Tun Hussein Onn
(BAPA PERPADUAN)
“Negara berbilang kaum seperti negara kita memerlukan
pemimpin yang diterima oleh semua masyrakat dan meletekkan
kepentingan nasional dalam semua hal ” < tuN HusseiN onn >
Nama Peserta : SITI HAJAR BINTI HELMI
Kelas : 4 SAINS
Alamat E-mail : [email protected]
Nama Sekolah : SMK SERI ALAM 2
Alamat Sekolah : SMK Seri Alam 2, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.
PAGE 02
PENDAHULUAN
Saya telah memilih Tun Hussein Onn
sebagai Tokoh Pemimpin Johor. Banyak
perkara yang akan saya kupaskan tentang
beliau.
PAGE 03
BIODATA
Nama Penuh : Hussein bin Onn
Gelaran : Bapa Perpaduan
Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru
Status Anak : Anak sulung kepada Dato’ Onn Jaafar dan Datin Halimah
Tarikh Meninggal Dunia : 29 Mei 1990
Umur Sewaktu Meninggal Dunia : 68 tahun
Tempat Disemadikan : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
PAGE 04
PENDIDIKAN AWAL PAGE 05
Tun Hussein Onn telah menerima Pendidikan awal di SK Teluk Kurau (Primary
School Teluk Kurau) di Singapura dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah
di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) di Johor Bahru. Setelah tamat zaman
persekolahan, beliau menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun
1940. Selepas setahun, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, India dan
ditauliahkan di sana. Setelah itu, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke – 19 iaitu
Tentera India dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas tamat
peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di Pusat Perekrutan
dan Latihan Polis Malaya di Rawalpindi, Pakistan.
KERJAYA
Kerjaya beliau sebagai seorang bekas Ahli Politik
dan Perdana Menteri tidak asing lagi bagi diri kita
sebagai rakyat Malaysia. Beliau menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang ke – 3 dari tahun 1976
hingga 1981.
PAGE 06
SUMBANGAN
Sumbangan beliau terhadap negara ialah : -
Menekankan kepada rakyat tentang Rukun Tetangga
Angkatan Bersenjata Malaysia diperbesar dan dipermodenkan
Mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi
dan sosial sewaktu eknonomi negara terjejas
PAGE 07
MENEKANKAN KEPADA RAKYAT TENTANG
RUKUN TETANGGA
Tun Hussein Onn menekankan kepada rakyat tentang rukun tetangga seperti
melawat jiran, menghulurkan bantuan, mengenali jiran dan melakukan
aktiviti kemasyarakatan bersama – sama. Contohnya, melawat jiran ketika
sakit dan melakukan aktiviti gotong – royong bersama – sama. Secara tidak
langsung, hubungan antara masyarakat semakin erat sekali gus dapat
mengetahui perkara baharu tentang sesuatu kaum.
PAGE 08
ANGKATAN BERSENJATA MALAYSIA
DIPERBESAR DAN DIPERMODENKAN
Disebabkan Tun Hussein Onn merupakan seorang perwira, beliau mempunyai
pelbagai strategi untuk menguatkan hal ehwal keselamatan. Beliau telah
memperbesar dan mempermodenkan Angkatan Bersenjata Malaysia kerana
pada waktu itu, rantau Asia Tenggara digemparkan dengan kejatuhan Vietnam
Selatan ke tangan Komunis. Angkatan ini diperbesar untuk mengawal
pengganas Komunis yang berada di hutan dan bandar – bandar sewaktu tempoh
darurat.
PAGE 09
MEMBANTU MALAYSIA BERKEMBANG DARI SEGI
EKONOMI DAN SOSIAL
Tun Hussein Onn meneruskan Dasar Ekonomi Baru yang telah digariskan oleh
Allahyarham Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.
Dasar – dasar yang diketegahkan oleh beliau tidak pernah lari dari Dasar
Ekonomi Baru tersebut. Walaupun ekonomi negara terjejas pada waktu itu
disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau masih lagi berjaya
mengawal dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.
PAGE 10
NILAI KEPIMPINAN
Setelah saya menelusuri kepimpinan Tun Hussein Onn, banyak nilai – nilai positif
yang dapat saya perolehi daripada kepimpinan beliau. Antaranya ialah sentiasa jujur
dalam setiap perkara yang dilakukan. Selain itu, berhati – hati dalam membuat
keputusan. Akhir sekali, sentiasa berdisiplin dalam setiap perkara yang dilakukan.
PAGE 11
NILAI KEJUJURAN
Sebagai seorang pengawas sekolah, saya perlu sentiasa jujur dalam
setiap perkara yang saya lakukan supaya guru – guru mudah
mempercayai saya untuk menggalas tanggungjawab yang
diamanahkan dan janganlah kita menjadi seperti harapkan pegar,
pegar makan padi.
PAGE 12
NILAI BERHATI – HATI DALAM
MEMBUAT KEPUTUSAN
Saya perlu berhati – hati dalam membuat keputusan
supaya keputusan yang dibuat dapat memuaskan semua
pihak. Contohnya, apabila rakan – rakan saya
melakukan kesalahan, saya perlu berfikir secara rasional
terhadap perkara yang akan saya lakukan.
PAGE 13
NILAI BERDISIPLIN
Akhir sekali, saya perlu sentiasa berdisplin dalam setiap
perkara supaya orang ramai dapat menjadikan kita sebagai
contoh dan tauladan yang baik.
PAGE 14
KESIMPULAN
Kesimpulannya, banyak iktibar yang boleh kita perolehi daripada perjuangan
tokoh – tokoh kita yang sanggup memerah keringat demi memajukan sesebuah
negara. Oleh itu, kita haruslah bersyukur dan memperingati jasa – jasa tokoh
tanah air kita dan menamkan sifat semangat patriotik agar negara sentiasa
aman dan harmoni.
PAGE 15
SUMBER RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-
bin-dato-onn.html
https://www.researchgate.net/publication/344181058_RASIONAL_P
ENUBUHAN_RUKUN_TETANGGA_RT_DI_MALAYSIA_DARIPADA_PERS
PEKTIF_ISLAM
http://smile4alot.blogspot.com/2012/09/bapa-perpaduan.html
PAGE 16
SeKIAN,
TERIMA KASIH