The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sitiaisah Iszahar, 2024-03-27 10:26:34

portfolio

EDUP3153

Portfolio EDUP 3153


BIODATA DIRI SITI AISAH BINTI ISZAHAR KOD KU RSUS ANGKA GI L I R AN NAMA 2021102340273 EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN


PENGENALAN Sistem pendidikan merupakan asas pembangunan masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, sektor pendidikan di Malaysia perlu mengalami peralihan pemikiran yang dapat merintiskan alaf baru dalam semua aspek pendidikan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam hub pendidikan serantau (Ambotang, 2013).Oleh itu, guru memerlukan kemahiran pentaksiran dalam menjamin kualiti pentaksiran di dalam bilik darjah.PBD dilaksanakan bagi semua subjek dengan meliputi penentuan tahap penguasaan murid dengan berpandukan Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), PBD dilaksanakan secara berterusan bertumpu pada aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Tegasnya, dalam pelaksanaan PBD, guru mentaksir murid secara meluas dari segi kognitif, psikomotor dan afektif, sejajar dengan matlamat FPK yang menekankan aspek JERI (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Oleh itu, bagi tugasan ini saya diarahkan untuk menilai standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sekaligus diminta untuk membina instrument pentaksiran yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan semasa PdP satu jam. Maka, saya telah memilih DSKP Tahun 3 bagi aspek tatabahasa.


DSKP TAHUN 3 Tahun : 3 Mawar Bilangan Murid : 22 orang Tarikh : 31 Mac 2024 Hari : Ahad Masa : 9:00 pagi-10:00 pagi Tema : Kekeluargaan Unit : Keluarga Cergas Kemahiran Fokus : Aspek Tatabahasa


Standard Kandungan Standard Pembelajaran STANDARD KANDUNGAN & STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 5.1.1 Memahami dan menggunakan golongan kata nama mengikut konteks: (iv) penjodoh bilangan 5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1.Memahami dan menggunakan penjodoh bilangan mengikut konteks


KRITERIA KEJAYAAN Murid dapat memahami cara penggunaan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks. 1. Murid dapat menerangkan 4 daripada 8 kedudukan penjodoh bilangan dalam ayat dengan betul. 2. Murid dapat membina satu daripada tiga ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan mengikut konteks yang betul. 3.


JUSTIFIKASI KRITERIA KEJAYAAN Pemilihan kriteria kejayaan ini berdasarkan aras kognitif dalam Taksonomi Bloom. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan.Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Oleh itu berdasarkan kriteria kejayaan saya, saya menetapkan aras memahami terlebih dahulu. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Akhir sekali baru saya meletakkan aras aplikasi yang memerlukan penggunaan proses aplikasi mental iaitu dalam aktiviti membina ayat.


KAEDAH PENTAKSIRAN Kaedah pentaksiran yang telah saya pilih antaranya ialah kaedah pemerhatian,kaedah lisan dan kaedah penulisan. Kaedah yang telah saya gunakan ialah kaedah lisan.Pentaksiran secara lisan ini digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara murid dengan guru,murid dengan murid dan murid dengan bahan. Antara aspek yang mampu dinilai melalui kaedah ini ialah kefahaman konsep,pengetahuan fakta dan kecekapan mendengar. Kemahiran lisan ini boleh dinilai melalui aktiviti soal jawab dan mendengar dan memberi respon secara lisan. Akhir sekali, ialah kaedah penulisan. Pentaksiran secara penulisan ini melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan serta hasil penulisan murid. Sebagai contoh melalui latihan dan ujian bertulis yang diberikan.


LANGKAH 1 NOTA Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru menerangkan berkaitan penjodoh bilangan dengan menayangkan slide di hadapan kelas. 1. Guru memberikan penerangan berkaitan jenis penjodoh bilangan kepada murid. 2. Murid memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru memberi penerangan. 3. Di akhir pembentangan terdapat petikan cerita,guru akan memilih beberapa orang murid untuk menyenaraikan penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan tersebut. 4.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN (MURID DENGAN GURU) Langkah pertama ini menggunakan kaedah lisan. Pentaksiran ini berlaku semasa interaksi antara murid dengan guru. Hal ini diambil kira dari aspek komunikasi antara guru dan murid melalui sesi soal jawab. Guru akan membuat penilaian secara teliti dengan memberi komen kepada respon yang diberikan oleh murid bagi memastikan objektif dan kriteria kejayaan yang dibina dapat dicapai.


TAHAP CEMERLANG 1 BAIK 2 SEDERHANA 3 LEMAH 4 RUBRIK PENTAKSIRAN (MURID DENGAN MURID) Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas Mendengar dengan penuh perhatian, menunjukkan minat apa yang didengar serta memberi maklum balas yang tepat Mendengar dengan penuh perhatian, menunjukkan minat apa yang didengar tetapi memberi maklumbalas yang kurang tepat Kurang memberi perhatian kepada apa yang didengar dan jarang memberi maklum balas Tidak memberi perhatian kepada apa yang didengar dan tidak memberi maklum balas


LANGKAH 2 KUIZ “KEBUN SAYA” Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru membahagikan kumpulan melalui aktiviti “Grab and Choose”dan murid akan bergerak mengikut kumpulan. 1. Guru akan menayangkan kuiz penjodoh bilangan yang diberi nama “Kebun Saya” di hadapan kelas. 2. Selepas itu, guru akan memberikan “My Board” dan loceng kepada setiap ahli kumpulan. 3. Setiap ahli kumpulan akan diberikan masa 30 saat bagi satu soalan untuk berbincang sesama ahli kumpulan bagi setiap soalan. 4. Selepas tamat masa yang diberikan, wakil kumpulan akan menekan loceng yang diberi dan mengangkat jawapan yang telah ditulis di “My Board” yang disediakan. 5. Setiap kumpulan yang berjaya menekan loceng terlebih dahulu dan menjawab soalan dengan betul akan diberikan bintang . 6. Ahli kumpulan yang berjaya mengumpul bintang paling banyak akan diberikan ganjaran. 7.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN (MURID DENGAN MURID) Langkah kedua ini menggunakan kaedah lisan. Pentaksiran ini berlaku semasa interaksi antara murid dengan murid. Hal ini diambil kira dari aspek kemahiran kolaboratif iaitu satu situasi pembelajaran yang membolehkan para pelajar bekerja dalam satu kumpulan yang kecil yang saling berinteraksi, bantu membantu satu sama lain dalam usaha mencapai objektif pembelajaran.


TAHAP ASPEK YANG DITAKSIR CEMERLANG 1 Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas dan pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Pelajar juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi dan berjaya mengaplikasikan penjodoh bilangan dalam ayat dengan baik. BAIK 2 Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbangkan idea yang bernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja kerana masih tidak berjaya mengaplikasikan penjodoh bilangan dalam ayat dengan tepat. LEMAH 3 Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasama dengan ahli yang lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal kerana lansung tidak mampu mengaplikasikan penjodoh bilangan dalam ayat. RUBRIK PENTAKSIRAN (MURID DENGAN MURID)


LANGKAH 3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. Pada setiap lembaran kerja yang diedarkan terdapat empat rajah yang berbeza. 2. Setiap murid perlu membina ayat berdasarkan gambar yang diberi dengan menggunakan penjodoh bilangan yang betul . 3. Selepas semua murid selesai membina ayat, guru akan meminta ketua kelas untuk menghantar lembaran kerja yang diberikan di hadapan kelas untuk disemak. 4.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN (LEMBARAN KERJA) Langkah saya yang ketiga terarah kepada lembaran kerja. Lembaran kerja merupakan salah satu instrumen bagi kaedah penulisan. Lembaran kerja ini dibuat untuk menguji kebolehan murid menyusun,menganalisis dan menintergrasikan idea hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang diberikan. Malah, mampu menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kreatif. CONTOH LEMBARAN KERJA


RUBRIK PENTAKSIRAN (LEMBARAN KERJA) TAHAP MARKAH ASPEK YANG DITAKSIR CEMERLANG 1 5-6 Murid boleh mengenalpasti penggunaan penjodoh bilangan mengikut konteks yang betul. Murid dapat mengenalpasti kedudukan penjodoh bilangan dalam ayat dengan cemerlang. Kualiti kerja adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi. BAIK 2 3-4 Murid mampu memahami penggunaan penjodoh bilangan mengikut konteks yang betul. Murid berjaya meletakkan penjodoh bilangan dalam ayat dengan baik. Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja. LEMAH 3 1-2 Murid tidak dapat memahami penggunaan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul. Murid gagal mengenalpasti kedudukan penjodoh bulangan dalam ayat dengan baik. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.


PENUTUP Kesimpulannya,tugas guru termasuklah memastikan murid-murid bermotivasi untuk melakukan yang terbaik dalam mana-mana pentaksiran, menjalankan pentaksiran dengan adil dan saksama serta memastikan hasil pentaksiran tepat (Gredler, 1999). Memandangkan tahap pelaksanaan PBD guru memainkan peranan yang tidak dapat diketepikan dalam kalangan guru, maka, hal ini membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan PBD dan prestasi murid. Oleh itu guru haruslah memainkan peranan penting dalam membuat pemilihan berkaitan alat insturmen PBD demi memastikan kemajian setiap murid dapat diukur dan dapat ditambah baik buat proses PdP yang seterusnya.


TAMAT SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version