The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by komatohite_007, 2023-03-14 10:47:59

KERTAS KERJA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

KERTAS KERJA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

KERTAS KERJA PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH SK KAMPONG ENDAH 2023/24 1. PENGENALAN Program Jom Kembali ke Sekolah adalah merupakan program yang dilaksanakan dalam usaha menangani isu kehadiran, disiplin dan salah laku murid. 2. RASIONAL Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Program Jom Kembali ke Sekolah pada awal persekolahan 2023 ini diharapkan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif. 3. OBJEKTIF Objektif Program Jom Kembali ke Sekolah ialah : 3.1 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. 3.2 Meningkakan peratus kehadiran murid ke sekolah. 3.3 Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah


4. ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. 5. TARIKH PERLAKSANAAN 5.1 Program JOM KEMBALI KE SEKOLAH ini akan dilaksanakan pada 20 Mac 2023. Program dilaksanakan pada jam 7.00 pagi sehingga 8.30 pagi. 6. KUMPULAN SASARAN 1. Semua warga SK Kampong Endah 2. Ibu bapa 3. Komuniti 7. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA Pengerusi : Puan Hjh Komariyah binti Ruslan Guru Besar SK Kampong Endah Naib Pengerusi I : Encik Muhamad Muzamil bin Boriak GPK HEM SK Kampong Endah Naib Pengerusi II : Encik Mohd Jamali bin Basiron GPK Pentadbiran SK Kampong Endah Naib Pengerusi III : Puan Hjh Siti Zaleha binti Othman GPK Kokurikulum SK Kampong Endah Penyelaras Program : Puan Nurazwida binti Abdul Samat Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Kampong Endah AJK : Pengacara Majlis : Guru Bertugas Mingguan Guru Penyayang : Guru Bertugas Harian Siaraya : Encik Mohd Rizal bin Basiran Disiplin : Guru Bertugas Mingguan / Guru Kelas


10. ANGGARAN KEWANGAN BUNTING / BANNER RM 100.00 = RM 100.00 CENDERAMATA RM 50 x 1 org = RM50.00 11. ATURCARA PROGRAM 7.00 pagi - Kehadiran murid ke sekolah 7.30 pagi - Perhimpunan Murid dan Guru - Nyanyian Lagu - Negaraku - Negeri Selangor - Sekolah - Bacaan Doa - Ikrar Murid - Ucapan Guru Bertugas - Ucapan Guru Besar - Ucapan dan Perasmian Program Jom Kembali ke Sekolah oleh PPPS - Penyampaian cenderamata kepada PPPS 8.05 pagi - Bersurai 12. PENUTUPAN Secara tidak langsung program dapat meningkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid. Disediakan Oleh Disahkan Oleh Nurazwida binti Abdul Samat Muhamad Muzamil bin Boriak Guru Bimbingan Kaunseling PK HEM SK Kampong Endah SK Kampong Endah


2


Click to View FlipBook Version