FOR YOUR INFORMATION (FYI) Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dengan kerjasama Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) T-Kent Kaedah Pengesahan Kehadiran Kursus Dalaman Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) secara Maya
FOR YOUR INFORMATION (FYI) -iKaedah Pengesahan Kehadiran Kursus Dalaman Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) secara Maya
FOR YOUR INFORMATION (FYI) @ Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula , disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Penerbit Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent 89207 Tuaran -iiKaedah Pengesahan Kehadiran Kursus Dalaman Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) secara Maya
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, FYI telah berjaya diterbitkan. Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP), Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent (IPGMK Kent) merupakan penggerak kepada program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) bagi seluruh warga kerja IPGMK Kent. Sehubungan dengan itu, ULDP bertanggungjawab untuk memastikan warga kerja institut dapat mencapai tahap kompetensi yang diperlukan sesuai dengan keperluan latihan semasa. For Your Information (FYI) tercetus apabila ULDP menghadapi isu ketidakhadiran 100% warga kerja institut bagi Kursus Dalaman (PPB) yang dilaksana secara bersemuka disebabkan oleh pertembungan jadual pelaksanaan dengan perkara yang tidak dapat dielakkan. Lantas, ULDP dengan kerjasama T-Kent mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan isu ini menerusi FYI. PRAKATA -iii-
Secara keseluruhannya, FYI bukan sahaja telah terbukti dapat menyelesaikan masalah ketidakhadiran, malahan, turut memberikan kesan jangka masa panjang iaitu peningkatan kompetensi profesionalisme pensyarah. Ianya merupakan satu kaedah signifikan pengesahan kehadiran PPB yang boleh dilaksanakan secara maya sesuai dengan matlamat ULDP iaitu untuk meningkatkan kualiti pengurusan latihan ke arah pendigitalan. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada T-Kent yang telah berusaha dan bertungkuslumus sehingga FYI telah berjaya dipilih untuk mengikuti pameran Karnival Kumpulan Inovatif dan Kreatif Profesionalisme Keguruan (KIKPK) Kali Ke-2 Tahun 2023 anjuran Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah berlangsung di Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC) pada 6 hingga 8 November 2023. Semoga FYI akan terus memberikan manfaat kepada seluruh warga kerja IPGMK Kent. Sekian, terima kasih. Marlini binti Michael Dzulkiflee Ketua Unit Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent -iv-
DEDIKASI Terima kasih kepada seluruh warga kerja Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent yang sentiasa menyokong kecemerlangan ULDP TEAMWORK “Alone we can do so little; together we can do so much.” — Helen Keller -vKumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) T-Kent 2023
KANDUNGAN -viPengenalan Latar Belakang Analisis Penetapan Sasaran dan Objektif Cadangan Penyelesaian dan Pelan Tindakan Penyelesaian Manual FYI Contoh Video FYI Peluasan Pendaftaran Hak CIpta Penganugerahan dan Pelibatan Video FYI T-Kent 1 - 3 4 - 5 6 - 10 11 - 12 13 - 14 15 - 23 24 - 26 27 - 29 30 - 31 32 - 35 36 - 37 Tajuk Muka Surat
-1- PENGENALAN
-2- AHLI KUMPULAN KIK T-KENT 2023 EN. FOLOREN BIN UJIN Pembangunan Projek DR. KOK BOON SHIONG Analisis Data CIK LAJIWIN @ JUVINIA KUDUN Dokumentasi PN. ROSMAH DELA CERNA Dokumentasi PN. MARLINI BINTI MICHAEL DZULKIFLEE Pembangunan Projek/ Dokumentasi PN. LOW KEE SUN Dokumentasi DR. KHOO CHWEE HOON Dokumentasi/Video EN. AZNIZAM BIN BINSALI Video CIK ZULIZAH BINTI MOHD JUDIN Setiausaha
-3- VISI KUMPULAN T-KENT Pengurusan berkualiti MISI Menyediakan sistem pengurusan yang sistematik, berkesan dan berkualiti MOTTO Kecekapan adalah janji kami WAWASAN Menerajui Kecemerlangan ETIKA Satu Keluarga Satu Suara Satu Impian
-4- LATAR BELAKANG
-5- ULDP telah menghadapi isu ketidakhadiran 100% bagi Kursus Dalaman (PPB) yang telah dilaksana secara bersemuka. Mengikut proses kerja EOMS LAM-PT-11, peserta kursus yang tidak dapat hadir Kursus Dalaman (PPB), perlu ada pengganti dan sekiranya jika tiada pengganti, maka peserta tersebut perlu memberi penjelasan ketidakhadiran. Kehadiran 100% dalam kursus berkaitan kompetensi pensyarah amat perlu untuk meningkatkan kompetensi profesionalisme pensyarah terutama dari aspek penguasaan reka bentuk dan penyampaian kurikulum yang merupakan tugas hakiki seorang pensyarah. Ekoran daripada itu, Kumpulan KIK T-Kent telah membantu ULDP untuk mencari kaedah tindakan pembetulan yang efektif sehingga tercetusnya FYI. Pembangunan FYI selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di bawah Gelombang Ketiga (2021 -2025) iaitu ‘Mewujudkan Budaya Kecemerlangan Profesional’ di mana trend semasa pendidikan memerlukan IPGMK Kent bukan sahaja memenuhi keperluan organisasi, akan tetapi, turut perlu memenuhi keperluan individu yang pelbagai, dinamik dan fleksibel.
-6- ANALISIS
-7- Analisis Data Matrix telah dibuat untuk mengenal pasti punca masalah yang kritikal dan berkeupayaan untuk diselesaikan oleh T-Kent. Tujuh masalah telah disingkirkan dan tiga punca masalah yang mendapat skor paling tinggi disenarai pendek sebagai fokus kajian. ULDP telah menjalankan soal selidik dan dapatan yang diperolehi melalui Google Form. Analisis Gelagat Pengguna telah digunakan untuK mengenal pasti sebab ketidakhadiran peserta Kursus Dalaman (PPB).
Penandaarasan amalan terbaik dua program yang menawarkan Latihan Dalam Perkhidmatan telah dibuat oleh T-Kent. Program yang terlibat ialah IMPROVE (ELTC) dan EPSA (INTAN). Penandaarasan dibuat secara melayari website kedua-dua institut ini. -8-
-9- Teknik analisis dalam Model Design Thinking 101 telah diaplikasikan, iaitu Analisis Kanvas Semasa, Analisis Kanvas Masa Hadapan dan Grid Eliminate-Reduce-Raise-Create (ERRC) yang menjelaskan rasional pemilihan dan hala tuju pemilihan projek. Definisi Projek dan Kepastian Inovasi Projek telah dibuat menggunakan kaedah 5W1H.
-10-
-11- PENETAPAN SASARAN DAN OBJEKTIF
-12- Objektif FYI telah ditetapkan dengan mengambil kira sasaran, fungsi jabatan, agenda nasional serta ekosistem semasa iaitu: i.Mencapai Key Performance Indicator (KPI) ULDP iaitu 100% kehadiran dan; ii.Meningkatkan kompetensi profesionalisme pensyarah. Penetapan sasaran dibuat berdasarkan pernyataan dalam Manual Kualiti Educational Organizations Management System (EOMS) klausa 7.5.1 Am EOMS (ISO 21001:2018). Justeru sasaran yang ditetapkan ialah 100% kehadiran dalam kursus dalaman.
CADANGAN PENYELESAIAN DAN PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN -13-
-14- CADANGAN PENYELESAIAN Setelah menggunakan teknik analisis dalam Model Design Thinking 101 dan merujuk tagline Anytime, Anyway, Anyone: Zero Ketidakhadiran satu prototaip telah dibangunkan oleh T-Kent. Manual pengguna juga telah dihasilkan sebagai amalan terbaik projek yang dijadikan panduan penggunaan projek inovasi yang dikenali sebagai For Your Information (FYI). PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN
-15- MANUAL FYI
Langkah 1 Aktifkan notifikasi emel dalam smartphone. 1.Klik Settings. 2.Klik Apps & Notifications. 3.Klik Notifications. 4.Aktifkan Gmail dan Calendar. -16-
Langkah 2 Terima notifikasi PPB melalui e-mel. Paparan di smartphone -17-
Langkah 3 Tonton rakaman video di Telegram. Sila pastikan anda menonton rakaman video yang betul. -18-
Langkah 4 Sahkan kehadiran maya melalui pautan yang diberikan. Sila klik pada pautan yang betul. -19-
Langkah 5 Jawab soalan dalam pautan dan klik Submit. Sila klik Submit. -20-
Langkah 6 Terima e-slip kehadiran maya melalui e-mel. -21-
Langkah 7 Muat turun e-slip kehadiran maya dan masukkan ke dalam Google Drive yang disediakan. https://drive.google .com/drive/folders/ 1cGQJmSN44KNGH hGY8xyUilpw8Uy4 Odm?usp=sharing -22-
Langkah 8 Kehadiran akan direkodkan ke dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). -23-
-24- CONTOH VIDEO FYI
-25-
-26-
-27- PELUASAN
Peluasan FYI telah dibuat pada Kursus Pendedahan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) Modul Individu Dan Tips Capai Minima 5 Hari Berkursus Dalam Setahun Siri 1 dan 2/2023 yang telah dihadiri oleh para pensyarah, pegawai pengurusan dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) IPGMK Kent. -28-
Selain itu, peluasan FYI juga telah dijalankan pada Bengkel Kerja Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Latihan Bil.1/2023, Hotel Lexis, Negeri Sembilan yang telah dihadiri oleh 27 Insitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus yang terdiri daripada Ketua Jabatan Pembangunan Latihan serta Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. -29-
-30- PENDAFTARAN HAK CIPTA
FYI telah didafttarkan dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. -31-
-32- PENGANUGERAHAN DAN PELIBATAN
-33- Anugerah Perak Pertandingan Inovasi dan Kreativiti IPGM Kampus Kent (K-novaC2023) 26 Februari 2023 Perpustakaan DMTK IPGM Kampus Kent Anugerah Perak Pertandingan Inovasi Pendidikan Kebangsaaan (InoPeK2023) Zon Sabah Peringkat Kebangsaan 4-5 April 2023 Dewan Perhimpunan IPGM Kampus Kent Anugerah Gangsa Kolokium Penyelidikan, Pengurusan dan Kepimpinan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2023 12-14 September 2023 IPGM Kampus Sultan Mizan
-34- Sijil Penyertaan Karnival Kumpulan Inovatif dan Kreatif Profesionalisme Keguruan (KIKPK) Kali Ke-2 tahun 2023 6 - 8 November 2023 Ideal Convention Centre, Shah Alam
-35- Pameran Karnival Kumpulan Inovatif dan Kreatif Profesionalisme Keguruan (KIKPK) Kali Ke-2 Tahun 2023 6-8 November 2023 Ideal Convention Centre, Shah Alam
-36- VIDEO FYI T-KENT
-37-
Terima Kasih, Sekalung Budi
FYI merupakan satu kaedah inovasi proses yang dilaksanakan oleh Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) dengan kerjasama T-Kent, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent. Ianya bertujuan untuk menyelesaikan isu Ketidakhadiran 100% Kursus Dalaman Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dijalankan secara bersemuka. Sehubungan dengan itu, objektif FYI ialah untuk mencapai Key Performance Indicator (KPI) ULDP iaitu 100% kehadiran dan meningkatkan kompetensi profesionalisme pensyarah. Inovasi ini berkonsepkan teknologi dengan matlamat ULDP iaitu untuk mempertingkatkan pengurusan latihan ke arah pendigitalan. Teknik analisis dalam Model Design Thinking 101 telah diaplikasikan, iaitu Analisis Kanvas Semasa, Analisis Kanvas Masa Hadapan dan Grid Eliminate-Reduce-Raise-Create (ERRC). Tagline “Anytime, Anyway, Anyone: Zero Ketidakhadiran” membuatkan FYI bukan sahaja dapat memenuhi keperluan organisasi, akan tetapi, turut perlu memenuhi keperluan individu yang pelbagai, dinamik dan fleksibel. Kata Kunci: Pembangunan Profesionalisme Berterusan, pengesahan maya, teknologi FOR YOUR INFORMATION (FYI)