The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitikhodijahsolikun95, 2021-05-22 19:11:42

Tugasan 2 Puisi Melayu Moden Kumpulan 6

Tugasan 2 Puisi Melayu Moden Kumpulan 6

BSS 3113
PUISI MELAYU MODEN

ALIRAN PEMIKIRAN PENGARANG

DALAM KARYA SASTERA SEBELUM
DAN SELEPAS MERDEKA

PENSYARAH
DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

NURUL NATASHAH BINTI ALAH D20182085178

SITI KHODIJAH BINTI SOLIKUN D20182085847

HANIE NATASYA BINTI MOHD NASIR D20182085961

MUHAMMAD LUTFI BIN LOKMAN FIKRY D20182086178

SEBELUM
MERDEKA

KARYA
SEBELUM
MERDEKA

Pengenalan

Aliran pemikiran pengarang dalam setiap karya sastera sebelum dan selepas merdeka adalah
berbeza, ini kerana:

● Karya sastera yang dihasilkan oleh pengarang pada zaman sebelum merdeka
mengandungi pelbagai pemikiran sama ada ianya didalam bentuk tersirat atau
tersurat. Karya sastera pada ketika itu juga bertindak sebagai peringatan serta
pengajaran kepada masyarakat.

● Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa betapa pentingnya
untuk kita memahami dan mendalam aliran pemikiran pengarang karya sastera pada
sebelum merdeka dan selepas merdeka. Ini bertujuan untuk mengajar masyarakat
Malaysia untuk mengenali sari pati psikologi manusia, pakaian budaya bangsa dan
teras ideologi peradaban.

Zaman sebelum Perang Dunia Kedua terdapat 147 rumah penerbitan yang
mengumpulkan tokoh-tokoh pengarang seperti Syeikh Tahir Jalaludin (1903) yang
merupakan salah satu generasi pertama yang meniup semangat perjuangan untuk
membebaskan diri daripada cengkaman penjajah.

Karya sastera pada Ketika itu digunakan oleh pengarang untuk mewujudkan parti politik
yang radikal seperti Kesatuan Melayu Muda yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam dan
Ishak Haji Muhammad pada tahun 1938.

Cara Ahmad Boestamam menyampaikan aliran pemikirannya adalah melalui puisi
manakala Ishak Haji Muhammad pula menyampaikan pemikirannya melalui cerpen untuk
mewujudkan kesedaran kepada masyarakat pada Ketika itu.

Segala hasil usaha yang diberikan oleh pengarang pada sebelum ini telah memberi
inspirasi kepada pengarang tahun 1947 untuk menerbitkan suatu organisasi yang
memain peranan penting dalam menyedarkan masyarkat iaitu Asas 50.

Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) terdiri daripada 20 individu kesemuanya dan
diantaranya adalah Keris Mas, Mohd Arif Ahmad (MAS), Asraf, Hamzah, Rosmera,
dan Jymy Asmara. Slogan perjuangan yang digunakan oleh Asas 50 adalah ‘Seni
untuk masyarakat’.

Hasil daripada gandingan tersebut telah menerbitkan pelbagai hasil karya sastera
yang berbentuk sajak, cerpen, drama, esei dan kritikan untuk menyemarakkan
gerakan kemerdekaan itu.

Karya sastera yang dihasilkan oleh pengarang pada zaman sebelum merdeka bertindak
sebagai penggerak utama dalam kesedaran politik iaitu membebaskan diri daripada
cengkaman penjajah.

Kewujudan Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) merupakan suatu usaha daripada para
pengarang untuk bersama-sama menjadikan bahasa dan sastera sebagai alat untuk
mewujudkan semangat perpaduan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan.

Selain itu juga para pengarang didorong oleh keinginan menjadikan bahasa dan
kesusasteraan sebagai alat untuk memajukan pemikiran rakyat. Namun apa yang
paling utama bagi mereka pada ketika itu adalah untuk memastikan kemakmuran dan
kedamaian hidup tercapai.

Pada tahun 1940-an, terciptanya sebuah karya yang berlatarkan sejarah penjajahan
Portugis di Melaka. Pada ketika pengarang yang bernama Ahmad Bakhtiar
menyampaikan pemikiran antikolonialnya secara tersirat dengan menelusuri sejarah
penjajahan Portugis dan seterusnya memberi gambaran imej bangsa Melayu bangsa
yang terulung. Segala idealisme beliau diterapkan dalam novel ringkasnya iaitu
Panah Beracun, Keris Melaka, Korban Keris Melaka, Cantek Melaka, Darah Melaka,
dan Rahsia Keris Puteh.

Dato Dr Usman Awang

• Karya Dato Dr Usman Awang telah
banyak diperkatakan baik dari segi
intrinsic mahupun ekstrinsiknya.

• Estetika karyanya yang indah serta
pemikirannya yang sarat dengan
suara kemanusiaan juga telah banyak
dikaji

• Sebagai seorang sasterawan, Usman
Awang dikenali sebagai seorang insan
yang romantik melalui pelbagai teknik
dan gaya bahasanya yang indah
biarpun dalam memperkatakan
sesuatu pemikiran yang besar.

Antara sajak yang telah dihasilkan

Jiwa contoh Langit
hamba Sajak Tinggi
Usman
Aku Awang Korban
Sedar Tanah
Aliran
Hidup Air

Sajak-sajak tersebut telah ● Usman Awang juga menghasilkan sajak
dihasilkan antara tahun
1949 - 1956 untuk mengenang jasa pejuang
nasionalisme tanah air yang lain
• sajak yang bertemakan semangat
nasionalisme yang menyeru rakyat ● Beliau menghasilkan sajak-sajak seperti
agar bangkit untuk membebaskan diri
daripada belenggu penjajah “Boestamam, Dato Onn, dan Pak Sako
Putera Besar Tanah Air”
● Bukan setakat seruan kemerdekaan
● Selain daripada itu, pejuangan Usman
daripada penjajah kuasa asing yang
diperkatakannya bahkan beliau juga Awang banyak terarah kepada golongan
memperkatakan elemen menuju bawahan seperti buruh, anggota polis yang
kemerdekaan, iaitu ialah dalam diri berpangkat rendah, masyarakat yang
(perubahan) ditindas dan sebagainya

● Golongan buruh ialah golongan yang sering

mendapat tempat dihatinya

● Soal penindasan majikan terhadap golongan buruh, upah dan ganjaran

yang tidak setimpal dengan tugas yang dilaksanakan, serta kebajikan
sosial mereka yang diabaikan adalah antara perkara yang disentuh
melalui karyanya, sama ada prosa mahupun puisi

● Kaum buruh yang diperjuangkan oleh Usman Awang ini tentulah bukan

golongan yang berkerja sendiri tetapi golongan yang berkerja dengan
pihak lain untuk mendapat upah atau disebut sebagai makan gaji.

● Golongan ini termasuklah buruh yang berkerja dengan agensi kerajaan,

pekerja dalam industri pekerja kadang

● Sekitar tahun 1950an sehingga 1960-an dahulu kebanyakannya buruh

ini bekerja di sektor perladangan L, khususnya di ladang getah.

● Ladang ini pula kebanyakannya dimiliki oleh pemodal asing yang besar,

mereka lebih memikirkan soal keuntungan yang besar berbanding soal
kebajikan pekerja yang menjana keuntungan mereka.

● Sajak-sajak seperti “Nasib Buruh” dan “Kaum Buruh” jelas

memancarkan simpati dan sokongannya terhadap perjuaangan kaum
buruh untuk menuntut keadilan

● Frasa “Bersatulah Kaum Buruh Mencipta Kekuatan” adalah seruan

yang jelas kepada kaum buruh agar memperjuangkan hak mereka
secara sekata dan kolektif seperti kata pepatah “bersatu Kita teguh
bercerai Kita roboh” perjuangan kaum buruh ini dapat dilakukan
melalui kesatuan sekerja

● Usman Awang juga mengapologikan sebuah sajak yang berjudul”Satu

Mei” kepada kaum buruh

● Tajuk sajak ini sudah menjelaskan bahawa sajak ini memang ditujukan

kepada mereka kerana 1 Mei merupakan sambutan Hari Buruh dimana
ianya dikenali sebagai Hari Pekerja Di Malaysia pada masa kini

● Usman Awang ternyata tidak ● Walaupun perjuangannya membela

berkarya semata untuk kerana Seni, golongan bawahan ini agak sinonim
sebaliknya seni yang dihasilkannya dengan perjuangan politik fahaman
adalah untuk kemaslahatan hidup sosialis, ini bukanlah bererti beliau
masyarakat seorang penganut sosialisme, serta
protes dan kritikan, tegurannya kepada
● Melalui penggunaan bahasanya sang pemerintah pula bukan bererti
beliau berada pada paksi pembangkang
yang indah, terpancar citra
pemikirannya yang membawa ● Sebaliknya perjuangannya adalah
seribu makna yang cukup bererti
untuk dihayati dan direnungi kerana beliau seorang yang memiliki
nilai kemanusiaan yang tinggi sehingga
sanggup menentang arus untuk
memperjuangkan

● Oleh itu jelaslah bahawa Dato Dr Usman Awang seorang pengkarya
yang suka membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat
dan seorang pengkarya yang perihatin terhadap isu-isu masyarakat
sebelum kemerdekaan

SELEPAS
MERDEKA

KARYA
SELEPAS
MERDEKA

Pengenalan

● Selepas merdeka 1957, pemikiran pengarang dalam karya sastera sudah mula berubah,
karya yang mereka hasilkan bukan lagi berbentuk menuntut kemerdekaan tetapi
untuk meneguhkan nasionalisme dan jati diri rakyat.

● Pemikiran karya sastera selepas merdeka lebih menekankan aspek nasionalisme dan
patriotisme.

● Selain itu,karya sastera juga turut mewacanakan barat atau dikenali sebagai wacana
oksidentalisme sejak merdeka sehingga era perdana Menteri Tun Hussein Onn.

● Pengarang selepas merdeka lebih berani mencuba beberapa aliran baharu yang
berbentuk eksperimen terutama absurdisme.

Pengenalan

● Pengarang telah mewujudkan satu alternatif lain yang mengarahkan
kreativiti karya sastera tersebut kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam
kalangan masyarakat pada ketika itu.

● Latar belakang corak perkembangan karya sastera ini bertumpukan
keseluruhannya kepada perubahan besar yang berlaku dalam aspek-aspek
politik, sosial, dan ekonomi Negara.

Pemikiran Jenis – jenis Pemikiran
Nasionalisme pemikiran Patriotisme
Pemikiran
Oksidentalisme Pemikiran
Absurdisme

Pemikiran

❑ Psikologi, proses kognisi atau akal yang sifatnya sejagat (dimiliki oleh semua
makhluk yang rasional dan berakal, berbeza daripada haiwan (Hassan
Ahmad, 2004, hlm. 1).

❑ Dalam dunia keusasteraan, pemikiran bermaksud pengertian yang
tersembunyi dan penting dalam sesebuah karya. Pemikiran bukanlah tema
tetapi merupakan keseluruhan makna tersirat yang menjadi aspirasi
pengarang (Maimunah Haji Omar, 1992, hlm. 3).

❑ Dengan meneliti pemikiran boleh membantu pembaca membongkar dan
melihat di sebalik yang tersurat akan kepentingan-kepentingan juga
falsafah yang tidak dibicarakan oleh pengarang secara terbuka.

Nasionalisme

❑ Nasionalisme ialah semangat kebangsaan yang melebihkan bangsa sendiri dan adakalanya
merendah-rendahkan bangsa lain.

❑ Nasionalisme adalah terjemahan terus daripada perkataan Inggeris nationalism. Kata pokoknya
ialah national atau kebangsaan yang berasal daripada perkataan Latin nation yang bermaksud
kelahiran sesuatu kaum.

❑ Menurut Kohn (Hamdan Yahya, 2011, hlm. 624) nasionalisme sebagai satu keadaan fikiran, yang
menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk ke
kalangan semua anggotanya: dia mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik
yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan
punca kesejahteraan ekonomi.

Patriotisme

❑ Patriotisme berasal daripada perkataan Yunani. Pater bermaksud father dan patris bererti land,
apabila digabungn kedua-dua suku kata ini membawa maksud dalam bahasa Inggeris the love of
a fatherland.

❑ Dalam bahasa Melayu pula bermaksud “kecintaan pada ibu pertiwi”. Oleh itu patriotisme
bermaksud perasaan cinta mendalam rakyat terhadap tanah air tempat tumpah darah.

❑ Berdasarkan maksud yang dihasratkan melalui dua suku kata tersebut memberikan pengertian
yang jelas bahawa patriotisme adalah perasaan yang tertanam dalam diri manusia untuk
mencintai tanah air tempat beliau bertapak dan meneruskan kegiatan kehidupan (Muhamad
Ali Embi, 2009, hlm. 4).

Oksidentalisme

❑ Oksidentalisme berasal dari perkataan Inggeris, occident, yang bermaksud dunia
barat. Ia dapat ditandai sebagai kajian tentang Barat dengan segala aspeknya.

❑ Oksidentalisme merupakan perkara yang berhubungan dengan Barat,
termasuklah budaya, ilmu, ekonomi, falsafah, politik dan aspek sosial lainnya.

❑ Secara sederhana Oksidentalisme adalah suatu disiplin ilmu yang dilakukan oleh
orang-orang Timur untuk mengkaji peradaban Barat.

Absurdisme

❑ Dalam falsafah, "Absurd" merujuk kepada konflik antara kecenderungan manusia
dalam mencari nilai dan makna yang wujud di dalam sesebuah kehidupan. Ia
sekaligus merujuk kepada ketidakupayaan manusia untuk mencari apa-apa secara tepat
dan jitu.

❑ Absurdisme, adalah satu pemikiran falsafah yang menyatakan bahawa usaha-usaha
manusia untuk mencari makna yang tepat akan gagal pada akhirnya kerana jumlah
maklumat yang ada sangat banyak dan bidang-bidang yang wujud sangat luas.

❑ Walau bagaimanapun, ada yang menyatakan bahawa seseorang itu perlu berada
dalam keadaan manusia yang tidak masuk akal untuk terus meneroka dan mencari
sesuatu makna.

Pemikiran Nasionalisme
dalam Novel

❑ Para nasionalis mahukan segala- ❑ A. Rahim Abdullah (1995, hlm. 10)
kepentingan nasionalisme itu diubahsuai
galanya bersifat nasionalis menurut tuntutan zaman, terutamanya
dalam hubungan mempertahankan hak,
(kebangsaan) sama ada bahasa, maruah, harta atau tanah air daripada
menjadi mangsa sesuatu pencerobohan,
bangsa mahupun negara. Negara itu baik secara fizikal mahupun secara
dalaman.
mestilah merdeka-bebas daripada

segala macam penjajahan (Mohd.

Tahni Ahmad, 2006, hlm. 615).

Contoh Novel karya Faisal Tehrani yang mengandungi
pemikiran Nasionalisme

Perempuan 1511H Kombat Manikam Kalbu
Politikus Melayu

(PPM)

1515 Bahlut

Perempuan Politikus ❑ Semangat nasionalisme dipaparkan oleh penulis
Melayu (PPM) melalui watak seorang pemuda yang bernama
Irfan. Digambarkan sebagai seorang yang berani,
gigih, cekal dan amanah dalam melaksanakan
tugas sebagai seorang wartawan dan
warganegara.

❑ Berjuang dengan cara yang tersendiri untuk
membawa Datuk Zuri ke muka pengadilan atas
segala kekejaman yang dilakukanya.

❑ Sanggup melepaskan jawatannya kerana tidak
sanggup menjadi alat kepada pihak-[ihak tertentu
untuk kepentingan mereka. Selain itu. Beliau tidak
mahu hidup bersumberkan pendapatan yang tidak
benar atau menipu.

1515 ❑ Karya ini terus membicarakan tentang nilai-nilai
nasionalisme kerana novel ini memamparkan
semangat perjuangan dan kepewiraan golongan
remaja untuk bertempur dan berhadapan secara
terbuka dengan pihak yang cuba menggugat
keamanan tanah air, agama, bangsa dan negara.

❑ Pemikiran nasionalisme di dalam novel ini
ditonjolkan lagi dengan Adi Fimiyun yang
merupakan seorang professor yang menghasilkan
buku sejarah.

❑ Beliau merasa ada fakta sejarah yang
disembunyikan oleh itu beliau mengambil
keputusan untuk menghasilkan buku sejarah bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1511H Kombat

❑ Memaparkan semangat kepewiraan anak muda yang bernama
Muhammad Ameen. Beliau berjuang di luar negara iaitu kota
Mekah dan Madinah.

❑ Beliau Bersama 10 orang pemuda menghadapi serangan
daripada Amareka syarikat.

❑ Pemikiran nasionalisme dapat dilihat pada semangat juang
yang dibuktikan dengan kesangupan meninggalkan tanah air
untuk pergi berjuang bersama angkatan tentera islam
menentang musuh.

Bahlut

❑ Mengisahkan perjuangan anak muda orang
asli iaitu Bahlut dan kabut yang berusaha
membela nasib masyarakat akibat
kegiatan pembalakan.

❑ Mereka berusaha untuk membongkarkan
bahawa kegiatan tersebut didalangi oleh
pihak yang berpengaruh.

❑ Nasionalisme dalam novel ini digambarkan
juga melalui tiga orang watak iaitu cikgu
Zaiful, cikgu Zaiman dan Ustaz Zaidi yang
sanggup berkhidmat di Kawasan
pendalaman.

Manikam Kalbu

❑ Novel ini menyerlahkan unsur pskikologi dan citra bangsa bagi
menyampaikan mesej jati diri.

❑ Nasionalisme yang disampaikan di dalam novel ini
menampilkan dua watak iaitu pada zaman silam dan masa
kini.

❑ Dua orang anak muda yang dikehendaki menghasilkan fesyen
baju lelaki dan perempuan tetapi fesyen tersebut mestilah
mengikut kehendak yang ditepati oleh agama Islam dan
budaya Melayu.

Contoh Karya Faisal Tehrani yang mengandungi
pemikiran patriotisme

❑ Rifa’ah Badawi Rafi at-Tahtawi mentakrifkan patriotisme sebagai rasa cinta kepada tanah air.
❑ Patriotisme sebagai kepatuhan dan setia kepada undang-undang serta bersedia membantu

pelaksanaannya sehingga keamanan negara dapat dicapai dan rakyat akan mendapat jaminan dari negara
untuk menikmati hak-haknya sebagai warganegara (Hasni Abas, 2006, hlm. 291).
❑ Patriotisme juga berkaitan dengan sikap atau kewajipan memberi teguran atau sanggahan kepada para
penguasa yang memerintah dengan menuruti kemahuan peribadinya dan melakukan sesuatu sesuai
dengan kemahuan mereka (John J. Donohue dan John L. Esposito, 1984, hlm. 8)
❑ Menuntut rakyat agar berusaha memperoleh haknya yang layak dari tanah airnya bahkan juga menuntut
agar mereka melaksanakan kewajipannya terhadap tanah airnya itu (Hasni Abas, 2006, hlm. 297).

Contoh Karya Faisal Tehrani yang mengandungi
pemikiran patriotisme

Surat-surat Perempuan Johor

❑ Aliran patriotisme dapat dilihat melalui watak Ungku Nur. Beliau
menghidapi penyakit barah dan berhasrat untuk meninggalkan
sesuatu yang berguna kepada keluarga bangsa dan tanah air
sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

❑ Belaiu sanggup berpindah ke Turki kerana di sana terdapat banyak
sumber dan maklumat sejarah yang terdapat disana.

❑ Beliau berbuat demikian untuk memberikan kesedaran kepada
suaminya dan bapanya yang menunjukan sikap tidak baik sebagai
seorang pemimpin.

Contoh Karya yang ❑ Bagi memulihkan semangat masyarakat
mengandungi pemikiran acuan budaya mesti digunakan, dan satu
daripada acuannya ialah persuratan.
Oksidentalisme Sebagaimana kolonial menggunakan
persuratan sebagai alat untuk
❑ Malaysia telah cuba membina negara meneguhkan kedudukan mereka di mata
menurut acuan sendiri tetapi sebagai dan di minda peribumi maka demikian juga
sebuah negara yang sedang membangun sebaliknya, persuratan berupaya
atau disebut sebagai negara Dunia Ketiga, mengembalikan kekuatan jati diri peribumi.
Malaysia terpaksa atau dipaksa bergantung
pada negara maju atau negara industri,
sama ada dalam 10 aspek pertahanan,
pentadbiran, permodalan, mahupun unsur
modeniti yang lain. Ini berterusan ke era
kemerdekaan yang terbelenggu dalam
hegemoni neokolonialisme.

Panglima Awang

❑ Panglima Awang di kenali penguasa lima lautan; beliau yang
dikatakan manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia dan
sekaligus membuktikan dunia ini bulat. Di Muzium Terengganu
sendiri terpapar kisah Panglima Awang anak Terengganu yang
hebat ini. Panglima Awang dikenali juga sebagai Enrique de
Malacca, seorang pemuda Melayu sekitar umur 18 tahun,
menjadi tawanan dari taklukan Portugis Alfonso de Albuquerque
di Melaka pada 1511, serta amat disayangi ahli pelayaran
Ferdinand Magellan lalu ikut sama mengelilingi dunia dan
menamakannya sebagai pewarisnya. Kisah pelayaran
mengelilingi dunia Magellan pada 1519-1522 ini sudah amat
terkenal dan beliau dijulang sebagai tokoh pengeliling dunia.

Arena ❑ Pada tahun 1965 Arena Wati menyingkap citra
Wati watak barat yang menjadi dalang memporak-
perandakan Tanah Melayu selepas merdeka
dalam novel Lingkaran. Latar zaman penciptaan
novel itu, iaitu sejurus selepas merdeka, menjadi
asas kepada pemikirannya, yakni kuasa barat
masih memperlihatkan pengaruhnya dalam
pembangunan Tanah Melayu. Arena Wati
merepresentasikan watak barat yang
melakukan konspirasi neoimperialisme secara
negatif. Pencitraan barat sebegini bercorak
wacana balas yang bertujuan memugar
semangat bangsa timur untuk mengenali identiti
sendiri sebagai umat merdeka.

❑ Melalui Peraduan Novel Sempena 10 tahun Merdeka 1967 terhasillah novel Pulanglah Perantau (Aziz
Jahpin, 1971), Interlok (Abdullah Hussein, 1971), Meniti Buih (Alias Harun, 1971), Badan Bertuah (Ismail
Salleh, 1971), Merpati Putih Terbang Lagi (Khadijah Hashim, 1972) dan Sandera (Arena Wati, 1971).

❑ Motif pengarang novel Pulanglah Perantau ialah memunculkan identiti nasional sebagai manusia baharu
selepas merdeka tanpa takut-takut lagi mempersoalkan legasi neokolonialisme. Dekad 1970-an pula
melahirkan subgenre yang sesuai dengan zamannya, iaitu novel pembangunan sebagai pengisi ruang
kemerdekaan.

❑ Ini dapat dilihat dalam Kemelut (Shahnon Ahmad, 1977), Kembali Bergelut (Muhd. Mansur Abdullah,
1976), Permata-Permata Di Lumpur (Muhd Mansur Abdullah, 1978), Srengenge (Shahnon Ahmad,
1973), Saga (Abdul Talib Mohd. Hassan, 1976), Perjudian (S Othman Kelantan, 1973) dan Arca Berdiri
Senja (Baharudin C.D.1978).

Contoh karya yang mengandungi pemikiran Absurdisme

❑ Pada tahun 1970-an lahir dramatis Malaysia yang melarikan diri daripada tradisi
realisme. Mereka mempersoalkan hal-hal yang berhubung dengan kejiwaan
dan konflik batin manusia. Sehubungan itu, mereka menyeret eksistensialisme
yang dilihat dari kaca mata Timur dan penonjolan watak surealis. Harus diingat
bahawa absurdisme di Malaysia merupakan karya-karya yang anti-realisme,
sukar difahami, cenderung kepada fantastik, abstrak, berunsur mimpi dan
sukar dihayati. Semua drama absurdisme dilahirkan melalui pengaplikasian
aliran absurdisme.

Contoh karya yang mengandungi pemikiran Absurdisme

1 2 3

Bukan Lalang Ana Patung –patung
ditiup Angin karya: Dinsman
Karya : Hatta Azad
Karya: Nordin Khan
Hassan

Bukan Lalang ditiup Angin

❑ ketidakadilan sosial yang terjadi di Kampung Sukamenanti. Drama
‘Bukan Lalang Ditiup Angin’ adalah satu karya yang mempunyai
nilai-nilai kemasyarakatan pada zaman 1970an dan kemudiannya
diterapkan di dunia teater untuk menjadi pengajaran serta panduan
kepada para penonton. Drama ini berbentuk absurdisme.
Absurdisme ialah konsep yang melambangkan masyarakat yang
kacau-bilau. Hal ini disebabkan berlakunya perang dunia pertama
dan kedua.

Penutup

❑ Terdapat pelbagai aliran pemikiran pengarang sebelum dan selepas merdeka
berdasarkan beberapa karya yang telah dinyatakan.

❑ Corak penulisan berubah mengikut zaman dan keadaan persekitaran penulis.
❑ Aliran pemikiran ini diselitkan di dalam bahan bacaan bukan untuk menakut-nakutkan

atau menambah kebencian tetapi meningkatkan semangat masyarakat setempat.


Click to View FlipBook Version