KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN PAHANG
BUKU PROGRAM
MINGGU PENGURUSAN
PELAJAR BAHARU
SESI 2022/2023
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
Kata Aluan Pengarah BMKPM 1
Kata Aluan Pengarah KMKPh 2
Latar Belakang KMKPh 3
Visi & Misi 4
Lirik Lagu 5-6
Ikrar Pelajar 7
Jadual MPPB Sesi 2022/2023 8
Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 8
Barisan Pengurusan Kolej 9-10
Pelan Lokasi & Prasarana Kolej 10-11
KATA ALUAN PENGARAH BMKPM
Lorem IpLsourmem IpsumDR. ROSNARIZAH BT. ABDUL HALIM
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat
bersama-sama menjayakan Pendaftaran dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2022/2023 Kolej
Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah ditawarkan dan
memilih untuk mendaftar di Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sesungguhnya kehadiran saudara di Program Matrikulasi merupakan langkah yang tepat bagi
melengkapkan dan mempersiapkan diri sebagai seorang cendiakawan berketrampilan,
berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mempunyai sifat kepimpinan terpuji.
Program Matrikulasi merupakan program persediaan prauniversiti yang berteraskan Outcome Based
Education (OBE). Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) bermaksud dengan jelas memberi tumpuan dan
mengatur segala sesuatu dalam sistem pendidikan di sekitar apa yang penting bagi semua pelajar
untuk dapat berjaya dengan jayanya pada akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini bermaksud
memulakan dengan gambaran yang jelas tentang apa yang penting untuk pelajar dapat lakukan,
kemudian mengatur kurikulum, arahan, dan penilaian untuk memastikan pembelajaran ini akhirnya
berlaku (Spady, 1994).
Pelajar matrikulasi seharusnya mampu untuk mencipta kecemerlangan yang lebih bermakna di
Program Matrikulasi dan seterusnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) nanti. Sehubungan dengan itu,
Bahagian Matrikulasi merencanakan pelbagai usaha agar pelajar berdaya saing di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa.
Bagi membentuk modal insan cemerlang, saya menyeru semua pelajar baharu untuk mengikuti kaedah
pembelajaran yang diterapkan sebaik mungkin, bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang
dirancang serta mempertingkatkan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh seseorang pelajar
sebelum melangkah ke alam universiti. Seluruh warga matrikulasi sentiasa bersedia memberi didikan,
dorongan dan bimbingan kepada semua pelajar bagi memastikan Program Matrikulasi terus unggul
dengan menjana pelajar berkualiti bagi mengikuti kursus-kursus kritikal di IPT.
Program Matrikulasi KPM adalah pembekal utama pelajar ke IPT dalam bidang Science, Technology,
Engineering, Mathematics (STEM) dan Perakaunan untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah
pertama. Mulai 1 Januari 2017 semua lulusan Program Matrikulasi KPM akan dianugerahkan Sijil
Matrikulasi KPM dan layak memohon ke jawatan gred 29 dalam perkhidmatan awam sepertimana
pemegang diploma atau STPM.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu Program Matrikulasi
KPM. Tetapkan tekad dan gandakan usaha, semoga impian saudara untuk berjaya ke menara gading,
dan memperoleh segulung Ijazah akan tercapai sebaik menamatkan pengajian di Program Matrikulasi.
Selamat Datang ke Program Matrikulasi KPM.
Wasalam.
1 Dr. Rosnarizah bt. Abdul Halim
KATA ALUAN PENGARAH KMKPh
PN. HADIDAH BT. ABDUL RAHMAN, A.M.N.
Pengarah
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat
bersama-sama menjayakan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2022/2023, Kolej Matrikulasi
Kejuruteraan Pahang. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah memilih
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang bagi mengikuti program matrikulasi Jurusan Kejuruteraan
bagi sesi 2022/2023. Pelajar-pelajar yang telah mendaftar di kolej ini merupakan pelajar
cemerlang yang telah mengambil langkah bijak memilih Program Matrikulasi KPM.
Semua warga kolej cukup berbangga dan mengalu-alukan kehadiran pelajar ke kolej ini. Kolej
Matrikulasi Kejuruteraan Pahang merupakan salah satu daripada tiga kolej matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan program matrikulasi Jurusan Kejuruteraan di
seluruh negara. Program Matrikulasi KPM merupakan satu program persediaan bagi pelajar
sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam dalam atau luar
negara. Saya mengharapkan agar para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan
budaya pembelajaran di KMKPh. Seterusnya para pelajar diharapkan akan mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan PSPM. Kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan begitu mudah
tanpa pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Minggu Pengurusan Pelajar Baharu dirancang supaya pelajar dapat bersedia dari segi fizikal,
mental dan emosi sebelum memulakan sesi pengajian. Pelajar perlu menanamkan iltizam,
kesungguhan, sikap bekerjasama, bertoleransi, bijaksana, merancang dan melaksanakan strategi
berkesan untuk berjaya dalam pembelajaran. Seluruh warga kolej amat berbesar hati dan akan
sentiasa membantu pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Adalah menjadi harapan semua pihak terutama warga Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang agar
perancangan yang dibuat dapat mencapai objektif selaras dengan visi dan misi kolej.
Sekian. Selamat Maju Jaya.
Pn. Hadidah bt. Abdul Rahman A.M.N.
2
Kolej Pada awal penaiktarafan, kolej ini
telah diurustadbir oleh pegawai
Matrikulasi ”Task Force” seramai 4 orang yang
Kejuruteraan Pahang diketuai oleh seorang Pengarah
dengan dibantu oleh 20 orang
(KMKPh) asalnya adalah pensyarah. Tanggungjawab awal
Sekolah Menengah Teknik pasukan ini adalah untuk merangka
dan menggerakkan budaya kerja
Jengka. Pada akhir tahun matrikulasi. Pada masa yang sama
membuat persediaan untuk
2008, sekolah tersebut kemasukan pelajar sulungnya pada
telah dinaiktaraf menjadi 11 Mei 2009.
kolej matrikulasi bagi Kolej ini menawarkan pengajian satu
memenuhi keperluan tahun (PST) dalam Jurusan Teknikal.
pendidikan peringkat Kelayakan masuk untuk mengikuti
tinggi semasa yang kian jurusan yang ditawarkan ditentukan
berkembang. oleh Bahagian Matrikulasi KPM
berdasarkan kepada keputusan SPM
dengan memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan.
LATAR BELAKANG Pembelajaran pengajian
KOLEJ dilaksanakan dalam bentuk kuliah,
MATRIKULASI tutoran dan praktikal. Kaedah
KEJURUTERAAN tersebut diaplikasikan untuk
PAHANG menyediakan dan melengkapkan diri
pelajar kepada konsep belajar di
menara gading. Proses pengajaran
memfokus dan menjana pelajar ke
arah mencapai keunggulan dalam
setiap kecemerlangan seiring
dengan motto, visi dan misi kolej.
3
VISI & MISI
VISI BAHAGIAN MATRIKULASI
Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi
pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan
profesional menjelang 2020.
MISI BAHAGIAN MATRIKULASI
Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam
bidang sains, teknologi dan profesional melalui
pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang.
VISI KOLEJ
Membangun potensi pelajar dalam bidang kejuruteraan
melalui pendidikan pra universiti yang berkualiti.
MISI KOLEJ
Penjana pelajar berkualiti ke IPT dalam
bidang kejuruteraan.
4
LAGU
NEGARAKU LAGU NEGERI PAHANG
Negaraku Ya Allah Yang Maha Kuasa
Tanah tumpahnya darahku, Lanjutkan Usia
Rakyat hidup bersatu dan maju, Duli Yang Maha Mulia
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Dirgahayu Darul Makmur
Raja kita selamat bertakhta, Aman Dan Bahagia Sentiasa
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Ya Allah Selamatkan
Raja kita selamat bertakhta Duli Tuanku Raja Kami.
SEKOLAHKU BERSATU MENJANA
SEJAHTERA KEGEMILANGAN
Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru Menuju satu wawasan
tercinta Berpaksi satu warisan
Seronok belajar, selamat sentiasa Mengejar impian
Sekolahku SEJAHTERA Agama asas pedoman
Di sini ilmu ku gapai
Sekolahku SEJAHTERA Di sini bakti ku semadi
Sekolahku SEJAHTERA Terbina insan menjulang nama
Bangkitlah, KMKPh di sanubari
Generasi pewaris negara Dinamik, aktif, progresif
Resepi puncak kejayaan
Sekolahku SEJAHTERA Cekal hatiku, tekad azamku
Sekolahku SEJAHTERA Bersatu menjana kegemilangan
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti
5
LIAKGRAURKPOELLEAJJAR
BAHAWASANYA saya mengaku
sebagai pelajar Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia,
yang ditempatkan di Kolej Matrikulasi
Kejuruteraan Pahang akan patuh
kepada syarat dan peraturan Kolej
Matrikulasi Kejuruteraaan Pahang dan
Bahagian Matrikulasi, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
BAHAWASANYA saya akan berusaha
sedaya upaya menimba dan
mendalami ilmu pengetahuan dan
menggunakannya untuk
kesejahteraan ummah.
BAHAWASANYA saya akan
memelihara dan mempertingkatkan
nama baik Kolej Matrikulasi
Kejuruteraan Pahang dan Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia serta akan memberi segala
tumpuan kepada pelajaran saya.
6
JADUAL
SMEINSIG2G0U22P/E2L0A2J3AR BAHARU
7
KALENDAR AKADEMIK
SESI 2022/2023
8
BARISAN PENGURUSAN
KOLEJ
PENGARAH
0Pu12a-n3H81a8d5id9a1h bt. Abdul Rahman
0CK1iEk3T-WU9aA3n0J8NA4oB8rAd6TiaAnNa PBEimNGtiUWRaUnSAAbNd.PERLaAhmJAaRn
DKEr.TNUoArhJiAshBaAmTAbNt. SAbAdSuTlERRaAzaIKkHTISAS & SAINS SOSIAL
019-9884737
KETUA JABATAN MATEMATIK
Pn. Rosaniza bt. Zainal
019-2127440
E0Kn1E9.T-EU9lmA12yJ0Ab4.B0AA5bTdAuNl MSaAlIeNkS
PEnE.NR.oPsElaNnGbA.RMAoHkhHtAarL EHWAL PELAJAR
019-9398623
PEN. PENGARAH PEPERIKSAAN
En. Mohd. Roshidi b. Mamat
013-9708980
0KY(FM1Ee7TlR-oU2aBA1j0aloF2MkE6uLA3Ohl0iabminmAabdi TKahlaibir)uddin b. Raja Rosli
9
FELO
En. Mohamad Talhah Al Hafiz b. Mohd. Khata
(Felo Blok Abu Bakar)
013-7939497
0(EFn1e3.l-oIs6hB4al6ok9kb8U.6mO4samr Aaln-Khattab)
P(Fne.loNuBrloukl HFeajtaimbat.hMAuzs-tZaafhfara)
017-4406604
Pn. Nur Afiqah bt. Rosali
(Felo Blok Siti Khadijah)
013-7183465
0PPn1E9.N-SY9itE5iL8NI4Ao7oA9r3SayRuAbMtA. Abdul Jalil
0Pn14. -S8it4i6A3is9y5a5h bt. Yamin Gihat
10
PPERLAASNARLAONKAASKIO&LEJ
Terletak di atas tapak berkeluasan 40.06
ekar (16.21 hektar) dan berhampiran
dengan kampus Universiti Teknologi Mara
(UiTM) cawangan Jengka menjadikan
kedudukannya hanya 8 km dari bandar
Jengka dan mudah dihubungi dengan
adanya laluan keluar di Chenor melalui
Lebuhraya Pantai Timur. Ia juga boleh
dihubungi melalui laluan bandar Maran
dan Jerantut ke bandar Jengka.
Koordinat: 3.7404° N, 102.5651° E
11
Hubungi kami 12
09-4677103
www.kmkph.matrik.edu.my
https://www.facebook.com/kmkph.matrik.50
**Perhatian kepada ibubapa & penjaga, pihak
kolej memohon kerjasama tuan/puan untuk
memberikan maklumbalas mengenai Taklimat
Waris dengan mengimbas kod QR ini. Kerjasama
anda adalah sangat dihargai