MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
TUGASAN BERASASKAN MASALAH (PBT)
TAJUK:
CARA -CARA MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT MAJMUK
NAMA USTAZAH:
PUAN NURSOBRIAH BINTI ABU BAKAR
AHLI KUMPULAN 4:
FATIN IZZATI BINTI MUHAMAD NAZRI
(03DAT21F1006)
NORALEEYA FARHANA BINTI ADNAN
(03DAT21F1058)
NUR SYAZLIN BINTI GHAZALI (03DAT21F1066)
NURUL AISHAH BINTI ROSLEY (03DAT21F1069)
KELAS:
DAT2C
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
ISU YANG BERKAITAN
CARA PENYELESAIAN
KES YANG BERKAITAN
CARA MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM
MASYARAKAT MAJMUK
KEPENTINGAN MEMUPUK
KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT
MAJMUK
KEBURUKAN JIKA TIDAK MEMUPUK
KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT
MAJMUK
USAHA UNTUK MEMUPUK
KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT
MAJMUK
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGENALAN
Secara umumnya, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang
masyhur dan unik kerana memiliki komposisi masyarakat yang berbilang
kaum yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa.
Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan yang akhirnya membentuk
masyarakat yang hidup bersatu padu dan harmoni. Namun ia juga
menjadi cabaran kepada negara khususnya dalam mengurus
kemajmukan sosial. Cabaran itu wujud terutama dalam aspek
membentuk sekali gus memerlukan pendekatan berhemah serta penuh
rasa hormat. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini juga akan
memperkukuhkan lagi kemakmuran dan perpaduan negara. Perpecahan
dan salah faham amat mudah terjadi jika isu perpaduan dan penyatuan
tidak ditekankan.
Masyarakat majmuk atau pluralistik merujuk kepada beberapa kelompok
bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai
satu masyarakat , tetapi hidup terpisah kerana yang di ajarkan dengan
sultan, mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan yang berbeza
dengan bangsa lain.
Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19
didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada
masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu
pada ketika itu iaitu India dan Cina.
Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan
sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan
ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial.
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa
kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu.
ISU YANG BERKAITAN
Di dalam Sejarah Malaysia, terdapat sebuah peristiwa
tragik yang melibatkan perkauman iaitu pada 13Mei 1969
berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia
Ia meragut jiwa, harta benda dan perpaduan di dalam
bangsa kita. Kejadian ini berlaku berpunca kepada
ketidakadilan, tidak bergaul dengan kaum lain, tidak
memahami budaya dan agama kaum lain dan tiada sikap
hormat-menghormati.
Dalam dalil juga ada menyatakan tentang pentingnya
perpaduan itu dalam sesebuah negara iaitu “Perkataan
perpaduan disebut sebanyak 534 kali dalam Al-Quran.
Perpaduan lawan perkataanya adalah perpecahan. Surah
yang dimulakan dengan Ha-Mim ada 7 bermula dengan surah
ke 40 hingga 45 ( Surah Ghafir, Surah Fussilat, Surah Al-
Syura, Surah Al-Zukhruf, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-
Jadthiyah dan Surah Al-Ahqaf)”.
Selain itu, ayat 103 Surah Ali Imran menyebut, untuk
mencapai perpaduan, kita perlulah berpegang kepada tali
Allah dan ayat ini menyatakan untuk mencapai perpaduan
bersatu-padu, perlu berpegang tali Allah iaitu Al-Quran”
Manusia yang tidak berpegang pada tali boleh menjadi
lemas dalam kehidupan. Dengan berpegang pada Al-
Quran Allah akan menawarkan banyak kelebihan”. Surah
inilah yang diturunkan untuk menyatukan penduduk dalam
kalangan kaum Yahudi, Aus, dan Khazraj di Madinah.
Seterunya, kita dapat melihat perpaduan kaum pada
masa kini sudah semakin pudar. Hal ini amat merisaukan
kerana mungkin sejarah hitam yang lepas akan kembali
lagi. Contohnya di Malaysia kini melibatkan banyak isu
perkauman. Ini semakin membimbangkan, oleh itu kita
perlu mencari penyelesaiannya untuk menghindari
peristiwa berulang kembali.
CARA PENYELESAIAN
Antara penyelesaian yang dapat kita buat dalam
menyemai perpaduan dalam diri masyarakat
majmuk kita adalah dengan memahami agama
dan bangsa lain,kita juga perlu
bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan
ini. Pemimpin pelbagai peringkat terutamanya,
harus senada dalam merealisasikan agenda
perpaduan negara.
Persefahaman dalam kalangan pemimpin ini
adalah amat penting kerana melaluinya, rakyat
akan dapat satu isyarat yang jelas bahawa
mengharmonikan hubungan masyarakat
berbilang bangsa dan budaya di Malaysia ini
adalah tanggungjawab semua warganegara.
Dalam Islam juga banyak menceritakan tentang
pentingnya perpaduan di dalam kehidupan
seharian kita. Islam tidak memilih bangsa dan
agama dalam kehidupan seharian malah Islam
ini mudah dan luas ajarannya, setiap agama juga
boleh mempelajarinya.
KES YANG BERKAITAN
Kita dapat melihat kes anggota Unit Bantuan
Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Muhammad
Adib Mohd Kasim yang berlaku pada 27
November 2018 dan meninggal dunia pada 17
Disember 2018. Allahyarham dikatakan diserang
serta dipukul hingga parah dan jentera bomba
dirosakkan, selain dua kenderaan lain dibakar
dalam rusuhan berlaku berikutan perselisihan di
antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan
tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu.
KRONOLOGI KEMATIAN MUHAMMAD ADIB
Pada 26 November 2018
Tercetus satu pergaduhan yang membabitkan dua kumpulan
berhubung pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ,
Seafield, Subang Jaya Pada jam 3 pagi.
Terdapat 18 kenderaan yang terbakar serta seramai 700 anggota
keselamatan telah digerakkan bagi mengawal keadaan di tempat
kejadian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengumumkan
pihak polis telah menahan seramai 17 orang lelaki dan telah
mengadakan kawalan selama 24 jam di tempat kejadian . Orang
ramai yang berkumpul di sekitar kawasan kuil telah diarahkan
bersurai.
Pada 27 November 2018
Seorang aggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya Muhammad Adib
telah diserang dan dipukul sehingga parah dan jentera yang dinaiki
ahli bomba telah dirosakkan selain dua kenderaan lain turut terbakar.
Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan
Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum
dipindahkan ke IJN, pada keesokan malamnya.
28 November 2018
- Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman dakwa Muhammad Adib
parah akibat kemalangan jalan raya.
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tubuh jawatankuasa khas siasat
kejadian.
29 November 2018
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tegaskan dakwaan pihak
kuil tidak benar.
4 Disember 2018
- Selepas seminggu dirawat, Muhammad Adib beri tindak balas kepada
orang sekeliling, tetapi masih tidak dapat bertutur.
5 Disember 2018
- Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin
Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi
paru-paru.
- Jantung Muhammad Adib juga mampu berfungsi dengan sendiri tanpa
sokongan mesin bantuan.
7 Disember 2018
- Muhammad Adib tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal
dan stabil selain tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.
8 Disember 2018
- Muhammad Adib masih bergantung beberapa mesin sokongan untuk
memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.
10 Disember 2018
- Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih
untuk berkomunikasi.
15 Disember 2018
- Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira
jam 9 malam selepas penilaian mendapati paru-parunya mula mengeras.
16 Disember 2018
- kesihatan Muhammad Adib kembali merosot
dan kritikal. Institut Jantung Negara (IJN)
memaklumkan selepas penilaian menyeluruh,
paru-parunya menunjukkan tanda-tanda
konsolidasi dan pengerasan tisu, menjadikan
pertukaran gas tidak berkesan.
17 Disember 2018
- Muhammad Adib disahkan meninggal dunia
jam 9.41 malam.
CARA MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT
MAJMUK
1. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian
Masyarakat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum
mereka sendiri dengan kaum lain daripada aspek seperti peradaban,
pemakanan, pemakaian. Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah
pun dijalankan oleh masyarakat Malaysia antaranya adalah seperti,
memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan
India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih
jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum
masing-masing. Seterusnya, makanan India seperti tosei dan roti
canai juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain. Selain itu,
semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional
orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun di universiti.
Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini
dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain serta
mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.
2. Peranan ibu bapa serta barisan pendidik
Peranan ibu bapa serta barisan pendidik merupakan wahana dalam
membina generasi masa hadapan yang mementingkan keharmonian
antara kaum. Hal ini demikian, mereka perlu mendidik anak-anak agar
mengamalkan semangat kejiranan sejak kecil lagi kerana jika hendak
melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Contohnya, semasa
meraikan perayaan kaum dan agama, ibu bapa sewajarnya
mengamalkan sikap ziarah-menziarahi dan bertukar makanan dalam
kalangan penduduk setempat. Barisan pendidik di sekolah juga
memainkan peranan signifikan dalam menerapkan nilai murni
terhadap murid-murid. Melalui pengajaran subjek Sivik
Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, barisan pendidik dapat
memberikan nasihat dan bimbingan yang berterusan untuk
membentuk sahsiah positif terhadap para murid. Dengan ini,
perpaduan kaum dapat dipupuk dan dilestarikan.
3. Melaksanakan sekolah wawasan
Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi
yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan pengenalan satu sistem
pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah
mewujudkan kemakmuran kaum secara tidak langsung. Selain itu, terdapat
sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Melalui
pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses
perpaduan kaum. Sebagai contoh, penggunaan serta penerapan bahasa rasmi
negara kita iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah
kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama
lain.
4. Melalui media massa
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa merupakan
rangkaian perhubungan utama dalam era globalisasi ini. Dalam konteks
mengukuhkan perpaduan kaum, media massa seharusnya digunakan dengan
sebaik-baiknya untuk menyampaikan informasi positif dan menyebarkan mesej
tentang memupuk kemakmuran. Stesen penyiaran tempatan perlu memainkan
peranan penting supaya dapat menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa
masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika unsur hiburan tersebut
diselitkan dalam program. Dengan ini, kemakmuran kaum akan tercapai dengan
lebih mudah melalui peranan media massa.
5. Aktiviti bermasyarakat
Kemakmuran kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti bermasyarakat. Hal ini
demikian, saling membantu antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat
kerjasama dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di
dalam jiwa masyarakat kini. Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan ialah aktiviti
gotong-royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan
aktiviti tersebut supaya kemakmuran secara maksimum dapat dilahirkan. Aktiviti
sebegini mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga
membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran tetangga. Secara
ringkasnya, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi
memupuk semangat kemakmuran yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring
dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
6. Penganjuran sukan
Penganjuran sukan merupakan alat kemakmuran yang berkesan
untuk mencapai integrasi dan ketahanan nasional. Perpaduan
yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan atlet tetapi juga
mendorong rakyat berbilang kaum, etnik dan budaya
menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban untuk
negara. Sebagai contoh, pihak swasta telah bekerjasama dengan
pihak kerajaan untuk menjayakan pelbagai jenis sukan di negara
kita secara sukarela termasuk Sukan Sukma, Sukan Sea dan
Sukan Komanwel. Hal ini juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan
seperti toleransi, kerjasama meletakkan kepentingan kebangsaan
melebihi kepentingan peribadi dan sebagainya. Dengan memupuk
kemakmuran dalam kalangan masyarakat, mereka akan
memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara untuk
memenangi sesuatu pertandingan. Jelasnya, melalui sukan,
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum bertanding secara
sihat.
KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM
MASYARAKAT MAJMUK
1. Mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan
wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu,
India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “rambut sama hitam, hati
lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut
yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah
masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai.
Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita
hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat”.
2. Menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat
Malaysia mengamalkan perpaduan kaum.
Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan
menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan
perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini
secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada
masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah
rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat
menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama
negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.
3. Memajukan ekonomi negara.
Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan
ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan
adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.
Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu
sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama
memajukan ekonomi negara.
4. Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan
perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat
Malaysia.
Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak
dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri
sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang
demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk
meningkatkan keamanan negara.
KEBURUKAN JIKA TIDAK MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM
MASYARAKAT MAJMUK
• Keharmonian negara akan terjejas
Masalah yang akan timbul sekiranya tidak memupuk kemakmuran ialah
keharmonian negara akan terjejas iaitu tiada kesepaduan di kalangan rakyat.
Keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar
kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini dapat dipertahankan. Ia juga dapat
mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara.
Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan
bersama. Ini menyebabkan keamanan dan keselamatan negara terjejas. Oleh itu,
perpaduan perlu untuk memupuk kemakmuran agar keharmonian negara dapat
dijaga. Kestabilan politik juga dapat dikekalkan jika semua anggota masyarakat
memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.
• Keadaan politik
Seterusnya ialah keadaan politik di negara kita sendiri yang mana isu-isu mengenai
bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi ini sering kali dibahaskan atau
dijadikan isu oleh ahli politik atas tujuan tertentu. Perkara ini akan menyebabkan
rakyat berasa tidak selesa dan menimbulkan perasaan kurang senang hati walaupun
pada mulanya ianya tiada apa-apa yang perlu dikhuatirkan jika isu tersebut tidak
dibangkitkan. Hal-hal sebegini yang digunakan oleh orang politik mengenai isu yang
sensitif ini, jelas akan memberikan impak yang negatif terhadap masyarakat. Setiap
kaum pastinya juga akan mempertahankan hak-hak mereka bagi mendapatkan
kepentingan yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini. Perkara
sebegini tidak sepatutnya dijadikan bahan kerana ianya bukan isu kecil. Kemakmuran
dan perpaduan akan tergugat akibat salah percaturan dari hal ini.
• Sistem pendidikan yang berasingan
Permasalahan lain lagi ialah sistem pendidikan yang berasingan. Seperti yang kita
tahu rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
yang mana setiap kaum itu mempunyai bahasa ibunda dan juga sistem persekolahan
yang tersendiri. Ini jelas memisahkan pelejar mengikut bahasa ibunda masing-
masing. Perkara sebegini menyebabkan interaksi antara pelajar yang berbeza kaum
dengan kaum yang lain menjadi terhad. Alangkah bagusnya jika sistem pendidikan di
Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal untuk pengajaran
seperti yang dilakukan oleh Thailand dan Indonesia. Lagi pula Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan Malaysia.
USAHA UNTUK MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT
MAJMUK
1. Menganjurkan majlis rumah terbuka
Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia
yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka
menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis
sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya,
kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah
"bersatu teguh, bercerai roboh". Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti
kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara
satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia. Keharmonian seperti ini senang
terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian tertanam di dalam
jiwa masyarakat kini.
Namun demikian, sikap negatif seperti inilah yang ada di dalam masyarakat
terutamanya yang duduk di bandar. Mereka ini yang hanya melakukan kerja sendiri
tanpa mengendahkan persekitaran mereka. Ini menyebabkan usaha di dalam
memupuk semangat perpaduan sukar untuk dipraktikkan dan diterapkan di dalam diri
masing-masing. Aktiviti-aktiviti yang boleh memperteguh jalinan kemesraan sesama
kita harus diadakan seperti aktiviti gotong-royong yang memerlukan kerjasama setiap
pihak dalam masyarakat. lanya agar semangat perpaduan secara maksimum dapat
dilahirkan di dalam diri rakyat Malaysia. Semestinya, aktiviti kemasyarakatan sebegini
dapat memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat. lanya
juga boleh menjadi wadah yang terbaik seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu biarpun berlainan bangsa
mahupun agama
2. Melaksanakan sekolah wawasan
Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan
komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan
pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum
secara tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang
menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:
1. Sekolah Kebangsaan
2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat
mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh:
• Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama
murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara
sekolah.
• Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa
Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut
membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain.
Sewajarnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem pendidikan
negara kita merupakan pemangkin dalam proses memperkasa hubungan
sesama kaum. Dari perspektif yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan
warisan juga merupakan salah satu langkah dalam mendekati matlamat
dan harapan para pemimpin kita untuk mencapai perpaduan kaum.
3. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina
dan India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu,
rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum
mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:
1. Pemakanan
2. Pemakaian
3. Peradaban
Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh
rakyat Malaysia antaranya adalah seperti:
1. Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju
tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis
mahupun ke kuliah di universiti.
2. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin
diminati oleh kaum-kaum yang lain.
3. Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina
dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu
dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan
hari perayaan kaum masing-masing.
Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang
kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain
dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas
kewajipan ini. Selain itu, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara
amat bergantung pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat.
Perumpamaan "bersatu teguh bercerai roboh" begitu sinonim dengan
usaha mengekalkan kemakmuran dalam masyarat majmuk demi
kesejahteraan hidup. Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya
dan agama memang menjadi cabaran kepada kebanyakan negara
khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial itu.
Masyarakat majmuk terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa,
bahasa, kebudayaan dan agama. Negara Islam yang pertama disusun oleh
Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah terdiri daripada masyarakat majmuk.
Tegasnya, komponen utama masyarakat majmuk dalam negara Islam
terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam. Kewujudan
masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri yang pelbagai bukanlah
sesuatu yang asing bagi Islam. Malah, Allah S.W.T. telah menciptakan
kepelbagaian manusia yang wujud di muka bumi ini seperti firman-Nya
yang bermaksud:
'Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berbeza puak
(etnik) supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia
antara kamu ialah yang paling bertakwa.'
(Surah Al-Hujurat: 13)
Maksud ayat di atas jelas menggambarkan pengiktirafan al-Qur’an
terhadap kewujudan masyarakat majmuk. Ini boleh menambahkan
kepelbagaian dan rencam hidup manusia supaya lebih menarik dan indah.
Dengan kepelbagaian yang ada, manusia boleh kenal-mengenal dan
menambahkan pengetahuan masing-masing.
RUJUKAN
➢ https://pengajianislamkumpulan4.blogspot.c
om/2020/10/masyarakat-yang-berbilang-
kaum.html?m=1
➢ https://pengajianislampsis.blogspot.com/202
0/03/cara-memupuk-kemakmuran-
dalam.html?m=1
➢ https://anyflip.com/kbtie/orot/basic
➢ https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-
untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html
➢ https://www.bharian.com.my/berita/nasional
/2021/10/874374/kematian-muhammad-
adib-terbela
➢ https://www.bharian.com.my/berita/nasional
/2018/12/510544/kronologi-kes-kematian-
muhammad-adib
➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_m
ajmuk
Sekian ,
Terima Kasih