The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aimee, 2023-09-14 18:34:31

Kertas Soalan Ujian

k1

1 ARAHAN : 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan kelas anda pada ruangan yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas peperiksaan ini. 4. Kertas peperiksaan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. NAMA :……………………………………………………………………………………………………. KELAS :……………………………………………………………………………………………. UJIAN BERTULIS KERTAS 1 DISEMBER 2021 1 Jam 30 Minit Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 - 20 20 B 1a 3 1b 2 2 10 3 10 C 1 15 (Pilih satu) 2 15 Jumlah 60


2 TERHAD BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga Soalan 5 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Seorang ________________ keselamatan berjaya menggagalkan cubaan untuk merompak sebuah bank. A pentadbir B pengerusi C pemimpin D pengawal 2 “Biarlah ________________ berhadapan dengan perajurit Jawa ini,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah. A beta B hamba C patik D anda 3 Pemain pertahanan itu duduk lalu mengurut-urut bahagian betisnya yang _________________. A kembang B ketat C kejang D kecut 4 Kaki kanan Kelvin _________________ ke dalam lubang yang agak dalam semasa dia berjalan di tebing bukit itu. A terperosok B terjunam C tersungkur D terpalit 5 Cikgu Nazim ___________________ khabar ayah yang masih terlantar di hospital. A ditanya B bertanya C menanya D bertanyakan


3 Soalan 6 hingga Soalan 7 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. 6 Pokok bunga raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai A B pokok terhias. Tiada kesalahan C D 7 Azura setia berada di samping ibunya hingga ke saat ibunya menghembuskan nafas yang A B C terakhir. Tiada kesalahan D Soalan 8 hingga Soalan 9 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 8 I Tangan mangsa terikat pada sebatang pokok di dalam hutan itu semasa pihak polis menjumpainya. II Mahasiswa yang mendapat pinjaman pendidikan daripada syarikat swasta itu terikat dengan syarat-syarat tertentu. III Ramli terikat buah petai yang dikaitnya pada pagi tadi dengan tali untuk dijual. IV Fahmi sudah meninggalkan kumpulan terikat itu sejak lama dahulu. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 9 I Beberapa bahagian anggota tubuh datuk sakit-sakit sejak tiga hari lalu. II Kakak memasukkan semula semua anggota permainan yang bertaburan di lantai ke dalam bakul. III Sudah tiga tahun Huzair menjadi anggota pengakap di sekolahnya. IV Beberapa anggota pasukan penyelamat bergegas ke tempat kemalangan setelah menerima maklumat. A I, II dan III sahaja B II, III dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja


4 Soalan 10 hingga Soalan 11 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 10 Hanya tiga orang yang layak menerima hadiah di antara semua peserta-peserta yang menyertai pertandingan pidato itu. A antara semua peserta B antara semua peserta-peserta C di antara semua peserta D di antara semua peserta-peserta 11 "Mereka hendak pergi ke perpustakaan dan kantin?" tanya Rizman kepada Lili. A perpustakaan dan ke kantin B ke perpustakaan atau kantin C ke perpustakaan atau ke kantin D ke perpustakaan dan kantin Soalan 12 hingga Soalan 13 Pilih ayat-ayat yang betul. 12 I Kami makan tengah hari sambil berbual-bual di Kak Nab Restoran. II Syafiq ke sekolah tiap-tiap hari dengan menunggang basikal. III Berhari dia menyiapkan tugasan itu. IV Indah sungguh pemandangan di Pulau Pangkor. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja 13 I Yusrini memasukkan dua biji telur ke dalam adunan kek. II Anuar berasa tidak betah tinggal lama di rumah abangnya. III Baju yang dipakai oleh saya telah lusuh. IV Makan makanan yang manis merbahaya untuk kesihatan. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja


5 Soalan 14 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 14 Semua ahli keluarganya bergembira pada hari itu tetapi dia bersedih kerana terkenangkan kucingnya yang hilang. A Setiap kali terkenangkan kucingnya yang hilang, dia akan bersedih walaupun ahli keluarganya bergembira. B Pada hari itu, semua ahli keluarganya bergembira sedangkan dia bersedih kerana terkenangkan kucingnya yang hilang. C Pada hari semua ahli keluarganya bergembira, dia akan bersedih kerana terkenangkan kucingnya yang hilang. D Dia tidak dapat bergembira dengan ahli keluarganya pada hari itu kerana terkenangkan kucingnya yang hilang. Soalan 15 Pilih maksud peribahasa yang paling sesuai. 15 "Fikirlah masak-masak sebelum kamu melepaskan jawatan ini kerana belum pasti kamu akan selesa di tempat baharu itu kelak yang kononnya akan menjanjikan tawaran gaji dua kali ganda daripada yang kamu peroleh sekarang ini. Saya khuatir kelak _____________________ ,” nasihat pengurus besar syarikat itu kepada Fitri. A yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih C laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan D hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri


6 Soalan 16 hingga Soalan 20 Baca prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 16 Mengapakah tubuh Si Miskin dan isterinya berlumuran darah? A Luka terkena duri-duri pokok. B Terjatuh ketika lari menyelamatkan diri. C Dipukul dan dilontar orang dengan kayu. D Dikejar oleh orang ramai yang menemuinya. 17 Apakah tujuan Si Miskin masuk ke hutan? A Mencari ubat dan pucuk kayu. B Mendapatkan tebu dan ketupat. C Mencari barangan yang berharga. D Menunaikan permintaan isterinya. Maka hari pun petanglah. Maka Si Miskin itu tiada undur dari situ lagi. Di sanalah ia tidur. Maka hari pun sianglah. Maka pagi-pagi hari maka Si Miskin pun pergi berjalan dua laki isteri maka bertemulah dengan orang. Maka dilihatnya Si Miskin itu segera mereka mengambil kayu. Maka dilontarnya dan dipalunya Si Miskin dua laki isteri itu. Maka ia pun larinya membawa dirinya dengan berlumuran darah. Maka kata isterinya, "Wahai kakanda, sangatlah rasa tubuhku tiada berdaya lagi, hancurlah segala anggotaku." Maka terlalu belas rasanya hati suaminya melihat laku isterinya maka ia pun turut menangis seraya mengambil daun kayu, dimandikannya maka disapunya seluruh tubuh isterinya sambil berkata, "Diamlah tuan, jangan menangis. Sudahlah untung kita ini rupanya." Maka isterinya pun diamlah. Adapun akan Si Miskin itu asalnya daripada keinderaan kena sumpah Betara Guru sebab ia turun ke dunia membawa isterinya tiada memberitahu Betara Guru. Itulah maka demikian dirasanya. Setelah demikian maka suaminya pun pergilah masuk ke hutan mencari ubat dan taruk kayu mana yang dapat dimakan oleh orang. Maka dibawanya pada isterinya. Maka dimakannya dua laki isteri. Hatta dengan demikian itu juga isterinya pun hamillah. Tiga bulan lamanya ia makan ketupat dan buku tebu itu juga. Adapun akan asalnya ketupat dengan buku tebu itu anak kepada Betara Karma Jaya dua bersaudara, seorang lelaki seorang perempuan. Sekali peristiwa dia bermohon kepada ayahanda baginda hendak turun ke dunia. Maka titah baginda, "Baiklah, hai anakku, tetapi jangan anakku bercerai dua bersaudara." (Dipetik daripada prosa tradisional "Bahagia Sesudah Derita", dalam Antologi Bintang Hati, 2016.)


7 18 Isteri Si Miskin hamil apabila memakan A taruk kayu. B ubat-ubatan. C daun-daun kayu. D ketupat dengan buku tebu. 19 Yang berikut berkaitan dengan kesudahan prosa tradisional secara keseluruhan, kecuali A Si Miskin memperoleh anak yang diberi nama Puteri Nila Kasuma. B Si Miskin menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Indera Angkasa. C Negeri Puspa Sari berjaya menguasai beberapa negeri lain. D Isteri Si Miskin bergelar Tuan Puteri Ratna Dewi. 20 Si Miskin sanggup bersusah payah meneruskan kehidupan di tempat baharu. Pada pendapat anda, mengapakah Si Miskin dapat menyesuaikan diri di tempat baharu? A Memaksa diri menghadapi cabaran yang berat. B Memiliki semangat tidak berputus asa. C Asal usulnya orang lebih susah. D Malu terhadap isterinya.


8 HELAIAN JAWAPAN BAHAGIAN A NAMA :……………………………………………………………………………………………………. KELAS :……………………………………………………………………………………………. 1 11 2 12 3 13 4 14 5 15 6 16 7 17 8 18 9 19 10 20


9 Bahagian B [25 markah] Soalan 1(a) Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. i _______________________________________ ii _______________________________________ iii _______________________________________ [3 markah] Soalan 1(b) Tukar ayat biasa di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal. i Ayah menanam bunga ros merah di hadapan rumah kami. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ii Semua murid sekolah kami menyertai Program Hijaukan Alam Sekitar. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ [2 markah] Laksamana Megat Seri Rama dan angkatan tentera-tentera Johor telah berjaya mengalahkan lanun di laut. Mereka kembali ke Kota Tinggi. Laksamana Megat Seri Rama menerima anugerah daripada Sultan Mahmud Syah atas kejayaan beliau itu. Tidak lama kemudian, Laksamana Megat Seri Rama pulang ke rumahnya. Tun Aman memberitahu Laksamana Megat Seri Rama bahawa isterinya, Wan Anum telah sultan bunuh. Hal ini berpunca daripada tindakan Wan Anum yang makan seulas nangka kepunyaan sultan. Laksamana Megat Seri Rama berasa amat marah dan sedih. Bagi Laksamana Megat Seri Rama, hutang darah perlu dibayar dengan darah. Oleh itu, beliau berazam demi untuk membalas dendam kepada sultan.


10 Soalan 2 Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 "Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!" jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebihlebih lagi sejak aku memasuki sekolah menengah. Apatah lagi setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpangi bas sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki. (Dipetik daripada cerpen "Legasi Tapai Ubi'', antologi Bintang Hati, Kementerian Pendidikan Malaysia) BAHAN 2 "Budin bangun!" suara itu jelas kedengaran di cuping telingaku, tetapi wajahnya masih samar. Mataku sukar untuk dibuka, semakin berat umpama ada batu yang menindih dan gam yang melekat menyebabkan wajah yang memanggilku masih tidak dapat dilihat. Seperkara yang masih berlegar di benakku hanya apabila ada benda yang berat jatuh menimpaku semasa kukerah tenaga tulang empat kerat ini mengangkat karung berwarna coklat berisi pasir. Masih terbayang juga timbunan batu bata yang perlu disusun membentuk tembok kemegahan warga kota yang sentiasa mendongak ke langit menyulam impian mereka. Semua itu kulakukan untuk Ain yang masih belum mengenal erti bermandi peluh dan debu untuk mendapat secebis roti mahupun sebungkus nasi. Hanya kami berdua tanpa ibu bapa seperti kanak-kanak lain yang hangat dalam pelukan insan tersayang. Namun, aku berjanji akan sentiasa bersamamu Ain. Nafasku, darahku, hidupku untukmu.


11 i Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kerja yang dilakukan oleh Parjo dan Budin? [3 markah] ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ii Nyatakan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. [3 markah] ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ iii Tindakan Parjo dan Budin membantu ahli keluarga merupakan sikap yang perlu ada dalam diri anak-anak. Namun, ada yang berpendapat bahawa dalam usia muda mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja. Pada pendapat anda, apakah yang dapat dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu murid-murid seperti mereka? [4 markah] ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________


12 Soalan 3 Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. Nilai merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil karya mereka bagi tujuan mendidik pembaca. Penerapan nilai ini digambarkan menerusi sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, kemukakan dua contoh peristiwa yang bersesuaian dengan nilai tersebut. Peristiwa yang dikemukakan mestilah berkait dengan watak utama yang dinyatakan. NOVEL WATAK UTAMA NILAI Justeru Impian di Jaring Syahir Patriotisme Tawanan Komander Caucasus Farhani Keberanian Chot Alias Baik hati Hempasan Ombak Farid Kerajinan ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________


13 Bahagian C [15 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Soalan 1 Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. KELEBIHAN TELEFON PINTAR Alat Komunikasi Melayari internet Mendengar lagu Menonton video Mencari maklumat Perbankan internet Merakam gambar dan video Membeli-belah dalam talian Medium media sosial Permainan interaktif maya


14 Soalan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha meningkatkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan masyarakat. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kerajaan telah mengadakan Kempen Bulan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Malaysia sebagai cara meningkatkan minat masyarakat menguasai TMK. Matlamat penganjuran bulan TMK adalah untuk memastikan semua golongan rakyat mendapat faedah daripada projek yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sejak tahun 1990-an rakyat negara ini diajak supaya menjadi masyarakat yang celik teknologi maklumat. Kini, bukan sahaja kita mahu rakyat menjadi celik TMK, malah mahukan mereka menjadi masyarakat yang berinovasi. Usaha pada peringkat awal bagi memastikan rakyat celik TMK ialah Kementerian Pendidikan telah mewujudkan mata pelajaran TMK di sekolah di samping menyediakan makmal-makmal komputer di sekolah rendah dan menengah. Menerusi pembelajaran tersebut, semakin ramai rakyat Malaysia yang tahu menggunakan komputer. Pada waktu itu juga, ramai yang lebih berumur enggan menggunakannya kerana menganggap teknologi ini sesuatu yang sangat asing. Lantas, mereka yang tidak berminat menggunakan komputer diajak untuk mempelajari komputer supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Golongan ini didedahkan dengan kursus-kursus komputer yang dijalankan secara jangka masa pendek. Selain itu, bas yang memuatkan komputer pula bergerak dari kampung ke kampung agar masyarakat luar bandar berpeluang menggunakannya. Pada waktu yang sama, media massa khususnya televisyen mendedahkan kepentingan menguasai TMK untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Perdana Menteri pula bersikap proaktif dengan menggesa rakyat bersama-sama menguasai TMK kerana pada pandangan beliau, TMK mampu mempercepat proses kemajuan Malaysia. Pada hakikatnya, pembangunan TMK negara pesat berkembang. Kemajuan ini bukan tertumpu di Cyberjaya dan Lembah Klang sahaja, tetapi jalinan rangkaiannya tersebar luas ke seluruh negara. Sesungguhnya, kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha untuk memastikan masyarakat dapat menguasai TMK. Sebelum ini, kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan caruman KWSP untuk membeli komputer. Malah, Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah mengeluarkan perisian komputer dalam bahasa Melayu agar masyarakat luar bandar mudah untuk mempelajarinya.


15 ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Disediakan oleh :______________ Disemak oleh :_______________ Disahkan oleh :_____________ Nama :Ting Yien Nee Nama :Jamie Chiong Nama :Mohd Syahmirza Abdullah Jawatan :Guru Subjek BM Jawatan :Ketua Panitia BM Jawatan :Ketua Bidang Bahasa


Click to View FlipBook Version