The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Lyanie, 2021-08-11 21:28:22

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

PERKHIDMATAN
KESIHATAN SEKOLAH

PN NORLIANI BINTI MAHADI
PENGAJAR U41/44
ILKKM KK

1

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan penglibatan dalam perancangan Program
Kesihatan Sekolah.

2. Menerangkan penilaian status kesihatan murid-murid
sekolah.

3. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak 7-12
tahun.

4. Mengenalpasti masalah-masalah kesihatan kanak-kanak
sekolah.

5. Menyatakan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
6. Menerangkan pemberian imunisasi kanak-kanak sekolah.
7. Memberi pendidikan kesihatan kepada kanak-kanak dan

kakitangan sekolah.

2

3

OBJEKTIF 1

1). Penglibatan Dalam Program Kesihatan
Sekolah (PKS):

❑ Pengenalan PKS
❑ Objektif PKS
❑ Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
❑ Peranan Jururawat dalam Perkhidmatan

Kesihatan Sekolah.
❑ Mengekalkan Rekod, Reten dan kit

kesihatan sekolah

4

Pengenalan

◦ PKS bermula sejak 1967
◦ satu rancangan bersepadu di antara Kementerian Kesihatan

dan Kementerian Pendidikan.
◦ meliputi aktiviti-aktiviti promosi & memelihara kesihatan di

kalangan pelajar-pelajar sekolah bertujuan memastikan
taraf kesihatan mereka di peringkat yang optima.

◦ 1995, WHO memperkenalkan konsep Health Promoting
School (HPS) iaitu sekolah sebagai tempat yang

mempromosikan kesihatan
◦ 1995 PKS dinamakan Program Bersepadu Sekolah Sihat

(PBSS)

5

Terdapat 6 teras Program Bersepadu Sekolah
Sihat (PBSS) iaitu:

◦ polisi Kesihatan Sekolah
◦ persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan

selamat

◦ penglibatan sosial sekolah yang sihat dan
selamat

◦ penglibatan komuniti
◦ kemahiran kesihatan diri

◦perkhidmatan kesihatan sekolah

6

Objektif PKS/PBSS

Memastikan agar setiap sekolah dapat:

1. Menetapkan polisi kesihatan sekolah.
2. Memelihara dan meningkatkan persekitaran

sekolah yang bersih dan ceria.
3. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang

menggalakkan amalan cara hidup sihat.
4. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan

komuniti dalam program kesihatan sekolah.

7

Objektif PKS/PBSS

5. Memberi pengetahuan serta memupuk
sikap dan amalan kesihatan yang baik
agar setiap warga sekolah lebih
bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan
masyarakat.

8

6. Menyediakan perkhidmatan kesihatan dari
aspek:

◦ penilaian taraf kesihatan murid.
◦ khidmat rawatan, rujukan, bimbingan dan
kaunseling.
◦ pengawalan dan pencegahan kejadian
penyakit.
◦ Mengenal pasti, merujuk dan membantu
dalam penempatan kanak-kanak kurang
upaya.

9

Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

1. Membina kesedaran dan kefahaman pada
kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri
sendiri.

2. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang
perlunya menilai taraf kesihatan seseorang
pada jangkamasa2 tertentu.

3. Menentukan murid berada dalam keadaan
kesihatan yang paling optima untuk menerima
pelajaran dan mengambil bahagian dalam
rancangan- rancangan sekolah.

10

4. Mengesan dengan awal keadaan kesihatan yang
tidak normal dan dengan segera kepada pakar-
pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan
yang berkaitan, untuk membetulkan kecacatan
yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan.

5. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf
kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan
rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan
yang efektif.

11

6. Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.

7. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan
memberi pertolongan cemas dan rawatan
kecemasan kepada kanak-kanak ketika di
sekolah.

8. Memberi perhatian lanjutan kepada kanak-
kanak yang memerlukan rawatan kesihatan
dan Penyeliaan khas.

12

Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah:

1. Penilaian status kesihatan dan pemeriksaan perubatan
2. Penilaian taraf pemakanan
3. Kawalan jangkitan penyakit berjangkit
4. Penilaian taraf imunisasi
5. Pengesahan penyakit berjangkit
6. Pendidikan kesihatan
7. Rawatan tindak susul
8. Rawatan kecemasan
9. Rawatan khas bagi kanak-kanak kurang upaya
10.Penyaringan murid dengan keperluan khas
11.Lawatan ke rumah
12. Pentadbiran dan rekod

13

Peranan Jururawat Dalam PKS

◦ Jururawat Kesihatan (JK)
memainkan peranan yang
penting dalam PKS bersama
dengan anggota yang
terlibat. Beliau merancang
dan menjalankan aktiviti PKS
untuk Pra-sekolah, sekolah
rendah dan sekolah
menengah. Beliau juga
menyelaras perkhidmatan
kesihatan sekolah dengan
penglibatan pihak dan
agensi lain.

14

1. Merancang

◦ Untuk merancang lawatan ke sekolah dan
kesempurnaan perkhidmatan yang hendak diberi, JK
perlu mengetahui beberapa perkara berikut:

I. bilangan sekolah dan lokaliti sekolah di daerahnya.
II. jenis dan sesi sekolah.
III. bilangan pelajar ’enrolment’ pada tahun tersebut.
IV. jabatan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan.
V. menjangka kegunaan vaksin.
VI. merancang perkhidmatan mengikut sumber yang

sedia ada ( anggota dan kenderaan).

15

2. Bertanggungjawab Menjadualkan
Lawatan Ke Sekolah

Bertanggungjawab menjadualkan lawatan ke sekolah
untuk tahun yang berkenaan, dengan mengambil kira
keadaan yang tidak sesuai untuk menjalankan
perkhidmatan kesihatan sekolah seperti cuti, hari sukan,
peperiksaan.
❖ membuat temu janji lawatan dengan pengetua

sekolah
❖ membuat inden bagi vaksin dan peralatan lain
❖ lawatan ke sekolah mengikut jadual

16

3. Penilaian Kesihatan

Mengkaji Buku RKM1 untuk menentukan semua
maklumat yang perlu telah diisi:
❖ sejarah peribadi dan sosial
❖ sejarah perubatan dan pembedahan
❖ sejarah keluarga mengenai penyakit yang lalu
❖ rekod imunisasi anak
❖ pengukuran berat dan tinggi
❖ ujian penapisan penglihatan ( dilakukan jika tidak

dijalankan oleh guru) dan pendengaran

17

❖ mengesan kelainan fizikal termasuk cara berjalan,
kesempurnaan anggota dan lain-lain kecacatan

❖ mengesan masalah pertuturan
❖ memberi nasihat mengikut masalah yang dikesan
❖ memberi rawatan ringan
❖ merujuk bila perlu
❖ memberi imunisasi mengikut jadual
❖ merekod aktiviti dalam buku kesihatan
❖ berbincang dengan guru mengenai masalah pelajar

supaya tindak susul dapat dilakukan bersama.

18

4. Tindak Susul

◦JK perlu mendapatkan maklum balas
dari pihak sekolah, hospital atau agensi
luar. Tindak susul juga dijalankan untuk
mengesan kes cicir bagi imunisasi dan
kes-kes prioriti.

19

5. Pertolongan Cemas

◦ Memastikan bahawa setiap sekolah
mempunyai peti kecemasan yang
lengkap, dan guru yang berkemampuan
menjalankan pertolongan cemas dan
menentukan keupayaan sekolah memberi
pertolongan cemas yang ringan bila perlu.

20

7. Persekitaran Sekolah Yang Sihat

◦ membantu mengenal pasti hazard kesihatan
di sekolah seperti longkang yang terdedah,
kantin, kotor, masalah ventilasi kelas atau
bekalan air yang tidak selamat.

◦ berbincang dengan pihak pengurusan untuk
mengatasi masalah.

- memperkemaskan semua rekod Siri KSK bagi
aktiviti yang dijalankan di sekolah.

21

Peranan Jururawat Masyarakat

Penilaian Kesihatan
▪Membantu dalam penyediaan alat-alat untuk

pemeriksaan kesihatan.

▪Mengambil berat badan dan ukuran tinggi
dan mencatatkan dalam ‘Growth curve’.

▪Pemeriksaan penglihatan dan pendengaran
serta merekod dalam rekod kesihatan

22

Peranan Jururawat Masyarakat

Perkhidmatan Rujukan Dan Tindak Susul
▪ Bertanggungjawab mengepilkan semua jawapan

rujukan dari Institusi kepada rekod kesihatan sekolah
serta menyerahkan kepada JK/doktor untuk
tindakan selanjutnya.

▪ Mencatat semua keputusan makmal/ ulasan-ulasan
lain dalam rekod kesihatan sekolah.

▪ Mengiringi kes-kes kecemasan jika perlu.

Lawatan Rumah

▪ Melawat ke rumah seperti yang di arahkan oleh
doktor/JK di rumah.

23

Mengekalkan Rekod, Reten Dan Kit
Kesihatan Sekolah

▪Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1)
▪Reten
▪Kit Kesihatan Sekolah

24

Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1)

◦ Buku ini di lengkapkan semasa pendaftaran murid
tahun 1. Ia diisi oleh guru, ibu bapa/penjaga dan
Pasukan Perkhidmatan Sekolah. Kandungan buku ini
adalah seperti :

▪ Panduan mengisi buku rekod kesihatan murid
▪ Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan sekolah

untuk murid-murid sekolah
▪ Maklumat murid dan ibu
▪ Taraf kesihatan dan pertumbuhan fizikal

25

Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1)
• Ulasan doktor/ jururawat yang

memeriksa/guru
• Pemeriksaan pendengaran dan penglihatan,

warna di sekolah rendah dan menengah
• Jadual berat dan tinggi mengikut lazim lelaki

dan perempuan
• Panduan bagi mengisi bahagian II
• Pengelasan taraf pertumbuhan
• Maklumat mengenai imunisasi

26

Reten

◦ Laporan aktiviti dibuat setiap bulan dan dihantar
kepada Ketua Jururawat Kesihatan

◦ Daerah seterusnya ke Jabatan Kesihatan Negeri.
Contoh-contoh reten:-

• KSK 201- Maklumat pemeriksaan fizikal
• KSK 202- Maklumat pemberian Imunisasi
• KSK 203- Laporan Tahunan Perkhidmatan Sekolah
• KK 205- Laporan stok Vaksin

27

Kit Kesihatan Sekolah

◦ Disediakan bagi mengendalikan
kecemasan dan kemalangan di sekolah.
Diperiksa dari masa ke semasa oleh guru
kesihatan dan menambah dan mengganti
peralatan yang tidak cukup

28

OBJEKTIF 2:

i. Pengenalan
ii. Objektif
iii. Aktiviti dalam penilaian

Kesihatan

29

i. Pengenalan

◦ Sebagai rutin dalam perkhidmatan kesihatan
sekolah semua murid di Tahun 1, Tahun 6,
Tingkatan 1,Tingkatan III dan Tingkatan V
dibuat penilaian kesihatan ini.

◦ Guru-guru dan jururawat Kesihatan
bertanggungjawab melaksanakan pelbagai
aktiviti dalam penilaian ini.

30

ii. Objektif

◦ Objektif penilaian kesihatan adalah untuk
mengesan sebarang tanda/manifestasi
masalah kesihatan dan keadaan-keadaan
abnormal/kecacatan serta menilai taraf
pemakanan dan status imunisasi supaya
langkah-langkah awal dari segi pemulihan
atau rawatan dapat diambil.

31

iii. Aktiviti Dalam Penilaian Kesihatan

1. Mengambil, meneliti serta
membuat analisis riwayat
kesihatan murid.

2. Memeriksa am Fizikal
3. Ujian Saringan: (penglihatan

termasuk ujian rabun warna,
pendengaran, pengukuran tinggi
dan berat badan )
4. Penilaian status pemakanan
(Rujuk Garis Panduan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah)

32

◦ Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan
Perkembangan kanak-kanak berumur 7-12 tahun:

1. Faktor genetik.
2. Faktor hormon.
3. Faktor alam sekitar :-

◦ dalaman
◦ luaran.

33

◦ Masalah-masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh
kanak-kanak sekolah:

- Jangkitan kutu (head lice)
- Scabies
- Jangkitan cacing
- Kebersihan diri

34

◦ Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

- Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak 7 -12
Tahun dan Masa Baligh.

Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan

i. Pertumbuhan

◦ perubahan yang berlaku pada saiz dan struktur badan
kanak-kanak, bukan hanya pada saiz badan kanak-
kanak bertambah besar tetapi organ-organ dalaman
juga turut membesar.

◦ perubahan badan yang dapat diukur, dengan itu

kuantiti perubahan itu dapat dikesan melalui ukuran

dan timbang. 35

ii. Perkembangan
◦ Perkembangan adalah pertambahan dalam fungsi

badan. Perubahan ini adalah hasil daripada
pertumbuhan yang telah berlaku

iii. Pertumbuhan dan Perkembangan mempunyai
hubungan yang rapat. Kanak-kanak bermula dengan
pertumbuhan kemudian diikuti dengan perkembangan.
Contoh 1; Hasil dari pembesaran otak, kanak-kanak
berkeupayaan untuk berfikir, belajar dan menjalankan
aktiviti- aktiviti mental yang lain, mengikut tahap
kematangan otaknya

36

Contoh 2 :-
◦ Hasil daripada pembesaran sistem saraf dan

sistem otot di bahagian-bahagian badan
tertentu, seperti bahagian tangan,
membolehkan seorang kanak-kanak
menggunakan tangannya untuk :-
i. Menulis, melukis, dsb.

37

Prinsip-prinsip Perkembangan

1. Perkembangan adalah hasil dari kematangan dan
pembelajaran.

2. Corak-corak perkembangan berperaturan dan boleh
diramalkan.

3. Corak perkembangan berbeza-beza di antara
seorang dengan yang lain.

4. Perkembangan adalah satu proses yang berterusan.
5. Perkembangan bermula dari perkembangan am ke

Perkembangan spesifik.
6. Persamaan dalam turutan perkembangan.
7. Perkembangan setiap bahagian badan berlaku

mengikut kadar yang berlainan.

38

39

◦ Jadual imunisasi
kanak-kanak
sekolah

40

◦ Kanak-kanak Sekolah;
- Kebersihan diri
- Jangkitan kutu
- Jangkitan cacing
- Kudis buta

◦ Kakitangan Sekolah;
- Bahaya merokok
- Obesiti
- Pap Smear
- PSP/BSE

41

Rumusan

42

Aktiviti Peneguhan

Soalan:
1. Nyatakan 5 Objektif- objektif Program Kesihatan

Sekolah

2. Nyatakan peranan-peranan Jururawat
kesihatan sekolah dalam pasukan kesihatan
sekolah

3. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
berumur 7-12 tahun.

43

44


Click to View FlipBook Version