The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 332-16-alya, 2022-05-11 09:57:37

TUGASAN 1 PSVK3212

NUR ALYA NAJWA

Keywords: PSVK3213,Seni budaya

KERIS
TRADISIONAL

MELAYU

KEBUDAYAAN TEMPATAN

E - PORTFOLIO
PSVK3213

Nama :

NUR ALYA NAJWA AZMIR IRWAN

Kelas :

BM 2 (SJKC 1)

Kumpulan :

PSV 1

No. Kad Pengenalan :

020801-05-0090

Angka Giliran :

2021082340034

PENGENALAN BIDANG
MENGGAMBAR DAN MEMBUAT

CORAK DAN REKAAN

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi
akan sesuatu yang dianggap indah.

Perkembangan budaya dan masyarakat telah
banyak mempengaruhi bentuk seni visual,
justeru melahirkan beberapa istilah seni yang
penting. Bagi kajian ini bidang yang menjadi
tumpuan merupakan bidang menggambar.
Kegiatan ini menegaskan perkembangan
persepsi dan kemahiran serta kemampuan

terhadap aspek melukis serta kegiatan
membuat gambar dengan pelbagai media dan
teknik yang menekankan aspek ruang, struktur,
imbangan dan komposisi. Bagi bidang membuat
corak dan rekaan pula memberi peluang kepada

murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya
menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-

mana hasil daripada bidang kegiatan lain
seperti binaan, kraf dan sebagainya.

SEJARAH KERIS

TRADISIONAL MELAYU

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan
oleh orang Melayu sejak zaman keagungan

pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada
800 tahun yang lampau terutamanya pendekar,
pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu

alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang
kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua

belah mata, melebar di pangkal dan tirus
dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang
lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta

hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris
mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran.
Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok,
sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.



Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan

larat dan corak pamor, bentuknya dan corak
berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel.

Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat
dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri
seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi

(pembuat keris) maka kepelbagaian alat
persenjataan telah terhasil, antara yang amat

digemari sehingga kini seperti keris, parang,
kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.



Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan
penduduk Nusantara yang hanya terdapat di
Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan
selatan Filipina. Namun, disebabkan keadaan
Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu
sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional
telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.

SUMBER ILHAM (KERIS)

SUMBER ILHAM (KERIS)

KERIS YANG
DIPILIH

1.0

LAKARAN
SUMBER
ILHAM

LUKISAN REALISTIK KERIS

2.0

LAKARAN
PERKEMBANGAN

IDEA
(SUBJEK METAL)





















3.0

LAKARAN
PERKEMBANGAN

IDEA
(CORAK)





10

4.0

KAJIAN
KOMPOSISI









5.0

KAJIAN WARNA
DAN TEKNIK
WARNA

Krayon Cat Air Pen Pensil Warna

Krayon Cat Air Pen Pensil Warna

Krayon Cat Air Pen Pensil Warna

Krayon Cat Air Pen Pensil Warna

6.0

KARYA AKHIR



7.0

RUJUKAN

Noor Hidayah. (2019). Konsep Keris
Dalam Budaya Masyarakat Melayu.

https://malaysiaaktif.my/52205

Helmy Abd Rahman. (2019). Konsep
Keris senjata istimewa

https://www.hmetro.com.my/nuans
a/2019/12/527313/keris-senjata-
istimewa

Abu muhammad Walid Ilias. (2016).
Pengenalan Bidang Menggambar.
https://elmargi.blogspot.com/2016/

08/pengenalan-bidang-
menggambar-1.html

8.0

LAMPIRAN

PROSES PENGHASILAN
TUGASAN

9.0

REFLEKSI

1.Menambah ilmu sedia ada




Melalui tugasan kerja kursus ini, terdapat banyak ilmu
baharu yang saya telah perolehi. Tugasan kerja kursus

ini perlu dilaksanakan selepas menghadiri satu
program lawatan iaitu Kembara Seni Visual di mana

pensyarah seni akan membawa pelajar ke tempat
yang mempunyai pemandangan yang menarik. Hal

ini dapat membantu pelajar itu sendiri dalam
mencari ilham untuk melakukan tugasan. Kelemahan

saya melalui tugasan ini adalah, saya tidak
mempunyai peluang untuk menyertai Kembara Seni

Visual tersebut atas faktor-faktor kesihatan. Jadi,
ianya merupakan satu cabaran kepada saya untuk
mencari ilham semata-mata melalui internet sahaja.

Kelebihan yang saya dapat kenal pasti ketika
menyiapkan tugasan kerja kursus ini ialah, tajuk
tugasan Kerja Kursus iaitu budaya tempatan atau
tradisional ini merupakan tajuk yang sama bagi

subjek Pendidikan Seni Visual ketika saya
menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2019 yang

lepas. Disebabkan saya telah mempunyai
pengalaman serta ilmu yang telah sedia ada melalui

kerja kursus SPM yang lepas, ianya tidak menjadi
terlalu sukar untuk saya melakukan tugasan ini. Saya

juga dapat merujuk semula jurnal Pendidikan Seni
Visual yang telah saya laksanakan ketika SPM dahulu

untuk mencari ilham baru untuk menyiapkan
tugasan kerja kursus PSVK3213 ini.

2. Penggunaan Teknologi

dalam bidang seni lebih mantap.




Ketika saya melaksanakan tugasan kerja kursus
SPM dahulu, setiap lukisan perlu dilukis di atas
kertas sahaja secara ‘manual’. Tetapi, tugasan
kerja kursus PSVK3213 ini merupakan tugasan ‘E-

Portfolio’ dan sememangnya memerlukan
penggunaan teknologi. Jadi ianya merupakan
satu pengalaman baharu kepada saya kerana
dapat melaksanakan tugasan seni dalam gadjet
seperti ‘laptop’, ‘ipad’ dan juga di telefon. Kita
juga tahu bahawa teknologi maklumat amat

penting pada zaman kini kerana sistem
Pendidikan era kini banyak perkara yang perlu
dilakukan menggunakan teknologi maklumat.

Dengan adanya tugasan yang memerlukan
kemahiran teknologi ini, saya dapat merasakan
bahawa kemahiran saya dalam aspek teknologi

maklumat ini semakin bertambah. Jadi, saya
boleh mengaplikasikan pengalaman saya ini
apabila menjadi seorang guru di masa akan

datang.

3. Penutup



Kesimpulannya, saya berasa lebih
bersemangat untuk menyiapkan tugas ini

kerana ianya merupakan bidang yang
saya minati. Saya juga ingin berterima
kasih kepada pensyarah subjek PSVK3213
iaitu Encik Anuwar dalam membantu saya
dan juga rakan-rakan pelajar yang lain
dalam menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya berharap pada semester
seterusnya saya dapat menyertai program
Kembara Seni Visual bersama rakan-rakan

pelajar yang lain supaya dapat
menambahkan lebih banyak pengalaman

baru dalam bidang seni ini.

SEKIAN,
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version