PROJEK BERASASKAN PEMBELAJARAN
KAJIAN KES SEJARAH
TOKOH-TOKOH PEJUANG TEMPATAN
NAMA : HANI ASYIQIN BINTI APIZAN
KELAS : 3 BLOSSOM
TAHUN : 2021
NAMA GURU : DK FAUZANAH binti pg
jaafar
SEKOLAH : SMK BANDARAYA
TEMA :
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TAJUK :
TOKOH-TOKOH PEJUANG TEMPATAN YANG
BANGKIT MENENTANG BRITISH
PERNYATAAN MASALAH :
Masyarakat tempatan bangkit menentang British
dengan menggunakan pelbagai strategi.
Kebangkitan ini mempunyai kekuatan dan
kelemahan. Sejauh manakah kejayaan masyarakat
tempatan menentang British?
OBJEKTIF KAJIAN :
Objektif daripada kajian saya ini ialah…
1)Mengkaji asal usul dan latar belakang tokoh-
tokoh pejuang tempatan di negara kita.
2)Menjelaskan peristiwa penentangan serta
strategi-strategi yang digunakan oleh tokoh-
tokoh tempatan dalam peperangan menentang
British di negara kita.
3)Menjelaskan faktor-faktor kegagalan serta kesan
penentangan kepada masyarakat tempatan di
negara kita.
KAEDAH KAJIAN :
Di dalam kajian ini, saya telah menggunakan 2
kaedah iaitu…
1)KAEDAH SUMBER RUJUKAN SEKUNDER
Saya telah menggunakan sumber rujukan
sekunder iaitu buku teks sejarah tingkatan 3 dan
merujuk muka surat 173-191 untuk mendapatkan
maklumat tentang tokoh-tokoh pejuang tempatan.
2)KAEDAH MEDIA SOSIAL
Saya juga telah menggunakan kaedah media sosial
dan melayari internet untuk mendapatkan
maklumat serta beberapa gambar tentang tokoh-
tokoh pejuang tempatan.
Antara laman sesawang yang telah saya layari
adalah…
-https://ms.m.wikipedia.org
-https://www.scribd.com
-https://sejarahtokoh.wordpress.com
PENDAHULUAN :
Campur tangan kuasa Barat di negara kita
membawa perubahan kepada sistem pentadbiran
tempatan. Perubahan tersebut menyebabkan
masyarakat tempatan tidak berpuas hati kerana
kehilangan hak dan kedudukan mereka. Oleh itu,
mereka bangkit menentang kuasa British di negara
kita menggunakan pelbagai strategi antaranya
termasuklah melalui penentangan bersenjata,
mencabar perjanjian dan sistem perundangan.
Matlamat utama mereka menentang British
adalah untuk mempertahankan hak dan
kedudukan pemerintah tempatan kesan daripada
perubahan pentadbiran Barat yang merugikan
mereka. Mereka ingin mengembalikan dan
mengekalkan sistem pentadbiran tradisional
sebagaimana yang sedia ada. Selain itu, mereka
juga menentang pentadbiran dan peraturan
baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan.
Diantara mereka inilah terdapatnya beberapa
tokoh-tokoh pejuang yang sanggup mengambil
risiko dan berusaha berjuang menentang British
sehingga ke akhir hayat mereka.
TIGA TOKOH PEJUANG TEMPATAN
1)PENENTANGAN DOL SAID DI NANING PADA
ABAD KE-19
LATAR BELAKANG
NAMA SEBENAR : Dato’ Naning Abdul Said Bin Omar
NAMA GELARAN : Dol Said
TEMPAT TINGGAL: Daerah Naning
JAWATAN : Penghulu Naning yang Kesembilan/Penghulu
Naning Seri Merah Raja Dol Said
TARIKH LAHIR : pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah,
Melaka dan berasal daripada suku
Semelanggang
SEBAB PENENTANGAN
-Dol Said tidak bersetuju dengan tindakan British yang
meletakkan Naning sebagai wilayah taklukan mereka.
-Beliau mendakwa Naning ialah sebuah negeri yang merdeka.
CARA PENENTANGAN
-Dol Said menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyak
1/10 yang dikenakan oleh British terhadap Naning.
-Beliau bermuafakat dengan pemimpin Rembau
dan mengadakan pakatan dengan orang Melayu dari wilayah
yang lain untuk menentang British. Antaranya termasuklah
Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau, Pembesar Seri Menanti,
Penghulu Gemenceh, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Penghulu
Remai dan Rechat, Penghulu Linggi, Johol dan Ulu Muar.
PADA TAHUN 1831
-Pakatan ini berjaya mengumpul kira-kira 4000 orang
hulubalang Melayu untuk menentang British.
-Dol Said dan pengikutnya berjaya mengalahkan 150 tentera
British pimpinan Kapten Wyllie dalam Perang Naning Pertama.
KEKUATAN KETENTERAAN
-Beliau memperoleh bantuan angkatan tentera dari Rembau
dan wilayah yang menjadi jiran Naning.
-Angkatan tersebut menggunakan senapang jenis flinflock dan
snider riffles ketika membuat serangan terhadap hendap
terhadap tentera British.
-Beliau juga menggunakan meriam kecil (lela rentaka) yang
mudah dibawa ke medan pertempuran.
KELEMAHAN
-Permuafakatan Dol Said dengan pembesar Melayu lain tidak
kekal lama.
-British berjaya memecah belahkan pakatan tersebut.
PADA TAHUN 1832
-Dalam Perang Naning Kedua, Yamtuan Rembau dan pembesar
lain enggan memberikan bantuan kepada Dol Said.
-Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka.
-British berjaya menakluki Taboh pusat pentadbiran Naning dan
menyatukan Naning dengan Melaka.
2)PENENTANGAN TOK JANGGUT DI KELANTAN
PADA ABAD KE-20
LATAR BELAKANG
NAMA SEBENAR : Haji Hassan Bin Munas
NAMA GELARAN : Tok Janggut
TARIKH LAHIR : pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir
Puteh, Kelantan
TEMPAT TINGGAL: Dibesarkan di Istana Jeram kerana
ayahandanya berkhidmat Panglima kepada
Tengku Seri Maharaja Jeram
PENDIDIKAN : Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di
Kelantan dan di Makkah
SEBAB PENENTANGAN
-Tok Janggut tidak bersetuju dengan undang-undang yang
diperkenalkan oleh British mengenai peraturan tanah dan
cukai.
-Beliau bersemangat jihad menentang British.
CARA PENENTANGAN
-Beliau menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff,
Ketua Jajahan Pasir Puteh.
-Beliau juga menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang
mewajibkan petani membayar cukai.
-Tok Janggut mengadakan mesyuarat di Kampung Tok Akib bagi
memboikot pengenalan cukai oleh British.
-Tok Janggut merancang menyerang Pasir Puteh dan mendapat
sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam dan Chek Ishak
Merbol.
29 APRIL 1915
-Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh
Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke kampung Tok Akib untuk
bertemu dengan Tok Janggut.
-Satu perkelahian telah berlaku dan Sarjan Sulaiman telah
terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan
melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut ingin
memberontak dan merampaskan kuasa.
6 MEI 1915
-Tok Janggut menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke
Pasir Puteh.
-Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada
Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir
Puteh.
25 MEI 1915
-Satu pertempuran berlaku di Kampung Merbuk dan Kampung
Pupuh.
-Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan
berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai
penderhaka.
-Dalam pertempuran di Kampung dalam Pupuh, Tok Janggut
terbunuh.
-Mayatnya digantung beberapa hari di depan Istana di Padang
Bank (Padang Merdeka) kemudian dikebumikan di Pasir Pekan.
KEKUATAN
-Beliau mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam
dan Chek Ishak Merbol untuk menentang British. Mereka juga
mendapat sokongan daripada sebilangan besar rakyat.
-Jok Janggut menyerang Bandar Pasir Puteh dalam pertempuran
dengan anggota pasukan Malay State Guides di Kampong dalam
Pupuh.
KELEMAHAN
-British mendesak Sultan Muhammad IV Kelantan supaya
mengisytiharkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya
sebagai penderhakaan terhadap Sutan Kelantan.
-Muslihat British ini berjaya menakutkan rakyat supaya tidak
menyokong atau menyertai perjuangan Tok Janggut.
3)PENENTANGAN MAT SALLEH DI SABAH PADA
ABAD KE-20
LATAR BELAKANG
NAMA SEBENAR : Datu Mohammad Salleh Bin Datu Balu
NAMA GELARAN: Mat Salleh
TEMPAT LAHIR : Inanam, Sabah
KETURUNAN : Bajau dan Suluk
JAWATAN : Pemerintah Sungai Sugut
SIFAT : Kepahlawanan dan keberanian berperang
SEBAB PENENTANGAN
-Mat Salleh menentang tindakan Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) yang mengambil alih hak memungut cukai serta
memungkiri perjanjian damai setelah mengambil alih
Pentadbiran Tambunan pada tahun 1899.
CARA PENENTANGAN
-Mat Salleh menentang tindakan SBUB yang mengambil alih hak
cukai sehingga menyebabkan pembesar tempatan kehilangan
kuasa.
-Beliau cuba untuk mengadakan rundingan dengan SBUB,
namun gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menganggap Mat
Salleh mengancam kepentingan SBUB.
JULAI 1897
-Mat Salleh menyerang pusat pentadbiran British di Pulau Gaya.
Beliau membina kubu di Ranau.
NOVEMBER 1897
-Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen
Kompeni di Ambong.
DISEMBER 1897
-Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas
dan banyak askar Inggeris terbunuh.
TAHUN 1898
-Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mat
Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota
pertahanan baru yang lebih kuat dan kukuh di Kampung
Tibabar, Tambunan.
-Cowie mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal.
Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan.
TAHUN 1899
-SBUB tidak menepati janji dan mengambil alih daerah
Tambunan.
-Pasukan tentera SBUB menyerang kubu Mat Salleh di Teboh,
Tambunan secara besar-besaran.
TAHUN 1900
-Mat Salleh gugur dalam pertempuran di Tambunan.
KELEMAHAN
-SBUB menggunakan tipu muslihat untuk melemahkan
perjuangan beliau.
-Dalam Rundingan Perdamaian Menggatal (1898), SBUB
membenarkan beliau mentadbir daerah Tambunan.
-Pada tahun 1899, SBUB mengambil alih pentadbiran
Tambunan.
FAKTOR KEGAGALAN MASYARAKAT TEMPATAN
1)Penentangan Bersifat Setempat
Tidak meluas ke seluruh negeri.
2)Sokongan
Tidak menyeluruh, kurangnya sokongan daripada pihak
istana.
3)Kelemahan Teknologi
Senjata Barat lebih canggih berbanding dengan senjata yang
digunakan oleh masyarakat tempatan.
4)Kelemahan Strategi
British menggunakan pelbagai strategi untuk mengatasi
kebangkitan masyarakat tempatan seperti kekuatan tentera,
senjata moden, memecahbelahkan pakatan, menggunakan
istana dan tipu daya.
5)British Berpakat Dengan Belanda
Kedua-dua pihak bekerjasama untuk memadamkan
kebangkitan masyarakat tempatan.
6)Faktor Istana
British menggunakan istana untuk memadamkan
kebangkitan masyarakat tempatan.
KESAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
Kesan Terhadap Pentadbiran British
-Kerugian Akibat Peperangan.
-British Lebih Berhati-hati Dalam Sistem
Pentadbiran.
-British Merombak Semula Skim Penempatan
Pegawai.
-Pemantapan Kuasa Barat.
Kesan Terhadap Masyarakat Tempatan
-Kesan Terhadap Pemerintah Dan Pembesar
Tempatan.
-Kedudukan Raja Dan Pembesar Melayu Diberi
Perhatian.
-Menjadi Inspirasi Kepada Pejuang Kemerdekaan
Tanah Air.
KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar
daripada peristiwa yang pernah dialami oleh tokoh-tokoh
pejuang tempatan di negara kita.
Antara iktibar yang boleh diambil daripada
perjuangan tokoh-tokoh tersebut ialah kita perlulah
memiliki ilmu pengetahuan kerana tanpa ilmu
pengetahuan, kita mudah dipermainkan oleh pihak yang
lebih maju yang cuba mengambil kesempatan.
Seterusnya, kita perlulah bersatu padu antara satu
sama lain kerana perpecahan dalam kalangan
masyarakat akan memudahkan musuh-musuh luar untuk
menguasai kita serta memecahbelahkan hubungan baik
antara masyarakat kita.
Akhir sekali, kita perlulah bekerjasama dan memberi
sokongan serta saling memahami antara satu sama lain
lebih-lebih lagi dalam hal pentadbiran kerana perebutan
kuasa akan menjadikan kita sentiasa berpecah-belah.
Oleh itu, kita haruslah lebih berhati-hati dalam
melakukan sesuatu. Jika kita tersilap langkah maka ia
memberi kesempatan kepada musuh untuk mengambil
alih dan menguasai negara kita.