The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by APIZAN, 2020-11-09 21:18:41

02-IS-Electrical Circuit & Diagram

02-IS-Electrical Circuit & Diagram

DPP C2

INSTITUT KEMAHIRAN MARA
KOTA KINABALU, SABAH

INFORMATION SHEET

PROGRAM: SPP

SESSION: NOV 2020 - APRIL 2021 SEMESTER: 2
SHEET NO: IS 02
CODE/ COURSE: CSP 21053/ELECTRIC
MOTOR AND CONTROL

LECTURER: APIZAN BIN ISA @ WEEK: 01
SULAIMAN

TOPIC: ELECTRICAL CIRCUIT & DIAGRAM

SUB-TOPIC: 1.4 Electrical Symbols, Color Codes And Notation
1.5 Reading And Interpretation Of Circuit Diagrams.
1.6 Circuit Testing Procedures

Pada akhir tajuk ini pelajar dapat:

LEARNING OUTCOME: 1. Menerangkan tentang simbol elektrik, kod warna dan
notasi

2. Menterjemahkan circuit diagram dan wiring layout.
3. Menerangkan tentang prosedur pengujian litar.

Page 1 of 18

1.4. ELECTRICAL SYMBOLS, COLOR CODE AND NOTATION.
Di dalam bidang kejuruteraan elektrik perlu mengunakan simbol dan pengiraan bagi
menglengkapakan ilmu pengetahuan dalam bidang elektrik. Simbol amat penting
kerana ia menunjukan sesuatu alat kelengkapan ataupun assesories elektrik.
Simbol amat berguna pada pelan susun atur kerana setiap yang lukis didalam pelan
susun atur itu akan menentukan kedudukan sebenar alat alat kelengkapan elektrik.

Page 2 of 18

Page 3 of 18

Page 4 of 18

Page 5 of 18

Page 6 of 18

*Rujuk buku: Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman Edisi 2008.
Suruhanjaya Tenaga

Page 7 of 18

Kategori wayar dan warna wayar adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum
seseorang itu menjalankan kerja- kerja pendawaian elektrik, sekiranya penyambungan
wayar silap dilakukan ianya akan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik atau
litar pintas akan berlaku. Pendawaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu Pendawaian Satu
Fasa (single phase) dan Pendawaian Tiga Fasa (Three Phase). Kaedah Pendawaian
Satu Fasa sesuai digunakan untuk bangunan kecil yang tidak menggunakan peralatan
elektrik yang banyak dan tidak memerlukan bekalan elektrik yang tinggi antaranya
seperti rumah, pejabat kecil dan kedai. Manakala kaedah Pendawaian Tiga Fasa
kebiasaannya digunakan bagi sebuah bangunan yang besar antaranya seperti sekolah,
universiti, bangunan pejabat dan masjid.
Bagi Pendawaian Satu Fasa (single phase), wayar asas pendawaian terbahagi kepada
tiga jenis.
* Tiga wayar asas tersebut adalah:
a) Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Neutral
c) Wayar Bumi (Earth)
Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai warna yang
berbeza. Ini bertujuan agar ketiga- tiga wayar ini dapat dibezakan bagi mengelakkan
berlaku kesilapan semasa membuat penyambungan pada pendawaian.
* Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah :
a) Wayar Merah/ Coklat - Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Biru/ Hitam - Wayar Neutral
c) Wayar Hijau/ Hijau jalur kuning - Wayar Bumi (Earth)
Perlu diingat, setiap jenis wayar hanya boleh disambung dengan jenis wayar yang
sama sahaja. Pastikan langkah- langkah keselamatan dipatuhi semasa membuat
kerja pendawaian dan elakkan kecuaian.

Page 8 of 18

1.5. READING AND INTERPRETATION OF CIRCUIT DIAGRAMS.

Jenis-jenis kawalan.

Kawalan elektrik bolehlah dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu secara manual,
separa automatik dan automatik.

Kawalan secara manual.

Kawalan motor ini dikawal sendiri oleh manusia, bermaksud kawalan secara manual
untuk menghidupkan dan mematikan litar tersebut. Cara kawalan ini biasanya
memerlukan pemerhatian yang khusus dan biasanya tidak sesuai digunakan
apabila ia menggunakan banyak litar dan mengambil masa yang lama untuk
perubahan sesuatu kawalan lain. Pekerja-pekerja khusus mungkin diperlukan untuk
mengendalikan sistem kawalan ini kerana kecekapan dan kemahiran pengawalan
amat diperlukan agar tidak ada suis yang terlalu cepat atau lambat dihidupkan dan
menyebabkan keseluruhan sistem kawalan itu tidak berfungsi dengan sempurna.

Hari ini penggunaan kawalan manual adalah terbatas
kepada beberap litar mudah atau digabungkan bersama-
sama dengan kawalan automatik. Contoh penggunaan
kawalan manual ini ialah pada suis pengawalan forward
reverse starter atau push stop dan push start button dan
sebagainya. Bagi memudahkan lagi pemahaman pelatih,
litar tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu litar
utama/kuasa/beban dan litar kawalan. Litar utama
melibatkan bekalan ke motor sementara litar kawalan
melibatkan kawalan motor seperti menghidup atau
mematikan, melaju atau memperlahankan motor dan
sebagainya.

Litar utama yang telah diasingkan dari litar kawalan tidak
rumit kerana ia hanya menunjukkan bagaimana bekalan
disambungkan ke motor samaada secara terus atau
melalui perantaraan penyentuh. Lazimnya motor
disambungkan ke bekalan melalui overload dan
kontaktor.
Litar kawalan yang telah diasingkan pula dapat
menunjukkan secara logik bagaimana operasi kawalan
seseuatu litar itu berlaku seperti mengawal kontaktor,
timer delay relay bagi menghidup dan mematikan bekalan
ke motor. Dengan mengawal kontaktor (penyentuh) beerti
motor juga dikawal kerana kontactor tersebut
disambungkan ke motor.

Page 9 of 18

GAMBARAJAH LITAR KAWALAN

GAMBARAJAH LITAR UTAMA / KUASA / BEBAN.
Page 10 of 18

Kawalan separa automatik.
Dalam kawalan ini sebahagiannya akan berkendali sendiri dan sebahagian lagi
memerlukan kawalan secara manual. Biasanya sistem kawalan ini tidak akan
bekerja selagi kawalan manual tidak dimulakan. Ini bermaksud, kawalan manual
menjadi pemula sistem kawalan separa automatik. Biasanya push start dan push
stop button digunakan untuk kawalan secara manual bersama-sama dengan
kawalan magnet. Kebanyakkan pemula motor hari ini menggunakan kaedah
kawalan secara separa automatik. Misalnya star delta starter, autotransformer
starter, rotor resistence starter dan sebagainya.
Penghidup motor yang lain juga banyak menggunakan kaedah kawalan separuh
automatik misalnya kawalan kelajuan kehadapan, balikan “jogging”, “inching” dan
sebagainya. Semua ini menggunakan suis punat tekan (push button) tersendiri
disamping litar kawalan yang mengawal dan mengubah litar motor menjadi laju,
perlahan dan sebagainya.

Page 11 of 18

Kawalan secara automatik.
Kawalan ini bekerja secara automatik tanpa memerlukan bantuan secara manual.
Ini bererti kawalan automatik tidak memerlukan langsung pemerhatian kita kecuali
ianya rosak. Ia oleh bekerja sendiri apabila telah dihidupkan dan boleh mengawal
keseluruhan litar mengikut kehendak penggunanya seperti kawalan lampu lalu
lintas di simpang-simpang jalan boleh menyala dengan sendiri secara automatik
setelah sistem kawalannya dihidupkan.
Kawalan automatik diperlukan apabila sesuatu litar kawalan itu memerlukan
pelbagai kawalan litar atau melibatkan kawalan berbagai-bagai tugas dalam jangka
masa yang panjang dan berterusan. Misalnya kawalan pasar air di empangan atau
kawasan-kawasan banjir, kawalan paras tekanan pemampat, kawalan suhu
pendingin udara, kawalan kepanasan mesin pengering kawalan lampu jalan dan
sebagainya.
Suis apung (float switch), geganti lewat masa, pressure control switch, dan
thermostat adalah contoh-contoh alatan yang digunakan dalam kawalan automatik
disamping penyentuh-penyentuh atau litar-litar elektronik.

Page 12 of 18

1.6. CIRCUIT TESTING PROCEDURES.

PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK.
Merujuk kepada buku “Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan
Kediaman Edisi 2008. (Suruhanjaya Tenaga)”

Kehendak Perundangan

i). Mengikut Peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu
diselia oleh Pendawai dengan sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga.
Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan suatu Perakuan
Penyeliaan dan Penyiapan.

ii). Mengikut Peraturan 13(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan
Fasa Tunggal atau oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa
untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan
Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

iii). Mengikut Peraturan 14(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan
Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12
dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam
Jadual Pertama.

Pengujian

Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pepasangan
pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan peralatan
dipasang selamat untuk digunakan. Sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan
hendaklah dibuat. Keputusan pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian hendaklah
menggunakan Borang G (seperti Lampiran IV) dan Borang H (seperti Lampiran V).
Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H, ujian-ujian berikut hendaklah
dilakukan;

i). Ujian Keterusan;
ii). Ujian Rintangan Penebatan;
iii). Ujian Kekutuban;
iv). Ujian Rintangan Elektrod Bumi; dan
v). Ujian Peranti Arus Baki.

Ujian Keterusan

Terdapat 3 Ujian Keterusan Litar Akhir yang utama:-
a) Ujian Keterusan Konduktor Pelindung;
b) Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang; dan
c) Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral.

Page 13 of 18

Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral
i). Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik
disepanjang litar.
ii). Alatuji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.
iii). Kaedah pengujian
 Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka (Switched Off);
 Semua beban hendaklah ditanggalkan;
 Suis hendaklah di litar-tutup (Switched On);
 Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup;
 Jalankan ujian sebagaimana rajah di bawah; dan
 Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral

Page 14 of 18

Ujian Rintangan Penebatan
i. Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa, konduktor
fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi.
ii. Menguji ketahanan penebatan kabel.
iii. Alat uji - Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester). Voltan
kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T atau 500V A.T.
iv. Kaedah Pengujian
 Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switched off);
 Semua beban hendaklah ditanggalkan;
 Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switched on);
 Jalankan ujian sebagaimana jadual di bawah; dan
 Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm.

v. Nilai Minimum Bagi Rintangan Penebatan adalah seperti jadual di bawah.

Page 15 of 18

vi. Bagi alat radas / motor.

Pengujian penebatan antara gelung

Pengujian penebatan antara gelung dengan earthing
Keputusan:

i. Bacaan yang diperlikan mestilah tidak kurang daripada 1 MΩ bagi semua
pepasangan.

ii. Bagi peralatan elektrik, contohnya cerek elektrik, motor, mesin dan lain-lain,
bacaan mestiah tidak kurang daripada 0.5 MΩ.

Rumusan:
Sekirany didapati bacaan kurang daripada nilai di atas, berkemungkinan:

i. Litar pintas / salah sambungan
ii. Penebat kabel lemah / pecah

Page 16 of 18

Ujian Kekutuban
i. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti
perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja.
ii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pada konduktor fasa.
iii. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa,
neutral dan bumi disambung pada terminal yang betul.
iv. Alatuji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.
v. Kaedah pengujian
 Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off);
 Semua beban hendaklah ditanggalkan;
 Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on);

Page 17 of 18

EXERCISE:
1. Lukiskan simbol bagi komponen-komponen berikut.

a. MCB
b. Overload
c. Push start button
d. Push stop button
e. Gelung kontaktor
f. Sesentuh kontaktor
g. Gelung timer
h. Sesentuh tiimer

2. Nyatakan fungsi mengikut warna kabel bukan boleh lentur berikut:
a. Merah
b. Biru
c. Kuning
d. Hitam
e. Merah atau kuning atau biru
f. Hijau atau hijau-kuning

REFERENCE:
1. Refrigeration & Air Conditioning Technology-5th Edition (Whitman, Johnson & Tomczyle-
Thomson)
2. Principle Of Refrigeration 5th Edition (Roy J Dossat, Thomas Horan)
3. Electricity For Refrigeration, Heating And Air Conditioning 6th Edition (Russell E. Smith)
4. Electricity, Electronic And Control System For Hvac Third Edition (Thomas E. Kissell)
5. Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman Edisi 2008. Suruhanjaya
Tenaga
6. Buku Akta Bekalan Elektrik 1990. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
7. Kertas Penerangan.

Page 18 of 18


Click to View FlipBook Version