SOALAN FOKUS KARANGAN -TADBIR URUS-
ANALISIS SOALAN KARANGAN SEMESTER 1
TEMA :
SOALAN 1 Selain dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi boleh menjadi pemangkin kepada tadbir urus baik negara. Bincangkan.
Soalan ini boleh menjadi.. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi boleh menjadi pemangkin kepada tadbir urus baik negara * Manfaat penggunaan ICT dalam tadbir urus negara * Kepentingan ICT dalam tadbir urus negara * Kelebihan menggunakan ICT dalam tadbir urus negara
PEMANGKIN KEPADA TADBIR URUS BAIK NEGARA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI * Perkhidmatan atas talian akan melicinkan urusan pentadbiran dan turut memudahkan urusan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam * Rakyat boleh membuatsebarang bentuk pembayaran seperti bil, cukai, denda dan saman secara atas talian sahaja tanpa perlu beratur panjang di kaunter-kaunter kerajaan MENINGKATKAN IMEJ TADBIR URUS PERKHIDMATAN AWAM * Sekiranya rakyat berpuas hati dengan sistem penyampaian perkhidmatan awam, ianya sudah semestinya dapat meningkatkan imej pentadbiran negara * Kecekapan tadbir urus baik memberi keyakinan yang tinggi kepada pelanggan untuk terus berurusan dengan pihak kerajaan kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah setaraf dengan pihak swasta
MENINGKATKAN KEMAHIRAN SUMBER MANUSIA * Aplikasi teknologi ICT memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi daripada sumber manusia * Maka, sumber manusia yang terlatih dan cekap amat diperlukan untuk mengendalikan segala sistem yang digunapakai oleh agensi kerajaan agar ianya mudah diakses dengan mudah dan berkesan MENGURANGKAN KARENAH BIROKRASI * Masalah birokrasi dalam perkhidmatan awam boleh ditangani dengan meningkatkan penggunaan teknologi yang mampu mengurangkan pertindihan dan mendorong kecekapan yang lebih baik dalam sistem kerajaan * Misalnya, pengunaan sistem seperti e-operasi dan e-tender dapat mengelakkan berlakunya masalah penyelewengan, salah guna kuasa, penangguhan kerja dan amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam PEMANGKIN KEPADA TADBIR URUS BAIK NEGARA
SOALAN 2 Pelbagai masalah untuk memantapkan sistem tadbir urus sektor awam telah dikenal pasti. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan usaha-usaha untuk memantapkan sistem tadbir urus sektor awam. Bincangkan.
Soalan ini boleh menjadi.. Masalah untuk memantapkan sistem tadbir urus sektor awam * Cabaran dalam tadbir urus negara * Halangan dalam tadbir urus negara Usaha-usaha untuk memantapkan sistem tadbir urus sektor awam * Langkah memantapkan sistem tadbir urus negara * Kaedah untuk memastikan tadbir urus baik * Cara mengekalkan tadbir urus baik
MASALAH UNTUK MEMANTAPKAN SISTEM TADBIR URUS SEKTOR AWAM KARENAH BIROKRASI * Prosedur kerja yang kompleks dan pengurusan yang berperingkatperingkat kadang kala menyukarkan para pelanggan untuk menerima sesuatu perkhidmatan dari pihak kerajaan * Prosuder yang pelbagai sering memakan masa yang lama untuk diselesaikan dan ini mencerminkan kegagalan agensi yang menguruskannya kerana tidak cekap dan lambat bertindak KURANG INTEGRITI * Kurangnya integriti dalam sektor penyampaian perkhidmatan awam boleh menyebabkan sesebuah negara itu tidak mampu mencapai kecemerlangan * Masalah integriti dan etika kerja dalam organisasi masih lagi berlaku terutamanya dalam organisasi yang berurusan dengan masyarakat * Misalnya, masih terdapat penjawat awam yang terjebak dengan penyalahgunaan kuasa seperti meminta sogokan daripada pelanggan untuk mempercepat sesuatu urusan
USAHA-USAHA UNTUK MEMANTAPKAN SISTEM TADBIR URUS SEKTOR AWAM MENGURANGKAN KARENAH BIROKRASI Masalah birokrasi dalam perkhidmatan awam boleh ditangani dengan meningkatkan penggunaan teknologi yang mampu mengurangkan pertindihan dan mendorong kecekapan lebih baik dalam sistem kerajaan * Misalnya, pengunaan sistem seperti e-operasi dan e-tender dapat mengelakkan berlakunya masalah penyelewengan, salah guna kuasa, penangguhan kerja dan amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam MEMANTAPKAN NILAI DAN ETIKA PENJAWAT AWAM * Kerajaan sering menggesa pihak majikan untuk mewujudkan persekitaran yang dapat menghasilkan budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan pekerja mereka * Penjawat awam dinasihati untuk bersikap jujur, telus dan mampu mempertahankan diri daripada sebarang bentuk penyelewengan demi menjaga nama baik kementerian, jabatan, agensi dan pentadbiran kerajaan secara keseluruhan
Dalam usaha memodenkan perkhidmatan dan keperluan urusan masa kini, sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan telah menyediakan laman web kepada orang ramai. Perkhidmatan tersebut mempunyai kebaikan dan kelemahan tertentu. Bincangkan. SOALAN 3
Soalan ini boleh menjadi.. Kebaikan laman web kepada orang ramai dalam sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan * Kepentingan laman web * Kesan baik laman web * Impak positif penggunaan laman web Kelemahan laman web kepada orang ramai dalam sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan * Kesan buruk laman web * Keburukan laman web * Impak negatif penggunaan laman web * Masalah semasa menggunakan laman web * Kekangan menggunakan laman web
KEBAIKAN LAMAN WEB KEPADA ORANG RAMAI DALAM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AGENSI KERAJAAN MEMUDAHKAN URUSAN * Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan kerajaan akan berasa senang kerana pelbagai urusan dapat dijalankan secara maya tanpa perlu ke kaunter kerajaan * Orang ramai boleh membuatsebarang bentuk pembayaran seperti bil, cukai, denda dan saman secara atas talian tanpa perlu membuang masa untuk beratur menunggu giliran MENGURANGKAN KARENAH BIROKRASI * Masalah birokrasi dalam perkhidmatan awam boleh ditangani dengan meningkatkan penggunaan laman web yang mampu mengurangkan pertindihan dan mendorong kecekapan yang lebih baik dalam sistem kerajaan * Misalnya, pengunaan sistem seperti e-operasi dan e-tender dapat mengelakkan berlakunya masalah penyelewengan, salah guna kuasa, penangguhan kerja dan amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam
KEBURUKAN LAMAN WEB KEPADA ORANG RAMAI DALAM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AGENSI KERAJAAN GANGGUAN PERKHIDMATAN INTERNET * Perkhidmatan di agensi kerajaan akan terganggu apabila berlaku gangguan elektrik atau gangguan pada server kerajaan. Pelanggan terpaksa membatalkan urusan mereka atau menunggu lama untuk menyelesaikan apa-apa yang ingin diuruskan. * Tambahan pula, serangan virus atau penggodaman yang berlaku mungkin dapat memusnahkan segala sistem rangkaian kerajaan sehingga boleh melumpuhkan perkhidmatan ini KURANG KEMAHIRAN ICT * Terdapatsesetengah individu terutamannya golongan berusia yang tidak mahir menggunakan peranti internet atau gajet semasa berurusan secara atastalian * Selain itu, ada di antara mereka yang tidak percaya akan keberkesanan dan kesahan sistem atastalian kerana mungkin pernah tertipu dengan laman web palsu sehingga terpaksa menanggung kerugian yang besar
Selain daripada memastikan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan, Perlembagaan Persekutuan juga mempunyai kepentingan yang lain. Bincangkan. SOALAN 4
Soalan ini boleh menjadi.. Kepentingan Perlembagaan Persekutuan * Fungsi Perlembagaan Persekutuan * Peranan Perlembagaan Persekutuan * Impak positif Perlembagaan Persekutuan * Sebab Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan * Tujuan Perlembagaan Persekutuan diwartakan
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMASTIKAN SISTEM PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN BERKESAN * Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan yang dibentuk adalah berlandaskan kepada demokrasi berparlimen. Perkara ini dijalankan melalui proses pilihan raya yang memberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil masing-masing. * Sistem yang mempunyai tempoh masa selam lima tahun sepenggal adalah adil dalam memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berkuasa untuk memerintah dan mentadbir negara ke arah yang lebih baik MENGUKUHKAN PERPADUAN NASIONAL * Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Maka, akan wujudnya perbezaan dari pelbagai aspek sepertiseni dan budaya, adat resam serta makanan * Dengan wujudnya Perlembagaan Persekutuan, hak dan kebebasan warganegara terjamin kerana undang-undang bertulis ini dapat memastikan setiap ahli masyarakat menjaga tata tertib dan menghormati hak masingmasing dalam usaha mengukuhkan perpaduan nasional di Malaysia.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENJAMIN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA * Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, polisi dan dasar-dasar kerajaan yang digubal seharusnya menguntungkan rakyat dan kesejahteraan hidup dapat dicapai * Situasi ini memberikan imej yang kepada negara di mana ia bakal menarik minat pelabur asing untuk melabur di dalam negara. Secara langsung, peluang pekerjaan dicipta untuk masyarakat tempatan dan pertumbuhan ekonomi domestik akan bercambah. MENGEKALKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA * Dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, hak istimewa yang disebut merangkumi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain. * Misalnya, bahasa Melayu telah diangkatsebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kaum lain bebas untuk mengamalkan bahasa ibunda dan menganuti agama masing-masing
Bagi memenuhi ekspektasi pelanggan dan pihak berkepentingan, setiap penjawat awam hendaklah melaksanakan tugas berteraskan prinsip tadbir urus baik. Jelaskan. SOALAN 5
PRINSIP TADBIR URUS BAIK FOKUS KEPADA PELANGGAN * Tadbir urus terbaik sentiasa memberi keutamaan menyeluruh kepada pelanggan * oleh itu, usaha berterusan dilakukan untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan * Contohnya, piagam pelanggan bagi Jabatan Perkhidmatan Awam antaranya ialah memberikan maklum balas untuk aduan atau pertanyaan dalam tempoh 7 hari bekerja BERETIKA * Penekanan kepada nilai positif dalam pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan * Pihak pengurusan sentiasa memastikan ahli agensinya memiliki etika yang tinggi dan mengamalkan nilai murnisemasa menjalankan tugas * Misalnya, pegawai kaunter di JPN memberikan senyuman kepada pelanggan yang hadir di kaunternya
PRINSIP TADBIR URUS BAIK EFEKTIF DAN EFISIEN * Pegawai sektor awam perlu sentiasa memastikan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara berkesan dan cekap * Seseorang pegawai perlu memastikan organisasinya mempunyai sistem yang dinamik, cepat dan tepat melalui penggunaan sumber yang minimum dengan penghasilan kerja yang maksimum INTEGRITI * Mengamalkan nilai-nilai Amanah, jujur, kebolehpercayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri * Amalan integriti bergantung kepada tahap keberkesanan pelaksanaan Perintah Am Perkhidmatan Awam dan juga kepada etika peribadi dan profesional pegawai awam itu sendiri
Tadbir urus baik memberi banyak impak positif kepada sektor awam negara. Jelaskan. SOALAN 6
Soalan ini boleh menjadi.. Impak positif tadbir urus baik kepada sektor awam negara * Kepentingan tadbir urus baik kepada sistem penyampaian sektor awam * Kesan baik tadbir urus baik kepada sistem penyampaian kerajaan * Kelebihan tadbir urus baik kepada sistem penyampaian kerajaan
IMPAK POSITIF TADBIR URUS BAIK KEPADA SEKTOR AWAM NEGARA MENINGKATKAN IMEJ SEKTOR AWAM NEGARA * Perkhidmatan berteraskan prinsip tadbir urus baik menyebabkan sektor awam negara mendapat kepercayaan rakyat dan pelabur luar untuk menjalankan pelbagai urusan perniagaan di sini * Negara luar turut memandang tinggi imej yang dipamerkan oleh penjawat awam Malaysia sehingga dijadikan contoh kepada penjawat awam mereka MENAMBAH BAIK PRESTASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM * Prestasi penyampaian perkhidmatan awam akan menjadi lebih berkesan dan cekap kerana segala urusan di bahagian kaunter perkhidmatan lebih sistematik, cepat, telus dan mesra pelanggan * prosuder dan polisi yang jelas digunakan dan disampaikan kepada rakyatsecara telus dalam usaha menyelesaikan permasalahan rakyat
IMPAK POSITIF TADBIR URUS BAIK KEPADA SEKTOR AWAM NEGARA MENINGKATKAN DAYA SAING NEGARA * Penjawat awam yang berpegang kepada prinsip tadbir urus baik dalam melaksanakan tugas mereka dapat membantu meningkatkan daya saing negara ke tahap yang lebih tinggi * Misalnya, daya saing negara dalam sektor pendidikan dapat dipertingkatkan kerana para pendidik yang dilahirkan adalah berkualiti dan sentiasa memandang ke hadapan MEMENUHI JANGKAAN PIHAK BERKEPENTINGAN * Pihak berkepentingan mendapat perkhidmatan yang cekap dan berkualiti melalui perkongsian maklumat yang lengkap, tepat dan jelas * Sebagai contoh, baru-baru ini para pelabur berasa terjamin untuk membuat pelaburan di negara ini kerana kedudukan dan dasar pentadbiran yang kukuh di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10.
Modal insan yang berkualiti mampu meningkatkan kecemerlangan tadbir urus sektor awam. Jelaskan kualiti yang perlu ada pada pemimpin dan pelaksana dasar bagi meningkatkan kecemerlangan tadbir urus sektor ini. SOALAN 7
Soalan ini boleh menjadi.. Kualiti yang perlu ada pada pemimpin dan pelaksana dasar bagi meningkatkan kecemerlangan tadbir urus sektor awam * Nilai yang perlu ada pada pemimpin/pelaksana dasar * Sifat yang perlu ada pada pemimpin/pelaksana dasar * Etika kerja yang perlu ada pada pemimpin/pelaksana dasar
KUALITI YANG PERLU ADA PADA PEMIMPIN BAGI MENINGKATKAN KECEMERLANGAN TADBIR URUS SEKTOR AWAM BERSIFAT TELUS * Seorang pemimpin yang bersifat telus mestilah bebas darisikap mementingkan diri dan mementingkan pihak tertentu * Sebagai contoh, usaha KKM semasa memberikan info-info terkini berkaitan pandemik COVID-19 darisemasa ke semasa menunjukkan ketulusan kementerian ini dalam usaha memerangi dan mengawal pandemik ini daripada terus menular dalam kalangan masyarakat MEMILIKI PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN KRITIS * Pemikiran ini sangat diperlukan semasa membuatsebarang keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah * Melihat kepada situasi semasa COVID-19 di negara ini, kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan pelbagai inisiatif di bawah PENJANA untuk membantu pemain industri bagi menangani beban ekonomi pasca COVID-19
KUALITI YANG PERLU ADA PADA PELAKSANA DASAR BAGI MENINGKATKAN KECEMERLANGAN TADBIR URUS SEKTOR AWAM BERINTEGRITI * Sebagai usaha berterusan ke arah meningkatkan tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang, isu berkaitan integriti perlu ditangani secara menyeluruh dan konsisten * Maka, pelaksana dasar perlu menanam nilai murni dan amalan kerja beretika untuk mendukung integriti dan profesionalisme di semua peringkat BERPENGETAHUAN * Pihak pelaksana dasar perlu mengetahui dan memahami segala keperluan yang harus diambil kira sebelum melaksanakan apa-apa dasar untuk manfaat rakyat * Ini bagi memastikan dasar yang bakal diputuskan nanti dapat dilakukan secara berkesan dan memastikan bahawa penyampaian perkhidmatan sesuai dan selari dengan kehendak dan jangkaan rakyat
Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi memastikan tadbir urus baik, tetapi pada masa yang sama, kerajaan berhadapan dengan cabaran untuk memastikan matlamat tersebut tercapai. Jelaskan. SOALAN 8
USAHA UNTUK MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MEMASTIKAN TADBIR URUS BAIK, MENGGUNAKAN ICT DALAM PERKHIDMATAN AWAM * Penggunaan ICT seperti mengaplikasikan perkhidmatan atastalian akan melicinkan urusan pentadbiran dan turut memudahkan urusan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam * Rakyat boleh membuatsebarang bentuk pembayaran seperti bil, cukai, denda dan saman secara atas talian sahaja tanpa perlu beratur panjang di kaunter-kaunter kerajaan MENINGKATKAN KEMAHIRAN & PENGETAHUAN SUMBER MANUSIA * Sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan cekap amat diperlukan untuk mengendalikan segala sistem yang digunapakai oleh agensi kerajaan agar ianya mudah diakses dengan mudah dan berkesan * Bagi memenuhi matlamat tersebut, latihan dan pembangunan sumber manusia amat diperlukan bagi membolehkan pekerja memperoleh kemahiran baru, mengasah kemahiran yang sedia ada serta dapat meningkatkan produktiviti
CABARAN UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT TERSEBUT TERCAPAI BERHADAPAN DENGAN KARENAH BIROKRASI * Prosedur kerja yang kompleks dan pengurusan yang berperingkatperingkat kadang kala menyukarkan para pelanggan untuk menerima sesuatu perkhidmatan dari pihak kerajaan * Prosuder yang pelbagai sering memakan masa yang lama untuk diselesaikan dan ini mencerminkan kegagalan agensi yang menguruskannya kerana tidak cekap dan lambat bertindak ISU INTEGRITI DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM * Cabaran ini terjadi kerana bilangan penjawat awam yang ramai dan berkhidmat dalam pelbagai agensi menghadapi kesukaran untuk menerapkan budaya kerja cemerlang * Kewujudan segelintir pegawai yang tidak berdisiplin dan tidak bertanggungjawab juga sememangnya menjejaskan mutu perkhidmatan kerajaan bahkan menjadi beban dan polemik kepada kerajaan
THANKS! anysfadzlyn Pengajian Am Channel FOLLOW US AND SUBSCRIBE