BULETIN Edisi 2/2022
INSAF
JULAI - DISEMBER 2022
EDISI Seni Sebagai Terapi
02 " MENENUN IMPIAN MENYINAR KEBAHAGIAAN "
2022 JABATAN PENJARA MALAYSIA
WWW.PRISON.GOV.MY
RASIONAL
SENI TERAPI MELALUI TENUNAN
T enunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-
benang secara selang-seli antara benang loseng (yang menunggu) dengan
benang pakan (yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain.
Motif tenunan adalah elemen dekoratif dalam objek seni, dalam perkara ini
termasuklah songket. Motif direka bentuk daripada corak geometri dan
mempunyai susunan dan teknik tertentu. Tenunan songket merupakan salah satu
kesenian kraftangan Melayu yang menghasilkan seni yang unik dan bermutu
tinggi dalam usaha serta ketekunan yang jitu.
Analoginya, melalui tenunan, ia
menuntut kesabaran, ketekunan,
keikhlasan dan komitmen yang begitu
tinggi. Begitulah jua dengan proses
pemulihan yang perlu dilalui oleh
penghuni penjara. Tanpa peribadi
sebegini, maka sukarlah untuk mereka
kekal pulih serta kembali kepada
komuniti.
KksiteoarnmbtjSakgaeeaenkgtnyngeaiytaatanuonmmgmkhaoteeaernnsmlamuigndnpspeiteseddgeirraoanajtunnnaruaahanbcnlaakaagdnnitntkaikatkmanaiknymne.taishehdniasnagasis,kniil.l
KPKEAERNBMDAAWARIASIHAUHRDIUBAILNGI TOYIANANGLGMITSAMUKRANAHHKNUAUDMAMHRAAULJLAAMILHAU-SAHTEZAARIWJZI
I S PADUKA BAGIN DA RAJA
MUNAH
A H AM INAH MAI SULTAN
A K KIL ALAL LAH
Buletin Insaf
Edisi 2/2022
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI
PENAUNG
YBHG DATO' HAJI NORDIN BIN HAJI
MUHAMAD
Komisioner Jeneral Penjara
PENASIHAT RIDAKSI
YBHG DATO' HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDUL
RAZAK
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara
(Keselamatan & Koreksional)
KETUA PENGARANG
KP HAJI AJIDIN BIN HAJI SALLEH
KETUA EDITOR
EDITOR
SIDANG PENGARANG
PENERBITAN
YBHG KJP DATO' HAJI NORDIN BIN MUHAMAD
KOMISONER JENERAL PENJARA MALAYSIA
Salam Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.
Segala puji bagi Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan inayahnya diatas penerbitan
Buletin Insaf Edisi Kedua yang berjaya diterbitkan untuk sepanjang tahun 2022.
Sekalung penghargaan khas diucapkan buat sidang redaksi yang bertungkus-lumus
dalam merealisasikan wadah ini sebagai satu cabang informasi terhadap komuniti luar
setempat.
Dengan adanya Edisi kedua yang bertemakan “Menenun Impian Menyinar
Kebahagiaan” merupakan suatu identiti terhadap kesenian dalam memacu budaya
peradaban ketamadunan kemanusiaan sebagai panduan yang perlu diadipitasikan
dalam pemulihan penghuni penjara. Penghasilan produk di Jabatan Penjara Malaysia
khususnya produk seperti tenun, songket dan batik oleh penghuni penjara yang
diadaptasi dalam melahirkan insan yang penuh dengan sifat sabar, teliti dan penuh
kelembutan. Dengan usaha ini dapat merealisasikan impian untuk melihat seni sebagai
terapi jiwa serta mengangkat martabat seni tenun sebagai salah satu produk penjara
yang bertaraf dunia. Pelbagai latihan dan bengkel telah disediakan bagi membentuk
tenaga mahir di kalangan kakitangan dan penghuni penjara. Salah satunya adalah
Bengkel Tenun Pahang Diraja (TPD). Berkat kerjasama kini dua Institusi Penjara Di
Malaysia iaitu Penjara Bentong dan Penjara Penor telah diiktiraf sebagai Pusat Tenun
Negeri Pahang dan merupakan indikasi dalam memartabatkan Jabatan Penjara
Malaysia sebagai pengeluar tenaga mahir dalam bidang tenunan.
Untuk merealisasikan matlamat Jabatan Penjara Malaysia dalam membentuk para
penghuni penjara seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, mengamalkan nilai-nilai
murni, membentuk jati diri yang positif dan menjadi insan yang produktif. Tahniah dan
terima kasih di atas komitmen yang diberikan. Semoga Jabatan Penjara Malaysia terus
diangkat dalam menjayakan visi jabatan Ke Arah Perkhidmatan Korektif Bertaraf Dunia.
Sekian, terima kasih. mydaePanrslieuagaanp"mitetpguauPsehkptcesnuaeeaneunntnbgnihikgathipaehndtaenkeagesnnynsniljSaiiuaagkl"aennratannanrtianemfndanTyeibiulesaarrniruniioakpgnopaalie”klhan
KP HAJI AJIDIN BIN HAJI SALLEH
PENGARAH PENGURUSAN BANDUAN
Salam Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.
Bismillahirrahmanirrahim
Tiada kata yang dapat dilafazkan selain pujian kepada Allah swt di atas
kejayaan penerbitan Buletin Insaf siri 2/2022. Hasil usaha gigih dan komitmen
tinggi sidang redaksi wajar diberi penghargaan. Penerbitan buletin kali ini adalah
merupakan siri ke-2 bagi tahun 2022.
Dengan adanya edisi ke-2 ini telah merungkai kejayaan yang dicipta di sebalik
terongko gelap. Ini membuktikan kesungguhan Jabatan Penjara Malaysia dalam
memartabatkan perkhidmatan korektif sebagai visi jabatan. Dalam konteks
Malaysia, agenda pemulihan pesalah jenayah merupakan agenda utama kerajaan
dalam mengurangkan kadar jenayah berulang. Menyedari hakikat ini, Kerajaan
melalui Plan Hala Tuju Transformasi telah memberi penekanan dalam
menambahbaik program pemulihan di Jabatan Penjara.
01/02
PKK MAT BIN YAACOB
PENGARAH PENJARA NEGERI KELANTAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita kehadrat ilahi di atas kesempatan ini, saya merakamkan jutaan
terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Ibu Penjara Penjara Malaysia
(IPPM) di atas kepercayaan yang diberikan penerbitan Buletin Insaf Edisi 2 /
2022 khususnya sidang redaksi pada kali ini.
Tujuan penerbitan Buletin Insaf pada edisi kali ini adalah bertemakan “Seni
Sebagai Terapi” yang wujud di dalam program pembangunan Insan khususnya di
bengkel-bengkel perusahaan. Dengan bertemakan konsep seni sebagai terapi,
sekali gus mendedahkan kepada komuniti luar mengenai emosi, daya kreativiti,
ketelitian, ketekunan dan membentuk sifat-sifat mahmudah dalam jati diri
penghuni penjara agar beradaptasi dalam kehidupan selepas dibebaskan kelak.
Penghasilan lukisan mural, ukiran, tenunan, batik, songket serta kemahiran
yang diperolehi dalam seni sebagai terapi oleh penghuni penjara bukan sahaja
memartabtkan nama Jabatan Penjara Malaysia malah ia memberi impak positif
dari segi latihan dan kemahiran penghuni penjara pada masa hadapan. Semoga
usaha murni kita semua mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.
WWW.PRISON.GOV.MY
Jabatan Penjara Malaysia I Sn s p i r a s i e n i
D Sa n e n i m a n
Hasil Lukisan Mural Dan karya Penghuni Penjara
ALLAHYARHAM ALLAHYARHAM ALLAHYARHAM
ABU BAKAR BIN DATUK IBRAHIM BIN HJ.
PROFESOR SULAIMAN BIN
ABD GHANI MOHD JUAH MOHAMED
PENCETUS PERTAMA
SENIMAN
PENCETUS PROGRAM
PEMULIHAN DI
YANG MEMBAWA HASIL PERTAMA DI JABATAN PENJARA
FABRIK TENUNAN JABATAN MALAYSIA
JABATAN PENJARA DI PENJARA (SISTEM IBRAHIM'S)
MALAYSIA
PERSADA DUNIA
Hasil Seni Lukisan Program Pembangunan Insan
Penghuni Penjara yang di laksanakan Di seluruh
Institusi
PENGENALAN SENI SEBAGAI TERAPI
Terapi seni merupakan proses kreatif yang menterjemahkan pemikiran dan
perasaan seseorang dengan menggunakan seni sebagai medium untuk berkomunikasi
dan juga merupakan alat fleksibel yang dapat membantu individu dari aspek bantuan
emosi, merawat trauma, menyelesaikan masalah serta meningkatkan kesejahteraan hidup.
Terapi seni banyak diperkenalkan untuk membantu individu yang terdiri daripada kanak-
kanak dan orang dewasa di organisasi seperti penjara,hospital, sekolah dan sebagainya.
Penggunaan terapi seni didalam penjara juga telah mendapat sokongan daripada
sebilangan pengkaji dan pakar terapi seperti Anderson seperti Gardner (2014) yang
dinyatakan dalam penyelidikan Prison arts resource project: An annotated. Maka, program
berasaskan seni yang pertama di penjara berjudul Arts in Prison yang berpusat di
California telah ditubuhkan dan merupakan kolaborasi seniman profesional untuk mengajar
banduan dalam bengkel seni.
SEJARAH SENI
DI PENJARA
Penjara adalah sebuah institusi yang menempatkan banduan-banduan
yang menjalani hukuman atas kesalahan jenayah yang telah mereka
lakukan. Selain daripada itu, Penjara juga adalah sebuah tempat yang
memberi peluang banduan mendapat latihan. Pelbagai bentuk program atau
bengkel kemahiran dijalankan untuk memberi peluang kedua kepada
banduan sebelum mereka dibebaskan semula untuk menjalani kelangsungan
hidup. Perkembangan penggunaan seni sebagai pemulihan untuk individu
yang dipenjarakan mencerminkan evolusi pemenjaraan sebagai amalan
pemulihan dan bukannya hukuman. Karya seni yang dicipta semasa
pemenjaraan mencerminkan perasaan, emosi dan luahan seseorang individu
dalam penterjemahan sebuah coretan atas lukisan serta pemahaman mereka
tentang peranan kreativiti dalam kestabilan emosi.
PERKEMBANGAN
SENI TERAPI
Penghasilan sesebuah karya tercipta melalui pendekatan seni sebagai
suatu konteks terapi melalui pengkarya itu sendiri serta penghasilan yang
berbentuk terapi penggunaan elemen-elemen yang diaplikasikan berbentuk
karya seperti emosi, khayalan dan bahan-bahan yang diperolehi secara idea
dan melihat kepekaan pengkarya terhadap penghasilan seni dalam konteks
terapi. Sejarah terapi seni bermula pada 1940 an apabila pakar psikitrik dan
piskonalisis di Hospital great Britain telah menggunakan medium lukisan,
catan, dan sebagai bidang seni visual yang amat berharga kepada proses seni
terapi. Program seni terapi Jabatan Penjara Malaysia memainkan peranan
untuk membentuk manusia ke arah keperibadian lebih baik supaya penghuni
penjara dapat mengembalikan nilai-nilai norma serta meningkatkan jati diri
hidup.
Gambar diambil daripada fotografi di Penjara Pudu yang dilukis oleh banduan
TERAPI SENI
PENDEKATAN TERBAIK
MENGURUS EMOSI DAN
TEKANAN BANDUAN
Terapi seni merupakan proses kreatif
yang menterjemahkan pemikiran dan
perasaan seseorang dengan
menggunakan seni sebagai medium untuk
berkomunikasi sejurus membantu
individu dari aspek bantuan emosi,
merawat trauma, menyelesaikan
masalah dan meningkatkan
kesejahteraan hidup.
Hampir setiap institusi penjara di seluruh
pelusuk dunia mengaplikasikan terapi seni Lukisan di Sekolah Seni Halus dan Muzik, program pemulihan dan terapi
seni di Penjara Pusat Karachi, Pakistan
sebagai salah satu aktiviti pemulihan
L ukisan yang berlatar belakangkan
kepada penghuni penjara selain menjalani
suasana gelap, jeriji besi, tali gantung dan
tempoh penahanan sehingga mereka profil wajah seorang lelaki yang dikelilingi
oleh buku dan kunci mangga yang terlolos
dibebaskan. Bagi penghuni di Penjara merupakan sebuah karya lukisan estetik
yang diterjemahkan oleh Rahim Bugti,
Pusat Karachi, Pakistan, aktiviti terapi seni salah seorang penghuni di Penjara Pusat di
metropolis pelabuhan Karachi, Pakistan.
merupakan kegiatan utama dalam Sumber dari Arab News Pakistan.
program pemulihan di Penjara tersebut.
Rmadpheaseimmmnifnmi"kepmiA,B‘iilm’ukrupJeauinkaiprsnnkgayibuasjataaniinyalidaassynkisaaa.eayyisrtyaakSapejaaeysleaytmaiikkadhtdaeoa.ae’rrdh’knatmuaignrmtdtaeaguaanmenpnn.l,gsubSpakueeysikkjsaknaaea,atdyusraitdhapaecineylokagnatarihsa,djnaaakdarkkikaai,t.n
T idak ketinggalan juga di California, Penghuni penjara sedang menghasilkan lukisan mural di
Ricard J. Donovan Correctional Facility di San Diego.
California Department of Corrections and
Rehabilitation telah berkolaborasi
dengan California Arts Council yang
bertujuan untuk memerangi residivis,
memupuk pemulihan dan memupuk
keadaan selamat di dalam penjara
dengan memperkenalkan pelbagai
program seni sebagai terapi kepada
penghuni sehingga melahirkan ramai
karyawan melalui program Arts in
Correction.
Tidak hanya di luar negara, Malaysia Di penjara Bentong, Pahang, seorang
juga turut mengorak langkah menjadikan banduan antara penenun terlibat
seni terapi sebagai platform pemulihan menghasilkan kain tenunan dipilih Raja
kepada penghuni penjara. Sejajar Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah
dengan program pembangunan insan Aminah Maimunah Iskandariah sebagai
yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara persalinan pada Istiadat Pertabalan Yang
Malaysia yang juga merupakan satu di-Pertuan Agong ke-16, berkata beliau
pendekatan pemulihan kepada para berasa tenang dan dapat mengawal emosi
penghuni penjara melalui terapi seni dengan baik setelah terlibat menenun kain
seperti lukisan, tenunan, muzik dan sutera sejak 2016. Sumber dari Bernama.
penulisan kreatif kini menjadi
pendekatan efektif di mana membantu “bMkskeeetaeprmerilnyseabeneaearnubuAtn-nbaaihSnhbbeguabaapseeronrapmunaaenrnlapskynaaagpsdkaeanknaidaarindy,ngypandabrka(ennassaneerBuuysdprlfrdupoaattjuiaaeesiuk.kptbubrrutApaaaateukaisen.dklrasnhmmraPayigNaeaiekaRaagmmsapmndiaamamnadpgajeaddauukadrtmaamelailePinuSlnrnlunipgkeaaselggaugdrnhatbmiaeniaaanehnmndyaniaaaaibasstiruirl)ari,”
merawat dan memulihkan konflik yang
dihadapi oleh penghuni penjara sekali
gus memberi impak yang positif terhadap
emosi serta kemahiran bagi
mempersiapkan mereka berhadapan
dengan dunia luar setelah dibebaskan.
Seorang banduan Penjara Bentong menunjukkan kemahiran menenun kain
sutera pada Pameran Terapi Seni Penghuni Jabatan Penjara bertemakan
‘Ekspresi Tirai Besi’ di Muzium Penjara. – Bernama
INFORMASI TENUN
Perkembangan bengkel tenun Diraja Bagi melahirkan banduan
Pahang bermula apabila Jabatan berkemahiran vokasional, Jabatan
Penjara Malaysia memilih Penjara
Penor untuk menubuhkan bengkel Penjara Malaysia memperkasakan
tenun pertama kerana terletak di
Pahang seterusnya memartabatkan persijilan penghuni dengan
seni tenun Pahang yang menjadi
simbolik kepada Tenun Diraja pengiktirafan sijil kemahiran SLDN
Pahang.
dalam pelbagai bidang terutama
Pembuatan tenun menggunakan
mesin kek dengan melalui 9 proses bidang songket. Antara kejayaan
iaitu melikas, mewarna, menerai,
menganing, menyusuk, menggulung, kepada warga Jabatan Penjara
mengubung, meneguh dan menenun.
Jenis fabrik yang dibuat menggunakan Malaysia iaitu Pertandingan
benang sutera (Spun Silk) atau
benang kapas (Cotton) yang asli. Anugerah Kreatif Tenun Pahang
Pemulihan melalui penghasilan tenun Diraja, Songket, Batik & Kraf Jabatan
bukan hanya sebagai terapi diri
kepada penghuni tetapi juga sebagai Penjara Malaysia 2022 yang
terapi diri yang dapat membantu
proses pemulihan psikologi dan alat bertemakan kreativiti melestari
fleksibel yang membantu individu
tradisi, dapat melengkapkan konsep
untuk meningkatkan kesejahteraan
hidup. pemulihan melalui seni sebagai terapi
diri serta memberi lonjakan semangat
dan motivasi kepada penghuni.
AKTIVITI SENI TENUN
PENJARA
Penjara Penor & Penjara Bentong
Seni tenunan Tenun Pahang Diraja (TPD), dihasilkan menggunakan teknik tradisional
bagi mengekalkan nilai estetikanya kerana fabrik ini menjadi persalinan utama bagi upacara
rasmi kerajaan Melayu sejak dahulu lagi. Kini seni tenunan ini telah menjadi sebahagian
daripada tekstil eksklusif yang terdapat di pasaran.
Arus kemajuan dunia tekstil zaman ini telah mendorong keinginan pengguna untuk
menikmati perubahan tekstil tenun sesuai dengan kepesatan reka corak tekstil semasa.
Justeru, usaha dilakukan untuk menyesuaikan rekaan kain TPD bermula daripada aspek
teknik dan peralatan dan seterusnya memperkenalkan inovasi struktur tenun berlandaskan
kreativiti sesuai dengan kearifan penenunnya.
Produk Tenun Pahang Diraja dihasilkan melalui (9) proses iaitu :-
1. Melikas
Proses mengasingkan benang mentah supaya tidak
kusut. Benang mentah dibahagikan kepada
bahagian kecil (30 untai) dan kemudian direndam
semalaman
2. Mewarna
Benang dimasukkan ke dalam air rebusan serta
dicelup sehingga mendapatkan warna yang diingini.
Kemudian benang ditos dan direndamkan beberapa
ketika di dalam air
3. Menerai
4. Proses memindahkan benang gelung kepada peleting
5. (sekoci). Proses ini dilakukan setelah benang yang
diwarna kering
6.
7. Menganing
Peleting yang telah diisi dengan benang sutera yang
telah diterau diletakkan di rumah aning untuk
menyediakan benang loseng bagi menentukan corak,
lebar dan panjang kain yang diperlukan
Menyusuk
Proses menyusuk merupakan proses memasukkan
benang loseng ke dalam gigi jentara menggunakan
jarum penusuk atau pengait. Sepuluh urat benang
untuk satu lubang gigi jentera bagi menghasilkan
lerang kain
Menggulung
Benang yang telah siap melalui proses menyusuk
akan digulung ke kayu penggulung
Mengubung
Benang loseng yang telah siap digulung akan
disambung pada karap
8. Meneguh
9. Menghubung benang loseng yang diregangkan akan
dinaikkan di atas kek tenun untuk proses
membetulkan mana-mana benang loseng yang
mempunyai masalah, agar ia tidak memberi kesan
kepada kain yang akan ditenun nanti
Menenun
Proses menenun bermula apabila kayu pemijak
digerakkan bagi membuka dan memudahkan laluan
torak. Benang pakan dilontar menggunakan torak di
antara dua lapisan benang loseng tersebut. Penenun
perlu memberikan perhatian sepenuhnya terutama
semasa menenun reka corak pada sehelai kain tenun.
Sekiranya motif tertentu ingin dihasilkan kerja
mencolek menggunakan cuban dan dimasukkan
benang emas atau perak yang telah dikira di bilah-
bilah nibung akan dilakukan sebelum dimasukkan
kayu belira.
KARYA SENI DARI
TEMBOK
SYAIR MANTAPKAN DIRI PANTUN KEINSAFAN
Dengarlah taulan hukama berpesan Pergi ke pasar mencari kerisi
Banyaknya lauk mata tak jemu,
Untuk pedoman dimasa depan
teguhkan diri dengan persiapan Biar berkurung ditirai besi
Untuk menempuh ujian godaan Asal dapat menambah ilmu
Jika minda dalam tekanan Apakah benda cubalah fikir
Kawal emosi tenangkan fikiran Diketuk dahulu barulah masuk
Pastikan diri dalam kawalan Waktu subuh duduk berzikir
Langkah terbaik seorang insan Seorang diri terasa khusyuk
Andai badan dalam kesakitan Anak ayam jangan diikat
Usah berfikir satu penghinaan Kalau diikat patah kakinya
Bertaubat dari perbuatan jahat
Isyarat batin dari tuhan Sebelum pergi meninggalkan dunia.
Buat hambanya untuk keinsafan
Hasil karya:
Bersihkan hati sucikan diri Arnisar bin Jul
Dari sikap hasad dan dengki SMPP 842001279
Yakinkan diri tingkatkan prestasi Sekolah integriti Kota kinabalu
Pasti hidup lebih harmoni
Tiada manusia yang hidup sempurna
Tak kira siapa semua nya sama
Teguh berusaha selama lamanya
Bahagia di dunia sejahtera di alam sana.
Hasil karya ;
Nurul Azia binti Azmi
SMPP 681801612
Penjara Pengkalan Chepa
PROGRAM MUZIKAL MUHIBAH
PERINGKAT PENGHUNI JABATAN
PENJARA MALAYSIA
Program Muzikal Muhibah 2022
merupakan satu platform pemulihan
Jabatan Penjara Malaysia bagi
memastikan pemulihan penghuni berlaku
di dalam dan di luar tembok penjara
dengan komitmen bersepadu antara
Jabatan, Agensi Kerajaan, Institusi
Pengajian Tinggi, Badan – Badan Bukan
Kerajaan (NGO) dan juga masyarakat.
Program ini merupakan satu alternatif
dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai
murni serta ketamadunan melalui
Kesenian dan Kebudayaan sebagai terapi
pemulihan sejajar dengan visi Jabatan
Penjara Malaysia sebagai Peneraju
Perkhidmatan Korektif.
Program Muzikal Muhibah juga merupakan Secara umumnya, Program Muzikal
salah satu program yang berlandaskan
kepada Kesenian dan Kebudayaan di Muhibah ini mampu memberi impak positif
kalangan penghuni dan ianya merupakan
suatu terapi pemulihan kepada penghuni kepada aktiviti pemulihan penghuni kerana
melalui kaedah ‘Teater Terapi’. Program ini
juga bertindak sebagai salah satu bentuk kerja-kerja kreatif ini mempunyai
penyampaian ‘Mesej Dari Penjara’ kepada
masyarakat untuk mencegah perlakuan kekuatannya yang tersendiri di dalam
jenayah, penyalahgunaan dadah dan
gejala sosial. Konsep penyemaian membantu dan memulihkan gaya
Kesenian dan Kebudayaan kepada
penghuni lebih berfokuskan kepada latih pemikiran dan sensitiviti seseorang
dan laksana serta bimbingan yang dapat
membentuk dan melahirkan bakat secara penghuni itu. Seterusnya dapat
khusus. Secara tidak langsung, aktiviti
yang dijalankan lebih kepada mendorong membuktikan bahawa pemulihan
penghuni melakukan sebarang bentuk
kerja kesenian. penghuni-penghuni penjara bukan hanya
menjadi tanggungjawab Jabatan Penjara
Malaysia malah ianya turut dipikul dan
dikongsi oleh semua lapisan masyarakat.
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SUARA DARI
LEMBAH HARAPAN PERINGKAT JABATAN PENJARA
MALAYSIA KERJASAMA DENGAN DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA (DBP)
M ajlis Penutupan Program Suara dari Program suara dari lembah harapan ini
Lembah Harapan anjuran Jabatan Penjara boleh dijadikan sebagai satu platform yang
Malaysia (JPM) dengan kerjasama Dewan memusatkan kepelbagaian elemen
Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan pemulihan yang efektif dalam membentuk
Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan penghuni untuk menginsafi kesalahan
bertempat di Dewan Besar, Sektor lampau, di mana sepanjang proses ini
Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai
Kelantan. Majlis penutupan tersebut telah murni seperti nilai kasih sayang, nilai
dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia kekeluargaan, kejujuran, keikhlasan,
Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri perkongsian semangat kemerdekaan,
Dato’ Haji Tengku Mohamad Rizam semangat kekitaan serta cintakan Negara
Tengku Abdul Aziz dan Yang Teramat Malaysia yang merupakan elemen utama
Mulia Tengku Puan Temenggong dalam hasrat penyatuan budaya
Kelantan, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah masyarakat majmuk. Program ini juga
Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul mampu bertindak sebagai salah satu
Rahman Putra Al-Haj. medium penyampaian ‘Mesej Dari
Penjara’ kepada masyarakat untuk
Majlis penutupan suara dari lembah pencegahan jenayah, penyalahgunaan
harapan kali ini telah diserikan lagi dengan dadah dan gejala sosial yang lebih
persembahan oleh para pemenang berkesan.
mengikut kategori yang dipertandingkan
antaranya persembahan oleh Johan Kata-kata Tengku Temenggong
Deklamasi Sajak dari Institusi Penjara
Sungai Buloh Selangor, Johan Bacaan “Semoga menerusi aktiviti yang diadakan
Naskah dari Penjara Kluang Johor, Johan bukan sahaja dapat melahirkan penghuni
Lagu Puisi dari Sekolah Henry Gurney yang berbakat, bahkan sekali gus
Keningau Sarawak dan Johan Teater 10 melahirkan harapan dalam diri penghuni
Minit dari Institusi Penjara Pengkalan untuk membuktikan kepada masyarakat
Chepa Kelantan. bahawa diri mereka boleh “dibina
semula” dan dipulihkan. Semoga
kolaborasi ini akan berterusan dan
diperkukuhkan lagi dari semasa ke
semasa demi mencapai hasrat
melahirkan anak bangsa yang bermoral,
peradab dan berkeperibadian yang
tinggi.”
BALAI SENI
PENJARA TAPAH
Penghasilan sesebuah karya
tercipta melalui pendekatan seni
sebagai suatu konteks terapi melalui
pengkarya itu sendiri serta penghasilan
yang berbentuk terapi penggunaan
elemen-elemen yang diaplikasikan
berbentuk karya seperti emosi,
khayalan dan bahan-bahan yang Kehidupan di dalam penjara boleh
menyebabkan masalah psikologi dan
diperolehi secara idea dan melihat memburukkan keadaan yang sedia ada
sehingga membataskan mereka dalam
kepekaan pengkarya terhadap berkomunikasi, gangguan mental,
emosi, dan masalah fisiologi. Perkara
penghasilan seni dalam konteks terapi. ini perlu diambil serius bagi
mengelakkan kesihatan mental seperti
Menurut Malchiodi (2012) dalam kemurungan yang bertambah teruk dan
dapat dilihat bahawa satu rawatan
terbitan jurnal berjudul Expressive arts berbentuk ekspresi kreatif dan artistik
terhadap banduan perlu dilaksanakan
therapy and multi-modal approaches. In di penjara.
Jabatan Penjara Malaysia melalui
C. A., membantu pesakit dengan Bahagian Banduan/ Tahanan/ Radikal
dan Berisiko Tinggi telah menganjurkan
menggunakan kaedah Terapi Seni Program Seni Sebagai Terapi Diri
dengan kerjasama Balai Seni Negara.
untuk menyelesaikan konflik emosi, Penganjuran kali ini diadakan bagi
bertujuan untuk mencungkil bakat dan
meningkatkan kesedaran dan semangat kemahiran para penghuni dalam bidang
seni lukisan yang mana para penghuni
kendiri dalam diri seseorang. telah mendapat tunjuk ajar dari Pakar
Seni Halus iaitu bekas pemain drum
kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau
lebih dikenali sebagai Ringgo.
M ajlis Ihtifal Kesenian Islam Perujian Tilawah, Tafsir dan
Menghafaz Al-Quran Serta Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni
Jabatan Penjara Malaysia ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang
akan dilaksanakan di Institusi Jabatan Penjara Malaysia. Penjara Kluang
selaku tuan rumah pada tahun ini. Tujuan utama pertandingan ini diadakan
adalah bagi mencungkil bakat-bakat yang terpendam seterusnya
melahirkan penghuni yang memiliki nilai-nilai Al-Quran serta nilai Islam
yang cukup untuk bekalan bagi membina hidup baru yang lebih cemerlang
ke arah pembangunan diri, agama, bangsa dan negara.
Objektif program :
a) Membudayakan pembacaan dan penghayatan
AI-Quran dalam kehidupan.
b) Menerapkan aktiviti kesenian dan kebudayaan
dalam di kalangan penghuni penjara.
c) Mempelbagaikan medium dakwah melalui
hiburan alternatif dalam situasi norma baharu.
TENUN PENJARA
DI MATA DUNIA
Anugerah Kraf
Antarabangsa di New Delhi
Pada tahun 2022 Jabatan Penjara Hasil Seni Terapi yang ditonjolkan atas
inisiatif kemahiran kraftangan dalam kalangan
Malaysia telah melakar sejarah apabila penghuni penjara yang melibatkan pemikiran,
mendapat pengiktirafan di Peringkat Dunia khayalan serta berkebolehan untuk melihat
dengan memenangi Anugerah Kraf sesuatu dalam cara yang berbeza, bagi
Antarabangsa di New Delhi, India. mencari kepuasan dalam membuat atau
Ini juga merupakan penghargaan khas buat menghasilkan sesuatu dan memerlukan
Jabatan Penjara Malaysia dalam Sektor ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu
Kraftangan dan Sosial serta pencapaian produk.
sepanjang hayat bagi sumbangan kepada
pembangunan mampan sektor kraf dan
Social Inclusion yang dihasilkan oleh
penghuni penjara.
Perancangan melalui kolaborasi antara
Kraftangan Malaysia bersama Agensi
Kerajaan India serta Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) dalam sektor seni dan kraf
sebagai sebahagian daripada Diplomasi
Suruhanjaya Tinggi Kebudayaan Malaysia di
negara ini.
Pameran Tenun Pahang: “Weaving
Hope” sempena London Craft Week
2022
Jabatan Penjara Malaysia sekali lagi Usaha murni baginda ini juga telah
menaikkan nama Jabatan Penjara Malaysia
telah mendapat pengiktirafan di peringkat di peringkat antarabangsa mebuktikan
dunia selepas menerima Anugerah baginda benar-benar berhati mulia. Baginda
Pencapaian Sepanjang Hayat atas juga sudi mencemar duli untuk melawat
sumbangan kepada pembangunan mampan penghuni di penjara dan sentiasa
Sektor Kraf dan Kemasukan Sosial didalam menyantuni mereka dengan mengambil
Anugerah Kraf Antarabangsa ke-5 2022. berat tentang kebajikan dan keperluan
mereka.
Kesungguhan dan komitmen Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong memberi komitmen
dan bimbingan kepada penghuni penjara
untuk memperoleh kemahiran baharu
sekaligus menyumbang bagi melindungi
warisan kehalusan fabrik tenun dan
menggalakkan tenunan sebagai alat terapi
bagi mereka membentuk kehidupan baharu
selepas dibebaskan kelak.
A NUGERAH KREaTIF TENUN
PAHANG DIRAJA
Songket, Batik & Kraf
Jabatan Penjara Malaysia 2022
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan Anugerah
Kreatif Tenun Pahang Diraja, Songket, Batik dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia 2022 yang telah diadakan di
Movenpick Hotel, Sepang, Selangor. Anugerah kali ini bertemakan ‘Kreativiti Melestari Tradisi’ dan ia dianjurkan
sebagai mengiktiraf usaha dan komitmen warga Jabatan Penjara terutama bagi penghuni dan kakitangan sebagai
fasilitator yang terlibat dalam Bengkel Tenun Pahang Diraja, Songket, Batik dan Kraf. Pertandingan ini juga dapat
melengkapkan konsep pemulihan melalui ‘Seni Sebagai Terapi Diri’ serta memberi lonjakan semangat dan motivasi
kepada penghuni. Anugerah Kreatif ini dapat merealisasikan Beauty Behind The Wall yang menonjolkan kehebatan
daya cipta warga Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan industri fabrik dan kraf agar lebih berdaya saing.
Dua kakitangan Penjara Penor iaitu Mohd Hafiz Izudin Yasin dan Ahmad Firdaus Mohd Razali dinobatkan
pemenang kategori Tenun Pahang Diraja sempena Anugerah Kreatif Tenun Pahang Diraja, Songket, Batik dan Kraf
Jabatan Penjara Malaysia 2022. Bagi kategori songket pula, ia dimenangi oleh Fadhil Ab. Rashid dan Masdi Salim dari
Penjara Marang, manakala kategori batik pula diraih Wan Mohd. Hafiz Wan Hamid dan Zulkifli Husein dari Penjara
Pengkalan Chepa. Dalam pada itu, kategori warna alam dimenangi Mohd. Shahrul Amir Muda dan Ahmad Firdaus
Mohd. Razali dari Penjara Penor. Johan kategori terakhir iaitu Kategori Kraf telah dimenangi oleh Nor Zul Izzi Nor
Halim dan Mat Darus Awang dari Penjara Pengkalan Chepa melalui produk Rebab Moden. Setiap johan bagi kategori
berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi dan sijil.Sementara itu, Mohd. Shahrul Amir dan
Ahmad Firdaus turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Prof Sulaiman Abdul Ghani.
Turut hadir ke majlis berkenaan, anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl
Sani Abdullah Sani dan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Nordin Mohamed.
PROGRAM-PROGRAM PEMULIHAN
J abatan Penjara Malaysia (JPM) telah mengambil pendekatan
dalam melaksanakan program pemulihan sebagai persediaan
untuk penghuni penjara menghadapi dunia luar selepas
dibebaskan kelak. Misi jabatan adalah untuk melahirkan insan
yang korektif berdasarkan program pemulihan efektif dengan
menyediakan program pemulihan.
Program pemulihan banduan
atau pesalah di bawah kendalian
Jabatan Penjara Malaysia boleh
dibahagikan kepada dua
kategori iaitu program pemulihan
di dalam penjara dan program
pemulihan di luar penjara
(Program Pemasyarakatan).
Semasa berada di penjara,
banduan akan melalui beberapa
program sebelum dibebaskan
atau kembali semula ke
pangkuan masyarakat. Antara
program tersebut ialah Orientasi,
Pembentukan Personaliti,
Latihan Kemahiran dan
Pemasyarakatan.
JABATAN PENJARA MALAYSIA
PROGRAM
REBEN KUNING
Program Reben Kuning ini adalah satu projek yang
digerakkan oleh lima (5) kluster iaitu Kluster
Kemahiran, Kluster Sukan, Kluster Keusahawanan,
Kluster Kebolehpasaran dan Kluster Kempen
Kesedaran. Program ini juga bertujuan untuk
memberi peluang kedua kepada golongan terpinggir
ini melalui platform kemahiran, sukan dan
keusahawanan agar mereka boleh kembali ke
pangkuan masyarakat dengan kehidupan yang lebih
baik.
Karnival Sukan
Sukan Oktober 2022
Penghuni Penjara
Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat
kesukanan dalam kalangan penghuni. Ia mampu menjalin kerjasama serta
mengeratkan hubungan perpaduan semangat kerja berpasukan antara
penghuni. Selain itu, program ini membolehkan penghuni penjara beramah
mesra dan saling berinteraksi sebagai satu kelompok yang berhemah.
Program ini merupakan salah satu aktiviti untuk penghuni penjara yang
memerlukan pengelolaan yang profesional dan teratur kerana ianya mampu
memberi impak yang positif dari sudut pengupayaan “Dynamic Security”
dalam sistem kepenjaraan, tahap kesihatan, kecergasan minda dan fizikal
banduan. Ianya amat bersesuaian untuk memulih dan membina jati diri serta
disiplin banduan ke tahap yang lebih tinggi. Unit Pemulihan dan Rawatan
Penjara Wanita Kajang, Penjara Kajang dan Pusat Koreksional Machang telah
mengadakan Program Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara pada
Oktober 2022. Antara pengisian karnival tersebut ialah senamrobik,
pertandingan tarik tali, pertandingan ping pong, bola jaring, carom dan
sebagainya.
PERAYAAN
DDEEEEPPAAVVAALLII
PESTA CAHAYA
Perayaan Hari Deepavali merupakan antara perayaan utama penganut
Hindu di seluruh dunia. Sambutan ini juga dipanggil sebagai ‘pesta cahaya’
yang disambut oleh masyarakat India dan Sikh di negara kita. Program ini
adalah salah satu di antara program yang diadakan pada setiap tahun
mengikut perayaan. Sambutan perayaan Deepavali telah dilaksanakan di
peringkat Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang pada bulan November
2022. Seramai 43 penghuni yang terlibat dalam program tautan kasih
tersebut.
Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan
antara penghuni dan ahli keluarga di samping memberi peluang mereka
berjumpa bersemuka secara fizikal sempena sambutan perayaan. Selain itu,
program pemulihan ini memberi dorongan kepada ahli keluarga untuk
menyokong ke arah pemulihan penghuni agar menjadi insan yang berguna
apabila dibebaskan kelak.
AUG. 22, 2020 VOL. 19
SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL
KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W
Setiap tahun bersamaan 12 Rabiulawal
adalah hari yang penting buat umat
islam kerana ia adalah hari
memperingati kelahiran Nabi
Muhammad SAW. Sambutan Maulidur
Rasul antara amalan yang lazim diraikan
sebagai salah satu usaha untuk mendidik
dan mengingati Rasullah SAW.
Antara objektif utama program ini BUBUR ASYURA
adalah untuk meningkatkan keimanan
dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan Awal Muharram atau Maal Hijrah biasanya diraikan setiap
melihat Nabi Muhammad SAW adalah tahun oleh umat Islam. Awal Muharram dikaitkan dengan
tauladan yang mulia bagi setiap umat peristiwa bersejarah yang berlaku pada 1 Muharram tahun
Islam yang merangkumi segala aspek baru bagi tahun Hijrah. Menariknya selain daripada
kehidupan. Selain itu, memperingati dan sambutan Maal Hijrah, Awal Muharram juga dikaitkan
menyemarakkan rasa kasih sayang dengan bubur asyura. Beberapa institusi telah merancang
terhadap kisah kelahiran junjungan dan melaksanakan program ini bagi menghayati bulan
besar Nabi Muhammad S.A.W dengan Muharram yang penuh keberkatan ini. Objektif
melakukan aktiviti dan program yang pelaksanaan program tersebut ialah mengeratkan
baik dan positif. Institusi penjara yang hubungan silaturahim antara kakitangan dan penghuni
terpilih telah mengadakan sambutan penjara, memupuk semangat kerjasama dan tolong-
Maulidur Rasul peringkat penghuni pada menolong antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu
Oktober 2022 iaitu Pusat Koreksional pekerjaan serta memberi kesedaran kepada penghuni
Machang, Penjara Wanita Kajang dan penjara tentang kelebihan bulan Muharram.
Penjara Kajang.
Suasana
Sambutan Perayaan
PERAYAAN HARI RAYA AIDILADHA
Perayaan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah dan
ini merupakan tarikh penting bagi umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang
sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s kerana
ketaatannya terhadap Allah S.W.T. Sempena perayaan ini
beberapa institusi telah menganjurkan program tautan
kasih sempena sambutan Hari Raya Aidiladha seperti
Penjara Pengkalan Chepa dan Penjara Wanita Kajang.
Objektif program tersebut diadakan adalah untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan yang telah sedia
terjalin.
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Sambutan Hari Kemerdekaan disambut di seluruh Malaysia pada
setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan Negara bebas
daripada belenggu penjajah. Hari Kemerdekaan merupakan
peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan
mengadakan perarakan, nyayian, pertunjukan pentas, pertandingan
dan pelbagai lagi pertunjukan.
Jabatan Penjara Malaysia juga
sentiasa menganjurkan
sambutan hari kemerdekaan
kepada penghuni penjara.
Penghuni penjara dapat
mengeratkan perpaduan
antara kaum serta menyemai
semangat cintakan
kemerdekaan di dalam hati
serta membentuk diri supaya
cintakan tanahair dan
menjadi rakyat yang lebih
bertanggungjawab.
Pelbagai aktiviti telah
dijalankan sepanjang
sambutan hari kemerdekaan,
antaranya ialah pertandingan
nyayian lagu patriotik antara
penghuni, pertandingan kuiz
hari kemerdekaan, tarian
semarak kemerdekaan dan
lain-lain lagi.
kejayaan
bekas penghuni
KEGAGALAN ADALAH GURU
DAN BUKAN AKHIR DARI SEGALANYA
kkemephpgeaimdeasnrGunaeeginpjdlnaaaagaiylgrgmaknuaamna.anltantkuinyalnadsagntleau.uklkakamusslBieateeemldbirtgiaubiraiigsutnudmakgliaairabainhtasmdinnagogbpnkkt-ieaaimvtrrktammaaaas-senaikinnkajpndgtaaaeaadnunlijaknagmatkhygunaauaknnnggial
-Nelson mandela-
KEJOHANAN MUAY THAI GRAND FIGHT 2022
Kejayaan telah dilakar oleh penghuni
Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka,
Muhammad Fikri bin Shek Alaudin setelah menjadi
juara dalam merebut Piala TYT Tun Seri Setia (Dr.)
Mohd Ali Mohd Rustam (46-48kg) setelah
menewaskan lawannya Iwan Kick Khondam dari
Kelab GRP Fighter, sekali gus membawa pulang
hadiah kemenangan RM2,500 dan memenangi Tali
Pinggang TYT Negeri Melaka. Muay Thai Grand
Fight 2022 telah berlangsung pada 9 Oktober 2022
di Dewan Mini Bistari, Ayer Keroh, Melaka.
KONVOKESYEN TAFAQQUH FIDDIN &
PENYAMPAIAN SIJIL KEMAJUAN
HAFAZAN TAHFIZ BAITUL HIKMAH
PENJARA PENOR PADA 18 OGOS 2022
Walaupun digelar Penghuni
Penjara disebalik tembok masih ada
Penghuni yang bersungguh-sungguh
dalam mengikuti program Tafaqquh
Fiddin dan hafazan Al-Quran yang diberi
peluang oleh Jabatan Penjara dengan
kolaborasi bersama Yayasan Pahang
sehingga berjaya ke peringkat persijilan.
Pada 18 Ogos 2022 (Khamis), Institusi
Penjara Penor telah mengadakan Majlis
Konvokesyen Tafaqquh Fiddin &
Penyampaian Sijil Kemajuan Hafazan Tahfiz
Baitul Hikmah Penjara Penor sesi 2019/2020.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan
Haji Ab Razak bin Abu Musa Saari (Ketua
Pegawai Operasi Yayasan Pahang).
Majlis turut dihadiri oleh TKP Mohd Muslih bin
Mahmud (Pengarah Bahagian Agama dan
Kaunseling), TKP Dato' Abu Hasan bin
Hussain (Pengarah Penjara Negeri Pahang),
YBrs. Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar (Timb.
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Syah
(UniPSAS) dan PKK Fayrouz bin Ahmad
Zawawi (Pengarah Penjara Penor). Seramai
39 orang banduan terlibat dalam majlis ini
dan turut melibatkan keluarga masing-
masing.
KAMI PRIHATIN
HRC GLOBAL DAGANGAN SAIDI SDN. BHD. ERAWAN LMW INDUSTRIES SDN.
PT2943 TINGKAT 1, JALAN PUTERI 2, BERIS KUBUR BESAR, 16050 BHD.
KOTA KUBANG LABU WAKAF BHARU, BACHOK, LOT 1052, KG KEMAYANG, TAWANG
16250 KOTA BAHRU, KELANTAN KELANTAN 16020,, 16020 BACHOK, KELANTAN
TELEFON: 09-719 1934 TELEFON: 09-778 8163 TELEFON: 09-776 9090
LKPP CORPORATION SDN. BHD . HYDROCON ENTERPRISE GEE VISION SDN. BHD.
NO. 45/4, JALAN TELUK SISEK, 25, 1-F, JLN EQUINE 10F, 32A, JALAN ALFA E U6/E, PUSAT
25000 KUANTAN PAHANG TAMAN EQUINE, PERDAGANGAN SUBANG PERMAI,
TELEFON: 09-516 5180 43300 SERI KEMBANGAN, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR
SELANGOR TELEFON: 03-7845 8121
TELEFON: 03-8959 2218
VICTUS PROJECT SDN. BHD. PZA TEGUH SDN. BHD. VICTUS PROJECT SDN. BHD.
42A-G, JALAN TENGAH, TAMAN SRI KAMPUNG PADANG SIDING, 42A-G, JALAN TENGAH, TAMAN SRI
INDAH, 43200 CHERAS, SELANGOR 02600 ARAU, PERLIS INDAH, 43200 CHERAS, SELANGOR
TELEFON: 03-5892 3000 TELEFON: 03-5892 3000
SHAHIRUL RESOURCES LIVORY PEARL SDN. BHD. TANJUNG RATNA SDN. BHD.
LOT 5, JALAN PERSIARAN KEMAJUAN, PESIARAN PERINDUSTRIAN NO. 24, JLN KLJ 4,
SEKSYEN 13, BANDAR BARU BANGI, KANTHAN 7, TAMAN KOTA LAKSAMANA,
43650 KAJANG, SELANGOR KANTHAN, 31200 CHEMOR, PERAK 75200 MELAKA
TELEFON: 017-300 8048 TELEFON: 05-201 3007 TELEFON: 06-226 8383
JEJAK KEMAS SDN. BHD. MAJU NS SETIA SDN. BHD. PIPESWAY FURNITURE SDN. BHD.
JALAN PK 43, KAWASAN 2297,TAMAN KOPERASI, 13300 7936, TINGKAT SELAMAT 8,
PERINDUSTRIAN KRUBONG, 75260 71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN KAMPUNG SELAMAT, 13300 TASEK
MELAKA TELEFON: 06-685 8573 GELUGOR, PULAU PINANG
TELEFON: 04-573 5108
ADONARA ENTERPRISE QINAJAYA SDN. BHD. LSINARAN AIS KIUB SDN. BHD.
07000 LANGKAWI, NO 3, JALAN USAHA 2, LOR SEDCO 8, 90000 SANDAKAN,
KEDAH LORONG USAHA UTAMA, SABAH
TELEFON: 011-2422 2909 TAMAN PERINDUSTRIAN, ULU CHOH, TELEFON: 088-430 807
81500, JOHOR
TELEFON: 07-699 4860
Sekalung
penghargaan
Tahniah dan terima kasih
diucapkan kepada sidang
redaksi penerbitan Buletin
Insaf Edisi ke 2 / 2022
sama ada secara langsung
dan tidak langsung yang
membantu dalam
menyumbangkan idea bernas
dan sokongan padu dalam
menghasilkan Edisi Ke 2
terakhir bagi tahun 2022
Jabatan Penjara Malaysia
MARI BELAJAR BAHASA
Andai kita jatuh ia bukan bermakna gagal tetapi
ia adalah sebab untuk kita bangun dan berjaya
失败是成功之母
If we fall it does not mean failure but it is a
reason for us to get up and succeed
நம் விழுந்தோம் என்றால் அது தோல்வி ஆகாது
அதுவே நம் வெற்றிக்கு முதல் படிகட்டு
หากเราล้มไม่ได้หมายความว่าล้มเหลว แต่เป็นเหตุผลที่ทำให้เราลุกขึ้น
และประสบความสำเร็จ
Nếu chúng ta vấp ngã không có nghĩa là chúng ta thất bại mà đó là động
lực để chúng ta đứng dậy và thành công
Buletin Insaf Edisi 2 /2022
Jabatan Penjara Malaysia