“ WE DID IT FOR THE COMPANY ” REIN H A R D S IEK A CZEK M P U 1 0 6 2 K I A R
1.0 PENGENALAN KUMPULAN 2.0 LATAR BELAKANG KES INTEGRITI @ RASUAH YANG DIPILIH 3.0 ISU-ISU UTAMA DARIPADA KESALAHAN INTEGRITI @ RASUAH 4.0 AKIBAT DARIPADA KESALAHAN INTEGRITI @ RASUAH 5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYELESAIKAN KES TERSEBUT 6.0 PENGARUH KEPADA INDIVIDU, ORGANISASI & MASYARAKAT 7.0 LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK MENGATASI MASALAH 8.0 REFLEKSI 9.0 RUJUKAN Isi Kandungan SKANDAL RASUAH SIEMENS MPU1062 GROUP 10 KIAR
KUMPULAN 10
Ahli Kumpulan:
SIEMENS ENTANG Siemens ialah syarikat multinasional yang berakar umbi dalam sektor tenaga, penjagaan kesihatan, perindustrian dan infrastruktur yang diasaskan pada tahun 1847. Dengan dedikasinya kepada automasi, teknologi pintar dan amalan mampan, syarikat ini merupakan perintis global dalam inovasi teknikal, mempercepatkan transformasi digital berupaya merentas beberapa industri. “INGENUITY FOR LIFE” T Kedudukan Siemens sebagai kuasa utama dalam mempengaruhi hala tuju kejayaan industri dan teknikal diperkukuh oleh keluasan penawaran produk dan penyelesaiannya serta kehadiran globalnya.
Baru-baru ini kes rasuah yang melibatkan individu dan organisasi kerap berlaku di seluruh dunia. Antara syarikat yang terlibat dalam kes rasuah ialah Siemens AG yang merupakan syarikat kejuruteraan elektronik terbesar di Eropah. Di Argentina, syarikat Siemens dikatakan telah membayar sejumlah US$16juta kepada Presiden negara terbabit dan lebih daripada US$100juta kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak bernilai US$1bilion bagi menghasilkan kad pengenalan tersebut. Syarikat tersebut juga telah mengaku bersalah apabila melanggar peraturan 1977 yang mengharamkan amalan rasuah dalam perjanjian perdagangan antarabangsa. Pada bulan Disember 2008, Siemens bersetuju untuk membayar penalti sebanyak USD1.34bilion di Amerika Syarikat dan Jerman. Menurut dakwaan yang dikenakan ke atas Siemens, syarikat tersebut telah membayar rasuah dan sogokan kepada pegawai antarabangsa untuk mendapatkan kontrak kerajaan seperti projek kad pengenalan kebangsaan Venezuela, rangkaian telefon luas di Bangladesh dan juga program makanan Iraq oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. LATAR BELAKANG KES Pada tahun 2008, Siemens AG telah terlibat dalam skandal rasuah besarbesaran dan berhadapan dakwaan rasuah serta penyelewengan di 20 buah negara. Siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mendapati syarikat tersebut telah membuat bayaran sebagai rasuah kepada pihak tertentu untuk memenangi bidaan kontrak bagi projekprojek besar.
3 0.
ISU-ISU UTAMA Siemens AG telah menjana keuntungan yang besar melalui kes-kes rasuah ini. Tetapi perbuatan rasuah Siemens AG bukan hanya sekadar ini, Siemens AG membuat sekurang-kurangnya 4283 kali bayaran iaitu sebanyak $1.4 bilion kepada pelbagai kerajaan di seluruh dunia untuk membolehkan Siemens AG terus menjalankan perniagaan mereka di peringkat global. Siemens AG merupakan syarikat yang sangat terkenal atas betapa seriusnya isu rasuah yang berlaku sama ada dalam syarikat ataupun pihak luar yang berhubung dengan Siemens AG. Antaranya, Siemens AG memberi rasuah untuk memperoleh perniagaan bagi mengembangkan rangkaian talian telefon di negara Bangladesh dan juga perniagaan menghasilkan kad pengenalan negara Argentina. Selain itu, Siemens AG memberi rasuah kepada kerajaan negara Iraq untuk membeli stesen menjana kuasa mereka. GROUP 10 SIEMENS INTEGRITY AND ANTICORRUPTION Tambahan pula, Siemens AG membayar lagi 1185 kali bayaran asing kepada pihak ketiga yang dianggar berjumlah $391 juta untuk tujuan seperti penyelewengan. Siemens AG didapati mengangkut wang rasuah merentasi sempadan negara dengan menyimpan wang di dalam bagasi dan ada pengantara di negara lain untuk memudahkan proses menyampaikan wang rasuah dan juga menghapuskan sebarang rekod transaksi dan pengangkutan wang tersebut. Siasatan dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa America melaporkan bahawa dalam syarikat Siemens AG, perbuatan rasuah adalah perbuatan yang sering berlaku dan sudah dianggap sebagai budaya mereka. Setiap perkerja mahupun jawatan tinggi atau rendah turut terlibat dalam aktiviti rasuah, malah perbuatan rasuah adalah digalakkan dalam pihak peringkat tertinggi Siemens AG iaitu di antara pengurus dan pengarah syarikat.
SKANDAL RASUAH SIEMENS
Individu yang terlibat dalam kes rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat dan secara tidak langsung mencalar maruah diri serta keluarga. Hal ini terjadi disebabkan aib si pelaku telah disebarkan kepada orang awam. Si pelaku rasuah akan merasakan tekanan dalam kehidupannya dan lebih terdorong mengalami masalah kesihatan mental akibat daripada stres yang melamoau. Hal ini kerana individu yang terlibat dalam rasuah akan hilang kawalan diri dan boleh melakukan apa sahaja di luar kawalan. Orang ramai akan merasa hilang kerpercayaan terhadap individu yang terlibat dalam kes rasuah dan ini akan menyebabkan individu tersebut sukar bagi mendapatkan kepercayaan dari orang ramai akibat selalu terjebak dalam aktiviti rasuah yang dipandang hina oleh masyarakat. INTEGRITY AND ANTICORRUPTION SKANDAL RASUAH SIEMENS AKIBAT RASUAH KEPADA INDIVIDU
A KIB A T R A S U A H KEP A D A HILANG KEPERCAYAAN 1 ORGANISASI 2 Organisasi yang mengamalkan budaya rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat dan organisasi lain di mana secara tidak langsung akan menyebabkan imej organisasi tersebut tercalar. IMEJ ORGANISASI TERCALAR Gejala rasuah telah merosakkan segala aktiviti projek pembangunan akibat kehilangan sumber pendapatan dan terjejasnya reputasi organisasi tersebut serta pihak-pihak yang terlibat. REPUTASI TERJEJAS 3 Organisasi tersebut akan mewujudkan rasa hilang kepercayaan dalam kalangan pelanggan kerana telah menipu dan melibatkan unsur rasuah dalam pengurusan organisasi. Hal ini kerana apabila organisasi tersebut terlibat dengan aktiviti rasuah, para pelanggan akan menjauhkan diri supaya tidak terjebak dalam aktiviti rasuah.
AKIBAT RASUAH KEPADA NEGARA EKONOMI Peningkatan jumlah individu atau organisasi dalam aktiviti rasuah akan meruntuhkan ekonomi negara. Hal ini kerana rasuah boleh menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan daripada negara luar yang ingin datang melabur tetapi telah hilang kepercayaan terhadap negara tersebut. POLITIK Aktiviti rasuah mendorong ketidakstabilan politik negara. Hal ini kerana pembangunan negara tergugat akibat daripada kegiatan rasuah yang telah memburukkan negara di mata dunia. IMEJ Negara akan dipandang remeh oleh negara lain akibat peningkatan kes rasuah yang berleluasa. Kes rasuah yang berlaku di negara akan menjadi bualan hangat setiap negara. Perkara ini boleh menjejaskan imej negara.
LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENYELESAIKAN KES TERSEBUT 5.0 Penyiasatan dalaman adalah langkah penting dalam menangani dakwaan rasuah dalam sesebuah syarikat. Syarikat biasanya akan mengadakan penyiasatan dalaman untuk mengumpulkan bukti-bukti yang relevan dan kukuh yang berkaitan dengan dakwaan rasuah tersebut yang melibatkan pemeriksaan rekod kewangan, komunikasi, dan transaksi perniagaan. Hal ini bagi memudahkan pihak syarikat membuat laporan kepada pihak yang lebih berkuasa. Dalam kes ini, penyiasatan dalaman ini amat penting kerana banyak pihak yang terlibat antaranya ialah pihak atasan yang mempunyai pangkat tinggi. SKANDAL RASUAH SIEMENS 1.PENYIASATAN DALAMAN
LANGK M A ENYELE H SAIKAN KES; LANGKAH- (002) MPU 1 062 KIAR 2. TINDAKAN DISIPLIN Tindakan disiplin merupakan langkah yang sering kali dilakukan apabila penyiasatan mendapati adanya keterlibatan pekerja dalam tindakan rasuah dan ini merupakan langkah yang serius. Antara tindakan disiplin yang dilakukan ialah pemecatan. Sebarang pemecatan mesti dilakukan secara sah dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh peraturan perusahaan dan undang-undang buruh. Selain itu, tindakan disiplin lain ialah gantung kerja, penangguhan gaji, pemindahan atau penurunan pangkat mungkin diambil bergantung kepada tahap kesalahan dan dasar disiplin syarikat. Dalam kes ini, syarikat mungkin akan diarah untuk tutup oleh pihak berkuasa kerana setiap pekerja di syarikat tersebut terlibat dengan rasuah tanpa mengira pangkat tinggi mahupun rendah. Hal ini telah menjadi budaya oleh mereka tentang perbuatan rasuah ini. 3. KERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA Syarikat perlu bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti badan penguatkuasa undang-undang dan agensi pemerintah. Kerjasama dengan pihak berkuasa adalah langkah penting dalam menangani isu rasuah ini. Syarikat perlu memberikan akses penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan yang dilaporkan. Hal ini, termasuk memberikan akses kepada dokumen, rekod perniagaan dan maklumat lain yang berkaitan. Dalam kes ini, syarikat juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa iaitu dari beberapa negara lain. Hal ini boleh melibatkan pematuhan dengan peraturan antarabangsa dan perjanjian kerjasama. Kerjasama dengan pihak berkuasa adalah penting untuk memastikan bahawa proses penyiasatan berjalan dengan adil dan sesuai dengan undang-undang. Hal ini juga dapat membangun kepercayaan dan menunjukkan komitmen syarikat untuk menangani isu rasuah ini dengan lebih serius.
IndividR k m i k n e e a d e b a s m i u d v a a i n i b d l h a y e u n a r t . i e k k d A l a a a a m n n h n a i i m m n l m a d e o n p i n r v a r a j i a k a d l s d t u y u e i a k r a i n h s e h u g a r m a d y n n a a e e a p n r g o k g d a s e t i d a r i s f i k i a b s k k n e i e a n n n p n c y d a a i a i d n n r t i t a g e . e s k l g a e a r h t n i i t a i o , p leh uPengambilan rasuah atau penyelewengan membawa impak negatif kerana amalan ini merosakkan moral dan etika dalam individu. Amalan rasuah ini sebenarnya meruntuhkan akhlak dan peribadi mulia seseorang insan yang telah menerima atau memberi suapan. Selain itu, individu yang melakukan jenayah rasuah dikenakan hukuman dan denda yang berat terhadapnya sekiranya melibatkan rasuah atau penyelewengan. Hukuman penjara juga dikenakan selama maksimum 20 tahun. Berikutan skandal rasuah Siemens AG, Siemens AG telah didakwa rasuah dan penyelewengan yang sangat serius dan kebanyakan individu telah dikenakan hukuman dan denda yang berat. Pendakwa raya Jerman menjatuhkan hukuman denda dan hukuman gantung sepanjang dua tahun kepada bekas eksekutif Siemens AG kerana peranannya dalam menubuhkan dana lumpur di Switzerland dan Austria yang digunakan untuk memenangi kontrak. Pada 27 Mac 2007, ahli lembaga eksekutif Siemens Johannes Feldmayer ditangkap atas tuduhan pecah amanah, dituduh membuat pembayaran haram kepada ketua persatuan pekerja sebagai sebahagian daripada siasatan Nuremberg. Akhirnya, beliau telah meninggalkan Syarikat Siemens dan beliau kehilangan pekerjaannya disebabkan oleh integriti yang telah tercalar.
Kesan pengaruh negatif terhadap sesebuah organisasi adalah sistem pemerintahan syarikat akan menjadi lemah dan akan menyebabkan imej sesebuah syarikat tercalar dan dipandang buruk oleh masyarakat. Hal ini kerana, rasuah ini telah menjejaskan perjalanan organisasi yang cekap apabila segala tanggungjawab dan undangundang diabaikan. Kemajuan sesebuah syarikat bergantung kepada kebijaksanaan individu yang berfikiran kritis dan berani dalam membangunkan syarikat. Kegiatan rasuah yang berlaku menyebabkan pentadbiran syarikat menjadi huru hara kerana terdapat individu dalam syarikat yang sewenangnya melakukan kerja melalui amalan rasuah. Maka terhapuslah kepercayaan pelanggan terhadap syarikat dan menjejaskan imej syarikat tersebut di mata dunia. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagai duri dalam daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi. S K A N D A L R A S U A H S I E M E N S O RG A N I - S A S I M P U 1 0 6 2 K I A R
Masyarakat.Rasuah juga telah memberi kesan pengaruh negatif terhadap masyarakat dan bakal memusnahkan kewibawaan sesebuah negara. Seandainya gejala ini tidak dibanteras, sudah tentu ia akan merebak dan menular ke seluruh negara. Salah satu kesan pengaruh masyarakat adalah ia dapat memburukkan lagi taraf kemiskinan dan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat biasa. Hal ini kerana, rakyat bawahan terutamanya golongan miskin akan sengsara kerana harga barangan keperluan yang melampaui kemampuan mereka untuk membelinya. Sebagai contoh, kos kehidupan harian akan meningkat seperti harga roti dan makanan lain hanya kerana rasuah yang telah menjadi sebahagian kos perniagaan terbabit berlaku. MPU1062 KIAR
7.0 LANGKAH PENCEGAHAN GRAPHIC DESIGNER SKANDAL RASUAH SIEMENS KIAR
Langkah yang afdal untuk pencegahan rasuah pada masa hadapan ialah ibu bapa perlulah memberikan pendidikan tentang amalan rasuah kepada anak-anak sejak mereka kecil. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk menyemai nilai murni terutamanya nilai kejujuran pada sanubari anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contohnya, ibu bapa haruslah menjadi entiti mithali dan menunjukkan teladan yang baik seperti bersikap jujur untuk menjauhi amalan rasuah. Kesannya, anak-anak akan mengikuti teladan yang baik daripada ibu bapa, bak kata pepatah “bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Hakikatnya, anak-anak akan dapat mengelakkan diri daripada jenayah rasuah pada masa hadapan. 1. Memberikan Pendidikan tentang Amalan Rasuah
lang kah pen cega han 2. Mengenakan Hukuman Berat SKANDAL RASUAH SIEMENS Langkah seterusnya untuk membendung amalan rasuah ialah pihak kerajaan perlulah mengenakan hukuman berat kepada golongan yang terlibat dalam kes rasuah. Hal ini demikian kerana pengenaan hukuman berat membolehkan masyarakat ataupun sesiapa sahaja menimbulkan perasaan gerun sebelum mereka ingin melakukan rasuah. Tamsilnya, pihak kerajaan harus mengenakan hukuman seperti denda sepuluh kali ganda jumlah wang yang diterima atau diberi, dan hukuman penjara selama 15 tahun dan ke atas. Oleh itu, orang ramai akan mengetahui bahawa “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”. Jelaslah bahawa pengenaan hukuman yang lebih berat dapat memberi perasaan ketakutan kepada golongan yang ingin melakukan rasuah. MPU 1062 KIAR 3. Peranan Media Massa dan Media Sosial Media massa dan media sosial memainkan peranan yang signifikan dalam mengurangkan kejadian rasuah dalam negara. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap lapisan masyarakat dapat diberikan kesedaran tentang keburukan dan implikasi negatif amalan rasuah. Mengambil contoh yang sedia ada, pihak kerajaan perlulah melancarkan kempen iklan atau ceramah yang efektif dengan menggunakan media massa atau media sosial secara holistik untuk menyebarkan maklumat berkaitan isu rasuah ke setiap lapisan masyarakat. Dengan ada kempen sebegitu, masyarakat akan didedahkan dengan sebab-sebab masyarakat perlu menjauhi rasuah dan mereka akan berfikir dua kali sebelum mereka ingin menerima atau memberi rasuah. Kempen-kempen tersebut perlu dilakukan secara berterusan bukan hangathangat tahi ayam sahaja demi tujuan membanteras amalan rasuah di negara Malaysia.
REFLEKSI Kumpulan Kami MPU 1062 KIAR
301079 Melalui tugasan kumpulan ini, saya telah memahami Skandal Rasuah Siemens dengan lebih mendalam dari latar belakang sehingga isu-isu utama skandal tersebut. Saya juga difahamkan bahawa isu rasuah ini bukan sahaja boleh berlaku pada individu sahaja malah juga organisasi dengan melibatkan amaun duit yang berbilion-bilion. Isu rasuah boleh dikatakan berlaku di seluruh dunia sama ada swasta ataupun kerajaan sejak dahulu. Rasuah sangat susah dibanteraskan kerana masyarakat mudah terjebak dengan rasuah, dan mereka juga mempuyai salah satu mindset iaitu “kalau saya tak ambil, orang lain akan ambil juga”. M P U 1 0 6 2 K I A R Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya. Semua ahli memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi bagi menyelesaikan setiap tugasan. Dengan ada mereka, setiap tugasan boleh diselesaikan dengan lancar dan baik. LIEWCHIA XUAN (K)Oleh itu, tujuan kita menyiapkan kajian kes ini bukan sahaja mengkaji Skandal Rasuah Siemens, tetapi juga dapat menghasilkan satu flipbook untuk menyebarkan maklumat tentang amalan rasuah kepada setiap lapisan masyarakat melalui Internet. Dengan ada bantuan Internet, orang ramai boleh mengetahui keburukan rasuah dan cara mencegah amalan rasuah pada masa depan melalui flipbook kita.
NICOLE CHAN ZHI YAN (298365) Saya amat bersyukur kerana memberikan peluang kepada saya untuk melaksankan tugasan Skandal Rausah Siemens. Dalam tugasan ini saya telah mendapatkan banyak ilmu dan pengetahuan tentang skandal rasuah Siemens yang berhadapan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan. Syarikat Siemens terlibat dalam rasuah dan penyelewengan dan akhirnya membayar penalti sebanyak USD1.34bilion. Tidak dinafikan, rasuah merujuk kepada tindakan yang melibatkan penyalahgunaan kuasa untuk mendapatkan mandaat peribadi dengan melanggar prinsip integriti dan moral. Faktor berlaku rasuah diberi perhatian kerana menghalang pembangunan ekonomi dan politik serta menjejaskan keadilan sosial. Dengan ini juga memberikan impak yang tinggi terhadap individu, organisasi dan negara. Oleh itu, sebagai masyarakat yang berintegriti tinggi, kita perlulah menjauhi perlakuan rasuah dan penyelewengan kerana ini dapat menjejaskan nilai intergriri dan kejujuran. Saya bersyukur dan kerana mempunyai peluang untuk menjayakan tugasan kumpulan ini bersama dengan ahli kumpulan yang berbakat dan di bawah bimbingan pensyarah yang bijaksana dan saya menujukan terima kasih kepada ahli kumpulan saya dan pensyarah kita. Melalui tugasan kumpulan ini saya mempelajari bahawa rasuah merupakan seasuatu jenayah yang semua individu perlu menolak dan memutuskan jenayah ini dalam masyarakat. Rasuah hanya akan membawa kesan negatif kepada masyarakat dan negara. Tugasan flipbook juga meningkatkan kesedaran saya terhadap syarikat-syarikat yang terlibat dalam kes rasuah yang serius dan saya menyedari bahawa sesebuah syarikat yang mengamalkan rasuah pasti akan menghadapi balasannya. LEE YONG HONG (298004)
ZUBRYNA ALFIRA ANAK ATO (301067) Pertama sekali, saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Farahiyah Binti Fadzil, yang mengajar subjek Integriti dan Anti-Rasuah (MPU1062) kerana telah memberi banyak panduan dalam menyelesaikan kajian kes ini. Selain itu, saya juga berasa bersyukur kerana diberi peluang dalam melaksanakan tugasan bersama rakan-rakan seperjuangan yang kreatif, berkaliber dan tidak putus-putus memberi sokong luar biasa sepanjang pelaksanaan aktiviti ini. Apa yang saya pelajari adalah rasuah sememangnya memudaratkan entiti seseorang individu ataupun masyarakat. Ia memberikan impak negatif yang besar bukan sahaja kepada diri individu dan organisasi yang tersebut malah juga masyarakat dan negara Malaysia kita. Pada pendapat saya, hal ini tidak boleh dipandang enteng, kerana selagi tidak ditanggung, kelak ia akan menjadi suatu bencana yang mengancam norma masyarakat negara kita yang aman dan damai. Sebaliknya, hal ini perlulah dibendung dengan secepat mungkin oleh masyarakat tanpa mengharapkan pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan isu ini misalnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan melaksanakan aktiviti yang bersesuai seperti kempen kesederan dan juga mengadakan kursus untuk menanam integriti yang kukuh dalam setiap generasi kini dan akan datang. Akhir kata, mencegah lebih baik daripada merawat. NUR MAISARAH LIYANA BINTI MD AMIN (301446) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya ingin memulakan refleksi saya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang berada dalam Kumpulan 10 kerana berusaha dan memberikan kerjasama dengan baik sepanjang melakukan tugasan flipbook ini mahupun tugasan video PSA yang ditugaskan pada hari itu. Selanjutnya, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada pensyarah kami iaitu Dr. Farahiyah Binti Fadzil kerana memberikan kami tunjuk ajar dengan mantap sepanjang kami melakukan tugasan-tugasan yang diberikan. Sebagai penyunting yang menyediakan dan mengumpulkan semua maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli kumpulan, ianya adalah salah satu cabaran kepada saya kerana ketandusan idea bagaimana untuk mempersembahkan flipbook kami dengan menarik. Walaupun begitu, dengan bantuan rakan-rakan saya yang lain, ianya dapat ditangani dengan mereka memberikan idea yang dan bantuan yang bagus. Dengan melakukan tugasan flipbook ini, bukan sahaja saya dapat menjadi lebih kreatif dalam menyunting, namun dapat juga mengetahui dengan lebih mendalam tentang kes Skandal Rasuah Siemens yang menjadi tajuk kes yang dipilih dan dikaji oleh kami. Kes ini dapat memberikan saya mengetahui tentang pandangan rasuah daripada pelbagai pihak. Sebagai contoh, syarikat Siemens ini melakukan rasuah kerana mereka mahu terus “hidup” dalam perniagaan mereka jadi mereka memandang rasuah sebagai satu jenayah yang ringan. Tetapi, rasuah bukanlah perkara yang mudah dan sepatutnya dipandang dengan lebih serius kerana ianya dapat memberikan impak yang lebih teruk bukan sahaja kepada individu, malah kepada masyarakat, organisasi tersebut serta negara.
WONG HAO CHEN (297937) NURUL BALQIS BINTI MOHAMAD ISA (301412) Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia dan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan berkumpulan ini yang diamanahkan oleh pensyarah mengikut masa yang telah ditetapkan. Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr Farahiyah Binti Fadzil yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam melaksanakan tugasan ini. Saya berasa sangat gembira dapat membantu kumpulan saya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan ini. Setiap ahli di dalam kumpulan, masing-masing memberikan komitmen yang baik dan saling memberikan kerjasama. Tugasan berkumpulan ini telah memberikan banyak pengajaran dan ilmu baharu berkaitan integriti dan rasuah. Terdapat banyak benda yang telah saya pelajari terutamanya berkaitan rasuah yang berlaku dalam negara mahupun luar negara. Pendedahan berkaitan integriti dan rasuah ini telah menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya kesedaran diri untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam perkara yang boleh memberikan kesan buruk pada masa akan datang. Contohnya, terjebak dalam gejala rasuah. Perkara seperti ini perlulah kita elakkan agar hidup lebih terjamin dan maruah diri terbela. Tugasan flipbook ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat pembaca dan secara langsung mereka dapat memperoleh pengajaran daripada bahan bacaan ini. Flipbook ini mengandungi banyak pengajaran kepada semua pembaca agar tidak mendorong diri dalam kegiatan rasuah. Misalnya, pembaca dapat mengambil iktibar daripada situasi Skandal Rasuah Siemens. Akhir kata dari saya, jauhilah rasuah sekiranya anda sayang diri anda. Menurut pandangan saya, saya memiliki pemahaman yang lebih baik tentang skandal rasuah Siemens setelah menyelesaikan kumpulan tugasan ini. Siemens AG merupakan syarikat kejuruteraan elektronik terbesar di Eropah. Selain itu, Siemens AG telah memberi rasuah untuk memperoleh perniagaan mengembangkan rangkaian talian telefon di negara Bangladesh dan juga perniagaan menghasilkan kad pengenalan negara Argentina. Bukan hanya sekadar ini, Siemens AG membuat sekurang-kurangnya 4283 kali bayaran iaitu sebanyak $1.4 bilion kepada pelbagai kerajaan di seluruh dunia untuk membolehkan Siemens AG terus menjalankan perniagaan mereka di peringkat global. Dengan ini, saya telah mengetahui bahawa amalan rasuah ini sebenarnya meruntuhkan akhlak dan peribadi mulia seseorang insan yang telah menerima atau memberi suapan. Tambahan pula akibat rasuah kepada seseorang individu adalah dipandang hina oleh masyarakat. Di samping itu, rasuah ini juga telah menjejaskan perjalanan organisasi yang cekap apabila segala tanggungjawab dan undang-undang diabaikan dan akibatnya negara akan dipandang remeh oleh negara jiran. Saya bersyukur kerana dapat mengetahui mempunyai peluang untuk memahami akibat rasuah dan isu – isu dalam Skandal Rasuah Siemens dengan lebih teliti. Dengan ini, saya lebih sedar akan kepentingan mengelakkan rasuah dalam diri saya.
NURUL ANIS SHAHIRA BINTI RASHIDI (301951) TAN PEI XIN (298179) Assalamualaikum. Alhamdulillah pada akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan berkumpulan yang telah ditetapkan ini. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya yang sama-sama menyiapkan tugasan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada pensyarah subjek ini iaitu Dr Farahiyah Binti Fadzil telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya telah membuat tugasan mengenai video rasuah iaitu “Mahasiswa : Agen Perubahan dan Pemutus Rantaian Rasuah” dan tugasan flipbook. Banyak perkara yang saya belajar melalui tugasan tersebut dalam subjek integriti. Dari tugasan flipbook, saya dapat mengetahui banyak syarikat dan individu yang mengamalkan aktiviti rasuah. Flipbook juga bagus dan mudah untuk membaca dengan adanya visual dan design yang berwarna-warni. Pembaca juga boleh mengambil iktibar dari kisah rasuah yang dibicarakan. Selain itu, tugasan video juga banyak memberi pengajaran kepada kami sekumpulan. Sebagai mahasiswa yang berintegriti, kita perlu jujur dan amanah dalam melakukan sesuatu perkara supaya menjadi pelajar yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Video PSA juga banyak mengajar erti kerjasama antara ahli kumpulan dan perlu memberi komitmen yang baik. Saya juga bersyukur kerana semua ahli kumpulan saya dapat bersama-sama membuat kerja dengan bagus. Melalui tugasan ini, saya telah mengumpul maklumat dari media sosial dan mendapat ilmu pengetahuan dari Skandal Rasuah Siemens. Dalam proses pengumpulan maklumat, saya mengenali latar belakang yang telah berlaku di kes ini. Akibat dan impak yang berlaku dalam kes Skandal Rasuah Siemens telah memberi kesedaran dan sentiasa memberi amaran kepada saya supaya sentiasa mengekalkan jati diri agar tidak melibatkan diri dalam kes jenayah demi keuntungan. Dalam tahun-tahun kebelakangan, saya perasan kes rasuah telah meningkat dan hendak diberi perhatian daripada masyarakat. Hal ini, memberi atau menerima rasuah akan membawa akibat yang teruk serta menjejaskan imej negara. Semua pihak haruslah mengambil kerjasama untuk membanteras rasuah supaya tragedi tidak akan berlaku. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang memberi pengetahuan kepada saya dan ahli kumpulan yang memberi bantuan sepanjang masa ini.
ALHAMDULLILAH, BERSYUKURNYA SAYA KE HADRAT ILAHI DENGAN LIMPAHAN DAN KURNIA SERTA IZIN-NYA DAPAT SAYA MENYIAPAKNA TUGASAN FLIPBOOK BERKUMPULAN YANG DIBERIKAN INI DENGAN JAYANYA DAN SEMPURNA DALAM JANGKA MASA YANG TELAH DITETAPKAN. PERTAMA KALI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENSYARAH SAYA, DR FARAHIYAH BINTI FADZIL YANG BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR, BIMBINGAN, NASIHAT SERTA SEMANGAT DALAM MELAKSANAKAN TUGASAN INI. SELAIN ITU, TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA KEPADA IBU BAPA SAYA KERANA BANYAK MEMBERI SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA SAYA SEPANJANG TUGASAN INI DISIAPKAN. TIDAK DILUPAKAN JUGA KEPADA RAKANRAKAN SEPERJUANGAN YANG BERSAMA-SAMA BERHEMPAS PULAS DALAM MENYEMPURNAKAN TUGASAN FLIPBOOK INI. SETIAP AHLI DI DALAM KUMPULAN SALING MEMBANTU DAN MEMBERI KERJASAMA SERTA KOMITMEN YANG TINGGI DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI. DALAM MENGHASILKAN TUGASAN INI, SAYA DAPAT BANYAK ILMU SERTA PENGETAHUAN TENTANG RASUAH DAN PENTINGNYA MENJADI SEORANG YANG BERINTEGRITI. DARI TUGASAN INI, SAYA DAPAT MENGETAHUI ISU RASUAH SANGAT BERLELUASA BUKAN SAHAJA PADA INDIVIDU MALAH PADA ORGANISASI JUGA. ISU RASUAH INI MEMBERI IMPAK YANG MENDALAM KE ATAS SISTEM POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DALAM SESUATU MASYARAKAT. IANYA DAPAT MERUNTUHKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT KEPADA INSTITUSI-INSTITUSI, KERAJAAN DAN SYARIKAT. KEPERCAYAAN YANG ROSAK BOLEH MENGAKIBATKAN KETIDAKSTABILAN DALAM MASYARAKAT. OLEH ITU, KITA PERLULAH MENJADI SEORANG YANG BERINTEGRITI TINGGI DAN AMANAH DALAM MELAKUKAN APA JUA KERJA. KITA JUGA PERLULAH MENJAUHI DIRI DARI RASUAH KERANA RASUAH INI AMAT BERBAHAYA. TUJUAN KAMI MENYIAPKAN TUGASAN FLIPBOOK INI ADALAH UNTUK MEMBERI MAKLUMAT SERTA PENDEDAHAN TENTANG BAHAYANYA RASUAH. HAL INI DAPAT MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG RAMAI TENTANG KEBURUKAN RASUAH DALAM KEHIDUPAN. FLIPBOOK INI JUGA MEMBERI BANYAK ILMU TENTANG RASUAH DAN PENGAJARAN SERTA LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH MASYARAKAT. KAMI BERHARAP FLIPBOOK INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU ORANG RAMAI DALAM MEMBANTERAS ISU RASUAH DAN JUGA MEMBERI KESEDARAN KEPADA SEMUA MASYARAKAT. NUR SYAZANA BINTI OSMAN (301793)
Rujukan: Fozi, K. S. K. (2022, September 21). 7 kesan rasuah kepada negara. Relevan. https://relevan.com.my/2022/09/21/7-kesan-rasuah-kepada-negara/ Mohamad Tarmize Abdul Manaf. (2019, February 21). Kesalahan rasuah oleh organisasi komersial. Astro Awani. https://www.astroawani.com/beritamalaysia/kesalahan-rasuah-oleh-organisasi-komersial-199177 Ng, A. (2020, February 14). Kes Rasuah Berprofil Tinggi Yang Telah Menggoncang Dunia Korporat. Toodia. https://toodia.my/2020/02/14/kes-rasuahberprofil-tinggi-yang-telah-menggoncang-dunia-korporat/ Noor Mohamad Shakil Hameed. (2022, July 15). Rasuah Merompak Ekonomi Negara. SPRM. https://www.sprm.gov.my/index.php? id=21&page_id=103&contentid=2518&cat=BKH Press release: SEC charges Siemens AG for engaging in worldwide bribery; 2008-294; Dec. 15, 2008. (2008, December 15). US Securities and Exchange Commission. https://www.sec.gov/news/press/2008/2008-294.htm Rasuah musnahkan negara, bangsa. (2014, October 3). BH Online. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/10/9279/rasuah-musnahkannegara-bangsa Rencana, M. (2023, July 17). Rasuah, salah guna kuasa di JPN bahayakan negara. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/07/rasuah-salah-guna-kuasa-dijpn-bahayakan-negara/ Selvarajo, B. a/L. (2020, November 15). Suara Pelajar. . . Bersama kita hapuskan rasuah. SPRM. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/bersama-kita-hapuskanrasuah-jurnal-my-15112020.pdf ***MPU1062 KIAR***
AMALAN 3J Jangan Hulur Jangan Kawtim Jangan Settle KATAKAN T E R I M A K A S I H M P U 1 0 6 2 K I A R KEPADA RASUAH