The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lin Linda, 2023-11-13 07:59:36

Modul KBS (Semakan) 2017

Modul KBS (Semakan) 2017

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 1 PANDUAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) TAHAP SATU 1. PENDAHULUAN Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Kem Bestari Solat dan cara pelaksanaannya. 2. TAKRIF Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. 3. OBJEKTIF 3.1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna. 3.2. Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan. 3.3. Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. 3.4. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan sempurna. 4. KUMPULAN SASARAN Semua murid beragama Islam tahap satu. 5. STRATEGI PELAKSANAAN 5.1. Panitia Pendidikan Islam bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut : 5.1.1. Membentuk jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. 5.1.2. Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat. 5.1.3. Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat. 5.1.4. Melantik guru yang akan berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator. 5.1.5. Membahagikan kumpulan murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat. 5.2. Memberi taklimat kepada guru pembimbing atau fasilitator berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu yang telah ditetapkan. 5.3. Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 2 5.4. Kem ini hendaklah dilaksanakan dua kali setahun.Setiap kem diperuntukkan masa 5 jam seperti yang telah ditetapkan. 5.4.1. Kem Bestari Solat Pertama : Mac hingga Mei. 5.4.2. Kem Bestari Solat Kedua : Julai hingga Oktober 5.5. Melaksanakan pengisian aktiviti kem seperti cadanganjadual aktiviti Kem BestarinSolat di lampiran 2(a) dan 2(b). 5.6. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti dilaksanakan seperti di lampiran 3(a)dan 3(b). 5.7. Murid-murid yang dikenalpasti belum menguasai kemahiran hendaklah diambil tindakan susulan. 5.8. Merekodkan pencapaian murid dan melaporkan kepada penyelaras kem, ibu bapa, penjaga, Ketua Panitia, Guru Besar, PPD dan JPN. 5.9. Pengisian Borang Catatan Pelaksanaan Solat sepertidi lampiran 4(a). 5.9.1. Borang Catatan Pelaksanaan Solat diedarkan kepada murid untuk dicatat amalan solat harianselama 30 hari selepas setiap kem dijalankan. 5.9.2. Ibu bapa atau penjaga mengesahkan catatan murid diruangan yang disediakan. 5.9.3. Borang yang telah lengkap dikembalikan kepada pihak sekolah untuk direkodkan dalam e-pelaporan bersepadu. 5.10. Pihak sekolah menyediakan laporan lengkap untuk setiap kem yang dilaksanakan. 5.11. Kem Bestari Solat yang seterusnya akan mengambil kira kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang terdahulu. 5.12. Cadangan: “Kempen Lima Minit KBSDalam P&P Pendidikan Islam” Guru Pendidikan Islam memulakan P&P dengan bacaan-bacaan dalam solat sebagai kempen untuk menerap dan mengukuhkan bacaan dalam solat kepada murid-murid secara berterusan. 6. AGIHAN TUGAS 6.1. JPN dan PPD bertanggungjawab: 6.1.1. Memberi taklimat pelaksanaan Model Kem Bestari Solat kepada pihak sekolah. 6.1.2. Memantau pelaksanaan Kem Bestari Solat di sekolah.


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 3 6.1.3. Menghantar laporan pemantauan dan pelaksanaan Kem Bestari Solat kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. 6.2. Guru Besar bertanggungjawab: 6.2.1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana Kem Bestari Solat di peringkat sekolah. 6.2.2. Menetapkan tarikh pelaksanaan Kem Bestari Solat dalam takwim sekolah. 6.2.3. Memastikan kem ini dilaksanakan dengan sempurna. 6.2.4. Meneliti dan mengemukakan analisa pencapaian murid dalam Kem Bestari Solat kepada PPD danS ektor Pengurusan Pendidikan Islam, JPN berdasarkan e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF KPM. 6.3. Peranan Guru Pendidikan Islam. 6.3.1. Bekerjasamamelaksanakan kem ini. 6.3.2. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan pelaksanaankem. 6.3.3. Menyediakan kertas kerja dan membuat laporan pelaksanaan kem. 6.3.4. Mengemukakan analisa pencapaian murid kepada Guru Besar untuk disahkan berdasarkan e-Pelaporan. 7. JAWATANKUASA PELAKSANA Senarai tugas jawatankuasa pelaksana seperti dalam Panduan Tugas Jawatankuasa Pelaksana Kem Bestari Solat di lampiran 5. 7.1. Penasihat - Guru Besar 7.2. Pengerusi - GPK Kokurikulum 7.3. Naib Pengerusi - Semua GPK 7.4. Penyelaras - Penyelaras program j-QAF 7.5. Setiausaha - Penyelaras KBS 7.6. Bendahari - GPI 7.7. Ahli Jawatankuasa 7.7.1. Urusetia 7.7.2. Pendaftaran 7.7.3. Makanan dan Minuman 7.7.4. Fasilitator 7.7.5. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin 7.7.6. Dokumentasi/Penilaian 7.7.7. Kem Komandan 7.7.8. Siaraya dan Publisiti 7.7.9. Teknik dan Peralatan 7.7.10. Buku Program 7.7.11. Sijil dan Hadia


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 4 8. KEWANGAN 8.1. Sumber 8.1.1. KPM 8.1.2. Sumbangan Kegiatan Agama. 8.1.3. Sumbangan PIBG. 8.1.4. Sumbangan agensi swasta dan lain-lain. 8.2. Perbelanjaan 8.2.1. Penyediaan bahan (Kertas kerja, bahan edaran, fail dan lain-lain). 8.2.2. Perbelanjaan runcit/rencam. 8.2.3. Perbelanjaan makan dan minum. 8.2.4. Hadiah galakan. 8.2.5. Lain-lain 9. FASILITATOR 9.1. Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. 9.1.1. Guru-guru yang beragama Islam. 9.1.2. Ibu bapa atau penjaga. 9.1.3. Guru KAFA. 9.1.4. Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihaksekolah. 9.1.5. Murid turus. 10. PERATURAN PELAKSANAAN 10.1. Jumlah Masa (5 jam) 10.1.1. Penerangan : Secara umum kepada semuapeserta - 1 jam 10.1.2. LDK 1 : Anggota, niat dan cara berwuduk - 1 jam 10.1.3. Rehat : Makan dan minum - 30 minit 10.1.4. LDK 2 : Bacaan dalam solat - 1 jam 10.1.5. Amali : Pelakuan Wuduk dan Solat (Penilaian) - 1 jam 10.1.6. Penutup : Solat berjemaah - 30 minit 10.2. Semua murid Islam tahap satu yang terlibat dengan Program j-QAF diwajibkan menghadiri semua kem yang dilaksanakan. 10.3. Jadual pelaksanaan kem adalah seperti lampiran 2 (a).


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 5 11. PENUTUP Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada Program j-QAFyang wajib dilaksanakan. Walaupun ia satu bentuk aktivitikokurikulum, semua sekolah perlu melaksanakannya seperti yangtelah ditetapkan. Pentadbir sekolahbertanggungjawab untuk menggerakkan pelaksanaan kem ini.Aspek solat ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaranPendidikan Islam.Diharapkan pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada pembentukan sahsiahmuridmurid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhandan rasa tanggungjawab melaksanakan Fardhu Ainyang diperintahkan oleh Allah S.W.T.


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu Lampiran 2(a) JADUAL AKTIVITI KEM BESTARI SOLAT TAHAP SATU Masa / Hari 8.30 pagi – 10.00 pagi 10.00 pagi – 11.00 pagi 11.00 pagi – 11.30 pagi 11.30 pagi – 12.30 pagi 12.30 pagi – 1.30 tgh. 1.30 tgh SABTU PENERANGAN UMUM LDK 1 REHAT LDK 2 AMALI SOLAT ZOHOR BERJEMAAHDAN BERSURAI LDK 1 : Anggota, niat dan cara berwuduk - 1 jam LDK 2 : Bacaan dalam solat - 1 jam AMALI:PelakuanWudukdanSolat(Penilaian)1jam


6 AMALI : Pelakuan Wuduk dan Solat (Penilaian) - 1 jam


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 7 REKOD CATATAN PELAKSANAAN SOLAT FARDHU NAMA : ………………………………………………. TAHUN :……………………………………………….. KEM : 1 / 2 TARIKH SOLAT PENGESAHAN IBU BAPA PENGESAHAN SUBUH ZOHOR ASAR MAGH GURU - RIB ISYAK Lampiran 4(a)


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 8 Lampiran 5 PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA KEM BESTARI SOLAT 1. PENGERUSI 1.1. Melantik ahli jawatankuasa pelaksana dengan melibatkan seluruh warga sekolah. 1.2. Mempengerusi dan mengendali mesyuarat. 2. SETIAUSAHA 2.1. Menguruskan surat menyurat. 2.2. Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa pelaksana. 2.3. Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. 2.4. Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa. 2.5. Menyelaras dan menyelia perlaksanaan program. 2.6. Mengurus mesyuarat post mortem program. 3. BENDAHARI 3.1. Menyediakan anggaran perbelanjaan 3.2. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa. 3.3. Mengurus dan menyelia pendapatan serta perbelanjaan. 3.4. Menyediakan laporan kewangan. 4. URUSETIA 4.1. Membuat “backdrop”. 4.2. Menentukan pengerusi majlis. 4.3. Mengagihkan kumpulan peserta. 4.4. Menyedia bahan dan mengedar borang-borang. 4.5. Menganalisa rekod pencapaian keseluruhan. 5. AJK PENDAFTARAN 5.1. Menyediakan keperluan pendaftaran. 5.2. Membuat pendaftaran peserta. 5.3. Mengedar buku program. 6. AJK MAKANAN DAN MINUMAN. 6.1. Menentukan menu. 6.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan. 6.3. Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan. 6.4. Memastikan makanan dan minuman mencukupi. 6.5. Mengurus bil melalui bendahari.


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 9 7. FASILITATOR 7.1. Membimbing dan memudah cara peserta melaksanakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). 7.2. Menyiapkan penilaian dan pelaporan 8. AJK KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN DISIPLIN. 8.1. Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula. 8.2. Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan. 8.3. Menyediakan senarai barangan keperluan peserta. 8.4. Memantau semasa pelaksanaan kem. 9. AJK PELAPORAN, DOKUMENTASI DAN PENILAIAN. 9.1. Menguruskan fotografi atau rakaman audio-video. 9.2. Menyedia dan menyiapkan laporan penuh aktiviti. 10. KEM KOMANDAN 10.1. Menyelaras dan mengelola peserta. 10.2. Memastikan peserta mengikut arahan dan menepati masa. 11. AJK SIARAYA DAN PUBLISITI 11.1. Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot. 11.2. Menyediakan banner dan publisiti. 12. AJK TEKNIK DAN PERALATAN 12.1. Menyediakan dan menyusun tempat aktiviti. 12.2. Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti. 12.3. Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan. 13. AJK BUKU PROGRAM 13.1. Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz. 13.2. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Pelaksana, fasilitator dan penceramah. 13.3. Memastikan buku program disiapkan dengan sempurna. 14. AJK SIJIL DAN HADIAH Menyediakan hadiah atau cenderahati dan sijil.


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 10 CONTOH KERTAS KERJA 1.0 PEND AHULU AN Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, pelakuan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu persekolahan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. 2.0 TARIKH DICAD ANGKAN Mengikut tak wim sekolah. 3.0 MATL AM AT Untuk memastikan semua peserta sasaran program ini dapat menguasai asas fardhu ain terutamanya dalam bab wuduk dan solat. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Murid dapat berwuduk dengan sempurna. 4.2 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. 4.3 Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah. 5.0 SAS AR AN Semua murid Islam tahap satu. 6.0 TE MP AT Mengikut kesesuaian sekolah 7.0 PERL AKS AN AAN Bermula jam 8.30 pagi – 1.30 petang(5 jam) 8.0 AJK PELAK S AN A Sila rujuk Lampiran A 9.0 TE NTATIF PROGR AM Sila rujuk Lampiran B


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 11 10.0 KEWANG AN Sumber : i. Peruntukan kewangan kerajaan (sekiranya ada) ii. Sumbangan PIBG. iii. Sumbangan swasta dan lain-lain perbelanjaan iv. Sumbangan untuk penyediaan bahan-bahan (kertas kerja, bahan edaran, fail dan lain-lain) v. Sumbangan untuk perbelanjaan makan dan minum. *Anggaran perbelanjaan sila lihat Lampiran C 11.0 PENUTUP Kesimpulannya, program ini diharapkan dapat mendidik murid-murid yang beragama Islam terus menerus berpegang teguh dengan perkara wajib yang diperintah oleh Allah. Sehubungan itu, murid-murid yang telah diterapkan amalan solat dengan baik, dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah SWT serta menjadi insan yang bertaqwa dan cemerlang dalam bidang pelajaran. . Disediakan oleh: Disahkan oleh: ........................................... …………………………… ( Setiausaha KBS ) ( Guru Besar )


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 12 LAMPIRAN A AJK INDUK KEM BESTARI SOLAT 1. Penasihat - Guru Besar 2. Pengerusi - GPK Kokurikulum 3. Naib Pengerusi - Semua GPK 4. Penyelaras - Penyelaras program j-QAF 5. Setiausaha - Penyelaras KBS 6. Bendahari - GPI. 7. Ahli Jawatankuasa : 7.1. Urusetia 7.2. Pendaftaran 7.3. Makanan dan minuman 7.4. Fasilitator 7.5. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin 7.6. Dokumentasi/Penilaian 7.7. Kem Komandan 7.8. Siaraya dan publisiti 7.9. Teknik dan peralatan 7.10. Buku Program 7.11. Sijil dan hadiah


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu AJK PELAKS ANA PROGRAM BIL NAM A BIDANG TUG AS 1. AJK PENDAFTARAN i. Menyediakan keperluan pendaftaran. ii. Mengendali pendaftaran peserta. iii. Mengedar buku program. 2. AJK JAMUAN i. Menentukan menu. ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan.


13 iii. Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan. iv. Memastikan makanan dan minuman mencukupi. v. Mengurus invois melalui bendahari. 3. AJK SIARAYA DAN PUBLISITI i. Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot. ii. Menyediakan banner dan publisiti. 4. AJK DOKUMENTASI i. Menguruskan fotografi atau rakaman audio-video. ii. Menyedia dan menyiapkan laporan penuh aktiviti


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 5. AJK FASILIT ATOR i. Membimbing dan memudah cara peserta melaksanakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). ii. Menyiapkan Penilaian dan Pelaporan. *fasilitator terdiri daripada semua GPI, Guru Bahasa A rab dan guru tahun 1,2,dan 3 yang beragama Islam.(Tidak lupa juga guru-guru praktikum) 6. AJK TEKNIK DAN PERALATAN i. Menyediakan dan menyusun tempat aktiviti. ii. Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti. iii. Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.


14 ggg 7. AJK BUKU PROGRAM i. Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz. ii. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Pelaksana, fasilitator dan penceramah. iii. Memastikan buku program disiapkan dengan sempurna. 8. AJK SIJIL DAN HADIAH i. Menyediakan hadiah, cenderahati dan sijil.


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 15 LAMPIRAN B ATURC AR A PROGR AM S ABTU • 08.30 pagi : Pendaftaran peserta • 08.45 pagi : Ucapan Guru Besar (PerasmianPembukaan) Taklimat dan riadah kepada peserta kem • 09.30 pagi : Penerangan umum i. Tahun 1 (Teori wuduk) ii. Tahun 2 & 3 (Bacaan dalam solat) • 10.00 pagi : LDK 1 : W uduk dan bacaannya • 11.00 pagi : Rehat • 11.30 pagi : LDK 2 : Bacaan dalam solat • 12.30 tgh : AMALI : Pelakuan wuduk dan solat • 01.30 tgh : Solat Zohor berjemaah : Penyampaian hadiah : Bersurai


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 16 LAMPIRAN C SEKOLAH KEBANGSAAN ......................................... ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) Tahun ………… PROGRAM : Kem Bestari Solat Siri 1 ANGGARAN PERUNTUKAN : RM1250.00. BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN(RM) 1. 2. Makan minum murid Bahan cetakan 500 murid x RM1.50 = RM750.00 500 muridx RM 1.00 = RM 500.00 JUMLAH RM1250.00 Disediakan oleh , Disahkan oleh , …………………………………................. ………………………………………… (Penyelaras Program j-QAF ) ( Guru Besar )


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 17 CONTOH LAPORAN LAPORAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT PROGRAM j-QAF (Keperluan Minimum) Nama Panitia : Panitia Pendidikan Islam Tajuk Program : Kem Bestari Solat Tahap 1 (Siri 1) Tarikh Pelaksanaan : 12 Ogos 2015 Aktiviti yang dijalankan : Penerangan Umum, LDK dan Amali Hasil : 1. Kekuatan 2. Kelemahan 3. Cadangan penambahbaikan Lampiran 1. Gambar aktiviti 2. Brosur 3. Lain-lain Disediakan oleh : Disahkan oleh : ......................................................... ......................................................... (Penyelaras Program) (Ketua Panitia)


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu 18 KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 ( SIRI 1 )


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu CONTOH BORANG PENILAIAN REKOD PENCAPAIAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN ( ) PERLAKUAN WUDHUK BIL NAMA MURID BACAAN BASMALAH BASUH TANGAN BERKUMUR-KUMUR MASUK AIR KE HIDUNG NIAT WUDUK BASUH MUKA BASUH 2 TANGAN KE SIKU SAPU AIR KE KEPALA SAPU AIR KE 2 TELINGA BASUH 2 KAKI KE BUKU LALI TERTIB DOA SELEPAS WUDUK CATATAN 1 2


19 *Petunjuk : Menguasai Belum Menguasai 3 4 5 6 7 8 9 Jumlah Menguasai Jumlah Belum Menguasai


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu CONTOH BORANG PENILAIAN REKOD PENCAPAIAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN ( ) BACAAN DALAM SOLAT BIL NAMA LAFAZ NIAT BACAAN SUBUH ZOHOR ASAR MAGHRIB ISYAK TAKBIRATUL IHRAM DOA IFTITAH SURAH AL FATIHAH RUKUK IKTIDAL SUJUD DUDUK ANTARA 2 SUJUD TAHIYAT SELAWAT IBRAHIMIYAH SALAM PERTAMA SALAM KEDUA DOA QUNUT SUJUD SAHWI 1


20 *Petunjuk : Menguasai Belum Menguasai 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah Menguasai Jumlah Belum Menguasai


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI PENERANGAN UMUM I. Tentatif program II. Pengisian program • LDK 1 – wuduk dan bacaan • LDK 2 – solat dan bacaan • Amali wuduk dan solat • Majlis penutup I. Guru menerangkan tentang pelaksanaan KBS II. Ice breaking (Pembahagian kumpulan mengikut anggota wuduk) • Murid-murid dibahagikan kumpulan mengikut anggota wuduk / bacaan solat • Murid akan mencari kumpulan masing-masing III. Guru menerangkan mengenai pengisian KBS: •WudukdanbacaannyaI. Nasyid Wuduk II. Nasyid Solat III. Simulasi wuduk tanpa air IV. Kisah Israk dan Mikraj (Hadiah dari Allah) V. Kuiz Spontan (Boleh disediakan hadiah) (Lampiran) VI. Tayangan video yang bersesuaian


• Wuduk dan bacaannya • Bacaan-bacaan dalam solat • Amali wuduk dan solat IV. Guru menerangkan kepentingan atau tujuan wuduk: • Untuk memegang Al-Quran • Solat • Tawaf V. Wuduk simbol “Kebersihan Diri” VI. Guru menerangkan kepentingan solat VII. Perbezaan Solat Wajib dan Solat Sunat bersesuaian


LEMBARAN KERJA – WUDUK Sila jawab semua soalan: A. Sebelum kita menunaikan solat, kita hendaklah _____________________ B. Senaraikan rukun wuduk: 1. ____________ 2. ____________ 3. ____________ 4. ____________ 5. ____________ 6. ____________ C. Senaraikan perkara-perkara sunat semasa berwuduk: 1. ____________ 2. ____________ 3. ____________ 4. _____________ 5. ____________ D. Senaraikan 5 perkara yang membatalkan wuduk: 1. ____________ 2. ____________ 3. ____________ 4. ____________ 5. ____________ E. Tuliskan 3 fungsi wuduk: 1. ____________ 2. ____________ 3. ____________ F. Tuliskan niat wuduk: ___________________________________________________________ 20 M


LEMBARAN KERJA – SOLAT Sila jawab semua soalan: A. Senaraikan rukun solat: 1) __________________ 8) __________________ 2) __________________ 9) __________________ 3) __________________ 10) __________________ 4) __________________ 11) __________________ 5) __________________ 12) __________________ 6) __________________ 13) __________________ 7) __________________ B. Senaraikan solat 5 waktu dan bilangan rakaat mengikut susunan: 1) __________________ 4) __________________ 2) __________________ 5) __________________ 3) __________________ C. Tuliskan lafaz niat solat fardhu 5 waktu: 1) ____________________________________________________________ 2) ____________________________________________________________ 3) ____________________________________________________________ 4) ____________________________________________________________ 5) ____________________________________________________________ D. Senaraikan 2 contoh solat sunat yang kamu amalkan: 1) _______________________ 2) _______________________ 25 M


LEMBARAN KERJA – SOLAT Sila jawab semua soalan : A. Senaraikan rukun solat : 1. __________________ 8. __________________ 2. __________________ 9. __________________ 3. __________________ 10. __________________ 4. __________________ 11. __________________ 5. __________________ 12. __________________ 6. __________________ 13. __________________ 7. __________________ B. Senaraikan solat 5 waktu dan bilangan rakaat mengikut susunan: 1. __________________ 4. __________________ 2. __________________ 5. __________________ 3. __________________ C. Tuliskan lafaz niat solat fardhu 5 waktu : 1.____________________________________________________________ 2.____________________________________________________________ 3.____________________________________________________________ 4.____________________________________________________________ 5.____________________________________________________________ D. Senaraikan 2 contoh solat sunat yang kamu amalkan 1._______________________ 2. _______________________ 25 M


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI LDK 1 ( 1 JAM) WUDUK • Anggota wuduk dan cara berwuduk I. Nyanyian Murid menyanyikan lagu “mari berwuduk” sambil menunjukkan gaya dengan bimbingan guru. II. Guru menunjukkan cara berwuduk mengikut urutan yang betul. III. Guru memberikan penerangan tentang had anggota wuduk berdasarkan gambar yang dipamerkan. Nyanyian I. Guru memperdengarkan nyanyian lagu mari berwuduk. Adaptasi dari lagu “ Marry had a little lamb” II. Murid mengikut nyanyian guru sambil menunjukkan anggota wuduk. Permainan kad gambar I. Guru mempamerkan pelbagai kad gambar anggota badan. II. Murid dikehendaki memilih kad gambar anggota wuduk yang betul. III.Gurumembuatpenilaiandanmemberikanganjaran.


III. Guru membuat penilaian dan memberikan ganjaran. Carta gambar cara berwuduk I. Guru mempamerkan carta gambar. II. Murid memerhatikan gambar sambil bersoal jawab dengan guru. III. Guru menerangkan sambil membuat tunjuk cara mengikut carta yang diberi. IV. Murid melakukan simulasi berwuduk.


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI • Niat wuduk I. Guru mempamerkan bacaan niat wuduk. II. Guru meminta murid turus untuk membaca diikuti oleh murid yang lain. III. Guru membimbing murid menghafaz lafaz niat wuduk. IV. Latih tubi bacaan niat wuduk. V. Murid mencantumkan potongan puzzle yang mengandungi lafaz niat wuduk. Latih tubi I. Murid membaca dan menghafaz niat wuduk. II. Murid membaca secara berkumpulan dan individu. III. Guru membuat penilaian. Permainan Puzzle I. Murid dikehendaki menyusun semula kad puzzle niat wuduk dengan susunan yang betul. • Doa selepasI. Guru memperdengarkan nasyid bacaandoaselepaswuduk.Nyanyian


selepas wuduk bacaan doa selepas wuduk. II. Guru membimbing murid membaca doa selepas wuduk. III. Murid membaca secara berkumpulan dan individu. IV. Murid menghafaz doa selepas wuduk. I. Guru memperdengarkan nasyid bacaan doa selepas wuduk. ( Adaptasi lagu nasyid erti al-Fatihah – Voice of Ummi Feat Puteri) II. Murid mengikut nyanyian guru sambil menghafal doa selepas wuduk. Carta doa selepas wuduk I. Guru memaparkan carta. II. Murid membaca dengan bimbingan guru. III. Murid membaca secara berkumpulan dan individu. IV. Guru membuat penilaian. • Latih tubi


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PE RLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI LDK 2 BACAAN DALAM SOLAT • Lafaz niat solat fardu lima waktu • Takbiratul-ihram • Doa iftitah • Surah al-Fatihah • Rukuk • Iktidal • Sujud • Duduk antara dua sujud • Tahiyat • Selawat Ibrahimiyah • Salam pertama I. Guru memperdengarkan bacaan kepada murid. II. Murid membaca secara berkumpulan dan Individu. III. Latih tubi menghafaz bacaan. IV. Guru membuat penilaian bacaan dan hafazan murid. V. Guru merekod pencapaian murid. VI. Pertandingan hafazan. VII. Pertandingan menyusun potongan-potongan bacaan. VIII. Pertandingan bacaan dalam solat. Permainan- YES OR NO/ NA’AM AU LA’. I. Setiap kumpulan dibekalkan kertas mengandungi YES OR NO/ NA’AM AU LA’. II. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk di uji bacaan di hadapan kelas. III. Guru mengemukakan soalan. Murid menjawab soalan dan ahli kumpulan lain bertindak sebagai hakim. IV. Sekiranya jawapan betul diberikan bonus 10 markah ‘YES’ dan sekiranya salah di kenakan penalti 5 markah ‘NO’ beserta pengulangan bacaan yang betul dalam kumpulan


( 1 JAM) p • Salam kedua • Doa qunut • Sujud sahwi kumpulan. Program “saya dengar, saya baca, saya ingat..” I. Guru menayangkan video bacaan dalam solat. II. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil ke hadapan kelas. III. Guru menyoal dan murid menjawab dengan pantas. IV. Murid yang berjaya menjawab dengan betul akan memperolehi markah bonus untuk kumpulannya. V. Sekiranya salah, peluang menjawab akan diberikan kepada kumpulan lain.


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI Ustaz Ustazah Cilik. I. Model seperti pembimbing rakan sebaya. II. Murid turus membantu bacaan rakan yang lemah dalam kumpulan. III. Markah bonus akan diberikan sekiranya ramai ahli kumpulan dapat membaca dengan bimbingannya. Nasyid bacaan dalam solat I. Soutus Sofwa - Tunaikan Solat II. Nasyid Kanak-Kanak - Mari Bersolat IIIIwanSyahman-SolatDulu


III. Iwan Syahman - Solat Dulu Permainan stesen • Stesen 1: Soalan bertulis • Stesen 2: Gambar rajah perlakuan • Stesen 3: Belon • Stesen 4: Pancing ikan • Stesen 5: Boling padang


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI Permainan kotak beracun I. Guru menyediakan bahan audio visual. II. Permainan bermula dengan iringan lagu yang sesuai. III. Soalan akan ditanya setelah lagu dimatikan seketika. IV. Markah bonus akan diberikan sekiranya dapat menjawab soalan dengan betul Program tiru macam saya I. Guru memilih murid yang akan membaca bacaansolatdihadapankelas


bacaan solat di hadapan kelas II. Murid membaca dengan baik dan lancar dengan gaya tersendiri. III. Murid lain diberikan peluang membaca dan meniru gaya bacaan rakan sebentar tadi. IV. Markah bonus diberikan jika dapat melakukan dengan jayanya.


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI AMALI WUDUK PERLAKUAN WUDUK • Bacaan Basmalah • Basuh tangan • Berkumur-kumur • Memasukkan air ke dalam lubang hidung • Niat wuduk • Membasuh muka • Membasuh kedua tangan • Menyapu air ke kepala • Menyapu air ke kedua I. Guru menunjuk cara wuduk dengan betul tanpa pembaziran II. Guru melihat dan membetulkan cara murid berwuduk secara individu III. Guru menerangkan kesalahan- kesalahan ketika berwuduk IV. Guru membezakan perlakuan rukun dan sunat. RUKUN • Niat wuduk • Basuh muka BhkdtI. Permainan menyusun kad anggota wuduk mengikut tertib II. Melukis atau mewarna gambar anggota wuduk III. Berwuduk dengan sebotol air IV. Lembaran kerja


yptelinga • Membasuh kedua kaki hingga buku lali • Tertib • Doa selepas wuduk • Basuh kedua tangan • Sapu air ke kepala • Basuh kedua kaki • Tertib SUNAT • Bacaan basmalah • Basuh tangan • Berkumur-kumur • Masuk air ke dalam hidung • Sapu air ke telinga • Doa selepas wuduk V. Guru merekod pencapaian murid


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI PERLAKUAN SOLAT • Berdiri dengan betul • Kedudukan tangan ketika takbir • Kedudukan tangan ketika berdiri • Rukuk • Iktidal • Sujud • Duduk antara dua sujud • Duduk semasa tahiyat awal I. Murid membuat amali solat di tempat yang sesuai : • Masjid atau surau • Tapak perhimpunan • Dewan • Bilik darjah ( LDK ) II. Guru menunjukkan cara perlakuan solat kepada murid III. Murid membuat perlakuan solat secara individu dan kumpulan I. Video perlakuan solat II. Carta solat ( Lampiran ) III. Latihan menyusun saf • Menyusun sejadah • Menyamakan tumit kaki • Merapatkan bahuIVLtihkt


• Duduk semasa tahiyat akhir • Berpaling ketika salam • Perlakuan qunut • Tamakninah • Perlakuan sujud sahwi • Kedudukan imam dan makmum IV. Guru menerangkan perbezaan solat lelaki dengan solat perempuan V. Guru merekod pencapaian murid IV. Latihan mengangkat tangan semasa takbir V. Latihan kedudukan atau pergerakan antara solat lelaki dan solat perempuan VI. Bersalam- salaman selepas solat VII. Lembaran kerja


AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI HAFAZAN • Dilaksanakan 5 minit sebelum P&P • Dilaksanakan di dalam Kem Bestari Solat sebagai pengukuhan HAFAZAN SURAH TERPILIH : Tahun 1 : • Surah al-Fatihah • Surah an-Nas • Surah al-Falaq • Surah al-Ikhlas Tahun 2 : • Surah al-Kafirun • Surah al-Kauthar • Surah al-Ma’un I. Guru memperdengarkan bacaan surah-surah yang terpilih mengikut tahun. II. Guru meminta murid mengikut bacaan guru secara potongan ayat. III. Guru meminta murid untuk membaca ayat demi ayat secara beramai-ramai. IV. Latih tubi hafazan ayat demi ayat. V. Latih tubi hafazan satu surah. VI. Tasmik. VIIGurumerekodkanpencapaianI. Guru memperdengarkan bacaan surah terpilih secara audio II. Guru mempamerkan kad ayat dan potongan ayat III. Pertandingan hafazan surah secara spontan.


• Surah al-Quraisy Tahun 3 : • Surah al-Fil • Surah al-Humazah • Surah al-Asr • Surah al-Takathur VII. Guru merekodkan pencapaian murid • Guru menyediakan carta surah dan carta potongan ayat.


Seorang makmum lelaki Dua orang makmum lelaki atau lebih Imam lelaki dan seorang makmum perempuan Tiga orang perempuan atau lebih Dua orang perempuan Sekumpulan makmum lelaki dan perempuan Makmum lelaki, kanak-kanak lelaki, makmum perempuan dan kanak-kanak perempuan Makmum berada di sebelah kanan imam dan kedudukannya belakang sedikit dari imam. Semua makmum lelaki berada di belakang imam. Makmum perempuan berada di belakang sebelah kiri imam. Makmum berada di sebelah kanan imam dan imam berada sedikit hadapan daripada makmum Makmum perempuan berada di belakang makmum lelaki. Imam berada sejajar atau di hadapan sedikit dari makmum.


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua PANDUAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) TAHAP 2 1. PENDAHULUAN Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan KBS dan cara pelaksanaannya. 2. TAKRIF KBS adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khusus mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. 3. OBJEKTIF 3.1. TAHUN 4 3.1.1. Murid dapat mengetahui syarat wajib dan syarat sah solat. 3.1.2. Murid dapat melafazkan niat solat berjemaah. 3.1.3. Murid dapat melakukan cara solat berjemaah dengan sempurna. 3.1.4. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah. 3.1.5. Murid dapat membezakan antara makmum muafiq dan makmum masbuk. 3.1.6. Murid dapat melakukan perlakuan makmum muafik dan makmum masbuk. 3.2. TAHUN 5 3.2.1. Murid dapat mengetahui dan melakukan cara tayammum dengan sempurna. 3.2.2. Murid dapat melaungkan azan dan melafazkan iqamat dengan betul. 3.2.3. Murid dapat menjawab azan dan iqamat dengan betul. 3.2.4. Murid dapat membaca dan menghafaz doa selepas azan dan iqamat dengan betul. 3.2.5. Murid dapat mengetahui cara solat jumaat dengan sempurna. 3.3. TAHUN 6 3.3.1. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat jenazah dengan sempurna. 3.3.2. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Fitri dengan sempurna. 3.3.3. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Adha dengan sempurna. 4. KUMPULAN SASARAN Semua murid beragama Islam tahun 4 hingga tahun 6


Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua 5. PERATURAN PELAKSANAAN 5.1. TAHUN 4 5.1.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 4) 5.2. TAHUN 5 5.2.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 5) 5.3. TAHUN 6 5.3.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 6) 6. TAJUK-TAJUK PENGUKUHAN KBS DALAM WAKTU P&P PENDIDIKAN ISLAM 6.1. Elemen Bestari Solat dimasukkan dalam P&P Pendidikan Islam untuk mengukuhkan kefahaman dan amalan solat dalam kehidupan murid. Pihak BPI menyediakan garis panduan untuk guru dalam melaksanakan pengajaran solat dalam waktu Pendidikan Islam. 6.2. Cadangan: “Kempen 5 Minit KBS dalam P&P Pendidikan Islam”. Guru Pendidikan Islam memulakan P&P dengan bacaan dalam solat untuk menerap dan mengukuhkan bacaan dalam solat kepada murid-murid secara berterusan. 6.3. Agihan tajuk seperti berikut : 6.3.1. TAHUN 4 BIL PERKARA 1 Wuduk 2 Lafaz Niat Solat (Berjemaah) 3 Surah al-Fatihah dan Dua Surah Pilihan 4 Bacaan Doa Iftitah, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk Di antara Dua Sujud 5 Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir 6 Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi 7 Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat 8 Kedudukan Imam 9 Makmum Muafik dan Makmum Masbuk


Click to View FlipBook Version