Kod WIM IKBN/DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 1 drpd 18
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA DLC 02 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME 1
DLC 2121 PENCEGAH KEBAKARAN
SEMESTER
KOD DAN NAMA
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME
BAB 02: SISTEM ALAT PEMADAM KEBAKARAN
OBJEKTIF /OBJECTIVE DAPAT MENGENALI JENIS-JENIS DAN CARA KENDALIAN
SISTEM PENGGERA KEBAKARAN SUPAYA DAPAT
MENGENDALIKANNYA MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL DAN
SELAMAT
TAJUK/TITLE JENIS-JENIS PEMADAM API
TUJUAN/PURPOSE Memberi pendedahan tentang punca-punca kebakaran, jenis-
jenis dan cara kendalian sistem pemadam kebakaran yang
biasa digunakan serta bahaya-bahaya kebakaran kepada nyawa
dan harta benda
DLC2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 2 drpd 18
PENERANGAN
Sistem kebombaan yang dipasang pada sesuatu bangunan yang merangkumi empat
cara bertindak iaitu mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran.
Pengendalian adalah secara automatik dan manual.
(a) Sistem pemadaman yang menggunakan air.
i) Pili bomba.
ii) Sistem penyembur air automatik (sprinkler system).
iii) Sistem pancur basah (wet riser system).
iv) Sistem pancur kering (dry riser system).
v) Sistem salur bantu mula.
vi) Sistem pancur menurun.
vii) Sistem drenchers.
viii) Sistem buih.
ix) Sistem gelung hos (hose reel system)
x) Sistem pili bomba/tekanan (hydrant system)
(b) Sistem yang menggunakan gas.
i) Sistem halon.
ii) Sistem karbon dioksida.
iii) Innert gas.
(c) Sistem penggera kebakaran.
i) Peti penggera kebakaran.
ii) Alat pengesan (haba, asap, flame dan gas)
iii) Alat penggera kebakaran kuasa elektrik/manual (break glass/siren).
SISTEM PEMADAMAN MENGGUNAKAN AIR
Sistem Semburan Automatik
Sistem semburan automatik adalah sesuatu pemasangan bekalan air, pam, paip injap
dan tempat pancuran yang diatur sedemikian rupa supaya dapat mengesan sesuatu
kebakaran secara automatik dan melawannya dengan air, membunyikan penggera yang
dipasang mengikut edisi semasa kaedah-kaedah JBPM bagi pemasangan semburan
automatik atau piawai-piawai lain yang diluluskan.
1. Tujuan .
a) Sistem ini dapat bertindak dengan memadamkan kebakaran secara automatik
melalui peringkat berikut :
i) Mengesan kebakaran.
ii) Membunyikan siren.
iii) Mengawal kemerebakan api.
iv) Memadamkan kebakaran.
b) Membantu pihak bomba dalam melawan kebakaran.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 3 drpd 18
c) Dipasang di bangunan untuk mengawal kebakaran.
2. Syarat-syarat pemasangan
Pemasangan sistem ini hendaklah mematuhi kod-kod amali, tatatertib amalan dan
kehendak-kehendak yang berikut ;
a) Kehendak-kehendak JBPM
b) BS 5306 ; Part 2 – code of practise for sprinkler systems.
c) LPC (UK) – Loss prevention council.
d) NFPA – National Fire Protection Association.
e) FM – Factory mutual (USA).
f) AS – Australia standard.
3. Komponen-komponen sistem.
Sistem ini mengandungi beberapa bahagian iaitu ;-
(a) Pemasangan pam dan tangki (bahagian-bahagian).
i) Paip masuk dari bekalan air / JBA.
ii) Injap masuk ke tangki (breeching inlet).
iii) Tangki sistem.
iv) Pam :- Pam jockey, Pam utama/duty pump dan Pam pendua/stand-by
pump.
(b) Saluran paip dan injap kawalan utama (bahagian-bahagian).
i) Paip pembekal.
ii) Injap kawalan utama.
iii) Paip ujian pembuangan air.
iv) Gong amaran.
(c) Rangkaian paip dan kepala menyembur (bahagian-bahagian).
i) Paip pembekal/pembuangan.
ii) Paip pembahagi.
iii) Paip pencabang.
iv) Injap.
v) Suis pengalir.
vi) Kepala sprinkler.
Prinsip Sistem Bertindak
Apabila berlaku sesuatu kebakaran, kepala penyembur (sprinkler) akan mengesan
kebakaran (kenaikan suhu dengan mendadak) dan ini akan memecahkan bulb.
Serentak dengan itu, loceng akan berbunyi dan seterusnya air akan keluar dari kepala
semburan tersebut serta memadamkan kebakaran. Akibat pengeluaran air yang
berterusan kepada sprinkler bulb, maka berlakulah kejatuhan tekanan air. Pengeluaran
dan tekanan dalam sistem akan dapat dikesan oleh suis tekanan (pressure switch) yang
akan terus memberi isyarat kepada pengawal pergerakan pam untuk menghidupkan
pam utama. Bagi memenuhi keperluan tekanan dan pengeluaran, stand-by pump akan
terus bertindak berterusan secara automatik. Butterfly valve hendaklah ditutup untuk
memberhentikan pengeluaran air. Di tingkat tertentu, pam diberhentikan tugasnya
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 4 drpd 18
secara manual. Pada masa sekarang, sistem ini hendaklah dihubungkan ke balai
bomba yang berhampiran.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 5 drpd 18
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 6 drpd 18
Sistem Pancur Kering
Sistem pancur kering ialah sesalur air tegak yang selalunya kering daripada diameter
100 mm/150 mm dan dipasang dengan pili air oleh pam-pam pihak bomba melalui alir
masuk perkhidmatan bomba dan hendaklah mematuhi Piawaian British 3980 dan Tata
Amalan Piawaian British 402.101.
1. Tujuan
Tujuan utama sistem ini ialah untuk ;
a) Menyalurkan air ke tingkat yang terbakar di bangunan tinggi.
b) Memudahkan anggota bomba melawan kebakaran di bangunan tinggi.
2. Syarat-syarat pemasangan.
Pemasangan sistem ini hendaklah mematuhi kod-kod amali tatatertib amalan dan
kehendak-kehendak berikut ;
a) Kehendak-kehendak JBPM.
b) BS 5306 ; Part 1, 1968 – Code of practice for hydrant system, hose reel and foam
inlets.
c) UBBL 1984 – Undang-undang kecil 230.
3. Komponen sistem.
a) alir masuk (breeching inlet)
b) Paip menegak.
c) Injap pelantar (landing valve)
d) Injap pelepas udara (air release valve).
Pemasangan ini hendaklah disediakan pada bangunan yang lebih daripada 18.3 M dan
tidak lebih daripada 30.5 M tinggi dari aras bumi.
Prinsip Sistem Bertindak
Sistem ini mendapat bekalan air dari pam kereta bomba dan dialirkan ke aliran masuk
dan seterusnya air naik melalui paip menegak dan mengeluarkan air melalui injap pelantar.
Bagi mengeluarkan air, injap pelepas pada alir masuk hendaklah dibuka sehingga air di
dalam paip menegak kering. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa
menggunakan sistem ini antaranya ialah :-
a. Tentukan bekalan air cukup untuk mengepam air ke sistem ini.
b. Baca arah tunjuk kotak pili air masuk (fire pumping/breeching inlet) supaya tidak
tersilap dengan pili alir masuk untuk sistem yang lain pada satu-satu bangunan.
c. Semasa naik ke bangunan perlulah membawa segelung hos dan nozel kerana
kemungkinan hos dan nozel yang disediakan tiada.
d. Semasa membuka injap pili alir keluar, pastikan ia dibuka perlahan-lahan untuk
mengelak kejutan.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 7 drpd 18
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 8 drpd 18
Sistem Pancur Basah
Sistem ini adalah suatu sesalur air tegak yang sentiasa penuh dan dipasang bagi
menentang kebakaran, daripada saiz yang berpatutan dan dipasang dengan sambungan-
sambungan yang sesuai untuk kegunaan pihak berkuasa bomba dan hendaklah mematuhi
kehendak-kehendak Tata Amalan Piawaian British 402.101.
1. Tujuan
Tujuan pemasangan sistem ini adalah untuk menyediakan saluran air yang sentiasa
bertekanan dan akan digunakan semasa kebakaran di bangunan tinggi.
2. Syarat-syarat pemasangan.
Pemasangan sistem ini hendaklah diadakan pada bangunan yang lebih 30 M
ketinggiannya dari aras bumi. Pemasangan sistem ini hendaklah mematuhi kod-kod
amali, tatatertib amalan dan kehendak-kehendak yang berikut ;
a) Kehendak-kehendak JBPM.
b) BS 5306 ; Part 1 : 1986 – code of practice for hydrant system, hose reel dan
foam inlets.
c) UBBL 1984 – Undang-undang Kecil 231.
3. Komponen-komponen sistem.
Komponen-komponen sistem ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu ;
a) Tangki dan pam
i) Alir masuk bomba (4 way breeching inlet).
ii) Pam-pam jockey, duty dan stand-by.
iii) Tolok tekanan dan suis tekanan (flow/pressure switch).
iv) Peti penggerak pam.
b) Paip pembekal dan injap pelantar.
i) Paip menegak
ii) Injap pelantar (landing valve).
iii) Injap pelepas udara (air release valve).
c) Paip kembali.
Prinsip Sistem Bertindak
Apabila injap pelantar dibuka, air akan mengalir keluar dan pam akan beroperasi
secara automatik untuk memberi tekanan dan keluaran air kepada injap pelantar tersebut.
Sistem ini mengandungi sebuah atau beberapa buah tangki yang mendapat bekalan air
dari JBA. Muatan tangkinya di antara 11375 hingga 45500 liter. Pengeluaran air pada
setiap pili nsistem ini ialah di antara 1100 liter hingga 1300 liter seminit, bergantung kepada
jenis risiko pada bangunan tersebut. Cara menggunakan sistem ini ialah sambung hos pili
alir keluar dan buka injap pili perlahan-lahan untuk mengelakkan kejutan tekanan yang
tinggi. Kemudian halakan nozel ke tempat kebakaran.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 9 drpd 18
Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa menggunakan sistem ini ;
a) Sambungkan hos dan nozel terlebih dahulu sebelum membuka injap pili alir keluar.
b) Tentukan ada seoarang anggota mengawasi injap ini untuk mengawal penggunaannya.
c) Jika menggunakan air masuk bomba, sila pastikan bekalan air luar mencukupi dan
sambungan kotak alir masuk adalah betul kerana terdapat banyak sistem pemadaman
pada sesuatu bangunan.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 10 drpd 18
Sistem Gelung Hose
Sesuatu pemasangan paip, tangki air, pam, gelung hos di sesebuah bangunan bagi
mengadakan suatu cara yang membolehkan pancutan air ditujukan ke mana-mana bahagian
bangunan bagi maksud menentang kebakaran. Ia hendaklah mematuhi Tata Amalan
Piawaian British 402.101.
1. Tujuan
Tujuan pemasangan ini ialah :
a) Untuk digunakan oleh penghuni bangunan bagi memadam kebakaran kecil sebelum
anggota bomba tiba.
b) Untuk menyalurkan air terus-menerus ke tempat kebakaran apabila digunakan.
c) Untuk mengurangkan penggunaan dan penempatan alat pemadam api jika sistem ini
dipasang pada sesebuah bangunan.
2. Syarat-syarat pemasangan.
Pemasangan sistem ini hendaklah mematuhi kod-kod amali dan tatacara amalan serta
kehendak-kehendak yang berikut ;
a) Kehendak-kehendak JBPM.
b) BS 5306 ; Part 1 : 1986 – code of practice for hydrant system, hose reel dan foam
inlets.
c) UBBL 1984 – Undang-undang Kecil 231.
3. Komponen-komponen sistem.
a) Gelung hos
b) Nozel Kawalan
c) Pepasangan paip
d) Pam-pam
e) Panel penggerak pam.
f) Tangki air.
Prinsip Sistem Bertindak
Jenis-jenis bangunan yang perlu dipasang dengan sistem ini hendaklah dirujuk kepada
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 pada Jadual Kesepuluh. Penempatan
ialah pada ruang akses menentang kebakaran, lobi tangga, pintu dan juga koridor.
Sistem ini merupakan pemasangan peralatan yang tidak boleh bertindak memadam
kebakaran secara automatik. Ia dipasang pada tempat yang strategik di dalam atau di luar
bangunan dan akan digunakan oleh pekerja atau anggota bomba untuk memadam
kebakaran. Sistem ini mempunyai tangki air yang boleh memuatkan 2275 liter hingga
maksimum 9199 liter. Satu set pam yang mengandungi satu pam duty dan satu pam
standby digunakan untuk memberi tekanan dan pengeluaran air pada sistem ini.
Cara sistem ini bertindak adalah dengan membuka injap gelung yang terdapat pada
hujung sambungan hos dan paip, kemudian tarik hos ke tempat kebakaran. Apabila nozel
kawalan dibuka, pancutan air akan keluar dan api dapat dipadam.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 11 drpd 18
Sistem Pili Bomba
Sistem ini merupakan suatu pemasangan paip, tangki air, pam dan alir masuk pili pada
bangunan bagi mengadakan suatu cara di mana dengannya suatu pancutan air boleh
ditujukan ke mana-mana bahagian bangunan bagi menentang kebakaran dan hendaklah
mematuhi Tatatertib Amalan Piawaian British 402.101.
1. Tujuan
Tujuan pemasangan sistem pili bomba ialah ;
a) Mengadakan satu kaedah pemasangan yang dapat digunakan untuk memadam
kebakaran di sesebuah bangunan.
b) Sebagai bekalan air untuk memadam kebakaran.
c) Digunakan oleh penghuni (yang terlatih sahaja) untuk memadam kebakaran.
d) Akan digunakan oleh pihak bomba untuk memadam kebakaran.
2. Syarat-syarat pemasangan.
Pemasangan sistem ini hendaklah mematuhi kod-kod amali dan tatacara amalan
serta kehendak-kehendak yang berikut ;
a) Kehendak-kehendak JBPM.
b) BS 5306 ; Part 1 : 1986 – code of practice for hydrant system, hose reel dan
foam inlets.
c) UBBL 1984 – Undang-undang Kecil 231.
3. Komponen-komponen sistem.
a) Pili bomba
b) Hos kabinet
c) Pepasangan paip
d) Pam-pam.
e) Panel penggerak pam.
f) Tangki air.
g) Air masuk pili
Prinsip Sistem Bertindak
Sistem ini hanya dipasang di kilang-kilang yang mempunyai risiko kebakaran yang
tinggi. Rujukan boleh dibuat dalam UBBL 1984 – jadual kesepuluh. Sistem ini ialah satu
sistem pemasangan tetap yang dirancang untuk mengeluarkan air yang bertekanan pada
had yang ditetapkan. Sistem ini ditempatkan di kilang-kilng besar atau kompleks kilang.
Sistem ini mengandungi sebuah tangki air yang mendapat bekalan daripada paip JBA dan
air dipamkan oleh satu set pam keseluruhan paip pili bomba seluruh kilang.
Muatan air yang diperlukan adalah antara 45500 liter hingga 245700 liter atau lebih,
bergantung pada risiko kebakaran tempat tersebut. Pili bomba ditempatkan pada lokasi
yang sesuai dan ditempatkan juga kabinet hos lengkap dengan hos dan nozel. Air boleh
dipam terus ke sistem melalui alir masuk oleh jentera bomba.
Terdapat tiga set pam, iaitu duty pump yang digerakkan oleh elektrik, stand-by pump
yang digerakkan oleh kuasa enjin diesel dan jockey pump. Pengeluaran air pada satu-satu
pili bomba adalah antara 1100 hingga 1300 liter seminit.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 12 drpd 18
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 13 drpd 18
SISTEM PEMADAMAN YANG MENGGUNAKAN GAS
Sistem Pemadaman Karbon Dioksida (CO2)
Karbon dioksida adalah agen pemadaman yang digunakan di pelbagai tempat
merbahaya (hazard) seperti genarator, turbin gas, bilik suis utama, proses percetakan,
kilang pembuat aluminium, tangki-tangki minyak, kapal kargo, kapal tangki dan sebagainya.
Tindakan karbon dioksida yang menyelubungi dan memecahkan gas oksigen di kawasan
terlibat kepada satu darjah yang minimum serta tindakan penyejuk pada kes-kes tertentu
akan dapat memadam api secara serta merta.
Tindakan pemadaman ini memudaratkan nyawa manusia walaupun konsentrasi
rekaan alat ini dapat memadam api tetapi tidak dapat menyelamat nyawa manusia kerana
ini melemaskan orang di kawasan penyemburan secara membanjiri (total flooding
discharge area).
Karbon dioksida tidak merosakkan peralatan, bukan konduktor, tidak berbau dan
tidak meninggalkan apa-apa kesan lain. Ketumpatan wapnya satu setengah kali tinggi
daripada udara. Sistem karbon dioksida juga boleh digunakan pada kawasan aplikasi
setempatnya (local aplication), contoh pada peralatan dapur (kichen hood) atau secara
membanjiri (total flooding) di sesuatu kawasan tertutup seperti bilik penyimpanan cecair
yang mudah terbakar.
Sistem karbon dioksida boleh disimpan dengan dua cara iaitu dengan Tekanan
Tinggi atau Tekanan Rendah. Jenis penyimpanannya bergantung kepada jumlah kuantiti
yang hendak disimpan. Dalam kedua-dua kes penyimpanan tadi, karbon dioksida disimpan
dalam bentuk cecair dalam sesuatu tabung.
Sistem penyimpanan secara tekanan tinggi digunakan apabila jumlah karbon dioksida
secara bandingannya adalah kecil, khasnya apabila digunakan pada sistem aplikasi
tempatan. Karbon dioksida disimpan dalam tabung yang bertekanan tinggi iaitu pada 850
psi.
Apabila kandungan karbon dioksida melebihi 4000 lb. (2000 lb, untuk pengeluaran
utama dan 2000 lb,untuk simpanan), sistem penyimpanan bertekanan rendah menjadi lebih
ekonomi. Karbon dioksida dalam sistem ini dibekukan pada suhu 0 oF pada 300 psi dalam
tangki penebat. Konsentrasi rekaan karbon dioksida adalah sekurang-kurangnya 34%,
tetapi boleh menjadi lebih tinggi bergantung kepada bahan-bahan boleh terbakar yang
terlibat. Sesetengah rekaan konsentrasi mencapai 75% bagi kawasan-kawasan yang
berpotensi berlaku kebakaran secara mendalam atau kawasan-kawasan yang tidak
memasuki air (deep seated fire).
Pengiraan dilakukan untuk mendapat jumlah kandungan karbon dioksida yang
diperlukan dan saiz paip pengeluaran. Pengiraan adalah berdasarkan pada rekaan-rekaan
konsentrasi dan kadar pengeluaran yang dikehendaki pada setiap hujung nozel sistem
karbon dioksida.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 14 drpd 18
Fungsi Sistem
1. Tanda-Tanda Amaran.
Tanda-tanda amaran juga telah disediakan di luar dan di dalam kawasan terlibat
supaya penghuni kelaur dan tidak masuk ke dalam. Tanda amaran hendaklah dituliskan
dalam bahasa-bahasa yang mudah difahami.
Lampu isyarat berkelip juga telah dipasangkan di luar bangunan dengan warna hijau
dan merah. Apabila alat pengesanan berfungsi, lampu hijau akan padam dan lampu merah
akan menyala, ini menunjukkan gas karbon dioksida telah keluar daripada tabung. Penutup
pintu dan sistem pengendalian udara untuk mematikan relay yang disediakan supaya
kawasan tersebut dikepung dan diselubungi gas karbon dioksida.
2. Panel Penggera Karbon Dioksida
Panel penggera karbon dioksida merupakan satu alat yang penting dalam sistem ini
iaitu untuk menerima maklumat daripada alat-alat pengesanan dan menggerakkan alat
penggerak injap di tabung supaya mengeluarkan gas karbon dioksida melaui paip dan
nozel.
3. Kunci Suis Manual
Kunci ini akan digunakan secara manual apabila sistem automatik tidak berfungsi
atau loceng pertama berfungsi daripada alat pengesan. Dalam sesetengah pemasangan,
sistem karbon dioksida yang menggunakan hosline juga telah dipasang di kawasan
penempatan kecil dan kawasan api kecil (locallized fire).
Pergerakan Sistem
Apabila salah satu daripada alat pengesan asap atau haba mengesan adanya
kebakaran, ia akan menyampaikan maklumat kepada panel penggera karbon dioksida dan
loceng kecemasan akan berbunyi secara terputus-putus. Pada masa yang sama juga
lampu isyarat berkelip amaran akan bertukar daripada lampu hijau kepada merah. Apabila
satu lagi alat pengesan kebakaran asap atau haba mengesan kebakaran, loceng akan
berbunyi berterusan. Dalam masa 20 hingga 30 saat, panel penggera karbon dioksida akan
menghantar mesej 24V ke injap kawalan tabung atau alat pengerak injap untuk
membolehkan gas keluar melalui tabung, paip serta nozel dan terus membanjiri kawasan
tersebut.
Pada masa yang sama juga penutup pintu akan turun dan relay penyedut udara
akan berhenti, serta akan menyampaikan maklumat bahawa sistem karbon dioksida telah
bertindak kepada panel kawalan utama.
Piawaian atau Standard Pemasangan
Mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, bahagian VIII dan Jadual
Kesepuluh. Sistem pemasangan hendaklah mengikut Natioanal Fire Codes of USA 12.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 15 drpd 18
Sistem Komponen.
1. Tabung.
Penyimpanan tabung-tabung besi bagi sistem bertekanan tinggi hendaklah mematuhi
piawai rekaan Jabatan Pengangkutan (USA). Ini adalah mustahak kerana ia bertekanan
tinggi.
Penyimpanan selinder bertekanan rendah terdiri daripada pelbagai saiz iaitu dari satu
tong kepada beberapa ratus tong. Selinder itu mesti disejukbekukan pada suhu 0oF. Suatu
injap pembebas (relief valve) mesti ditempatkan untuk nmembebas tekanan sekiranya
sistem refrigerator tidak berfungsi. Tanda paras cecair dan tolok tekanan hendaklah
disediakan.
2. Paip
Pada kebiasaannya paip hendaklah dari jenis paip besi (steel pipe), tetapi boleh juga
dari jenis paip tembaga (cooper and brass) dan black carbon steel pipe. Sistem pemaipan
dan penyambungan hendaklah bercirikan kadar suhu rendah yang baik.
3. Nozel
Nozel beraplikasi istimewa dengan corak pengeluaran yang pelbagai digunakan
dalam sistem karbon dioksida ini. Ia juga ditanda dengan nombor kod untuk mengesan
diameter dalam [(1/32” increments of a single orifice standard nozzle that has the some
flow rate CO2 no 4 nozzle has the same flow rate as a 4/32” diameter standard orifice) a ‘t’
sign indicates a 1/64” large size ].
4. Pengesanan.
Sistem pengesanan adalah untuk mengaktifkan sistem karbon dioksida. Jenis-jenis
alat pengesanan ialah pengesanan gas mudah terbakar untuk mengeluarkan karbon
dioksida sebelum sesuatu letupan, alat pengesan api dan dalam sesetengah kes alat
pengesan asap digunakan. Pembebasan secara manual (manual key switch) juga
dibekalkan.
5. Loceng.
Suatu sistem alarm (loceng) diadakan untuk memberi amaran awal supaya
penghuni keluar ke kawasan pembebasan karbon dioksida tersebut.
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 16 drpd 18
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 17 drpd 18
Cara Penggunaan Alat Pemadam Api Jenis Mudah alih
JENIS KEBAKARAN JENIS ALAT PEMADAM API CARA PENGGUNAAN
Kayu, tilam, kain, kertas, alat- KELAS A Jenis kartrij air
alat perabot dan
seumpamanya 1. Cabut pin penutup
2. Halakan muncung
kepangkal api
3. Hampiri tempat kebakaran
4. Tekan tuil
Cecair, petrol, minyak, cat, KELAS B Jenis buih (Busa)
varnish dan seumpamanya KELAS C
KELAS D 1. Goncangkan tabung
Elektrik, jentera, papan suis, 2. Tarik tuil dan pusingkan ke
pengubah, jentera pendingin Cawangan Kurikulum & Pentauliahan
udara dan seumpamanya kanan
3. Terbalikkan tabung
Bahan kimia seperti natrium, 4. Halakan muncung ke
kalium dan kalsium
pangkal api
DLC 2121 5. hampiri tempat kebakaran
Jenis karbon dioksida
A.
1. Cabut pin keselamatan
2. halakan corong ke
pangkal api
3. Tekan tuil
4. Hampiri tempat kebakaran
B.
1. Putar penutup kekiri
2. Halakan corong ke
pangkal api
3. Hampiri tempat kebakaran
Jenis serbuk kering
A.
1. Cabut pin penutup
2. Hampiri tempat kebakaran
3. Halakan muncung ke
pangkal api
4. Tekan tuil
B.
1. Tarik getah penutup
2. Hentakkan penebuk
3. Hampiri tempat
kebakaran
4. Halakan muncung
kepangkal api
5. Tekan tuil
Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/ DLC 2121/KP(2/3) Muka surat : 18 drpd 18
DLC 2121 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)