PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BIDANG TUGAS MAJLIS JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) BIDANG TUGAS PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA MAJLIS JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN (MJKC) BIDANG TUGAS LEMBAGA EKSEKUTIF CAWANGAN Lembaga Eksekutif Cawangan yang utama terdiri daripada : Penaung Bertanggungjawab kepada Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka. Memantau segala aktiviti Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Yang Dipertua Sentiasa menjadi penasihat yang utama dalam program atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Memantau segala aktiviti Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menjadi seorang daripada penandatangan yang diberi kuasa mengendalikan semua akaun bank Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka. Mempengerusi Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dan mesyuarat Lembaga Eksekutif Cawangan. Timbalan Yang Dipertua Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua akan memangku tugas dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Yang Dipertua. Ketua Pesuruhjaya Cawangan Bertindak sebagai penghubung dan memastikan pengaliran maklumat ke Lembaga Eksekutif Cawangan dan Majlis Pesuruhjaya Daerah. Memastikan bahawa kanak-kanak perempuan dan gadis menerima ilmu Pandu Puteri yang berkualiti menerusi program-program pembelajaran dan latihan yang sewajarnya, yang secara tidak langsung juga akan menambah keahlian.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Memimpin Lembaga Eksekutif Cawangan dan Majlis Pesuruhjaya Daerah untuk memastikan peranan dalam pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dilaksanakan. Mempengerusi dan menghasilkan agenda yang relevan dan sewajarnya untuk mesyuarat- mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah dan Lembaga Eksekutif Cawangan dan memastikan mesyuarat dikendalikan dengan cekap. Menjadi seorang daripada penandatangan yang diberi kuasa untuk mengendalikan semua akaun bank Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Memastikan semua ahli Lembaga Eksekutif Cawangan dan Majlis Pesuruhjaya Daerah berpeluang memberikan pendapat mereka sebelum keputusan diambil dan memastikan pelaksanaan keputusan-keputusan tersebut. Memastikan Majlis Pesuruhjaya Daerah menurunkan kuasa yang sewajarnya kepada jawatankuasa-jawatankuasa, kumpulan ad hoc dan yang lain, untuk membolehkan urusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dijalankan dengan berkesan antara mesyuarat-mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah serta memastikan Majlis Pesuruhjaya Daerah mengawasi penggunaan kuasa tersebut. Memastikan Majlis Pesuruhjaya Daerah menghasilkan strategi jangka panjang untuk Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dengan objektif-objektif yang boleh diawasi oleh Lembaga Eksekutif Cawangan, dan memastikan terdapat sumber-sumber yang sesuai (manusia, kewangan dan kebendaan) supaya matlamat-matlamat yang dipersetujui akan tercapai. Mengkaji semula kemahiran dan menilai pelaksanaan tugas setiap ahli Lembaga Eksekutif Cawangan, termasuk Pesuruhjaya Daerah dan memastikan tindakan diambil untuk mengatasi sebarang kekurangan. Ketua Pesuruhjaya Cawangan Cawangan akan mempengerusi Lembaga Rayuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka apabila perlu, dalam acara kebangsaan dan antarabangsa, di dalam dan di luar Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, pada majlis-majlis dan mesyuarat-mesyuarat, sidang akhbar dan media penyiaran, dan bertindak sebagai jurucakap Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka apabila perlu. Menerima pencalonan untuk semua anugerah dan mempengerusikan panel pemilihan penerima anugerah. Melantik lebih daripada seorang Ahli Lembaga Eksekutif Cawangan sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau tidak melantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan, mengikut keperluan semasa. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan akan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Setiausaha Kehormat Menyedia dan membentangkan minit-minit mesyuarat Lembaga Eksekutif Cawangan kepada Lembaga Eksekutif Cawangan untuk diluluskan.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Menyedia dan membentangkan kepada Majlis Cawangan minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan dan laporan Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka untuk kelulusan. Memastikan satu senarai e-mel dan alamat surat-menyurat Ahli Lembaga Eksekutif Cawangan diwujudkan dan dikemas kini. Menyediakan agenda mesyuarat Lembaga Eksekutif Cawangan dan Mesyuarat Agung Tahunan selepas berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Penolong Setiausaha Kehormat Semasa ketiadaan Setiausaha Kehormat Penolong Setiausaha Kehormat akan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Setiausaha Kehormat. Bendahari Kehormat Mengendalikan akaun-akaun bank dan wang Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, menyediakan laporan tetap keadaan kewangan dan membentangkan laporan kewangan tersebut kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Lembaga Eksekutif Cawangan dan Majlis Cawangan. Memastikan wang keluar tidak melebihi pendapatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menjadi salah satu penandatangan untuk semua akaun bank Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Memperlihatkan gabungan akaun-akaun daerah yang telah diaudit dan kunci kira-kira untuk diluluskan kepada Majlis Cawangan. Mewujudkan proses-proses yang dapat memastikan bahawa akaun-akaun lain Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka diaudit dan diselenggara secara bebas, selari dengan perundangan kebangsaan. Mengkaji semula dan mencadangkan belanjawan tahunan. Mengkaji semula dan mencadangkan strategi-strategi berkenaan pengumpulan dana untuk memastikan kunci kira-kira yang positif. Memastikan semua yuran keahlian telah dijelaskan oleh kesemua daerah sebelum Mesyuarat Agung Tahunan. Yang Dipertua Daerah Yang Dipertua Daerah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah dan mesyuarat Lembaga Eksekutif Daerah. Yang Dipertua Daerah berkemampuan untuk mempromosikan tujuan Pandu Puteri Malaysia seluas-luasnya.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Pesuruhjaya Daerah Menjalankan program-program yang sesuai untuk bahagian umur dan bahagian perkembangan di peringkat daerah. Berhubung rapat dengan Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai perkembangan bahagian-bahagian di peringkat daerah dan cawangan. Menguruskan daerah yang dipertanggungjawabkan bagi penyebaran dan mengekalkan program bahagian-bahagian di dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah. Jawatan dalam Lembaga Eksekutif Cawangan mempunyai beberapa bahagian tugasan mengikut bidang tugas yang ditetapkan dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka terkini, terbahagi kepada dua iaitu : i. Pesuruhjaya Bahagian Cawangan Pesuruhjaya Pandu Puteri Kelip-Kelip Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi Pesuruhjaya Pandu Puteri Guild A)Pesuruhjaya Bahagian Cawangan Pesuruhjaya Pandu Puteri Kelip-Kelip Bertanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Pandu Puteri Kelip-Kelip Cawangan. Merancang aktiviti Pandu Puteri Kelip-Kelip Cawangan. Memastikan aktiviti Pandu Puteri Kelip-Kelip berjalan dengan lancar diperingkat Daerah dan Cawangan. Menyediakan perancangan aktiviti. Membantu Ketua Pesuruhjaya Buku Laporan Tahunan. Bekerjasama dengan ahli Lembaga Eksekutif Daerah dan Lembaga Eksekutif Cawangan. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Menasihati Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai semua aspek berkaitan dengan Bahagian Pandu Puteri Tunas. Bertanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Program Pandu Puteri Tunas. Menentukan keperluan am dan keperluan khas serta keperluan latihan bagi Pemimpin dan Ahli Pandu Puteri Tunas dan menyampaikan cadangan, rumusan atau laporan kepada Ketua
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Program Cawangan dan Pesuruhjaya Latihan Cawangan untuk tindakan susulan. Merancang dan mengelolakan kegiatan Pandu Puteri Tunas peringkat cawangan Melaka. Membantu dalam pemilihan Pemimpin Pandu Puteri Tunas dan Ahli Pandu Puteri Tunas yang akan mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dalam pelbagai acara di peringkat kebangsaan. Menyediakan laporan kemajuan dan memberi cadangan mengenai semua perkara berkaitan dalam pengubahsuaian, percubaan, pentadbiran dan pelaksanaan Program Bahagian Pandu Puteri Tunas. Meneliti dan menghalusi kepimpinan di kalangan Pemimpin Pandu Puteri Tunas dan mengemukakan cadangan tentang pelbagai cara mendapat dan menambah bilangan Pemimpin dan Ahli baru serta mengekalkan Pemimpin dan Ahli lama. Menyediakan rancangan, strategi dan bahan seranta untuk menarik guru dan murid di sekolah menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, khasnya sebagai Pemimpin Pandu Puteri Tunas atau Ahli Pandu Puteri Tunas. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Program dan Latihan Kebangsaan untuk menentukan keperluan, corak dan jadual latihan untuk Pemimpin dan Ahli. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Program dan Latihan cawangan untuk menentukan taraf dan prosedur pengujian Pemimpin dan Ahli. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kecil Penerbitan dengan menyediakan majalah mengenai Bahagian Pandu Puteri Tunas untuk diterbitkan. Mengenal pasti beberapa sumber kewangan, sokongan, tajaan dan derma untuk menaja acara Bahagian Pandu Puteri Tunas. Menyediakan belanjawan, penyata kira-kira, anggaran belanja dan perbelanjaan untuk disampaikan kepada Jawatankuasa Kewangan. Menyediakan dan menyerahkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan laporan semasa setiap suku tahun dan laporan tahunan Bahagian Pandu Puteri Tunas. Membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan menyediakan Buku Projek Jangka Panjang Persatuan Pandu Puteri Malaysia khasnya dan dari segi merangka pelbagai projek untuk Bahagian Pandu Puteri Tunas. Menyampaikan cadangan untuk menambah stok yang sedia ada dan barangan baru peralatan Pemimpin dan Ahli. Mencadangkan peralatan yang diperlukan. Memahami dan peka terhadap keperluan ransangan serta insentif dan mengambil tindakan untuk mencadangkan anugerah yang berkaitan. Mencadangkan nama Pemimpin dan Ahli untuk diberi anugerah Pandu Puteri. Bekerjasama merancang dan melaksanakan prosedur dan jadual pemilihan penerima hadiah atau anugerah Pandu Puteri.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Bekerjasama dengan semua ahli Lembaga Eksekutif Cawangan yang lain serta menjalankan tugas tertentu yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Sentiasa mengambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Pesuruhjaya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Berusaha mempertahankan dan meningkatkan imej diri dan imej Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka. Merancang dan melaksanakan program, anjuran WAGGGS dan Negara antarabangsa lain. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Memastikan Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai semua aspek berkaitan dengan Bahagian Pandu Puteri Remaja. Bertanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Program Pandu Puteri Remaja. Menentukan keperluan am dan keperluan khas serta keperluan latihan bagi Pemimpin dan Ahli Pandu Puteri Remaja dan menyampaikan cadangan, rumusan atau laporan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Program Cawangan dan Pesuruhjaya Latihan Cawangan Melaka untuk tindakan susulan. Merancang dan mengelolakan kegiatan Pandu Puteri Remaja peringkat cawangan. Membantu dalam pemilihan Pemimpin Pandu Puteri Remaja dan Ahli Pandu Puteri Remaja yang akan mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka Melaka dalam pelbagai acara di dalam dan luar negeri. Menyediakan laporan kemajuan dan memberi cadangan mengenai semua perkara berkaitan dalam pengubahsuaian, percubaan, pentadbiran dan pelaksanaan Program Bahagian Pandu Puteri Remaja. Meneliti dan menghalusi kepimpinan di kalangan Pemimpin Pandu Puteri Remaja dan mengemukakan cadangan tentang pelbagai cara mendapat dan menambah bilangan Pemimpin dan Ahli baru serta mengekalkan Pemimpin dan Ahli lama. Menyediakan rancangan, strategi dan bahan seranta untuk menarik dewasa dan remaja di sekolah, tempat kerja, kawasan perumahan dan sebagainya untuk menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka Melaka, khasnya sebagai Pemimpin Pandu Puteri Remaja atau Ahli Pandu Puteri Remaja. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Program dan Latihan Cawangan untuk menentukan keperluan, corak dan jadual latihan untuk Pemimpin dan Ahli. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Program dan Latihan Kebangsaan untuk menentukan taraf dan prosedur pengujian Pemimpin dan Ahli. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kecil Penerbitan dengan menyediakan makalah mengenai Bahagian Pandu Puteri Remaja untuk diterbitkan.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Mengenalpasti beberapa sumber kewangan, sokongan, tajaan dan derma untuk menaja acara Bahagian Pandu Puteri Remaja. Menyediakan belanjawan, penyata kira-kira, anggaran belanja dan perbelanjaan untuk disampaikan kepada Jawatankuasa Kewangan. Menyediakan dan menyerahkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan laporan semasa setiap suku tahun dan laporan tahunan Bahagian Pandu Puteri Remaja. Membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan menyediakan Buku Projek Jangka Panjang Persatuan Pandu Puteri Malaysia khasnya dari segi merangka pelbagai projek untuk Bahagian Pandu Puteri Remaja. Menyampaikan cadangan untuk meningkatkan lagi Program Pandu Puteri Remaja dalam Program Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menyampaikan cadangan untuk menambah stok yang sedia ada dan barangan baru peralatan Pemimpin dan Ahli. Mencadangkan peralatan yang diperlukan. Memahami dan peka terhadap keperluan ransangan serta insentif, dan mengambil tindakan untuk mencadangkan anugerah kapanduan yang berkaitan. Bekerjasama merancang dan melaksanakan prosidur dan jadual pemilihan penerima hadiah atau anugerah kepanduan. Bekerjasama dengan semua Pegawai Lembaga Eksekutif Cawangan Melaka yang lain serta menjalankan tugas tertentu yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Sentiasa mengambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Pesuruhjaya dalam Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka. Berusaha mempertahankan dan meningkatkan imej diri dan imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merancang dan melaksanakan program anjuran WAGGGS dan negara antarabangsa lain. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Menasihati Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai semua aspek berkaitan dengan Bahagian Pandu Puteri Renjer. Bertanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Program Pandu Puteri Renjer. Menentukan keperluan am dan keperluan khas serta keperluan latihan bagi Pemimpin dan Ahli Pandu Puteri Renjer dan menyampaikan cadangan, rumusan atau laporan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Program dan Latihan Cawangan Melaka untuk tindakan susulan. Merancang dan mengelolakan kegiatan Pandu Puteri Renjer peringkat cawangan.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Membantu dalam pemilihan Pemimpin Pandu Puteri Renjer dan Ahli Pandu Puteri Renjer yang akan mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka di dalam pelbagai acara Pandu Puteri di dalam dan di luar negara. Menyediakan Laporan Kemajuan dan memberi cadangan mengenai semua perkara berkaitan dalam pengubahsuaian, percubaan, pentadbiran dan perlaksanaan Program Bahagian Pandu Puteri Renjer. Meneliti dan menghalusi kepimpinan di kalangan Pemimpin Pandu Puteri Renjer dan mengemukakan cadangan tentang pelbagai cara mendapat dan menambah bilangan Pemimpin dan Ahli baru serta mengekalkan Pemimpin dan Ahli lama. Menyediakan rancangan, strategi dan bahan seranta untuk menarik dewasa dan remaja di sekolah, tempat kerja, kawasan perumahan dan sebagainya untuk menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, khasnya sebagai Pemimpin Pandu Puteri Renjer atau Ahli Pandu Puteri Renjer. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Program dan Latihan untuk menentukan keperluan, corak dan jadual latihan untuk Pemimpin dan Ahli. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Program dan Latihan untuk menentukan taraf dan prosedur pengujian Pemimpin dan Ahli. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kecil Penerbitan dengan menyediakan makalah mengenai Bahagian Pandu Puteri Renjer untuk di terbitkan. Mengenalpasti beberapa sumber kewangan, sokongan, tajaan dan derma untuk menaja acara Bahagian Pandu Puteri Renjer. Menyediakan belanjawan, penyata kira-kira, anggaran belanja dan perbelanjaan untuk disampaikan kepada Jawatankuasa Kewangan. Menyediakan dan menyerahkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan laporan semasa setiap suku tahun dan laporan tahunan Bahagian Pandu Puteri Renjer. Membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan menyediakan Buku Projek Jangka Panjang Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka Melaka khasnya dan dari segi merangka pelbagai projek untuk Bahagian Pandu Puteri Renjer. Menyampaikan cadangan untuk meningkatkan lagi Program Pandu Puteri Renjer dalam Program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menyampaikan cadangan untuk menambah stok yang sedia ada dan barangan baru peralatan Pemimpin dan Ahli. Mencadangkan peralatan yang diperlukan. Memahami dan peka terhadap keperluan ransangan serta insentif dan mengambil tindakan untuk mencadang anugerah Pandu Puteri yang berkaitan. Mencadangkan nama Pemimpin dan Ahli untuk diberi anugerah Pandu Puteri. Bekerjasama merancang dan melaksanakan prosidur dan jadual pemilihan penerima hadiah atau anugerah Pandu Puteri.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Bekerjasama dengan semua ahli Lembaga Eksekutif Cawangan yang lain seta menjalankan tugas tertentu yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Sentiasa mengambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Pesuruhjaya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Berusaha mempertahankan dan meningkatkan imej diri dan imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Merancang dan melaksanakan program, anjuran WAGGGS dan negara antarabangsa lain. Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Menasihati Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai aspek-aspek berkaitan dengan Bahagian Pandu Puteri Klover. Mempengerusikan Jawatankuasa Pandu Puteri Klover, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menjadi saluran perhubungan dan penyelarasan antara pihak Majlis Pandu Puteri Institut Pendidikan Guru dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengenai hal-hal Pandu Puteri. Menentukan keperluan am dan keperluan khas serta keperluan latihan bagi Pemimpin dan Ahli Klover dan menyampaikan cadangan, rumusan atau laporan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhaya Latihan serta pegawai berkaitan di Unit Kokurikulum untuk tindakan susulan. Bekerjasama dengan merancang dan mengelolakan pelbagai kegiatan. Membantu dalam pemilihan yang akan mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia di dalam pelbagai acara Pandu Puteri di dalam dan luar negara. Menyedia laporan kemajuan dan memberi cadangan mengenai semua perkara berkaitan dengan pengubahsuaian, percubaan, pentadbiran dan pelaksanaan program Pandu Puteri Klover. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Latihan untuk menentukan keperluan, corak dan jadual latihan untuk pemimpin dan Pandu Puteri Klover. Mengenalpasti beberapa sumber kewangan, sokongan, tajaan dan derma selain daripada peruntukan daripada Institut Pendidikan Guru bagi menaja acara Pandu Puteri Klover. Menyediakan belanjawan, penyata kira-kira, anggaran belanja dan perbelanjaan untuk disampaikan kepada Jawatankuasa Kewangan. Menyedia dan menyerahkan laporan semasa sukan tahunan dan laporan tahunan. Memahami dan peka terhadap keperluan rangsangan atau insentif dan mengambil tindakan untuk mencadang anugerah Pandu Puteri yang berkaitan. Mencadangkan nama pemimpin dan ahli untuk diberi anugerah Pandu Puteri. Bekerjasama merancang dan melaksanakan prosidur dan jadual pemilihan penerima hadiah atau anugerah Pandu Puteri.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Bekerjasama dengan semua Pegawai Lembaga Eksekutif Cawangan Melaka yang lain serta menjalankan tugas tertentu yang diarahkan dari semasa kesemasa oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Sentiasa mengambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Pesuruhjaya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Berusaha mempertahankan dan meningkatkan imej diri dan imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merancang dan melaksanakan program anjuran WAGGGS dan Negara-negara ahli WAGGGS yang lain. Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi Menasihati Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai aspek-aspek berkaitan dengan Program Pandu Puteri Siswi. Mempengerusikan Jawantankuasa Pandu Puteri Siswi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menjadi saluran perhubungan dan penyelarasan antara pihak universiti dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengenai hal-hal Pandu Puteri. Menentukan keperluan am dan keperluan khas serta keperluan latihan bagi Pemimpin dan ahli Pandu Puteri Siswi dan menyampaikan cadangan, rumusan atau laporan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhaya Latihan serta pegawai berkaitan di Unit Kokurikulum untuk tindakan susulan. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Latihan untuk menentukan keperluan, corak dan jadual latihan untuk pemimpin dan ahli Pandu Puteri Siswi. Menyediakan belanjawan, penyata kira-kira, anggaran belanja dan perbelanjaan untuk disampaikan kepada Jawatankuasa Kewangan. Menyedia dan menyerahkan laporan semasa sukan tahunan dan laporan tahunan. Memahami dan peka terhadap keperluan rangsangan atau insentif dan mengambil tindakan untuk mencadang anugerah Pandu Puteri yang berkaitan. Mencadangkan nama pemimpin dan ahli untuk diberi anugerah Pandu Puteri. Bekerjasama merancang dan melaksanakan prosidur dan jadual pemilihan penerima hadiah atau anugerah Pandu Puteri. Bekerjasama dengan semua Pegawai Lembaga Eksekutif Cawangan Melaka yang lain serta menjalankan tugas tertentu yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Sentiasa mengambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Pesuruhjaya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Berusaha mempertahankan dan meningkatkan imej diri dan imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan menyediakan Buku Projek Jangka Panjang Persatuan Pandu Puteri Malaysia khasnya menyediakan cadangan projek untuk Bahagian Pandu Puteri Siswi dan Dewasa. Menyampaikan Cadangan untuk menambah stok yang sedia ada dan barangan baru peralatan Pemimpin dan Ahli. Menyampaikan cadangan untuk meningkatkan lagi program Bahagian Pandu Puteri Siswi dalam program Pandu Puteri serta dalam konteks Program Kokurikulum IPTA/IPTS. Mencadangkan peralatan yang diperlukan. Memahami dan peka terhadap keperluan ransangan serta insentif, dan mengambil tindakan untuk mencadang anugerah Pandu Puteri yang berkaitan. Mencadangkan nama-nama Pemimpin dan ahli untuk diberi Anugerah Pandu Puteri. Bekerjasama merancang dan melaksanakan prosedur dan jadual pemilihan penerima hadiah atau anugerah kepanduan. Sentiasa mengambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Ahli Lembaga Eksekutif Cawangan dalam Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka. Berusaha mempertahankan dan meningkatkan imej diri dan imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Pesuruhjaya Pandu Puteri Trefoild Guild Menasihati Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai semua aspek berkaitan dengan Bahagian Guild. Bertanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Program Guild. Menentukan keperluan am dan keperluan khas serta keperluan latihan bagi Ahli Guild dan menyampaikan cadangan, rumusan atau laporan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Program dan Latihan Kebangsaan untuk tindakan susulan. Merancang dan mengelolakan kegiatan Guild peringkat kebangsaan. Membantu dalam pemilihan Ahli Guild yang akan mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka di dalam pelbagai acara kepanduan di dalam dan luar negara. Menyediakan Laporan Kemajuan dan memberi cadangan mengenai semua perkara berkaitan dalam pengubahsuaian, percubaan pentadbiran dan perlaksanaan Program Guild. Meneliti dan menghalusi kepimpinan di kalangan Ahli Guild dan mengemukakan cadangan tentang pelbagai cara mendapat dan menambah bilangan Ahli Guild serta mengekalkan Ahli lama. Menyediakan rancangan, strategi dan bahan seranta untuk menarik ahli di tempat kerja, kawasan perumahan dan sebagainya untuk menjadi ahli Guild Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Program dan Latihan Kebangsaan untuk menentukan keperluan, corak dan jadual latihan untuk Ahli Guild.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kecil Penerbitan dengan menyediakan makalah mengenai Bahagian Guild untuk diterbitkan. Mengenalpasti beberapa sumber kewangan, sokongan, tajaan dan derma untuk menaja acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menyediakan belanjawan, penyata kira-kira, anggaran belanja dan perbelanjaan untuk disampaikan kepada Jawatankuasa Kewangan. Menyediakan dan menyerahkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan laporan setiap tahun dan laporan tahunan Bahagian Guild. Membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan menyediakan Buku Projek Jangka Panjang Persatuan Pandu Puteri Malaysia Khasnya dari segi merangka pelbagai projek untuk Bahagian Guild. Menyampaikan cadangan untuk meningkatkan lagi Program Guild Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Menyampaikan cadangan untuk menambah stok yang sedia ada dan barangan baru peralatan Ahli Guild. Mencadangkan peralatan yang diperlukan. Memahami dan peka terhadap keperluan ransangan serta insentif, dan mengambil tindakan untuk mencadangkan anugerah kepanduan. ii. Pesuruhjaya Perkembangan Cawangan Pesuruhjaya Antarabangsa Pesurujaya Program Pesuruhjaya Latihan Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan Dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur Dan Pengurusan Pesuruhjaya Dana B)Pesuruhjaya Perkembangan Cawangan Pesuruhjaya Antarabangsa Menasihati dan membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai aspek-aspek berkaitan dengan bahagian Antarabangsa. Melaksanakan tanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Antarabangsa, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Mengekalkan, membina dan mengukuhkan hubungan antara Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan-cawangan, Biro Dunia, Organisasi ahli WAGGGS dan persatuan-persatuan lain.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Mempromosikan aspek antarabangsa dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Mempromosi : Program dan acara-acara antarabangsa dalam kalangan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. pembelajaran dan pemahaman antarabangsa dalam kalangan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dalam hal-hal antarabangsa. Membantu pemilihan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli yang mewakili Persatuan Puteri Malaysia Cawangan Melaka ke acara ke peringkat luar negara. Menegakkan dasar Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dalam hal-hal antarabangsa. Memastikan komunikasi yang berkesan antara peringkat antarabangsa, kebangsaan dan cawangan. Sentiasa peka dan mengambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Pesuruhjaya Antarabangsa Cawangan dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Pesuruhjaya Program Menasihati dan membantu Ketua Pesuruhjaya tentang semua aspek berkaitan Program Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka Menyebarkan maklumat terkini berkaitan program yang ditawarkan oleh WAGGGS. Melatih dan melengkapkan Jawatankuasa Kerja Kecil dan/atau Kumpulan Petugas ini dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Bekerjasama dengan Jawatankuasa lain yang bertanggungjawab atas bahagian asas Pandu Puteri seperti latihan untuk ahli clover, keahlian struktur dan pengurusan serta kewangan. Bekerjasama dengan kumpulan dan badan luaran seperti pertubuhan dan belia dan kementerian kerajaan, dan lain-lain. Memastikan fokus program untuk kanak-kanak dan remaja perempuan ialah pembelajaran tidak formal, merangkumi pelbagai kumpulan umur dan konsisten serta progresif. Memastikan pemimpin menerima latihan yang sesuai untuk melaksanakan program untuk anak gadis dan dewasa. Memantau tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada ahli jawatankuasa Pesuruhjaya Program untuk tujuan pengawalan, pencegahan, penambahbaikan dan pengawasan. Sentiasa peka tugas terkini berkaitan Pesuruhjaya Program Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Pesuruhjaya Latihan Menasihati dan membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan tentang semua aspek berkaitan latihan untuk Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menyebarkan maklumat berkaitan dengan latihan yang ditawarkan oleh WAGGGS dan rakan kongsi yang bekerjasama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan serta peringkat kebangsaan. Melatih dan melengkapkan Jawatankuasa kerja Kecil atau Kumpulan Petugas ini dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Bekerjasama dengan jawatankuasa lain yang bertanggungjawab atas bahagian pandu puteri seperti perkembangan program pendidikan, keahlian, struktur dan pengurusan, dan kewangan. Memastikan fokus latihan ahli dewasa ialah pembelajaran tidak formal, menyediakan skim latihan formal dan memastikan kewujudan sistem penilaian untuk ahli dewasa yang memegang jawatan penting, termasuk ahli Lembaga Eksekutif Cawangan. Menyediakan bantuan sekiranya ahli dewasa tersebut tidak mendapat pencapaian yang diperlukan. Memastikan skim latihan mendapat akreditasi WAGGGS, dan pelaksanaan skim latihan dipantau secara formal melalui laporan dan rekod. Bekerjasama dengan NGO lain di dalam latihan ahli Lembaga Eksekutif Cawangan. Memastikan jurulatih di bawah umur 35 tahun memperolehi kelayakan. Melibatkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam program pertukaran jurulatih. Sentiasa peka dan ambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Pesuruhjaya Latihan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Pesuruhjaya Keahlian Menasihati dan membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan tentang semua aspek berkaitan dengan keahlian Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan. Membantu meningkatkan keahlian Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka selari dengan perlaksanaan objektif dan matlamat WAGGGS. Mengemukakan cadangan tentang pelbagai cara mendapat dan menambah bilangan Pemimpin dan Ahli baru serta mengekalkan Pemimpin dan Ahli lama. Menetapkan sasaran untuk penambahan Sukarelawan Pandu Puteri serta memastikan sistem perhubungan yang efektif, penglibatan dan pengurusan mereka di dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bekerjasama dengan Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan Cover bagi memastikan penambahan ahli baru di IPTA/IPTS dan tempat kerja/pejabat/kilang dll. Bekerjasama dengan semua Pesuruhjaya Bahagian Cawangan Melaka, terutamanya Pesuruhjaya Program dan Latihan, Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan, Pesuruhjaya Dana dan Kewangan, dan Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat bagi memastikan penambahan ahli. Mewujudkan dasar mengenai keahlian Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dan memastikan dasar tersebut konsisten dengan dasar WAGGGS.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Menubuhkan satu kumpulan atau jawatankuasa kecil yang terdiri daripada ahli yang mempunyai kemahiran dan terlatih, untuk bertanggungjawab melaksanakan dasar keahlian dan menguruskan hal ehwal berkaitan keahlian. Memastikan Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka memenuhi keperluan berkenaan Keahlian yang ditetapkan di dalam Perlembagaan WAGGGS. Mengenalpasti sebab peningkatan atau penurunan keahlian dan menyusun strategi yang berkaitan. Mewujudkan Perancangan Penambahan keahlian. Mengkaji dan memastikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka memenuhi kehendak remaja dan wanita muda di dalam masyarakat, serta memastikan Persatuan Pandu Cawangan Melaka mempunyai ahli dari pelbagai lapisan masyarakat, dengan pelbagai latar belakang, bangsa dan agama. Memastikan dan berusaha mendapat pengiktirafan penambahan ahli sebanyak 5% setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan peringkat Kebangsaan. Memastikan pasukan ditubuhkan di sekolah, di kalangan masyarakat, di bandar dan di luar bandar. Melatih ahli sukarelawan dan menyediakan bahan yang secukupnya untuk mereka melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diberikan. Mewujudkan sistem penilaian dan mencadangkan ganjaran untuk mengekalkan mereka di dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Sentiasa peka dengan tugas yang dipertanggungjawabkan. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Menasihati dan membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan tentang semua aspek berkaitan perhubungan dengan masyarakat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Melaksanakan tanggungjawab mempengerusikan jawatankuasa Pesuruhjaya Perhubungan Dan Masyarakat yang terdiri setiap daerah yang ada Pesuruhjaya Perhubungan dan Masyarakat. Merangka dan memastikan wujudnya polisi serta pelan tindakan tiga tahun untuk perhubungan dengan Masyarakat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka yang konsisten dengan polisi dan garis panduan WAGGGS, serta mewujudkan dan memantau Jawatankuasa Kerja Kecil dan/atau Kumpulan Petugas yang bertanggungjawab atas implementasi polisi tersebut. Melatih dan melengkapkan Jawatankuasa Kerja Kecil dan/atau Kumpulan Petugas ini dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Bekerjasama dengan jawatankuasa lain yang bertanggungjawab atas bahagian asas pandu puteri seperti perkembangan program, latihan untuk ahli dewasa, keahlian, struktur dan pengurusan, dan kewangan. Memastikan strategi perhubungan dengan masyarakat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka jelas dan difahami oleh ahli Persatuan.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Mengemaskini laman sesawang dan media sosial Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Mempromosikan semua acara dan program Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Meletakkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai satu organisasi untuk remaja dan wanita muda yang dicontohi di Malaysia. Menjalinkan hubungan yang baik dengan Majlis Belia Malaysia, Majlis Wanita Malaysia, dan badan kerajaan yang bertanggungjawab atas isu belia, wanita dan kanak-kanak dan sektor korporat, serta memastikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai wakil di dalam badan-badan tersebut. Memastikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia memainkan peranan sebagai ahli WAGGGS dengan menghadiri acara dan menjadi tuan rumah kepada acara, mancalonkan ahli untuk jawatankuasa. Menyedarkan kerajaan, NGO belia, ahli dan orang-orang yang berpotensi menjadi ahli dan penderma mengenai tujuan, objektif, program dan latihan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menjalinkan Hubungan yang baik dengan Majlis Belia malysia dan badan kerajaan yang bertanggungjawab ke atas isu belia, wanita dan kanak-kanak dan sektor korporat serta memastikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka mempunyai wakil di dalam badan-badan tersebut. Memberi kerjasama : Semua Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian Perkembangan Cawangan untuk acara atau program yang dilaksanakan. Jawatankuasa Penerbitan dengan menyediakan artikel tentang Bahagian Perhubungan dan Masyarakat untuk diterbitkan. Sentiasa peka dengan tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai Pesuruhjaya Perhubungan dan Masyarakat Cawangan. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Menasihati dan membantu Ketua Pesuruhjaya Cawangan tentang semua aspek berkaitan struktur dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Melaksanakan tanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan yang terdiri daripada semua Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Daerah, Setiausaha Kehormat merupakan ahli ex-officio dalam jawatankuasa tersebut. Merangka dan memastikan wujudnya polisi dan garis panduan serta pelan tindakan tiga tahun untuk Struktur dan Pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka yang konsisten dengan polisi dan garis panduan WAGGGS, serta mewujudkan dan memantau Jawatankuasa Kerja Kecil dan/atau Kumpulan Petugas yang bertanggungjawab ke atas implementasi polisi tersebut.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Melatih dan melengkapkan Jawatankuasa Kerja Kecil dan/atau Kumpulan Petugas ini dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Bekerjasama dengan Jawatankuasa lain yang bertanggungjawab atas bahagian asas kepanduan seperti perkembangan program, latihan untuk ahli dewasa, keahlian, perhubungan dengan masyarakat dan kewangan. Memastikan struktur dan pengurusan dikaji semula setiap 6 tahun. Memastikan misi dan visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka mencerminkan misi dan visi WAGGGS. Memastikan misi dan visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka menyatakan hasrat ahli, menyediakan mereka untuk cabaran dan melindung nilai-nilai dengan secukupnya. Membuat penyelidikan mengenai penerimaan dan sokongan ahli terhadap misi dan visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Memastikan struktur dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka mencerminkan nilai-nilai WAGGGS, dan setiap staf sama ada dibayar gaji atau tidak, mengetahui dan menghormati nilai-nilai WAGGGS. Memastikan struktur menyokong nilai demokrasi, perwakilan yang adil dan lain-lain, serta sesuai dengan budaya Malaysia, saiz, sumber dan keperluan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Memastikan struktur berkesan efektif dan terlaksana, serta menjadi alat untuk mencapai misi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Mengkaji semula struktur dari masa ke semasa agar selari dengan perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka serta menepati keperluan semasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Mewujudkan struktur untuk staf bergaji yang sesuai dengan struktur Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, agar pelaporan dan arahan kepada staf bergaji adalah jelas. Memastikan peranan dan tanggungjawab ahli Lembaga Eksekutif Cawangan, ahli Jawatankuasa Kecil Bahagian dan Perkembangan dan kumpulan Petugas jelas. Menyokong setiap lapisan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Melibatkan wanita muda di dalam membuat keputusan di setiap lapisan, termasuk di dalam pengurusan dan jawatankuasa serta kumpulan petugas Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Cawangan dan Daerah. Memastikan wujudnya satu lembaga atau majlis yang mempunyai gambaran keseluruhan mengenai Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka Memastikan setiap ahli mempunyai akses kepada Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Memastikan perlembagaan mendefinasikan struktur semasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan peranan serta tanggungjawab setiap ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan jawatankuasa diterangkan dengan jelas. Memberi latihan dan penerangan kepada semua ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Cawangan dan Daerah agar mereka faham dan biasa dengan perlembagaan. Memastikan kepemimpinan cawangan (ahli Lembaga Eksekutif Cawangan) Persatuan Pandu Puteri Malaysia sesuai dan efektif, mempunyai sisi, responsif dan terbuka kepada perubahan, serta bersatu dalam cita-cita yang diharapkan daripada WAGGGS untuk persatuan.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Melatih kepemimpinan cawangan untuk menjadi respontif kepada dunia persekitaran dan mempunyai keinginan untuk membawa pembaharuan demi memastikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mencapai misinya. Memastikan kepimpinan cawangan menggambarkan keahlian Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang merangkumi pelbagai kualiti dan skill yang ada, serta melibatkan wanita muda dan golongan minoriti. Mewujudkan pelapis untuk pengambilan alihan kepimpinan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Memastikan setiap kumpulan petugas mempunyai fokus tertentu, dan kepimpinan kebangsaan faham dan bertanggungjawab kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan WAGGGS. Memantau dan menilai kepimpinan kebangsaan dari masa ke masa, serta membuat keputusan secara demokrasi berdasarkan nilai Prinsip Asas Kepanduan. Memastikan kefahaman yang jelas di antara pengurusan dan tadbir urus. Memastikan pihak Pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka amat peka terhadap tujuan, objektif dan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, dan tujuan serta objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dirancang. Memastikan pihak pengurusan dilatih untuk melaksanakan dan mengkordinasi keputusan dan bidang kerja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Menetapkan tugas dan tanggungjawab yang jelas, termasuk tempoh perkhidmatan untuk individu dan jawatankuasa. Mendapatkan ahli dewasa yang berkelayakan, bergaji dan tidak bergaji untuk menguruskan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Memastikan perhubungan di antara ahli (pertanyaan apa kenapa siapa) jelas, dan cara bertanya terbuka, mudah difahami, agar semua ahli boleh mendapat maklumat yang perlu dan relevan. Menentukan cara untuk memantau dan mengkaji semula bidang kerja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, menetapkan sesiapa yang mengkordinasikan bidang kerja tersebut, memastikan bidang kerja diagihkan untuk menggalakkan penglibatan daripada ramai ahli. Memastikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka diadakan dan korum dicapai, serta melibatkan ahli dewasa yang berminat di dalam perbincangan dan membuat keputusan. Memastikan ahli dewasa dicalonkan dan dipilih sebagai pesuruhjaya dan pegawai di dalam Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Cawangan dan Daerah. Menetapkan tempoh perkhidmatan untuk pesuruhjaya dan pegawai di dalam Lembaga Eksekutif Cawangan dan Daerah yang akan memastikan sesuatu jawatan tidak dipegang oleh ahli yang sama untuk tempoh yang terlalu lama. Merangka atau memastikan kewujudan bidang tugas yang sesuai dan terkini bagi semua sukarelawan utama. Merangka atau memastikan kewujudan garis panduan dan bidang tugas yang jelas untuk setiap jawatankuasa dan kumpulan petugas. Memastikan adanya pemantauan dan penilai Mendokumentasikan polisi dan prosidur agar boleh dirujuk oleh semua ahli yang berminat terhadap bidang kerja Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA (PPPMCM) Merangka atau memastikan kewujudan rancangan strategi untuk 3 ke 5 tahun yang selaras dengan rancangan WAGGGS dan Rancangan Operasi Rantau Asia Pasifik, termasuk siapa yang bertanggungjawab, jangka masa, implikasi kewangan dan hasil yang diharapkan. Rancangan ini perlu disediakan oleh pelbagai lapisan di dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dan dipantau, dinilai dan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Melibatkan keperluan ahli individu di peringkat paling bawah di dalam rancangan strategi. Menyelaraskan takwim tahunan bersama-sama Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Setiausaha Kehormat. Memberi kerjasama yang jitu dengan semua Lembaga Eksekutif Cawangan di samping melaksanakan dan menyempurnakan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan dari masa ke semasa demi mengekal imej cemerlang Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Sentiasa peka dan mengambil berat tentang kewajipan sebagai seorang Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan dalam Persatuan pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Pesuruhjaya Dana Membantu menyediakan laporan kewangan Majlis Cawangan. Memastikan sumbangan dari pihak luar masuk ke dalam akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka. Berusaha mencari sumbangan bersama-sama Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Bendahari Kehormat untuk pastikan akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka sentiasa stabil. Mencari sumbangan dari pihak luar.