The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by paanzaili, 2024-01-26 03:27:00

KUMPULAN 5 _ TOKOH PENDIDIKAN (1)

KUMPULAN 5 _ TOKOH PENDIDIKAN (1)

1. John Dewey John Dewey ialah seorang ahli falsafah, ahli psikologi dan pendidik Amerika serta pengasas falsafah pragmatisme. Beliau ialah individu yang memperkenalkan konsep pendidikan Learning by doing. Idea-idea John Dewey telah banyak mempengaruhi dunia pendidikan dan beliau https:// merupakan sarjana Amerika yang paling berpengaruh pada en.wikipedia.org/ pertengahan abad ke-20. wiki/John Dewey. Latar Belakang John Dewey dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermont, Amerika Syarikat merupakan anak kepada Archibald Sprague Dewey dan Lucina Artemisia Rich Dewey. Beliau berkahwin dengan Alice Chipman yang dikatakan banyak mempengaruhi minat Dewey terhadap pedagogi dan pendidikan awam. Pendidikan Dewey menamatkan pengajian di Universiti Vermont dan menghabiskan tiga tahun sebagai guru sekolah menengah di Oil City, Pennsylvania. Beliau kemudian menghabiskan masa selama setahun belajar di bawah bimbingan G. Stanley Hall di John Hopkins University dalam makmal psikologi pertama Amerika. Kerjaya


Selepas mendapat Ph.D. dari John Hopkins University, Dewey terus mengajar di University of Michigan selama hampir sedekad. Dewey kemudiannya memegang jawatan sebagai pengersi jabatan falsafah, psikologi, dan pedagogi di University of Chicago (1894). Semasa berada di University of Chicago, Dewey mula menyuarakan pandangannya yang menyumbang kepada falsafah yang dikenali sebagai pragmatisme yang menyatakan bahawa nilai, kebenaran atau makna idea terletak pada kesan akibatnya. Dewey juga membantu menubuhkan Sekolah Laboratorium Universiti Chicago, di mana beliau telah dapat menerapkan teori pedagogi secara langsung. Dewey kemudiannya meninggalkan Universiti Chicago dan menjadi profesor falsafah di Columbia University (1904-1930) dan menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika (1905). Jasa dan Sumbangan John Dewey adalah seorang ahli falsafah dan pendidik Amerika yang mengasaskan pragmatisme, pemikiran falsafah pemikiran yang popular pada awal abad ke-20. Beliau juga berperanan penting dalam pergerakan progresif dalam pendidikan dan yakin bahawa pendidikan terbaik melibatkan pembelajaran melalui perbuatan (Learning by doing). Dewey juga telah menerbitkan lebih daripada 1,000 buku, esei, dan artikel mengenai pelbagai subjek termasuk pendidikan, seni, alâm, falsafah, agama, budaya, etika dan demokrasi sepanjang kariernya selama 65 tahun. Antara penerbitannya ialah Sekolah dan Masyarakat (1900), Anak dan Kurikulum(1902), Bagaimana Kami Berfikir (1910), Pengalaman dan Alam (1925), Falsafah dan Tamadun 1931), dan Mengetahui dan Dikenali (1949). Dewey meninggal dunia pada 1 Jun 1952, di New York City, New York. 2. Profesor Dato' (Dr) Ungku Omar bin Ahmad Profesor Dato' (Dr) Ungku Omar merupakan antara saintis dan tokoh perubatan Melayu terawal di tanah air yang turut berpengaruh dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Beliau juga dikenali sebagai 'Doktor Radio' kerana perjuangan beliau bukan sahaja melalui kertas-kertas


kerja, malah turut menyampaikan ceramah-ceramah berkenaan kesihatan dan sains yang boleh didengari menerusi Radio Malaysia. Latar Belakang Ungku Omar merupakan kerabat diraja Johor yang dilahirkan tanggal 18 Januari 1931 di Johor Bahru. Ayahandanya bernama Ungku Ahmad Ungku Umar dan bondanya Ungku Kintan Maimuna Ungku Abdul Rahman. Beliau mengahwini sepupunya Tengku Khatijah Tengku Sulaiman pada tahun 1952 dan mempunyai enam orang anak. Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak serta sekolah agama sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Ungku Omar meneruskan pelajaran di Universiti Malaya Singapura (terus masuk tahun kedua) dan lulus dengan Ijazah Perubatan dan Bedah (M.B.B.S) pada tahun 1957. Beliau menjalani housemanship di Johor Bahru dan seterusnya berkhidmat di Pusat Penyelidikan dan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur sebagai pegawai perubatan dan penyelidikan dan kemudiannya memperolehi diploma dalam bahagian patologi (ilmu perubatan yang mengkaji sebab-sebab, tanda-tanda dan cara-cara mengubati penyakit) daripada Royal College of Physician London dan Royal College of Surgeons England (1962). Keemerlangannya diteruskan dan dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dalam Clinical Chemistry (1965) dan turut menjadi ahli Institute of Biology, London. College of American Pathologist Amerika Syarikat pula mengangkat beliau sebagai Ahli Kehormat Kolej tersebut dua tahun selepas itu. Kerjaya Ungku Omar pernah berkhidmat sebagai Pendaftar di Jabatan Patologi di Royal Free Hospital, School of Medicine, London (1962) dan kemudian berkhidmat pula sebagai Pendaftar Kanan di jabatan yang sama dan diterima menjadi ahli College of Pathologist, London (Mohd Zamberi, 2011). Ungku Omar muncul sebagai anak Melayu terawal berkelulusan tinggi dalam bidang penyelidikan dan perubatan. Tahap intelektualnya terbukti tinggi dan selayaknya beliau dilantik menjadi anak Melayu pertama memegang jawatan Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan sebaik sahaja pulang ke Malaysia (1965). Jasa dan Sumbangan Berkat kebijaksanaan beliau memimpin, Pusat Penyelidikan Perubatan menjadi buah mulut dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara serta menjadi tumpuan dunia. Majalah-majalah penyelidikan dan kesihatan di peringkat kebangsaan turut menyiarkan dan menerbitkan hasil penyelidikan beliau. Dapatan penyelidikan beliau mengenai taraf kesihatan penduduk luar bandar pernah menggemparkan negara. Kadar kematian yang jauh lebih tinggi berbanding penduduk di bandar dan kadar kemiskinan yang turut berkait dengan pelbagai jenis penyakit seperti malaria dan kepialu telah membuka mata banyak pihak. Beliau


juga bertindak mengunjungi kampung-kampung untuk berkongsi mengenai penjagaan kesihatan dan memahami permasalahan mengenainya dalam kalangan penduduk. 3. Zainal Abidin bin Ahmad 2.1 ТОКОН-ТTOKOH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Zainal Abidin bin Ahmad Latar Belakang Tokoh Za'ba, atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 November 1895 di Kampung Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Bapanya bernama Ahmad bin Ibrahim berketurunan Bugis, sementara ibunya bernama Intan Awaluddin dari suku Minangkabau. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kuala Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Pada 10 Januari 1910, beliau meneruskan pengajiannya di St. Paul Institution, Seremban. Za'ba mendapat biasiswa sebanyak $5.00 sebulan dari kerajaan Negeri Sembilan ketika itu. Pada akhir 1915, beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Kuala Lumpur dan mendapat cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Beliau menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Pada tahun 1947, beliau bertugas sebagai pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS), London. Beliau bersara pada tahun 1951 dan seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura selama enam tahun (1953-1958). Za'ba dianugerahkan gelaran pendeta oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS'50) berupa songkok. Anugerah ini disampaikan oleh Cikgu Muhammad Noor bin Ahmad,


naib pengerusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya ketiga di Johor Bahru pada 16-21 September 1956. 2 Tokoh-tokoh Pendidikan Mengikut Era Penglibatan Za'ba dalam bidang pendidikan bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru sementara di sekolah lamanya iaitu sekolah St. Paul, Seremban selepas tamat persekolahan. Beliau kemudiannya menjadi guru sementara di kampungnya di Batu Kikir. Za ba kemudiannya memohon untuk menjadi guru di Johor Bahru, kerana beliau mempunyai kelayakan Senior Cambridge dan diterima mengajar di Bukit Zaharah Government English School pada tahun 1916 sebelum ditukarkan ke Johor Government English School yang sama tarafnya dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada masa itu. Sekolah ini hanya mengajar anak orang Melayu golongan atasan di Johor. Kerjaya Za'ba berkembang pesat apabila beliau menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1918. Beliau mengajar dan menjadi penyelia bagi pelajaran Bahasa Melayu ketika itu. Penglibatannya dalam bidang pendidikan seterusnya berkembang seperti berikut: (a) 1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar. (b) 1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur. (c) 1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. (d) 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942. (e) 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951. (f) 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959. Semasa bertugas di Sultan Idris Training College (SITC), penulisannya tentang pendidikan dan bangsa Melayu dan pelbagai kritikan yang lain disampaikan dalam akhbar seperti Lembaga Melayu dan Utusan Melayu. Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun. Sumbangan Za'ba dalam Kemajuan Bahasa Melayu: Aspek Tatabahasa Za'ba meletakkan asas golongan kata dan golongan ayat bahasa Melayu. Beliau menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama, iaitu kata nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan. Golongan utama itu pula dipecahkan lagi kepada subgolongan. Contohnya, di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Membahagikan Kata Sifat kepada 'Sifat Nama' dan 'Sifat Kata'


Za'ba meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat. Istilah sekarang bagi sifat nama ialah adjektif dan sifat kata ialah adverba. Menggolong Ayat Bahasa Melayu kepada Ayat Selapis, Ayat Berlapis, Ayat Berkait, Ayat Bercampur. Jenis ayat pula terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Selain itu, Za’ba juga memperkatakan aspek ragam ayat dengan memperkenalkan istilah ayat bangun membuat bagi ayat aktif dan ayat bangun kena buat bagi ayat pasif. 2.2.1 Tokoh Pendidikan Islam Tokoh Pendidikan Pramerdeka dan Pascamerdeka Indonesia 4. Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (HAMKA) HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah juga dikenali sebagai Buya Hamka atau Pak Hamka merupakan penulis dan ulama terkenal Indonesia yang menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam pelbagai genre dan bidang ilmu meskipun tidak mendapat pendidikan tinggi secara formal dan hanya berbekalkan pengalaman hidup. Hamka juga https://ppi-iium.org/ merupakan seorang ulama, politikus dan pendidik dakwah-dengan-hati-ala- yang amat disegani bukan sahaja di Indonesia malahan buya-hamka/ masyarakat di Asia Tenggara. Latar Belakang


Hamka dilahirkan di Nagari Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908. Ayahnya dikenali sebagai Haji Rasul atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) dan ibunya bernama Siti Shafiyyah. Panggilan Buya atau Ayah diperolehi ketika hayatnya merupakan panggilan penghormatan masyarakat Minangkabau yang berasal daripada bahasa Arab. Hamka berkahwin dengan Siti Raham binti Endah Sutan selama 43 tahun sebelum isterinya meninggal dunia pada tahun 1972 dan memiliki 10 orang anak. Setelah kematian isterinya, Hamka kemudiannya berkahwin dengan Hajjah Siti Khadijah. Pendidikan Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau dan hanya belajar setakat gred 2 serta dikatakan belajar di sekolah kampung SMKA Sultan Muhammad (belajar Sains Umum, literasi, numerasi) pada sebelah pagi dan belajar di Sekolah Diniyah pada sebelah petang. Ketika berumur 10 tahun pula, ayahnya membuka Thawalib iaitu sekolah fardhu ain di mana beliau belajar dan menguasai bahasa Arab dan tidak lagi menghadiri kelas di sekolah kampung. Beliau juga menjadikan cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya dan banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik serta menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan kepada bahasa Arab. Dikatakan perceraian kedua ibu bapanya kemudiannya menjadikan beliau budak nakal dari hari ke hari dan menimbulkan kemarahan bapanya. Beliau lebih lebih suka mengikut kata hatinya dalam mencari ilmu dan pengalaman. Seawal usia 16 tahun beliau telah berhijrah dan menuntut pelbagai bidang ilmu di Tanah Jawa dan tinggal bersama bapa saudaranya serta mendapat peluang untuk mengikuti perbincangan dan latihan yang dianjurkan oleh gerakan-gerakan Islam, Muhammadiyah dan Sarekat Islam. Selain belajar dengan pergerakan Islam, beliau juga mengembangkan pandangannya tentang gangguan terhadap kemajuan Islam oleh pengkristianan dan komunisme. Ketika di Jawa, beliau aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan agama serta beliau belajar dengan Bagoes Hadikoesoemo, HOS Tjokroaminoto, Abdul Rozak Fachruddin dan ramai lagi tokoh-tokoh lain. Beliau telah mula berdakwah dan pernah merantau hingga ke Mekah untuk mendalami ilmu agama dan bahasa Arab serta berkesempatan menunaikan haji. Kerjaya dan Bidang Politik Selepas pulang dari Mekah, Hamka menjadi guru agama di Medan (1927) dan Padang Panjang (1929), Indonesia. Beliau kemudiannya dilantik menjadi pensyarah di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang (1957-1958) dan kemudiannya dilantik sebagai Rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustapo, Jakarta. Seterusnya beliau dilantik pula menjadi Pegawai Tinggi Agama (1951-1960) oleh Menteri Agama Indonesia. Ulama tersohor ini mempunyai pelbagai jenis kepandaian dan kemahiran seperti mengarang, berkhutbah, ceramah, memberi syarahan dan kuliah subuh, membaca


buku, tilawah al-quran serta sering kali menjadi pakar rujuk mengenai masalah keluarga dan urusan peribadi. Hamka juga merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Jasa dan Sumbangan Selain merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia, antara penglibatan dalam bidang Politik dan Agama Hamka seperti: (1) Anggota parti politik Sarekat Islam Indonesia (1925) (ii) Menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan yang bertujuan untuk menentang kemaraan kembali penjajah Belanda ke Indonesia selain menyuarakannya melalui pidato dan syarahannya (1945) . (iii) Ketua Front Pertahanan Nasional, Indonesia (1947) (iv) Anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama Pilihan Radonosmum 1955 beliau menjadi sebelum diharamkan oleh pemerintah Indonesia (1960) (v) Penglibatannya yang aktif dalam bidang politik sehingga berlaku salah faham dan dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro- Malaysia (1964-1966) (vi) Setelah dibebaskan menjadi ahli Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia (vii) Hamka juga aktif dalam gerakan Islam seperti pertubuhan Muhammadiyah iaitu bermula tahun 1925 bagi menentang khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat. Hamka merupakan aktivis politik dan penulis terkenal di nusantara termasuklah Malaysia dan Singapura. Penulisannya mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk falsafah, kesusasteraan, agama, tafsir, biografi, sejarah, sosiologi dan politik sama ada Islam atau barat. Darah seni yang diwarisi daripada ibunya menjadikan Hamka terkenal sebagai sasterawan terkemuka. Ilmu seni yang mengalir dalam darahnya diungkap dalam susunan pidatonya, tulisan ilmiah, tafsir al-Azhar, dan cerita-cerita rekaan beliau. Antara karya Hamka yang terkenal dan diulang cetak ialah Tafsir al-Azhar, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. Anugerah yang diperoleh oleh Hamka antaranya Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir (1959), Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta (1960) dan Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974). Anak yang dikatakan pada awalnya menjadi nakal kerana terkesan dengan perpisahan ibu bapanya ini berakhir dengan menjadi seorang yang dikenang kerana ketinggian ilmu dan sumbangannya meskipun beliau telah lama tiada. Buya Hamka meninggal dunia pada 24 Julai


1981 pada usia 73 tahun namun namanya tetap meniti di bibir rakyat Indonesia sehinggalah ke hari ini. 5. Michael Fullan Michael Fullan adalah Pengarah Kepimpinan Global bagi New Pedagogies for Deeep Learning (NPDL) yang melaksanakan reformasi pendidikan dengan mandat untuk membantu mencapai tujuan pembelajaran bagi kanak-kanak di seluruh dunia. Beliau merupakan seorang penulis, speaker dan konsultan pendidikan. Beliau dikenali seantero dunia kerana kepakarannya dalam reformasi pendidikan dan telah banyak memberi konsultansi sekolah-sekolah, kumpulan guru, institut penyelidikan dan kerajaan. Michael Fullan dilahirkan pada tahun 1940 di Toronto, Ontario. Fullan memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sosiologi dari University of Toronto (1969). Kerjaya Fullan pernah bertugas sebagai guru siswazah, penyelidik dan pemimpin bag program-program dalam perkhidmatan. Fullan juga merupakan bekas dekar Institut Pengajian Pendidikan Ontario (OISE), Universiti Toronto (1996). Bela memberikan nasihat kepada pembuat dasar dan pemimpin tempatan di seluruh dunia agar menunjukkan kepimpinan dalam pendidikan. Beliau mengundurkan diri pada tahun 2003 sebagai dekan dan berkhidmat sebagai Profesor Emiritua Fullan juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Dasar Khas dalam Pendidikan kepada Premier of Ontario (2004-2013). Jasa dan Sumbangan NPDL adalah perkongsian global yang bertujuan untuk melaksanakan tujuan pembelajaran mendalam (bermakna) dalam sistem pendidikan yang diaktifkan oleh pedagogi baru dan


dipercepat oleh teknologi. NPDL. digerakkan oleh empa elemen yang digabungkan untuk membentuk pedagogi baru iaitu perkongsi pembelajaran (learning partnership), persekitaran pembelajaran (learning environments), amalan pedagogi (pedagogical practices) dan pemanfaatan digital (leveraging digital), Di Malaysia konsep NPDL ini dikenali sebagai Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Sehingga lewat 1990-an, para pendidik dan penggubal dasar telah banyak membincangkan keperluan tentang kemahiran abad ke 21 iaitu critical thinking (pemikiran kritikal), creativity (kreativiti), communication (komunikasi) dan collaboration (kolaborasi). Michael Fullan menyatakan bagi kompetensi pembelajaran bermakna (deep learning competencies), murid perlu kepada Enam Kompentensi Global bukan hanya empat iaitu penambahan dua lagi C citizenship (kewarganegaraan) dan character education (pendidikan karektor). Fullan juga banyak membincangkan tentang teori perubahan dan antara penulisan berkaitannya ialah Change Theory- A force for School Improvement. Anugerah Michael menerima Order of Canada pada Disember 2012 kerana pencapaiannya dalam bidang reformasi pendidikan, sarjana, guru, penulis dan penasihat kepada kerajaan Kanada. Beliau juga merupakan pemegang gelaran Doktor Kehormat dari beberapa universiti di Amerika Utara dan luar negara. 6. Dato' Razali Ismail Razali Ismail merupakan bekas Timbalan Menteri Pelajaran (18 Mac 2008-28 November 2008). Beliau pernah menjadi pensyarah di beberapa Maktab Perguruan sebelum menjadi Pengetua di institusi tersebut dan mengetuai Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Beliau merupakan pemimpin berjiwa rakyat dan sangat berjasa terutamanya bagi para guru di seluruh Malaysia dan juga rakyat Terengganu.


Latar Belakang Razali Ismail dilahirkan pada 25 Jun 1949 di Hulu Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan anak kepada Ismail Mohamad dan Siah yang mana bapanya pada asalnya merupakan penoreh getah. Kehidupan Ismail dan Siah agak sukar kerana menanggung anak yang ramai. Razali berkahwin dengan Datin Nooraini Lob Yusoff dan dikurniakan lima orang cahaya mata lelaki. Beliau turut meminati bidang kebudayaan (termasuk penulisan skrip dan mengarah drama) dan kemasyarakatan. Pendidikan Razali mula bersekolah di tahun satu pada tahun 1956, kemudian di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan mendapat Higher School Certificate (HSC). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya (1970) dan ketika menunggu keputusan tahun akhir di Universiti Malaya beliau dijemput untuk menjadi tenaga pengajar di Sekolah Adabi di Kuala Terengganu. Razali telah memanfaatkan peluang mengajar tersebut sebagai persediaan dan latihan untuk memperoleh diploma pendidikan (Sharif Putera, 2012). Beberapa tahun kemudian beliau berpeluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Universiti Birmingham, United Kingdom Kerjaya dan Dunia Politik Setelah memperoleh diploma pendidikan, Razali memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan (1974) dan kemudiannya menjadi pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia antaranya Maktab Perguruan Kent dan Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Beliau pernah menjawat jawatan timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik sebagai pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan berpindah ke Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (2001) dan dilantik sebagai Pengarah BPG, Kementerian Pelajaran pada 1 Januari 2003. Beliau turut melibatkan diri dengan dunia politik tanah air dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan berjaya menyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu setelah menewaskan lawannya daripada PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Razali juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Razali berjaya mengalahkan calon dari PAS, Mohamad


Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas). Semasa hayatnya beliau sempat memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran bermula 18 Mac 2008 hingga 28 November 2008 dan merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Jasa dan Sumbangan Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab melonjakkan prestasi UPSR, PMR dan SPM di Terengganu semasa menjadi Pengarah Pelajaran di Terengganu. Beliau juga cukup prihatin terhadap sekolah pedalaman di Terengganu dan berjaya mengusahakan agar kebanyakan sekolah berkenaan dapat dihubungi melalui jalan raya dan turut cakna terhadap pendidikan anak- anak di kawasan pedalaman. Usahanya diteruskan semasa di BPG dan beliau telah melawat sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan cuba merasai sendiri liku-liku perjalanan yang memenatkan dilalui oleh guru-guru di pedalaman. Salah satu usahanya yang sangat berharga ialah menaik taraf maktab perguruan kepada tahap institut yang turut merubah organisasi dan jawatan yang terlibat. Pengetua Maktab ditukar kepada Pengarah Institut Perguruan (Institut Pendidikan Guru) dan beliau turut mengusahakan perluasan kursus ditawarkan daripada peringkat diploma kepada peringkat ijazah. Razali juga telah mengilhamkan agar institut perguruan mengambil pelajar cemerlang lepasan SPM secara terus untuk membuat ijazah di institut tersebut bermula tahun 2005 dan banyak lagi kejayaan-kejayaan lain. j-QAF (jawi, Quran, bahasa Arab dan pelajaran fardhu ain) dicetuskan semasa Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat BPG. Usaha itu masih diperingkat awal sebelum Razali meninggalkan BPG dan menceburkan diri dalam bidang politik. Draf kertas cadangan diketuai sendiri oleh Razali dan dibantu pegawai JPNJ dan guru dan dihantar kepada Perdana Menteri pada 2004. Setelah menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu, beliau menjadi ahli parlimen sepenuh masa dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan serta menumpukan tugasnya berhadapan tuntutan dan isu rakyat setiap hari. Selain dilantik menjadi Pengerusi PTPTN (13 Julai 2004), fokus utamanya ialah Dewan Rakyat dan rakyat. Hari-harinya penuh dengan pelbagai aktiviti, beliau sememangnya pemimpin berjiwa rakyat. Fokus utama beliau selepas menyandang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran pula ialah sekolah pedalaman dan sekolah-sekolah dalam bandar yang berprestasi rendah. Beliau membuat tinjauan ke sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak serta sekolah orang asli di semenanjung. Beliau juga pernah dipertanggungjawabkan menjaga Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang pada usia 59 tahun. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut tersebut.


Meskipun menjadi Timbalan Menteri Pendidikan tidak sampai setahun, jasa dan sumbangannya terhadap dunia pendidikan tidak dinafikan. Kepimpinan dan semangat wakil rakyatnya turut disenangi oleh parti pembangkang. Bagi menghargai jasa dan sumbang bakti beliau yang juga merupakan tokoh politik berjiwa rakyat terutamanya kepada anak didik Terengganu, namanya telah diabadikan pada dua institusi pendidikan di Terengganu. Pada 16 Januari 2009, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menyempurnakan hasrat kerajaan dengan merasmikan nama Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu bersempena nama Allahyarham. "Tidur saya sebagai guru, sedar saya sebagai guru. Hidup saya sebagai guru dan mati juga dalam guru." Pengakuan Allahyarham Dato' Razali Ismail Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran kepada Setiausaha Sulitnya, Mohd Shahar Abdullah. 7. Ibnu Khaldun Ibnu Khaldun seorang cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke- 14 merupakan pakar dalam pelbagai bidang antaranya sosial, sejarah, politik, pendidikan, ekonomi dan falsafah. Ibnu Khaldun dikatakan telah menghasilkan biografinya sendiri dengan baik bermula zaman kanak-kanakya sehinggalah hampir penghujung hayatnya. Beliau merupakan sarjana Islam yang disegani seluruh dunia sehingga kin melalui peninggalan karya agungnya, al-Mugaddimah. Beliau turut dikenali sebagai Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial


Moden. Latar Belakang Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad yang dilahirkan Tunisia pada 1332 Masihi dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Sejarawan Islam ini berasal dari keluarga berada dan terpelajar yang membolehkannnya mendapatkan pendidikan yang terbaik. Pendidikan Guru pertamanya ialah bapanya sendiri yang mengajarnya tentang fiqh dan bahasa Arab. Ibnu Khaldun sudah dididik membaca al-Quran sejak kecil dan turut mempelajari himpunan hadis yang diiktiraf oleh Mazhab Maliki, asas akidah Islam, asas figh dan elemen tasawuf. Ibnu Khaldun mempelajari dan menghafal al-Quran di bawah tunjuk ajar Muhammad Ibni Sa'd Ibni Burral, mempelajari sastera persajakan dengan gurunya Muhammad Ibni Sahr, manakala guru-guru Ibnu Khaldun dalam bidang hadis dan figh pula termasuklah Shams al-Din Muhammad al-Jabir dan Abd al-Salam al Hawwari. Beliau turut menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia belasan tahun lagi seperti ilmu logik, matematik, falsafah sains tabii dan metafizik. Selain itu, ilmu bahasa, biografi, sejarah dan seni penulisan akademik yang berkaitan juga turut dipelajarinya. Penulisannya agak matang walaupun menulis ketika masih remaja dan ketika berusia 18 tahun, beliau terpaksa berhenti belajar akibat Tunisia ditimpa wabak taun (749H) dan kemudian kembali melanjutkan pengajian tinggi dengan guru dan ulama terkenal ketika tinggal di Fez, Maghribi. Sekitar tahun 1375, Ibnu Khaldun berhijrah ke Granada, Sepanyol. Sekali lagi beliau merantau lantaran keadaan politik yang tidak stabil. Beliau ke Algeria, Bougie dan akhir sekali ke Mesir yang menjadi destinasi akhirnya. ТОКОН-ТОКОН PENDIDIKAN MENGIKUT ERA Jasa dan Sumbangan Ilmuan terkemuka ini mampu menganalisis tamadun dari segi formula, faktor kegemilangan dan kejatuhannya. Keupayaannya memberi tafsiran sejarah berdasarkan ekonomi, psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi sangat dikagumi. Antara jawatan penting Ibnu Khaldun dalam negara: (i)Berkhidmat selama lebih 20 tahun untuk beberapa negara antaranya Tunisia, Maghribi, Andalus dan di Timur Tengah. (ii) Dilantik menjadi duta besar, menteri dan ahli majlis penasihat sultan (iii) Dilantik menjadi kadi (iv) Diberikan gelaran Waliyuddin ole Sultan Mesir ketika itu, Sultan Burqug (v) Guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain.


(vi) Dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Meskipun terkenal sebagai ahli sosiologi dan juga sejarah, Ibnu Khaldun turut menyumbang kepada bidang pendidikan. Pandangannya berkaitan pendidikan adalah hail pengalaman dalam menuntut ilmu sehinggalah menjadi ilmuan yang dikenali. Buktinya kitab al-Mugaddimah yang dihasilkan menjadi rujukan penting sehingga ke hari in dan sudah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa (Abidin, 2017). Perincian karya agung Ibnu Khaldun Al- Mugaddimah: (i)Kitab al-Muqaddimah merupakan jilid pertama kitab al-Ibar (Karya pertama Ibnu Khaldun) yang mempunyai tujuh jilid. (ii) Peringkat awal penulisan Muqaddimah sebagai penulisan mengenai sejarah orang Arab dan Barber tetapi turut mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik dan ekonomi. (iii) Ketinggian pemikiran dan ilmu beliau dalam kitab al-Mugaddimah telah diiktiraf oleh sarjana Muslim dan Barat. (iv) Kitab itu menjadi kemuncak karya pemikiran dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan mempunyai huraian jelas terutama hukum-hukum berkaitan ilmu sains sosial atau sosiologi. Ketinggian ilmunya terbukti dalam pelbagai bidang antaranya berkaitan ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ideanya berkaitan dengan peranan keraiaan diguna pakai sehingga ke hari ini yang mana baginya tugas kerajaan hanya terhad kepada: (i)Mempertahankan rakyatnya daripada keganasan (ii)Melindungi harta persendirian (iii) Menghalang penipuan dalam perdagangan dan (iv) Mencetak dan menguruskan penghasilan wang (v)Melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tapa paksaan. Beliau juga merupakan individu yang memajukan teori nilai dan hubung kair dengan tenaga buruh (berkaitan ekonomi) dan memperkenalkan pembahagian tenaga kerja dan menyokong pasaran terbuka. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 1406 Masihi ketika berusia 76 tahun di Kaherah, Mesir dengan meninggalkan nama yang cukup gah hingga ke hari ini.


8. Khoo Kay Kim Latar Belakang Tokoh Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim ialah seorang Sejarawan Malaysia yang terkenal dan merupakan seorang Profesor (Sejarah) di Universiti Malaya. Khoo Kay Kim dilahirkan pada 28 Mac tahun 1937 di Kampar, Perak. Beliau berketurunan Cina peranakan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Methodist Anglo-Chinese di Teluk Intan (ketika itu dikenali sebagai Teluk Anson) sebelum menyambung pendidikan menengah di St. Michael Institution di Ipoh. Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau memperoleh ijazah B.A. (Hons.) dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah dari Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974. Tesis (PhD beliau bertajuk The Beginning of Political Extremism in Malaya 1915 - 1935. Profil kariernya bermula di Universiti Malaya, Kuala Lumpur selepas 2 tahun meniadi tutor dari tahun 1964 hingga tahun 1966. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun1968. Dari bulan Mei tahun 1973 hingga tahun '1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan kemudiannya sebagai Profesor JabatanSejarah pada bulan Mei tahun 1975. Beliau dilantik sebagai seorang Profesor sehingga persaraannya pada 1992. Beliau juga pernah menjadi dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dari 1984 sehingga 1986.


Beliau telah dianugerahkan pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M) Persekutuan pada bulan Jun tahun 1983. Beliau juga dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato' pada bulan April tahun 1987. Profesor Khoo Kay Kim juga dianugerahkan 'Profesor Emiretus' oleh Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau juga merupakan penerima pelbagai anugerah seperti Fellowship Persatuan Sejarah Malaysia (2012), Tokoh Akademik Negara <e-10, mendapat anugerah Merdeka Award 2018 untuk kategori Pencapaian Kecendekiawanan Terbilang disampaikan ole Sultan Perk, Sultan Nazrin Shah. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada 28 Mei 2019, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada usia 82 tahun. Sumbangan Tokoh Membina dan Menggubal Rukun Negara selepas Peristiwa 13 Mei 1969 3eliau merupakan salah seorang daripada tokoh yang terlibat dalam )enggubalannya dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Penggubalan Rukun Negara diusahakan oleh Majlis Perundingan Negara atau (MAPEN), lipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Rukun Negara bertujuan membentuk reharmonian pelbagai bangsa di Malaysia. Pengasas Pusat Sukan Universiti Malaya Beliau juga merupakan pelopor kepada program ijazah sarjana muda sains iukan di negara ini. Tetua Pemeriksa Kertas Sejarah STM Lembaga Peperiksaan Malaysia Beliau merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Rebangsaan dan Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dari tahun .970 - 1997, beliau juga menjadi ketua pemeriksa Kertas Sejarah II, Sijil TinggiPelajaran Malaysia (STPM) oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Menghasilkan Buku dalam Pelbagai Bidang seperti Sosial dan Sejarah 3anyak buku dihasilkannya tentang sejarah seperti Transformasi & Demokrasi 1971); The Western Malay States 1850 - 1873: The Effects of Commercial Jevelopment on Malay Politics (1972); Pensejarahan Malaysia (1975); A History if Southeast Asia, South and East Asia: Essays and Documents (1977); Panji-)anji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu (1979); Taiping: Ibu Vegeri Perak (1981); Teluk Anson (Teluk Intan): 100 Tahun (1982); Kenegaraan '5 Tahun: Satu Perspektif Sejarah (1983); Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai lumber Sejarah (1984); 100 Years of Kuala Lumpur as Local Authority (1990); His Majesty Sultan Azlan Shah (1991); Malay Society: Transformation and Democratization (1991); Pacific Bank: 75 Years of Service to the Community (1996); Thoughts on Malaysian Historiography (1996); Kuala Lumpur: The Formative Years (1996); The Commemoration of the 40th Anniversary of Federal Hotel, 1957 - 1997 (1997) dan 1, KKK - The Autobiography of a Historian (2017).


Click to View FlipBook Version