Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 1 drpd 18
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA DLC 02 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME 1
DLC 2121 PENCEGAH KEBAKARAN
SEMESTER
KOD DAN NAMA
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME
BAB 03: SENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN
OBJEKTIF /OBJECTIVE DAPAT MENGENALI JENIS-JENIS DAN CARA KENDALIAN
SISTEM PENGGERA KEBAKARAN SUPAYA DAPAT
MENGENDALIKANNYA MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL DAN
SELAMAT
TAJUK/TITLE PEMILIHAN DAN KENDALIAN
TUJUAN/PURPOSE Memberi pendedahan tentang punca-punca kebakaran, jenis-
jenis dan cara kendalian sistem pemadam kebakaran yang
biasa digunakan serta bahaya-bahaya kebakaran kepada nyawa
dan harta benda
DLC2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 2 drpd 18
PENERANGAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk mengetahui dan memahami berkenaan dengan
kejadian kebakaran, sifat-sifat api, punca-punca kebakaran, kemerebakan kebakaran serta
tindakan yang perlu diambil bagi menggelakkan kebakaran serta memadam kebakaran dengan
menggunakan alat pemadam api yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.
OBJEKTIF PENGAWASAN KEBAKARAN
Untuk mengenali dengan lebih mendalam alat-alat pemasangan tetap yang terdapat di
bangunan sama ada sistem pasif dan aktif. Pengawasan kebakaran dalam konteks kebombaan
terbahagi kepada dua kategori iaitu pencegahan kebakaran dan perlindungan kebakaran.
Beberapa langkah yang telah diambil bertujuan mencegah, mengehadkan kemusnahan harta
benda dan kehilangan nyawa semasa berlakunya kebakaran. Langkah-langkah tersebut adalah
seperti berikut :-
1. Pendidikan dan Latihan
Satu kaedah pendidikan yang diamalkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada
Masyarakat
(a) Mengadakan ceramah/pembelajaran awam tentang bahaya-bahaya kebakaran
kepada kumpulan sasaran.
(b) Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian api, punca,
tindakan perlu diambil semasa kejadian dan cara-cara menggunakan peralatan
dengan betul berdasarkan sistem-sistem kebombaan yang sedia ada dalam
sesuatu bangunan.
(c) Menubuhkan pasukan bomba sukarela di sesuatu kawasan bangunan tinggi
ataupun kilang yang berisiko tinggi.
(d) Menerapkan konsep pencegah kebakaran dalam kokurikulum pembelajaran sama
ada di sekolah rendah ataupun institusi pengajian tinggi.
(e) Mengadakan latihan bersama “Mork Drill” di sesuatu bangunan bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada penghuni bertindak semasa kecemasan dan
mengenal pasti masalah-masalah yang wujud dalam latihan tersebut.
2. Penguatkuasaan
Seseorang Pegawai Bomba yang diberi kuasa bagi membuat pemeriksaan
penghapusan bahaya-bahaya kebakaran di premis-premis bagi maksud :
(a) Menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang termaktub dalam Akta Bomba
341/1988, seperti mengkompaun kesalahan-kesalahan yang berkaitan.
(b) Memastikan sistem pencegah kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan
boleh digunakan pada bila-bila masa.
3. Kejuruteraan
Kejuruteraan adalah badan mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahan-
bahan keperluan di dalam bangunan seperti sistem kebombaan (pasif dan aktif).
4. Kawalan Keselamatan
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 3 drpd 18
Mengawasi peralatan kebombaan yang sedia ada di dalam bangunan tersebut dan
memastikan ada pihak pengurusan yang akan mengawal keseluruhan peralatan pencegah
kebakaran supaya berada dalam keadaan baik.
5. Penyelenggaraan
Mana-mana premis yang telah memasang dengan kelengkapan sistem kebombaan,
pihak penyelenggaraan hendaklah memastikan peralatan tersebut dapat digunakan apabila
berlaku kebakaran.
6. Good House Keeping
(a) Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang-barang atau tempat yang
dikhaskan.
(b) Barang-barang yang menghalang jalan keluar hendaklah disusun dengan teratur.
(c) Susunan barang-barang tidak melindungi sistem sprinkler dan jalan keluar
keselamatan.
PERLINDUNGAN KEBAKARAN
Perlindungan kebakaran adalah untuk mengehadkan kemerebakan kebakaran dan
terbahagi kepada dua aspek iaitu perlindungan pasif dan perlindungan aktif.
1. Perlindungan Pasif
Perlindungan Pasif ialah perlindungan kebakaran pada bangunan dengan mengambil
kira kelengkapan laluan kecemasan, ruang akses perkakasan bomba dan ketahanan struktur
bangunan.
(a) Jalan keluar keselamatan
Kemudahan struktur dalam bangunan yang memudahkan penghuni menyelamatkan
diri daripada bahaya-bahaya kebakaran ke tempat yang selamat.
(b) Pemetakan
Merupakan dinding yang dibina di dalam sesebuah rumah bagi menjadikan bilik-bilik
atau pembahagian di antara rumah-rumah serta berfungsi seperti berikut ;
i) Membendung dan mengawal kemerebakan kebakaran.
ii) Menghadkan kerosakan harta benda.
iii) Memudahkan membuat pra rancangan kebakaran/keselamatan.
iv) Mengasingkan bahan mudah terbakar.
v) Memudahkan kerja pemadaman dan penyelamatan.
(c) Paras akses perkakas bomba
Merupakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di luar bangunan/keliling
bangunan untuk tujuan menyelamat dan memadam kebakaran ;
i) Lebar jalan tidak kurang 6 meter.
ii) Kecerunan jalan.
iii) Halangan menegak.
iv) Penempatan kereta bomba.
(d) Ruang akses menentang kebakaran.
Merupakan ruangan termampat bagi anggota bomba sebagai strategy point semasa
menentang kebakaran. Ruangan tersebut perlu mempunyai keluasan tidak kurang
5.57 meter persegi.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 4 drpd 18
(e) Kekemasan dalam dan siling
i) Menentukan bahan-bahan binaan diperbuat daripada bahan yang tidak
mudah terbakar dan berkualiti.
ii) Menentukan pembinaan partition diperbuat tanpa menghalang jalan
keluar.
iii) Pembinaan siling dan langsir (jika ada) dibuat daripada bahan yang tidak
mudah terbakar.
iv) Hiasan dalaman seperti langsir, karpet dan cat daripada bahan yang
berkualiti dan tidak mudah terbakar.
v) Penempatan bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diasingkan.
2. Perlindungan aktif
Sistem kebombaan yang dipasang pada sesuatu bangunan yang merangkumi empat
cara bertindak iaitu mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran.
Pengendalian adalah secara automatik dan manual.
(a) Sistem pemadaman yang menggunakan air.
i) Pili bomba.
ii) Sistem penyembur air automatik (sprinkler system).
iii) Sistem pancur basah (wet riser system).
iv) Sistem pancur kering (dry riser system).
v) Sistem salur bantu mula.
vi) Sistem pancur menurun.
vii) Sistem drenchers.
viii) Sistem buih.
ix) Sistem gelung hos (hose reel system)
x) Sistem pili bomba/tekanan (hydrant system)
(b) Sistem yang menggunakan gas.
i) Sistem halon.
ii) Sistem karbon dioksida.
iii) Innert gas.
(c) Sistem penggera kebakaran.
i) Peti penggera kebakaran.
ii) Alat pengesan (haba, asap, flame dan gas)
iii) Alat penggera kebakaran kuasa elektrik/manual (break glass/siren).
Sistem Perlindungan Kebakaran Pasif
Perlindungan kebakaran pasif ialah unsur-unsur dalam struktur bangunan yang
berupaya untuk melaksanakan fungsinya tanpa bantuan atau berkehendakkan bantuan untuk
membendung atau menyekat asap dan api daripada merebak di dalam bangunan semas
kebakaran.
Perlindungan kebakaran pasif pada bangunan dengan mengambil kira kelengkapan
seperti berikut :
DLC 2121 a) Jenis-jenis bangunan Versi 2.0 (2016)
b) Bahan-bahan binaan.
c) Elemen struktur di dalam bangunan.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 5 drpd 18
d) Pemetakan.
e) Jalan keluar keselamatan.
Jenis-Jenis Bangunan
Menurut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984), Maksud Jadual
Kelima (V), bangunan dibahagikan kepada beberapa jenis.
1. Kediaman Kecil : Rumah kediaman biasa berkembar atau berasingan yang tidak
mengandungi ;
a) satu tingkat bawah.
b) Satu tingkat atas.
c) Satu tingkat bawah tanah.
2. Institusional : Bangunan institusional ini termasuk ;
a) Hospital.
b) Sekolah.
c) Pertubuhan lain yang serupa digunakan sebagai tempat kediaman bagi
rawatan, menjaga dan menyelenggara orang awam.
3. Kediaman lain : Kediaman yang tidak tergolong dalam kediaman 1 dan 2 di atas.
4. Pejabat : Pejabat atau premis yang digunakan bagi maksud pejabat, pentadbiran, kerja
pengkeranian, mengendalikan wang dan telefon.
5. Kedai : Kedai atau premis kedai yang digunakan untuk menjalankan perniagaan runcit atau
perniagaan makanan, minuman, kedai gunting dan layanan barang-barang lain.
6. Kilang : Semua premis sebagaimana yang ditafsirkan dalam Seksyen 2 Akta Kilang dan
Jentera 1867 tetapi tidak termasuk bahagian yang dikelaskan di bawah kumpulan
storan dan am.
7. Tempat perhimpunan : Tempat perhimpunan, sama ada awam atau persendirian, yang
digunakan bagi tujuan perhimpunan orang ramai atau untuk hal-hal yang berkaitan
dengan urusan sosial.
8. Storan dan am : Tempat untuk menstor, mendeposit atau meletakkan barang dan bahan
(termasuk kenderaan).
Bahan Binaan Bangunan
Seseorang yang bekerja memadam kebakaran atau membuat kerja-kerja menyelamat
dalam sesebuah bangunan yang sedang terbakar, akan berhadapan dengan pelbagai
bahagian binaan bangunan, seperti dinding, tangga, lantai, bumbung dan lain-lain, serta
pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam pembinaan sesebuah bangunan.
Oleh sebab itu, adalah perlu bagi anggota-anggota yang menyertai pemadaman
kebakaran mengetahui tentang prinsip asas bangunan, kesan haba atau penyejukan mengejut
disebabkan oleh air apabila panas terhadap pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam
pembinaan bangunan. Pengetahuan tentang perkara-perkara tersebut dapat memberikan
panduan serta memudahkan kerja-kerja memadam kebakaran dan mengetahui tempat-tempat
yang bahaya dan selamat bagi bekerja dengan lebih masa.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 6 drpd 18
Antara bahan-bahan yang digunakan bagi pembinaan sesebuah bangunan termasuklah
kayu, simen, konkrit, batu-bata, logam, kaca, plastik dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan
mengalami pelbagai perubahan sewaktu berlakunya kebakaran serta dapat membantu kita
menjalankan tugas atau sebaliknya mungkin membahayakan diri kita.
1. Kayu (timber)
Kayu boleh terbakar tetapi mempunyai daya pengaliran haba yang rendah. Dalam
sesuatu kebakaran, kelambatan kadar kebakaran bergantung kepada jenis kayu.
2. Batu-bata
Pada amnya, batu-bata mempunyai daya pengaliran haba yang rendah dan hampir
mencapai taraf fire proof jika semua batu dan bahan organik dikeluarkan. Walau
bagaimanapun, batu-bata yang panas akan luluh atau retak apabila disejukkan dengan
pancutan air secara tiba-tiba.
3. Konkrit
Konkrit adalah hasil campuran batu dengan simen, pasir dan air. Konkrit diperkukuhkan
dengan rangka besi, ini dinamakan reinforced concrete. Dalam kebakaran, konkrit
mengembang pada kadar yang pantas, iaitu antara 400-500 darjah celcius menyebabkan ia
retak. Pada suhu 800 darjah celcius, simen akan menjadi luluh. Jika pancutan air terkena pada
konkrit yang panas, simen akan menyerap air dan mengembang dengan pantas dan ini akan
menyebabkan keruntuhan bahagian bangunan itu.
4. Batu
Pada umumnya, batu merupakan penebat haba yang baik tetapi ketahanannya kurang
berbanding dengan batu-bata kerana batu akan retak dan pecah apabila terkena pancutan jet
air semasa panas.
5. Kaca
Apabila panas ia boleh retak dengan mudah sebab mempunyai kadar pengaliran haba
yang rendah dan pengembagan yang tidak sekata. Ia akan menjadi lebih tahan jika
diperkukuhkan dengan jaring/wire mashing atau bilah jalur yang diperbuat daripada logam.
Kaca seperti ini dinamakan electro-copper glazing. Terdapat juga kaca yang tahan api (fire
raschel glass)
6. Besi
Bahan ini akan kehilangan dua pertiga daripada kekuatan asalnya apabila terdedah
kepada panas lebih dari 600 darjah celcius. Jabatan Bomba tidak menggalakkan penggunaan
besi untuk pembinaan bangunan, kecuali besu perlu diberi perlindungan khas.
7. Aluminium/aloi
Penggunaan aluminium dan aloi sebagai struktur dan penutup/pelindung binaan
bangunan semakin meningkat. Apabila dipanaskan pada suhu 100-250 darjah celcius, bahan
ini kehilangan kekuatannya dengan pantas. Mempunyai kadar pengembangan yang tinggi
(lebih kurang dua kali ganda pengembangan keluli) dan kadar pengaliran haba yang tinggi
(lebih tiga kali ganda berbanding keluli) dan takat lebur aluminium amat rendah. Penggunaan
aluminium mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah;
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 7 drpd 18
a) Mengurangkan keberatan struktur.
b) Tidak berkarat.
c) Mudah dikendali dan dikerjakan.
d) Mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding dengan kadar keberatan.
8. Plastik
Bahan ini terbahagi kepada dua kumpulan ;
a) Termoplastik, iaitu jenis yang boleh terbakar.
b) Termo setting plastik, iaitu yang tidak mudah terbakar/rintangan api.
9. Building board
Jenis building board yang biasa digunakan (membuat siling/dinding) ialah fibre board,
plaster board, asbestos board, plywood board dan plastic board. Daya rintangan api bagi
building board ini bergantung pada jenis bahan, tebalnya dan cara pemasangannya.
Elemen Struktur Dalam Bangunan
Elemen struktur dalam bangunan terbahagi kepada beberapa bahagian ;
1. Mana-mana bahagian yang menjadi sebahagian daripada kerangka struktur sesuatu
bangunan atau sesuatu rasuk/alang/tiang.
2. Sesuatu lantai, termasuklah lantai petak selain daripada lantai bangunan yang paling
rendah.
3. Sesuatu dinding luar.
4. Sesuatu dinding pengasing.
5. Sesuatu dinding pangsa.
6. Struktur yang mengepung sesuatu lubang terlindung.
7. Sesuatu dinding tanggung beban atau bahagian dinding yang menanggung beban.
8. Sesuatu galeri.
Fungsi elemen struktur di dalam bangunan adalah untuk menanggung beban-beban di
bahagian atas bangunan.
Bahagian-Bahagian Elemen Struktur
1. Tiang
Ialah binaan yang menegak dan memikul beban berat binaan bahagian atas. Ketahanan
tiang bergantung pada jenis bahan yang digunakan, ketinggiannya dan kekuatannya. Biasanya,
tiang diperbuat daripada reinforced concrete dan keluli
2. Alang
Binaan melintang yang menguatkan binaan tapak seperti tiang alang. Alang menyokong
satu tiang dengan tiang atau dinding. Fungsi utama alang adalah untuk menerima berat binaan
di bahagian atas dan membahagikan berat itu kepada bahagian-bahagian lain.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 8 drpd 18
3. Dinding
Dinding terbahagi kepada dua jenis iaitu ;
a) Dinding menanggung beban – dinding yang menanggung sesuatu berat bangunan.
b) Dinding tidak menanggung beban – dinding yang tidak menanggung berat bangunan
dan ia dibina untuk memberi perlindungan daripada cuaca atau untuk mengasingkan
bahagian bilik-bilik di dalam bangunan.
4. Lantai
Ialah bahagian paling bawah. Lantai dibina untuk menutup permukaan tanah dan
bahagian bawah. Selain itu, ia juga menguatkan/menyokong beberapa bahagian lain, seperti
tiang. Biasanya lantai diperbuat daripada konkrit tetulang dan kayu.
5. Bumbung
Bahagian paling atas yang memberi perlindungan daripada cuaca. Boleh membawa
kepada keruntuhan jika tiang atau bahagian lain yang menyokongnya patah atau terbakar.
Bumbung dibina dalam beberapa bentuk, iaitu ;
a) Bumbung rata (flat roof)
b) Bumbung curam (pitched roof)
c) Bumbung melengkung (curved roof)
Pemetakan
Pemetakan merupakan pengasingan mana-mana bahagian/dinding pemisah di dalam
sesuatu bangunan oleh dinding dan lantai petak, termasuk ruangan bumbung bagi bangunan
bertingkat atau teres. Pembinaan pemetakan terbahagi kepada dua kaedah iaitu secara
menegak dan mendatar.
Tujuan Pemetakan
1. Supaya dapat membendung, mengawal, mengurangkan, menyekat dan melambatkan
kemerebakan api, asap dan haba semasa kebakaran.
2. Sebagai benteng kepada anggota bomba ketika menetang kebakaran, terutamanya di
bangunan tinggi.
3. untuk dijadikan pelindung kepada penghuni bangunan tersebut apabila hendak
menyelamat diri semasa kebakaran berlaku.
4. Mengasingkan kawasan berisiko tinggi.
Jenis-jenis dinding pemetak
1. Dinding Pangsa
Dinding pangsa merupakan satu struktur bangunan yang dibina khas untuk tujuan
pemisahan dalam sesebuah bangunan, contohnya ruang pejabat yang dipisahkan oleh bilik-
bilik lain seperti stor dan sebagainya atau untuk mengurangkan saiz pemetakan. Pembinaan
dinding pangsa hendaklah daripada bahan yang mempunyai tahap ketahanan api (TKA) tidak
kurang daripada setengah jam
2. Lantai Petak
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 9 drpd 18
Lantai petak merupakan pemisah diantara dua tingkat. Kedudukannya mendatar dan
mempunyai ukuran tertentu serta dapat menghalang api dalam jangka masa tertentu. Sebab-
sebab dinding pangsa dan lantai diperlukan ialah ;
a) Apabila terdapat pelbagai jenis bahaya dan risiko dalam sesebuah bangunan tersebut.
b) Apabila isipadu, ketinggian dan keluasan sesebuah bangunan itu melebihi had yang
ditetapkan.
c) Mengambil kira kedudukan dan reka bentuk struktur di sesebuah bangunan.
3. Dinding Dua Pihak (Party wall)
Semua dinding dua pihak hendaklah pada amnya, tidak kurang daripada 200 mm
jumlah tebalnya, diperbuat daripada batu padat atau konkrit dan terbahagi kepada dua lapis
berasingan. Setiap satu tidak kurang daripada 100 mm tebalnya jika dibina pada masa-masa
berlainan.
a) Dengan syarat bahawa dalam rumah pangsa dan rumah teres adalah daripada konkrit
tetulang atau bingkai keluli yang lantai dan bumbungnya dibina mengikut kehendak
undang-undang kecil ini. Ketebalan dinding dua pihak tidak boleh kurang daripada 100
mm.
b) Dinding dua pihak di dalam rumah satu tingkat boleh dibina daripada batu padat atau
konkrit bawa beban 100 mm tebal dengan syarat kehendak-kehendak bahagian V, VI
dan VII undang-undang kecil ini dipatuhi.
c) Semua dinding dua pihak hendaklah dilanjutkan ke bahagian atas permukaan bumbung
sejauh tidak kurang daripada 230 mm pada sudut tepat dengan permukaan atas.
d) Bahan-bahan yang tidak terbakar lain boleh digunakan bagi dinding dua pihak dengan
syarat kehendak-kehendak bahagian V, VI dan VII Undang-undang kecil dipatuhi.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 10 drpd 18
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 11 drpd 18
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 12 drpd 18
4. Pintu
Termasuk sesuatu pengatup, penutup atau bentuk perlindungan lain bagi sesuatu ruang
buka di sesuatu dinding atau lantai sesuatu bangunan atau pada struktur yang mengelilingi
sesuatu lubang terlindung, sama ada pintu itu dibina dengan satu daun atau lebih.
5. Pintu Rintangan Api
Pintu rintangan api ialah pintu yang mempunyai darjah ketahan api miminum tidak
kurang daripada setengah jam mengikut pencapaian sesuatu standard apabila diuji.
a) Ribet pada bingkai pintu atau pada penahan pintu mengikut mana yang berkenaan,
tidak kurang daripada 18 mm tebalnya.
b) Pintu itu dipasangkan dengan engsel logam yang mempunyai takat lebur tidak kurang
800 darjah celcius.
c) Pintu itu boleh tertutup sendiri.
Tujuan diadakan pintu rintangan api :
i) Menahan kemerebakan api dan asap dari tempat bermulanya kebakaran ke
bahagian lain di dalam bangunan.
ii) Melindungi lubang terlindung daripada kemerebakan api dan asap secara
menegak.
Ujian pintu rintangan api:
i) Ujian Stabiliti ; Untuk menentukan pintu rintangan api masih kekal berdiri
semasa diuji.
ii) Ujian Integriti ; Untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kebocoran
atau keretakan yang boleh merebakkan kebakaran dan asap.
iii) Ujian Insulasi ; Untuk menentukan semua pintu rintangan api berupaya
menyekat/menghalang pengaliran haba yang tinggi.
6. Pintu Penahan Asap
Pintu penahan asap ialah pintu atau sepasang pintu yang apabila dipasang pada rangka
memenuhi kehendak iaitu ;
a) Ketahanan daripada runtuh selama tidak kurang daripada 30 minit.
b) Ketahanan daripada laluan api dan gas panas selama tidak kurang daripada 20 minit.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 13 drpd 18
Konsep Jalan Keluar Keselamatan
Konsep ini bermaksud kemudahan struktur dalam bangunan yang memudahkan
penghuni melarikan atau menyelamatkan diri daripada bahaya kebakaran dengan sendiri ke
tempat selamat tanpa sebarang bantuan.
Jalan keluar keselamatan terbahagi kepada tiga peringkat ;
1. Jalan keluar mendatar ; iaitu struktur yang terdapat pada bangunan yang melibatkan
bahagian seperti protected lobby dan protected corridor.
2. Jalan keluar menegak ; iaitu jalan elemen struktur bagi membolehkan penghuni melarikan
atau menyelamatkan diri keluar dari tingkat atas ke tingkat bawah terus ke tempat selamat.
Struktur tersebut contohnya ialah tangga keselamatan.
3. Jalan keluar terakhir ; iaitu tempat keluar bagi jalan terus keluar daripada sesuatu bangunan
yang mengadakan akses terus ke jalan laluan atau tangga terbuka yang terletak dan boleh
memindahkan orang dari kawasan berdekatan sesuatu bangunan supaya mereka
terselamat daripada kebakaran atau asap.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 14 drpd 18
BAHAYA KEBAKARAN
Kebakaran yang terjadi boleh dikaitkan terus kepada kelalaian manusia. Masyarakat
sekarang sudah mula cuai dan tidak bertanggungjawab terhadap mencegah kebakaran. Ini
menyebabkan kebakaran mudah berlaku dan mengikut statistik yang ada, kadar kebakaran
bangunan-bangunan telah bertambah dalam masa sepuluh tahun kebelakangan ini. Punca-
punca pelbagai kebakaran dapat disenaraikan seperti berikut :-
kanak-kanak bermain dengan mancis api
membakar sampah
merokok
sengaja atau mempunyai motif
dawai atau kabel elektrik pada alat / perkakas elektrik
alat / perkakas gas
alat / perkakas minyak
bahan api yang lain
gas-gas asetilena dan cecair
alat / perkakas bahan api pepejal
punca-punca lain yang tidak diketahui
Masyarakat pada hari ini perlu mengetahui dan mengamalkan langkah-langkah
keselamatan dan pencegahan kebakaran. Oleh itu bangunan-bangunan dan juga bengkel-
bengkel haruslah dikendalikan oleh pegawai-pegawai pencegah kebakaran atau pihak bomba.
Suatu program latihan dan amalan tentang cara-cara mencegah kebakaran patut juga diberikan
kepada pelajar- pelajar. Contoh langkah berjaga-jaga untuk mencegah kebakaran adalah
seperti berikut :-
Bahan yang mudah terbakar hendaklah di simpan di tempat yang selamat
Alat pemadam kebakaran dari jenis yang baik hendaklah di letakkan di tempat
yang mudah untuk mengendalikannya.
Pemadam api hendaklah di letakkan di dinding dengan ketinggian yang sesuai.
Pastikan kelengkapan pemadam api tidak terlindung daripada penglihatan.
Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai ketahanan haba, jika bekerja
di kawasan yang mudah terbakar.
Lakukan latihan mencegah kebakaran untuk mempersiapkan diri jika berlaku
kebakaran. Biasakan diri dengan bunyi loceng amaran kebakaran dan pastikan
tempat letak pintu kecemasan.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 15 drpd 18
PENGKELASAN DAN TEKNIK MEMADAM API
Terdapat tiga kategori api yang setiap satunya memerlukan teknik-teknik memadam
khas. Dalam apa jua jenis api. Jika sejenis alat pemadam api digunakan, muncungnya mestilah
ditujukan ke punca api dan bukan kepada bahagian atas api tersebut. Berikut adalah
penjelasan tentang teknik-teknik memadam api.
Kelas A
Kebakaran yang melibatkan bahan-bahan pepejal yang mengandungi unsur-unsur
karbon di dalamnya iaitu bahan-bahan boleh terbakar seperti kayu, kertas atau kain. Bagi
memadam api jenis ini gunakan pemadam jenis pam yang mengandungi air atau asid soda.
Pemadam karbon dioksida boleh juga digunakan.
Kelas B
Kebakaran yang melibatkan cecair haidrokarbon ataupun cecair yang mengandungi
hydrogen karbon iaitu cecair mudah terbakar seperti gasolin, minyak tanah, gris, thiner, disel,
minyak pelincir, minyak masak, hasil daripada proses penyulingan petroleum seperti varnish,
tupertine, plastik, getah ( cecair apabila panas ) dan sebagainya. Bagi memadam api jenis ini
gunakan busa biasa dan buih karbon dioksida.
Kelas C
Kebakaran yang melibatkan dengan alat perkakas elektrik. Bagi memadam api jenis ini
gunakan pemadam-pemadam yang bukan pengalir seperti karbon dioksida atau pemadam
serbuk kering. Jika boleh putuskan sambungan punca bekalan tenaga elektrik.
Kelas D
Kebakaran yang melibatkan bahan-bahan jenis logam-logam. Biasanya kebakaran yang
berlaku adalah sangat reaktif dan pantas serta biasanya melibatkan letupan. Contohnya bahan
logam seperti Potassium, Kalium, Sodium dan Magnesium.
a. Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan yang mudah terbakar
Diantara langkah pencegahan kebakaran adalah seperti berikut :
i. Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan ditempat lain yang selamat
ii. dan apabila telah digunakan kembalikan ketempat asalnya
iii. Alat-alat pemadam kebakaran janganlah tersorok, ia hendaklah diuji dari semasa
kesemasa dan disediakan mengikut jenis kebakaran yang mungkin terjadi
iv. Jangan menyalakan api semasa bekerja terutamanya dibilik pengecas bateri atau
v. stor menyimpan bahan-bahan mudah terbakar dan meletup, termasuk menyalakan
vi. putung rokok
vii. Bekas-bekas tong, tin atau botol bahan mudah terbakar hendaklah dibuang atau
viii. disimpan ditempat yang selamat
ix. Lantai yang berminyak atau tapak tumpahan bahan yang mudah terbakar hendaklah
dibersihkan dengan segera
DLC 2121 Jika terdapat kabel, perkakas atau pendawaian yang pecah, ia hendaklah dibaiki
dengan segera sebelum digunakan
Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai ketahanan haba/kebakaran jika
bekerja dikawasan yang mudah terbakar
Adakan latih tubi kebakaran supaya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri
apabila berlaku sesuatu kebakaran
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 16 drpd 18
b. Latih tubi kebakaran
Antara perkara penting dalam latih tubi kebakaran ialah mengenali bunyi tanda amaran
kebakaran, biasanya bunyi loceng berterusan. Kemudian mereka yang terlibat dikehendaki
berkumpul di satu kawasan lapang yang selamat, misalnya padang di mana arahan-arahan
selanjutnya akan diberi.
Untu sampai kesana mereka perlulah melalui pintu dan jalan yang dkhaskan untuk waktu-
waktu kecemasan. Oleh kerana itu pintu-pintu ini janganlah dikunci atau dihalang. Mereka
yang terlibat perlulah menghubungi orang-orang yang bertanggungjawab atas keselamatan
mereka dan meminta bantuan kecemasan dari pihak BOMBA, Ambulans dan sebagainya.
Sebaik-baiknya hubungi mereka secara terus atau menggunakan panggilan telefon.
Sewaktu menggunakan alat pemadam kebakaran, mereka mestilah mengetahui bagaimana
menggunakannya dan jenis yang hendak digunakan.
Berikan pertolongan cemas seberapa segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan
jangan tunggu kehadiran pasukan pertolongan cemas atau ambulans.
PENGELASAN KEBAKARAN ( KOD NFPA 10 : 1984)
KELAS JENIS KEBAKARAN
A Kayu, kain, kertas, getah dan plastik
B Cecair boleh terbakar, minyak, gris, cat dan gas.
C Alat elektrik yang terpasang bekalan elektriknya
D Logam
PENGELASAN KEBAKARAN ( Kod BS EN 2 : 1992 )
KELAS JENIS KEBAKARAN Versi 2.0 (2016)
A Pepejal yang berbentuk bara
B Cecair atau pepejal yang menjadi cecair
C Gas / wap
D Logam
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 17 drpd 18
Walaubagaimana pun untuk perlaksanaan kaedah pencegahan majikan dengan lebih
perihatin untuk membuat perancangan keselamaatan yang bercirikan seperti berikut bagi
tujuan perlaksanaan :-
1. HAZOP – Kajian bahaya dan kebolehkendalian
2. Senarai semak bahaya
3. Indeks kebakaran dan letupan DOW ( Dow Index )
4. Index pendedahan bahan kimia.
Selain itu perlaksanaan dalam rancangan keselamatan boleh juga di praktikkan seperti
pemilihan teknologi selamat, sistem keselamatan pencegahan, sistem keselamaatan
perlindungan, pelan tindakan kecemasan dan rawatan perubatan.
RANCANGAN KESELAMATAN
KAWALAN PENGURUSAN KAWALAN KEJURUTERAAN
Peralatan yang lebih baik
Program latihan dan latihan
sewaktu bekerja Susun atur yang lebih baik untuk mengurangkan
Arahan dan tatacara yang bahaya terhadap pekerja
bertulis Penempatan injap, suis dan instrument yang lebih
baik
Label pada alat Reka bentuk alat supaya lebih mesra penguna
Menyesuaikan kebolehan Kaedah pengendalian yang lebih baik
pekerja dengan pekerjaan- Kaedah kawalan komputer
nya Kaedah kempen praktikal pengunaan
Pengajaran dalam kelas Analisa atas talian
Perhitungan parameter di talian
Ganjaran dan hukuman
Kaedah promosi tataamalan
selamat
Pemeriksaan
Penyemakkan
Perundangan yang terlibat dalam peruntukan yang mengariskan panduan demi
menambahbaikan sistem perlaksanaan yang di jalankan maka pelbagai undang-undang,
akta, peraturan serta tataamalan yang di gunapakai dalam pelbagai sektor seperti :-
1. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 ( peruntukan bagi kaedah pentadbiran serta
penghapusan bahaya kebakaran )
2. Undang-undang Kecil Bagunan Seragam 1984 ( peruntukan terperinci bagi
pembinaan parit, jalan dan bagunan )
3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( OSHA 1994 ) ( penyediaan ,
sengaraan dan operasi loji dengan selamat )
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(3/3) Muka surat : 18 drpd 18
LAMPIRAN RAJAH
HAD KEBOLEH BAKARAN
Had Keboleh Bakaran Atas
Garisan Campuran Wap – Udara Tepu
Pencucuhan Kendiri
Kepekatan Wap Boleh Terbakar
Takat Kilat Suhu Pembakaran Kendiri
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)