The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lin Linda, 2020-04-16 04:30:13

NOTA PEMBUKAAN KOTA MEKAH

NOTA PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Mekah Kota Pembukaan

Mekah sebagai Dikenali
FATHU

jahiliah cengkaman dan amalan pengaruh daripada pembebasan

Rujuk Buku Teks: LATAR BELAKANG PEMBUKAAN KOTA
143
MEKAH

Pihak Musyrikin Quraisy di Mekah telah mengkhianati
Perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui mereka. Mereka
telah membantu sekutu mereka, iaitu Bani Bakar memerangi
kabilah “KHUZAAH” yang mengikat janji setia dengan pihak
muslimin.

Mengikut Perjanjian Hudaibiyah, pihak musyrikin
Quraisy dan pihak muslimin bebas membuat perjanjian dengn
mana-mana pihak dan berlakunya gencatan senjata selama 10
tahun

Apabila nabi Muhammad SAW mendapat berita ini,
baginda memerintahkan kaum muslimin agar membuat
persiapan untuk berangkat ke Mekah Bersama-sama dengan
nabi.

Baginda merahsiakan tujuan dan pergerakan mereka
daripada pihak musyrikin Quraisy. Nabi melantik “KULSUM
BIN HUSAIN menjadi pengganti baginda di Madinah.

Rujuk Buku PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Teks: 144
Pada bulan Ramadhan tahun ke-8 hijrah, Nabi Muhammad
SAW Bersama-sama dengan kaum muslimin berangkat menuju
ke Mekah. Bilangan mereka adalah seramai 10 ribu orang.

Setibanya di “MARRU AL-ZAHRON”, baginda
memerintahkan kaum muslimin supaya membina khemah dan
menyalakan obor api sebanyak yang mungkin. Tindakan ini
menjadikan Musyrikin Quraisy berasa gerun kerana menyangka
bilangan mereka yang ramai.

Setibanya di “ZU TUWA, nabi Muhammad SAW telah
memerintahkan kaum muslimin supaya masuk ke Mekah melalui
jalan yang berbeza. Tujuannya untuk melemahkan kesatuan dan
kekuatan musyrikin Quraisy di Mekah.
Baginda juga mengingatkan mereka agar tidak memerangi
musyrikin Quraisy kecuali apabila diserang. Kaum muslimin yang
dipimpin oleh Khalid Bin Al-Walid telah diserang tetapi akhirnya
dapat masuk ke kota Mekah.

Rujuk Buku Teks: PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
145
Dari “ZU TUWA” baginda masuk ke kota Mekah dengan
menunggang unta dan menundukkan kepala tanda merendah diri
kepada Allah serta bersyukur atas nikmat kemenangan umat
Islam membuka Kota Mekah.

Baginda memberikan jaminan keselamatan kepada
penduduk Mekah yang masuk ke rumah masing-masing, ke
Masjidil Haram atau ke rumah Abu Sufian.

Jaminan keselamatan ini menyebabkan penduduk Mekah
memilih keamanan daripada berperang dengan kaum muslimin.

Rujuk Buku Teks:
145

PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Apabila tiba di Baitullah, baginda melakukan tawaf dan
memusnahkan 360 buah berhala yang ada di dalam dan di
sekeliling kaabah.
Selepas itu baginda berucap di khalayak ramai tentang
kebebasan dan kemaafan yang diberikan kepada musyrikin
Quraisy atas kesilapan yang lalu
Akhirnya, ramai dalam kalangan mereka bersetuju
berbai’ah kepada nabi Muhammad SAW serta berjanji taat setia
kepada Allah dan rasul.

Rujuk Buku Teks:
146

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA
PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Membuat perancangan dengan teliti sebelum melakukan sesuatu
dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.
Mencontohi akhlak baginda yang tawaduk dan sentiasa bersyukur.
Menjadi seorang yang pemaaf.

Mengamalkan sifat sabra dalam kehidupan.

Pembukaan kota Mekah berlaku dalam keadaan aman.


Click to View FlipBook Version