The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maznialbakri, 2022-06-11 12:12:25

Buku AGM Laporan Setiausaha 2021

Buku AGM Laporan Setiausaha 2021

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Aturcara Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 13 2
Barisan Ahli Lembaga Koperasi Tahun 3
Jawatankuasa Audit Dalam Tahun 2021/2022 4
Notis Mesyuarat Agung Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke 13 5
Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke 12 7
Senarai Kehadiran Ahli ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 12 15
Laporan Tahunan Lembaga Koperasi Tahun 2021 18
Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 ....
Laporan Jawatankuasa Juruaudit Dalam ....
Sekalung Penghargaan ....

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 1

ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 13
KOPERASI JPJ NEGERI PERAK BERHAD
PADA 18 JUN 2022 (SABTU)

8.30 Pagi : Ketibaan dan pendaftaran semua anggota
: Sarapan Pagi

9.00 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.15 Pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan Oleh Pengerusi Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad
: Ucapan serta Perasmian Oleh
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak
: Penyampaian Cenderahati
9.45 Pagi : Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-13 dimulakan
11.30 Pagi : Cabutan Bertuah
12.00 Thgri : Ketibaan dan Ucapan Tuan Pengarah JPJ Negeri Perak
12.15 Tghri : Jamuan Makan Tengahari

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 2

BARISAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI JPJ NEGERI PERAK BERHAD
TAHUN 2021/2022

BIL NAMA JAWATAN DALAM
KOPERASI
1 Tn. Hj. Ridzuan Bin Rayman Pengerusi
2 Pn. Zahiah Binti Meor Alif
3 Pn. [email protected] Binti Mohd Bidin Timbalan Pengerusi
4 Pn. Mazni Binti Mustafa Al Bakri Setiausaha
5 Pn. Ummi Aiza Binti Husain Bendahari
6 En. Abd Rashid Bin Md Din ALK
7 En. M. Shazally Bin Hj. Sinin ALK
8 En. Ahmad Darji Bin Nordin ALK
9 Tn. Hashim Bin Mat Ali ALK
10 Pn. Nurul Ashikin Binti Mohammad Helmi ALK
11 Nur Azyanti Bt Abd Aziz ALK
12 En. Zailani Bin Hussin ALK
ALK

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 3

BARISAN JAWATANKUASA AUDIT DALAM JPJ NEGERI PERAK BERHAD
TAHUN 2020/2021

BIL NAMA JAWATAN DALAM
KOPERASI
1 Pn. Haslina Binti Idris
2 Pn. Roza Binti Othman JAD
3 Pn. Nur Tasnim Binti Mohamad Pusfa
JAD

JAD

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 4

KOPERASI JPJ NEGERI PERAK BERHAD
D/A JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI PERAK
JALAN KOMPLEKS SUKAN
30620 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-5478000 FAKS: 05-5479192

KEPADA :

SEMUA ANGGOTA
KOPERASI JPJ NEGERI PERAK BERHAD

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-13

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan Mesyuarat Agung Kali Ke-13 Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad akan
diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 18 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 09.00 Pagi
Tempat : Dewan Ceramah Blok C,

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak

3. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul atau pandangan untuk dibawa ke
Mesyuarat Agung tersebut, sila kemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Koperasi tidak
kurang dari tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung diadakan.

4. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

4.1 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali Ke-12 bertarikh 10 April
2021.

4.2 Menimbang laporan-laporan Lembaga.

4.3 Menimbang dan menerima penyata kewangan yang telah diaudit
berakhir pada 31 Disember 2021.

4.4 Memilih Anggota Lembaga bagi memenuhi kekosongan dan
menggenapkan kuota seramai 12 orang. Lampiran Borang
Percalonan ALK :
https://bit.ly/BorangPencalonanALK_AGM13KoopJPJPerak

4.5 Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan 2023.

4.6 Meluluskan elaun-elaun kepada Anggota Lembaga dan Jawatankuasa
Audit Dalaman dan Saraan kepada Anggota-anggota Lembaga.

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 5

4.7 Meluluskan suatu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada
dua firma audit untuk dipilih salah satu daripadanya bagi mengaudit
akaun-akaun Koperasi ini.

4.8 Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang
lebihan Koperasi ini.

4.9 Menentukan had maksimum keterhutangan.

4.10 Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam anggota atau
perwakilan dan empat orang Anggota Lembaga untuk menentusahkan
minit mesyuarat tahunan.

4.11 Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada
Undang-undang Kecil Koperasi. (Jika ada)

4.12 Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak
dikemukakan menurut Akta Dan Peraturan. (Jika ada)

4.13 Membahas usul-usul yang disampaikan kepada Setiausaha sekurang-
kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung. (Jika ada)
Lampiran Borang Usul :
https://bit.ly/BorangUsulAGM13KoopJPJPerak

Sekian, terima kasih.

“Berkhidmat Untuk Negara”
“Peneraju Kecemerlangan Koperasi”

Saya yang menjalankan amanah,

( RIDZUAN BIN HJ RAYMAN )
Pengerusi
Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad

s.k: Penolong Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak
Tingkat 1, Block C
Bangunan Persekutuan Ipoh
30450 Ipoh, Perak

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 6

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-12
KOPERASI JPJ NEGERI PERAK BERHAD TAHUN 2020/2021

TARIKH : 10 APRIL 2021
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN BLOK H,
JPJ NEGERI PERAK

AGENDA 1 :

PENGESAHAN KORUM:

En. Ahmad Darji Bin Nordin (019) mengesahkan bahawa kehadiran anggota adalah
seramai 75 orang secara bersemuka dan 22 orang secara atas talian daripada 147 orang
anggota yang berdaftar yang mana adalah mencukupi bagi membolehkan Mesyuarat
Agung Kali Ke-12 diteruskan.

AGENDA 2 :

MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT:

Pn. Summaiyah Binti Mohd Bidin (187) mencadangkan Tn. M. Shazally Bin Hj. Sinin
(150) dilantik sebagai Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung Koperasi JPJ Negeri Perak
Kali Ke-12 dan disokong oleh Tn. Ridzuan Bin Hj Rayman (010). Mesyuarat bersetuju
sebulat suara.

AGENDA 3 :

MELANTIK SEORANG PENCATIT MINIT:

Tn. M. Shazally Bin Hj. Sinin (150) mencadangkan Pn. [email protected] Binti
Mohd Bidin (187) sebagai Pencatit Minit dan disokong oleh Pn. Mazni Binti Mustafa Al
Bakri (161). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 4 :

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-11 PADA 27 APRIL
2019:

Pembentangan Minit Mesyuarat Kali Ke-11 telah dibentangkan oleh Setiausaha untuk
pindaan dan pengesahan anggota, Tn. Hj Sallehuddin Bin Saman (006)
mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Koperasi JPJ Negeri Perak Kali Ke-11 bertarikh
27 April 2019 disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh En. Mohamed Isa bin Mohd
Yusof (153). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 KOPERASI JPJ PERAK BERHAD 7

AGENDA 5 :

MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA DAN
LAPORAN JAWATANKUASA DALAMAN:

Setiausaha membentangkan Laporan Lembaga bagi Tahun 2020/2021. Melalui
pembentangan ini terdapat cadangan daripada anggota Tn. Hj Sallehuddin Bin Saman
(006) berkaitan cadangan beliau supaya elaun kepada empat (4) jawatan utama
diperhalusi bersesuaian dengan bebanan tugas yang dipikul. Tuan Pengerusi dalam
jawapan balasnya akan mempertimbangkan perkara tersebut didalam Mesyuarat Anggota
Lembaga Koperasi yang akan datang.

Selain itu Pengerusi juga memaklumkan bahawa Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi
Bil.1/2021 mencadangkan supaya pembayaran dividen bagi Tahun 2020 adalah sebanyak
15% modal syer dan 15% modal yuran. Tn. Hj Sallehuddin Bin Saman (006)
mencadangkan Laporan Lembaga Bagi Tempoh Januari 2020 hingga Disember 2020
diterima dan disokong oleh Tn. Md Shukor Bin Majid (158). Mesyuarat bersetuju sebulat
suara.

AGENDA 6 :

MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN TERAUDIT KOPERASI
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020, TERMASUK LAPORAN LEMBAGA DI
BAWAH PERENGGAN 59(1)(c) AKTA DAN LAPORAN JURUAUDIT, DAN
PENGAGIHAN UNTUNG BERSIH TERAUDIT:

Puan Bendahari melaporkan bahawa Laporan Pengurusan Bagi Pengauditan Koperasi JPJ
Negeri Perak Berhad memaklumkan Rizab Statuatori bernilai RM 59,134.00 dan
pandangan daripada pihak Juruaudit adalah dengan menambahkan pelaburan bagi
meningkatkan lagi pendapatan koperasi. Baki Akaun Untungrugi Terkumpul Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2020 adalah berjumlah RM62,653.67 berbanding tahun berakhir
2019 iaitu RM58,601.69 dimana ia diambil daripada Keuntungan Bersih bagi tahun
berakhir 2017iaitu RM59,333.52 manakala tahun berakhir 2019 adalah berjumlah
RM56,015.77. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa jumlah perbelanjaan untuk lembaga
koperasi adalah berjumlah RM1,830.00 dimana merangkumi perbelanjaan bagi bayaran
Elaun Mesyuarat, Elaun Khas Lembaga dan Elaun Kursus Lembaga. Tn. Hj Sallehuddin
Bin Saman (006) ada mengajukan pertanyaan berkaitan status tabung pinjaman yang
ditawarkan kepada anggota dan berapa jumlah pinjaman yang telah disalurkan. Puan
Bendahari memaklumkan sehingga kini amaun pinjaman telah dikeluarkan adalah
sebanyak RM38,000.00 dan kutipan balik sehingga kini adalah sejumlah RM13,082.50.
Kaedah pemberian pinjaman adalah berdasarkan jumlah tabung kutipan balik. Sehingga
kini Puan Bendahari memaklumkan kutipan dapat dibuat tanpa gagal. Mesyuarat
dimaklumkan juga bahawa sehingga kini potongan melalui Biro Angkasa masih tidak
dapat dilaksanakan memandangkan permohonan yang dibuat sebelum ini tidak dapat
diproses oleh pihak Biro Angkasa dan permohonan semula akan dibuat bagi memastikan
ianya dapat dilaksanakan melalui potongan Biro Angkasa. Buat masa sekarang kaedah

MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 KOPERASI JPJ PERAK BERHAD 8

pembayaran oleh peminjam adalah melalui bayaran secara pindahan ke akaun koperasi
iaitu Bank Rakyat untuk memudahkan semakan dibuat. Tn. Hj Sallehuddin Bin Saman
(006) mencadangkan Penyata Kewangan yang telah dibentangkan diterima dan disokong
oleh En. Mohamed Isa bin Mohd Yusof (153). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 7 :

MELANTIK ANGGOTA LEMBAGA:

Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa seramai 4 orang Anggota Lembaga Koperasi JPJ
Negeri Perak bagi tahun 2019 yang digugurkan mengikut giliran mengikut Fasal 37(1)
Undang-undang Kecil Koperasi. ALK yang terlibat ialah:

1. Tn. Hashim Bin Mat Ali (197)
(Pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahun 2018)

2. Pn. Zahiah Binti Meor Alif (195)
(Pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahun 2018)

3. Pn. Summaiyah @ Ummaiyah Binti Mohd Bidin (187)
(Pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahun 2018)

4. Pn. Ummi Aiza Binti Husain (189)
(Pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahun 2018)

Sehubungan dengan itu, terdapat 4 kekosongan Anggota Lembaga Koperasi JPJ Negeri
Perak yang perlu diisi untuk menggenapkan Anggota Lembaga 2021 seramai 12 orang.

Berikut adalah percalonan bagi undian melantik Anggota Lembaga Baru bagi Tahun
2021:

1. Tn. Hashim Bin Mat Ali (197) dicadangkan oleh En. Mohamed Isa bin
Mohd Yusof (153) dan disokong oleh Tn. Md Shukor Bin Majid (158)

2. Pn. Zahiah Binti Meor Alif (195) dicadangkan oleh En. Mohamed Isa bin
Mohd Yusof (153) dan disokong oleh Tn. Md Shukor Bin Majid (158)

3. Pn. Summaiyah @ Ummaiyah Binti Mohd Bidin (187) dicadangkan oleh
En. Mohamed Isa bin Mohd Yusof (153) dan disokong oleh Tn. Md Shukor
Bin Majid (158)

4. Pn. Ummi Aiza Binti Husain (189) dicadangkan oleh En. Mohamed Isa bin
Mohd Yusof (153) dan disokong oleh Tn. Md Shukor Bin Majid (158)

MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 KOPERASI JPJ PERAK BERHAD 9

5. Pn. Tuan Siti Nor Azah Binti Tuan Abdullah (216) dicadangkan oleh Tn.
Ridzuan Bin Hj Rayman (010) dan disokong oleh Tn. Hashim Bin Mat Ali
(197)

6. Pn. Zaiton Binti Timol (206) dicadangkan oleh Pn. Rozitah Binti Abd Malek
(172) dan disokong oleh Pn. Haslina Binti Idris (232)

Tn. Ridzuan Bin Hj Rayman (010) mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh
Tn. Md Shukor Bin Majid (158). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

Menerusi proses undian yang telah dibuat, empat (4) Anggota Lembaga masih mendapat
kepercayaan anggota yang hadir dengan mendapat undian empat (4) yang tertinggi
menjadikan semua Anggota Lembaga sebelum kekal untuk sesi seterusnya. Mereka yang
seperti berikut:

1. Tn. Hashim Bin Mat Ali (197) – Jumlah Undian 71 Orang

2. Pn. Zahiah Binti Meor Alif (195) - Jumlah Undian 83 Orang

3. Pn. [email protected] Binti Mohd Bidin (187) - Jumlah Undian 88
Orang

4. Pn. Ummi Aiza Binti Husain (189) - Jumlah Undian 83 Orang

AGENDA 8 :

MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN KOPERASI
BAGI TAHUN KEWANGAN JANUARI 2021 HINGGA DISEMBER 2021 :

Pn. Bendahari membentangkan Anggaran Belanjawan bagi tempoh 1 Januari 2021
hingga 31 Disember 2021 untuk dibincangkan dan dibahaskan yang mana Jumlah
Pendapatan adalah sebanyak RM 114,646.02 dan Jumlah Perbelanjaan adalah sebanyak
RM 53,702.88. Manakala Anggaran Keuntungan 1 Januari 2018 hingga 31 Disember
2018 adalah sebanyak RM 60,943.14. Tn. Hj. Salehuddin Bin Saman (006)
mencadangkan anggaran belanjawan bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Disember
2021 diterima dan disokong oleh En. Mohamed Isa bin Mohd Yusof (153). Mesyuarat
bersetuju sebulat suara.

AGENDA 9 :

MELULUSKAN ELAUN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA ANGGOTA
LEMBAGA:

Pn. Nafisah Binti Ahmad (060) mencadangkan elaun-elaun kepada Anggota Lembaga
dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan saraan kepada Anggota Lembaga diluluskan dan
disokong oleh Tn. Junaidi Bin Jusoh (198). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 KOPERASI JPJ PERAK BERHAD 10

AGENDA 10 :

MELULUSKAN PELANTIKAN SUATU PANEL YANG TIDAK KURANG
DARIPADA DUA ORANG JURUAUDIT, YANG MERUPAKAN JURUAUDIT
YANG DILULUSKAN OLEH SURUHANJAYA ATAU PEGAWAI
SURUHANJAYA, UNTUK MENGAUDIT AKAUN KOPERASI:

Pn. Mazni Binti Mustafa Al Bakri (161) mengesyorkan supaya Mohd Yasin & Assosiate
dikekalkan bagi kerja-kerja pengauditan dan disokong oleh Tn. Hj. Salehuddin Bin
Saman (006). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 11 :

MENIMBANG DAN MELULUSKAN RUANG LINGKUP DAN HAD
PELABURAN KUMPULAN WANG LEBIHAN KOPERASI MENGIKUT
SEKSYEN 54 AKTA:

Pn. Mazni Bt Mustafa Al Bakri (161) mencadangkan supaya had pelaburan ini ditambah
sebanyak RM100,000.00 bagi tempoh kewangan tahun 2021 menjadikan jumlah
keselurahan berjumlah RM200,000.00 dan disokong oleh Tn. Hj. Salehuddin Bin Saman
(006). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 12 :

MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI:

Pn. Mazni Bt Mustafa Al Bakri (161) mencadangkan had maksimum keterhutangan
koperasi dikekalkan sebanyak RM 5,000,000.00 dan disokong oleh oleh Tn. Md Shukor
Bin Majid (158). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 13 :

MELANTIK 10 ORANG JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA
ENAM ANGGOTA DAN EMPAT ANGGOTA LEMBAGA, UNTUK
MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN :

13.1. Nama-nama anggota yang dilantik ialah:

1. Tn. Junaidi Bin Jusoh (198) dicadangkan oleh Tn. Hashim Bin Mat Ali
(197) dan disokong oleh En. Mohd Zaidy Bin Ithnin (234).

2. Pn. Tuan Siti Nor Azah Binti Tuan Abdullah (216) dicadangkan oleh Tn.
M. Shazally Bin Hj. Sinin (150) dan disokong oleh oleh Tn. Hj. Salehuddin
Bin Saman (006).

MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 KOPERASI JPJ PERAK BERHAD 11

3. Pn. Zaiton Binti Timol (206) dicadangkan oleh Tn. M. Shazally Bin Hj.
Sinin (150) dan disokong oleh Pn. Haslina Binti Idris (232)

4. Pn. Rohaya Bt Abu Bakar (210) dicadangkan oleh En. Mohamed Isa bin
Mohd Yusof (153) dan disokong oleh Pn. Haslina Binti Idris (232)

5. En. Mohd Nor Azahar Bin Abdul Karim (227) dicadangkan oleh En.
Zailani Bin Hussin (191) dan disokong oleh Tn. Zainal Abidin B Sheik
Mohamed (005)

6. En. Mohd Zaidy Bin Ithnin (234) dicadangkan oleh Pn. Norazila Bt Khalid
(230) dan disokong oleh oleh Pn. Yusnizah Bt Abd Rahman (167)

Tn. Hj. Salehuddin Bin Saman (006) menyokong semua diatas dan mesyuarat bersetuju
sebulat suara.

13.2. Nama-nama Anggota Lembaga yang dilantik:

1. Tn. M. Shazally Bin Hj. Sinin (150) dicadangkan oleh Pn. Summaiyah Binti
Mohd Bidin (187) dan disokong oleh Tn. Hj Ridzuan Bin Rayman (010).

2. Pn. Zahiah Binti Meor Alif (195) dicadangkan oleh Pn. Summaiyah Binti
Mohd Bidin (187) dan disokong oleh Tn. Hj Ridzuan Bin Rayman (010).

3. Nurul Ashikin Bt Mohammad Helmi (222) dicadangkan oleh Pn.
Summaiyah Binti Mohd Bidin (187) dan disokong oleh Tn. Hj Ridzuan Bin
Rayman (010).

4. En. Ahmad Darji Bin Nordin (019) dicadangkan oleh Pn. Summaiyah Binti
Mohd Bidin (187) dan disokong oleh Tn. Hj Ridzuan Bin Rayman (010).

AGENDA 14 :

MENIMBANG DAN MELULUSKAN CADANGAN PINDAAN UNDANG-
UNDANG KECIL KOPERASI (JIKA ADA)

Tiada

AGENDA 15 :

MENIMBANG DAN MELULUSKAN ATURAN KUMPULAN WANG/TABUNG
KOPERASI; (JIKA ADA)

Tiada

MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 KOPERASI JPJ PERAK BERHAD 12

AGENDA 16 :

MENDENGAR, MENIMBANG ATAU MEMUTUSKAN APA-APA CADANGAN
ATAU HAL URUSAN LAIN KOPERASI YANG BAGINYA SUATU NOTIS
YANG TIDAK KURANG DARIPADA TUJUH HARI SEBELUM MESYUARAT
DIPANGGIL TELAH DIBERIKAN KEPADA KOPERASI :

Terdapat satu (1) usul yang telah diterima oleh Setiausaha. Berikut usul yang telah
dikemukakan:

1. Usul daripada Pn. Haslina Bt Wahab (038) adalah seperti berikut :

Mengusulkan supaya Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad
membina/menyediakan/mengguruskan tempat letak kereta berbumbung berbayar
di dalam kawasan pejabat. Selain memberikan keselesaan dan kemudahan kepada
kakitangan dan pelanggan yang berurusan dengan JPJ, koperasi juga dapat
menjana pendapatan tambahan hasil cadangan menyediakan lot parkir yang dibina
di atas tapak litar Adilkap yang tidak digunakan lagi. Menurut anggaran kasar,
tempat tersebut boleh memuatkan sekitar 40 buah kenderaan motokar. Jika
dihitung bayaran minima RM30 sebulan bagi sebuah kenderaan, Koperasi
berpeluang menjana pendapatan kasar sebanyak RM1,200.00 sebulan.

- Pengerusi menjelaskan bahawa cadangan itu akan dipertimbangkan
melalui Mesyuarat Anggota Lembaga yang akan datang.

Tn. Hj Sallehuddin Bin Saman (006) mencadangkan cadangan usul ditutup dan disokong
oleh Tn. Abu Hasan Sazali Bin Yahaya (004). Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 17 :

UCAPAN PENAGGUHAN:

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang hadir di atas
komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Mesyuarat Agung Kali Ke-
12 ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.03 Pagi.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

Nama : Pn. Summaiyah Binti Mohd Bidin Nama : Puan Zahiah Binti Meor Alif
Jawatan : Setiausaha Jawatan : Timbalan Pengerusi
Tarikh :13 April 2021 Tarikh : 14 April 2021

MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 KOPERASI JPJ PERAK BERHAD 13

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 14

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-12
TAHUN 2021

BIL. NAMA ANGGOTA NO. ANGGOTA
1. Abu Hasan Sazali Bin Yahaya 004
2. Zainal Abidin B Sheik Mohamed 005
3. Salehuddin Bin Saman 006
4. Hj. Ridzuan Bin Rayman 010
5. Ahmad Darji Bin Nordin 019
6. Asiah Bt Mohd Nor 029
7. Maimon Bt Kamaruddin 047
8. Mazenah Bt Abdul Rahman 048
9. Nafisah Bt Ahmad 060
10. Noorila Bt Mohamed 063
11. Hjh Normah Bt Sulaiman 066
12. Nur Hafizah Bt Ibrahim 068
13. Rahmah Bt Ismail 071
14. Rosnah Binti Roskan 076
15. Rosinah Binti Jamhari 077
16. Samsiah Bt Abdul Ghafar 089
17. Hajah Saudah Binti Abd Rahim 090
18. Hajah Tukiah Bt Mohany 095
19. Rozitah Bt Mat Sidi 142
20. M. Shazally Bin Hj. Sinin 150
21. Mohamed Isa Bin Mohd Yusof 153
22. Kamariah Bt Daud 154
23. Jasveer Kaur A/P Dalip Singh 156
24. Aripah Bt Abd Talib 157
25. Md Shukor Bin Majid 158
26. Mazni Bt Mustafa Al-Bakri 161
27. Abd. Rashid Bin Md Din 162
28. Zainab Bt Ibrahim 163
29. Maznah Bt Abd Aziz 164
30. Norhayati Bt Mohd Salleh 166
31. Yusnizah Bt Abd Rahman 167
32. Pisah Binti Saidun 168
33. Rozitah Bt Abd Malek 172
34. Nur Azyanti Binti Abd Aziz 174
35. Kharisun Bt Mahamud 176
36. Norhayah Binti A Hamid 179
37. Aini Zuriati Bt Ahmad Azuddin 180
38. Sara Binti Nordin 183
39. Roza Binti Othman 186
40. Summaiyah @ Ummaiyah Binti Mohd Bidin 187
41. Ummi Aiza Binti Hussin 189
42. Zailani Bin Hussin 191
43. Zahiah Binti Meor Alif 195

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 15

44. Rokiah Bt Abdul Hamid 196
BIL. NAMA ANGGOTA NO. ANGGOTA
45.
46. Hashim Bin Mat Ali 197
47. Junaidi Bin Jusoh 198
48. Noorliza Bt Zainuddin 199
49. Norlia Binti [email protected] 202
50. Fazidah Bt Aziz 203
51. Hafizan Bin [email protected] 204
52. Shamsina Binti Addenan 205
53. Zaiton Binti Timol 206
54. Nurul Huda Bt Mohd Isa 207
55. Faridah Hanum Binti Hj Mohd Daud 208
56. Jamaliah Bt Jaffar 209
57. Rohaya Bt Abu Bakar 210
58. Kogeela Devi A/P Nagarajan 214
59. Sakunthala A/P Sannasy 215
60. Tuan Siti Nor Azah Binti Tuan Abdullah 216
61. Raja Abdul Halim Bin Raja Abdul Rahman 217
62. Nur Hazira Binti Ahmad Zarai 221
63. Nurul Ashikin Bt Mohammad Helmi 222
64. Nur Safuraa Binti Husin 225
65. Mohd Nor Azahar Bin Abdul Karim 227
66. Norazila Bt Khalid 230
67. Haslina Binti Idris 232
68. Mohd Zaidy Bin Ithnin 234
69. Nabihah Bt Zainol Abidin 237
70. Madelene A/P Norris 238
71. Pramila A/P Suppaiah 242
72. Munirah Bt Hamdan 247
73. Mohamad Saiful Azwan Nizam Bin Salleh 248
74. Nur Hidayah Bt Wahab 249
75. Sarina Bt Ahmad Arifin 250
Siti Meriam Bt Mohamad 253

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 16

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-12
TAHUN 2021 SECARA ATAS TALIAN

BIL. NAMA ANGGOTA NO. ANGGOTA

1. Aishah Bt Hj Mahmud 023
2. Dzalifah Bt Md Sood 034
3. Mohd Tarmizi B Ghazali 059
4. Nor Asyikin Bt Md Isa 065
5. Zaidah Bt Ahmad 098
6. Iskandar Zulkarnain B Mohd Ali 116
7. Kamaruddin Bin Jusoh 139
8. Iskeir Adil Bin Ibrahim Rais 148
9. Noor Ana Bt Mohamed Razak 184
10. Hamissah Bt Shaharuddin 185
11. Zizairi Bin Shariff 190
12. Rosezuwairy Bt Jamaluddin 194
13. Rahmah Bt Rahim 200
14. Noor Azreen Bt Mior Mohamad 220
15. Mohd Zulhanis Bin Alias 223
16. Nor Baizura Bt Kamal 224
17. Mohd Azrul Azam Bin Ibrahim 236
18. Mohamad Al-Hafiz Bin Seman 243
19. Mohd Sawadi Bin Din 244
20. Nur Anis Bt Mohd Apandi 245
21. Nur Tasnim Bin Mohamad Puspa 246
22. Muhammad Aisamuddin Bin Azizan 252

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 17

LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA KOPERASI TAHUN 2021/2022

1. PENDAHULUAN
Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad telah didaftarkan pada 06 Mei 2004. Sehingga kini
koperasi telah mengadakan Mesyuarat Agung sebanyak 12 kali. Mesyuarat Agung sebelum
ini telah diadakan pada 10 April 2021.

2. AKTIVITI KOPERASI
Sehingga kini, Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad mempunyai beberapa buah kedai koperasi
seperti berikut :
2.1. Kedai Koperasi JPJ Ipoh
2.2. Kedai Gambar Koperasi JPJ Ipoh
2.3. Kedai Koperasi JPJ Taiping
2.4. Kedai Koperasi JPJ Caw Manjung
2.5. Kedai Koperasi JPJ Caw Teluk Intan
2.6. Kedai Koperasi JPJ Caw UTC
2.7 4 buah Kiosk di ruang legar Blok D
2.8. Homestay Villa Dahlia

3. KEANGGOTAAN KOPERASI
Keanggotaan koperasi adalah terbuka kepada seluruh warga JPJ Negeri Perak. Sehingga Mei
2022 jumlah anggota yang berdaftar adalah seramai 155 Orang.

4. MODAL SYER DAN MODAL YURAN TERKUMPUL

Sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, jumlah terkumpul modal syer dan
modal yuran anggota seramai 155 Orang adalah sebanyak RM167,697.36

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 18

5. MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA
5.1 Bagi tahun 2021, koperasi telah mengadakan Mesyuarat ALK sebanyak 4 kali iaitu
pada :
5.1.1. 21 Mac 2021
5.1.2 10 April 2021
5.1.3 13 Ogos 2021
5.1.4 21 November 2021

TARIKH MESYUARAT

BIL NAMA JAWATAN
21/03/2021 10/04/2021 13/08/2021 21/11/2021
(BIL.1/2021) (BIL.2/2021) (BIL.3/2021) (BIL.4/2021)

1 Tn. Hj. Ridzuan Bin Pengerusi / / / /
Rayman

2 Pn. Zahiah Binti Meor Timbalan / / / /
Alif Pengerusi

Pn.

3 [email protected] Setiausaha / / / /

Binti Mohd Bidin

4 Pn. Mazni Binti Mustafa Bendahari / / - /
Al Bakri

5 Pn. Ummi Aiza Binti ALK / / / /
Husain

6 En. Abd Rashid Bin Md ALK / / / /
Din

7 En. M. Shazally Bin Hj. ALK / / / /
Sinin

8 En. Ahmad Darji Bin ALK / / / /
Nordin

9 Tn. Hashim Bin Mat Ali ALK / / - /

10 Pn. Nurul Ashikin Binti ALK / / / /
Mohammad Helmi

11 Nur Azyanti Bt Abd ALK / / / /
Aziz

12 En. Zailani Bin Hussin ALK / / / /

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 19

6. DIVIDEN

Pada tahun kewangan 2021 keuntungan bersih Koperasi adalah sebanyak RM..............
Mesyuarat Anggota Lembaga Bil.1/2022 pada 6 Mac 2022 telah mencadangkan bayaran
dividen bagi tahun kewangan 2021 adalah sebanyak 15% bagi modal syer dan 15% bagi
modal yuran. Pada Mesyuarat agung ke 13 ini, kelulusan majoriti dari anggota adalah
diperlukan untuk dikemukakan ke pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi kelulusan
pembayaran.

7. WANG DIBANK DAN DITANGAN

Sehingga 31 Disember 2021, wang di Bank Islam Malaysia Berhad adalah sebanyak
RM.................. manakala wang ditangan adalah sebanyak RM....................... Disamping itu,
saham Bank Kerjasama Rakyat Berhad adalah sebanyak RM................ serta simpanan tetap
termsuk dividen adalah sebanyak RM..................... Deposit di Bank Simpanan Nasional dan
komisen adalah sebanyak RM....................... Jumlah keseluruhan tunai terkumpul sehingga
31 Disember 2021 adalah sebanyak RM........................

8. FAEDAH SUMBANGAN KEBAJIKAN

Berikut adalah senarai sumbangan/manfaat yang disediakan untuk anggota koperasi.

8.1 Sumbangan Rawatan Hospital (Dengan syarat bermalam di hospital)
- Anggota layak untuk menuntut dengan kadar RM 100.00 sekali dalam tahun tersebut.

8.2 Melahirkan Cahaya Mata
- Anggota/pasangan yang melahirkan cahaya mata sehingga anak ketiga layak untuk
menuntut RM 100.00.

8.3 Berkahwin
- Anggota yang melangsungkan perkahwinan kali pertama layak untuk menuntut RM
100.00.

8.4 Bersara
- Anggota yang menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan layak menuntut RM 100.00.

8.5 Khairat Kematian
- Anggota RM300.00
- Pasangan / Anak / Ibu Bapa yang meninggal dunia layak menuntut RM 200.00.

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 20

8.6 Pendidikan

BIL PEPERIKSAAN KEPUTUSAN DERMASISWA
YANG DIAMBIL MINIMA DIBERIKAN

1. UPSR DIPERLUKAN RM 80.00
2. PT3 4A RM 100.00
3. SPM 5A RM 150.00
4. STPM/STAM 5A RM 200.00

4 Prinsipal

9. MEMPELBAGAIKAN AKTIVITI BAGI MANFAAT ANGGOTA

Pihak Koperasi telah menawarkarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada anggota yang
memerlukan kemudahan ini dengan kadar faedah tiga (3) peratus. Amaun pinjaman bermula
RM1,000.00 – RM5,000.00.

10. PENAMATAN JAWATAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Merujuk UUK fasal 37 (i) satu pertiga daripada anggota lembaga hendaklah mengasingkan
jawatan secara bergilir-gilir pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya ALK yang
tamat tempoh tersebut hadir pada hari mesyuarat Agung mereka boleh dipilih semula
tertakluk mendapat sokongan dan undi majoriti dari anggota yang hadir pada hari Mesyuarat
Agung. Anggota Lembaga Koperasi yang digugurkan mengikut giliran pada mesyuarat ke 13
kali ini adalah seperti berikut :

BIL NAMA TARIKH
LANTIKAN
1 Tn. M. Shazally Bin Hj. Sinin 24 April 2019
2 En. Zailani Bin Hussin
3 Pn. Nurul Ashikin Binti Mohammad Helmi 24 April 2019
4 Pn. Nur Azyanti Bt Abd Aziz
24 April 2019
24 April 2019

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 21

11. PENGHARGAAN

Saya bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi bagi sesi 2021/2022 ingin memohon maaf
sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan semasa kami menguruskan aktiviti koperasi yang
telah diamanahkan kepada kami. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang
tinggi untuk memajukan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad kearah yang lebih cemerlang.
Harapan kami agar semua ALK yang dilantik nanti akan dapat menjalankan tanggungjawab
dan amanah dengan baik dan cemerlang.

Sekian, terima kasih

Disediakan Oleh,

Summaiyah Binti Mohd Bidin
Setiausaha
Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 22

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA KOPERASI

Rujukan Kami : JPJ.PK(R)06.0214/Koperasi.Jld.4 dlm. (98)
Tarikh : 01 Jun 2022

Semua Anggota-anggota
Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad
D/A Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri Perak
Jalan Kompleks Sukan 30620 Ipoh,
Perak

Tuan/Puan,

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

Laporan audit ini disediakan untuk mematuhi kehendak Undang-undang Kecil 53(1) untuk
dibentangkan dalam mesyuarat Agung Tahunan kali ke-13.

2. KEANGGOTAAN JAD

Keanggotaan JAD Koperasi adalah seperti berikut:

i) Pn. Haslina Binti Idris
ii) Pn. Roza Binti Othman
iii) Pn. Nur Tasnim Binti Mohamad Pusfa

3. SKOP AUDIT

Laporan dibuat adalah berasaskan hasil pengauditan terhadap pengurusan
pentadbiran dan aktiviti-aktiviti koperasi yang dijalankan dari masa ke semasa.

4. HASIL PENEMUAN AUDIT

(i) Mesyuarat Agung Lembaga telah diadakan sebanyak empat kali selaras
dengan Peruntukan Undang-undang Kecil Fasal 40(1) dan 40(2).

5. KESIMPULAN DAN PANDANGAN

Tertakluk kepada perkara-perkara diatas, kami berpendapat bahawa
pengurusan hal ehwal Koperasi telah dilaksanakan dengan baik sebagaimana
yang dikehendaki oleh Akta Koperasi 1993.

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 23

6. PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Kami merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab pengauditan dalaman yang diamanahkan.

Sekian, terima kasih.

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi JPJ Negeri Perak Berhad Kali Ke-13 Page 24


Click to View FlipBook Version
Previous Book
FOLIO CALON TOKOH NILAM AIMAN
Next Book
kajian 8 buah novel tingkatan 4 dan 5, 4 zon di Malaysia