The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sonatawin77, 2020-04-01 05:15:07

IKBN.DLC.2612.KP.02

IKBN.DLC.2612.KP.02

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 1 of 27

INSTITUSI LATIHAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA DLC 02 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA
KURSUS/COURSE ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME 6
SEMESTER

KOD DAN NAMA DLC 2612 SENGGARAAN MOTOR ELEKTRIK
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME 02: KAEDAH PENGUJIAN LITAR PENGHIDUP DAN MOTOR
BAB ELEKTRIK

OBJEKTIF /OBJECTIVE MEMBERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERKAITAN JENIS-
JENIS SELENGGARAAN YANG PERLU DILAKUKAN KE ATAS
MOTOR ELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN
SELENGGARAAN YANG BETUL DAN MEMATUHI ARAHAN
KESELAMATAN

TAJUK/TITLE KAEDAH PENGUJIAN LITAR PENGHIDUP DAN MOTOR
ELEKTRIK

TUJUAN/PURPOSE KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;
1. TUJUAN PENGUJIAN PEPASANGAN
2. PEMERIKSAAN VISUAL
3. ALAT-ALAT PENGUJIAN
4. PENGUJIAN

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 2 of 27

1.0 PENDAHULUAN

Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan suatu kemestian terhadap
tiap-tiap satu pemasangan elektrik. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum
ujian-ujian ini dijalankan.

1.1 TUJUAN PENGUJIAN PEPASANGAN

Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah untuk mempastikan bahawa
sesuatu pemasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras
dengan kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan pemasangan elektrik.
Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain:

i. Peraturan Keselamatan
ii. Peraturan IEE untuk pemasangan elektrik
iii. Peraturan JKR

Peraturan IEE diterima sebagai peraturan piawaian bagi sistem pemasangan
elektrik, walaupun dalam beberapa hal di ubah-suai mengikut keperluan-keperluan
amalan di Malaysia.

1.2 PEMERIKSAAN VISUAL
Mengikut peraturan, pemeriksaan dan pengujian hendaklah dibuat terhadap

pemasangan-pemasangan berikut:

i. Pemasangan baru.

ii. Pemasangan sedia ada untuk tujuan tambahan dan ubah-suaian.

iii. Tambahan pemasangan, khususnya tambahan besar.

iv. Pemasangan sedia ada secara berkala mengikut perencanaan untuk
tujuan penyenggaran.

v. Ujian atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila
berlaku kerosakan pada pemasangan.

vi. Ujian untuk kemasukan borang kepada Tenaga Nasional.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 3 of 27

Pemeriksaan visual dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan sebarang
ujian. Dengan tujuan:

i. Untuk mempastikan alat-alat yang dipasang adalah mengikut
piawaian yang diluluskan.

ii. Untuk memastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu dijalankan
mengikut peraturan-peraturan IEE, JBE, JKR dan lain-lain peraturan
seperti di perkara 2.1 di atas.

iii. Untuk mempastikan bahawa tiada kerosakan zahir pada alat-alat
pemasangan atau yang disambung kepadanya.

Senarai Pemeriksaan Penglihatan :
i. Sambungan pengalir-pengalir kabel.
ii. Pemilihan pengalir kabel bagi kapasiti membawa arus dan susutan voltan.
iii. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus.

iv. Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagian-bahagian hidup.
v. Keadaan luaran motor.

1.3 ALAT-ALAT PENGUJIAN

Alat-alat pengujian yang digunakan untuk dijalankan pengujian ke atas litar
motor ialah:

i. Jangka Ohm (Ohm meter)/Jangka pelbagai (Multi meter) yang digunakan
untuk melakukan pengujian keterusan dan kekutuban.

ii. Alat penguij Rintangan Penebatan ( Insulation Resistance Tester) yang
digunakan untuk melakukan pengujian rintangan rintangan penebatan.

iii. Lampu penguji yang digunakan untuk ujian kekutuban dan keterusan bagi
penghidup dalam keadaan litar hidup.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 4 of 27

Rajah 1: Meter Rintangan Penebatan Kyoritsu (Kyoritsu Insulation Resistance Tester)

Rajah 2: Jangka Ohm Digital (Digital Ohm meter)

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 5 of 27

iv. Tacho meter adalah salah satu alat ukur dalam bidang elektrik. Kertas
penerangan ini bertujuan untuk memberi pelajar mengetahui dan memahami bagaimana
Tacho meter in berfungsi dan kaedah penggunaan dalam bidang elektrik.

Tacho meter adalah alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan atau pusingan
pada motor elektrik yang bergerak ialah tachometer. Prinsip yang digunakan dalam
sistem ini ialah menggunakan syaf yang disambungkan kepada penjana DC.

Apabila syaf itu berputar, maka voltan DC akan terjana dan jumlah voltan
keluaran ini akan ditunjukan pada paparan yang telah kalibrasikan pada skala
tachometer.

Rajah 3: Litar Kendalian Tacho Meter

Jenis-jenis tachometer yang digunakan:
i. Digital photo tachometer
ii. Combination contact/photo tachometer

Keselamatan penggunaan Tacho Meter:
i. Pastikan tachometer disimpan dalam larasan julat kelajuan paling maksima.
ii. Jangan dijatuhkan.
iii. Hendaklah disimpan pada tempat yang selamat selepas digunakan

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 6 of 27

Rajah 4: Tacho Meter Digital

i. Reflecting tape - Diletakkan pada permukaan unit semasa pengukuran di buat.
ii. Reflecting signal beam - permukaan penerima & pemancar cahaya.
iii. Emitting/receiving unit - Sensor penerima
iv. LCD - Paparan 5 digit:

 Bahagian bawah- RPM,m/min,ft/min,yd/min/count
 Bahagian atas- clock
v. Function button - Pemilihan MAX,MIN,AVE.Kembali pada asal tekan butang selama 2

saat.
vi. Start/Hold/On/Off

 On- menghidupkan tachometer
 Off- menamatkan penggunaan tachometer
 Start- memulakan pengiraan
 Hold- pegunkan data
vii. Unit button :

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 7 of 27

 Pemilihan unit:RPM,RPM/ (contact),m/min,ft/min atau yd/min-MT950C
mekanikal disertakan bersama.Jika simbol memaparkan LCD,unit dalam kiraan
nombor genap.jam membuat pengiraan dari kosong, untuk memberhentikan
kiraan tekan HOLD. Untuk RESET pengiraan tekan butang kanan.

viii. MAX/MIN/AVE symbol - Terdapat simbol MAX/MIN/AVE dipaparan
ix. Low battery warning
x. Start measurement symbol
xi. Hours : Minutes Clock

Rajah 5: Memory Call Button Wave

Fungsi-fungsi memory call button:

i. Tekan 1 kali – Untuk bacaan terakhir : “LA” atau nilai bacaan terakhir akan
muncul di paparan.

ii. Tekan 2 kali – Untuk bacaan maksimum : “UP” atau nilai bacaan maksimum
akan muncul di paparan.

iii. Tekan 1 kali – Untuk bacaan minimum : “dn” atau nilai bacaan minimum
akan muncul di paparan.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 8 of 27

Rajah 6: Pengujian sedang dijalankan

1.4 UJIAN KETERUSAN

Ianya dijalankan bagi memastikan setiap pengalir didalam pepasangan litar
mempunyai keterusan yang baik dan rintangan yang rendah.

1.4.1 MENGUJI LITAR KAWALAN

i. Laraskan Range selector knob pada nilai ohm (Ω ).

ii. Litar pintaskan test pin merah dan hitam serta pastikan jarum penunjuk
menunjukan bacaan sifar (0) dengan melaraskan adjuster knob.

iii. Pastikan jarum meter menunjukkan bacaan sifar pada setiap ujian
yang dilakukan pada setiap terminal. Ini menunjukan keterusan adalah
baik.

iv. Letak kabel test pin merah pada pengalir hidup di MCB dan satu lagi
test pin hitam pada pengalir hidup di common Emergency Stop. Tekan

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 9 of 27

button Test pada penguji rintangan penebatan (Insulation Resistance
Tester) bagi memulakan pengujian.

v. Kemudian letakkkan kabel test pin merah pada pengalir neutral di MCB
dan satu lagi test pin hitam pada pengalir neutral di lampu. Tekan
button Test pada penguji rintangan penebatan (Insulation Resistance
Tester) bagi memulakan pengujian.

vi. Akhir sekali letakkan kabel test pin merah pada pengalir bumi di DB dan
satu lagi test pin hitam pada pengalir bumi di panel kawalan. Tekan
button Test pada penguji rintangan penebatan (Insulation Resistance
Tester) bagi memulakan pengujian.

Rajah 5: Pengujian keterusan pada litar kawalan

1.4.2 MENGUJI KETERUSAN PADA MOTOR

i. Laraskan Range selector knob pada nilai ohm (Ω ).

ii. Litar pintaskan test pin merah dan hitam serta pastikan jarum penunjuk
menunjukan bacaan sifar (0) dengan melaraskan adjuster knob.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 10 of 27

iii. Pastikan jarum meter menunjukkan bacaan sifar pada setiap ujian
yang dilakukan pada setiap terminal. Ini menunjukan keterusan adalah
baik.

iv. Letak kabel test pin merah pada termina di U1 dan satu lagi test pin
hitam pada terminal U2 pada motor. Tekan button Test pada penguji
rintangan penebatan (Insulation Resistance Tester) bagi memulakan
pengujian.

v. Letak kabel test pin merah pada termina di V1 dan satu lagi test pin
hitam pada terminal V2 pada motor. Tekan button Test pada penguji
rintangan penebatan (Insulation Resistance Tester) bagi memulakan
pengujian.

vi. Letak kabel test pin merah pada termina di W1 dan satu lagi test pin
hitam pada terminal W2 pada motor. Tekan button Test pada penguji
rintangan penebatan (Insulation Resistance Tester) bagi memulakan
pengujian.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 11 of 27

Rajah 6: Pengujian keterusan pada motor

1.5 UJIAN RINTANGAN PENEBATAN

Penebat merupakan bahan yang mempunyai kadar rintangan yang amat tinggi,
antaranya seperti tembikar, getah, PVC, Galian dan lain- lain.

Dari rajah di bawah, jelas bahawa penebatan sesuatu penebat ialah berkadar terus
dengan luas keratan rentas dan berkadar songsang dengan panjangnya.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 12 of 27

Rajah 7: Penebatan suatu penebat

Litar bertebat yang panjang mempunyai penebatan yang rendah dibandingkan
dengan litar yang pendek dari jenis yang sama. Kadar penebatan menjadi kurang apabila
berlaku kerosakan pada penebat, di mana penebat menjadi nipis. Juga perlu diketahui
bahawa kadaran penebatan akan menjadi kurang dengan sebab-sebab berikut:

i. Kelembapan pada bahan penebatan, air merupakan pengkonduksi yang baik
terutama yang bercampur dengan garam galian. Dengan itu ia membantu
menambah arus bocor keluar daripada penebat.

ii. Penebat juga bertindak sebagai dielektrik pada sesuatu kapasitar. Jadi arus bocor itu
akan mempunyai komponen reaktif. Kesan litar kapasitan ini tidak termasuk dalam
pengukuran penebatan menggunakan alat uji yang menggunakan arus terus.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 13 of 27

Ujian penebatan perlu dijalankan bagi:

i. Memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara konduktor-konduktor bertebat.

ii. Supaya tidak berlaku bocoran ke bumi. Ini amat mustahak kerana sebarang
kebocoran pada mana bahagian logam akan menyebabkan ia menjadi hidup. Hanya
dengan arus 0.05amp. boleh menyebabkan kematian pada manusia.

iii. Ini bererti, rintangan penebat ke bumi bernilai 4,800 ohm (240 V / 0.05 A) sudah
cukup untuk mendatangkan bahaya.

Di samping itu, arus kebocoran juga boleh, bukan saja mempercepatkan kelunturan
(deterioration) kepada penebat, tetapi juga menyebabkan kerugian tenaga elektrik, kerana
tenaga terbuang begitu saja.

Sebagaimana diterangkan di atas, pemasangan besar dengan mempunyai litar yang
banyak, rintangan penebatan yang berkesan adalah kecil. Misalnya, satu litar mempunyai
penebatan 10 mega-ohm. Maka kalau 40 litar yang sama, rintangan yang berkesan ialah
10/40 mega-ohm iaitu 0.25 mega-ohm.

Rintangan penebatan yang dibenarkan oleh IEE apabila semua penyambung fius
dipasang, semua suis (termasuk suis utama jika prektikal) di- hidupkan dan semua
konduktor-konduktor fasa atau kutub-kutup disambungkan, maka nilai rintangan penebatan
minimum fasa ke bumi atau ke neutral adalah 1 mega-ohm.

Untuk actor pemasangan tiga-fasa, neutral & bumi, 13 ujian diperlukan iaitu antara:

i. Fasa merah dengan biru;
ii. Fasa kuning dengan biru;
iii. Fasa merah dengan kuning;
iv. Fasa merah dengan neutral;
v. Fasa kuning dengan neutral;
vi. Fasa biru dengan neutral;
vii. Fasa merah dengan earth;
viii. Fasa kuning dengan earth;
ix. Fasa biru dengan earth;
x. Neutral dengan bumi;
xi. Cantuman 3 fasa (merah, kuning, biru) dengan neutral;

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 14 of 27

xii. Cantuman 3 fasa (merah, kuning & biru) dengan bumi;
xiii. Cantuman 3 fasa & neutral dengan bumi.

Sebelum ujian dijalankan, perhatikan pekara-pekara berikut:

i. Alat-alat elektrik seperti pemanas air motor dll. Di buka sambungannya.

ii. Lampu dan kipas ditanggalkan dari pemegang-nya dan semua suis dihidupkan (ON).
Walau bagaimanapun sekiranya tidak pratikal untuk membuka sambungan lampu
dan kipas, Ujian boleh juga dijalankan dengan syarat suis-suisnya dimatikan (OFF).
Dalam keadaan ini lampu-lampu akan teruji-sama rintangan penebatannya.

iii. Semua fius, pemutus-litar, suis-fius, fius-suis hendaklah dihidupkan (ON). Jika
pemasangan tersebut mempunyai bekalan hanya suis-utama saja saja yang perlu
dimatikan (OFF), untuk menjamin keselamatan fiusnya hendaklah ditanggalkan.

iv. Semua alat elektronik hendaklah dipisahkan dari sambungannya.

Peraturan IEE menghendaki supaya alat-alat elektrik yang dipisahkan dari
sambungannya semasa ujian penebatan pada pemasangan dijalankan, seperti motor,
pemanas air, lampu pendaflor dll. Dijalankan ujian penebatan antara konduktor hidup
dengan logam terdedahnya (bumi). Nilai penebatannya ialah tidak kurang 0.5 mega-ohm.

Jika nilai rintangan penebatan yang didapati lebih rendah daripada 0.5 mega-ohm, maka
pekara-pekara berikut perlu di beri perhatian.

i. Mengadakan pemerikasaan & ujian untuk mempastikan bahagian mana berlaku litar
pintas. Ujian tambahan ini dimulai daripada suis-fius utama atau papan agihan
Utama untuk menentukan fasa yang berkaitan. Kemudian uji sesalur kecil dari fasa
itu. Begitulah seterusnya sehingga litar akhir atau sehingga terjumpanya tempat
kerendahan penebatan itu.

ii. Perlu diingat, alat-alat seperti lampu pendaflor, kipas dan sebagainya, jika tidak
dipisahkan dari sambungannya semasa ujian penebatan dilakukan, ada kemungkinan
kesan bacaan rendah yang didapati itu disebabkan rintangan rendah pada alat-alat
ini. Maka jika pemasangan itu telah ada bekalan, spot-checking perlu di buat dengan
menggunakan test-pen terhadap frame alat-alat tersebut.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 15 of 27

Keadaan penebat adalah satu actor yang paling penting dalam penyenggaran
sebuah motor. Motor yang beroperasi dalam keadaan kurang elok memerlukan satu ujian
bagi memastikan penggunaan berterusan dan memuaskan. Nilai rintangan suatu penebat
adalah dalam unit Megaohm(1000000ohm) digunakan sebagai penunjuk keupayaan
penebat.

Rajah 8: Ujian Penebatan pada winding motor antara fasa dan fasa

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 16 of 27

Rajah 9: Ujian Penebatan pada winding motor antara fasa dan bumi

Bagi kebanyakan pengeluar motor-motor menggunakan cara menguji penebat bagi
daya tekanan 660V untuk motor yang berkadar di bawah 600V.

Formula yang digunakan bagi mencari nilai rintangan penebat adalah seperti berikut:

Megaohm  KadarVol tan Mesin  1000
Kadar(KVA)

100

1.6 UJIAN UNTUK GELUNG YANG BERLITAR PINTAS
 Gelung-gelung yang berlitar terbuka pada Rotor dan Stator boleh dikesan dengan
cara keselenjaran.(continuity).

 Alat Growler mengandungi yoke dan lilitan gelung yang diuji melalui bekalan luar
AC. Yoke Growle tadi diletakkan melintang pada lurah Stator atau Rotor yang
mengandungi gelung yang sedang diuji.

 Gelung yang ada pada Growler bertindak sebagai gelung prima seperti di dalam alat
ubah dan gelung yang sedang diuji bertindak sebagai gelung Sekunder

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 17 of 27

Rajah 10:Gelung pada alat Growler

 Jika arus tersebut dibiarkan mengalir seketika, gelung yang rosak akan dikesan
dengan mudah,iaitu hanya membuat sentuhan pada bahagian yang panas, kerana
ianya mengeluarkan haba.

 Berpandukan gambarajah di bawah, kita mempelajari bagaimana Gelung Medan
Alternator diuji.

Rajah 11: Pengujian pada gelung medan alternator

 Ianya boleh diuji dengan cara Voltan Cicir sepertimana yang diterangkan untuk
menguji voltan DC.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 18 of 27

 Dengan nilai arus dalam medan diketahui, voltan cicir dalam setiap gelung diketahui,
voltan cicir dalam setiap gelung adalah hamper sama.

 Jika voltan didapati tercicicr pada sesuatu gelung jauh bezanya dari yang lain, iaitu
5% lebih dari kadar persamaan, gelung tersebut perlukan perhatian dan ianya harus
diuji bagi mengesan kerosakan.

 Kehadiran voltan penuh pada gelung tersebut menunjukkan yang gelung tersebut
mengalami litar pintas.

 Gelung Medan Alternator juga dapat diuji dengan cara membuat perkiraan
IImpedan, dengan mengalir voltan berfrekuensi tinggi ke dalam semua gelung dan
pengukuran arus dicatit.Arus yang mengalir ke dalam semua gelung sepatutnya
sama nilainya.

1.7 UJIAN KEKUTUBAN

Ujian kekutuban adalah ujian yang dilakukan bagi memastikan setiap fius, suis,
peranti perlindungan disambung pada pengalir fasa sahaja dan semua sambungan yang
dilakukan disambung pada terminal yang betul.

Ujian kekutuban litar adalah ujian yang dijalankan bagi memastikan sesuatu
pemasangan betul-betul selamat dan mematuhi kehendak peraturan IEE. Tujuan utama
ujian kekutuban ialah memastikan semua sambungan kekutuban pada setiap alat tambah
dan alat elektrik seperti motor berada pada tempat yang betul.

Secara terperinci ia adalah ujian bagi menentukan semua alat kawalan satu kutub
seperti fius, winding pada motor, termostat dan sebagainya berada pada pengalir hidup.

Pengujian perlu dijalankan pada sesuatu pemasangan yang didefinisikan sebagai:
i. Pemasangan baru
ii. Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian
iii. Pemasangan sedia ada

Kekutuban yang salah boleh mendatangkan bahaya semasa pemasangan
penggunaaan alat dan kepada alat elektrik itu sendiri. Ia juga menyebabkan alat- alat
kawalan seperti suis dan fius tidak menjalankan fungsi yang sebenar.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 19 of 27

Jenis - jenis alat / peranti pengujian yang digunakan dalam Ujian Kekutuban adalah:

i. Meter Ohm
ii. Meter Volt
iii. Loceng Penguji
iv. Lampu Penguji
v. Lain - lain peranti pengujian yang bersesuaian.

1.7.1 UJIAN LITAR MATI

Ujian yang dijalankan sebelum litar pendawaian diberikan bekalan atau ujian
tanpa bekalan. Jika bekalan telah disambungkan, matikan suis utama supaya tiada
arus elektrik pada litar yang hendak diuji.

Alat-alat Penguji yang digunakan bagi ujian litar mati
i. Jangka pelbagai atau Penguji pelbagai (multimeter or multitester) yang
dilaras pada kedudukan “”.
ii. Lampu Penguji, loceng atau pembaz (buzzer) yang menggunakan bateri.

1.7.2 UJIAN LITAR HIDUP
Ujian litar hidup dilakukan apabila bekalan elektrik telah disambungkan

pada litar pemasangan.

Alat-alat Penguji yang digunakan bagi ujian litar hidup

i. Jangka pelbagai atau penguji pelbagai yang dilaraskan pada kedudukan
“V.A.U.” (AC) 0 – 250V.

ii. Lampu penguji, loceng atau pembaz yang menggunakan bekalan 240V
A.U.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 20 of 27

1.8 UJIAN IMBANGAN

Nilai arus bagi tiap fasa individu Motor Tiga Fasa dianggap sama. Rajah di bawah
menunjukkan bagaimana penyambungan harus dibuat untuk membuat ujian Imbangan.

Rajah 12: Penyambungan ujian Imbangan.

 Fius Suis Tiga Kutub yang terletak disebelah kiri, digunakan untuk memulakan
motor.

 Fius Suis Tiga Kutub yang kedua digunakan untuk mengasingkan Ammeter dari litar,
bila suis tersebut ditutup semasa motor dimulakan kerana arus mula didapati tinggi.

 Fius Suis Utama ditutup sebelum Motor dimulakan lagi.

 Apabila sudah mencapai kelajuan yang dikadarkan, suis kedua pula dibuka.

 Oleh itu, arus fasa pada tiap-tiap individu dicatit oleh Ammeter.

 Bagi operasi motor yang normal, sudah tentulah arus yang dicatit oleh Ammeter
adalah sama.

 Jika terdapat satu fasa yang tinggi arusnya, ini bermakna lilitan dalam fasa tersebut
berlitar pintas.

 Jika ketiga- tiga Ammeter tersebut menunjukkan bacaan yang tinggi pada ketiga-
tiga fasa tetapi bacaan sama, ini menunjukkan motor tersebut berfungsi pada
beban yang berlebihan

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 21 of 27

 Rajah di bawah menunjukkan cara yang lebih mudah untuk membuat ujian
imbangan dengan menggunakan Ammeter jenis kepit (Clamp-on-meter). Ianya
digunakan untuk mengambil bacaan pada tiap-tiap fasa, di mna keadaan motor
tersebut beroperasi secara normal.

Rajah 13: Ujian imbangan

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 22 of 27

1.9 MENGUKUR PELBAGAI KELAJUAN

Sisihan (deviation) yang terdapat pada kelajuan yang dikadarkan apabila berbeban,
menunjukkn bahawa terdapat kerosakan pada motor tersebut. Sejenis alat untuk mengukur
kelajuan motor dinamakan Tachometer.

Rajah 14: Tachometer

Tachometer yang ditunjukkan mengandungi sebatang keluli karbon yang lurus dan
dapat menghasilkan getaran di mana ianya turut bergegar mengikut pusingan / minit oleh
motor di bawah ujian. Ianya boleh mencatit kelajuan sehingga 25 pusingan seminit.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 23 of 27

ROTOR SANGKAI TUPAI.

 Bilah-bilah pengalir berkemungkinan putus,jika motor tersebut mengalami kejutan,
gegarannya tinggi atau pun panas yang berlebihan.

Rajah 15: Ujian kelajuan motor di uji menggunakan tachometer

 Bilah-bilah yang putus tadi boleh dikesan dengan menggunakan Growler (Rotor
hendaklah dipisahkan dari stator semasa ujian ini dibuat).

 Terdpat juga ujian yang sering dibuat terhadap rotor tanpa diasingkan dari stator,
bagi mengesan bilah- bilah yang terbuka. Caranya ialah dengan membekalkan voltan
yang rendah. (lebih kurang 25% dari kadar voltan yang sebenar.)

 Voltan ini mencukupi digunakan bagi memberi bacaan pada ammeter yang
disambung secara siri pada gelung stator (bagi satu fasa sahaja). Kemudiannya
dengan menggunakan tangan, putar rotor perlahan-lahan, perhatikan bacaan pada
Ammeter jika terdapat apa-apa perbezaan nilai arus didalam gelung stator. Jika

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 24 of 27

terdapat perbezaan bacaan meter sebanyak 3% dari bacaan yang lain, ini
menunjukkan bilah-bilah pengalir dalam rotor putus.

BEARING

Jenis bearing pada motor bergantung pada kos dan sifat-sifat bahan yang
digunakan. Bearing terdiri daripada binaan sarung dan bebola yang digunakan untuk motor.
Penggunaan berlebihan pada bearing juga mengakibatkan kesan kelinciran pergerakan rotor
dan kefungsian stator. Bagi motor kuasa kecil, kerosakan pada bearing dapat dikesan
dengan cara membuat pergerakan shaft ulang alik, ianya mengeluarkan satu bunyian yang
agak berbeza dengan bunyian yang normal. Bagi motor-motor yang berkuasa besar,
kerosakan pada bearing dapat dikesan dengan cara mengukur kedudukan jarak ruangan
antara rotor dan stator pad beberapa poin sekeliling.

Rajah 16: Bearing

Kerosakan yang teruk sama ada bagi motor besar atau motor kecil boleh
menyebabkan sentuhan sebenar antara rotor dengan stator. Bahagian-bahagian rotor
mestilah diasingkan antara satu sama lain bagi tujuan senggaraan. Senggaraan bagi jenis ini
memerlukan alatan yang khas.

Tanpa alat-alat tersebut dilarang sama sekali mencuba untuk membaikinya.
Asingkan dahulu sarung bearing, dengan mengeluarkan baffle di dalam kedua-dua sisi
pelindung, dan keluarkan tempat isian minyak (oil cover plate) dan juga pengepit cincin

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 25 of 27

minyak (oil ring clip). Seterusnya keluarkan lining bearing dengan cara menggunakan
sebatang paip yang pendek atau alat belah (split fitting) di mana ianya terkunci sendiri
dalam lurah cincin minyak.

BEARING BEBOLA

Bearing bebola dipasang secara di tekan pada shaft motor dan ianya hanya
dikeluarkan dari shaft tersebut apabila perlu diganti dengan batang bearing yang baru.

Bagi membuat pemeriksaan pada bearing bebola, pertama loceng sisi hendaklah
dikeluarkan dari rotor shaft dan pemasangan bearing tersebut dikeluarkan dari stator. Bagi
sesetengah jenis motor, bearing bebola dikeluarkan tanpa menyalurkan sisi loceng , kerana
bearing tersebut diletakkan dalam satu tempat khas dan dipasang penutup bearing, jadi
bila bearing tersebut mengalami kerosakan, hanya dengan mengeluarkan penutup tersebut,
bearing dapat dikeluarkan dari shaft rotor.

Jika bearing bola perlu dibuat gantian, alat penarik bearing digunakan untuk
mengelak shaft dari menglami kerosakan. Gelang pada bearing yang hendak dipasang
dipastikan kedudukannya betul di atas shaft. Ia amat penting kerana jika terdapat sedikit
sahaja ketidak tepatan pada shaft, ianya akan menebabkan bearing rosak. Daya tekanan
yang dibuat pada gelang luar bearing hendaklah sama ketika memamasukkan bearing atau
pada gelang bearing. Ketukan yang ringan disyorkan dan sebatang paip yang besar sedikit
dari garis pusat shaft digunakan bagi menahan daya tekan ke atas bearing baru.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 26 of 27

Suhu yang dibenarkan untuk proses ini adalah 150 Farenheit. Bearing yang baru
janganlah dibersihkan semasa pepasangan dibuat. Habuk dan kekotoran jangan dibiarkan
masuk ke dalam bearing semasa pepasangan dibuat.

PELINCIRAN

Beberapa cara pelinciran pada motor digunakan, motor-motor kecil sememangnya
disediakan sarung yang mempunyai lubang tempat minyak dengan penutupnya sekali.
Motor hendaklah diletak minyak apabila ianya harus diganti.

Bagi motor berkuasa besar, bearingnya di sediakan cincin minyak yang dipasang
longgar pada lurah bearing. Cincin tersebut mengambil minyak dari tempat simpanan
minyak yang dipasang secara terus ke cincin tersebut. Untuk kerja-kerja yang normal,
pertukaran minyak hendaklah dilakukan setahun sekali. Jika motor digunakan untuk kerja
berat, lebih kerap minyak harus ditukar.

Bagaimanapun, semasa membuat pertukaran pada minyak, jangan biarkan minyak
tersebut berlebihan atau tidak cukup minyak kerana boleh menyebabkan bearing tersebut
rosak.

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM IKBN/DLC 2612/KP(2/3) Page 27 of 27

RUJUKAN:

i. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik, Edisi Kedua, Abd Samad Hanif 1997
ii. Modul Teknologi Elektrik E2001, Politeknik Johor Bahru.
iii. Modul Penjaga Jentera Elektrik
iv. Electrical Machines, Drives, and Power Systems

DLC 2612 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)


Click to View FlipBook Version