DATO’ ABDUL RAHMAN
BIN MOHAMED YASSIN
(YANG DI-PERTUA DEWAN
NEGARA PERTAMA)
NAMA : Siti Nur Umairah Batrisyia bt Mohd Rosli
KELAS : 4 Diamond
ALAMAT EMAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SMK Permata Jaya
ALAMAT SEKOLAH : Jalan SMRK Rengit, 83100 Batu
Pahat, Johor
PENDAHULUAN
Buku skrap ini dilaksanakan bagi menempah tiket saya di
dalam Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital Tokoh
Pemimpin Johor pada tahun 2021. Di samping itu,
penghasilan buku skrap ini juga bagi tujuan memberikan
maklumat yang terperinci berkenaan tokoh pilihan saya
iaitu, Dato’ Abdul Rahman bin Mohamed Yassin.
Di Malaysia, ramai pemuda mula menonjolkan bakat dan
kebolehan masing-masing hingga berjaya menjadi antara
salah satu tokoh yang terbilang di tanah air. Kemunculan
individu-individu ini dapat membantu usaha negara memacu
pemodenan dan kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek.
Salah seorang tokoh yang berjaya menjadi individu
terpenting dalam sejarah Malaysia ialah Dato’ Abdul
Rahman bin Mohamed Yassin.
BIODATA
Dato’ Abdul Rahman Mohamed Yassin
(19 November 1891 – 24 Mei 1970)
MAKLUMAT PERIBADI
• Beliau merupakan keturunan Keluarga Orang Kaya Ahat yang berasal
daripada Padang, Muar
• Dato' Abdul Rahman Yassin juga mempunyai darah keturunan Bugis
yang berasal dari kerabat Raja Chempa Bugis yang pernah membina
kerajaan di Bukit Mor, Muar
• Menghembuskan nafas terakhit pada tanggal 24 Mei 1970 di Johor
Bahru
• Jasad beliau selamat disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
Makam Diraja Mahmoodiah Pusara Allahyarham Dato' Haji
Abdul Rahman Mohamed
Yassin
KELUARGA
• Dato' Abdul Rahman Yassin berkahwin dengan sepupu beliau,
Zaharah binti Abu Bakar pada tahun 1911
• Beliau juga pernah berkongsi hidup bersama Datin Kamariah Dato’
Jaafar dan Ungku Salamah Ungku Abdul Rahman
• Dikurniakan sembiIan orang anak bersama Datin Zaharah Abu Bakar,
empat lelaki dan lima perempuan. Mereka ialah Dato' Suleiman, Tun
Dr. Ismail, Abdullah, Yassin, Khatijah, Esah, Rafeah, Zubaidah dan
Fatimah ;
• Dato’ Suleiman Abdul Rahman (anak sulung) merupakan bekas ahli
parlimen bagi kawasan Muar Selatan, Parlimen Malaysia pertama.
• Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (anak kedua) merupakan bekas ahli
parimen bagi kawasan Johor Timor serta Timbalan Perdana Menteri
Malaysia ke-2
• Menantu lelakinya, Tun Dr. Awang Hassan (suami kepada Khadijah
Abdul Rahman) pernah menjadi ahli parlimen bagi kerusi Muar
Selatan.
Dato’ Suleiman Abdul Dato’ Abdul Rahman
Rahman bersama Encik Mohamed Yassin
Bahadun Bin Haji Hassan
Tun Dr. Ismail Abdul
Rahman
PENDIDIKAN
Beliau telah menerima pendidikan rendah di Muar dan di Johor Baharu dan
telah menamatkan persekolahannya di Raffles Institution Singapura.
Lokasi Raffles Institution Singapura di Google
Maps
Raffles Institution
Singapore. Ditubuhkan
pada 1823
KERJAYA
1919 - Jawatan 1935 - 1941 - Pesuruhjaya
Tadbir Negeri Johor Bendahari Daerah Muar.
Negeri Johor,
1948 - wakil UMNO dalam 1949 hingga 1955 - ahli 1943 hingga 1955 -
Sidang Pleno Penggubalan Majlis Mesyuarat Berkhidmat sebagai AhIi
Perlembagaan Persekutuan Kerajaan Johor Majils Mesyuarat Negeri
Johor dan i ahli Majlis
Tanah Melayu 1948 1959 hingga Ogos 1965 -
Yang Dipertua Dewan Menteri, Johor
1959 - dilantik oleh Seri Negara Pertama
Paduka Baginda Yang di- 18 Oktober 1965 -dilantik
Pertuan Agong menjadi Ahli menjadi Yang Dipertua
Dewan Negara selama enam Dewan Negara untuk kali
kedua.
tahun
31 Disember 1968 - meletakkan
jawatan beliau sebagai Yang
Dipertua Dewan Negara walaupun
tempoh lantikan beliau sehingga
Septemher 1971.
Menerima lambang kebesaran ;
SUMBANGAN
• Menubuhkan Persatuan Melayu Johor yang bergabung
dengan Lembaga Kesatuan Melayu Johor menentang
Malayan Union.
• Memainkan peranan penting terhadap hala tuju keputusan
dan tindakan yang diputuskan parlimen serta menjadi
permerhati yang berkuasa menentukan corak pemikiran
dan dasar-dasar di parlimen.
• Membantu dalam usaha memacu kemajuan pembangunan
untuk rakyat dalam semua bidang.
NILAI KEPIMPINAN
Bijaksana menyusun strategi
kepimpinan
• Isi kekosongan kepimpinan dan mengemudi
hala tuju politik Melayu
Sifat persamaan antara golongan
pemerintah dan rakyat
• Menolak keistimewaan raja-raja yang
dianggap candu melemahkan pemikiran
rakyat
• Mengutamakan hak dan kebebasan rakyat
berbanding keistimewaan,hak dan kuasa
raja.
Semangat nasionalisme yang tinggi
• Mempertahankan kedaulatan negara ketika
menetang Malayan Union
Berkebolehan tinggi dalam
kepimpinan
• Menerima beberapa jawatan tinggi
antaranya Bendahari Negeri Johor dan
Pesuruhjaya Daerah Muar.
• Dilantik sebanyak dua kali untuk
menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara
Berani dan berpendirian sendiri
• Merangka satu bantahan rasmi kepada
Pejabat Tanah jajahan London dan
kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim
yang telah menandatangani Malayan
Union secara paksa oleh Sir Mac
Michael
• Merupakan salah seorang daripada 7
orang wakil UMNO dalam Sidang Pleno
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948 bagi menggantikan
Perlembagaan Malayan Union
KESIMPULAN
Tuntasnya, setiap individu-individu di dunia ini
mempunyai pendirian dan keistimewaan yang mahu
ditegakkan kepada masyaraat setempat. Ini menjadi
salah satu faktor wujudnya pebagai latar cerita dan
corak kepimpinan di tanah air.
Sejarah penglibatan Dato’ Abdul Rahman Mohamed
Yassin di dalam bidang kepimpinan telah membuka
mata kita bahawa mempunyai pegangan diri yang kuat
mampu menjamin masa depan bukan sahaja kepada diri
malah komuniti lain. Kita perlulah berani dan
mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi agar
tanah air yang kita cintai akan kekal dauat dan sejahtera
dari ancaman kuasa asing yang mendatang.
SUMBER RUJUKAN
1. https://www.google.com/maps/place/Raffles+Institution1.
103.843414942856
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Mohamed_
Yassin
3. https://ms-
my.facebook.com/anakanakmuarofficial/posts/dato-haji-
abdul-rahman-bin-mohamed-yasindaerah-muar-sejak-dari-
zaman-berzaman-te/1439458812809156/
4. http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/07/dato-abdul-
rahman-yasin-tokoh-rakyat.html
5. https://www.parlimen.gov.my/yang-di-
pertua.html?uweb=dn&&_print=true