The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dygku nurfatin, 2020-09-23 18:53:01

DOKUMENTASI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

DOKUMENTASI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
DOKUMENTASI

TARIKH: 22.9.2019
TEMPAT: KEM SUMIRAN BATU KAWA, KUCHING

ANJURAN:
UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

DOKUMENTASI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pendahuluan

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu
diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Ladang Mount Austin di mana telah berlangsungnya aktiviti
perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan
lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 3 unit uniform iaitu
Persatuan Pengakap, Tunas puteri dan Kadet Remaja Sekolah bersama guru
penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di
_________________________.

Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat,
disiplin serta jati diri yang kental di kalangan murid. Selain daripada itu ia
juga dapat mewujudkan murid yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya
kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan murid ke arah
kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat
setia kawan , kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang murid yang
berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan
murid. Semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang
disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul
mengikut unit masing-masing di padang sekolah.

Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta
pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini.

Tarikh / Hari kejohanan

Perkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:

Hari :

Tarikh :

Bilangan Penyertaan

Pasukan unit beruniform yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan

ini ialah:

1 .Pasukan Pengakap - 16 orang

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang dua hari perkhemahan
tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah balutan dan pertolongan
cemas, , aktiviti keagamaan, dan Pertandingan Kawad Kaki dan
Pertandingan mendirikan khemah.

Prosedur dan jadual kerja

Bagi menjayakan program perkhemahan ini, beberapa kali mesyuarat

telah diadakan untuk mengemaskini segala aktiviti yang dirancangkan.

Semua guru telah diagihkan dengan tugasan masing-masing

berserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan. Untuk tidak

membebankan guru dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah

disusun atur dengan rapi supaya guru dapat hadir ke tapak

perkhemahan mengikut giliran dan masa yang ditetapkan, dan

diharapkan segala program atau aktiviti yang telah dirancang

berlangsung mengikut jadual dan dikendalikan dengan baik oleh guru yang

bertugas.

Aturcara dan aktiviti yang dilaksanakan

___________________________

Bermula jam 12.00 tengahari, para peserta telah mula mendaftarkan
diri. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul
mengikut unit uniform masing-masing di dataran Savannah Hill Resort.
Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta
pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini.
Kemudian murid mula bergerak ke tapak perkhemahan, dan aktiviti pertama
yang dilakukan ialah setiap unit ialah mendirikan khemah bersama dengan
guru unit masing-masing. Pada pukul 1.00 petang, semua murid berkumpul
untuk makanan tengahri.

Selepas itu aktiviti mendirikan khemah dan
persiapan tempat disambung semula sehingga jam 3.00 petang,
Selepas itu pula diadakan taklimat yang dikendalikan oleh ketua
komandan. Selepas itu murid kembali ke khemah dan
menyiapkan apa yang perlu . Pada pukul 1.00 petang murid telah mengambil
makanan tengah hari lalu bersiap diri untuk aktiviti “Jungle Tracking”.
Fasilitator bagi aktiviti ini telah dikendalikan oleh En.Aziz dengan laluan
yang selamat. Sebelum bergerak daripada tapak taklimat keselamatan
ringkas diberikan kepada para peserta.

Para murid telah mengikuti aktiviti itu selamat dengan kawalan para
guru dan fasilitator. Perjalanan kami telah mengambil masa selama 2 jam.
Setelah balik ke tapak perkhemahan murid-murid telah balik ke bilik untuk
mandi dan bersiap sedia untuk makanan malam. Selepas makanan malam
para murid telah dibawa ke dewan untuk aktiviti ‘Team Power’ .Pelbagai
aktiviti permainan telah diadakan untuk membina semangat kumpulan di
antara murid. Sebanyak 4 aktiviti dijalankan pada malam tersebut.
Antaranya adalah seperti berikut:-

a) Ballon Tower
b) Roller Coster
c) Cross Acid River
d) Jigsaw Puzzle

Segala aktiviti telah dijalankan seperti mana dirancang. Selepas
aktiviti tersebut para murid telah dibawa ke dewan makan untuk makanan
ringan. Kemudian para murid telah dibawa ke bilik ‘Dom’ untuk tidur.

Jumaat ( 23.09.2016 )

Murid dikejutkan pada pukul 5.00 pagi untuk senaman pagi.
Ketua bagi setiap kumpulan diminta melaporkan bilangan ahli
kepada kem komandan. Pada jam 8.30 pagi. Kemudian murid
menikmati sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, murid bersiap
sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti merempuh halangan.
Aktiviti tersebut diadakan pada pukul 8.30 pagi dan berlangsung
lebih kurang 2 jam. Aktiviti merempuh halangan ini dikendalikan
oleh fasilitator yang sama.

Selepas merempuh halangan berjalan dengan selipar
gergasi selesai murid berehat seketika. Lebih kurang pukul 11.00
pagi, berlangsung pula aktiviti yang kedua iaitu
aktiviti merempuh halangan secara individu di tapak yang
disediakan. Komitmen yang diberikan oleh para peserta sangat
baik. Aktiviti ini berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Selepas itu murid bersiap sedia untuk di bawa ke Dewan
tertutup untuk acara kemuncak iaitu majlis penutup
perkhemahan badan beruniform.

Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para
pemenang mengikut kedudukan. Kumpulan pemenang dinilai
dengan aktiviti-aktiviti yang dibuat sepanjang waktu
perkhemahan. Majlis diakhiri dengan sesi penggambaran.
Kemudian makan tengahari bermula pada pukul 1.30 petang.
Aktiviti berakhir lebih kurang pada pukul 2.00 petang.

Selepas itu murid terus ke bilik dom masing- masing dan
bersiap kemas. Selepas membersihkan kawasan perkhemahan
dan mengemas segala alatan. Majlis bersurai pada pukul 1.30
tengahari.

Dapatan:

1. Kekuatan

Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang
realiti kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap
peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang
perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat
memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang
berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih
bersedia menghadapi cabaran pada masa depan.

Program kerohanian yang dijalankan dapat membentuk
disiplin dan akhlak peserta melalui tazkirah-tazkirah yang
disampaikan. Aktiviti-aktiviti fizikal yang diadakan dapat
memberi jati diri yang kuat kepada para peserta di samping
dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan yang tinggi
antara satu sama lain. Selain daripada itu, ia juga dapat
membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini,
peserta-peserta akan dididik untuk menjadi pemimpin dalam
kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka
untuk berinteraksi dengan orang lain.

2. Kelemahan

Sudah menjadi adat dalam sesuatu perkara yang dilakukan,
mesti ada kekuatan dan kelemahannya. Begitu juga

dengan program perkhemahan ini. Ada beberapa kelemahan yang
diperhatikan dan perlu penambahbaikan di masa akan
datang. Antara kelemahan yang didapati ialah stamina
para peserta perkhemahan.

Kekurangan latihan menyebabkan para peserta kelihatan
kurang bermaya dan cepat keletihan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Selain daripada itu terdapat juga guru yang bertugas
terpaksa pulang ke rumah dan urusan rasmi yang selain semasa
aktiviti dijalankan menyebabkan aktiviti sedikit terganggu dan
kurang lancar.

Begitu juga dari segi ketepatan masa, para peserta kurang
mematuhi jadual yang ditetapkan menyebabkan ada aktiviti yang
berjalan tidak mengikut masa yang ditetapkan.

Cadangan penambahbaikan

1. Para peserta mestilah bersedia dari segi fizikal dengan

mengadakan latihan mencukupi sebelum tiba hari

perkhemahan.

2. Para guru hendaklah sentiasa mematuhi jadual tugas yang
telah ditetapkan agar semua program yang telah disusun atur
dapat berjalan mengikut masa dan lancar.

3. Kem komandan dan guru yang bertugas
hendaklah memastikan para peserta perkhemahan
sentiasa mematuhi masa .

4. Guru penolong kanan Kokurikulum hendaklah memastikan
semua guru memakai pakaian lengkap unit uniform
semasa majlis perasmian penutup , supaya ia
menjadi contoh disiplin yang baik kepada para peserta
perkhemahan. Maklum balas dan penilaian menyeluruh secara
keseluruhannya, program perkhemahan unit beruniform ini telah

dapat dijalankan dengan jayanya. Segala aktiviti dan program
yang dirancangkan telah dapat dilaksanakan.

Melalui program ini telah dapat menyerlahkan kerjasama
yang erat antara sesama peserta perkhemahan , dengan para
guru, Ajk PIBG, dan kakitangan yang terlibat. Program telah
berjalan dengan lancar dan ahli jawatankuasa yang dibentuk
telah memainkan peranan masing-masing dengan baik. Program
ini juga telah dapat menyerlahkan bakat para peserta
perkhemahan melalui aktiviti yang diadakan. Selain daripada itu
para peserta telah mendapat banyak pendedahan melalui aktiviti
yang dijalankan.

Penutup

Sesungguhnya Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform
SJKT Ldg Mount Austin ini telah memberikan banyak
manfaat dan pengalaman berguna kepada semua
peserta dan AJK Penganjur. Semangat kerjasama
yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam
menjayakan aktiviti ini benar-benar dapat menjadikan program
ini lebih lancar dan teratur. AJK Penganjur ingin merakamkan
ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru,
Urus setia Perkhemahan, YDP dan AJK PIBG dan semua peserta
perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan
Unit Beruniform sekolah kita.

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang
ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan
bersemangat. mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak
jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha
untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah
kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri
dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.
Dengan berakhirnya program ini, segala bahan
dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan
dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan

seterusnya merancang dan mengelola program seumpama itu
dengan lebih baik.

Disediakan Oleh : Disahkan oleh,
…………………………… ……………………………………..

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PERTANDINGAN ‘TEAM POWER


Click to View FlipBook Version