EDUP 3143 Di sekolah & pendidikann Kepelbagaian Sosiobudaya Amirul Faizin
Isi kandungan 1.Pengenalan...................m/s 3-5 2.Faktor.............................m/s 6-15 3.Implikasi........................m/s 16-24 4.Penutup.........................m/s 25-26 5.Rujukan.........................m/s 27
1.0 Pengenalan Menurut Norshahera (2022), budaya mencakupi aspek yang luas dalamkehidupan masyarakat. Budaya memperlihatkankeperluan masyarakat untuk mengatur hidupnya dari aspek pemikiran dan tingkah lakunya. Setiap amalan yang dilakukan oleh sesuatu kelompok masyarakat merupakan budaya hidupnya. Budaya merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti bahasa atau dialek percakapan harian, kepercayaan dan pantang larang, kepercayaan tahyul dan karut seperti hantu, perkahwinan dan mana, kepercayaan alam ghaib, adat istiadat kelahiran, peralihan fasa umur, perkahwinan dan kematian, sistempolitik setempat, kesenian, kesusasteraan, adat istiadat raja atau pemerintah serta nilai etika masyarakat.
Sosiobudaya merupakan aspek gaya hidup yang menjadi amalan dan pegangandalamsesebuah kelompok masyarakat. Sosiobudaya didefinisikann sebagai amalan gaya hidupdanperadaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Berdasarkan takrifan ini, dapat dikatakan bahawasosiobudaya meliputi aspek amalan yang mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Peganganterhadap sosiobudaya yang diwarisi menggalakkan perkembangan sosial dalamkalanganmasyarakat. Sosiobudaya yang dipersembahkan kepada khalayak membentuk sebuahidentiti kelompok masyarakat yang mengamalkannya (Mohd Yuszaidy, 2022).
Maka guru-guru perlu mengenal dan memahami kewujudan pelbagai budaya dalam masyarakatdi Malaysia, agar dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya melahirkan wrganegara yang bersatu-padu dan harmoni.
2.0 Faktor yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah dan pendidikan Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah dan pendidikan. Saya akan huraikannya satu-persatu: 2.1 Bangsa Faktor bangsa juga mempunyai kesan yang besar terhadap kepelbagaian sosiobudaya di sekolah dan pendidikan. Berikut ialah beberapa sebab mengapa faktor bangsa mempengaruhinya:
2.1.1 Pemahaman dan Toleransi: Keberagaman etnis di sekolah dapat meningkatkan pemahaman dan toleransi terhadap budaya dan tradisi yang berbeza. Murid belajar untuk menghargai perbezaan dan mengembangkan keterampilan dalam berkomunikasi dan bekerja sama dengan individu-individu dari latar belakang yang berbeza. 2.1.2 Kurikulum dan Pengajaran: Kurikulum yang merangkumi aspek budaya dan sejarah pelbagai etnik boleh membantu mengenali dan mengukuhkan kepelbagaian etnik di sekolah. Pengajaran yang sensitif kepada kepelbagaian etnik juga penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif.
2.2 Pendidikan Peranan pendidikan terhadap kepelbagaian budaya menjadi komitmen global apabila ia dicadangkan oleh UNESCO pada 1994 di Jenewa (dalam Mahbub, 2017). UNESCO memberipenekanan kepada kesedaran akan kepelbagaian budaya yang boleh diterapkan melaluipendidikan. Kesedaran ini dicadangkan melalui penyataan “learning to live together in peaceand harmony”. Bahkan, dalam deklarasi Johannesburg 2007 dalam UNESCOjuga menjelaskan bahawa, bagi memupuk keharmonian dan kehidupan yang lebih lestari, sistem pendidikan haruslah mengambil kira kepelbagaian yang wujud (Nurhijrah, 2017).
Di Malaysia, pendidikan dilihat sebagai aset utama dalam membentuk hubungan antara etnikdalam kalangan pelajar yang dimulai di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkatpengajian tinggi. Keadaan ini dapat dilihat melalui pembentukan persahabatan dalam kalangan pelajar, interaksisosial, pengurusan bilik darjah dan hubungan antara guru-murid. Bahkan, keberkesanan kurikulum dan kokurikulum juga semakin diberi perhatian yang serius dalam memupukhubungan murid merentasi etnik dalam persekitaran sekolah (Suresh, 2017)
Latihan guru yang mendalam tentang keterangkuman dan kepelbagaian budaya membantu mereka mengembangkan kemahiran untuk mengurus kepelbagaian sosiobudaya dalam bilik darjah mereka. Guru yang terlatih akan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan inklusif untuk semua pelajar.
2.3 Agama Faktor agama mempunyai kesan yang besar terhadap kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Wujudnya kepelbagaian agama yang terdiri daripada pelbagai kaum dankepercayaan. Kebanyakan pelajar telah mengenali agama dan kepercayaan kaum lain. Oleh itu, sikap saling menghormati dapat disemai dalam kalangan pelajar. Berikut adalah beberapa cara di mana faktor agama mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya dalam institusi pendidikan:
2.3.1 Komposisi Pelajar: Agama merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi komposisi pelajar di sekolah. Pelajar daripada pelbagai latar belakang agama membawa bersama nilai, tradisi dan amalan agama yang berbeza, mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya dalam persekitaran sekolah.
2.3.2 Tingkah Laku dan Etika: Agama memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku dan etika pelajar di sekolah. Nilai moral dan etika yang diperoleh daripada agama mungkin mempengaruhi cara pelajar berinteraksi antara satu sama lain, serta cara mereka bertindak balas terhadap perbezaan dan konflik di sekolah.
2.3.2 Kurikulum Agama: Sekolah yang mengintegrasikan pengajian agama ke dalam kurikulum mereka boleh mempunyai kepelbagaian sosiobudaya yang lebih besar. Kurikulum agama yang inklusif dan mendalam membantu mengukuhkan pemahaman pelajar tentang kepelbagaian agama dan nilai yang dipegang oleh pelbagai masyarakat agama.
2.4 Jantina Seterusnya, perbezaan jantina juga mewujudkan sosiobudaya di kalangan murid-murid. Hal ini disebabkan oleh, cara percakapan dan pemilihan topik antara murid lelaki dan perempuan berbeza. Contohnya, murid perempuan lebih sopan dan berhati-hati ketika berkomunikasi, berbeza dengan murid lelaki yang lebih memilih untuk berkomunikasi menggunakan perkataan dan bahasa yang kasar. Tambahan pula, cara layanan sesetengah guru juga boleh menyumbang berlakunya kepelbagaian sosiobudaya. Contohnya, guru perempuan lebih cenderung untuk berkomunikasi dengan murid lelaki sehingga mengabaikan murid perempuan (Mansor, 2016).
3.0 Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pendidikan Pendidikan adalah asas kepada pembentukan individu dan masyarakat yang inklusif dan bertolak ansur dengan kepelbagaian sosiobudaya. Kepelbagaian sosiobudaya dalam persekitaran pendidikan mempunyai implikasi yang signifikan terhadap proses pembelajaran, interaksi sosial, dan pembentukan identiti individu. Dalam konteks ini, pemahaman mendalam tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pendidikan adalah penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan merangsang untuk semua pelajar.
Dengan memahami cara kepelbagaian sosiobudaya mempengaruhi pendidikan, institusi pendidikan boleh mengambil langkah untuk menggalakkan keadilan, menghormati perbezaan dan pertumbuhan yang mampan untuk semua pelajar. Oleh itu, dalam kertas kerja ini, kami akan menganalisis implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pendidikan dengan harapan dapat memberikan pandangan yang mendalam kepada pihak berkepentingan pendidikan dalam mereka bentuk dasar dan amalan yang menyokong kepelbagaian ini.
3.1 Kemahiran berbahasa Dengan ini, implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid hanyamenguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca danpenerangan guru. Kesannya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Disamping itu, dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi kelbagain sosiobudaya.
Pelajar yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan bahasaInggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsistelah terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot cepat dan tangkasdalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dandiasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaanya (Ismail, 2011).
3.2 Etnik Antara implikasi lain yang dihadapi oleh murid disebabkan kepelbagaian sosial juga termasuklah kaum etnik. Pelajar yang itngaal dan belajar dalam lingkungansatu etnik yang selalunya mengamalkan budaya, cara fikir dan pandangan duniayang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Justeru,pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya dipelajari melalui bacaan bukanamalan. Kemungkinan proses penyesuaian diri dengan kaum atau etnik lainakan mnejadi sesuatu yang sukar. Pelajar yang belajar di sekolah persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza samaada secara sedar ataupun sebaliknya.
Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar bahasa etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan secara tidak formal (Noriati, 2015).
3.3 Penempatan Implikasi lain yang dihadapi oleh murid terhadap kepelbagaian sosiobudaya adalah petempatan. Pelajar bandar dan pinggir bandar lebih terdedah kepadakepelbagaian budaya etnik yang berbeza. Terdapat budaya yang pelbagaiberdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk kelas sosial berbeza.Lantaran itu, dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar akan wujudkepelbagaian budaya kesan persekitaran. Terdapat pelajarpelajar yangtergolong dalam kelompok miskin bandar, kelas sederhana yang rata-rata anakpegawai kerajaan dan swasta, juga mereka yang kaya
Budaya pelajar daripadaaspek tumpuan perhatian kepada pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkahlaku dan pandangan terhadap tugas dan bertanggungjawab akan jelas berbezabengantung pasa aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan, pandangan terhadappendidikan dan sebagianya. Pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman selalunya mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan duniayang serupa dan sebagainya. Justeru, tindakan, pandangan funia, aspirasi danpandangan terhadap pendidikan yang ditunjukkan berkemungkinan kurangmencabar sebagaimana mereka di bandar besar. Rata-rata pelajar di luar bandarkurang mendatangkan masalah kepada sekolah dari segi tingkah laku (Ismail, 2010).
3.4 Layanan guru kepada murid Selain itu, implikasi kepelbagain sosiobodaya kepada guru adalahpenerunaab dan layanan adil terhadap setiap murid. Guru haruslah mengenalilatar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,kepercayaan dan afama akan membolehkan guru memberikan layanan yanglebih adil kepada individu pelajar mengikut keperluan individu. Guru tidakseharusnya menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar untukmengesahkan generalisasi dan pelabelan yang telah dibuat. Apabila gurumemahami situasi pelajar, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuaidan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar daripada kelompok ini, olehhal yang demikian, diskriminasi dan kesan “self fulfilling prophercy” dapat dielakkan (Noriati, 2015).
4.0 Penutup Natijahnya, kepelbagaian antara budaya itu penting dalam mewujudkan warnawarnidalam kehidupan bermasyarakat. Namun, sekiranya kepelbagaian itu mewujudkan perbezaan yang ketara danperbezaan itu tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, maka akan menimbulkan kontroversi atau konflik sosial (Mansor et al., 2016). Justeru itu, kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam sesebuah masyarakat dan negara seharusnya diberikan perhatian dan seterusnya memberi pendedahan awal khususnya kepada masyarakat muda pada hari ini melalui pendidikan.
Maka, sekolah merupakan platform terbaik untuk mendidik mereka, kerana pelajar yang berusia antara 7 hingga 17 tahun banyak menghabiskan masa mereka disekolah (Nurhijrah et al., 2017). Oleh yang demikian, institusi pendidikan yang ada pada hari ini perlu menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada dengan memainkan peranan penting agar usahauntuk mewujudkan keharmonian sekaligus perpaduan dalam masyarakat dapatdicapai (Ezhar, 2016).