The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adrianaamahirahh, 2022-03-22 15:09:11

BMMB1104 TUGASAN 1 E-BOOK_clone

KESUSASTERAAN MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Nama : ADRIANA MAHIRAH BT A.NIZAR
No. K/P : 031120 - 01 - 0476
Angka Giliran : 2021242310183
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X8
Nama Pensyarah : EN ABDUL RANI BIN
HASSAN
Tarikh Hantar : 14 / 03 / 2022

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Adriana Tarikh : 13 / 03 / 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%) :
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang
ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya
rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat .
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi
dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam .
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut :
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

I

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim , syukur alhamdulillah dengan limpahan rahmat kehadrat
Ilahi,dapat saya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya mengikut
tarikh serta prosedur yang telah ditetapkan.Saya dapat menyempurnakan tugasan kerja
kursus bagi subjek BMMB1104 , Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ini meskipun
mendepani pandemik wabak covid-19 .

Pertama sekali , saya mengucapkan sepenuh penghargaan yang tak terhingga
kepada pensyarah saya dalam subjek BMMB1104 , Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu iaitu En Abdul Rani bin Hassan di atas kepercayaan dan budi bicara beliau memberi
tugasan ini kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain . Saya ingin
mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada beliau kerana dengan segala tunjuk ajar
serta bimbingan beliau yang tidak pernah lelah selama ini . Segala komitmen serta
keprihatinan beliau amat saya hargai sehingga saya mampu menyelesaikan tugasan
mengikut aspek dan perkara yang dikehendaki .

Sekalung ucapan terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi
dorongan serta menjadi tulang belakang saya dalam menyelesaikan tugasan ini sehingga
sukses . Tanpa dorongan yang baik daripada mereka , saya pasti tidak akan dapat
menyempurnakan tugasan ini sejauh ini . Selain itu , saya juga amat berbesar hati untuk
mengkalungkan penghargaan kepada rakan bakal guru seperjuangan kerana tidak lokek
ilmu serta sudi untuk berkongsi idea dan mencetus pelbagai ilmu pengetahuan bersama
saya yang serba kekurangan ini .

Akhir sekali , kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan kerja kurus
ini secara langsung atau tidak langsung . Lagi sekali saya ingin mengucapkan penghargaan
terima kasih dengan segala bantuan yang dihulurkan . Sesungguhnya saya amatlah
menghargai setiap sokongan yang diberikan .

II

ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN 1 ………………………………………………………………… I
PENGHARGAAN ………………………………………………………………………. II
ISI KANDUNGAN ……………………………………………………………………… III
TUGASAN 1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN ………………………………………
1.0 PENGENALAN ……………………………………………………………………. 1
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU………………………………………… 2

2.01 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU …………………………………….... 2
2.02 BENTUK KESUSASTERAAN ……………………………………………….. 5

I. KESUSASTERAAAN MELAYU TRADISIONAL ………………………….. 6
II. KESUSASTERAAN MELAYU MODEN ..…………………………………… 7
2.03 JENIS SASTERA ……………………………………………………………… 8
I. PROSA TRADISIONAL ………..…………………………………………….. 8
II. PUISI TRADISIONAL ………………………………………………………... 11
III. PROSA MODEN …………………………………………………………….. 12
IV. PUISI MODEN ………………………………………………………………. 14
3.0 FUNGSI SASTERA….. …………………………………………………………… 14
3.01 HIBURAN ………………………………………….……………………………. 15
3.02 PENDIDIKAN ……………………………………………………………………. 16
3.03 DAKWAH ……………………………………………………………..………….. 17
3.04 KRITIKAN SOSIAL ……………………………………………………………... 18
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI ….…………………………………………………….. 19
4.01 AKAL BUDI DALAM PANTUN …………………………………………………. 21
4.02 AKAL BUDI DALAM SYAIR …………………………………………………….. 22
4.03 AKAL BUDI DALAM SELOKA ….………………………………………………. 24
4.04 AKAL BUDI DALAM GURINDAM ……………………………………………… 25
5.0 RUMUSAN …………………………………………………………………………… 27
RUJUKAN ………………………………………………………………………………... 28

III

1.0 PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu yang sememangnya amat sinonim dalam masyarakat Melayu
terdahulu . Kesusasteraan Melayu ini juga menjadi simbolik kepada masyarakat Melayu
dalam mewujudkan kejatidirian Melayu dalam diri individu masing-masing . Meskipun
kesusasteraan Melayu ini diungkapkan sebagai suatu perkara yang tidak lagi relevan serta
sudah lapuk pada zaman sekarang yang serba canggih ini namun sebenarnya kesusasteraan
adalah suatu bidang yang tidak akan pernah hilang dan pupus walau merentasi peredaran
zaman dari semasa ke semasa . Hal ini kerana kesusasteraan Melayu adalah suatu bidang
yang mempunyai keunikan asli serta keindahan dalam setiap yang diungkapkan .

Menurut Dr Siti Hajar Che Wan (2011) , keunikan dalam sastera terserlah ketika mampu
mewujudkan medium kawalan sosial dalam kalangan masyarakat yang merujuk kepada
memberi “satu hak” kepada masyarakat bagi memberi kebaikan dan keburukan dalam
pemikiran masyarakat . Jelaslah di mana kesusasteraan amat berkuasa dalam
mempengaruhi akal fikiran manusia dengan logik dalam menggunakan kesusasteraan ini bagi
mendorong masyarakat ke arah kebaikan dan juga dalam berdakwah . Pemakaian bahasa
yang indah juga membawa kesusasteraan Melayu ini suatu yang unik serta asli dipandang
masyarakat lain . Selain daripada pemakaian bahasa yang indah , sastera juga mementingkan
pemakaian bahasa yang mempunyai nilai sosial yang tinggi . Ali Ahmad (1994) , mengatakan
bahawa karya sastera menggunakan pemakaian bahasa yang sememangnya melibatkan soal
nilai yang mempunyai kelainan berbanding bidang lain .

Walau bagaimanapun , nasib kesusasteraan Melayu amatlah mendukacitakan apabila
sastera semakin mendapat perhatian sebagai mata pelajaran yang merosot
pengambilannya dalam kalangan pelajar sekarang . Bukan sahaja pelajar malah
masyarakat sekarang juga tidak lagi mengendahkan kesusasteraan Melayu ini
menyebabkan sastera semakin kurang dipandang oleh mata-mata masyarakat lain .
Sedangkan sastera merupakan antara warisan Melayu yang perlu dipegang dan dibawa
sehingga masa akan datang . Sebenarnya , masyarakat sekarang haruslah mengambil
pedoman sebuah pepatah iaitu “ melentur buluh biarlah daripada rebungnya “ bagi
mengaitkan sastera dalam diri serta kehidupan seharian masyarakat sekarang agar
kesusasteraan Melayu ini tidak lapuk dek ditelan zaman pada masa sekarang dan
seterusnya .

1

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu juga berkait rapat dengan kehalusan seni budaya kerana di
dalam seni juga terselitnya kesusasteraan tersebut . Kesusasteraan merupakan suatu
bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa yang indah ( Siti Hajar Abdul Aziz ,
2011) . Kesusasteraan melayu merupakan suatu penghasilan karya dan ciptaan seni yang
terdapat dan ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat Melayu . Secara khususnya ,
sastera merupakan sebuah karya yang mampu menafsirkan segala perasaan
kemanusiaan dalam kehidupan dengan menukilkannya dalam bentuk yang
mempersonakan seperti yang terkandung dalam kesusasteraan ini .

2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN

Menurut Kamus Bahasa Melayu iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat bahawa
kesusasteraan merupakan karya penulisan atau juga dikenali sebagai karya seni yang
disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi serta mempunyai ciri – cirinya tersendiri
dan keistimewaannya yang tertentu . Secara ringkasnya , istilah kesusasteraan ini
berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf
atau buku yang indah . Namun begitu terdapat juga pendapat yang berpendapat istilah
kesusasteraan yang diguna dalam bahasa Melayu ini berasal daripada perkataan
Sastra iaitu daripada bahasa Sanskrit . Sas yang bermaksud mengarahkan atau
mengajar dan tra yang membawa makna alat . Lalu terbentuklah Sastra sebuah
perkataan yang bermaksud alat untuk mengajar . Jadi , dapatlah disimpulkan bahawa
kesusasteraan juga merupakan sebuah kumpulan buku yang bukan sahaja indah
bahasanya malah ianya juga baik makna isi dalamnya .

2.2 CIRI – CIRI KESUSASTERAAN

Dalam sastera juga , ciri – ciri sebuah sastera amatlah ditekankan selagi mana bagi
membuktikan bahawa sastera ini merupakan sebuah hasil seni bahasa yang amat
tinggi nilainya dengan adanya bahasa-bahasa yang indah serta kepuitisan setiap
maknanya . Antara ciri sastera utama iaitu keindahan , mencerminkan pengalaman ,
pengalaman seni dan karya seni .

2

KEINDAHAN
Unsur keindahan yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu ini sudah

semestinya yang terkandung dalam pemakaian bahasa sastera tersebut . Keindahan
sesuatu bahasa kebiasaannya dilihat menerusi lenggok bahasa serta kepuitisan
pemakaian sesuatu bahasa tersebut . Dalam karya sastera , terdapat empat syarat
utama yang mampu menjadikan sebuah karya sastera itu indah apabila digunakan
iaitu keseimbangan , keutuhan , kelarasan serta fokus dalam sesuatu unsur . Dengan
wujudnya empat syarat ini dalam penghasilan karya sastera mampu menghasilkan
sebuah karya sastera yang sangat indah . Walau bagaimanapun , setiap bentuk
sastera yang terkandung tidak akan sama keindahannya kerana setiap bentuk sastera
mempunyai ciri serta unsur yang berbeza . Setiap bentuk sastera tersebut mempunyai
keindahan sasteranya tersendiri meskipun berbeza .

MENCERMINKAN PENGALAMAN
Suatu penghasilan karya sastera juga berhubung dengan sebuah pengalaman

seseorang penghasil karya tersebut . Oleh sebab itu , kebanyakan orang dahulu
mengungkapkan sebuah karya mereka sendiri berdasarkan pengalaman yang
dihadapi mereka . Dengan itu , penghasilan karya sastera ini mencerminkan sebuah
pengalaman . Hal ini kerana pengalaman berkait rapat dengan suatu tindak balas
yang utuh serta teguh daripada dalam jiwa manusia sendiri serta berdasarkan
gambaran secara realiti dalam kehidupan . Keutuhan yang bermaksud suatu perasaan
serta imaginasi seseorang dalam melakukan sesuatu serta kegiatan berfikir . Realiti
pula merujuk kepada suatu perkara yang berkenaan meransang dan menyentuh
perasaan seseorang manusia . Realiti ini disebut menghasilkan sebuah pengalaman
berdasarkan pancaindera seseorang serta hasil tindak balas terhadap fikiran ,
perasaan serta imaginasi seseorang .
PENGALAMAN SENI

Pengalaman seni juga merupakan antara ciri yang amat dititikberatkan dalam
penghasilan sesebuah karya sastera . Pengalaman seni yang juga melambangkan
perasaan pengkarya dalam menulis serta mengungkapkan sesebuah karya meskipun
dalam berbagai bentuk . Dengan adanya pengalaman seni , para pembaca mampu
turut merasai perasaan serta fikiran pengkarya dalam mengungkapkan sebuah karya
sastera tersebut . Oleh itu , para pembaca haruslah

3

memahami serta mendalami sesebuah karya tersebut agar dapat sedar
kewujudan

nilai sastera dalam karya yang disampaikan . Hal ini kerana dengan mendalami
suatu penghasilan karya sastera mampu memberi kepuasan serta mengagumkan
para pembaca dalam memahami makna tersurat serta tersirat sebuah karya sastera
itu .

KARYA SENI
Karya seni dalam penghasilan sebuah karya sastera terbahagi kepada tiga

perkara utama bagi membezakan karya sastera dan bukan sastera . Tiga perkara
utama itu iaitu sifat fiksyen , nilai-nilai estetik serta beberapa gaya bahasa yang
khusus . Fiksyen yang merupakan daripada kisah nyata dan benar berdasarkan tindak
balas dalam realiti dan kebiasaanya menerusi imaginasi pengkarya itu sendiri . NIlai
estetika pula yang memberikan pengkarya bagi mengungkapkan perasaan serta isi
hatinya dengan mendalam melalui penghasilan karya . Penghasilan karya melalui
unsur sastera seharusnya juga seharusnya mempunyai nilai-nilai keutuhan ,
keseimbangan , keselerasan dan penekanan bagi mewujudkan sebuah karya seni
yang bermutu tinggi .

Melalui ciri-ciri sastera yang terdapat amatlah jelas bahawa sastera
mempunyai keunikan serta nahunya tersendiri dalam membentuk sebuah karya yang
hebak dari segi pelbagai aspek . Berdasarkan ciri tersebut , sebenarnya karya sastera
ini bukan sahaja mementingkan keindahan sesebuah karya serta pengalaman
seseorang malah ianya juga penting isi kandungan , ekspresi serta ungkapan , bentuk
dan Bahasa . Setiap daripada itu perlulah ditekankan berdasarkan unsu-unsur dalam
sastera . Selain daripada itu , ciri lain sastera yang perlu ditekankan juga seperti
sastera meupakan sebuah komunikasi , sastera merupakan alat hiburan , sastera juga
merupakan ekspresi daripada pengkarya dan sebagainya .

4

2.02 BENTUK KESUSASTERAAN
Kesusasteraan Melayu ini mempunyai pelbagai bentuk yang berbeza kerana

setiap daripada bentuk tersebut mempunyai makna serta nahunya tersendiri . Hal ini
kerana setiap bentuk tersebut mempunyai unsur-unsur khusus dan membuatkan
setiap daripada bentuk tersebut menjadi sebuah penghasilan karya yang indah dan
menarik . Bentuk karya sastera terbahagi kepada dua iaitu Kesusasteraan Melayu
Moden dan Kesusasteraan Melayu Tradisional . Setiap daripada bentuk sastera
tersebut juga merangkumi puisi serta prosa tetapi mempunyai contoh serta maksud
yang berlainan bagi setiap bentuk tersebut . Rajah di bawah menunjukkan bentuk
penghasilan karya sastera untuk diteliti dengan lebih jelas dan terang ,

RAJAH 1

RAJAH 2

Berdasarkan rajah 1 dan 2 , dapat dilihat di mana beberapa bentuk dan jenis bagi
setiap kesusasteraan melayu tradisional dan moden dengan lebih jelas .

5

I . KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
Kesusasteraan Melayu Tradisional atau juga dikenali sebagai Kesusasteraan

Melayu Klasik terbahagi kepada dua iaitu puisi tradisional dan prosa tradisional .
Meskipun kandungan dalam Kesusasteraan Melayu Klasik sama seperti
Kesusasteraan Melayu Moden namun terdapat juga perbezaan dalam kandungan
setiap daripada itu yang merangkumi beberapa perkara seperti rajah di bawah ,

RAJAH 3
Berdasarkan rajah di atas , puisi tradisional yang kebiasaannya menjadi
hiburan orang zaman dahulu dan sebenarnya masih kekal sehingga sekarang yang
merangkumi pantun , syair , seloka , gurindam , ghazal , talibun , teka-teki dan banyak
lagi (Harun Mat Piah 1989 ) . Namun begitu , kebiasaannya puisi tradisional yang
sentiasa hangat dibicarakan dan digunakan sehingga sekarang adalah gurindam ,
syair , pantun dan seloka . Hal ini kerana empat daripada itu merupakan antara puisi
tradisional yang sering digunakan disebabkan ianya lebih mudah difahami dan lebih
menyeronokkan apabila didengari .

Prosa Tradisional pula juga menjadi salah satu karya sastera namun tetapi
ianya berbeza dengan sastera lama . Hal ini demikiran kerana sastera lama bersifat
sementara manakala prosa tradisional merupakan sebuah prosa yang turun temurun
dan diwarisi jadi ianya tidak akan hilang dan lupus begitu sahaja meskipun dari segi
jangka masa prosa ini agak lama telah dihasilkan . Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(2011) , tradisional sebagai suatu yang serius dan abadi nilainya , bermutu tinggi dan
tidak akan berubah meskipun berlaku peredaran masa . Selain daripada itu , prosa
tradisional juga hanya disampaikan melalui bahasa sama ada secara lisan ataupun
bukan lisan .

6

II .KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
Dalam kesusasteraan Melayu Moden , terdapat pelbagai hasil karya
kesusasteraan yang merangkumi pelbagai jenis seperti cerpen , drama , novel dan
sajak . Walaupun begitu , bentuk Kesusasteraan Melayu Moden ini masih sama
serupa dengan Kesusasteraan Melayu Tradisional iaitu mencakupi dua bidang iaitu
puisi moden dan prosa moden . Perbezaanya hanya terletak pada jenis setiap bentuk
tersebut dan contohnya ,

RAJAH 4

Puisi Moden lain daripada puisi tradisional yang mempunyai pelbagai genre .
Sajak yang merupakan satu-satunya genre yang terkandung dalam puisi moden
mempunyai kelebihan dari yang lain . Bak kata salah seorang pendapat tokoh iaitu
H.B. Jassin (1983) mentakrifkan sajak sebagai sebuah pengucapan perasaan serta
perasaan yang mendalam terhadap fikiran dan tanggapan . Secara umumnya , sajak
ini sebagai suara hati dan luahan hati seorang penyair dalam menyampaikan
perasaannya melalui bentuk bahasa .

Bagi prosa moden pula biasanya dikenali dalam drama , cerpen , novel dan
filem . Prosa moden amat digemari oleh serata masyarakat kerana ianya lebih menarik
terutama sekali plot penceritaan dalam sesebuah penghasilan karya tersebut . Ramai
beranggapan prosa moden mesti hasil karya sastera pada tahun 90-an kerana
perkataan moden menunjukkan ianya berlaku sebelum awalan tahun 2000 . Walhal
menurut Annas Hj Ahmad (1988) , kesemua hasil karya sastera selepas tahun 1800
Masihi digolongkan dalam sastera moden . Sebenarnya , perbezaan dari segi masa
ini tidak menunjukkan perkara yang penting cuma ianya hanyalah untuk memudahkan
bagi memahami bentuk serta unsur perbezaan dalam sastera Melayu .

7

2.03 JENIS SASTERA
Jenis kesusasteraan dalam penghasilan karya sastera mempunyai pelbagai
ragam serta mempunyai unsur-unsurnya yang khusus dalam membentuk sebuah
karya sastera yang indah . Setiap jenis karya yang dihasilkan berdasarkan
Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden mempunyai
gaya serta keindahan sastera yang mampu menyampaikan dan mengungkapkan
sesuatu dalam bentuk bahasa jika didalami dengan lebih mendalam . Jenis – jenis
sastera yang terdapat dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan
Melayu Moden seperti dalam rajah di bawah ,

RAJAH 5
I .PROSA TRADISIONAL

Prosa tradisional terbahagi kepada dua iaitu sastera lisan dan sastera bukan
lisan . Sastera lisan dan juga disebut sastera rakyat hanya khusus untuk orang
bawahan seperti kepada rakyat jelata manakala sastera bukan lisan atau sastera
istana khusus kepada orang istana dan para bangsawan .

8

SASTERA RAKYAT ( SASTERA LISAN )
Sastera rakyat atau sastera lisan ditakrifkan sebagai ungkapan sesuatu dari mulut

ke mulut . Selain daripada itu , ianya juga sebagai hasil kebudayaan lisan dalam
kelompok masyarakat tradisional dan isinya disejajarkan dengan karya sastera lain
yang melalui tulisan dalam masyarakat moden oleh (Zaidan et al , 200). Secara
umumnya , sastera ini diwariskan dan disampaikan secara lisan oleh masyarakat
Melayu seperti menerusi nyanyian , pantun dan cerita rakyat . Sastera lisan ini juga
bersifat tradisional dan anonimi . Paling penting sekali , sastera rakyat ini menjadi hak
bersama antara masyarakat serta cara penyebaran dan perwarisannya sudah tentu
melalui tulisan .Selain daripada itu , sastera rakyat ini terbahagi kepada dua iaitu
naratif dan bukan naratif . Dalam sastera naratif pula merangkumi tiga perkara utama
iaitu mitos , lagenda dan cerita rakyat dan sastera bukan naratif ini biasanya terdiri
daripada puisi rakyat

Secara ringkasnya , sastera naratif yang terdiri daripada mitos , lagenda dan cerita
rakyat memberi maksud sebagai ,

1. MITOS

Mitos seperti yang sendiri kita ketahui sebagai suatu yang dianggap benar-

benar terjadi dan suci oleh masyarakat . Kebiasaanya mitos ini juga daripada

makhluk – makhluk halus dan mengisahkan mengenai alam semesta , manusia ,

binatang serta tumbuhan . Ciri utama mitos ini sudah pastinya dianggap benar –

benar terjadi lebih-lebih lagi peristiwa yang aneh kerana ianya dianggap keramat

dan mampu memberi kesan kepada masyarakat terdahulu . Penceritaan mitos

juga terbahagi kepada tiga iaitu mitos asal usul , mitos institusi dan mitos politik .

Mitos asal usul biasanya seperti asal usul kejadian alam dan kejadian bentuk

binatang .

Bagi mitos institusi pula mengisahkan berkenaan asal usul sesebuah institusi

sosial dalam kalangan masyarakat Melayu seperti institusi kedatangan Islam

negeri dan institusi perbomohan . Mitos yang terakhir iaitu mitos politik pula

dikaitkan dengan penceritaan struktur pemerintahan sebuah kerajaan . iaitu

pembukaan kerajaan negeri dan cerita kerajaan-kerajaan negeri Melayu . JIka

ditakrifkan , mitos ini amat memberi pengaruh yang kuat dalam kehidupan

masyarakat Melayu terutama sekali dalam cara pemikiran terutama sekali yang

bersifat magis dan mistik . 9

2. LAGENDA

Lagenda memang tidak jauh dkaitkan dengan penceritaan tokoh – tokoh
terdahulu yang ternama . Cerita lagenda ini juga dianggap benar-benar berlaku
tetapi tidaklah dianggap suci . Kebiasaannya , tokoh – tokoh dalam cerita lagenda
ini pasti mempunyai kuasa yang luar biasa dan dipercayai benar-benar berlaku .
Bukan mitos sahaja mempunyai jenis – jenis sastera malah lagenda juga terdiri
daripada pelbagai jenis seperti lagenda keagamaan , alam ghaib , perseorangan ,
tempat dan tokoh . Setiap daripada jenis lagenda tersebut juga mempunyai unsur
serta mempunyai kejadian penceritaan tersendiri seperti yang terkandung dalam
rajah di bawah ,

3. CERITA RAKYAT

Cerita rakyat yang hanya sekadar sebuah cerita yang bertujuan sebagai
hiburan tidak menekankan sebarang perkara yang penting . Cerita rakyat ini juga
tidak dianggap benar-benar terjadi dan hanya sebagai sumber hiburan orang
terdahulu terutama sekali dalam memberi moral serta pengajaran dan juga
sindiran dalam kalangan masyarakat Melayu . Cerita rakyat ini juga terbahagi
kepada tiga jenis iaitu jenaka , binatang dan dongeng . Lihat daripada setiap jenis
cerita rakyat sudah jelas terlihat bahawa unsur hiburan amat diberi penekanan
dalam cerita rakyat . Hal ini kerana cerita rakyat kebiasaannya berlaku dalam
kehidupan nyata orang melayu terdahulu dan disampaikan melalui penceritaan
secara lisan . Gambaran serta contoh setiap daripada jenis cerita rakyat tersebut
boleh dilihat berdasarkan jadual di bawah ,

SASTERA ISTANA ( BUKAN TULISAN )
Sastera bukan tulisan yang juga dikenali sebagai sastera istana kerana

berkembang ketika di istana . Pada khususnya , sastera istana mempunyai 6 jenis
sastera yang merangkumi sastera hikayat , undang – undang , agama , epik , panji
dan ketatanegaraan .Sastera ini terbahagi kepada beberapa jenis kerana setiap
daripada jenis mempunyai unsur yang berbeza tetapi mempunyai persamaan dari
segi konsepnya iaitu berkaitan adat istiadat istana , para tokoh bangsawan serta
berkaitan dengan hal-hal istana .

10

II .PUISI TRADISIONAL
Puisi tradisional yang memfokuskan kepada empat jenis seperti yang telah
ditekankan berdasarkan penulisan pada halaman sebelum ini iaitu yang menekankan
pantun , gurindam , syair dan seloka .
1. PANTUN

Pantun yang merupakan berasal daripada masyarakat Melayu kita sendiri dan
menggunakan antara kaedah rangkapan tertua . Pantun yang mengandungi
beberapa rangkap yang paling kurang dua rangkap dan juga mempunyai pantun
berkait . Penggunaa karya sastera pantun dalam kalangan masyarakat Melayu
dapat dibuktikan berdasarkann tanggapan Za’abaa (1978) iaitu masyarakat
Melayu telahpun mahir berpantun dan berbalas-balas pantun antara sesama
mereka meskipun sebelum mereka mengetahui berkenaan surat mneyurat .
Antara beberapa fungsi utama pantun ini sudah pasti bagi tujuan hiburan . Selain
itu , unsur nasihat juga diletakkan ke dalam sesebuah pantun tersebut selain
daripada untuk menyampaikan hasrat tersembunyi dan sebagai tanda
perpisahan . Bentuk pantun juga terdiri daripada beberapa jenis seperti dua hingga
12 kerat tetapi yang sering digunakan dan dikatakan popular hanyalah pantun dua
dan empat kerat .

2. GURINDAM

Salah satu bentuk puisi Melayu yang sering menjadi bualan masyarakat Melayu
dahulu sehingga sekarang iaitu gurindam di mana berasal daripada Bahasa Tamil iaitu
daripada perkataan ‘ iradam ‘ dan ‘ kirandam ‘ yang memberi maksud puisi secara
terbuka lalu menjadilah ‘ gurindam ‘ . Seperti sesetengah hasil karya sastera lain
gurindam ini mempunyai bentuk yang terikat . Gurindam juga menggunakan Bahasa
serta irama yang agak menyenangkan apabila melagukannya seperti nyanyian tidak
seperti karya sastera yang lain yang kebanyakannya disampaikan dengan penuh rasa
semangat dan nada yang tinggi .Za’ba juga ada menyatakan bahawa gurindam
merupakan sejenis syair yang berpanjangan atau melarat tetapi sukatan dan
rangkapannya masih tetap .

11

3. SYAIR

Menurut salah seorang cendekiawan Melayu iaitu Mohd . Yusof Md. Nor
(1985) , syair ditakrifkan berasal daripada puisi Arab yang bernama ‘syi’r’ . Namun
begitu , bentuk puisi Melayu tidak sama dan amat berbeza dengan bentuk syair
yang terkandung dalam kesusasteraan Arab . Secara amnya , syair ini
dikategorikan sebagai puisi yang berlagu yang dibawa masuk ke Nusantara ketika
bersama dengan kedatangan Islam dan dikatakan berasal dari Parsi . Syair yang
dikatakan suatu pernyatataan yang berlarutan dan berlanjutan kebiasaannya bagi
mengemukakan cerita buah fikiran , nasihat dan pujian . Bentuk bagi syair ini juga
hanya mempunyai empat baris serangkap dan rima akhirnya ‘a’ , ‘a’ , ‘a’ , ‘a’ . Syair
ini juga mempunyai awalan dan akhiran bagi setiap untai .

4. SELOKA
Seloka pula yang merujuk sebagai satu puisi tradisional yang

berkonsepkan karangan berangkap atau juga dikenali sebagai bahasa
beirama .’Seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu daripada perkataan
‘Shloka’ yang membawa makna sebagai berjenaka , berseloroh dan menyindir .
Oleh sebab itu, seloka dikenali sebagai pepatah atau bidalan Melayu serta
perumpamaan di samping mengandungi unsur – unsur gurauan , senda ,
ejekan serta sindiran . Seloka ini mempunyai pelbagai isi serta mesej yang
bertujuan bagi memberi pengajaran dan teladan oleh pembaca kerana sarat
dengan pelbagai sindiran yang amat berguna . Seloka juga selalunya ditulis
dalam bentuk terikat dengan empat baris bagi setiap rangkap tetapi
pembentukannya lebih serupa dengan bentuk pantun dan syair .

III . PROSA MODEN
Pengkarya sastera Melayu Moden iaitu Abdullah bin Abdul Kadir yang terkenal
dengan penghasilan karya beliau iaitu Hikaya Abdullah dan Kisah Pelayaran
Abdullah . Beliau amat dikenali terutama sekali sebagai tokoh Sastera Melayu Moden
termasuk juga prosa moden . Seperti yang kita tahu , prosan moden ini merangkumi
filem , drama , novel dan cerpen ,

12

1. CERPEN

Cerpen yang merupakan sebagai cerita pendek sebagai sebuah medium
dalam menyampaikan sesuatu berupa dalam bentuk penceritaan yang ringkas dan
pendek tetapi boleh membawa makna serta difahami oleh para pembaca . Melalui
cerpen juga memberi gambaran berkenaan suatu zaman sama ada dalam pelbagai
bidang serta sebagai sebuah alat dalam menggambarkan sikap , perasaan ,
pandangan dan fikiran pengarang tersebut . Melalui cerpen juga mengisahkan
berkenaann sesuatu kejadian dan peristiwa sebagai fokus utama dalam topik
penceritaan tersebut .

2. NOVEL

Novel pula kebanyakan menceritakan tentang dan termuat mengenai
sebahagian kehidupan seseorang dalam kehidupan . Kadang kala penulis tidak akan
memuatkan penceritaan kehidupannya tetapi juga akan memuatkan kehidupan orang
lain dalam hasil karyanya serta kehidupan sekitar dengan seseorang pengarang
tersebut .

Menurut Shahnon Ahmad (1972) , novel sebagai sebuah satu bentuk
pentafsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka .
Secara dasarnya , novel ini mengisahkan berkenaan sebuah kejadian dalam
kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa dan berpusatkan dalam kehidupan
seseorang tersebut . Novel merangkumi pelbagai topik bukan sahaja hanya
melibatkan percintaan tetapi ada juga yang melbatkan kemasyarakatan dan semangat
kebangsaan .

3. DRAMA

Drama juga merupakan salah satu bentuk karya sastera yang terkandung
dalam prosa moden dan disampaikan melalui lakonan serta dialog . Setiap
mesej serta penceritaan yang ingin disampaikan berupa bentuk lakonan . Skrip
drama yang menjadi panduan kepada pengarah serta kepada barisan pelakon
merupakan unsur-unsur utama yang mendukung drama tersebut . Selain
daripada skrip , pengarah juga memainkan peranan penting sebagai unsur
utama dalam menyeleraskan sesebuah pementasan drama tersebut .

13

Dengan ini , drama juga disebut sebagai penghasilan karya sastera seperti
yang dikatakan oleh Erwan Juhara (2014) iaitu drama yang merupakan jenis karya
sastera dibangunkan oleh beberapa unsur intrinsik iaitu satu kesatuan dala
membentuk sebuah karya secara keseluruhan .

IV. PUISI MODEN
Puisi moden yang hanya terdiri daripada sajak juga berfungsi seperti hasil
kasrya sastera yang lain walaupun agak berbeza sedikit seperti sajak lain .Meskipun
sajak satu-satunya genre yang terdapat dalam puisi moden , namun sajak tidak terikat
dengan sebarang peraturan atau diksi dalam pemilihan kata serta pembentukan
rangkap dan baris dalam pembentukannya . Tidak seperti puisi tradisional yang secara
nyata ia agak terikat . Satu lagi keistimewaan sajak dalam puisi moden ini ianya boleh
mendapat hak pemilikan atau hak sebagai pengakuan ke atas sesebuah karya yang
dihasilkan meskipun sebagai nama samara atau nama pena . Manakala dalam puisi
tradisional semuanya hanya berupa hak milik bersama dan tidak boleh mengiktiraf
sebagai karya sendiri dalam penghasilan sesebuah karya sastera tersebut .
Oleh sebab itu , sajak dikenali sebagai puisi yang baharu dan popular serta
telah lahir sebagai pilihan puisi tradisional (Hashim Awang 1984) . Tambahan lagi ,
sajak yang terkandung dalam puisi moden ini tidak terikat pada norma-norma tertentu
seperti yang terkandung dalam puisi tradisional .

3.0 FUNGSI SASTERA

Setiap penghasilan karya sastera mempunyai makna serta fungsi sastera
sebagai penetapan tujuan sesebuah karya tersebut . Fungsi sastera yang memberi
tumpuan kepada pengarang dan masyarakat bagi memperlihatkan beberapa sudut
yang penting dalam kesusasteraan ini . Karya sastera ini bukan sahaja memberi fungsi
sebagai hiburan kepada masyarakat tetapi juga sebagai pendidikan , memberi
dakwah dan mewujudkan kritikan sosial dalam kalangan masyarakat . Setiap fungsi
yang ada di dalam sastera ini amatlah penting dan perlu dititikberatkan dalam
penghasilan sesuatu karya sastera bagi memastikan mesej serta perkara yang ingin
disampaikan dengan baik dan jelas kepada masyaarakat . Oleh itu , fungsi sastera ini
wujud dalam beberapa perkara berserta mempunyai maknanya yang jelas seperti ,

3.01 HIBURAN
Fungsi hiburan amatlah penting kerana dengan adanya hiburan dalam
sesebuah penghasilan karya sastera dapat membawa keseronokan serta
mewujudkan sastera yang indah .Hiburan bukan sahaja terbit dengan wujudnya
keharmonian antara watak dan topik dalam sesebuah karya sastera malah kata – kata
yang diwujudkan berserta irama dan rentak dalam karya sastera tersebut juga mampu
memberi unsur hiburan dalam sesebuah karya tersebut . Kepentingan fungsi hiburan
ini dapat menjadikan sesebuah karya sastera ini diterima oleh semua kalangan
masyarakat kerana mampu membelai serta memeli jiwa setiap masyarakat yang
membacanya .
Antara contoh karya sastera yang mempunyai unsur hiburan sudah semestinya
dalam cerita rakyat jenaka Pak Pandir yang sudah semestinya telah diketahui oleh
semua masyarakat . Cerita Rakyat Pak Pandir yang mengisahkan sifat Pak Pandir
yang lurus bendul amat melucukan dan membuatkan semua masyarakat terhibur
melihat cerita tersebut .

Cerita tersebut yang meletakkan watak utama iaitu Pak Pandir sebagai seorang
yang lurus bendul dan memiliki sifat yang agak kurang cerdik bagi memberi unsur
jenaka dan sindiran kepada masyarakat Melayu . Ramai beranggapan cerita tersebut
hanyalah berunsurkan hiburan dan jenaka semata – mata tetapi ianya juga bagi
sindiran kepada masyarakat agar berfikir dahulu sebelum bertindak . Sebagai
contohnya ,

“ Ada seketika air itu pun panaslah serta menggelegak sedang gelora . Maka
diambilya anaknya itu , dimasukkan ke dalam sebuah kawah tersebut lalu anaknya itu
dicelur oleh Pak Pandir yang bendul itu . akhirnya , matilah serta menggeluaps kulit
anaknya . “

Dari situ kita dapat dilihat unsur jenaka dan hiburan yang ingin disampaikan
tetapi terselitnya sindiran melalui penceritaan tersebut di mana agar tidak menjadi
seperti Pak Pandir dan berfikir dengan baik dalam melakukan sesuatu perkara .

15

3.02 PENDIDIKAN
Pendidikan atau pengajaran amatlah penting apabila menyampaikan sesebuah

karya sastera . Hal ini kerana bagi membentuk masyarakat melayu mempunyai sifat
serta kejatidirian yang tinggi melalui penghasilan karya yang disampaikan .
Pendidikan yang bertujuan untuk memberi pesanan serta nasihat kepada semua
masyarakat di samping juga dalam memberi kesedaran dan mempengaruhi pemikiran
masyarakat dalam menerapkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi . Meskipun
hanya melalui penghasilan karya sastera namun ianya mampu memberi impak dan
pengaruh kepada pemikiran masyarakat Melayu dalam membentuk modal insan
dalam kalangan masyarakat .

Berdasarkan pantun mengenang budi berkenaan budi pekerti dalam kehidupan
masyarakat , terdapat juga unsur pendidikan dan pengajaran dalam menerapkan
sahsiah serta nilai murni dalam diri masyarakat iaitu melalui serangkap pantun
berbunyi ,

Ikan geli ikan gelama ,
Dimasak lemak sedap dimakan ,
Budi yang luhur kita terima ,
Haruskah dibalas dengan kutukan .

Maksud yang dinyatakan dalam pantun tersebut di mana setiap perlakuan baik
seseorang haruslah dibalas juga dengan sesuatu yang baik . Begitu juga jika orang
lain memberi pertolongan atau budi kepada kita , janganlah kita bersikap sombong
tetapi tetaplah membalasnya dengan sesuatu yang baik . Melalui pantun ini ,
masyarakat Melayu mampu memperoleh pengajaran agar menerapkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan . Oleh sebab itu , penghasilan sebuah karya sastera
menungkapkan perasaan serta menyampaikan sesuatu mesej kerana ianya mampu
mepengaruhi fikiran serta pemikiran masyarakat .

16

3.03 DAKWAH
Dakwah dalam sastera berfungsi sebagai menyembunyikan apa-apa jua pesan

yang hendak disampaikan dan dikomunikasikan kepada khalayak ramai melalui
pelbagai cara seperti dalam bentuk metafora , ragam estetika dan sebagainya .
Sebagai contoh penghasilan karya sastera yang berunsurkan fungsi dakwah seperti
Sastera KItab .Dakwah secara amnya ditakrifkan sebagai suatu proses penyampaian
pesan suci Tuhan kepada semua manusia melalui penyampaian beberapa medium
yang mudah difahami oleh masyarakat . Medium atau objek dakwah ( Mad’u) sudah
tentu disampaikan melalui bahasa bagi memudahkan perkara yang ingin disampaikan
dapat diterima dengan baik dan jelas . Sudah terang lagi bersuluh , dakwah
sememangnya berkait dengan sesuatu kebajikan atau perkara yang baik dan
dilakukan dengan cara mengajak orang lain melakukan kebaikan tersebut seperti
yang dinyatakan oleh Ali Mahfudh menerusi KItab Hidayatul Mursyidin dakwah
sebagai memberi dorongan kepada manusia bagi melakukan kebajikan atau kebaikan
dan mencengah dalam melakukan kemungkaran agar memperoleh kebahagiaan di
dunia dan akhirat .

Menerusi syair Kiamat di bawah dapat menjelaskan berkenaan fungsi dakwah
dalam sastera yang bertujuan menyampaikan sesuatu kebajikan atau kebaikan . Dua
rangkap yang diambil daripada Syair Kiamat membawa maksud agar terus taat dan
melakukan suruhan allah seperti melakukan sunnahNya kerana kesemua amalan
tersebut akan dibawa pada hari akhirat kelak . Baris ke empat pada rangkap pertama
menunjukkan bahawa orang yang mentaati perintahNya pasti akan memperoleh
nikmat manakala menerusi rangkap kedua dapat dilihat jika tiada orang yang mentaati
perintah Allah pasti akan dimurkai dan terjerumus ke neraka .

Sudah memuji Allah dan Muhammad,
Disuratkan syair khabar kiamat,

Di sanalah Nabi memohonkan umat,
Barang yang taat beroleh nikmat .

17

Barang yang maksiat beroleh bala,
Kerana murka Allah Taala,

Di dalam neraka ia tersula,
Badannya hancur tiada terkala.

3.04 KRITIKAN SOSIAL
Menerusi kritikan sosial , sastera berfungsi sebagai memberi kritikan kepada

masyarakat dalam setiap yang dilakukan dalam menjalani kehidupan seharian .
Sastera yang merupakan realtii kehidupan sesebuah kelompok masyarakat itu sendiri
dan setiap yang berlaku sememangnya benar terjadi dan menjadi rakaman kehidupan
seseorang . Menerusi konteks susun lapis masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum serta latar belakang kehidupan telah mewujudkan sebuah kritikan sosial melalui
jurang sosial dalam kalangan masyarakat tersebut . Begitu juga seperti yang
ditegaska oleh Usman Awang dan A. Samad Said bahawa sastera merupakan
gambaran kehidupan manusia .

“ Aku kaya !!! , ” jerit Mat Jenin di atas pokok kelapa keriangan . Kedua-dua
tangannya diangkat tinggi meraikan kekayaan yang hanyalah angan-angan itu
sebentar tadi . Tidak lama kemudian dia terjatuh dari atas pokok akibat leka dengan
angan-angannya tadi .
Analisi karya sastera berdasarkan kritikan sosial , ianya juga boleh dikaitkan dengan
kisah cerita Mat Jenin di mana sikap Mat Jenin yang suka berangan-angan dan
bercakap kepada semua orang . Kritikan sosial yang dapat ditunjukkan menerusi kaya
ini berdasarkan konteks kehidupan masyarakat iaitu Mat Jenin yang hanya bermimpi
di siang hari tanpa usaha yang keras malah hasil juga tidak ada .Dengan ini
menunjukkan bahawa sesuatu impian tersebut tidak aka digapai tanpa usaha yang
gigih dan berterusan . Fungsi kritikan sosial ini amat memberi peneguran kepada
masyarakat agar sentiasa gigih dalam ingin mencapai sesuatu perkara .

18

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI

Akal budi dalam penghasilan karya sastera yang melibatkat kalangan masyarakat
Melayu merupakan dayar fikir dalam memahami sesuatu sama ada konkrit mahupun
abstrak dan praktikal atau teoritikal .Manifestasi yang membawa maksud menjelaskan
atau menerangkan dan menyatakan sesuatu . Akal juga atau sebagai pemikiran
merupakan suatu proses dalam menggunakan minda bagi mencari sesuatu makna
serta pemahaman terhadap sesuatu perkara . Budi pula sebagai sebuah perasaan ,
kesedaran , keyakinan dan dorongan yang mewakili pertuturan , perlakuan ,
pertuturan , gaya hidup serta kehalusan berbahasa .Akal budi dalam masyarakat
Melayu sudah tentu berteraskan agama Islam yang mengutamakan pendidikan dalam
kehidupan . Selain daripada itu , akal budi yang juga dipegang seperti hormat –
menghormati , budi pekerti dan sifat kemasyarakatan bagi membentuk modal insan
yang berguna . Antara akal budi yang sering dilihat berdasarkan kehidupan seharian
kita seperti agama dan kepercayaan , adat istiadat , sistem kekeluargaan serta amalan
nilai- nilai murni . Jelaslah bahawa setiap yang dilakukan dalam realiti kehidupan
masyarakat merupakan sebuah akal budi yang dihasilkan dalam membentuk sebuah
penghasilan karya sastera yang indah dan menarik . Akal budi yang merangkumi 5
aspek utama iaitu ,

PEMIKIRAN
- Pemikiran yang melibatkan minda serta akal bagi mencari pemahaman serta

makna dengan lebih mendalam dalam sesuatu perkara . Melalui pemikiran juga
mampu memperoleh idea-idea yang bernas dan membuat keputusan terhadap
perkara yang difikirkan .

PERTUTURAN
- Kebiasaannya dalam sudut pertuturan , kita dapat lihat melalui aspek sifat

kesantunannya. Pertuturan yang merupakan lambang bagi setiap individu
dalam kalangan masyarakat kerana melalui pertuturan menunjukkan identiit
seseorang .

19

PERLAKUAN
- Perlakuan atau tingkah laku serta perbuatan seseorang juga amat

dititikberatkan dalam masyarakat Melayu .Perlakuan seseorang juga menjadi
simbolik sebagai maruah seseorang . Oleh sebab itu , setiap perlakuan yang
dilakukan perlu difikir secara waras terlebih dahulu sebelum melakukannya
agar tidak membuka aib kepada diri sendiri serta seluruh keluarga . Walau
bagaimanapun , masyarakat Melayu kita dikatakan hamper kesemuanya
mempuyai sikap yang baik dan kaya dengan tingkah laku yang tinggi .

GAYA HIDUP
- Gaya hidup yang juga dieertikan sebagai kehidupan membawa makna perihal

hidup seseorang dalam kehidupan di dunia nyata . Gaya hidup juga ditakrifkan
sebagai cara seseorang dalam menjalani kehidupan mereka yang tertentu
mengikut latar belakang taraf sosial mereka tersendiri .

KEHALUSAN BERBAHASA
- Dalam penghasilan kesusasteraan kehalusan berbahasa merupakan aspek

yang paling penting dan perlu dijaga . Kehalusan berbahasa atau juga sebagai
kesantunan dalam berbahasa merujuk kepada penggunaan seseorang dalam
berbahasa iaitu dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan bagi
mencerminkan masyarakat Melayu sebuah kelompok yang mempunyai
keperibadian yang tinggi .

20

4.01 AKAL BUDI DALAM PANTUN

Pantun seperti juga penghasilan karya sastera lain yang menyampaikan pemikiran
dan perasaan sebagai tujuan utama dalam memanifestasikan akal budi . Akal budi
yang terdapat dalam pantun menunjukan cara nasihat disampaikan kepada
masyarakat melalui kehalusan sastera agar ketinggian akal budi dapat dilihat dan
dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu . Akal budi dalam pantun juga dapat dlihat
menerusi pemikiran , aktiviti kehidupan serta falsafah hidup pegangan kehidupan
masyarakat . Begitu juga menurut Ungku Aziz (2011) , di mana pantun tidak wujud
dalam vakum atau dalam sesuatu kekosongan tetapi pantun merupakan antara salah
satu manifestasi terbaik hasil seni karya sastera masyarakat Melayu berbanding
penghasilan karya sastera yang lain.

Pantun dikatakan antara manifestasi yang terbaik kerana pantun amat sesuai dan
mampu membelai jiwa masyarakat Melayu . Dari situ kita sendiri dapat menyangkal
bahawa masyarakat Melayu mempunyai kesenian dalam keperibadian diri masing –
masing . Pantun tradisi atau pantun lama mempunyai penyusunan yang tersusun
dalam setiap kalimat perkataan serta yang membawa maksud yang amat bermakna
manakala pantun pada hari ini tidak lagi menekankan ungkapan manifestasi pemikiran
oleh masyarakat Melayu .

Anak haruan berkawan-kawan ,
Masuk ke kuala berenang – renang ,

Pelik sungguh dirimu tuan ,
Orang berbudi tidak dikenang .

Dilihat pada maksud pantun tersebut secara amnya merupakan budi yang
diberikan oleh seseorang tidak dikenang atau dipandang oleh orang lain . Budi pekerti
yang diberikan sama ada kecil atau besar bentuknya perlulah dibalas dengan budi
atau jasa tanda menghargai perbuatan baik seseorang . Namun , sebaliknya yang
berlaku berdasarkan pantun di atas budinya langsung tidak dikenang dan dihargai .
Melalui konsep sudut pandangan yang lebih mendalam pula , anak haruan yang
mewakili sebuah kelompok masyarakat yang bekerjasama antara satu sama lain dan
sering bersama –sama dalam menghadapi pelbagai cabaran ,berdasarkan ayat pada
baris pertama “ anak haruan berkawan –kawan ” .

21

“ Masuk ke kuala berenang-renang ” sebagai tafsiran seseorang yang telah pergi
atau terjumpa orang atau tempat baru di mana kuala yang bermaksud sungai yang
mengalir masuk ke laut atau tasik . “Pelik sungguh dirimu tuan , orang berbudi tidak
dikenang “ memberi maksud di mana melupakan jasa serta budi yang telah dilakukan
oleh seseorang malah tidak dihargainya dan meninggalkan seseorang tersebut begitu
sahaja setelah berjumpa dengan rakan atau berada dalam kelompok yang baru
seperti pepatah , kacang lupakan kulit .

4.02 AKAL BUDI DALAM SYAIR

Syair yang berkembang sejak dahulu lagi mula berkembang dalam pelbagai
Bahasa di Nusantara . Bentuk syair juga dipercayai diperkenalkan dan dimulai
oleh Hamzah Fansuri yang pada mulanya bertujuan untuk mengajarkan agam
Islam kepada masyarakat Melayu pada zaman itu .

Secara khususnya , syair juga mempunyai ciri-ciri yang membentuk kepada
sebuah syair yang indah iaitu setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris . Syair
juga mempunyai setiap satu baris danperlu diberhenti atau sebagai hentian . Secara
amnya , patah perkataan pada setiap baris syair juga mengandungi empat hingga
lima patah perkataan dan lapan sehingga dua belas suku kata sebaris .

Pada setiap rangkap syair juga memerlukan beberapa rangkap yang berurutan
bagi mewujudkan sebuah syair yang lengkap . Jelas dilihat setiap ciri dalam sesebuah
syair amat lengkap dan sempurna bagi mewujudkan sebuah syair yang indah
merangkumi dari pelbagai aspek .

Syair Pesanan Ibu
Dengarlah anak ibu berpesan ,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di massa depan.

22

Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.

Syair Pesanan Ibu ini mengisahkan seorang ibu sukar untuk melepaskan anaknya
untuk belajar ke universiti . Akal budi yang dapat dilihat melalui pemikiran di mana
ibunya berfikir dengan adanya pelajaran di dada mampu membina masa hadapan
yang cerah berdasarkan rangkap pertama syair tersebut . Ibunya juga berfikir ilmu
pengetahuan sebagai pelindung iman di dada dan tanda orang yang bijaksana .
Dalam rangkap ketiga pula membawa makna hidup anaknya yang bahagia tanpa duka
itu perlulah dikekalkan dan janganlah terpengaruh dengan dunia luar atau lembah
kesesatan kerana akan menyesal kelak harinya . Perasaan seorang ibu juga dapat
dilihat gembira melihat anaknya sudah mula mengenal dunia luar tetapi pada masa
yang sama sedih untuk meninggalkan anaknya . Ibunya juga takut jika anaknya akan
terpengaruh dengan kancah kehidupan dunia luar yang sarat dengan pelbagai
rintangan mendatang .

23

4.03 AKAL BUDI DALAM SELOKA

Seloka yang diketahui sebagai berseloroh dan menyindir . Seloka digunakan bagi
mengungkapkan serta menyampaikan sesuatu tetapi mengandungi unsur sindiran
dan ejekan . Seloka juga dikenali sebagai pepatah dan bidalan dan merupakan bentuk
puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap dan berirama . Irama seloka juga
amat menyeronokan sehingga mampu membuatkan para pendengar terbuai apabila
mendengarinya . Antara seloka yang biasa didengari dan juga terkenal dalam
masyarakat Melayu merupakan seloka Pak Pandir ,

Pandai-pandai wahai pak pandir ,
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai.

Bila mendengar gelagak dagang ,
Hingga tak sedar bertelanjang,
Pantang mendengar guruh di langit,
Air tempayan dicurahkan.

Berdasarkan dua buah rangkap seloka Pak Pandir ini dapat dilihat bahawa seloka
ini yang berunsurkan jenaka tetapi juga diselitkan sindiran dalam masyarakat Melayu
kini . Menerusi baris pertama pada rangkap pertama iaitu “”Pandai-pandai wahai pak
pandir” jelas dilihat disitu amat memberi sindiran terhadap watak Pak Pandir
sebenarnya bukanla pandai tetapi seorang yang lurus bendul . Seterusnya , dilihat
daripada rangkap pertama yang membawa makna sikap lurus bendul atau secara
kasarnya bodoh memberi kesan negative kepada dirinya di mana dia lebih
mempercayai orang lain berbanding dengan anaknya sendiri sehingga menjadikan
musuh sebagai rakannya melalui rangkap perkataan “ Kucing dibunuh , tikus dibela” .

24

Akhirnya , Pak Pandir telah kehilangan segala harta benda kepunyaannya
menerusi baris perkataan “ Tak sedar bertelanjang” . Pak Pandir sendiri mendapat
malang serta balasan disebabkan sikapnya sendiri . Bagi dua baris yang terakhir
berdasarkan rangkap kedua yang berbunyi “ Mendengar guruh di langit , air di
tempayan dicurahkan “ iaitu melepaskan sesuatu yang amat berharga sedangkan
menunggu sesuatu yang belum pasti seperti yang ditunjukkan watak Pak Pandir yang
sanggup menggadaikan segala harta yang ada demi sebuah harta lain yang belum
pasi miliknya .

4.04 AKAL BUDI DALAM GURINDAM

Gurindam juga mempunyai irama yang amat menyenangkan apabila didengarinya
seperti juga seloka . Dari segi bentuknya , gurindam terdiri daripada dua iaitu terikat
dan tidak terikat . Dalam setiap gurindam tersebut juga kandungan serta isi yang
berunsurkan nasihat , pengajaran serta mengungkapkan sesebuah perasaan . Namun
begitu , seuntai gurindam perlu melengkapkan keseluruhan sesuatu idea berdasarkan
rangkap . Tanpa adanya beberapa rangkap , gurindam tersebut tidak mampu
mewujudkan keseluruhan idea .
Gurindam Petua Hidup daripada Za’ba
Fikir dan Kata
Kurang fikir , kurang siasat ,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata ,
Supaya terelak silang sengketa .

Akal budi yang terdapat dalam gurindam Petua Hidup ini menjelaskan
berkenaan ranjau kehidupan masyarakat yang mempunyai pelbagai rencah serta
onak dan duri dalam kehidupan . Konsep yang dapat dilihat dimana ‘FIkir dan Kata’
yang membawa makna kepada pemikiran serta perkataan yang diungkapkan oleh
seseorang .

25

Jika kurangnya berfikir dan mencari ilmu pengetahuan yang berdasarkan
perkataan “kurang siasat” pada rangkap pertama dapat membawa seseorang itu ke
jalan yang sesat atau ke lembah hitam .Begitu juga dalam perkataan haruslah berfikir
dahulu dengan waras dan baik sebelum mengungkapkan sesuatu perkataan agar
tidak berlakunya persengketaan atau perselisihan fahaman antara satu sama lain .
Tamsilnya , melalui akal budi gurindam ini ingin menyampaikan agar fikiran serta
perkataan haruslah diungkapkan seiring agar dapat membantu seseorang dalam
kehidupan dengan lebih baik .

26

5.0 RUMUSAN
Secara tuntasnya , kesusasteraan Melayu merupakan suatu perkara yang

sedia ada dan sememangnya berlaku dalam kehidupan nyata setiap masyarakat
meskipun tanpa kita sedari . Kesusasteraan Melayu yang merupakan sebuah
penghasilan seni karya yang amat bernilai kerana ianya berdasarkan pengalaman
serta perasaan seseorang dalam mengungkapkan sesuatu . Ramai beranggapan
bahawa kesusasteraan Melayu juga merupakan suatu ilmu namun pada dasarnya ,
kesusasteraan merupakan penghasilan sebuah seni karya . Seni dan ilmu merupakan
perkara yang berbeza di mana seni merupakan sebuah ciptaan manakala ilmu adalah
berasaskan fakta .Saya juga dapat menyimpulkan bahawa sastera merupakan suatu
yang lahir dari dalam diri seseorang dalam mengungkapkan sesuatu secara zahir dan
pentingnya sastera ini kerana mementingkan dua perkara iaitu bahasa dan isi .
Sehubungan dengan itu , sastera juga harus mempunyai ekspresi atau ungkapan
serta bentuk dalam membentuk sebuah penghasilan karya . Sudah terang lagi
bersuluh sastera merupakan sebuah seni bahasa yang indah dalam memuatkan
perasaan menerusi karya sastera . Akhir kata , sastera juga sebagai sumber inspirasi
kehidupan manusia yang dibentuk melalui sebuah karya .

27

RUJUKAN
Ali Ahmad (1994), Pengantar Kesusasteraan . Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala

Lumpur . Hal 7
Dewan Bahasa dan Pustaka (1988).Glosari Istilah Kesusasteraan.Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr Siti Hajar Che Wan (2011) . nota kuliah Pengantar Kesusasteraan .
Harun Mat Piah 1989).Puisi Melayu Tradisional.Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Kamus Bahasa Melayu . Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat . Dewan Bahasa Dan

Pustaka .
Mohd Yusof Md Nor (1985).Puisi Melayu Tradisi . Kuala Kumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka .
Shahnon Ahmad (1987).Polemik Sastera Islam – Kassim Ahmad , Shahnon

Ahmad.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) . Bahasa Melayu II . Kuala Lumpur : Penerbit Oxford Fajar

Sdn.Bhd
Siti Hajar Abd. Aziz (2011).Bahasa MElayu 1.Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

28


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Phyllis Ann Beltran Memorial
Next Book
23-03-2022