecederaan: 1. Salinan kad pengenalan pelajar dan kad pelajar 2. Laporan polis 3. Laporan perubatan dari doktor bertauliah 4. Bil-bil perubatan asal 5. Nota Discaj (Wad Hospital) 6. Borang Tuntutan yang lengkap (diisi oleh pelajar atau PHEP(K&B)) 7. Dokumen-dokumen lain yang dikekendaki oleh syarikat (diuruskan oleh PHEP(K&B)) Kematian: 1. Salinan kad pengenalan pelajar dan kad pelajar 2. Laporan polis 3. Laporan perubatan dari doktor bertauliah 4. Sijil / Perakuan Kematian 5. Permit penguburan 6. Borang tuntutan yang lengkap (diisi oleh waris atau PHEP(K&B)) 7. Dokumen-dokumen lain yang dikehendaki oleh syarikat insurans (diurus oleh PHEP(K&B)) TUNTUTAN Jika berlaku apa-apa kejadian yang dilindungi sebagaimana yang dijelaskan dalam sijil insurans yang diambil, maka tuntutan boleh dikemukakan kepada syarikat insurans bagi mendapatkan manfaat berkenaan. Makluman kepada syarikat perlu dibuat dengan notis secara bertulis/lisan dengan seberapa segera oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Biasiswa). Untuk melicinkan urusan tuntutan, pelajar atau waris mahasiswa hendaklah memaklumkan apa-apa kejadian / kemalangan seberapa segera kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan biasiswa) ATAU Penasihat Akademik untuk tindakan selanjutnya. BUKU PANDUAN MAHASISWA SESI II : 2023/2024
SOALAN LAZIM (FAQ): S: Mahasiswa terpaksa menyambung semester kerana telah menggugurkan subjek. Bolehkah pinjaman PTPTN sedia ada diteruskan? J: Tidak boleh, kerana hanya sebab kesihatan mahasiswa atau pihak PTPTN membuat keputusan bahawa kursus itu perlu dilanjutkan barulah boleh melanjutkan semester. S: Kawan-kawan saya telah mendapat bayaran semester tersebut, kenapa saya masih tidak mendapat bayaran? J: Sekiranya tiada sebab untuk bayaran ditahan, ada beberapa kemungkinan terjadinya perkara tersebut. PTPTN : proses pembayaran dibuat dua kali dalam semester. Sekiranya masih tidak mendapat bayaran, sila hubungi Pegawai Biasiswa Jabatan masing-masing. S: Perlukah saya membuka akaun Bank Islam sebelum masuk ke politeknik? J: Akaun perlu dibuka sebelum masuk ke politeknik. S: Saya sudah mempunyai akaun Bank Islam, perlukah lagi saya membuka akaun? J: Mahasiswa tidak perlu membuka akaun lagi sekiranya akaun yang sedia ada masih aktif. S: Saya mempunyai masalah tentang pinjaman, siapa yang perlu saya rujuk? J: Semua mahasiswa perlu merujuk masalah kepada Pegawai Biasiswa jabatan masing- masing. Hanya Pegawai Biasiswa jabatan yang akan menjadi orang tengah dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. BUKU PANDUAN MAHASISWA SESI II : 2023/2024
SEKALUNG PENGHARGAAN Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pengerusi Minggu Haluan Siswa serta semua Ahli Jawatankuasa Program Minggu Haluan Siswa merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. PENAUNG ABDUL MALEK BIN HASSAN Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin PENASIHAT MAZRUL HISYAM BIN MAT ALI Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin EDITOR MAHIRAH BINTI RAFIE Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin PENULIS ZULINA BINTI YUSOFF Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin GRAFIK MUHAMMAD ALIFF IZWAN B ROSDI Biro Multimedia Edisi Sesi II 2023/2024 BUKU PANDUAN MAHASISWA SESI II : 2023/2024