The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaini5297, 2018-12-19 22:51:51

Buku Pengurusan SK(F)LM 2019 (induk)

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

SEJARAH SEKOLAH

SK Lui Muda ditubuhkan pada 4 Januari 1988 dengan menumpang di bangunan Sekolah
Agama Rakyat dan kelas KEMAS bersebelahan dengan Masjid Felda Lui Muda. Ketika itu

jumlah murid seramai 227 orang dan tenaga pengajarnya seramai 12 orang dan diketuai
oleh En Hassan Yusof sebagai Guru Besar.

Pada 1 Oktober 1990 SKLM telah berpindah ke bangunan baharunya sendiri yang
mempunyai 1 bangunan 3 tingkat yang dilengkapi dengan pejabat, bilik guru, bilik darjah,

Pusat Sumber Sekolah, surau, setor dan tandas. Turut serta tersedia adalah sebuah kantin,
padang dan 2 buah rumah guru.

Selain daripada itu sebuah makmal komputer dan sebuah surau telah dibina. Bangunan di

blok B juga telah diubahsuai untuk menempatkan kelas prasekolah, bilik Kemahiran Hidup
dan Makmal Sains. Rumah guru juga ditambah lagi sebanyak 8 unit. Semua kemudahan

yang tersedia ini dapat dimanfaatkan oleh Warga SKLM sepenuhnya.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia dalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019


MOTTO SEKOLAH

BERILMU BERAMAL BERDISIPLIN- Jika seseorang itu berilmu hendaklah istiqomah
dalam amalannya dan berdisiplin bagi memastikan kejayaan di dunia dan akhirat.



FALSAFAH SEKOLAH

Integriti,Adil,Penyayang Dan Muafakat


IKRAR SEKOLAH

Kami, warga Sekolah Kebangsaan Lui Muda dengan penuh iltizam berjanji
menyempurnakan tugas dan tanggungjawab bagi mendidik, murid-murid menjadi insan
yang sempurna rohani dan jasmani dan sentiasa berusaha ke arah kejayaan yang lebih
besar.
Ke arah itu, kami mengiktiraf hak pelanggan kami seperti berikut:-

1. Menghayati dan melaksanakan Falsafah Pendidikan Negara bagi mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial dengan
berpegang kepada Rukun Iman dan Rukun Negara.

2. Memastikan semua murid mendapat layanan yang sama serta pendidikan yang
sempurna sesuai dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

3. Berusaha dengan gigih serta berterusan bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang
kurikulum, sahsiah, kokurikulum serta pengurusan dan pentadbiran.

4. Memastikan semua masalah diambil tindakan mengikut keperluan dan keutamaan.

5. Sentiasa menjalin interaksi padu dengan ibu bapa, masyarakat serta komuniti sosial yang
lain ke arah kemajuan dan perkembangan sekolah.

6. Memastikan semua maklumat terkini dari dan kepada PPD JJ dan JPNS dapat
disampaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

7. Sentiasa mengeratkan silatulrahim antara warga sekolah dan pelajar dengan konsep
sekolah penyayang .

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019


PIAGAM SEKOLAH

1. Memastikan urusan perkhidmatan nasihat, bimbingan dan kebajikan dapat dimanfaatkan
oleh Murid.
2. Memastikan kemudahan infrastruktur sekolah dilengkapkan mengikut keperluan
3. Menguruskan agihan tugas guru dan staf secara adil
4. Menyediakan data dan maklumat sekolah yang lengkap dan terkini
5. Menyedia dan melaksanakan program latihan kepada guru dan kakitangan sokongan
dengan berkesan
6. Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dapat dilaksanakan
dengan berkesan
8. Memastikan pengurusan dan pelaksanaan berkesan kurikulum, kokurikulum dan sukan
di sekolah.
9. Memastikan pentaksiran berasaskan sekolah dan berpusat dilaksanakan dengan
cekap, lancar dan selamat
10. Memastikan peruntukan kewangan yang diperoleh daripada pelbagai sumber
dimanfaatkan sepenuhnya mengikut prosidur yang ditetapkan
11. Mengadakan permuafakatan dengan PIBG, agensi-agensi kerajaan, swasta dan
organisasi bukan kerajaan untuk kemajuan.

.

CIRI-CIRI PELAJAR SEKOLAH

TAAT DAN PATUH

Ajaran Agama, Ibubapa, Guru, Peraturan Sekolah dan Undang-Undang Negara

MENCINTAI ILMU

Minat Membaca, Suka Mencatat
Minat Berbincang, Suka Bertanya
Minat Mengkaji, Suka Menganalisa
Minat Menghadiri Majlis Ilmu

BERUSAHA MENGUASAI

Kemahiran Pengurusan Diri, Membaca, Berfikir, dan Teknologi Terkini (Komputer)

MENYAYANGI

Diri Sendiri, Ibubapa, Keluarga, Guru, Rakan Sebaya, Sekolah, Alam Sekitar dan Sekolah

BERBUDI PEKERTI

Tingkahlaku Terpuji, Bersopan-Santun, Hormat-Menghormati, Berdisiplin Yang Tinggi,
Bertoleransi dan Rasional.
Kearah Menuju Ciri-Ciri Yang Tersebut di atas adalah *TERPUJI SEMUANYA
CEMERLANG*

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH





SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) LUI MUDA
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


1. Nama Sekolah SK (Felda) Lui Muda
2. Alamat Sekolah 72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan Darul Khusus
3. Kod Sekolah NBA6024

4. Lokasi Luar Bandar

5. Daerah Jempol
6. PPD Jempol Jelebu
7. Mukim Bandar Seri Jempol

8. Jenis Bantuan PCG (Per Kapita Grant)
9. Gred A

10. Keluasan Tanah 2.7 HEKTAR
11. Nama Guru Besar MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA PMC,PJK

12. Sesi 1 Sesi (Pagi)
13. Bilangan Guru 17 orang

14. Enrolmen Murid 115 orang
15. Bilangan Kelas Beroperasi 8 buah kelas
16. Email Sekolah [email protected]
[email protected]
1GOVUC\NBA6024.edu

17. Laman Blog Sekolah http://
18. Laman Web http://www.

19. No. Pendaftaran PIBG JPNS/0231

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019


LENCANA SEKOLAH










WARNA / SIMBOL PENGERTIAN



MERAH Diambil sempena warna-warna yang terdapat dalam
bendera Negeri Sembilan Darul Khusus
HITAM

KUNING


OREN Diambil dari warna asas Felda

PUTIH Dan Warna Bendera SKLM



BINTANG Lambang Agama Islam

BULAN SABIT MERAH Ini bermakna SK (F) Lui Muda adalah berteraskan
kepada Pendidikan Islam



BUKU Melambangkan kepentingan ilmu dan pendidikan
dalam kehidupan ini



OBOR Melambangkan sekolah sebagai cabang institusi
yang menyampaikan illmu


BENTUK ‘PENTAGON’ Lambang Perpaduan



MOTTO – “Berilmu Beramal Jika seseorang itu berilmu hendaklah istiqomah
Berdisiplin” dalam amalannya dan berdisiplin bagi
memastikan kejayaan di dunia dan akhirat.

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

LAGU SEKOLAH


SKLM TEMPAT KAMI BERNAUNG
MENUNTUT ILMU PENGETAHUAN
DISINI KAMI BERSAMA-SAMA
MEMBENTUK NILAI-NILAI MURNI


KAMI BELAJAR SELURUHNYA
MENGIKUT MATLAMAT YANG SATU
BELAJAR HINGGA AKHIRNYA
BUDI BAHASA DI JAGA

“Chorus”
KEBERSIHAN, KESOPANAN, AMALAN KAMI
AMANAH SENTIASA
DISIPLIN TERPELIHARA

MENJADI LAMBANG BERSAMA 2 X



GUBAHAN MUZIK DAN LIRIK ASAL : EN MOHD NOR BIN WAHAB
GUBAHAN SEMULA MUZIK : EN. AHMAD SYARIFI (KOMENG) 2017
NYANYIAN : PN KAMISAH SHAHAROM, EN MOHD RIDUAN ZAKAREA DAN PELAJAR TAHUN 6 (2017)

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019


PELAN SEKOLAH

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019


PELAN KEBAKARAN SEKOLAH



Padang Permainan Pra
BLOK Sekolah


A

Pra Sekolah Bilik RBT Makmal Sains


Perpustakaan Bilik Tayangan Tahun 4 Tahun 5 Bilik J-Qaf Tandas
Murid

BLOK Tangga Tangga
A B
B
Pejabat Bilik Guru Bilik Bilik Tahun 3 Tahun 2 Tandas Tandas

Boss Gerakan Murid Guru

Tangga Tangga
A B

B. Bilik Tahun 6 Tahun 1 Dewan Bilik Stor Tandas
D.M Pemulihan B.D. Sukan Murid

K
Tangga Tangga

A B








Makmal Komputer Surau Kantin







Padang Sekolah (Tempat berkumpul)
Laluan Keselamatan

Laluan Alternatif

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

PANDUAN AM GURU DAN STAF SOKONGAN


1. PERINTAH AM
Sebagai penjawat awam, guru-guru da kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan arahan
yang terdapat di dalam Perintah am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan
dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling
berkaitan.

2. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
2.1. Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan kebangsaan, Etika Kerja Islam, Teras Perkhidmatan
dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
2.2. Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi sekolah.
2.3. Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi dan Objektif Sekolah.
2.4. Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
2.5. Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi
kepentingan peribadi.
2.6. Semua guru adalah guru disiplin.
2.7. Semua guru adalah guru kaunseling

3. WAKTU HADIR / WAKTU PULANG
3.1. Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
3.2. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.15 pagi setiap hari
sebelum waktu persekolahan dan merekod SENDIRI waktu sampai di pejabat.
3.3. Guru hendaklah memberitahu Guru Besar secepat mungkin, kiranya tidak dapat hadir
atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab munasabah.
3.4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan.
3.5. Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam
yang sedang berkuatkuasa.
3.6. Guru adalah digalakkan balik selepas 10 minit waktu pulang rasmi.
3.7. Biar murid pulang dahulu untuk elakkan kesesakan.
3.8. Guru / staf perlu tunjukkan teladan yang baik.
3.9. Pastikan guru / staf merekod SENDIRI waktu pulang.

4. KELUAR WAKTU BERTUGAS
4.1. Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong
Kanan (jika ketiadaan Guru Besar).
4.2. Guru dan staf sokongan dikehendaki mencatat dalam Buku Kebenaran Keluar di
pejabat.
4.3. Kerja bertulis / tugasan hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan
sekolah.
4.4. Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk
semula dalam Buku Kebenaran Keluar.

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

5. MELAKUKAN KERJA LUAR
Penjawat Awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi
Perintah Am Bab “D” seperti berikut :-
5.1. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
5.2. Dibenarkan dengan syarat :-
5.2.1. Tidak dilakukan semasa waktu bekerja / pejabat.
5.2.2. Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
5.2.3. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
kepentingan jabatan.

6. DISIPLIN GURU
6.1. Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai
satu kerja :-
1.1.1. Bertanggungjawab begi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan
semua murid dengan memuaskan.
1.1.2. Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan
ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah
dihadiri bersama oleh guru perempuan.
1.1.3. Batasan pergaulan antara sesame kakitangan dan murid-murid hendaklah
sentiasa dijaga.
6.2. Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
6.2.1. Menepati masa.
6.2.2. Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah
dilaksanakan dengan sempurna.
6.2.3. Guru gantilah mesti terima dengan rela hati dan penuh rasa setiakawan
memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah ditetapkan.
6.2.4. Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.
6.2.5. Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan.
6.3. Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.
6.3.1. Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin
dan akhlak.
6.3.2. Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng,
kesihatan, kebajikan, kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah.
6.3.3. Bersikap tegas terhadap pelajar tetapi elakkan dari melakukan deraan.
6.3.4. Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran
kepada murid. Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran
adalah dilarang.
6.4. Waktu tidak mengajar (Free Period)
6.4.1. Bukan ‘free’ mutlak tetapi ‘non teaching period’.
6.4.2. Gunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, sediakan
BBM, buat rujukan atau menulis persediaan mengajar.
6.4.3. Berbincang secara professional dengan rakan sejawat tentang masalah murid
dan PdP.
6.4.4. MAKAN sekadar menghilangkan lapar.
6.4.5. Jangan mewujudkan ‘Budaya Kopitiam”.
6.5. Tugas mengawas Peperiksaan Dalaman.
6.5.1. Diwajibkan untuk semua guru.
6.5.2. Mesti ikut waktu mula hingga waktu tamaty seperti yang telah ditetapkan
dalam Jadual Pengawasan Kelas.
6.5.3. Dilarang melakukan aktiviti lain seperti emmeriksa kertas jawapan pelajar,
membaca akhbar, menanda buku latihan atau berbual dengan rakan sejawat.

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

7. CUTI
7.1. Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A (30) bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapati cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-
tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
7.2. Cuti Rehat Khas(CRK)
7.2.1. Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4
Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari
dalam satu tahun kalendar, (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2017)
7.2.2. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang
Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
7.2.3. Layak dipohon dan kelulusan atau budi bicara Guru Besar dengan syarat tidak
menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran
sekolah.
7.2.4. Mesti dipohon daripada Guru Besar dengan berjumpa secara peribadi BUKAN
isi borang dan ditinggalkan kepada Pembantu Tadbir.
7.2.5. Isi borang setelah mendapat kebenaran.
7.2.6. Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum, kecuali kes-kes kecemasan (perlu maklum melalui telefon).
11.2.7. CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB.
GURU BESAR BERHAK MEMBATALKAN CUTI ATAU MEMANGGIL
GURU KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA PERLU.
7.3. Cuti Sakit
7.3.1. Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
7.3.2. Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Doktor Swasta tidak melebihi 15 hari dalam
setahun.
7.3.3. Cuti Sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan kepada PPD/JPN dan KPM.
7.3.4. Semua jenis Cuti Sakit hendaklah dilaporkan kepada PPD/JPN dan KPM.
7.4. Cuti Keluar Negara
Semua guru yang bercuti keluar Negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu
sebelum tarikh bercuti.
7.5. Cuti Khas – Isteri Bersalin
Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan
am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.
7.6. Cuti Tanpa Rekod
Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah Cuti Gantian kerana bekerja lebih masa,
cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan /
persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan
ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

7.7. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari
sebagai Cuti Tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah; suami atau isteri,
anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan
pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

8. PAKAIAN
8.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
masyarakat. Semua jenis pakaian ‘jenas’ tidak dibenarkan.
8.2. Pakaian berbentuk seluar, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan
8.3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.
8.4. Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut / sepatu, guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu (lasut sarung / bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi.
8.5. Semua guru digalakkan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.
8.6. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani / Aktiviti Kokuriulum dikehendaki memakai
pakaian yang sesuai:
8.6.1. Guru Perempuan : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T
berlengan panjang labuhnya melebihi paras punggung, kemeja sukan, baju
trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
8.6.2. Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

9. TANDA NAMA
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.

10. TUGAS GURU
10.1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggungjawab.
10.2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di PPD / JPN atau sekolah lain
hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa keizinan Guru Besar.
10.3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit
curai hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar dengan menggunakan borang
khas
yang boleh diperolehi di pejabat Sekolah.
10.4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila
balik ke sekolah hendaklah menjalankan “In-House Training” kepada guru dan
dimaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan tarikh dan masa
pelaksanaannya.
10.5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Panitia / Penolong Kanan.

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019


11. REKOD MENGAJAR
11.1. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Rekod Mengajar, Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar setiap hari Jumaat untuk disemak dan
ditandatangani.
11.2. Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
untuk urusan guru pengganti.
11.3. Setiap akhir tahun persekolahan, Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat
sekolah.

12. SURAT MENYURAT
Semua surat rasmi yang menggunakan “letter head sekolah hendaklah ditandatangani oleh
Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
12.1. Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
surat-surat tersebut.
12.2. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan
salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
12.3. Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan maka guru itu hendaklah :-
12.3.1. Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika
salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan
dalam fail dipejabat.
12.3.2. Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang
yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah
lengkap disi hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk disediakan
surat litup / iringan (covering) dan hantar segera ke pihak yang berkenaan 3
hari sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan daripada pihak
berkenaan.
12.3.3. Segala surat rasmi sekolah yang dituju kepada pihak luar hendaklah hanya
ditandatangani oleh Guru Besar sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti dan
sebagainya, maka surat itu akan ditandatangani oleh Penolong Kanan bagi
pihak Guru Besar.

13. KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA
Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dan menepati masa. Demikian juga
guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajarannya sebaik sahaja
masa tamat.

14. PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR
14.1. Semasa mengajar guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta
membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan
pengajaran dengan teratur. Mengajar sambil duduk / bertenggek di atas meja adalah
tidak dibenarkan.
14.2. Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang
aktif. Jangan sama sekali membiarkan mana-mana pelajar tidur dan membuat bising.

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

15. BUKU LATIHAN MURID
15.1. Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid untuk hanya menggunakan buku
latihan yang ada dijual di kedai buku sekolah atau mana-mana buku latihan yang
dipersetujui oleh Guru Besar untuk kegunaan mereka.
15.2. Guru-guru hendaklah mempastikan setiap murid membuiat kerja latihan yang
diarahkan dan mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersihm
kemas dan teratur.
15.3. Guru-guru dikehendaki menyerah buku-buku latihan murid ini kepada Ketua Panitia /
Penolong Kanan / Guru Besar untuk ditandatangani.

16. LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA
16.1. Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang
mungkin.
16.2. Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan keupayaan murid.
16.3. Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan
secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru-guru tidak boleh
menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih dari satu minggu di bilik darjah.

17. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
17.1. Guru dan staf sokongan perlu menjalinkan hubungan peribadi secara professional
yang baik dan sihat sesame rakan dan hendaklah sentiasa memelihara tutur kata
supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi.
17.2. Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status social,
sosio ekonomi, kelulisan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
di sekolah.
17.3. Guru-guru dikehendaki sentiasa bekerjasama diantara satu sama lain dan
mewujudkan kemesraan dan keseronokan semasa bertugas.

18. GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH
18.1. Guru-guru dikehendaki menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan
teladan kepada murid-murid.
18.2. Guru-guru / staf sokongan dilarang merokok di kawasan sekolah.

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

KALENDER PERSEKOLAHAN TAHUN 2019

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019
HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI SEMBILAN TAHUN 2019


Tarikh Hari Cuti

1 Jan Selasa Tahun Baru
14 Jan Isnin Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan

21 Jan Isnin Hari Thaipusam
5 Feb Selasa Tahun Baru Cina
6 Feb Rabu Tahun Baru Cina Hari Kedua

3 Apr Rabu Israk dan Mikraj
1 Mei Rabu Hari Pekerja

19 Mei Ahad Hari Wesak
20 Mei Isnin Cuti Hari Wesak
5 Jun Rabu Hari Raya Aidilfitri

6 Jun Khamis Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua
11 Ogos Ahad Hari Raya Haji
12 Ogos Isnin Hari Raya Haji Hari Kedua

31 Ogos Sabtu Hari Kebangsaan
1 Sep Ahad Awal Muharram
2 Sep Isnin Cuti Awal Muharram

9 Sep Isnin Hari Keputeraan YDP Agong
16 Sep Isnin Hari Malaysia

27 Okt Ahad Hari Deepavali
28 Okt Isnin Cuti Hari Deepavali
9 Nov Sabtu Maulidur Rasul

25 Dis Rabu Hari Krismas

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKAN OLEH KPM TAHUN 2019

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019
SENARAI NAMA GURU TAHUN 2019


BIL. NAMA GRED JAWATAN OPSYEN

01. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk DG44 GURU BESAR MATEMATIK
02. ZAINAL ABU BIN BADOR DG38 GPK KURIKULUM TESL
03. ZAINI BIN NGAI SENIN DG34 GPK HEM SAINS
04. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI DG42 GPK KOKURIKULUM B. MELAYU

05. GHAZALI BIN ABDULLAH DG44 GURU MEDIA B.MELAYU
06. KAMISAH BT SHAHAROM DG44 GURU DATA B. ARAB
07. JAMILAH BT ABD KADIR DG44 GURU AKADEMIK MATEMATIK
08. RUGAYAH BT BUHADI DG41 GURU AKADEMIK B.INGGERIS

09. ANA BT JAAFAR DG42 GURU AKADEMIK MATEMATIK
10. JUNAIDAH BT JAMALUDDIN DG42 GURU PRASEKOLAH PRASEKOLAH
11. AMIRAH BT AZHAR DG41 GURU PEMULIHAN PEMULIHAN
12. SITI HAJAR BT JAAFAR DG44 GURU AKADEMIK REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
13. ZULKIFLI BIN ABU ZARIN DG32 GURU AKADEMIK SAINS
14. SALAZLINA BT ABD SALAM DG34 GURU AKADEMIK B.INGGERIS

15. MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MOHD ISA DG41 GURU AGAMA P. ISLAM
16. AHMAD FADHLAN BIN ROSLAN DG41 GURU AKADEMIK B.INGGERIS
17. RUSLI BIN AHMAD DG34 GURU AKADEMIK B. MELAYU



SENARAI NAMA KAKITANGAN SOKONGAN TAHUN 2019



BIL. NAMA GRED JAWATAN
01. SITI NOR AZMA BT ABU ZARIN N19 PEMBANTU TADBIR (PT)
02. NORAIDAH BT ZAINAL ABIDIN N19 PEMBANTU PENGURUSAN MURID

03. ABDUL RAHMAN BIN YUSOF N11 PEMBANTU OPERASI (PO)
04. SULAIMAN BIN ARIS H11 PEMBANTU AWAM (PA)

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

JAWATANKUASA INDUK SEKOLAH


1.1 Pengurusan dan Pentadbiran

Guru Besar : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk
Guru Penolong Kanan Pentadbiran : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN

Guru Penolong Kanan Kokurikulum : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI

1.2 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : PN. SITI NOR AZMA BT ABU ZARIN (Pembantu Tadbir)
AJK : 1. EN GHAZALI BIN ABDULLAH (KP Bahasa Melayu)

2. EN. AHMAD FADHLAN BIN ROSLAN (KP Bahasa Inggeris)
3. PN.ANA BT JAAFFAR (KP Matematik)
4. EN. ZULKIFLI BIN ABU ZARIN (KP Sains)
5. EN. MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MOHD ISA (KP Pendidikan Islam)
6. PN. SITI HAJAR BIN JAAFAR (KP TMK)
7. EN. RUSLI BIN AHMAD (KP PJ/PK)
8. CIK RUGAYAH BINTI BUHADI (KP Pendidikan Kesenian)

10. PN. JAMILAH BINTI ABD KADIR (KP Sejarah)
11. PN. JAMILAH BT ABD KADIR (Bimbingan dan Kaunseling)
12. PN. AMIRAH BT AZHAR ( Pemulihan)
13. EN. GHAZALI BIN ABDULLAH (Pusat Sumber Sekolah)
14. PN. JUNAIDAH BT JAMALUDDIN (Pra Sekolah )
15. PN. KAMISAH BINTI SAHAROM (KP Bahasa Arab)

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019



1.3 Jawatankuasa Aset dan Inventori Sekolah

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : PN. JAMILAH BT ABD KADIR (Pegawai Aset)
AJK : EN. MUHAMMAD ZULFAQAR B MOHD ISA (Pegawai Pelupusan)



1.4 Jawatankuasa Manual dan Takwim Sekolah

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
AJK : 1. EN GHAZALI BIN ABDULLAH (KP Bahasa Melayu)

2. CIK RUGAYAH BT BUHADI (KP Bahasa Inggeris)
3. PN.ANA BT JAAFFAR (KP Matematik)
4. EN. ZULKIFLI BIN ABU ZARIN (KP Sains)
5. EN. MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MOHD ISA (KP Pendidikan Islam)
6. PN. SITI HAJAR BIN JAAFAR (KP TMK)
7. EN RUSLI BIN AHMAD (KP PJ/PK)
8. CIK RUGAYAH BINTI BUHADI (KP Pendidikan Kesenian)

10. PN. JAMILAH BINTI ABD KADIR (KP Sejarah)
11. PN KAMISAH BT SHAHAROM ( KP Bahasa Arab)
12. PN. JAMILAH BT ABD KADIR (Bimbingan dan Kaunseling)
13. PN. AMIRAH BT AZHAR ( Pemulihan)
14. EN. GHAZALI BIN ABDULLAH (Pusat Sumber Sekolah)
15. PN. JUNAIDAH BT JAMALUDDIN (Pra Sekolah )

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019




1.5 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : PN. SITI NOR AZMA BT ABU ZARIN (Pembantu Tadbir)

AJK :
S/U Kokurikulum : EN. AHMAD FADHLAN BIN ROSLAN
S/U KWAPM : PN. AMIRAH BT AZHAR
S/U Kebajikan : PN. AMIRAH BIN AZHAR
S/U Jadual Waktu : EN. AHMAD FADHLAN BIN ROSLAN

S/U Inventori/ASET : PN. JAMILAH BT ABD KADIR
S/U SPBT/ BOSS : CIK RUGAYAH BINTI BUHADI
S/U LDP : EN. MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MOHD ISA
Penyelaras ICT : PN. KAMISAH BT SHAHAROM
S/U Peperiksaan Dalaman/ Awam /PBS : PN. JAMILAH BT ABD KADIR
Guru Kelas : 1. PN. SITI HAJAR BINTI JAAFAR (1 UM)
2. EN. AHMAD FADHLAN BIN ROSLAN (2 UM)
3. EN. ROSLI BIN AHMAD (3 UM)
4. PN.ANA BINTI JAAFFAR (4 UM)
5. PN. JAMILAH BINTI ABD KADIR (5 UM)
6. CIK RUGAYAH BT BUHADI (6 UM)
7. PN JUNAIDAH BT JAMALUDIN (Pra)


Pembantu Tadbir : PN. SITI NOR AZMA BT ABU ZARIN

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019




1.6 Jawatankuasa Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2)

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)

Setiausaha : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Kurikulum)
: EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)

: EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Penolong S/U : PN.KAMISAH BINTI SAHAROM
AJK : PN. JUNAIDAH BT JAMALUDDIN (Peny. Pra Sekolah)
: EN. ROSLI BIN AHMAD (Peny. LINUS)
: PN. JAMILAH BT ABD KADIR (SU Pep. Dalaman/ Awam)



1.7 Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)

Setiausaha : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Kurikulum)
: EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
: EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)

AJK : EN. GHAZALI BIN ABDULLAH
: PN. KAMISAH BT SHAHAROM
URUSETIA : PN. SITI NOR AZMA BT ABU ZARIN



1.8 Jawatankuasa Staf Sokongan

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Setiausaha : PN. SITI NOR AZMA BT ABU ZARIN
AJK : PN. NORAIDAH BT ZAINAL ABIDIN

: EN. ABDUL RAHMAN BIN MOHAMMAD YUSOF
: EN. SULAIMAN BIN ARIS

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019






1.9 Jawatankuasa Penilaian dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)

AJK : PN.JAMILAH BT ABD KADIR (S/U Peperiksaan Dalaman/Awam/PBS)
: EN. RUSLI BIN AHMAD (Penyelaras LINUS)
: PN. AMIRAH BT AZHAR (Pemulihan/ Psikometrik)
: EN. ZULKIFLI B ABU ZARIN (KP Sains)
: PN. JUNAIDAH BT JAMLUDDIN (Pra Sekolah)
: EN. MUHAMMAD ZULFAQAR B MOHD ISA (KP Pendidikan Islam)


2.1.Jawatankuasa Perancangan Strategik


Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
AJK : EN. ZULKIFLI BIN ABU ZARIN (S/U Kurikulum)
: PN. AMIRAH BINTI AZHAR (S/U HEM)
: EN. AHMAD FADHLAN BIN ROSLAN (S/U Kokurikulum)

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019

2.2.Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : PN. ANA BINTI JAAFFAR

AJK 1. EN GHAZALI BIN ABDULLAH (KP Bahasa Melayu)
2. CIK RUGAYAH BT BUHADI (KP Bahasa Inggeris)
3. PN.ANA BT JAAFFAR (KP Matematik)
4. EN. ZULKIFLI BIN ABU ZARIN (KP Sains)
5. EN. MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MOHD ISA (KP Pendidikan Islam)
6. PN. SITI HAJAR BIN JAAFAR (KP TMK)
7. EN RUSLI BIN AHMAD (KP PJ/PK)

8. CIK RUGAYAH BINTI BUHADI (KP Pendidikan Kesenian)
10. PN. JAMILAH BINTI ABD KADIR (KP Sejarah)
11. PN KAMISAH BT SHAHAROM (KP Bahasa Arab)
12. PN. JAMILAH BT ABD KADIR (Bimbingan dan Kaunseling)
13. PN. AMIRAH BT AZHAR (Pemulihan)

14. EN. GHAZALI BIN ABDULLAH (Pusat Sumber Sekolah)
15. PN. JUNAIDAH BT JAMALUDDIN (Pra Sekolah )

2.3. Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : EN. MUHAMMAD ZULFAQAR B MOHD ISA

2.5.Jawatankuasa Kewangan

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : PN. SITI NOR AZMA BT ABU ZARIN (PT)
: GURU-GURU KELAS

PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019




2.6.Jawatankuasa Mesyuarat Guru & Profesional

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NGAI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : EN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : EN. AHMAD FADHLAN BIN ROSLAN

AJK : SEMUA GURU

2.7.Jawatankuasa Jadual Waktu

Pengerusi : EN. MOHD RIDUAN BIN HJ ZAKAREA pmc pjk (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : EN. ZAINAL ABU BIN BADOR (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : EN. ZAINI BIN NAGI SENIN (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : PN. MOHD ZAMRIN BIN JANHARI (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : EN. AHMAD FADHLAN BIN ROSLAN
AJK : PN.JAMILAH BT ABD KADIR
: PN. KAMISAH BT SHAHAROM


Click to View FlipBook Version