The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhaliesa99, 2022-05-17 21:17:48

Kisah Bawang Merah Bawang Putih (4)

Kisah Bawang Merah Bawang Putih (4)

NURHALIESA BT ABDUL HALIM
271969

Alkisah, pada dahulu kala di sebuah desa yang usang, hiduplah
sepasang ayah dan anak perempuannya. Anak perempuan itu
bernama Bawang Putih. Dia tidak hanya memiliki paras yang
cantik, tetapi juga hati dan sikap yang sangat baik. Ibu Bawang
Putih telah meninggal dunia kerana sakit tenat.

Kehidupan Bawang Putih mulai berubah ketika ayahnya
memutuskan untuk menikahi seorang wanita yang telah memiliki
anak bernama Bawang Merah. Hendak dibandingkan dengan
Bawang Putih, Bawang Merah merupakan seorang anak
perempuan yang tidak sopan, mudah marah, dan selalu bersikap
jahat kepada Bawang Putih.



Begitu pula, sang ibu tiri, Mak Kundur. Mak Kundur selalu
bersikap pilih kasih dan lebih menyayangi Bawang Merah kerana
Bawang Merah merupakan anak kandungnya manakala Bawang
putih ialah anak tirinya. Meskipun begitu, Bawang Putih tidak
pernah membenci ibu dan kakak tirinya. Dia selalu bersikap baik
dan mematuhi segala perintah mereka.



Beberapa hari kemudian, ayahnya si Bawang Putih terpaksa pergi
keluar negeri untuk bekerja. Tinggallah Bawang Putih bersama ibu dan
kakak tirinya itu. Ayahnya keluar negeri untuk menyiapkan sebuah
rumah seorang saudagar yang kaya. Bawang Putih sangat sedih apabila
mengetahui bahawa ayahnya pergi untuk masa yang lama kerana dia
sangat menyayangi ayahnya.

"Ayah jangan lupakan Putih ya? Putih akan rindukan ayah", kata
Bawang Putih kepada ayahnya.

Setelah itu, Bawang Putih memeluk ayahnya dan melihat dia berlalu
pergi sambil melambai-lambaikan tangan sebagai tanda selamat tinggal.



7 hari berlalu, Bawang Putih selalu disuruh oleh ibu tirinya untuk
membuat kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan
membasuh baju. Ketika memasak, Bawang Putih tidak sengaja
menjatuhkan pinggan ke atas lantai. Ibu tirinya, Mak Kundur amat
marah lalu menghukum Bawang Putih dengan tidak memberi
Bawang Putih makan selama satu hari.

“Comel, Putih rindukan ayah dan mak Putih. Comel teman Putih
ya”, kata si Bawang Putih sambil menangis teresak-esak di dalam
biliknya ditemani kucing peliharaanya Comel.



Keesokan harinya, Bawang Putih menghadapi masalah besar
karena dia menghayutkan salah satu baju milik ibu tirinya ketika
mencuci pakaian di pinggir sungai.

"Tidak, ibu mesti marah Putih! Putih kena cari baju itu", kata
Bawang Putih. Bawang Putih menyusuri setiap sisi sungai untuk
menemukan keberadaan baju ibu tirinya itu. Bawang Putih takut, jika
dia tidak menemukannya, ibu tirinya pasti akan sangat marah.

Pencarian tersebut berakhir ketika Bawang Putih menemukan
seorang wanita tua yang berhasil menyelamatkan baju itu sehingga
tidak hanyut bersama arus sungai. Namun, wanita tua itu
memberikan syarat kepada Bawang Putih agar membantu
pekerjaannya. Dengan senang hati, Bawang Putih membantu kesemua
pekerjaan wanita tua itu.



Bawang Putih berterima kasih karena wanita tua telah menyelamatkan
baju milik ibu tirinya. Sebelum pulang ke rumah, Bawang Putih ditawari
sebiji labu oleh wanita tua itu sebagai tanda terima kasih. Bawang Putih
diharuskan untuk memilih di antara labu berukuran besar dan labu
berukuran kecil. Tidak perlu berpikir lama, Bawang Putih memilih labu
berukuran kecil. Lalu, Bawang Putih pun pulang ke rumah. Sesampainya
di rumah, Bawang Putih terus ke dapur untuk memasak labu yang
diambil daripada wanita tua yang dia jumpa di hutan tadi. Alangkah
terkejutnya Bawang Putih saat membelah buah labu pemberian wanita
tua tersebut. Ternyata, buah labu kecil itu berisikan emas dan perhiasan
yang berkilau-kilau.



Mak Kundur dan Bawang Merah ikut terkejut melihat Bawang Putih
bisa mendapatkan labu berisi emas dan perhiasan. Mereka menyuruh
Bawang Putih untuk menceritakan cara ia mendapatkan labu ajaib itu.
Setelah Bawang Putih selesai menceritakan kepada mereka, Mak
Kundur mengurung Bawang Putih di dalam bilik dan mengambil emas
tersebut kerana menganggap Bawang Putih hanya mereka cerita
semata-mata.

"Ah, si Bawang Putih mesti mencuri emas dan perhiasan itu ketika
mencuci baju di sungai!", kata Mak Kundur. Bawang Putih sedih dan
merayu kepada ibu tirinya untuk melepaskannya daripada dikurung di
dalam bilik. Ibu dan kakak tirinya si Bawang Merah tidak
menghiraukan rayuan Bawang Putih dan berlalu pergi.



Pada keesokan harinya, Bawang Merah melakukan hal yang persis
sama dengan cerita yang diceritakan oleh Bawang Putih. Bawang Merah
mula mencuci pakaian di pinggir sungai dan sengaja melepaskan sehelai
baju mengikut arus sungai. Bawang Merah mengikut arah baju tersebut
sehingga terjumpa dengan seorang wanita tua. Wanita tua itu meminta
pertolongan Bawang Merah mengemas halaman rumahnya yang usang.
Bawang Merah terus mengerjakan pekerjaan tersebut. Akan tetapi, ketika
ditawarkan labu oleh wanita tua itu, Bawang Merah memilih labu
berukuran besar.

Di perjalanan pulang, Bawang Merah sangat bahagia. Dia
membayangkan bahawa labu berukuran besar itu berisikan emas
dan perhiasan yang jauh lebih banyak daripada milik Bawang
Putih. Ibu tiri menyambut dengan tidak kalah bahagia Bawang
Merah yang telah sampai di rumah. Mereka berdua sangat
bersemangat untuk mebelah buah labu itu. Namun, selanjutnya
hal yang tidak terduga terjadi. Bukannya berisi emas dan
perhiasan yang lebih banyak, labu berukuran besar yang dipilih
oleh Bawang Merah ternyata berisikan ular-ular berbisa.

Mak Kundur dan Bawang Merah berteriak ketakutan. "Ah, ular!
Tolong kami! Tolong kami!".

Bawang Putih terdengar akan jeritan itu dan segera membantu
mereka mengusir ular-ular berbisa itu. Setelah ular-ular berbisa itu
pergi dari rumah mereka, Bawang Merah dan ibunya merasakan ia
merupakan balasan atas kejahatan yang mereka lakukan terhadap
Bawang Putih. Mereka dengan tulus memberikan semula emas dan
perhiasan yang ia temukan di dalam buah labu kecil kepada Bawang
Putih. Akan tetapi, Bawang putih menolak dan memberikan semula
kepada mereka dengan hati yang ikhlas.

" Tidak mengapa, ambillah emas dan perhiasan ini kerana Putih
tidak memerlukannya. Putih hanya ingin dilayan dengan baik oleh
kamu berdua", kata si Bawang Putih.



Atas kebaikan Bawang Putih serta kejadian buruk yang menimpa
mereka, Mak Kundur dan Bawang Merah meminta maaf kepada
Bawang Putih. Keduanya akhirnya menyadari kesalahan mereka dan
berjanji tidak akan bersikap jahat lagi kepada Bawang Putih.

- TAMAT -

PENGAJARAN

Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dengan orang lain kerana
kita pasti akan mendapat balasan yang baik. Contohnya,
Bawang Putih sentiasa bersikap baik oleh itu Bawang Putih
telah mendapat ganjaran emas dan perhiasan oleh seorang
wanita tua.

Kita mestilah mempunyai sikap kasih sayang dan hormat-
menghormati kerana ia amat penting dalam hubungan
kekeluargaan. Contohnya, walaupun Mak Kundur dan kakak
tiri Bawang Putih selalu memarahinya, Bawang Putih tetap
menyayangi mereka kerana mereka berdua merupakan ahli
keluarga Bawang Putih.


Click to View FlipBook Version