The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teori Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak Oleh Viktor Lowenfeld

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 383-9-anas, 2021-08-25 09:03:54

Portfolio Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak

Teori Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak Oleh Viktor Lowenfeld

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMSTER 1)

PSVK3203
PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK
PENSYARAH KURSUS: PUAN WAK CHU A/P WOK

JABATAN PEDAGOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN
PORTFOLIO

PENGENALAN DIRI

ISI KANDUNGAN HALAMAN
Pengenalan
1-2
Lukisan (A)
3
-Peringkat Pra Skematik 4
-Analisis lukisan berdasarkan aspek kreativiti, imaginasi dan 5-6
faktor yang mempengaruhi
7
Lukisan (B) 8
9-10
-Peringkat Skematik
-Analisis lukisan berdasarkan aspek kreativiti, imaginasi dan 11
faktor yang mempengaruhi 12
13-14
Lukisan (C)
15
-Peringkat Awal Realisme 16
-Analisis lukisan berdasarkan aspek kreativiti, imaginasi dan 17-18
faktor yang mempengaruhi
19
Lukisan (D)

-Peringkat Penaakulan/Pseudonaturalistic
-Analisis lukisan berdasarkan aspek kreativiti, imaginasi dan
faktor yang mempengaruhi

Rujukan

Pengenalan

Perkembangan lukisan kanak-kanak akan berlaku mengikut
tahap atau peringkat kematangan seorang kanak-kanak seiring
dengan penambahan usia mereka. Lukisan yang dihasilkan oleh
setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri berbeza. Justeru,
terdapat ramai tokoh-tokoh seni telah memperkenalkan pelbagai
teori perkembangan lukisan kanak-kanak seperti yang telah
diperkenalkan oleh Viktor Lowenfeld dan Britain (1987) iaitu teori
perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang
mengikuti peringkat-peringkat perkembangan fizikal, mental,
sosial, intelek dan estetik kanak-kanak.

1

Pengenalan

Victor Lowenfeld Teori ini merangkumi peringkat umur dari 2 tahun hingga 17
tahun.
Lowenfeld telah membahagikan peringkat perkembangan
lukisan kanak-kanak ini kepada enam peringkat utama iaitu
peringkat scribbling, peringkat pra skematik, peringkat
skematik, peringkat awal realism, peringkat pseudonaturalistic
atau penakulan dan berakhir dengan peringkat adolescent art.
Keenam-enam peringkat ini adalah mengikut kesesuaian dan
kematangan seorang individu atau kanak-kanak.
Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat
dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik akan
membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh.

2

PERINGKAT PRA SKEMATIK

LUKISAN (A) NAMA: ANAS AMMAR BIN AZMAN
UMUR: 6 TAHUN
SEKOLAH: TADIKA AL RAUDHAH
SEGAMAT

3

PERINGKAT PRA SKEMATIK

Peringkat Pra skematik merupakan peringkat kedua dalam teori perkembangan pengutaraan tampak
kanak-kanak yang merangkumi kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 7 tahun. Menurut Viktor
Lowenfeld, pada peringkat ini berlaku peningkatan daripada contengan dalam peringkat scribbling
dan melakukan percubaan untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka menggunakan
garisan. Bentuk konkrit yang terdekat dengan mereka akan dilukis sebagai imej utama.

Berdasarkan lukisan (A) yang dihasilkan oleh kanak-kanak berumur 6 tahun ini, objek yang dilukis
olehnya merupakan kenderaan seperti kereta, bas, kapal terbang dan kereta api. Hal ini membuktikan
bahawa kanak-kanak pada peringkat tersebut sudah mula menggunakan garisan dalam lukisan
mereka dan objek dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Hasil ini memaparkan peningkatan
daripada contengan bulatan kepada percubaan melukis objek yang terdapat di sekelilingnya. Hal ini
disebabkan oleh kanak-kanak ini kerap melihat objek tersebut di televisyen atau di luar rumah
menyebabkan mereka menghasilkan lukisan pelbagai jenis kenderaan. Pada peringkat ini juga, imej
digambarkan berasaskan apa yang mereka tahun bukan merupakan representasi tampak. Sebagai
contohnya, kanak-kanak tersebut tahu bahawa kenderaan-kenderaan yang dilukisnya mempunyai
perkara tertentu seperti tingkap, pintu, tayar dan sebagainya. Oleh itu, lukisan ini menepati ciri-ciri
yang terdapat dalam peringkat pra skematik ini.

4

ANALISIS LUKISAN (A) BERDASARKAN ASPEK KREATIVITI,
IMAGINASI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

1.Kreativiti 5

Kanak-kanak pada permulaannya mempunyai kreativiti yang sendiri dalam berkarya. Hal
ini dapat dikukuhkan lagi dengan pendapat Viktor Lowenfeld yang menyatakan bahawa
kanak-kanak dilahirkan kreatif. Berdasarkan lukisan (A) yang dihasilkan oleh kanak-kanak
berumur 6 tahun ini dikatakan kreatif kerana dapat menghasilkan lukisan berdasarkan
perkara yang dilihat olehnya. Misalnya, lukisan bas yang selalu dilihat olehnya dalam
aplikasi video seperti “Youtube”. Melihat daripada gambaran bas tersebut, terdapat pintu
dan tingkap yang menunjukkan kanak-kanak berfikir bahawa penumpang memerlukan
pintu untuk keluar dan masuk ke dalam bas manakala tingkap untuk penumpang melihat
pemandangan luar ketika berada di dalam bas. Dari gambaran kereta api pula, terdapat
bulatan-bulatan yang diangkut oleh kereta api tersebut yang mewakili batu. Garisan-
garisan di bawah kereta api itu pula menunjukkan landasan kereta api tersebut. Hal ini
membuktikan bahawa kanak-kanak ini kreatif kerana tidak hanya melukis kereta api tetapi
landasannya juga. Justeru, kanak-kanak ini mempunyai pemikiran yang kreatif kerana hasil
lukisan mereka adalah logik dan rasional sekiranya kita mengamati lukisan mereka secara
terbuka.

2.Imaginasi

Melalui karya lukisan (A) ini juga, aspek imaginasi dapat dinilai berdasarkan objek-objek yang
dilukis oleh kanak-kanak tersebut. Sebagai contohnya, terdapat lukisan bendera di atas kapal
terbang yang menunjukkan kanak-kanak tersebut sedang berimaginasi bahawa kapal terbang
tersebut sedang mengibarkan bendera mengelilingi dunia. Selain itu, imaginasi kanak-kanak ini
dapat dilihat pada garisan-garisan di atas gerabak kereta api pertama yang mewakili asap yang
keluar daripada kereta api tersebut. Kanak-kanak ini mengimaginasikan kereta api tersebut
sedang bergerak ketika dia melukis lukisan tersebut.

3.Faktor Yang Mempengaruhi

Terdapat faktor yang mempengaruhi berdasarkan lukisan (A) ini iaitu faktor pengetahuan pasif.

Pergerakan aksi dan perbuatan memainkan peranan dalam menghidupkan pengetahuan pasif.

Tambahan pula, penggunaan objek konkrit dan sensistiviti deria juga turut berperanan dalam

mengaktifkan pengetahuan pasif ini. Misalnya, hasil lukisan kanak-kanak tersebut

menggunakan objek konkrit seperti kereta, bas, kapal terbang dan kereta api. Sensitiviti deria

penglihatan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak tersebut mampu melukis kenderaan-

kenderaan tersebut. Dari aspek pergerakan aksi pula, lukisan itu menunjukkan kereta dan bas

itu sedang bergerak dengan perlahan kerana terdapat asap yang keluar daripada ekzos kereta

dan bas manakala pada bahagian corong udara bagi kereta api. Kadar pergerakan ini dikatakan

perlahan kerana hanya asap sahaja yang keluar dan bukanlah percikan api. 6

PERINGKAT SKEMATIK

LUKISAN (B) NAMA: MUHAMMAD HAZEEQ BIN
SUHAIMI
UMUR: 8 TAHUN
SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN
SEGAMAT BARU

7

PERINGKAT SKEMATIK

Pada peringkat Schematic ini pula, lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan mengikut skema
atau konsep tertentu berbeza dengan peringkat awal iaitu Scribbling yang hanya secara contengan.
Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia
dan objek yang terdapat di sekelilingnya (Abdul Shukor Hashim, 2011).

Lukisan (B) yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut bertepatan dengan peringkat umur yang
ditetapkan iaitu 7 tahun hingga 9 tahun apabila lukisannya, telah dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu satah udara dan tanah. Lukisan yang dihasilkan kanak-kanak tersebut juga adalah secara
melintang bagi menunjukkan pemandangan satah udara dan tanah. Pada bahagian satah tanah,
antara objek yang dilukis adalah rumput, jalan bertanah, sebuah rumah dan sebatang pokok yang
besar manakala pada satah udara tiada objek yang dihasilkan olehnya. Hal ini sesuai dengan
pandangan Abdul Shukor Hashim (2011) bahawa pemandangan satah bawah objek disusun secara
melintang dan objek udara dibiarkan kosong dalam lukisan mereka pada peringkat ini. Kanak-kanak
tersebut juga melukis objek yang jauh dengan saiz yang lebih kecil dan objek yang dekat dengan saiz
yang lebih besar. Misalnya, pokok tersebut adalah lebih besar berbanding semak samun di
belakangnya.

Tambahan pula, menurut Lowenfeld, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala
besar. Perkara ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak tersebut menghasilkan lukisannya secara
spontan tanpa melihat apa-apa perkara di sekitarnya semasa menghasilkan lukisan ini kerana lukisan
yang dihasilkan olehnya merupakan gambaranatau imaginasi rumah neneknya di kampung.

8

ANALISIS LUKISAN (B) BERDASARKAN ASPEK KREATIVITI,
IMAGINASI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

1.Kreativiti

Melalui perkembangan kreativiti menurut Victor Lowenfeld, kreativiti dapat diukur melalui
empat komponen iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan. Lukisan (B) oleh kanak-
kanak berumur 8 tahun ini sudah mencapai tahap kelancaran iaitu mereka melukis karya
secara spontan tanpa peniruan. Kreativiti mereka menggambarkan objek yang ingin dihasilkan
memberi idea dan lukisan yang asli melalui imaginasi mereka. Hal ini jelas apabila kanak-
kanak tersebut melukis rumah neneknya di kampung dan kawasan persekitarannya yang
tenang dan cantik. Lukisan kanak-kanak ini juga dikatakan kreatif kerana menggunakan unsur-
unsur seni dan prinsip rekaan dengan penggunaan warna yang lembut bagi menambahkan
nilai estetik. Misalnya, penggunaan warna hijau bagi daun dan rumput. Warna merah pada
rumah tersebut bertujuan untuk memberikan penekanan pada rumah tersebut.
Imaginasi

9

2.Imaginasi

Melihat dari aspek imaginasi pula, kanak-kanak ini dapat menghasilkan lukisannya tanpa
melibatkan peniruan atau imitasi ketika menghasilkan lukisan tersebut. Sepanjang pemerhatian
melihat kanak-kanak tersebut melukis, saya mendapati kanak-kanak tersebut mengimaginasikan
bagaimana cara untuk melukis sebuah pokok yang besar dan atap rumahnya. Pada bahagian
atap rumahnya ditambah garisan beralun bagi menandakan objek tersebut merupakan atap
rumah neneknya di kampung. Hal ini menunjukkan kanak-kanak tersebut dapat
mengimaginasikan cara untuk melukis atap rumah dan bukanlah hanya melukis bentuknya
sahaja. Selain itu, semak samun yang dilukis di belakang rumah tersebut menunjukkan kanak-
kanak itu mengimaginasikan keadaan hutan yang terdapat di belakang rumah neneknya.

3.Faktor Yang Mempengaruhi

Analisis hasil lukisan (B) ini telah menunjukkan bahawa faktor penghasilan lukisan juga

dipengaruhi oleh rangsangan. Rangsangan ini merangkumi tajuk, alat, badan dan kaedah

penghasilan. Misalnya, lukisan (B) ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu dapat menghasilkan

sebuah rumah milik neneknya di kampung apabila mendapat idea untuk melukis rumah tersebut.

Selain itu, faktor penggunaan alat dan bahan seperti pensil dan cat air juga adalah faktor dalam

menghasilkan lukisan itu. Kaedah garis menegak dan beralun yang digunakan dalam lukisan ini

membuktikan bahawa faktor kaedah juga mempunyai pengaruh penting terhadap penghasilan

lukisan yang cantik. 10

PERINGKAT AWAL REALISME

NAMA: MUHAMMAD DZULKARNAEN
BIN SUHAIMI
UMUR: 10 TAHUN
SEKOLAH: SEKOLAH RENDAH AGAMA
BERSEPADU SEGAMAT

LUKISAN (C) 11

PERINGKAT AWAL REALISME

Peringkat Dawning Realism merupakan peringkat keempat bagi teori perkembangan pengutaraan tampak
kanak-kanak oleh Viktor Lowenfeld. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus mengekalkan konsep dan
skema tertentu dalam lukisan mereka. Imej yang dilukis adalah secara realistik dan teliti. Pada peringkat ini
juga, mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya atau orang lain menjadikan mereka
lebih berhati-hati dan sedikit individualistik.

Berdasarkan lukisan (C), dapat dijustifikasikan bahawa lukisannya adalah bertepatan dengan peringkat awal
realisme dalam teori ini. Hal ini disebabkan kanak-kanak tersebut mula menghasilkan lukisannya dengan
lebih teliti dan realistik. Dalam konteks ini, sebuah pokok bunga yang berpasu menjadi objek utama yang
ingin dihasilkan. Lukisan ini dikatakan realistik kerana kehadiran objek-objek lain seperti matahari, awan,
rama-rama dan sebagainya menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut melihat pokok bunga tersebut di
atas meja pada waktu petang yang tenang. Kehadiran objek-objek lain ini bertepatan dengan perinkat ini
kerana pada peringkat awal realisme, kanak-kanak akan memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan
mereka (Rabiatul, 2015)

Tambahan pula, kefahaman konsep ruang dapat dilihat berdasarkan lukisan kanak-kanak tersebut apabila
objek yang dilukis olehnya berada di atas tanah bukan lagi di satu garis dasar satah. Pada peringkat ini
juga, imej lukisan akan mula mengecil dari segi saiz. Hal ini dapat dilihat berdasarkan elemen-elemen lain
seperti rama-rama, burung dan pokok bunga di atas tanah akan mula mengecil daripada lukisan pokok
bunga berpasu yang besar di atas meja tersebut.

12

ANALISIS LUKISAN (C) BERDASARKAN ASPEK KREATIVITI,
IMAGINASI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

1.Kreativiti

Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mencapai tahap keempat-empat komponen
kreativiti oleh Viktor Lowenfeld iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.
Kreativiti kanak-kanak ini dapat dinilai apabila kanak-kanak ini memasukkan lebih
banyak objek dalam lukisan mereka. Misalnya, rama-rama, burung dan matahari.
Kehadiran lukisan rama-rama itu menunjukkan kanak-kanak itu berfikir bahawa
kebiasaanya rama-rama akan datang kepada bunga untuk mengambil sedikit
madu. Selain itu, lukisannya adalah secara spontan yang menunjukkan
kelancarannya dalam berfikir dan menggambarkan lukisan yang ingin dilukis
dengan cepat. Hal ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak ini dapat
menghasilkan lukisan dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak kedua, ketiga
dan keempat.

13

2.Imaginasi

Kanak-kanak ini dapat menghasilkan lukisannya berdasarkan imaginasinya terhadap pokok-
pokok bunga yang ditanam oleh ibunya di luar rumah. Tahap imaginasinya yang tinggi dapat
dilihat berdasarkan kehadiran matahari, burung dan awan yang membawa satu keadaan
waktu petang yang tenang. Berdasarkan pemerhatian saya, lukisan ini adalah sama dengan
keadaan dan susunan pokok-pokok bunga di luar rumahnya. Namun, penambahan objek
seperti rama-rama dan sebagainya menunjukkan kanak-kanak tersebut dapat
mengimaginasikan objek tersebut berada di persekitaran pokok-pokok bunga milik ibunya.

3. Faktor yang mempengaruhi

Antara faktor yang dapat dilihat berdasarkan hasil lukisan kanak-kanak ini adalah pengalaman

derianya yang baik menyebabkan kanak-kanak tersebut mampu menghasilkan lukisan yang

dapat menggambarkan situasi waktu petang yang tenang sambil melihat poko-pokok bunga di

luar rumahnya. Seni ini memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan hubungan intim

dengan dunia di sekeliling mereka (Abdul Shukor Hashim, 2011). Daripada lukisan ini dapat

dikenal pasti kanak-kanak tersebut peka dan menggunakan derianya seperti deria rasa, deria

mendengar, deria sentuh dan deria melihat apabila dia keluar dan pergi ke halaman rumahnya

untuk beriadah atau berehat. Justeru, hubungan baik kanak-kanak ini dengan alam sekitar dan

pemerhatiannya membolehkan lukisan yang tenang ini dihasilkan. 14

PERINGKAT PENAAKULAN/PSEUDONATURALISTIC

NAMA: NUR HIDAYAH HAZIRAH
BINTI AZRI
UMUR: 14 TAHUN
SEKOLAH: SMK DATO' BENTARA
DALAM, SEGAMAT

LUKISAN (D) 15

PERINGKAT PENAAKULAN/PSEUDONATURALISTIC

Menurut Viktor lowenfeld kanak-kanak pada peringkat ini mula peka dengan konsep realistik dalam
menghasilkan lukisan. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek
di hadapan mata berbanding lukisan menerusi imaginasi. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak
mencuba mengubahsuai gambar orang, haiwan dan sebagainya dalam bentuk kartun.

Berdasarkan lukisan (D) oleh kanak-kanak yang berumur 14 tahun ini, dapat dilihat bahawa
lukisannya adalah bertepatan dengan peringkat ini. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak tersebut
berjaya mengubahsuai dan membawa watak-watak animasi seperti yang selalu dilihat olehnya di
televisyen atau telefon pintar. Misalnya, gambaran virus Covid-19, watak seorang tentera dan ubat-
ubatan. Perkara ini mengukuhkan lagi bahawa lukisan ini adalah di peringkat penaakulan kerana pada
peringkat ini, kanak-kanak lebih gemar melukis sesuatu melalui konsep peniruan atau melalui objek di
hadapan matanya. Penglihatan mereka di televisyen atau telefon pintar yang kerap berkaitan penyakit
ini menyebabkan mereka boleh menghasilkan lukisan tersebut tanpa menggunakan imaginasi.

Tambahan pula, kanak-kanak tersebut menyiapkan lukisan ini lebih lama berbanding kanak-kanak
yang lain kerana lebih teliti dalam menghasilkan lukisan tersebut. Hal ini bertepatan dengan peringkat
penaakulan ini yang menyatakan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang
dihasilkan tidak menarik. Justeru kanak-kanak tersebut mengambil masa yang agak lama untuk
menyiapkannya.

16

ANALISIS LUKISAN (D) BERDASARKAN ASPEK KREATIVITI,
IMAGINASI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

1.Kreativiti

Berdasarkan lukisan (D) yang dihasilkan oleh kanak-kanak berumur 14 tahun ini, aspek
kreativiti dapat dilihat berdasarkan objek yang dilukis olehnya seperti gambaran virus Covid-
19, watak seorang askar yang memegang papan tanda membawa mesej, ubat-ubatan dan
tangan. Gambaran virus Covid-19 yang sama seperti di televisyen atau telefon pintar itu
menunjukkan kanak-kanak tersebut kreatif kerana dapat membuat peniruan yang baik untuk
menghasilkan sesuatu yang serupa dengan apa yang dilihat olehnya. Selain itu, mesej yang
dibawa oleh watak seorang askar itu mengukuhkan lagi kreativiti kanak-kanak ini kerana
selain melukis, kanak-kanak ini memberi satu mesej dalam lukisannya. Keadaan tangan yang
menggengam itu seolah-olah sedang dalam keadaan yakin bahawa virus ini dapat dilawan dan
dikawal oleh masyarakat.

17

2. Imaginasi

Lukisan kanak-kanak ini juga mempunyai daya imaginasi yang tinggi kerana menghasilkan
lukisan yang bertemakan penyakit. Perasaan kanak-kanak tersebut yang sedih dan berani
membawa kepadanya untuk melukis lukisan tentang penyakit ini. Melihat kepada lukisan ubat
tersebut merupakan vaksin yang dapat membantu manusia membina antibodi bagi melawan
penyakit ini. Perkara ini menujukkan imaginasi kanak-kanak tersebut kerana berfikir terdapat
satu ubat yang dapat mengawal penyakit ini daripada berlarutan. Pada lukisan tersebut juga
terdapat seorang lelaki yang memakai pelitup muka sambil melihat gambaran virus tersebut. Hal
ini mengukuhkan lagi imaginasi kanak-kanak tersebut bahawa lelaki tersebut perlu memakai
pelitup muka sekiranya tidak mahu terkena jangkitan penyakit Koronavirus atau Covid-19.

3. Faktor Yang Mempengaruhi

Pada lukisan (D) ini terdapat faktor yang mempengaruhi kanak-kanak tersebut menghasilkan

lukisan tersebut iaitu faktor perkembangan fizikal, emosi, rohani, sosial, mental dan estetik.

Dalam konteks ini, kanak-kanak tersebut mempunyai perasaan yang sedih, gelisah dan

sebagainya terhadap penyakit Covid-19 lalu mengekspresikan perasaanya dalam lukisan.

Sebagai contohnya, genggaman tangan pada lukisan tersebut menunjukkan kanak-kanak

tersebut berkembang dari aspek fizikal dan emosi iaitu berani dan yakin melawan penyakit ini

dengan mengikut segala langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan oleh kerajaan. Tambahan

pula, kekerapan kanak-kanak ini melihat iklan berkaitan penyakit Covid-19 menjadi satu faktor
18
kepadanya untuk melukis lukisan ini.

RUJUKAN

Abdul Shukor Hashim et. al. (2011). HBAE1203 Perkembangan seni kanak-kanak.
Meteor Doc. Sd. Bhd.

Nurdiyana Akmal. (2020). PSV3103 Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak. Academia.edu.
https://www.academia.edu/4530816/PSV3103_Kreativiti_Dan_Seni_Kanak_Kanak

Radiyatul-budiman. (2015, October 10). Kreativiti kanak-kanak. Pdfslide.net.
https://pdfslide.net/documents/kreativiti-kanak-kanakdocx.html

19

Sekian,
Terima Kasih

20


Click to View FlipBook Version