Program j-QAF berasaskan idea YAB Dato Abdullah Bin Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri pada ketika itu telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005. Pada tahun 2006, program j-QAF telah dilaksanakan di SK Buang Sayang yang hanya melibatkan murid tahun 1 sahaja. Sehingga kini, program j-QAF telah dilaksanakan sepenuhnya bagi semua murid tahun 1 hingga tahun 6.
❖ Program j-QAF adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (penekanan aspek solat) yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah KPM. ❖ Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta model dan modulnya yang tersendiri untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. ❖ Pengajaran dilaksanakan mengikut jadual waktu sekolah. Semua murid Islam Tahun Enam sekolah rendah akan dapat: Menguasai bacaan dan tulisan jawi Menguasai bacaan dan khatam al-Quran Menguasai kemahiran asas Bahasa Arab Menguasai wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
❖ Penyelaras Program j-QAF adalah dalam kalangan guru Pendidikan Islam. ❖ Kedudukan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam adalah seperti berikut: Pelaksanaan program j-QAF melibatkan 1. Kurikulum ▪ Pendidikan Islam (al-Quran, Ulum Syariah, Hadis dan Jawi) ▪ Bahasa Arab 2. Model dan modul ▪ Model Pemulihan Jawi (Kem Cemerlang Jawi) ▪ Mata pelajaran Bahasa Arab ▪ Model Khatam al-Quran ▪ Model Bestari Solat (Kem Solat) ▪ Model Tasmik Al-Quran Ulum Syariah Hadis Jawi PROGRAM j-QAF
1. Model Pemulihan Jawi ▪ Dilaksanakan dalam bentuk modul Kem Cemerlang Jawi (KCJ). ▪ Hanya melibatkan murid Islam Tahun 2 hingga 6 yang tidak melepasi Ujian Diagnostik. 2. Model Khatam al-Quran ▪ Dilaksanakan dalam waktu / jadual kelas Pendidikan Islam ▪ Menggunakan konsep talaqi musyafahah ▪ Pengajaran secara kolaboratif guru di dalam kelas Pendidikan Islam ( 1 jam 30 minit ). 3. Model Tasmik ▪ Dilaksanakan bermula minggu pertama persekolahan. ▪ Dua waktu / 1 jam seminggu mengikut jadual waktu kelas. ▪ Murid-murid membaca buku iqra dan al-Quran. mengikut sukatan pencapaian atau penguasaan individu murid. ▪ Bacaan murid akan direkodkan mengikut pencapaian semasa. Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 1:1 الفاتحة 76:5 املائدة 77:5 املائدة 111:12يوسف 1:13 الرعد 64:24 النور 1:2 الفرقان 54:41فصلت 1:41 الشورى 6:114الناس
4. Mata Pelajaran Bahasa Arab ▪ Melibatkan semua murid Islam dan bukan Islam ▪ Murid-murid akan mempelajari asas bahasa arab sebagai mata pelajaran elektif mengikut sukatan daripada DSKP / Buku Teks Bahasa Arab. 5. Model Bestari Solat ▪ Melibatkan semua murid Islam Tahun 1 hingga 6. ▪ Dilaksanakan dalam bentuk Modul Kem Bestari Solat sebanyak 2 kali setahun. Tarikh pelaksanaan akan dimaklumkan melalui surat. (dilaksanakan di luar jadual waktu sekolahHari sabtu) ▪ Murid akan mempelajari cara berwuduk dengan betul dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
❑ Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) turut dilaksanakan dalam Program j-QAF. ❑ Bidang Jawi dan mata pelajaran Bahasa Arab dinilai melalui pentaksiran sumatif. ❑ Pencapaian murid akan dimasukkan ke dalam Sistem e-Pelaporan j-QAF yang perlu dilaporkan pada bulan Jun dan Oktober. (Tertakluk kepada takwim kutipan laporan di peringkat KPM) ❑ Laporan pencapaian program j-QAF bagi murid Islam akan dicetak melalui Sistem e-Pelaporan j-QAF. Sijil j-QAF hanya akan dicetak setelah murid-murid tamat tahun 6. ❑ Bagi murid bukan Islam yang hanya terlibat dengan mata pelajaran Bahasa Arab, pencapaian mereka akan dilaporkan dalam Buku Rekod Kemajuan Murid sepertimana mata pelajaran yang lain.
NOTA UNTUK IBU BAPA TAHUN 1 Berikan pendedahan awal kepada anak-anak mengenai Pendidikan Islam dari rumah. JAWI Banyakkan bahan-bahan bacaan dalam tulisan jawi Peruntukan masa bagi subjek Jawi dalam jadual waktu sekolah hanya 30 minit seminggu. Murid-murid tahun 1 belum terlibat dengan Program Kem Cemerlang Jawi. IQRA’ / AL-QURAN Jika ibu bapa atau adik beradik berkebolehan membaca al-quran, bimbinglah anak-anak membaca buku iqra / al-quran di rumah. Sebagai panduan boleh rujuk link ini untuk anak-anak belajar membaca buku iqra’ 1 dan lain-lain. https://www.youtube.com/playlist?list=PLwPTqhgpK4G eaX7jHpHWmq6y6qV3zyfTr FARDU AIN (SOLAT) Sediakan kelengkapan solat seperti telekung dan sejadah. Bimbing anak-anak berwuduk dan solat bersama sebagai pendedahan awal dari rumah. Boleh rujuk buku solat, video, you tube tentang pelaksanaan wuduk dan solat.
1 WIRA PENDIDIKAN ISLAM Ustazah Ainie Ayim TASMIK AL-QURAN Ustazah Ainie Ayim Ustazah Dg Sarah Ag Ahmad 1 SATRIA PENDIDIKAN ISLAM Ustazah Nurafifi Saman TASMIK AL-QURAN Usazah Nurafifi Saman Ustazah Noridah Hj Abu Bakar BAHASA ARAB Ustaz Mohd Iqbal Mohamed Said Sekian. Terima kasih MEMPERKASA PENDIDIKAN ISLAM MEMARTABAT PROGRAM -QAF