The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BGS106-PEGUAM BELA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Azni, 2020-12-10 20:16:18

EBOOK 5

BGS106-PEGUAM BELA

ISI KANDUNGAN

BIODATA AHLI KUMPULAN
PENGENALAN KERJAYA
TRAIT MINAT KERJAYA

TRAIT INVENTORI PERSONALITI
SKOP TUGAS

KELULUSAN AKADEMIK
RISIKO DAN CABARAN
PELUANG PEKERJAAN

RUMUSAN



CARTA ORGANISASI

PN. NOREHAN BT HASSAN PN. NORZILA BT HUSIN
GBKSM SK KG JAWA (2) GBK SK KELANA JAYA 1
PENYELIA
PENYELIA
GBKSM SK KAMPUNG JAWA (2) GBK SK KELANA JAYA 1

NIK NUR EMELEEN BT NIK AHMAD DANEA QYSTINA BT MOHD NOR
ZAREEN MARZUKEE
PRSB1029 PRSB1037

KETUA KUMPULAN PENOLONG KETUA KUMPULAN

NUR AMALIN MUMTAZ BT HAIFA ALEERA BT AHMAD AQIF MIFZAL B. MOHD
MOHD NORZAINI FAHIMI MUKHRIZ
PRSB1030 PRSB1036
SETIAUSAHA PRSB1038
AJK KUMPULAN AJK KUMPULAN

SKOP TUGAS

NIK NUR EMELEEN BT NIK AHMAD ZAREEN
Membuat carta organisasi kumpulan

Mengumpul maklumat biodata ahli kumpulan
Membuat pencarian maklumat mengenai
kelulusan akademik Peguambela

DANEA QYSTINA BT MOHD NOR MARZUKEE
Menyediakan pengenalan kerjaya pilihan

Menyatakan risiko serta cabaran bagi kerjaya Peguambela

NUR AMALIN MUMTAZ BT MOHD NORZAINI
Membuat rumusan keseluruhan projek dan

menghuraikan kelulusan akademik bagi kerjaya
Peguambela.Membuat carian makklumat tentang trait

inventori Personaliti yang sesuai.

HAIFA ALEERA BT AHMAD FAHIMI
Menghuraikan peluang pekerjaan sebagai

Peguambela di Malaysia dan pada
masa hadapan serta trait minat kerjaya yang sesuai.

AQIF MIFZAL B. MOHD MUKHRIZ
Menyediakan skop tugas kerjaya Peguambela

Membuat rujukan bagi semua maklumat
yang diperolehi untuk menyiapkan projek ini



PENGENALAN KERJAYA PEGUAMBELA

Kerjaya boleh didefinisikan sebagai pekerjaan atau sesuatu yang dilakukan oleh seseorang
untuk mencari nafkah atau pencarian. Kerjaya juga memberi banyak maksud lain antaranya
sesuatu yang mesti dilaksanakan atau tugas. Perkataan kerjaya dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat mendefinisikan bahawa, kerjaya ialah perjalanan atau kemajuan seseorang dalam
sesuatu lapangan kehidupan. Kerjaya juga didefinisikan dengan profesion atau pekerjaan yang
dipilih sebagai cara mencari nafkah. Peguam ialah orang yang profesionnya mengemukakan
tuntutan di mahkamah, memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggan.

2. KENAPA PILIH KERJAYA INI?

Melalui kerjaya ini kami dapat membantu seseorang yang lemah dan tidak berdaya untuk
mempertahankan dirinya bagi menegakkan keadilan di pihak mereka.

Kerjaya seorang peguam adalah bertujuan untuk membantu seseorang mempertahankan dirinya
bagi menegakkan keadilan di pihaknya dan mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya daripada
peguam dpt memenangani kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman diringankan melalui
proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi.

Peguam juga berperanan membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes berlandaskan
kepada prinsip keadilan.

1. APA KEUNIKAN KERJAYA INI?

Keunikan kerjaya ini ialah:

• Seseorang mempunyai obligasi atau tanggungjawab untuk membantu seseorang yang
memerlukan bantuan dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggan mereka.

• Menegakkan keadilan dan memberi kepada setiap orang akan haknya dengan tidak
melampaui atau mengurangi batasan.

• Membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Ia
adalah satu kerjaya yang mulia.

• Mewakili anak guam dalam perbicaraan.
• Memberi nasihat dan kaunseling kepada anak guam khususnya dalam prosiding

mahkamah.
• Bertindak sebagai ‘orang tengah’ atau pendamai mencari jalan penyelesaian kepasa

sesuatu isu atau kes.
• Peguam juga mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) supaya diringankan hukuman, dirayu,

dikaji semula dna sebagainya.

3. KENAPA IA DIANGGAP KERJAYA?
4. 3. KENAPA IA DIANGGAP KERJAYA?

Peguam dianggap sebagai satu kerjaya kerana melaluinya seseorang dapat mencari
nafkah atau menjadi punca pendapatan. Melalui kerjaya ini juga, kehidupan seseorang
akan lebih terjamin.

4. KEPERLUAN KERJAYA TERSEBUT PADA MASA KINI

Kerjaya ini sangat diperlukan masa kini dan masa akan datang kerana merekalah golonagn
professional yang dapat menegakkan dan meletakkan keadilan di tempat yang sewajarnya.
Selain itu, khidmat peguam sangat diperlukan khususnya kepada mereka yang berhadapan
dengan penindasan dan dinafikan hak asasi oleh mana-mana pihak. Dengan adanya
peguam, keadilan akan diperjuangkan dan meraka yang teraniaya dapat dilindungi dan
dibela melalui undang-undang.



TRAIT MINAT KERJAYA YANG SESUAI

Teori Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada trait personaliti dan banyak dipengaruhi
oleh Teori Trait dan faktor sebelum ini. Teori ini juga pada dasarnya merupakan teori pendekatan
struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan antara personaliti dengan persekitaran, namun
teori ini juga telah diperkembangan dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang.

Menurut Holland (1985), teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional
adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian diskripsi mengenai minat individu
juga menggambarkan minat seseorang. Trait-trait personaliti ini biasanya dikenalpasti melalui
kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja.

Sementara itu minat vokasional pula boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti. Holland
(1985) juga menyatakan bahawa Teori Pemilihan Kerjaya Holland boleh digunakan untuk
memberikan penjelasan kepada tiga persoalan asas iaitu:

1. Apakah trait personaliti dan persekitaran yang mendorong seseorang membuat keputusan
untuk menceburi sesuatu bidang pekerjaan.

2. Apakah ciri-ciri personal dan persekitaran yang menyebabkan kestabilan atau perubahan
daripada segi aras dan kerja yang seseorang itu lakukan di sepanjang kehidupanya.

3. Apakah kaedah yang paling berkesan untuk memberi pertolongan kepada individu yang
menghadapi masalah yang berkaitan dengan kerjaya.

Berdasarkan kepada tiga persoalan di atas, intipati kepada pemilihan kerjaya ialah ekspresi
personaliti individu. Kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan adalah berkadar terus
dengan keselarasan antara trait personaliti individu dengan kategori persekitaran di mana individu
tersebut bekerja. Semakin tinggi darjah keselarasan antara trait personaliti dengan kategori
persekitaran di mana individu tersebut bekerja maka semakin tinggi kepuasan kerja, pencapaian,
produktiviti dan juga kestabilan.

Berdasarkan kepada tiga persoalan di atas, intipati kepada pemilihan kerjaya ialah
ekspresi personaliti individu. Kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan
adalah berkadar terus dengan keselarasan antara trait personaliti individu dengan
kategori persekitaran di mana individu tersebut bekerja. Semakin tinggi darjah
keselarasan antara trait personaliti dengan kategori persekitaran di mana individu
tersebut bekerja maka semakin tinggi kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan juga
kestabilan.

Individu dikategorikan kepada enam jenis personaliti iaitu:

❖ Reaslistik (R)
❖ Investigatif (I)
❖ Artistik (A)
❖ Sosial (S)
❖ Enterprising (E)
❖ Convensional (C).

Menurut Holland setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi
antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya,
pewarisan biologi, keluarga, kelas social, budaya dan persekitaran fizikal.

Hasil daripada interaksi ini iaitu antara individu dengan faktor-faktor tersebut akan
menyebabkan individu akan menggemari sesuatu aktiviti. Justeru individu akan
terdorong untuk membina sifat tertentu yang seterusnya akan mendorongnya untuk
berfikir, membuat tanggapan dan seterusnya bertingkah laku dengan cara yang
tertentu.

REALISTIK INVESTIGATIF
Sesuai dengan kerja-kerja berat Sesuai dengan pekerjaan yang
yang memerlukan kemahiran.
Kerja yang sesuai dengan mereka memerlukan pemikiran dari
adalah seperti mekanik,jurutera perbuatan seperti ahli kimia dan
dan tukang kayu. Ciri-ciri yang
dimiliki mereka ialah tidak sosial, doktor. Ciri-ciri yang dimiliki
akur, jujur, tulen, keras kepala, mereka adalah seperti analitik,
materialistik, keras hati dan tidak berhati-hati, kompleks, ingin tahu,
rasional, menyisihkan diri dan
menyendiri.
pendiam.
ARTISTIK
Sesuai dengan bidang tugas dalam SOSIAL
Individu ini akan memilih aktiviti-
bidang seni atau muzik.Individu
artistik menyukai aktiviti yang aktiviti yang berkaitan dengan
bebas dan ia menghindari aktiviti- memanipulasi orang lain seperti
aktiviti yang eksplisit,sistematik dan mendidik. Ciri-ciri yang mereka
berperaturan. Ciri-ciri individu miliki ialah seperti berpengaruh,
artistik ini ialah rumit, emosional, bekerjasama, sabar, peramah,
ekspresif, idealistik, imaginatif, pemurah, suka menolong dan
baik hati, dan idealistik. Mereka
bebas dan intuitif. berminat dengan kerjaya seperti
pendidik (guru), ahli psikologi,
ENTERPRISING
Individu enterprising menyukai pegawai kebajikan.
aktiviti-aktiviti memanipulasi orang
KONVENSIONAL
lain seperti mengarah dan Individu konvensional memiliki
memimpin untuk mecapai minat kecekapan, persepsi diri
matlamat organisasi. Disamping dan mempunyai ciri-ciri seperti
menghindari aktiviti-aktiviti berhati-hati, akur, teliti, defensif,
pemerhatian, simbolik dan
sistematik. Mereka mempunyai cekap, sukar, dilentur,
cita-cita seperti sukakan memendam rasa, tabah hati,
pencapaian, suka mengembara,
mudah bersetuju, bercita-cita praktikal, dan cermat.

tinggi.

TRAIT KERJAYA SEORANG PEGUAMBELA

Trait kerjaya seorang Peguambela ialah Investigatif, Sosial dan Enterprising. Peguambela ialah
seorang invesrigatif kerana seoramg Peguambela mempunyai sikap analitik dan berhati hati dalam
membuat keputusan. Peguambela juga lantang dalam menyuarakan hujah hujah dan berfikiran
rasional.
Selain itu, Peguambela juga seorang yang Enterprising yang membabitkan diri dalam keusahawanan,
mudah mesra dan pandai memujuk. Sebagai contoh, Peguambela boleh membina syarikat
perguaman sendiri dan mengenakan caj harga tertentu kepada anak guaman mereka. Peguambela
bijak berinteraksi dengan orang lain seperti membela dan memimpin.
Peguambela juga orang yang bekerja dalam bidang social suka bekerja bersama orang lain dengan
membantu mereka. Beliau merupakan seorang yang pandai berkomunikasi dan suka menyelesaikan
masalah melalui perbincangan secara individua atau berkumpulan. Sebagai Peguambela, beliau
merupakan seorang yang sedia membantu, baik hati, penyabar, bijak bersosial dan saling memahami
pihak yang ingin dibela. Seorang Peguambela adalah seseorang yang pekerjaannya termasuk
memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggannya.



INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)

Inventori personaliti adalah invnetori atau ujian untuk mengenalpasti ciri-ciri atau trait-trait
personality individu. Ujian personality ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’
atau ‘Tidak’. Respon individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat
menerangkan ciri-ciri personality individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS
misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenalpasti 15 ciri-ciri personality individu.

Alat ukuran ini mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden
dalam menjawab item ujian. Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang
bertujuan untuk mengukur atau mengenalpasti trait-trait atau ciri-ciri personality berikut:

Agresif

5.
Trait personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas,

berani dan tidak suka dimanipulasi.

Analitikal v

4.
Trait personaliti yang menunjukkan individu sangat sensitive kepada persekitaran, suka

membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat

keputusan.

Autonomi
3.
Trait personaliti yang menunjukkan individu lebih sukakan kebebasan dalam
tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.

Bersandar

2.
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka bergantung kepada orang lain dan

memerlukan bantuan orang lain dalam membuat keputusan.

Ekstrovert
1.
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja
dengan orang ramai.

Intelektual
6.
Trait Personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan
cabaran daripada segi intelektual.

v

Introvert

7.
Trait Personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-situasi yang akan

memaksa mereka berkomunikasi dengan orang ramai di samping suka bersendirian

menyelesaikan sesuatu tugasan.

v

Kepelbagaian

Trait Personaliti yang menunjukkan individu dapat menghayati berbagai-bagai situasi bagi
mendapatkan pengalaman yang baru ke arah perubahan yang berterusan.

Ketahanan
Trait Personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan
atau menyelesaikan semua tugas.

Kritik-Diri
Trait Personaliti yang menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi.

Mengawal
ri

Trait Personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain atau lebih dan suka
memimpin daripada dipimpin.

Menolong
ri

Trait Personaliti yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk menunjukkan atau
meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada
orang lain.

Sokongan
ri

Trait Personaliti yang menunjukkan individu memerlukan perhatian, simpati dan ingin dikasihi.

Struktur
ri

Trait Personaliti yang menunjukkan individu suka kepada kekemasan, keberihan serta
perkara-perkara yang bersturktur, berulang-ulang dan terperinci.

Pencapaian
ri

Trait Personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan
suka persaingan.

Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek (IPS)

Walaupun jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan secara khusus namun
sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya
ujian ini ditadbir di dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-
kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon
yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang
soalan.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil IPS
Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil IPS

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau menggunakan

program comPpuetenrgyainrgakahnusuSs.kor dan Pembentukan Profil IPSri

Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil ujian Personaliti dilakukan secara
manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan hati-hati. Umumnya borang
jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa alat ini
mengukur 16 faktor iaitu 15 trait Personaliti dan 1 skala penipuan, sementara 10 lajur menjelaskan
bahawa setiap trait atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan pengiraan skor mentah, focus
hanya diberikan kepada jawapan ‘Ya” yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh kerana setiap trait
diwakili oleh 10 item maka kadar skor maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. Kadar
skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkan dengan 10. Untuk
keterangan lanjut sila rujuk kaedah pengiraan skor seperti yang terkandung dalam Manual IPS.

Pentafsiran IPS

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran skor
yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut:

Agresif
9.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakkan hal
anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai
ketegasan diri. Dalam kebanyakkan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi dalam masa
yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka
mengkritik orang lain. Dalam kebanyakkan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah
merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.

Analitikal
8.

▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang yang sensitive kepada persekitaran,
suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat pemerhatian,
penyelidikan dan analisis.

▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat anda
untuk menganalisis adalah di tahap sederhana.

▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat
dengan perkara-perkara yang memerlukan anda untuk membuat analisis. Anda adalah individu
yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.

Autonomi
10.
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan
serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) pula menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur
social yang memerlukan keakuran.

Bersandar
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan an1d1a. suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat

sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain
terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah
yang harus anda tuju.
▪ Skor sederhana (40-70%) menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari. Dalam
membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung
kepada orang lain.

Ekstrovert
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan and1a2a. dalah individu yang social. Anda suka berinteraksi dan

dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua cirri social dan tidak

social. Umumnya tahap social anda adalah sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang kurang atau tidak social.

Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam
kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada suasana kerja bersendirian atau satu sama satu.

Intelektual
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan and1a3.suka aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual.

Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang
berulang-ulang.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri intelektual anda berada di tahap sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda merasa tidak selesa dengan perkara-perkara yang
bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal
dan pragmatic. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.

Introvert
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan an1d4a. adalah individu yang tidak social dan suka mengelak

situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja
bersendirian atau satu sama satu.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri social anda adalah di tahap sederhana iaitu tidak
terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam
perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang
sosial.

Kepelbagaian
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan

peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan
selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. anda adalah seorang yang adventure.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih sukakan kepada situasi-situasi pekerjaan yang
stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman baru.

Ketahanan
▪ Skor tinggi (99-70%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi

fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan
tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri ketahanan anda adalah di tahap sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari segi fizikal, mental dan
emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepatbosan dan lebih
mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai.

Kritik-Diri
▪ Skor 60-99% menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan

dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah
dilakukannya atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang
mendapat skor antara 60-70% dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling individu
sementara individu yang mendapat skor lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan
kaunseling individu.
▪ Skor 40-50% biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil daripada segi emosi dan psikologinya.
(asertif)
▪ Individu yang mendapatskor rendah iaitu antara 1-30% biasanya menganggap diri mereka sentiasa
betul dan yang bersalah adalah orang lain.

Mengawal
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adarilah individu yang suka mengawal dan memimpin

orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang
berkaitan dengan kepimpinan seperti pengurus, pentadbir awam, pegawai tentera, peguam, ahli
politik dan lain-lain.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri mengawal dan kepimpinan anda aalah di tahap
sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerja utama
yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.


Menolong
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda ardi alah individu yang mempunyai keinginan untuk

mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan dan membuat kebaikan dan kebajikan
kepada orang lain.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain.
Individu lebih memfokus kepada diri sendiri.

Sokongan
ri

▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi,
difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait Personaliti menolong
menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan diri.

▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-iri sokongan anda berada di tahap sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain.

Struktur
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adrai lah individu yang suka kepada perkara-perkara

berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan
kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri Personaliti struktur anda berada di tahap
sederhana.
▪ Kor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur
dan tidak berulang-ulang.

Pencapaian
▪ Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adrai lah individu yang sangat bermotivasi dan suka

bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.
▪ Skor sederhana (40-70%) menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.
▪ Skor rendah (1-40%) menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah

tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.

Penipuan
▪ Skala ini adalah skala yang khusus untuk merni gesan kejujuran responden dalam menjawab item

ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan
jawapan dan dengan itu profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan
skala validiti dan telah dimasukkan ke dalam alatukuran IPS pada tahun 1998.



SKOP TUGAS PEGUAMBELA

Peguambela selalu akan dikaitkan juga dengan dengan jawatan peguam cara. Walaupun
Peguambela dan peguam cara ini mempunyai dua tugas yang berbeza tetapi keduanya saling
berkait rapat. Disebabkan itulah selalunya Peguambela itu boleh berperanan sebagai peguam cara
juga.

Peguambela ialah peguam yang hadir ke mahkamah dan menjalankan perbicaraan kes di
mahkamah. Selain itu, Peguambela juga merupakan seseorang yang termasuk dalam memberi
khidmat nasihat peguam dan bantuan guaman kepada pelanggannya (klien). Tugas Peguambela
ini adalah untuk mempertahankan kliennya sedaya upaya yang termampu.

Tugas utama seorang Peguambela adalah membela defendan di mahkamah kerana sesuatu
kesalahan yang memerlukan khidmat mahkamah untuk diselesaikan. Oleh Itu, seorang
Peguambela wajib menjaga rahsia defendan yang dibela,menjalankan tugasan dengan penuh
integriti, bersikap jujur dan mempunyai sifat amanah terhadap defendan.

Dalam banyak-banyak jenis Peguambela, ada Peguambela kes jenayah, Peguambela kes
kemalangan, Peguambela sivil, Peguambela kerajaan dan tidak lupa juga Peguambela percuma.

• Peguambela Sivil – khidmatnya akan diperlukan apabila ingin menyaman seseorang.
• Peguambela Jenayah - peguambela apabila seseorang didakwa melakukan jenayah
• Peguambela Syariah - Peguambela syariah ini hanya khusus untuk menguruskan kes-kes

di mahkamah syariah sahaja. Tugasnya adalah untuk membantu kes yang melibatkan isu
rumahtangga seperti nikah kahwin, penceraian, rujuk dan sebagainya.

PIHAK-PIHAK YANG SENTIASA BERHUBUNG DENGAN PEGUAMBELA

Antara pihak-pihak yang berkaitan dengan kerjaya Peguambela ialah:
1. Hakim mahkamah (Jawatan yang paling Tertinggi di mahkamah)
2. Pendakwa raya (Pesaing Peguambela dalam Perbincangan)
3. Kerani mahkamah (Menaip keterangan yang dinyatakan oleh saksi)
4. Saksi (Seseorang yang melihat ataupun menyaksikan sendiri jenayah yang dilakukan oleh
defendan)
5. Pengawal Mahkamah (Menjaga Keselamatan Orang-orang yang berada di dalam
mahkamah semasa perbincangan berlangsung)

* Para Hakim Dan Pihak-pihak yang berkaitan bekerjasama membincangkan kes-kes berkenaan
perundangan dan kes-kes jenayah yang dikendalikan berdasarkan kes defendan.



KELULUSAN AKADEMIK YANG DIPERLUKAN
UNTUK MENJADI SEORANG PEGUAMBELA

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah satu kelulusan yang hampir sama dengan GCE,
A LEVELS di United Kingdom dan diterima untuk kemasukan di banyak universiti terkemuka di
seluruh negara.

A LEVELS

Dikenali Sebagai Kursus Advanced Level. Kursus Pra-universiti yang ditawarkan oleh sesuatu
institusi pengajian tinggi swasta dan di kolej-kolej MARA (Majlis Amanah Rakyat). A LEVELS
biasanya mengikuti kursus di luar negara seperti di United Kingdom.

MATRIKULASI

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM
(90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di
universiti ataupun kolej universiti.

ASASI

Program Asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus. Sukatan pelajaran program
asasi lebih kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk peserta program.
Bagi menjadi seorang Peguambela hendaklah memohin Asasi Perundangan.

DIPLOMA

Pelajar Diploma sama ada aliran sains mahu pun sastera boleh sahaja memohon untuk
melanjutkan pelajaran di dalam bidang perundangan ini.

IJAZAH SARJANA MUDA

Pelajar Ijazah Sarjana Muda adalah pelajar lepasan Matrikulasi, Asasi dan Diploma. Bagi
menjadi seorang Peguambela perlu mengambil kursus Perundangan.

TAHAP YANG PERLU DICAPAI DALAM PROFESSIONAL

1. Menguasai Bahasa Antarabangsa untuk Menceburi Dunia perundangan.
2. Bagi menjadi seorang peguam di Amerika Syarikat,anda memerlukan Ijazah Sarjana Muda dan

Juris Doctor ( JD ).
3. Memerlukan Bachelor of Law (LL.B.) Hons. untuk menjadi seorang Peguambela.
4. Melepasi ujian-ujian berkenaan bidang perundangan yang disediakan oleh institusi-institusi

yang berkaitan.
5. Memiliki Kemahiran Asas Komunikasi Yang tinggi.
6. Berkebolehan menilai,meneliti dan berpandangan jauh.
7. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
8. Berdisiplin Tinggi,Berfikiran Matang dan tidak mempunyai sikap terburu-buru dalam melakukan

sesuatu kerja.

PROSES YANG PERLU DILALUI SEHINGGA BERJAYA
DALAM KERJAYA

I. Calon tersebut mestilah membuat Chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama
9 bulan dengan beberapa orang peguam yang berkelayakan.

II. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu
serta aspek-aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara
praktikal yang tidak diajar di universiti.

III. Mereka juga wajib lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dijalankan oleh
badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act.

IV. Peperiksaan ini mengandungi satu ujian lisan untuk menguji kemahiran dalam Bahasa
Malaysia sebelum dibenarkan menyertai kerjaya ini.



RISIKO DAN CABARAN

1. NYATAKAN CABARAN YANG DIHADAPI SEPANJANG KERJAYA TERSEBUT
Antara cabaran yang dihadapi oleh peguam adalah untuk:
• Memastikan keadilan dapat ditegakkan
• Mengendalikan kes yang mencabar seperti perceraian, isu perebutan harta pusaka, isu hak

penjagaan anak, isu tuntutan isteri yang bercerai dan pelbagai lagi.
• Perlu bijak memahami segala prosedur undang-undang.
• Sukar mendapatkan kepercayaan pelanggan.
• Tempoh Latihan guaman yang lama.

2. RISIKO YANG DIHADAPI SEPANJANG KERJAYA TERSEBUT
Antara risiko yang dihadapi oleh peguam adalah:
• Pendapatan yang tidak menentu kerana ketiadaan kes atau anak guam untuk diwakili.
• Bagi peguam yang baru menceburi kerjaya ini mereka perlu sentiasa berusaha keras untuk

stabil dalam kerjaya.
• Mewakili orang yang bersalah dalam kamar perbicaraan.
• Menghadapi tekanan yang kuat semasa mengendalikan kes pelaku.
• Membawa kes yang betul mengikut syarak atau sebaliknya.
• Berdepan dengan dilema



PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA

Kerjaya seorang peguam adalah bertujuan untuk membantu seseorang yang lemah dan tidak
berdaya untuk mempertahankan dirinya bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang
peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan
akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan
permintaannya mereka. Anak guam biasanya mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya
daripada peguam agar dia boleh memenangani kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman
diringankan melalui proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Bagi seorang peguam yang
memulakan kerjayanya dengan gred L41 dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang gaji mereka sebanyak RM2,100.00.

Biro Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September,1970. Objektif utamanya ialah untuk
memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman mengenai isu undang-undang yang dihadapi
oleh golongan miskin. Biro Bantuan Guaman ialah satu badan kerajaan yang memberi bantuan
perundangan dari segi nasihat dan juga bantuan guaman dalam perkara berkaitan dengan
undang-undang kepada mereka yang kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melantik
peguam swasta bagi mewakili mereka di Mahkamah.

Pelajar yang mengambil kelulusan Undang-undang berkenaan perlu menjalani latihan dalam
kamar (chambering) selama 9 bulan bagi menjadi peguam di Semenanjung dan 12 bulan jika
di Sabah atau Sarawak. Pada peringkat ini, pelajar akan menjalani latihan praktikal di firma
guaman di bawah seliaan seorang 'Master' yang telah beramal tidak kurang daripada 7 tahun
secara aktif. Semasa tempoh latihan ini, pelajar juga wajib untuk menjalani latihan yang
ditetapkan oleh Majlis Peguam seperti membuat latihan dock brief atau legal aid di beberapa
institusi terpilih tidak kurang 14 hari sepanjang tempoh 9 bulan itu. Pelajar juga diwajibkan
untuk menyertai Kursus Etika yang mana pelajar akan didedahkan mengenai etika
kepeguaman yang perlu ada kelak jika memasuki kerjaya sebagai peguam.

Hanya selepas itu, baharulah pelajar berkenaan layak membuat petisyen masuk bagi
didaftaraikan sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi. Petisyen masuk ini
ibaratnya adalah hari konvokesyen yang mana pelajar itu akan disarungkan dengan jubah
peguam oleh Masternya. Hanya yang berbeza, ianya dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah
Tinggi dan bukan di hadapan Pro-Canselor atau Presiden universiti.

Ini kerana peluang dalam profesion guaman ini sangat luas. Terpulang kepada orang yang
menceburi bidang ini samada ingin fokus kepada profesion semata-mata atau ingin membuka
ruang perniagaan. Bagi yang menjadi peguam, peluang itu kadang-kadang datang sendiri bila
mana beliau mengendalikan kes dan berjumpa klien. Akhirnya klien itu menjadi rakan
kongsinya dalam perniagaan.



RUMUSAN

Kesimpulannya, kita perlulah mengembangkan lagi pekerjaan Peguambela ini di seluruh Malaysia agar
generasi akan datang dapat mengenal tentang pekerjaan ini dan dapat dijadikan sebagai kerjaya impian.

Peguam ialah satu profesion yang sangat menarik dan mempunyai masa depan yang cerah. Profesion ini
walaupun kadang-kala nampak agak sukar namun jika kita betul-betul memahami dan berminat untuk
mendalaminya ia tidaklah sesukar mana. Ia juga mempunyai pelbagai cabang dan boleh dipilih mengikut
minat dan kemampuan seseorang. Bidang guaman ini juga mampu menjadikan seseorang lebih
berbertanggungjawab dan amanah pada tugas yang diberikan.

Sesungguhnya bidang ini memberikan banyak cabara kepada pengamalnya dan jika tidak tahan dengan
ujian kemungkinan seseorang peguam itu boleh melakukan sesuatu yang menyalahi etika dan peraturan
seorang peguam. Kadang inilah yang kadang-kala menyebabkan timbul kes-kes di mana peguam pecah
amanah, menerima rasuah dan sebagainya. Oleh itu, jika ingin menjadi peguam seseorang itu perlu
mempersiapkan dirinya sama ada dari segi rohani, jasmani mahupun intelek agar dapat mengawal diri
daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika.

HARAPAN
• Dapat menarik minat murid di seluruh Malaysia untuk belajar tentang peguambela.
• Murid mengetahui lebih lagi berkaitan kerjaya peguambela atau bidang undang-undang.
• E-book ini dapat memberi maklumat serta pendedahan awal kepada murid-murid sekolah rendah
di Malaysia.



RUJUKAN

1. https://www.sishawa.com/2020/01/jenis-jenis-peguam-bela-dan-tugasnya.html
2. http://blogkerjayaimpian.blogspot.com/2016/12/inventori-personaliti-sidek.htm
3. http://peguam.blogspot.com/2015/03/hebatnya-menjadi-peguam.html
4. http://memilihkerjaya.blogspot.com/2012/03/kerjaya-peguam.html
5. http://mankstar.blogspot.com/2014/10/kerjaya-peguam.html
6. http://karierpilihan.blogspot.com/2012/04/kerjaya-sebagai-doktor-patologi.html
7. https://malaysiadateline.com/memilih-menjadi-peguam/
8. https://afterschool.my/bm/berita/6-jalan-jitu-dapatkan-ijazah-undang-undang-di-

malaysia



INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Sidek’s Personaliti Inventory

IPS

IPS

Oleh:

DR. SIDEK MOHD NOAH, Ph.D

INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Sidek’s Personaliti Inventory

INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Sidek’s Personaliti Inventory

IPS

Arahan:

A. Inventori ini mengandungi 160 item atau pernyataan. Bermula dengan nombor satu,
rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan.

B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, tandakan pada ‘Ya’ dan jika tidak menerangkan
diri anda, tandakan pada ‘Tidak” pada borang jawapan yang disediakan.

C. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu
menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa. JAWAB
SEMUA ITEM.

Bil. Item Ya Tidak

Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada
1 dalam fikiran saya.

2 Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda.

Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur
3 yang telah ditetapkan.

Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada di samping
4 saya.

5 Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan.

Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang
6 saya baca.

7 Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga.

8 Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.

9 Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-masalah rumit.

10 Selalu mengelak daripada bertanya kerana takut akan salah.

Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai
11 pemimpin.

12 Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah.

Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari
13 rasa tertekan.

14 Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas.

Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang
15 amat berjaya.

16 Setahu saya, saya tidak pernah meradang pada sesiapa.

Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli professional bila
17 menghadapi masalah.

18 Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat dan lihat.

Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya
19 hadapi.

Mengelak dari memperkatakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan
20 orang lain marah.

21 Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan yang besar.

22 Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar.

Seringkali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang
23 lain.

24 Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang.

25 Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan.

Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal
26 keadaan.

Selalu membuat keputusan-keputusan penting bersendirian tanpa
27 mengharapkan bantuan orang lain.

28 Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili.

29 Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami.

30 Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur.

Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak
31 berupaya melakukannya.

32 Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang.

33 Selesa meminta kembali barang-barang yang telah dipinjam oleh kawan.

34 Berminat membaca buku-buku bercorak akademik, falsafah dan psikologi.

35 Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian.

36 Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majority.

37 Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra.

Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding dengan
38 orang yang praktikal.

39 Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan.

40 Merasa seakan-akan berminat dengan semua perkara.

Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja yang
41 lain.

42 Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya.

43 Lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut.

Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu
44 dihargai atau tidak.

45 Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain.

Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang
46 terperinci.

47 Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja.

48 Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya.

49 Mudah melenting apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi.

Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubung
50 dengan manusia.

51 Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya.

52 Suka menerima pimpinan orang lain.

53 Sudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali.

Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan
54 penyelidikan.

Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur
55 terlebih dahulu.

56 Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat.

Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya
57 adalah tipis.

Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi
58 sehingga kini.

59 Suka membuat keputusan untuk kumpulan.

Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-
60 kawan yang memerlukan.

Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian daripada orang
61 lain.

62 Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari.

Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap
63 pencapaian cemerlang yang saya perolehi.

64 Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya.

65 Akan berterus terang menyatakan tingkah lakunya telah menyakiti hati saya.

66 Suka menganalisis Personaliti individu yang saya temui.

67 Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti.

Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak
68 bersetuju dengan peraturan itu.

Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di dalam
69 sesuatu kumpulan.

70 Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstrak.

Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain
71 dengan kawan-kawan.

72 Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya rancangkan.

Selalu bekerja dalam suatu jangka masa yang panjang tanpa mudah merasa
73 letih dan jemu.

Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah saya lakukan
74 pada masa dahulu.

Akan mengambil alih tugas kepimpinan apabila suasana berada di dalam
75 keadaan tertekan.

Gembira menghabiskan sebahagian daripada masa saya membantu
76 menyelesaikan masalah-masalah social.

Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya
77 kepada kawan-kawan.

Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan
78 perbualan.

Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa
79 sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan.

80 Saya tidak tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan.

81 Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas.

Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah
82 hidup masyarakat yang ideal.

Suka melakukan kerja-kerja yang melibatkan arahan, persetujuan dan
83 pendapat orang lain.

Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu
84 pekerjaan.

85 Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang lain.

Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang
86 bercorak akademik.

87 Suka mengendiri melayan fikiran.

88 Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru.

Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun
89 saya tidak suka.

Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada
90 saya.

91 Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi.

Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu
92 individu yang kurang bernasib baik.

Selalu meminta kepastian orang lain bahawa apa yang saya buat dan
93 katakan adalah betul.

Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan
94 kemas.

95 Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.

96 Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa.

Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang
97 diberikan.

Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam
98 masalah social, politik dan ekonomi.

Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang
99 lain akan kata.

Lebih banyak bertolak ansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan
100 orang lain.

101 Selesa bercakap dengan seseorang walaupun bertemu buat kali pertama.

Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel-artikel bercorak
102 akademik yang saya baca.

103 Merasa gugup bercakap di khalayak ramai.

104 Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangka masa yang lama.

Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang
105 lain telah menarik diri.

106 Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak mengembirakan.

107 Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya.

Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan
108 menolong diri saya.

Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa
109 sokongan dari kawan-kawan.

Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan
110 datang.

Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk
111 mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.

112 Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan.

Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari membuat
113 kerja yang disuruh oleh orang lain.

Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkah laku dan permasalahan
114 manusia.

115 Selalu bertindak mengikut keyakinan diri.

Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai bagi
116 membentuk nilai-nilai hidup saya.

Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk
117 seorang diri.

Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta jalan
118 penyelesaiannya.

119 Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali.

Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang
120 lain.

Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun
121 saya terpaksa bekerja lebih masa.

Merasakan diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang
122 salah.

123 Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua.

124 Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang lain.

125 Merasa kecewa apabila orang lain tidak menghargai saya.

126 Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar.

127 Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain.

Walaupun rakan-rakan selalu membuatsaya ternanti-nanti, saya tidak pernah
128 marah.

129 Agak mudah marah berbanding rakan-rakan saya tang lain.

Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah-
130 masalah rumit yang perlu diselesaikan.

Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin
131 saya lakukan.

Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan
132 masalah saya sendiri.

133 Menganggap diri saya sebagai seorang yang mudah untuk didampingi.

Merasakan diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding
134 dengan kawan-kawan saya yang lain.

135 Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya.

136 Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali.

Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan
137 mengubahnya.

Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dri
138 orang lain.

Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai
139 autoriti.

Percaya bahawa kebanyakkan orang yang saya temui boleh menjadi kawan
140 kepada saya.

141 Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain.

142 Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu.

Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang
143 mencabar.

144 Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang-ulang.

Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau
145 kalah.

Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri
146 dengan lebih baik.

Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan
147 oleh diri saya sendiri.

Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak
148 berminat untuk melakukannya.

149 Mempunyai ramai sahabat dan kenalan.

150 Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea.

BORANG JAWAPAN

INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Sidek’s Personaliti Inventory

IPS

Nama : ____________________________________ Tarikh : __________
No. K/P :_____________________________________ Jantina : L / P
Tingkatan : _____________________________________

1Y 1Y 3Y 4Y 6Y 8 Y 97 Y 11 Y 12 Y 14 Y AG
T 7T 3T 9T 5T R
1T T 3T 9T 5T
2Y 1Y 3Y 5Y 6Y AN
T 8T 4T 0T 6T 8 Y 98 Y 11 Y 13 Y 14 Y A

3Y 1Y 3Y 5Y 6Y 2T T 4T 0T 6T AU
T 9T 5T 1T 7T T
8 Y 99 Y 11 Y 13 Y 14 Y
4Y 2Y 3Y 5Y 6Y BS
T 0T 6T 2T 8T 3T T 5T 1T 7T D

5Y 2Y 3Y 5Y 6Y 8 Y 10 Y 11 Y 13 Y 14 Y EK
T 1T 7T 3T 9T 4T 0T 6T 2T 8T S

6Y 2Y 3Y 5Y 7Y 8 Y 10 Y 11 Y 13 Y 14 Y ITL
T 2T 8T 4T 0T 5T 1T 7T 3T 9T
IN
7Y 2Y 3Y 5Y 7Y 8 Y 10 Y 11 Y 13 Y 15 Y T
T 3T 9T 5T 1T 6T 2T 8T 4T 0T
KP
8Y 2Y 4Y 5Y 7Y 8 Y 10 Y 11 Y 13 Y 15 Y L
T 4T 0T 6T 2T 7T 3T 9T 5T 1T
TH
9Y 2Y 4Y 5Y 7Y 8 Y 10 Y 12 Y 13 Y 15 Y N
T 5T 1T 7T 3T 8T 4T 0T 6T 2T
KR
1Y 2Y 4Y 5Y 7Y 8 Y 10 Y 12 Y 13 Y 15 Y D
0T 6T 2T 8T 4T 9T 5T 1T 7T 3T
M
1Y 2Y 4Y 5Y 7Y 9 Y 10 Y 12 Y 13 Y 15 Y GL
1T 7T 3T 9T 5T 0T 6T 2T 8T 4T
TL
1Y 2Y 4Y 6Y 7Y 9 Y 10 Y 12 Y 13 Y 15 Y G
2T 8T 4T 0T 6T 1T 7T 3T 9T 5T
SO
1Y 2Y 4Y 6Y 7Y 9 Y 10 Y 12 Y 14 Y 15 Y K
3T 9T 5T 1T 7T 2T 8T 4T 0T 6T

9 Y 10 Y 12 Y 14 Y 15 Y
3T 9T 5T 1T 7T

1Y 3Y 4Y 6Y 7Y 9 Y 11 Y 12 Y 14 Y 15 Y ST
4T 0T 6T 2T 8T 4T 0T 6T 2T 8T R

1Y 3Y 4Y 6Y 7Y 9 Y 11 Y 12 Y 14 Y 15 Y PC
5T 1T 7T 3T 9T 5T 1T 7T 3T 9T P

1Y 3Y 4Y 6Y 8Y 9 Y 11 Y 12 Y 14 Y 16 Y TP
6T 2T 8T 4T 0T 6T 2T 8T 4T 0T U

INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Sidek’s Personaliti Inventory

IPS

Helaian Profil I

Nama : ____________________________________ Tarikh : __________
No. K/P :_____________________________________ Jantina : L / P
Pekerjaan : _____________________________________

TRET KADAR PERATUS 1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99

PERSONALITI SKOR (%)

Agresif ________ __________
Analitik ________ __________
Autonomi ________ __________
Bersandar ________ __________
Ekstrovert ________ __________

Intelektual ________ __________

Introvert ________ __________

Kepelbagaian ________ __________

Ketahanan ________ __________

Kritik Diri ________ __________

Mengawal ________ __________

Menolong ________ __________

Sokongan ________ __________

Struktur ________ __________

Pencapaian ________ __________

Kejujuran ________ __________

1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99

INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Sidek’s Personaliti Inventory

IPS

Borang Transformasi Skor

Nama : ____________________________________ Tarikh : __________
No. K/P :_____________________________________ Jantina : L / P
Pekerjaan : _____________________________________

TRET KADAR PERATUS 1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99

PERSONALITI SKOR (%)

Agresif ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0

Analitik ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Autonomi ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Bersandar ________ __________ 5 5 4 4 3 3 2 2 1 10

Ekstrovert ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Intelektual ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Introvert ________ __________ 5 5 4 4 3 3 2 2 1 10

Kepelbagaian ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Ketahanan ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Kritik Diri ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0

Mengawal ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0
Menolong
Sokongan ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5
Struktur
Pencapaian ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0
Kejujuran
________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0

________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

________ __________ 5 5 4 4 3 3 2 2 1 10

1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99

Skor Mentah : _____________ Peratus (%) : ____________

TEMUDUGA PERSONALIA PEGUAMBELA
Kumpulan kami telah berjaya menemubual seorang personalia Peguambela
iaitu Puan Latifah Binti Sheikh Hassan. Beliau merupakan Peguambela di firma
guaman beliau iaitu Zainy & Partners di Jerantut, Pahang. Berikut merupakan
butiran temubual yang telah kami jalankan bersama beliau.
Soalan tambahan untuk temuduga personalia:

1. Apakah kes perbicaraan yang paling mencabar sepanjang bertugas
sebagai Peguambela?

Sebenarnya setiap pembicaraan kes yang dikendalikan mempunyai cabarannya
tersendiri. Sepanjang 8 tahun sebagai Peguambela, cabaran yang dihadapi itu
adalah bermain dengan masa dimana seorang Peguambela hendaklah
menyediakan ikatan ikatan dokumen dan autoriti autoriti kes merujuk kes-kes
precedent serta menjawab setiap affidavit dan hujahan bertrulis yang diterima oleh
peguam pihak lawan dalam tempoh yang di mana tempoh masa untuk setiap
dokumen yang disediakan telah ditetapkan oleh makhamah dan hendaklah
difailkan di Mahkamah dalam tempoh masa tersebut. Setiap hari seorang
Peguambela sentiasa kekangan masa yang terhad diantara perlu hadir ke
Mahkamah pada setiap pagi dan Kembali ke pejabat untuk menyemak fail kes-kes
lain di samping menyediakan dokumen-dokumen mahkamah untuk kes
pembicaraan yang akan berlangsung seterusnya.

2. Apakah cara terbaik untuk mengawal emosi semasa menyampaikan
hujah pembelaan?

Bagi mengawal emosi seorang peguambela perlu mempunyai pengetahuan yang
luas dan memahami asas undang-undang serta segala peruntukan dan prinsip
undang-undang serta autoriti kes untuk kes yang dikendalikan dan sentiasa
bersedia untuk menjawab hujahan dengan lancar oleh pihak mahkamah iaitu
hakim yang bersidang semasa suatu kes pembucaraan berlangsung. Emosi akan
terkawal sekiranya Peguambela sentiasa bersedia dalam setiap hujah kes yang
dikendalikan dan kekal fokus serta bijak mengawal tekanan dari pihak lawan.


Click to View FlipBook Version