The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by APIZAN, 2020-11-09 21:14:18

01-IS-Electrical Circuit & Diagram

01-IS-Electrical Circuit & Diagram

DPP C2

INSTITUT KEMAHIRAN MARA
KOTA KINABALU, SABAH

INFORMATION SHEET

PROGRAM: SPP

SESSION: NOV 2020 - APRIL 2021 SEMESTER: 2
SHEET NO: IS 01
CODE/ COURSE: CSP 21053/ELECTRIC
MOTOR AND CONTROL

LECTURER: APIZAN BIN ISA @ WEEK: 01
SULAIMAN

TOPIC: ELECTRICAL CIRCUIT & DIAGRAM

SUB-TOPIC: 1.1 Safety As Stipulated By The electrical supply ACT
1990

1.2 Institute of electrical engineers (IEE) and
Suruhanjaya Tenaga (ST) regulation for electric
motor

1.3 Rule and regulations stipulated by ST pertaining
to wiring requirements and motor installation

LEARNING OUTCOME: Pada akhir tajuk ini pelajar dapat:
1. Menerangkan tentang keselamatan seperti yang
ditetapkan oleh Akta bekalan elektrik 1990.
2. Menerangkan tentang Institute of electrical engineers
(IEE) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) peraturan untuk
motor elektrik
3. Menerangkan tentang keselamatan dan peraturan
berkaitan dengan kerja-kerja pepasangan elektrik
menurut Buku Akta Bekalan Elektrik 1990.
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

Page 1 of 21

CONTENT:
1.1. KESELAMATAN SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH AKTA

BEKALAN ELEKTRIK 1990.
Pengenalan:
Akta Bekalan Elektrik 1990.

 Berkuatkuasa 1hb. September 1990
 Menggantikan Akta Bekalan Elektrik 1940 dan Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik

1983
 Diluluskan oleh Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan ditandatangani

oleh DYMM Yang Dipertuan Agong)
 Terdapat 12 Bahagian dan 56 Seksyen

Buku Akta Bekalan Elektrik 1990
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

Page 2 of 21

KESELAMATAN AM
(Merujuk kepada buku Akta Bekalan Elektrik 1990. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
(Syarikat Pengganti): Bahagian X, sekyen 45, sekyen 48 dan sekyen 49)

Sekyen 45.

Langkah awasan semasa melaksanakan kerja

45. (1) Pelaksanaan semua kerja berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan
elektrik yang boleh menyentuh apa-apa lebuh, rel keretapi, landasan trem, sungai,
terusan atau laluan air lain atau apa-apa sistem pengairan, penyaliran atau bekalan air
atau apa-apa kerja telegraf, telefon, komunikasi radio, pelabuhan atau kerja awam atau
persendirian lain, dan pendirian apa-apa lintasan talian bekalan, sama ada overhed atau
bawah tanah, hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan dan tanpa
menjejaskan keselamatan awam atau persendirian

(2) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi seksyen ini adalah
melakukan suatu kesalahan di bawah Akta.

Sekyen 48.

Sekatan terhadap sambungan dengan bumi

48. (1)Tiada seorang pun boleh, semasa penjanakuasaan, penghantaran, pembekalan
atau penggunaan elektrik, membenarkan mana-mana bahagian talian bekalannya
disambungkan dengan bumi kecuali sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-
peraturan di bawah Akta ini atau dibenarkan dengan nyata oleh Suruhanjaya.

(2)Sekiranya berlaku pelanggaran subseksyen (1), Suruhanjaya boleh melalui perintah
bertulis menghendaki pemegang lesen atau pemunya mengalihkan sambungan itu dan
boleh melarang penggunaan mana-mana talian atau kerja bekalan atau pepasangan
sehinggalah perintah itu dipatuhi, dan tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah dipatuhi
oleh orang berkenaan.

Sekyen 49.

Tatacara dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya

49.(1)Sekiranya Suruhanjaya mendapati bahawa adaapa-apa kecacatan pada
pepasangan atau bahagiannya yang pada pendapat Suruhanjaya berkemungkinan
menyebabkan bahaya,Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan
kepada pemegang lesenatau pemunya, atau jika pemegang lesen atau pemunya itu
tidak dapat dijumpai, ditampalkan di tempat di mana pepasangan itu terletak,
menghendaki kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan dalam apa-apa tempoh
sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan dalam hal sedemikian, pepasangan
itu atau bahagiannya tidakboleh dikendalikan atau digunakan selepas habisnya tempoh
yang dinyatakan melainkan jika kecacatan itu te1ah dibaiki atau dihapuskan sehingga
memuaskan hati Suruhanjaya:

Page 3 of 21

Dengan syarat bahawa, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa kecacatan itu mungkin
menyebabkan bahaya yang hampir benar berlaku, Suruhanjaya boleh, melalui notis
yang ditampalkan atau disampaikan seperti yang disebut terdahulu, dengan serta-merta
menggantungkan pengendalian dan penggunaan pepasangan itu, dan jika
perlu,melakkan pepasangan itu atau bahagiannya sehingga kecacatan itu dibaiki atau
dihapuskan. Pepasangan itu atau bahagiannya tidakboleh dikendalikan atau digunakan
selagi notis penggantunganitu belum dibatalkan dan lak itu tidak dialihkan oleh pegawai
diberi kuasa.

(2) Tiap-tiap pemegang lesen dan tiap-tiap pihak pengurusan danorang yang menjaga
mana-mana pepasangan apabila menyedari akan apa-apa kecacatan padanya yang
mungkin menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta membaiki atau
menghapuskan kecacatan itu, dan tiap-tiap pengguna apabila menyedari akan apa-apa
kecacatan pada apa-apa kelengkapan yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah
dengan serta-merta membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, atau membuat
laporan mengenainya kepada Suruhanjaya.

(3)Jika pada pendapat Suruhanjaya bahawa apa-apa kecacatan pada pepasangan yang
berkenaan dengannya sesuatu lesen berkuat kuasa adalah dari jenis yang tidak boleh
dibaiki atau dihapuskan, Suruhanjaya hendaklah mengadakan suatu siasatan dan, jika
didapati oleh Suruhanjaya perlu berbuat demikian, hendaklah mengkanselkan lesen itu.

(4) Pemegang lesen atau pemunya tidak berhak kepada pampasan bagi apa-apa
kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen atau pemunya kerana penggantungan
pengendalian dan penggunaan, dan pelakan apa-apa pepasangan atau bahagiannya
atau kerana penggantungan atau pengkanselan lesen di bawah seksyen ini.

(5) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1) dan (2)
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini

BAHAGIAN VII
PEMBERITAHUAN KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN

Kemalangan serius hendaklah dilaporkan.
Penyiasatan oleh Suruhanjaya

Sekyen 33.

33.(1) Bilamasa apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau
mengakibatkan kehilangan nyawa atau cedera kepada mana-mana orang atau
kerosakan serius pada harta telah berlaku berkaitan dengan apa-apa pepasangan atau
loji atau kelengkapan elektrik, pemunya, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan
dan pihak pengurusannya hendaklah melaporkan kemalangan atau kebakaran itu
kepada Suruhanjaya melalui cara yang tercepat yang ada, dan kemudiannya, dengan
seberapa sedikit kelengahan yang mungkin, hendaklah melaporkan secara bertulis
kepada Suruhanjaya mengenai fakta perkara itu setakat yang diketahui oleh mereka
masing-masing

Page 4 of 21

1.2. INSTITUTE OF ELECTRICAL ENGINEERS (IEE) DAN SURUHANJAYA
TENAGA (ST) PERATURAN UNTUK MOTOR ELEKTRIK.

IEE adalah sebuah institusi atau badan profesional antara bangsa yang terlibat secara
terus dengan bidang elektrik di dalam menyelidik, mengkaji dan membangunkan
teknologi elektrik. Badan ini juga menetapkan peraturan dari aspek keselamatan, susun
atur pendawaian,sistem bekalan elektrik, atur cara pengujian dan perkara-perkara yang
bersangkutan dengan elekrik. IEE adalah singkatan dari Institution of Electric
Engineering.
JBEG pula adalah agensi kerajaan yang dilantik memegang kuasa, mengurus dan
mentadbir dibidang elektrik yang mana aktivitinya meliputi penguatkuasaan samaada
dari segi penjanaan dan pepasangan, peraturan dan pendawaian dipatuhi menurut Akta
Bekalan Elektrik. JBEG adalah singkatan dari Jabatan Bekalan Elektrik Dan Gas.
Skop peraturan.
Peraturan I.E.E, ini digunakan bagi tujuan pemasangan samaada di dalam atau di luar
sekitar bangunan, termasuk kawasan pertanian, pembinaan dan karavan. Peraturan ini
meliputi semua voltan amat rendah dan rendah sehingga 1 KV arus ulang alik atau 1.5
Kv arus terus dan voltan ini diukur antara pengalir dengan pengalir atau 600 V arus
ulang alik atau 900 V arus terus dengan pengalir kebumi. Sebahagian daripada voltan
ini meliputi votan tinggi bagi lampu nyahcas dan dandang elektrod.
Pengecualian.
Peraturan ini dikecualikan kepada penjanaan awam atau sistem bekalannya,
sebahagian daripada sistem perhubungan penggera api, penggere kecurian, litar lampu
kecemasan dan alatan yang diambil dari satu sumber yang selamat, motor, kereta,
kapal laut, kapal terbang, lombong dan kuari, pelindung kilat bangunan, pemasangan di
kawasan bahan letupan dan kelengkapan radio.

Page 5 of 21

Suruhanjaya Tenaga (ST)

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan sebuah badan
berkanun yang bertanggungjawab mengawal selia sektor
tenaga bagi industri perbekalan elektrik dan gas berpaip
di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya
Tenaga memastikan bekalan elektrik dan gas berpaip
yang disalurkan kepada pengguna adalah selamat,
berdaya harap dan pada harga yang berpatutan.

Latar Belakang

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi dalam
industri bekalan tenaga, pada 1 Mei 2001, Kerajaan
Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Tenaga di
bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001. Suruhanjaya
Tenaga beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002
dan mengambil alih peranan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas yang telah dibubarkan
pada tarikh yang sama.

Sektor tenaga di Malaysia telah mengalami perubahan yang pesat dan ketara sejak
tahun 1990an. Ini didorong oleh hasrat kerajaan untuk meningkatkan keselamatan
bekalan tenaga, meningkatkan kecekapan dan kualiti dalam perkhidmatan utiliti dan
meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan infrastruktur.

Tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga adalah termaktub di bawah Akta
Suruhanjaya Tenaga 2001 serta akta-akta dan peraturan-peraturan seperti berikut:
• Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan) 2001
• Akta Bekalan Gas 1993 (Pindaan) 2001
• Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 (Pindaan) 2002
• Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (Pindaan) 2003
• Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 (Pindaan) 2000
• Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan) 2001
• Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Yang Boleh Dikompaun) 2006
• Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008

Page 6 of 21

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994

Panduan keselamatan dalam sistem pepasangan elektrik ini bertujuan memastikan
tahap keselamatan pepasangan elektrik dalam bangunan adalah tinggi bagi
mengelakkan sebarang bahaya dan kemalangan elektrik dan juga memenuhi peraturan-
peraturan pendawaian dalam bangunan dan kehendak Akta 447, Akta Bekalan Elektrik
1990. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

Peraturan peraturan elektrik 1994 mengandungi sebanyak 123 peraturan yang terbahagi
kepada lima bahagian. Susunan peraturan adalah berikut.

BAHAGIAN PERATURAN
I. PERMULAAN
II. PEPASANGAN 1-2
III. PENGENDALIAN 3 - 43
IV. PENYENGGARAAN 44 - 109A
V. PELBAGAI 110 - 113
114 - 123

Walaubagaimanapun, bagi bidang penyejukan dan penyamanan udara, tidaklah
perlu mengetahui kesemuanya. Di sini hanya dinyatakan beberapa peraturan yang
berkaitan sahaja.

BAHAGIAN II
PEPASANGAN

Bahan, kelengkapan dan kaedah pepasangan.

Peraturan.
15. Radas, konduktor, aksesori, dsb.
16. Suis, Fius Suis, Suis Fius, Pemutus Litar, Penyentuh, Fius dsb
17. Janakuasa, motor, pengubah, dsb
18. Cara Pengasingan

Radas, konduktor, aksesori, dsb.

15. (1) Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan
kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa dan bilangan yang
mencukupi bagi menepati maksud yang dicadangkan dan hendaklah dibina,
dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi
mencegah bahaya.

(2) Sesuatu konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau
ditempatkan atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah
bahaya.

Page 7 of 21

(3) Sesuatu konduktor yang dilindungi dengan penyalut logam atau dialirkan dalam
pembuluh hendaklah dilindungi dengan penebat bush atau tiup, apabila konduktor
itu menembusi dinding, sesekat, lantai atau bumbung bangunan atau binaan lain.

(4) Sesuatu kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh
ditanam dalam plaster dengan syarat kabel dan pembuluh itu ialah daripada bahan
yang kakisan pada kabel atau pembuuluh itu tidak akan menyebabkan tebatan
menjadi lemah dan bahaya akibat langsung daripada kebocoran arus.

(5) Sesuatu kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh
ditanam di dalam simen tulen atau konkrit.

(6) Mana-mana konduktor atau radas yang terdedah pada cuaca, air, kakisan,
pemanasan yang tak sewajarnya atau digunakan dalam persekitaran yang mudah
terbakar atau dalam persekitaran yang mudah meletup hendaklah dibina atau
dilindungi sedemikian rupa bagi mencegah bahaya.

Suis, Fius Suis, Suis Fius, Pemutus Litar, Penyentuh, Fius dsb

16. (1) Mana-mana suis, fius suis, suis fius, pemutus litar atau pengasing rangkai

hendaklah-

a) dibina, ditempatkan atau dilindungi mengikut apa- apa cara bagi mencegah

bahaya

b) dibina dan dilaraskan mengikut apa-apa cara bagi membuat dan

mengekalkan sentuhan berkesan

c) disediakan gagang berkesan ditebat daripada sistem itu dan disusun

mengikut apa-apa cara supaya gagangnya tidak boleh dengan tak sengaja

tersentuh mana-mana bahagian hidup

Janakuasa, motor, pengubah, dsb

17. (1) Mana-mana bahagian janakuasa, motor, pengubah atau kelengkapan lain
yang dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi yang boleh dicapai
dengan bersahaja oleh seseorang hendaklah dilindungi jika perlu untuk mencegah
bahaya.

2) Sesesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang
berkesan untuk menghidupkan atau memberhentikannya.

3) Suis yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah ditempatkan mengikut
apa-apa cara supaya ia mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.

4) Mana-mana gear suis yang digunakan yg berkaitan dengan win, penggulung
dan kren yang terdedah kepada cuaca, di atas kapal korek atau di tempat bawah
tanah, dikendalikan pada voltan lebih tinggi daripada voltan rendah hendaklah terdiri
daripada jenis salutan logam yang bertutup sepenuhnya.

5) Jika tenaga diubah daripada satu voltan kepada satu voltan lain, peruntukan
hendaklah diadakan untuk mengawal daripada bahaya disebabkan sistem voltan
rendah itu tercaj dengan tidak sengaja lebih tinggi daripada voltan biasanya
disebabkan kebocoran daripada atau kebocoran disebabkan sentuhan dengan
sistem voltan yang lebih tinggi.

Page 8 of 21

6) Jika sesuatu pengubah-auto digunakan bagi apa-apa maksud, perhatian

hendaklah diambil bagi memastikan voltan di antara mana-mana bahagian lilitan

voltan rendah dengan bumi tidak melebihi voltan di antara terminal-terminal lilitan

voltan rendah itu.

7) Sesuatu pencawang bawah tanah, tidak selainnya mudah dan selamat

diakses, hendaklah disediakan dengan cara-cara masuk yg memadai melalui pintu

dan. tangga atau tangga panjat yang dipasangkan dengan selamat dan

ditempatkan mengikut apa-apa cara supaya tidak terdapat bahagian yang hidup

pada mana-mana papan suis atau konduktor tak bersalut yg boleh dicapai dgn

bersahaja oleh mana-mana orang

Cara Pengasingan

18. (1) Didalam suatu sistem elektrik, cara yang berkesan hendaklah diadakan bagi:

a) mematikan setiap bahagian sistem

b) melindungi setiap bahagian sistem daripada arus berlebihan

c) mematikan setiap cawangan sistem agihan tanpa gangguan bekalan
kepada sistem yang selebihnya

d) mematikan setiap sublitar sistem pendawaian tanpa gangguan bekalan
kepada sistem yang selebihnya.

(Rujuk di dalam buku Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik
1994 AKTA 447)

Page 9 of 21

1.3. RULE AND REGULATIONS PERTAINING TO WIRING
REQUIREMENTS

KEPERLUAN KESELAMATAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK DI
BANGUNAN KEDIAMAN
Dengan merujuk kepada buku “Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan
Kediaman Edisi 2008. (Suruhanjaya Tenaga)” di sini disenaraikan beberapa
peratuan yang berkaitan, antaranya:

SISTEM KAWALAN DAN PERLINDUNGAN PENDAWAIAN
Pemilihan Sistem Kawalan dan Perlindungan Pendawaian
Kawalan dan perlindungan pendawaian adalah suatu sistem pemencilan / pengasingan
dan pensuisan serta sistem perlindungan yang mesti ada di dalam setiap pendawaian
domestik.
Pengasingan dan Pensuisan
Contohnya suis, palam kuasa dan soket alir keluar serta pemutus litar. Ianya berfungsi
untuk menyambung dan memutuskan bekalan secara manual pada sesuatu litar tanpa
mengganggu litar lain. Ia bertujuan untuk mencegah bahaya renjatan elektrik semasa
penyenggaraan, pengujian, mengesan kerosakan dan pembaikan.
Perlindungan
Memberi perlindungan kepada sistem pendawaian, kelengkapan elektrik atau pengguna
daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, arus bocor ke
bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya. Litar di bawah menunjukkan alat pengasing dan
perlindungan yang mesti dipasang pada system pendawaian elektrik domestik.

Page 10 of 21

Rajah 1 : Alat Pengasingan dan Perlindungan Pendawaian Elektrik Domestik

Perlindungan Arus
Secara amnya, perlindungan bagi arus boleh dibahagikan kepada dua iaitu;
i) Perlindungan arus lebih (arus beban lebih atau litar pintas).
Pemutus litar atau fius hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi
perlindungan arus beban lebih atau litar pintas.
Pemutus litar atau fius hanya digunakan pada konduktor hidup sahaja. Bagi
penggunaan litar fasa tiga, semua pemutus litar atau fius hendaklah digabungkan dalam
satu kumpulan litar.
Pemilihan alat perlindung arus lebihan mestilah berpandukan kepada paras kerosakan
arus litar pintas pemutus litar atau suis utama [kA].

Page 11 of 21

ii) Perlindungan arus bocor ke bumi.
Peranti Arus Baki (PAB/RCD) hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi
perlindungan arus bocor ke bumi (mengelakkan daripada renjatan elektrik).
a) Peraturan 36(1), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di tempat hiburan
awam, perlindungan terhadap arus kebocoran ke bumi hendaklah menggunakan peranti
arus baki berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar;
b) Peraturan 36(2), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di tempat yang
lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan
elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran ke bumi hendaklah
menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar;
c) Peraturan 36(3), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan,
radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan, perlindungan terhadap arus
kebocoran ke bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak
melebihi 30 miliampere; dan
d) Peraturan 36(4), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan selain daripada
(1), (2) dan (3), perlindungan terhadap arus kebocoran ke bumi hendaklah
menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 100 miliampere.
Keperluan Penggunaan Peranti Arus Baki (Kepekaan) Berdasarkan Peraturan 36,
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

Page 12 of 21

Alat Perlindung Arus / Voltan Mendadak (Surge Protection Device (SPD)
SPD adalah digalakkan untuk dipasang bagi melindungi daripada sambaran kilat yang
mendadak (lightning surge) atau voltan berlebihan yang mendadak (overvoltage surge).
Ianya boleh dipasang berdekatan dengan punca bekalan (sebelum RCD). Spesifikasi
Keperluan Alat Pelindung Arus/Voltan Mendadak (Surge Protection Device):

AKSESORI ELEKTRIK
Pemilihan Aksesori Pendawaian
i. Semua aksesori pendawaian yang digunakan hendaklah yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Tenaga dan dilabelkan dengan label yang dikeluarkan oleh SIRIM.
ii. Bagi semua pendawaian menggunakan pembuluh UPVC -

a) Suis, soket alir kuasa, palam 3 pin, ros siling, penyambung, soket - bahan
binaannya hendaklah terdiri dari jenis polycarbonate.

iii. Bagi semua pendawaian menggunakan pembuluh logam -
a) Suis, soket alir kuasa dan penyambung - bahan binaannya hendaklah terdiri dari
jenis berperisai logam (metal clad); dan
b) Semua aksesori hendaklah dibumikan secara berkesan.

iv. Suis fius yang digunakan pada pemasangan pendawaian fasa tunggal mestilah
mempunyai fius yang dipasang secara tetap dan tidak bergerak bersama suis.
v. Fius suis yang digunakan pada pemasangan kediaman sistem 3 fasa juga
mempunyai fius dan suis. Penyambung fius dipasang bersama bagi membolehkan fius
bergerak secara serentak.

Page 13 of 21

vi. Lampu
a) Bagi lampu kalimantang yang menggunakan magnetic ballast (watt loss tidak
melebihi 6 watt) mesti dilengkapkan dengan pemuat (capacitor) jenis kertas
kering;
b) Bagi lampu kalimantang yang menggunakan pencekik elektronik (electronic
ballast) atau high frequency electronics ballast tidak memerlukan pemuat
(capacitor);
c) Bagi pemasangan lampu di luar rumah kediaman, hendaklah menggunakan
lampu kalis cuaca dan kalis air.
d) Voltan bagi semua pemasangan lampu dalam air (seperti kolam renang, fountain
dan lainlain) mestilah menggunakan jenis lampu kalis air dengan kadaran voltan
tidak boleh melebihi 12 Volt AC.

vii. Pemanas air elektrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu pemanas air seketika dan
pemanasan air setoran [jenis tangki setoran].

a) Pemanas air jenis seketika mesti dilengkapkan dengan kawalan suis 2 kutub dan
peranti arus bakinya sendiri. Manakala pemanas air jenis setoran [jenis tangki
setoran] pula hendaklah dipasang dengan pengasing dan peranti arus bakinya
sendiri; dan

b) Pemanas air elektrik yang melebihi 3kW hendaklah disambung secara tetap
kepada pemutus litar/fius 20A/30A berserta suis pengasing dan peranti arus
baki.

viii. Pemasak Elektrik yang melebihi 3kW, mestilah mempunyai litar tersendiri yang
disambung secara tetap kepada pemutus litar atau fius 30A berserta suis pengasing dan
unit kawalan pemasak yang digandingkan bersama soket alir keluar 13A. Dua atau lebih
alatan memasak boleh dipasang dalam bilik yang sama dengan jarak tidak melebihi 2
meter.

ix. Motor elektrik (pintu pagar, penghawa dingin, fountain, kolam renang, kolam ikan,
pam air) yang melebihi 373W tetapi tidak melebihi 2238W, mestilah disambung terus
secara tetap kepada pemutus litar/fius berkadaran 20A/30A berserta pengasing,
penghidup motor dan soket alir keluar 15A. Penghidup motor mestilah jenis terus ke
talian (Direct On Line) dengan kelengkapan bersama sesentuh, geganti beban lampau
dan kawalan mula-henti. Pemutus litar/fius yang mengawal litar motor mesti
berkeupayaan menahan arus permulaan beban motor tersebut.

x. Loceng elektrik – Litar mestilah mengandungi suis tetekan (push button) dan
pengubah AU/AT.

xi. Kipas angin siling mestilah mematuhi standard MS 1219:2002 pada klausa 21.101
iaitu test on suspension system of ceiling fan.

Page 14 of 21

PEMBUMIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

Pembumian
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam
pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan
mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem
perlindungan beroperasi dengan berkesan, bagi menjamin keselamatan manusia atau
pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi. Secara
amnya, sistem pepasangan elektrik dibumikan bagi tujuan berikut :-

i). Keselamatan;
ii). Sistem Perlindungan;
iii). Menghadkan Voltan Berlebihan;
iv). Mengadakan Laluan Nyahcas; dan
v). Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

Pembahagian Pembumian
Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:

I. Pembumian Sistem
a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan;
b) Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat disesuatu
kawasan; dan
c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yang
berbeza.

II. Pembumian Peralatan
Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau
pengguna. Jika suatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga
elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak akan mengalir melalui badan
manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan manusia mempunyai rintangan
yang lebih tinggi berbanding dengan rintangan ke bumi.

Bahagian-Bahagian Yang Perlu Dibumikan
i). Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus)
seperti salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dawai katenari dan
sebagainya;
ii). Satu punca belitan sekunder bagi pengubah; dan
iii). Rangka bumbung yang diperbuat dari logam (Metal Roof Truss).

Page 15 of 21

Bahagian – Bahagian Yang Tidak Perlu Dibumikan
i). Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel yang
mempunyai sarung bukan logam selain pembuluh yang disambung sebagai
tempat laluan masuk antara bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel
lampu-lampu nyahcas;
ii). Klip logam untuk memasang kabel;
iii). Penutup lampu yang dibuat daripada logam;

iv). Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan
penebat;

v). Rantai logam untuk menggantungkan lampu dan peralatannya; dan
vi). Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air.
Saling Mengunci (Interlocking)
Sistem saling mengunci hendaklah dikaji dengan teliti apabila punca bekalan digunakan
dalam pepasangan tersebut. Sistem saling mengunci mekanikal atau elektrikal atau
kedua-duanya sekali hendaklah ditunjukkan di dalam lukisan pepasangan lengkap
dengan kawalan AC dan DC.

Page 16 of 21

KESELAMATAN AM.
Rujuk lampiran 1. Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman
Edisi 2008. (Suruhanjaya Tenaga)

Keperluan Keselamatan

Keperluan keselamatan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik hendaklah dipatuhi bagi
mengelakkan apa-apa kemalangan sama ada yang boleh menyebabkan kecederaan
fizikal, kehilangan nyawa atau harta benda. Kegagalan mengikuti peraturan-peraturan
keselamatan boleh menyebabkan pekerja, pengguna atau orang awam terkena renjatan
elektrik.

Disamping itu, amalan langkah-langkah keselamatan ini juga dapat memupuk pekerja
atau pengguna elektrik yang berdisiplin dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

Langkah Keselamatan

Keperluan-keperluan keselamatan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa semasa
menjalankan
apa-apa jua kerja elektrik di dalam bangunan kediaman.

i. Keselamatan Diri Sendiri.

a) Mempunyai peralatan-peralatan perlindungan diri yang sesuai seperti kasut
keselamatan, sarung tangan, topi keselamatan atau lain-lain yang perlu apabila
berada di tempat kerja.

b) Memakai pakaian keselamatan yang sesuai mengikut kerja yang akan dilakukan.
c) Tidak memakai barang kemas atau perhiasan seperti cincin, jam tangan, rantai

dan sebagainya semasa menjalankan kerja-kerja elektrik.

ii. Keselamatan Di Tempat Kerja.

a) Mempunyai pengetahuan mengenai bahaya-bahaya kerja-kerja elektrik yang
akan dilakukan dan bagaimana mengawal bahaya-bahaya tersebut.

b) Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja yang telah
ditetapkan.

c) Memastikan bekalan elektrik dilitar-buka (switch off) sebelum kerja-kerja
dijalankan (jika berkenaan).

d) Mempunyai pengetahuan serta mengamalkan sikap berhati-hati dan tenang
semasa bekerja, kebersihan ditempat dan persekiran kerja, tidak merokok dan
sentiasa mengamalkan koordinasi keselamatan dengan rakan kerja.

e) Semasa bekerja di tempat tinggi, pekerja hendaklah menggunakan kelengkapan
sokongan yang bersesuaian seperti tangga kayu atau aluminium, perancah besi
atau platform kerja, tali pinggang keselamatan atau lain-lain perlatan yang perlu
bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dalam keadaan selamat.

f) Menggunakan kelengkapan elektrik yang dalam keadaan sempurna dan selamat
untuk digunakan dan bekalan elektrik kepada kelengkapan ini hendaklah melalui
alat perlindungan peranti arus baki (RCD) yang berkepekaan 30 mA.

Page 17 of 21

g) Pastikan kabel elektrik bekalan sementara yang terdedah di tempat kerja
dilindungi oleh pelindung mekanikal.

h) Sekiranya terdapat bahan-bahan mudah terbakar atau terkakis, langkah-langkah
keselamatan perlu diambil berpandukan kepada peraturan keselamatan yang
berkaitan.

Bahaya Renjatan Elektrik.
i. Renjatan Elektrik.
Renjatan elektrik boleh berlaku disebabkan oleh sentuhan langsung atau sentuhan tak
langsung.
a. Sentuhan Langsung:
Sentuhan langsung bermaksud pekerja atau pengguna mendapat renjatan elektrik
dengan menyentuh konduktor atau kabel hidup secara langsung.
b. Sentuhan Tak Langsung:
Renjatan elektrik yang berlaku disebabkan sentuhan sesuatu yang bersambung dengan
pepasangan elektrik tetapi bukan sentuhan secara langsung dengan kabel atau
konduktor hidup, mungkin disebabkan oleh kerosakan peralatan atau penebat yang
menyebabkan kebocoran arus.

ii. Punca Berlaku Renjatan
a. Cara Kerja Atau Tindakan Tidak Selamat

 Membuat Kerja-Kerja Elektrik Tanpa Mengasingkan Bekalan.
Kerja-kerja senggaraan atau pengujian litar tanpa mengasingkan bekalan
berkemungkinan besar boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik.

 Tidak Mematuhi Prosedur Kerja Selamat.
Setiap pekerja hendaklah sentiasa mematuhi prosedur kerja selamat yang telah
ditetapkan oleh peraturan dan standard bagi mengelakkan daripada berlakunya
renjatan elektrik.

Page 18 of 21

b. Kecacatan Pada Sistem Elektrik

 Arus Bocor.
Arus bocor atau arus bocor ke bumi akan menyebabkan bingkai logam menjadi
hidup dan bertenaga. Ini boleh mendatangkan bahaya renjatan elektrik kepada
pekerja, pengguna atau orang awam jika terpegang atau bersentuh bingkai
logam tersebut.

 Konduktor Terdedah Atau Kabel Terputus:
Konduktor yang terdedah atau kabel yang terputus dan hidup (bertenaga) akan
menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh. Hendaklah dengan segera
mematikan atau mengasingkan dari punca bekalan dan melaporkan kepada
pihak yang bertanggungjawab.

Pertolongan Cemas Dan Asas Pemulihan Pernafasan

i. Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas ialah pertolongan awal yang diberikan kepada seseorang yang
ditimpa kemalangan, sakit atau cedera bagi mengelak keadaan mangsa menjadi lebih
serius sementara menanti kehadiran para-medik (ambulan) atau sebelum dibawa ke
hospital.

ii. Pemulihan Penafasan
Pemulihan penafasan hendaklah dilakukan bagi membantu mangsa yang tersekat
pernafasan akibat lemas, terkena renjatan elektrik dan sebagainya. Cara pemulihan
pernafasan dilakukan dengan mengikut kaedah pemulihan pernafasan yang betul
mengikut panduan pertolongan cemas yang dikeluarkan oleh badan-badan pertolongan
cemas yang bertauliah.

iii. Kotak atau Peti Pertolongan Cemas
Kotak atau peti pertolongan cemas hendaklah disediakan oleh pemunya bangunan atau
penguasa tapak binaan atau dibawa sendiri oleh pekerja di bawah penyeliaan orang
yang bertanggungjawab.

1.1. Program Latihan

Majikan hendaklah melaksanakan program latihan secara berkala kepada pekerja-
pekerja mengenai keselamatan semasa bekerja yang meliputi aspek-aspek berikut:

i. Bahaya kerja-kerja elektrik yang akan dilakukan dan bagaimana mengawal
bahaya-bahaya tersebut.

ii. Peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja yang telah ditetapkan
iii. Prosedur pertolongan cemas.

Page 19 of 21

Pencegahan Kebakaran
i) Alat Pemadam Api
Alat pemadam api yang sesuai dan berfungsi untuk mengawal kebakaran elektrik
hendaklah disediakan pada setiap masa di premis kerja dijalankan.
Orang Kompeten
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menghendaki semua kerja elektrik dijalankan oleh
atau di bawah seliaan langsung orang kompeten yang berdaftar dengan Suruhanjaya
Tenaga. Disamping itu, kontraktor elektrik yang menjalankan kerja elektrik tersebut juga
hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Oleh itu pemunya pepasangan
hendaklah memastikan kontraktor elektrik yang dilantik adalah berdaftar dengan
Suruhanjaya Tenaga dan pendaftarannya adalah masih sah.

Page 20 of 21

EXERCISE:
1. Nyatakan tarikh kuatkuasa akta bekalan elekrik 1990.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan IEE, serta nyatakan bidang kuasanya.
3. Nyatakan bidang kuasa serta tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga (ST).
4. Senaraikan 5 tujuan sistem pepasangan elektrik dibumikan.

REFERENCE:
1. Refrigeration & Air Conditioning Technology-5th Edition (Whitman, Johnson & Tomczyle-
Thomson)
2. Principle Of Refrigeration 5th Edition (Roy J Dossat, Thomas Horan)
3. Electricity For Refrigeration, Heating And Air Conditioning 6th Edition (Russell E. Smith)
4. Electricity, Electronic And Control System For Hvac Third Edition (Thomas E. Kissell)
5. Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman Edisi 2008. Suruhanjaya
Tenaga
6. Buku Akta Bekalan Elektrik 1990. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
7. Kertas Penerangan.

Page 21 of 21


Click to View FlipBook Version