The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulayuanipb, 2024-02-19 07:44:29

KERTAS KERJA MINGGU ORIENTASI PRA 2023

KERTAS KERJA MINGGU ORIENTASI PRA 2023

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PRASEKOLAH TAHUN 2023 TEMPOH PELAKSANAAN : 19/3/2023 -23/3/ 2023 SK TENGKU MAHMUD ALOR LINTANG, BESUT TERENGGANU


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 1 Pengenalan Program Minggu Orientasi Program Orientasi Prasekolah merupakan satu program yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan murid prasekolah menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di alam persekolahan yang pertama. Program Orientasi ini juga dapat membantu murid meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar. Selain itu, murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya. Justeru itu, program orientasi ini juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri murid prasekolah untuk lebih bersedia ke alam persekolahan yang sebenar. Program ini juga diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 2 MATLAMAT Program Orientasi Prasekolah merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah ataupun ke pendidikan secara lebih formal di Prasekolah. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran yang lebih teratur dan berbentuk formal. OBJEKTIF Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses PdPc secara lebih formal. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke prasekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Membantu semua murid Prasekolah yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di prasekolah mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 3 AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2022/2023 PENGERUSI EN. WAN MUSTAFA BIN WAN IBRAHIM GURU BESAR TIMBALAN PENGERUSI PENOLONG KANAN KURIKULUM NAIB PENGERUSI II PENOLONG KANAN KOKURIKULUM AHLI JAWATANKUASA GURU PENDIDIKAN ISLAM GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PPM NAIB PENGERUSI I PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PENYELARAS PRASEKOLAH PN. W. MAYHIZAN BT W. ABDULLAH SETIAUSAHA PRASEKOLAH PN. SHA’VIKYLIANES BT MOHD NAPI PN. NURUL AYUANI BT MOHD NOOR BENDAHARI PRASEKOLAH PN. NAZITA BINTI M NASIR


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 4 PELAN TINDAKAN PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH/ 2023 SK ISKANDAR PERDANA BIL PERKARA MASA CATATAN 1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Program Orientasi :- Pengerusi : Guru Besar Penyelaras/Setiausaha: Ahli-ahli : PPM Guru Pendidikan Islam Guru bimbingan Kaunseling 16 Mac 2023 Mesyuarat Pengurusan Awal Tahun Sekolah 2. Merancang Aktiviti Program Minggu Orientasi oleh Jawatankuasa Pelaksanaan 16 Mac 2023 AJK Program Orientasi 3. Pendaftaran dan pengesahan murid prasekolah sesi 2023 6 Mac 2023 Guru Kelas Prasekolah PPM 4. Program Minggu Orientasi 19 Mac 2023 hingga 23 Mac 2023 AJK Semua murid prasekolah


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 5


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 6 19 MAC 2023 (AHAD) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat dan SOP kehadiran Aktiviti rutin kebersihan diri Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.15-8.35pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2. Proses perkenalan antara guru dan murid-murid. 3 .Memperkenalkan tempat meletakkan kasut sekolah, penggunaan tandas dan tempat makan. 4. Menyanyi dan membuat pergerakan mengikut lagu “Kalau Rasa Gembira”. 5. Bercerita tentang perasaan dan keadaan sekolah. Guru Prasekolah PPM 8.35-9.35pg Aktiviti Pembelajaran Aktiviti Suai Kenal Lawatan ke tandas Berbincang keadaan fizikal dan peraturan di tandas Memperkenalkan tatacara penggunaan tandas dengan betul. Aktiviti Kemanusiaan Nyanyian lagu rasmi. 1.Guru memperdengarkan lagu: Lagu Negaraku Lagu Sekolah Peraturan Prasekolah 1. Guru memperjelaskan peraturan-peraturan am prasekolah 2. Mempraktikkan budaya memberi salam kepada guru,PPM dan rakan-rakan. 3. Membaca doa harian dengan bimbingan guru dan PPM Guru Prasekolah PPM 9.35-10.00pg Aktiviti Psikomotor Murid diberi mainan (permainan blok dan lain-lain yang sesuai). Murid diberi latihan aktiviti menyambung titik-titik. Guru Prasekolah 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.15pg Pengurusan Kelas 1.Murid-murid diminta bersedia untuk aktiviti seterusnya. 2. Murid duduk ditempat masing-masing untuk aktiviti seterusnya. Guru Prasekolah PPM


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 7 Aktiviti Kelas ( Sosioemosi/Ketrampilan diri) 1.Guru menyanyikan lagu “ Kalau anda gembira “ VERSI Didi and Freinds 2. Semua murid menyanyi beramai-ramai sambil membuat gaya. Aktiviti Seni (Fizikal dan Estetika) 1.Murid diberi modul mewarna dan dikehendaki mewarna lukisan yang diberikan guru. 2. Murid dibimbing mewarna lukisan tersebut. 11.15-11.35pg Aktiviti Ketrampilan diri 1. Murid diberi peluang dan dibimbing untuk bercerita mengenai lukisan yang telah dihasilkan kepada guru dan rakan-rakan yang lain. 2. Guru memberi token/ganjaran seperti pelekat atau cap bintang. Guru Prasekolah PPM 11.35-11.45pg Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing untuk mengemas peralatan menulis , murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM REFLEKSI GURU : MURID : Guru dapat melaksanakan aktivti yang dirancang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan mencapai objektif. Murid-murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan seronok dan gembira. KEHADIRAN PRA AL-MAJID: 22/25


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 8 20 MAC 2023 (ISNIN) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.05pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat dan SOP kehadiran Aktiviti rutin kebersihan diri Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.05-8.25pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2. Menyanyi dan membuat pergerakan mengikut lagu “Kalau Rasa Gembira”. 3. Bercerita tentang perasaan datang ke sekolah hari ini. 4. Bersoal jawab mengenai nama-nama rakan yang telah diketahui atau kenal. Guru Prasekolah PPM 8.25-9.25pg Pengurusan Kelas Aktiviti Fizikal ( Kreativiti dan Estetika) 1. Bersenam ringan /senamrobik bersama guru dan rakan-rakan. 2. Membuat aksi dan gaya sambil menyanyikan lagu kanak-kanak yang sesuai. Guru menerangkan peraturan kelas dan persekitaran prasekolah Guru menerangkan tatacara masuk ke kelas -Beratur di luar kelas / masuk kelas dengan tertib Aktiviti Kumpulan 1.Membina kumpulan mengikut jantina 2.Berinteraksi antara rakan-rakan tentang nama dan kegemaran rakan yang disukai. ( SOP penjarakkan fizikal dijaga) Aktiviti Pratulis Murid diberi lembaran aktiviti pratulis -menyambung garis putus-putus. Guru Prasekolah PPM 9.25-10.00pg Aktiviti mewarna (Tunjang Kreativiti dan Estetika) 1.Murid mengecam jenis-jenis warna. 2.Murid menyenaraikan objek yang terdapat dalam kelas mengikut warna. 3.Murid mewarnakan gambar. Guru Prasekolah PPM 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 9 10.30-11.25pg Mari Membaca (Tunjang Bahasa) 1.Murid mengikut guru menyebut huruf a-z satu persatu. 2.Guru dan murid menyanyi secara beramai-ramai. ( Lagu ABC) Aktiviti Ketrampilan diri 1.Guru menerapkan konsep Sekolahku Rumahku 2. Murid mewarnakan gambar sekolah. Guru Prasekolah PPM 11.25-11.35pg Lawatan Infrastruktur Prasekolah. 1.Murid dibawa ke seluruh kawasan persekitaran prasekolah 2. Murid diperkenalkan kawasan-kawasan yang penting seperti tandas,taman permainan,bilik wudhu,stor dan dewan makan Guru Prasekolah PPM 11.35-11.45pg Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing untuk mengemas peralatan menulis. Murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM REFLEKSI GURU : MURID : Guru dapat melaksanakan aktivti yang dirancang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan mencapai objektif. Murid-murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan seronok dan gembira. KEHADIRAN PRA AL-MAJID: 23/25


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 10 21 MAC 2023 (SELASA) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.05pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat dan SOP kehadiran Aktiviti rutin kebersihan diri Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.05-8.25pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2. Berkongsi idea dan maklumat / bercerita mengenai perasaan hadir ke sekolah hari ini. 3. Guru memperdengarkan lagu “ ABC” dan meminta murid meneka huruf yang ditunjukkan oleh guru Aktiviti “Jom Kenal 1 Huruf”. Guru Prasekolah PPM 8.25-9.00pg Aktiviti Fizikal dan Literasi awal Doh Huruf 1. Murid membuat doh. ( PPM telah sediakan bahan dalam bekas untuk setiap murid) 2. Murid membentuk doh menjadi huruf-huruf yang ditunjukkan oleh guru. Guru Prasekolah PPM 9.00-9.30pg Pengurusan Kelas Guru menerangkan peraturan kelas dan persekitaran prasekolah Guru menerangkan tatacara masuk ke kelas -Beratur di luar kelas / masuk kelas dengan tertib Guru Prasekolah PPM 9.30-10.00pg Matematik Awal Aktiviti : Lebih atau Kurang Guru menunjukkan kumpulan objek dan meminta murid meletakkan objek lebih atau kurang daripada kumpulan objek tersebut. Guru menggantikanobjekdengan nombor, contohnya nombor 5 dan meminta murid meletakkan nombor “lebih daripada 5 “ atau “kurang daripada 5”. 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.30pg Aktiviti kolaj 1. Murid membuat kolaj huruf dengan menggunakan kertas warna. 2. Murid koyak dan tampal kertas warna atas blok huruf yang ditetapkan (nama murid). Guru Prasekolah PPM Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik Guru Prasekolah


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 11 11.35-11.45tgh 1. Murid dibimbing untuk mengeman peralatan menulis, murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) PPM REFLEKSI GURU : MURID : Guru dapat melaksanakan aktivti yang dirancang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan mencapai objektif. Murid-murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan seronok dan gembira. KEHADIRAN PRA AL-MAJID: 20/25


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 12 22 MAC 2023 (RABU) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.05pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat dan SOP kehadiran Aktiviti rutin kebersihan diri Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.05-8.25pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2. Berkongsi idea dan maklumat / bercerita mengenai perasaan hadir ke sekolah hari ini. 3. Guru memperdengarkan lagu “ ABC” dan meminta murid meneka huruf yang ditunjukkan oleh guru Aktiviti “Jom Kenal 1 Huruf”. Guru Prasekolah PPM 8.25-9.30pg Aktiviti Fizikal 1. Guru dan murid membuat senaman mudah 2. Guru membuat senamrobik yang mudah dengan mengikuti video. 3. Guru dan murid bermain aktiviti sukaneka di Dewan Kenanga. Guru Prasekolah PPM 9.30-10.00pg Aktiviti Suai Kenal Lawatan ke Dewan Makan Prasekolah Berbincang keadaan fizikal dan peraturan di dewan makan Berbincang mengenai peraturan dan SOP yang perlu dipatuhi di dewan makan. Membaca doa makan dengan sebutan betul dan maksudnya Guru Prasekolah Guru pendidikan Islam PPM 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.00 Aktiviti Pratulis ( Bahasa Melayu) 1.Aktiviti sambung garis putus-putus 2.Menyurih nama sendiri 3. Guru menyediakan lembaran yang mengandungi nama murid. 4. Murid mewarnakan gambar dan menulis nama serta biodata diri Guru Prasekolah PPM 11.00-11.35 Aktiviti Fizikal Kesihatan Jom Cuci Tangan 1.Murid dibawa ke ruang legar untuk aktiviti mencuci tangan 2. Guru memberi penjelasan tentang cara-cara mencuci tangan dengan langkah-langkah yang betul. Guru Prasekolah PPM


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 13 3. Guru membincangkan mengenai kepentingan menggunakan sabun basuh tangan. 11.35-11.45tgh Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing untuk mengemas peralatan menulis, murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM REFLEKSI GURU : MURID : Guru dapat melaksanakan aktivti yang dirancang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan mencapai objektif. Murid-murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan seronok dan gembira. KEHADIRAN PRA AL-MAJID: 22/25


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 14 23 MAC 2023 (KHAMIS) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.05pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat dan SOP kehadiran Aktiviti rutin kebersihan diri Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.05-8.25pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2. Berkongsi idea dan maklumat / bercerita mengenai perasaan hadir ke sekolah hari ini. 4. Guru memperdengarkan lagu “ ABC” dan meminta murid meneka huruf yang ditunjukkan oleh guru Aktiviti “Jom Kenal 1 Huruf”. Guru Prasekolah PPM 8.25-9.15 Aktiviti Ketatanegaraan Nyanyian lagu rasmi. 1.Guru memperdengarkan lagu: Lagu Negaraku Lagu Negeri Perak Lagu Sekolah Peraturan Prasekolah 1. Guru memperjelaskan peraturan-peraturan am prasekolah 2. Mempraktikkan budaya memberi salam kepada guru,PPM dan rakan-rakan. 3. Murid mewarnakan gambar “ Ucapan bertatasusila” Guru Prasekolah PPM 9.15-10.00 Aktiviti Kelas ( Sosioemosi) 1.Murid menyanyikan lagu “ Kalau anda rasa gembira “ 2. Semua murid menyanyi beramai-ramai sambil membuat gaya. 3. Aktiviti bercerita ( buku besar) 4. Guru bercerita mengenai cerita teladan – kura-kura dengan kancil Guru Prasekolah 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.00 Tunjang Sains dan Teknologi Tema : bentuk 1. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk asas yang terdapat dipersekitaran seperti bulat, segi empat, segi tiga. 2. Murid melukis bentuk-bentuk dipersekitaran, mewarna dan menamakan bentuk tersebut. Guru Prasekolah PPM 11.00-11.35 Pendidikan Sivik Hormati guru 1.Memberi pandangan tentang gambar yang ditunjukkan.


Kertas Kerja Minggu Orientasi Prasekolah 2023 | 15 2. Murid membaca dan menulis perkataan/frasa yang berkaitan. 3. Murid mewarnakan gambar yang berkaitan. 11.35-11.45 Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing untuk mengemas beg dan peralatan menulis , murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan menurunkan semula “punch card” ke dalam bekas yang disediakan semula. 4. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM REFLEKSI GURU : MURID : Disediakan oleh : (WAN MAYHIZAN BINTI WAN ABDULLAH ) PENYELARAS PRASEKOLAH Guru dapat melaksanakan aktivti yang dirancang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan mencapai objektif. Murid-murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan seronok dan gembira. Dilaksanakan oleh: (NURUL AYUANI BT MOHD NOOR) GURU PRASEKOLAH AL MAJID KEHADIRAN PRA AL-MAJID: 19/25


Click to View FlipBook Version