The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 347-12-rutrapriya, 2022-08-31 22:33:56

Pandu Puteri

BUKU LOG MPU

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun
dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

PERKARA 4 – LENCANA

USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah
empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam
bulatan di sekelilingnya.
Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya),
bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk
menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran
kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan
melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.

PERKARA 5 – PENAUNG

Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan
Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:
- mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
- menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja.
- menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF

Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan
ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat
Majlis Kebangsaan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis
Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.
6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut:

Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat

6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan

6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa
ke semasa.

6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung
Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang
tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada
Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Yang Dipertua
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya
Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah
Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan Yang Dipertua
USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk
tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang
Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya.

Ketua Pesuruhjaya
Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun.
Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya.

Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan

6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-
Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan
memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh
tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.

Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang
sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif
Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada
setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan.

Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan
memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana
pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi
tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.

USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai
di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60
tahun, and 30% di atas umur 60 tahun.

USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga
Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan
di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif
Kebangsaan.

USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

6.3 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua
Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada
mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

6.4 Korum and Kuasa Pengundian
Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila
korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir.

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan
ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan
diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan
ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan,
pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri
Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:

i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan;
ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk
memastikan pencapaian yang baik;
iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan
perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti;
iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan
pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program
latihan terancang;
v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan
orang awam;
vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan
dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan
dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.
viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

USUL 11: PERKARA 7 – BADAN UNDANGAN

Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan
mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.

7.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan
Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis
Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun
ke atas. USUL 3: Tiga (3) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 tahun.

Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat
Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.

Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan:

Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari
Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan
Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi.

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari
semasa ke semasa:
Tiada hak untuk mengundi.

Wakil Cawangan:
USUL 9: 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian
sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi.
USUL 10: Majlis Kejurulatihan:
10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan.

Guild Pandu Puteri Raja:
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas
(14) undi.

Guild Trefoil:
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas
(14) undi.

Guild Mantan Pesuruhjaya:
Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi.

Wakil Kelab Pandu Puteri:
Dibenarkan mengundi.

Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan:
Tiada hak untuk mengundi.

7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis
Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung.

Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun
berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya
dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.

7.3 Kekerapan Mesyuarat
Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat
dari tarikh 30 Jun.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada
satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

7.4 Korum and Kuasa Pengundian
Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli
yang mengundi.

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan
ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum
tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan
ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua
keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan
ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan
Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga
undi majoriti.

USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis
Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar
yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun
tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.

7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut:
i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu
penting;
iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan;
v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan
vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran
Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya;
vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini;
viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan;
ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan
undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.

PERKARA 8 – KEWANGAN

Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada:

i.kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan.
ii.derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan
daripada pelaburan.

Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-
mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang
dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing.

Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa
pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus
dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan
menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan.

Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua
penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada
penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat.

Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh
14 Mei30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira
serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun
kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.

PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN

Cawangan Persatuan terdiri daripada:

i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu.
ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara.
iii.iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-
isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.

Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan
Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan
dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap
Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan
Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-
pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap
Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk
diluluskan.

Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang
ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL

Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui
undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.

USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif
Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat
belas (14) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.

PERKARA 11– PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung
Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua
pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua
pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir.

Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset
selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana
yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk
pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai
tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9
Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.

LEMBARAN KERJA PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI

Berdasarkan rajah di atas, sila tandakan (/) bagi bilangan pecahan bintang yang
betul.
a) 10 ( )
b) 18 ( )
c) 14 ( )
d) 20 ( )

Berdasarkan rajah di atas, sila salin semula tugas-tugas dan tanggungjawab
Penaung Diraja dalam ruangan jawapan yang disediakan.

a)
b)
c)

JURU
PERTOLONGAN

CEMAS

Juru Pertolongan Cemas

Seorang Juru Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir perlu
mempunyai ciri-ciri:

✓ Tajam Pemerhatian – nampak segala tanda-tanda dan gejala
kecederaan.

✓ Pantas Ikthiar – menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa
yang ada sekelilingnya.

✓ Tidak Kasar – jangan menyakitkan orang yang tercedera
✓ Berakhlak Budi – tidak menambah kesakitan.
✓ Bertimbang Rasa – menghiburkan hati orang yang tercedera.
✓ Sentiasa tersenyum – muka yang tersenyum memberi

keyakinan kepada pesakit.

Tanggunjawab Juru Pertolongan Cemas
Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu
kecederaan.
Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa
Panggil Doktor atau hantarkan ke hospital.
Berikan maklumat yang terang kepada Doktor.

Tugas Juru Pertolongan Cemas

1. Memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit:
2. Menahan pendarahan.
3. Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa.
4. Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
5. Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa

untuk bernafas.
6. Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu
7. Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.
8. Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan

udara yang bersih.













1. Sila tandakan (/) pada jawapan yang betul.
A. Tugas Seorang Juru Pertolongan Cemas

Menahan Mendapat sumber
pendarahan cahaya matahari

Berikan Mendapat alat-alat
perlindungan di permainan
tempat yang teduh

dan selesa

Berikan duit kepada Berikan pemulihan
mangsa pernafasan jika
mangsa tidak
bernafas.

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
JALAN SIKAMAT
70400 SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM

KEDET PANDU PUTERI MALAYSIA
KUMPULAN PISMP SEMESTER 4

2022

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan merupakan kandungan komuniti manusia yang hidup bersama, iaitu yang
dirancang dalam pendidikan (Meier & Mitchell, 1993). Aktiviti perkhemahan unit beruniform
adalah salah satu aktiviti yang utama dalam kegiatan ko-kurikulum. Berbagai-bagai nilai dapat
diterapkan semasa perkhemahan dijalankan seperti bekerjasama, bertanggungjawab, tolong-
menolong, berdisiplin dan mementingkan bertindak secara berkumpulan berbanding dengan
peribadi. Pelajar akan menghadapi pelbagai jenis cabaran dan dugaan sama ada dari aspek
fizikal atau mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan
berkeyakinan diri masing-masing. Melalui aktiviti perkhemahan, pelajar akan mengaplikasikan
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Program ini diharap melahirkan guru-guru yang memiliki sahsiah yang baik dan memantapkan
profesion keguruan serta sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran pendidikan
berdasarakan pengalaman yang diperoleh.

2.0 RASIONAL

Aktiviti perkhemahan unit beruniform ini bertujuan untuk memenuhi syarat tamat kursus
GERKO unit beruniform bagi pelajar Semester 4.

3.0 OBJEKTIF

i. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dalam pelaksanaan
sesuatu aktiviti

ii. Melahirkan pelajar yang berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam berbagai-bagai
situasi

iii. Meningkatkan keberanian dan keyakinan pelajar
iv. Membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
v. Memupuk nilai-nilai murni seperti bertoleransi, bertolak ansur, bertanggungjawab dan

menghargai alam sekitar
vi. Melatih pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain

4.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh: 3 Oktober 2022 – 6 Oktober 2022 (Isnin – Khamis)

Masa: 8.00 pagi (Isnin) – 11.00 pagi (Khamis)

5.0 TEMPAT
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

6.0 KUMPULAN SASARAN
Ahli Persatuan Pandu Puteri Semester 4

7.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

8.0 ANGGARAN PEMBELAJARAN Kos Jumlah
Bil Perkara
1. Makanan dan minunan 8 x RM 28.00 RM 224.00
8 x RM 15.00 RM 120.00
Beras 10kg 10 x RM 8.00 RM 80.00
Ayam 8 x RM 4.00 RM 32.00
Telur 4 botol besar x RM RM 100.00
Labu 25.00
Kicap dan sos 2 botol x RM 25.00 RM 50.00
40 x RM 3.00 x 4 RM 480.00
Minyak memasak 40 x RM 2.00 x 3 RM 240.00
Sarapan pagi 40 x RM 5.00 x 3 RM 600.00
Minum pagi 40 x RM 2.00 x 3 RM 240.00
Makanan tengah hari 40 x RM 5.00 x 3 RM 600.00
Minum petang RM 2766.00
Makan malam

2. Peralatan

Lampu khemah 10 x RM 13.90 RM 139.00
Kuali 6 x RM 20.00 RM 120.00
Dapur memasak 6 x RM 50.00 RM 300.00
Gas memasak 6 x RM20.00 RM 120.00
Pisau 6 x RM 12.00 RM 72.00
Papan pemotong 6 x RM 10.00 RM 60.00
Kayu api 5 pack x 10.00 RM 50.00
Tali 6 roll x RM 6.00 RM 36.00
Kertas Mahjong 16 x RM 1.00 RM 16.00
Masking tape 6 x RM 5.00 RM 30.00
Marker pen 6 pack x 15.00 RM 90.00
Tiang kayu 6 x RM 2.00 RM 12.00
Kain putih 6 x RM 5.00 RM 30.00
RM 1075.00
3. Hadiah 3 x RM 70.00
Hadiah pertandingan kumpulan (3 3 x RM 60.00 RM 210.00
acara) 3 x RM 50.00 RM 180.00
- Johan RM 150.00
- Naib johan RM 80.00
- Ketiga RM 30.00
RM 650.00
Johan keseluruhan
Cederamata perasmi

JUMLAH RM 4491.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

Penaung : Pengarah

Penasihat : Pn. Azibah binti Baharom

Pengerusi : Pn. Erana binti Abdul Saman

Setiausaha : Nurin Alyea binti Latip

Bendahari : Aqilatul Hannan binti Muhammad

Yusri

Kem Komanden : Emmerald Eugenia Anak Ja’au

Pen. Kem Komanden : Nur Annisa Sofia binti Khairul Azam

AJK Pendaftaran : Rithika a/p Sugumaran

Abinaya Bharathi a/p Ramao

AJK Penginapan : Noor Syahirah binti Zainal

Kisha Ann Velan

AJK Peralatan dan Khemah : Nur Nabila binti Hussein

Nur Syahirah Goh

AJK Makanan dan Minuman : Abhirami a/p Varasingam

Rutrapriya a/p Permalu

AJK Keselamatan : Nurin binti Hanif Suhairi

Shubashini a/p K Subramanian

AJK Kebersihan : Nur Amalin Aisyah binti Md Haswadi

Alya Qisstina binti Rassidi

AJK Aktiviti : Nursyazwani binti Baharudin

Nurul Alia Ibtisan binti Abd Aziz

Subharoshini a/p Balakrishnan

Raajeswari a/p Selvaraja

Lee Hew Thung

Amila Faqihah binti Zaidi

AJK Hadiah dan : Dasrshanah a/p Tiagarajah
Cenderamata : Wong Xin Yi
AJK Jurugambar dan
Dokumentasi

10.0 PROGRAM TENTATIF Perkara AJK bertugas
3 OKTOBER 2022 (ISNIN)
Ketibaan murid, pendaftaran Rithika a/p Sugumaran
Masa
7.30 – 8.00 pagi Abinaya Bharathi a/p Ramao
8.00 – 8.30 pagi
Sarapan pagi Abhirami a/p Varasingam
8.30 – 9.00 pagi
9.00 – 10.00 pg Rutrapriya a/p Permalu

10.00 – 10.30 pg Taklimat perkhemahan En. Lim Zi Jun

10.30 – 11.00 pg Mendirikan khemah En. Lim Zi Jun
11.00 – 12.30 tgh hari
Nur Nabila binti Hussein
12.30 – 1.00 ptg
Nur Syahirah Goh
1.00 – 2.00 ptg
2.00 – 2.30 ptg Minum pagi Abhirami a/p Varasingam

2.30 – 4.00 ptg Rutrapriya a/p Permalu
4.00 – 4.30 ptg
‘Ice breaking’ Nursyazwani binti Baharudin
4.30 – 6.00 ptg
6.00 – 7.00 ptg Pembahagian kumpulan Nurul Alia Ibtisan binti Abd
- aktiviti mencipta Aziz
7.00 – 8.00 mlm
8.00 – 8.30 mlm slogan dan bendera

kumpulan

Makan tengah hari Abhirami a/p Varasingam

Rutrapriya a/p Permalu

Solat zohor Ustaz Bahrudin Udzir

Taklimat program dan Pn. Tan Yee Ling

peraturan keselamatan En. Tan Wei Heng

Latihan kawad kaki Nursyazwani binti Baharudin

Minum petang Abhirami a/p Varasingam

Rutrapriya a/p Permalu

Persiapan diri dan mandi

Solat maghrib berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir

dan kuliah maghrib Pn. Lim Hui Hui

Slot moral (bukan beragama

Islam)

Solat isyak berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir

Makan malam Abhirami a/p Varasingam

8.30 – 11.30 mlm Persediaan persembahan Rutrapriya a/p Permalu
11.30 mlm Malam Kebudayaan
Tidur Subharoshini a/p
Balakrishnan

4 OKTOBER 2022 (SELASA)

Masa Perkara AJK bertugas
5.00 – 6.00 pg Bangun pagi/ solat subuh Ustaz Bahrudin Udzir
Amila Faqihah binti Zaidi
6.00 – 7.00 pg Senamrobik Raajeswari a/p Selvaraja
Abhirami a/p Varasingam
7.00 – 7.30 pg Sarapan pagi Rutrapriya a/p Permalu
Nursyazwani binti Baharudin
7.30 – 10.00 pg Pertandingan kawad kaki Abhirami a/p Varasingam
10.00 – 10.30 pg Minum pagi Rutrapriya a/p Permalu
Lee Hew Thung
10.30 – 11.30 pg Aktiviti kumpulan Amila Faqihah binti Zaidi
11.30 – 1.30 ptg Pertandingan memasak
tengah hari dan makan Ustaz Bahrudin Udzir
1.30 -2.00 ptg tengah hari Subharoshini a/p
2.00 – 4.00 ptg Solat zohor Balakrishnan
4.00 – 4.30 ptg Pertandingan simpulan dan
ikatan Abhirami a/p Varasingam
Minum petang Rutrapriya a/p Permalu
En. Lim Zi Jun
4.30 – 7.00 ptg Demo pertolongan cemas Lee Hew Thung
dan pertandingan
7.00 – 8.00 mlm pertolongan cemas Ustaz Bahrudin Udzir
8.00 – 8.30 mlm Solat isyak berjemaah Abhirami a/p Varasingam
Makan malam Rutrapriya a/p Permalu
Nursyazwani binti Baharudin
8.30 – 11.30 mlm Cooperative Games Nurul Alia Ibtisan binti Abd
Aziz

11.30 mlm Tidur

5 OKTOBER 2022 (RABU) Perkara AJK bertugas
Masa
7.30 – 8.00 pagi Bangun pagi/ solat subuh Ustaz Bahrudin Udzir
8.00 – 8.30 pagi
8.30 – 9.00 pagi Pemeriksaan Khemah Nur Nabila binti Hussein
Nur Syahirah Goh
9.00 – 10.00 pg
10.00 – 10.30 pg Sarapan pagi Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu
10.30 – 12.30 ptg
12.30 – 1.00 ptg Splash Water Subharoshini a/p
Minum pagi Balakrishnan
1.00 – 2.00 ptg Raajeswari a/p Selvaraja
2.00 – 4.30 ptg Abhirami a/p Varasingam
4.00 – 4.30 ptg
Rutrapriya a/p Permalu
4.30 – 6.00 ptg
6.00 – 7.00 ptg Jungle Trekking Lee Hew Thung
Amila Faqihah binti Zaidi
7.00 – 8.00 mlm
8.00 – 8.30 mlm Makan tengah hari Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu

Solat zohor Ustaz Bahrudin Udzir

Survival Skills En. Tan Wei Heng

Minum petang Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu

Persiapan diri dan mandi

Solat maghrib berjemaah dan Ustaz Bahrudin Udzir
kuliah maghrib Pn. Lim Hui Hui

Slot moral (bukan beragama
Islam)

Solat isyak berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir

Makan malam Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu

8.30 – 11.30 mlm Pertandingan persembahan Nursyazwani binti Baharudin
11.30 mlm Malam Kebudayaan

Tidur

6 OKTOBER 2022 (KHAMIS)

Masa Perkara AJK bertugas
5.00 – 6.00 pg
6.00 – 7.00 pg Bangun pagi/ solat subuh Ustaz Bahrudin Udzir

7.00 – 7.30 pg Senamrobik Nurul Alia Ibtisan binti Abd
Sarapan pagi Aziz
7.30 – 8.00 pg Subharoshini a/p
8.00 – 8.30 pg Balakrishnan
Abhirami a/p Varasingam
8.30 – 9.00 pg
9.00 – 10.00 pg Rutrapriya a/p Permalu
10.00 – 11.00 pg
Menurunkan khemah Nur Nabila binti Hussein

Minum pagi Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu

Raptai perasmian & penutup Noor Syahirah binti Zainal
Kisha Ann Velan

Majlis penutup Noor Syahirah binti Zainal
Kisha Ann Velan

Sesi bergambar, bersih Nur Amalin Aisyah binti Md
kawasan perkhemahan dan Haswadi
bersurai Alya Qisstina binti Rassidi
Wong Xin Yi

11.0 PENUTUP
Adalah sangat diharapkan melalui program ini yang dirancang ini dapat melahirkan guru yang
mempunyai jati diri dan sikap bertabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan pada
masa depan. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar seperti tolong-menolong, berdikari, bertoleransi dan sebagainya. Semoga
program ini dapat dilaksanakan pada tahun depan mengikut kesesuaian masa, tenaga dan
peruntukan daripada pihak pentadbir sekolah.

Disediakan oleh,

______________________
(NURIN ALYEA BINTI LATIP)
Setiausaha AJK Perkhemahan Unit Beruniform,
Persatuan Pandu Puteri,
IPG Kampus Raja Melewar.

Sila jawab soalan yang berikut.
1. Apakah fungsi kertas kerja?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

2. Apakah isi kandungan yang perlu ada dalam sesuatu kertas kerja?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

3. Mengapakah objektif adalah penting dalam sesuatu kertas kerja?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

4. Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya tidak mempunyai tentatif program?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

PENGURUSAN
DAN

PENTADBIRAN

PENDAFTARAN KEAHLIAN

1. Pendaftaran Ahli Baru
Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem e-Daftar di Sekolah / Daerah/Cawangan masing-
masing.
2. Ahli Seumur Hidup
i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(PPPM)
ii) Yuran: RM250.00 sekali bayar sahaja.
iii) Kelayakan:
a) Ahli PPPM yang berumur 35 tahun.
b) Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM5.00 bagi
setiap tahun sehingga umur 35 tahun.
Contoh: Jika umur 30 tahun
Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00
iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti
pembayaran.
3. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula
i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang
PPPM.
ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu
Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran.
4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan
i) RM2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer).
ii) RM5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet/Siswi/Dewasa
/Pemimpin/Guild Trefoil).
iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.
iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.

5. Cara Pembayaran:
i) Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar
terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
ii) Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN
PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
iii) Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Bank: CIMB
Nama Akaun: Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Nombor Akaun: 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke
Persatuan Pandu Puteri Malaysia).
iv) Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti
pembayaran.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi:
Wisma Pandu Puteri,
Jalan Pantai Baharu.
59700 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-22827776 / 03-22840229
SMS:012-2646820 / 012-2646850
Faks: 03-22826579
Alamat Emel: [email protected]

PEMBELIAN BARANG

Pusat Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Borang Tempahan dan Senarai Harga

Jenis Barang Harga Unit Jumlah

Jurnal Progresif Pandu Puteri Tunas 3.50
Pandu Puteri Remaja/Renjer 5.00
Skaf Pemimpim 5.00
Klover 5.00
Lencana Dunia
Shoulder Flash (1 pasang) Coklat (Pandu Puteri Tunas ) 7.70
Woggle Kuning ( Pandu Puteri Remaja) 7.70
Penampang Kecil Biru Tua (Pandu Puteri Renjer) 7.70
Penampang Besar Biru Royal ( Pandu Puteri Kadet) 7.70
Tali Wisel Maroon (Pandu Puteri Klover) 7.70
Tali Perkelilingan Oren ( Pandu Puteri Kelip-kelip) 7.70
Hijau ( Pandu Puteri Guild) 7.70

3.30

3.30

2.80

4.50

5.00

5.50

5.50

Wisel

Jata Negeri 7.00

Lambang Malaysia 2.20

Lambang Bunga Pandu Puteri Tunas Siantan 2.20
Kenanga
Kesidang 2.20
Teratai 2.20
Melur 2.20
Cempaka 2.20
2.20
Lambang Kumpulan Remaja / Renjer Ros 2.20
Raya
Orkid 2.20
Matahari 2.20
Bunga Kertas 2.20
Lily 2.20
2.20
Lencana Perlantikan Coklat (Pandu Puteri Tunas ) 2.20
Biru ( Pandu Puteri Remaja)
Merah (Pandu Puteri Renjer) 3.50
3.50
Jenis Barang 3.50
Putih ( Pandu Puteri Kadet)
Pink (Pandu Puteri Klover ) Harga Unit Jumlah
Hijau ( Pandu Puteri Guild) 3.50
Emas ( Pemimpin) 3.50
Perak ( Pesuruhjaya) 3.50
6.10
5.50

Lencana Waran Waran Pandu Puteri Tunas
Waran Pandu Puteri Remaja
Waran Pandu Puteri Renjer 7.70
Waran Pandu Puteri Kadet
7.70
Lencana Pemimpin Lain Lencana Pertolongan Cemas
Lencana Jurumasak 7.70
Lencana YDP Negeri
Lencana NYDP Negeri 7.70

Lencana Pesuruhjaya P/jaya Daerah 5.00

Lencana LED 5.00
Lencana LEC
7.70
T-shirt (Lengan Panjang & Pendek ) Saiz 32
34 7.70
36
S 7.70
M 10.00
L 10.00
XL
2XL 30.80
3XL 30.80
4XL 32.00
5XL 32.00
6XL 32.00
32.00
Blouse Logo Pelajar XS 32.00
S 35.20
M 38.50
L 44.00
XL 55.00
2XL 60.50

Blouse Logo Pemimpin XS 47.30
(temasuk Kadet & Klover) S 47.30
M 47.30
L 47.30
47.30
47.30

60.50
60.50
60.50
60.50

XL 60.50
2XL 60.50
3XL 60.50

Kain Uniform Biru 3M 75.90
Kain Baju Logo 3.5M 88.60
4M 101.20
Kain Batik Sotong
Tudung Pemimpin 2M 33.00 Unit Jumlah
Tudung Pemimpin Ariani 2.5M 42.00
3M 49.50
Skaf Pemimpin Jenis Barang Harga
Klip Skaf
Brooch 4M 280.50
Pin Brooch 4.5M 313.50
Buku - Buku PPPM
4 Segi Kecil 20.00

S 88.00
M 88.00
L 88.00
XL 88.00

33.00

44.00

5.50

5.50

Buku Pakaian Rasmi PPPM 25.00
Buku Jom Berkhemah 16.50
Buku Skim Lencana Kecekapan PPT 11.00

Buku Skim Lencana Kecekapan 11.00
PP/RP 16.50
Buku Waran 6.60
16.50
Buku Sijil Lencana Kecekapan 22.00

CD Lagu Kepanduan 200.00
88.00
Set Kawad Istiadat (Buku & CD) 44.00

Bendera Dunia 1.80
Pandu Puteri 1.80
Penant (Bendera Tunas Puteri ) 1.80
1.80
Kertas Pembalut Coklat
Biru 55.00
Merah 66.00
Putih 66.00

Bowler Hat Bowler Hat Pandu Puteri

Bowler Hat Pemimpin

Bowler Hat Pesuruhjaya

Nama:
Alamat :
No. telefon:
Email:
Tandatangan:
Tarikh :
Catatan:
Tolong hantar tempahan anda ke Puan Dashini
Email : [email protected]
Whatapps: 6012-315 7118

NAMA WISMA PANDU PUTERI DAN HARGA
PUSAT PERALATAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
WISMA PANDU PUTERI
JALAN PANTAI BAHARU
59700 KUALA LUMPUR
Tel: 603-22827776 / 22840229
Fax: 03-22826579
http: www.panduputeri.org.my









LEMBARAN KERJA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1) Berapakah yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan yang dikenakan kepada ahli Pandu
Puteri Tunas / Remaja / Renjer) setiap tahun?
a. RM15.00 seorang setiap tahun
b. RM10.00 seorang setiap tahun
c. RM5.00 seorang setiap tahun
d. RM2.00 seorang setiap tahun

2) Berikut merupakan antara barang yang perlu dibeli oleh kadet Pandu Puteri kecuali
a. Skaf
b. Lencana dunia
c. Woggle
d. Tali pinggang


Click to View FlipBook Version