The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izmar_usm, 2021-10-22 04:17:19

Buku Mesyuarat Agung PIBG MUC 2021

23 Oktober 2021 (Sabtu)
9.30 Pagi

SABK MAAHAD AL-UMMAH

JALAN JELAPANG
31200 CHEMOR, PERAK.

No. Tel : 05-2012727
No. Fax : 05-2012357

MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

(PIBG)

KALI KE-15 SESI 2021/2022

Tarikh :

23 Oktober 2021M / 16 Rabiul Awwal 1433H

Masa :

9.30 Pagi

Tempat :

Kediaman Masing-masing
(Secara dalam talian @Google Meet)

0

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Kandungan 1
Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-15 2
Aturcara Majlis 3
Sekapur Sireh Yang DiPertua PIBG 4
Seulas Pinang Pengetua Cemerlang 5
Agenda Mesyuarat Agung PIBG 6
Senarai AJK PIBG Sesi 2020/2021 7
Senarai AJK Pengelola Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 8
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 Sesi 2020/2021 9 – 14
Laporan Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2021 15 – 17
Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2020/21 18 – 20
Usul dan Cadangan 21 – 22
AJK PIBG Maahad Al-Ummah Sesi 2021/2022 23

1

NOTIS MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD AL-UMMAH

Jalan Jelapang, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-2012727 Fax : 05-2012357

Assalamualaikum W.B.T Ruj. Kami : MUC.100-13/1/4 bil (20)
Tarikh : 1 Oktober 2021
Ibu Bapa dan Guru
SABK Maahad Al-Ummah
31200 Chemor
PERAK DARUL RIDZUAN

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG MAAHAD AL UMMAH KALI KE – 15 SESI
2021/2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SABK Maahad Al-
Ummah kali ke-15 sesi 2021/2022 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

2.1 Tarikh : 23 Oktober 2021 (Sabtu)
2.2 Masa : 9.00 Pagi
2.3 Tempat : Lokasi Masing-Masing
2.4 Medium : Aplikasi Googgle Meet
(pautan akan diberikan mulai jam 08.30 pagi)

3. Penyertaan tuan/puan ke mesyuarat berkenaan amatlah dialu-alukan.

4. Bersama- sama surat ini disertakan infografik berkaitan pendaftaran kehadiran
untuk diisi oleh ibu bapa/penjaga dan guru. Segala kerjasama yang baik adalah amat
diharapkan. Terima kasih diatas perhatian dan tindakan bersama.

Sekian, wassalam.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HJ. AHYA ARIP BIN NGAH ABDULLAH)
Yang Dipertua PIBG
Maahad Al Ummah

s.k 1.Penasihat

2

ATURCARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15
SABK MAAHAD AL-UMMAH TAHUN 2021/2022

MASA PERKARA
9.00 – 9.30 Pagi
9.30 – 9.35 Pagi  Pendaftaran Ibu Bapa & Guru
9.35 – 9.40 Pagi
9.40 – 9.45 Pagi  Ucapan Aluan Pengacara Majlis

11.00 Pagi  Bacaan Doa

 Ucapan Yang DiPertua PIBG
 Ucapan Penasihat PIBG
 Membentangkan dan Mengesahkan Minit

Mesyuarat Kali Ke-14 2020/2021
 Perkara-Perkara Berbangkit
 Membentangkan, Menerima Penyata Kewangan

PIBG Tahunan Berakhir 31 Disember 2020
 Membentangkan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi

2020/2021
 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021

Dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi
2021/2022
 Pembentangan dan Penerimaan Usul
 Ucapan Penangguhan Oleh YDP PIBG Sesi
2021/2022
 Mesyuarat ditangguhkan

3

SEKAPUR SIREH
YANG DIPERTUA PIBG
MAAHAD AL-UMMAH

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat saya
mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ibubapa dan guru guru yang telah banyak menyumbangkan komitmen dan kerjasama
sepanjang tahun 2020/2021.

Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga
pendidik di sekolah ini bertambah akrab. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ini satu peluang
terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan kesempatan untuk para ibubapa mengetahui
perkembangan dan keperluan sekolah.

Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini, adalah usaha gigih
pelajar, ibu bapa dan guru guru secara bersama dan istiqamah, kejayaan tidak dapat digapai
jika tiada kerjasama daripada semua pihak.

Justeru itu saya menyeru ibubapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada
pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa dah sahsiah
terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan, sikap saling
membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci
kepada kejayaan tersebut.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Maahad Al-Ummah yang telah melaksanakan
tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami walaupun
berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan halangan mendepani cabaran pendidikan era
pendemik Covid-19 yang melanda negara kita sekarang ini.

Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat dari-
Nya.

Sekian, wassalam.

Haji Ahya Arip bin Ngah Abdullah
Yang DiPertua PIBG
Maahad Al-Ummah Sesi 2020/2021

4

SEULAS PINANG
PENGETUA CEMERLANG

MAAHAD AL-UMMAH

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada YDP PIBG Hj Ahya Arip bin Ngah
Abdullah, barisan AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang memberikan komitmen yang padu
kepada pihak sekolah sepanjang tahun 2020/2021.

Sesungguhnya peranan PIBG sangat penting kerana kemajuan sesebuah sekolah bergantung
kepada kekuatan dan peranan PIBG. Benarlah kata peribahasa, bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat, kerana kata sepakat hasil mesyuarat akan membentuk murid-
murid mampu menjadi pemimpin dan berjaya di kemudian hari.

Tahun 2020/2021 merupakan tahun yang mencabar bagi warga pendidikan di Malaysia dan
dunia amnya. Wabak Pandemik Covid-19 telah membawa perubahan ketara dalam sistem
pembelajaran Negara. Sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan selama beberapa kali sejak
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada Mac tahun lalu bagi mengekang
penularan wabak Covid-19 yang melanda, bahkan peperiksaan SPM 2020 juga ditangguhkan
dan akhirnya dilaksanakan pada Mac 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengemukakan penyelesaian dengan
membentuk sebuah manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk
digunapakai oleh semua warga pendidik dengan mencadangkan pelbagai kaedah dan
pendekatan supaya kluster pendidikan dalam negara terus bertahan. Lantaran itu, warga
pendidik memasuki gerbang baru pendidikan yang memerlukan guru-guru meningkatkan
penguasaan mereka dalam teknologi ICT terkini supaya matlamat guru mengajar dan murid
belajar dapat dicapai.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan usaha semua pihak bermula daripada calon-calon
SPM 2020, barisan pentadbiran, guru-guru juga sokongan ibu bapa, keputusan SPM 2020
Maahad Al-Ummah sekali lagi mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan
berbanding keputusan SPM pada tahun-tahun sebelumnya. Tahniah diucapkan.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjaga ukhuwah dan bergerak sederap bertekad
mencipta kecemerlangan demi anak-anak didik di Maahad Al-Ummah khususnya dan untuk
ummah keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.

Haji Abdul Aziz bin Musa
Pengetua Cemerlang
Maahad Al-Ummah

5

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PIBG MAAHAD AL-UMMAH
SESI 2021/2022

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.0 Ucapan Penasihat PIBG
3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali ke-14

2020/2021
4.0 Perkara-perkara Berbangkit
5.0 Membentangkan, Menerima Penyata Kewangan PIBG Tahunan

berakhir 31 Disember 2020
6.0 Laporan Aktiviti Tahunan.
7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 dan Pemilihan Ahli

Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
8.0 Pembentangan dan Penerimaan Usul
9.0 Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2021/2022

6

AHLI JAWATANKUASA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SABK MAAHAD AL-UMMAH
SESI 2020/2021

PENASIHAT
Tn. Hj. Abdul Aziz bin Musa

Yang Dipertua : Tn. Hj. Ahya Arip bin Ngah Abdullah
Naib YangDipertua : Ir. Kamarullaffie bin Hj Ahmad
Setiausaha : En. Ahmad Ramzi bin Mohamad
Bendahari : Pn. Mashitah binti Mohd Sulaiman

Wakil Ibubapa : 1. En. Sazali bin Johar
2. En. Hasni bin Hassan
3. Pn. Nor Azuyua binti Zoolkepli
4. Pn. Fairus binti Hj. Harun
5. Pn. Sofia Maziah binti Mhd Fadzil
6. En. Zaaba bin Mohammad

Wakil Guru : 1. En. Rozaime bin Che Embi
2. Pn. Hjh Haliza binti Ali
3. Pn. Nor Hidayah binti Kasim
4. En. Mohd Fairul bin Mohd Nawawi
5. En. Raino Firhan bin Abd Rahim

Juru Audit Dalaman : 1. En. Azri bin Abdul Bari
2. Pn. Mazni binti Abdul Kadir

7

JAWATANKUASA PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-15

PIBG SABK MAAHAD AL-UMMAH

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
Tn. Hj. Abdul Aziz bin Musa (Pengetua Cemerlang)

Pengerusi Bersama
Tn. Hj. Ahya Arip bin Ngah Abdullah (YDP PIBG)

Timbalan Pengerusi
Tn. Hj. Muhammad Rosli bin Ahmad (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi
Pn. Hajah Razita Akhtar binti Abdul Rahman (PK HEM)

Tn. Hj. Suhaimi bin Latip (PK Kokurikulum)
En. Mohd Hafez bin Ardhi @ Ardzi (PK Dini)

Setiausaha
En. Ahmad Ramzi bin Mohamad

Bendahari
Pn. Mashitah binti Mohd Sulaiman

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pendaftaran / Pentadbir Aplikasi Google Meet
En. Rozaime bin Che Embi (K)
En. Mohd Fais bin Azman

Bacaan Doa
Ustaz Muhammad Muaz bin Mokhtar

Buku Mesyuarat Agung
En. Ahmad Ramzi bin Mohamad (K)
Pn. Mashitah binti Mohd Sulaiman

Pengacara Majlis / Pengerusi Tetap
En. Muhammad Fairul bin Mohd Nawawi

Pencatat Minit Mesyuarat
Cik Nurul Amy Amiera binti Rusli (K)

Cik Salwani binti Ali
Pn. Aimi Fathonah binti Fadzil

8

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 14 /2020-2021
SABK MAAHAD AL-UMMAH, 31200 CHEMOR, PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH: 13 MAC 2020
MASA: 3.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN UTAMA SABK MAAHAD AL-UMMAH
JUMLAH KEHADIRAN: 288 ORANG

AGENDA
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.0 Ucapan Penasihat PIBG
3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali ke-13 2019/2020
4.0 Perkara-perkara berbangkit
5.0 Membentangkan, Menerima Penyata Kewangan PIBG tahunan berakhir 31

Disember 2019
6.0 Laporan Aktiviti Tahunan.
7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa

PIBG sesi 2020/2021
8.0 Pembentangan dan Penerimaan Usul
9.0 Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2020/2021

AGENDA 1: Ucapan Yang Dipertua PIBG
1.1 YDP (Tuan Haji Ahya Arip bin Ngah Abdullah), memanjatkan rasa kesyukuran dan

mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan guru di atas
komitmen serta penglibatan ibubapa.

AGENDA 2: Ucapan Penasihat PIBG
2.1 Pengetua (Tuan Hj Abdul Aziz bin Musa), mengalu-alukan semua kehadiran ibu

bapa. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sebagai tanda
keperihatinan dalam memberikan buah fikiran.
2.2 Pengetua memaklumkan bahawa bahawa SABK Maahad Al-Ummah masih lagi
memerlukan sumbangan daripada semua pihak untuk membeli televisyen litar
tertutup (CCTV) yang akan dipasang di seluruh kawasan sekolah termasuk asrama.
2.3 Beliau juga turut menyatakan ucapan terima kasih kepada semua ajk ibu bapa yang
telah memberi komitmen dalam Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SABK
Maahad Al-Ummah pada sesi yang lepas.
2.4 Beliau berharap agar tahun ini lebih ramai ibu bapa yang tampil secara sukarelawan
untuk menjadi AJK PIBG SABK Maahad Al-Ummah.

AGENDA 3: Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke-13 / 2020
3.1 Encik Ahmad Ramzi bin Mohamad membentangkan minit mesyuarat lepas kali kali

ke-13/2019 dan meminta hadirin menyemak halaman ke 9-15.

9

3.2 Encik Azri bin Abdul Bari mencadangkan agar minit diterima dan disokong oleh
Puan Fairus binti Harun.

AGENDA 4 : Perkara-perkara Berbangkit

4.1 Encik Abdul Rahman bin Darus mengumumkan jumlah Kutipan Ceriathon yang
paling tinggi pada tahun lepas telah dikumpul oleh Encik Johari Bin Abu sebanyak
RM4635.

4.2 Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
telah bersama-sama berusaha mengumpul kutipan Ceriathon bagi memastikan
kawasan SABK Maahad Al-Ummah terus ceria.

AGENDA 5: Membentangkan, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG
tahunan berakhir 31 Disember 2019

5.1 Puan Yasmeen binti Hussain selaku Bendahari membentangkan penyata pendapatan
dan perbelanjaan PIBG tahun 2019/2020 dan meminta hadirin merujuk halaman ke
16-21.

5.2 Puan Nik Norhasliza binti Nik Mohamad mencadangkan laporan kewangan PIBG
tahun 2019 disahkan dan disokong oleh Puan Mazion Aminah binti Adam untuk
diterima.

AGENDA 6: Laporan Aktiviti Tahunan.

6.1 Setiausaha PIBG Encik Ahmad Ramzi bin Mohamad meminta hadirin untuk
merujuk muka surat 23-26 bagi laporan aktiviti pada tahun 2019/2020.

AGENDA 7: Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 dan Pemilihan AJK PIBG
sesi 2020/2021

7.1 Encik Nik Mohd Hafizi mencadangkan YDP dan Naib YDP dikekalkan. Encik Azri
bin Abdul Bari mencadangkan cadangan ini ditutup. Encik Anuar Assadat bin
Hashim mencadangkan cadangan ini diterima.

7.2 Pengetua SABK Maahad Al-Ummah mengumumkan perlantikan Encik Ahmad
Ramzi bin Mohamad sebagai setiausaha PIBG bagi sesi 2020/2021 dan Puan
Mashitah Binti Mohd Sulaiman sebagai Bendahari PIBG bagi sesi 2020/2021.

7.3 Beliau juga mengumumkan akan melantik dua orang AJK baru yang mewakili guru
bagi menggantikan Puan Najlaa Shazana Binti Mohamad yang kini sedang
menyambung pelajaran dan Encik Khairilamri Bin Abdul Rahman yang tidak sihat
sejak kebelakangan ini.

7.4 Perlantikan dua orang AJK baru yang mewakili guru akan diputuskan di dalam
mesyuarat pentadbir dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

7.5 YDP memohon ibu bapa agar sukarela menjadi AJK ibu bapa di dalam PIBG SABK
Maahad Al-Ummah dan hadir mesyuarat sekurang kurangnya empat kali setahun.

7.6 Penasihat PIBG mengumumkan senarai AJK yang mewakili Guru iaitu :

Setiausaha : En. Ahmad Ramzi bin Mohamad (Kekal)
Bendahari : Puan Mashitah Binti Mohd Sulaiman (Baru)
AJK : 1. Puan Haliza binti Ali (Kekal)

10

2. Puan Nor Hidayah binti Kasim (Kekal)
3. En. Rozaime bin Che Embi (Kekal)
4. (akan diputuskan oleh pentadbir)
5. (akan diputuskan oleh pentadbir)
Juruaudit Dalaman 1: En. Azri bin Bari

7.7 Penasihat PIBG meminta cadangan nama untuk dipilih sebagai AJK PIBG dan
mengalu-alukan sekiranya ada kalangan ahli yang ingin menyahut saranan Pengetua
SABK Al-Ummah untuk menjadi ibu bapa yang proaktif dengan menawarkan diri
untuk dilantik sebagai AJK PIBG sesi 2020/2021.

7.8 Berikut adalah senarai AJK PIBG sesi 2020/2021yang telah terpilih mewakili ibu

bapa / pen1jaga:

YDP : Tn Hj Ahya Arip bin Ngah Abdullah

NYDP : Ir Kamarullaffie bin Hj Ahmad

AJK : 1. Encik Sazali bin Johari

2. Encik Zaaba bin Mohamad

3. Puan Sofia Maziah binti Mohd Fadzil

4. Puan Fairus binti Haji Harun

5. Puan Norazuaya binti Zoolkepli

6. Encik Mohd Hasni bin Hassan

Juruaudit Dalaman 2: Pn Mazni binti Abdul Kadir

AGENDA 8: Pembentangan dan Penerimaan Usul
8.1 Usul/ Cadangan dari IbuBapa

USUL / CADANGAN DARI PIHAK IBUBAPA 2020

BIL NAMA USUL / CADANGAN

1 Hasni bin Hassan 1. Terdapat 1 kes di sekolah Grik di mana pelajar

Anak : Nur Aqilah Safiah binti tergelincir lalu kakinya termasuk ke dalam mangkuk

Hasni jamban lalu pecah dan melukai kaki pelajar tersebut.

Ting : 1 Khadijah Oleh itu, saya memohon pihak bertanggungjawab

memeriksa ketahanan perkakas-perkakas di tandas

seperti mangkuk jamban, sinki atau cistern jenis

seramik yang boleh pecah dan membahayakan para

pelajar. Saya mengesyorkan agar pihak sekolah

mengganti baru semua mangkuk jamban, sinki atau

cistern jenis seramik yang sudah lebih 10 tahun bagi

menjaga keselamatan para pelajar di dalam tandas.

Begitu juga dengan lantai yang licin perlu diambilberat.

2. Masalah air yang cepat habis apabila kerap dan ramai
menggunakan air. Pihak sekolah perlu memeriksa
samada saluran paip yang kecil atau tersumbat

110

menyebabkan air lambat masuk ke dalam tangka atau
tekanan yang rendah. Cadangan saya adalah memasang
1 booster pam untuk menarik air masuk ke dalam
tangka. Jadi air akan cepat penuh walaupun banyak
digunakan. Tetapi sebelum tindakan dibuat,
pemeriksaan perlulah dilakukan untuk mencari punca
permasalahan. Air adalah sangat penting bagi menjaga
kebersihan terutamanya bagi perempuan. Masalah air
perlu diambil berat dan diselesaikan segera.

3. Mohon pihak sekolah menyediakan mesin bekal air
osmosis berbalik lebih banyak di kawasan asrama dan
kelas untuk kegunaan para pelajar selain membeli air
mineral di koperasi.

Maklumbalas Penasihat :

1.Tuan Haji Abdul Aziz bin Musa (Pengetua Cemerlang)
SABK Maahad Al-Ummah mengucapkan terima kasih di
atas pandangan dan cadangan. Beliau menjelaskan bahawa
pihak sekolah bersetuju dengan semua cadangan tersebut
sekiranya pihak sekolah mendapat peruntukan dan
penderma. PIBG juga mencadangkan agar ibu bapa
memberi sumbangan. Pengetua juga mengumumkan ingin
melancarkan Peti Aduan Dan Cadangan Maahad Al-
Ummah supaya aduan terus sampai kepada pihak sekolah
tanpa menunggu mesyuarat agung PIBG.

2. Pengetua juga menjelaskan bahawa di asrama terdapat 3
orang penyelia asrama. Pada tahun 2015, pihak sekolah
sudah menggantikan hampir semua tandas asrama yang
rosak. Setiap tahun pihak sekolah mendapat one off bantuan
dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
menaik taraf tandas dan pihak sekolah sudah
menyenaraikan semua kerosakan untuk dibaik pulih. Tahun
ini merupakan tahun ke 4 dan ke 5 keadaan sekolah lebih
baik daripada tahun sebelum ini. Pengetua menjelaskan
bahawa ini hanyalah kebimbangan ibubapa sahaja dan
pihak sekolah telah membaik pulih taraf dari semasa ke
semasa mengikut kadar yg ada daripada KPM. Pengetua
juga memaklumkan pihak sekolah telah menerima RM200
ribu untuk baik pulih sekolah dan bersetuju dengan saranan
ibu bapa untuk terus membaik pulih kemudahan disekolah
sekiranya ada bantuan kewangan yang diterima.

3. Tentang isu air, Pengetua juga memaklumkan bahawa
pihak sekolah telah membelanjakan utiliti air sebanyak
RM5000 lebih untuk kegunaan asrama sahaja. Jika

1122

dibahagikan, murid-murid kita menggunakan air yang
banyak jika murid-murid mandi melebihi 30 minit. Oleh itu,
pengetua ingin mendidik murid-murid untuk mandi selama
5 minit sahaja untuk mengelakkan pembaziran air. Menurut
beliau, kajian dari alam sekitar, mandi yang terbaik adalah
selama 3 minit sahaja. Tagline kita ialah mandi 5 minit
untuk mendidik nak murid dan mengelakkan pembaziran
air. Menurut beliau lagi, pada tahun lepas pihak sekolah
telah menambah 4 tangki air di asrama lelaki 4 dan 2 tangki
air di asrama perempuan tetapi masih tidak cukup. Beliau
juga memaklumkan baru-baru ini ada pemantau dari PPD
untuk meninjau penggunaan air mengikut blok. Beliau
menjelaskan lagi bahawa tangki junjung air yang besar
memang bagus tetapi satu motor telah rosak, beribu-ribu
duit habis dibelanjakan dan ramai yang tiada air seperti di
SMKA kerian dan Sri Perak. Oleh itu, pengetua
menegaskan agar murid-murid untuk mandi seadanya dan
tidak mandi seperti di rumah.

4. Bukan itu sahaja, Pengetua juga menjelaskan bahawa
pihak sekolah telah menyediakan mesin air osmosis
berbalik. Menurut beliau, PIBG telah menanggung bayaran
bulanan Coway sebanyak RM140 sebulan selama 4 tahun.
Namun apa yang terjadi apabila air Coway di dalam mesin
habis, murid -murid tidak sabar menunggu dan
menyebabkan kerosakan filter. Pihak sekolah juga ada
menyediakan vending machine dan koperasi juga turut
menyediakan air untuk mendidik pelajar selama 2 tahun.
Alhamdulillah, sekarang murid-murid sudah mempunyai
kesedaran. Pada tahun lepas, pengetua sudah menempah
satu mesin air dan ada seorang hamba Allah yang ingin
memasang 2 penapis air walaupun tiada anak disekolah.
Pengetua juga memaklumkan terdapat 2 mesin air di
asrama. Baru-baru ini terdapat seorang bapa yang ingin
menderma satu mesin air di asrama. Satu mesin penapis air
sudah ada di asrama lelaki manakala YDPA telah memohon
satu mesin air untuk asrama permohonan dan telah
diluluskan permohonan tersebut. YDPA juga memohon
mesin air second hand dari wakil universiti dari AJK PIBG
dari kalangan ibu bapa.

13

USUL / CADANGAN DARIPADA AJK PIBG

BIL USUL / CADANGAN

1 Pembayaran Sumbangan PIBG bagi sesi persekolahan 2020/2021 adalah seperti berikut:

Bil Jenis kutipan Ting.1 Ting. 2 Ting. 3 Ting.4 Ting.5 Ting. 6
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

1 Sumbangan PIBG 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00

Kecemerlangan 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00
2

Akademik

Kecemerlangan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
3

Bahasa Arab

4 Makmal Komputer 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

Keceriaan dan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
5

Pembangunan

Jumlah (RM) 180.00 180.00 180.00 180.00 180.00 180.00

2. Mohon memberi kebenaran kepada AJK mengeluarkan arahan bagi setiap bayaran yang
dikenakan ke atas pelajar dari semasa ke semasa walaupun berjumlah RM 0.20.
Maklumbalas Ahli Mesyuarat: Diluluskan dengan sebulat suara.

3. Mohon memberi kebenaran kepada AJK mengeluarkan arahan bagi setiap bayaran yang
dikenakan ke atas ibu bapa dan penjaga dari semasa ke semasa bagi menampung perbelanjaan
program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.
Maklumbalas Ahli Mesyuarat: Diluluskan dengan sebulat suara dengan penambahan RM10
yuran PIBG yang baru usul daripada AJK PIBG.

Disediakan oleh:

___________________________
(En. Ahmad Ramzi bin Mohamad)

Setiausaha PIBG 2020/2021
SABK Maahad Al-Ummah

Disahkan oleh:

_______________________________
(Tn. Hj. AhyaArip bin Ngah Abdullah)

YDP PIBG 2020/2021
SABK Maahad Al-Ummah

14

PENYATA

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PIBG MUC
1 JANUARI – 31 DISEMBER 2020

PENDAPATAN TUNAI (RM) BANK (RM)

b/b 1258.00 86,486.37
410.00 40,180.00
Yuran 2020
Hibah 190.00 99.15
Lain-Lain Penerimaan 500.00 1,389.63
Sumbangan YB Dato’ Asmuni Awi 2,358.00 10,000.00
Pelarasan Hasil
Pulangan Sumb. Wang Program 10.00
Lebihan Sumbangan Ceriathon 6,300.00
Wang Runcit (Petty Cash)
Yuran 2021 2,860.00
147,325.15
JUMLAH PENDAPATAN

PERBELANJAAN TUNAI (RM) BANK (RM)

Sumbangan Program (Akademik, HEM & Kokurikulum) 296.00 40,767.00
Pengurusan PIBG 796.00
Mesyuarat Agung PIBG 2020 42.00
TS25 630.00 3,500.00
Makmal ICT 150.00 300.00
Tuntutan Semula Wang 150.00
Membaiki Kamera Sekolah 200.00 6,517.00
Pemasangan CCTV 470.00 4,000.00
Pembelian Amp, Mic dan Speaker 73.00
Pemulangan Sumb. Dewan Terbuka MUC 2011.00 440.00
Penyelenggaraan Penyaman Udara 4,148.00
Pembelian Termometer dan Bateri 2,500.00
Pembelian Khemah 10,000.00
Hari Keluarga Guru
Hari Keluarga Warden 430.00
Jamuan Pengawas Muet 1,250.00
Tuntutan Semula Terlebih Bayar 11,600.00
Tuntutan Semula Salah Akaun 2,400.00
Tuntutan Semula Sumbangan Dari S.U.K 1,000.00
Cenderahati Perpisahan PK1 & PK HEM
Tuntutan Wang Murid Pindah 1,650.00
Pulangan Wang En. Abdullah (Amil)
Caj Bank, Caj Cek Tunai, Caj Buku Cek 43.00
JUMLAH PERBELANJAAN 91,341.00

Baki b/b 347.00 55,984.15

15

KUNCI KIRA – KIRA BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

PENDAPATAN RM
PERBELANJAAN 149,683.15
LEBIHAN 93,352.00
56,331.15

BAKI DI BANK PADA 31 DISEMBER 2019 55,984.15
BAKI DI TANGAN PADA 31 DISEMBER 2019 347.00

56,331.15

Disediakan oleh ; Disemak oleh ; Disemak oleh ;

.............. ......................... ....................................... .......................................
Pn. Mashitah bt Mohd En. Azri bin Abdul Bari Pn. Mazni binti Abdul
Sulaiman Juru Audit Dalaman 1
Bendahari PIBG MUC Kadir
Juru Audit Dalaman 2

Disahkan oleh ;

.............................................
Tn.Hj Ahya Arip bin Ngah

Abdullah
YDP PIBG MUC 2020/2021

16

LAPORAN AUDIT :

KAMI TELAH MEMERIKSA AKAUN PIBG MAAHAD AL – UMMAH YANG
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020 DAN MENGESAHKAN BAHAWA KESEMUANYA
MENGIKUT PERATURAN.

...... ................................. ....................................... .......................................
Pn. Mashitah bt Mohd En. Azri bin Abdul Bari Pn. Mazni binti Abdul

Sulaiman Juru Audit Dalaman 1 Kadir
Bendahari PIBG MUC Juru Audit Dalaman 2

17

LAPORAN AKTIVITI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SABK MAAHAD AL-UMMAH
SESI 2020/2021

PIBG SABK Maahad Al-Ummah sentiasa prihatin dan memberi sokongan padu kepada pihak sekolah
dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid-murid sekolah
ini dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah murid. Untuk mencapai peningkatan prestasi
yang cemerlang dalam ketiga-tiga bidang ini, pihak PIBG telah menghulur pelbagai sumbangan
kepada pihak sekolah. Berikut adalah senarai program-program dan sumbangan PIBG terhadap
kecemerlangan sekolah:

UNIT AKADEMIK

Bil Program/Aktiviti Penglibatan Bil Program/Aktiviti Penglibatan
8 Kem Mutiara Gemilang
1 Pembinan MUCF - Sumbangan Sumbangan
Findland Classroom Kewangan Program Penetapan Target Kewangan
Sumbangan 9 Sumbangan
Jemputan Istitusi Sempena Kewangan Kewangan
2 Sumbangan PT3/SPM/STAM Sumbangan
Kewangan Program Peningkatan Kewangan
Hari Pengumuman SPM Sumbangan 10 Sumbangan
Kewangan Bahasa Inggeris Kewangan
Ihtifal Akademik Keb. Sumbangan 11 Kursus Intensif Tahsin Al- Sumbangan
3 Kewangan Qiraah Kewangan
Sumbangan 12 Naik Taraf Bilik Audio Sumbangan
SERI/SEMI ABIM Kewangan Kewangan
Sumbangan 13 Perkampungan Ilmu SPM Sumbangan
4 Tabung Kecemerlangan Kewangan Jamuan Pengawas SPM, Kewangan
Al-Falah
14
5 Program Tekad Jaya STAM & MUET

6 Ihtifal Kecemerlangan
Bengkel Teknik Menjawab

7
PT3/SPM/STAM

UNIT KOKURIKULUM

Bil Program/Aktiviti Penglibatan Bil Program/Aktiviti Penglibatan
1 Kursus ICT Perak Sumbangan Infak Sempena Ihya Sumbangan
2 Jersi Pasukan Sekolah Kewangan Kewangan
3 SUKTA 2020 Sumbangan 5 Ramadhan Sumbangan
4 Kejohanan KRS Kewangan 6 Hadiah Pertandingan Ihya Kewangan
Sumbangan Sumbangan
Kewangan Ramadan Kewangan
Sumbangan
Kewangan 7 Percetakan Majalah

18

UNIT HEM

Bil Program/Aktiviti Penglibatan Bil Program/Aktiviti Penglibatan
7 Hari Keluarga Warden
Program Silaturrahim Sumbangan Sumbangan
1 Kepimpinan Kewangan 8 Lawatan Penanda Aras Kewangan
Sumbangan Sumbangan
2 Program Guru Penyayang Kewangan 9 Program Hari Malaysia Kewangan
& Sumur Sumbangan Kerusi Tambahan Dewan Sumbangan
Kewangan Kewangan
3 Program Badan Sihat Sumbangan 10 Makan Sumbangan
Minda Cerdas [Basimic] Kewangan Pembelian SMART TV Kewangan
Sumbangan Sumbangan
Anugerah Terbaik Kewangan 11 Kewangan
4 Kehadiran Kelas Sumbangan Asrama Sumbangan
Kewangan Program Cakna PdPR & Kewangan
Pertandingan Pengurusan
5 12
Ziarah Prihatin
Kelas

6 Program Kebajikan Murid

LAIN-LAIN

Bil Program/Aktiviti Penglibatan Bil Program/Aktiviti Penglibatan
Membaiki Kamera Sumbangan 9 Membeli Khemah (Void) Sumbangan
Kewangan Kewangan
1 Sumbangan Sumbangan
Sekolah Kewangan Kewangan
Sumbangan Sumbangan
2 Pemasangan CCTV Kewangan 10 Membeli Khemah Kewangan
Sumbangan Sumbangan
3 Membeli Amp, Mic Dan Kewangan 11 Projek 1 Kelab 1 Taman Kewangan
Speaker Sumbangan (TS25) Sumbangan
Kewangan Kewangan
Penyelegaraan Penyaman Sumbangan 12 Membaiki Printer ICT Sumbangan
4 Kewangan Kewangan
Sumbangan Sumbangan
Udara Kewangan Kewangan
Sumbangan Sumbangan
Membeli Termometer Dan Kewangan Menyebar Luas Capaian Kewangan
5 13

Bateri Internet Sekolah

6 Membeli Peralatan 14 Program LASAK STAM
Makmal ICT

Baiki & Servis Penyaman 15 Program Imadur Ramadhan
7 Udara ICT

Cenderahati Perpisahan 16 Program Sekolahku Indah
8 PK1 & PK HEM

19

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020/2021

Bil Nama 6/7/20 25/9/20 21/5/21 27/8/21 JUMLAH
1. Tn. Hj Ahya Arip Bin Ngah Abdullah √ √ √ √ 4/4
2. Ir. Kamarullaffie Bin Hj Ahmad √ X √ √ 3/4
3. En. Ahmad Ramzi Bin Mohamad √ √ √ √ 4/4
4. Pn. Mashitah binti Mohd Sulaiman √ √ √ √ 4/4
5. En. Sazali Bin Johar √ √ 2/4
6. En. Hasni Bin Hassan √ X X X 3/4
7. Pn. Sofia Maziah binti Mhd. Fadzil √ X √ √ 3/4
8. Pn. Nor Azuyua Binti Zoolkepli √ √ √ √ 4/4
9. Pn. Fairus Binti Hj. Harun √ √ √ √ 4/4
10. En. Zaaba Bin Mohammad √ X √ √ 3/4
11. En. Rozaime Bin Che Embi √ √ √ √ 4/4
12. Pn. Hjh Haliza Binti Ali √ √ √ √ 4/4
13. Pn. Nor Hidayah Binti Kasim √ √ √ √ 4/4
14. En. Mohd Fairul Bin Mohd Nawawi BL √ √ 2/2
15. En. Raino Firhan Bin Abd Rahim BL BL √ √ 2/2
√ √
Jumlah keseluruhan BL 9/13
14/15 14/15
13/13

Petunjuk :

√ Hadir
X Tidak Hadir Dengan Maklum
0 Tidak Hadir Tanpa Maklum
BL Belum Dilantik

20

USUL / CADANGAN DARI PIHAK IBUBAPA 2021

BIL NAMA USUL / CADANGAN
1 Pencadang: Alias Bin Isa 1. Bilik air f1 selalu kekurangan air kalau boleh buat

Anak : Putry Masya Illya Binti sambungan terus ataupun tukar kepada tangki yang lebih

Alias besar sesuai dengan kapasiti pelajar yang akan

Ting : 1 Aisyah menggunakan air..

2. Minta dikembalikan mesin basuh atau disediakan tempat

untuk membasuh supaya pelajar tidak membasuh

pakaian diatas lantai bilik air yang akan menyebabkan

lantai licin dan merbahaya.

3. Kebanyakan locker sudah uzur mohon dibaiki atau

diganti baru.

4. Kalau boleh makanan yang disediakan di kantin tidaklah

mengulangi menu yang sama , Pelajar perlu makanan

yang berkhasiat dan seimbang agar mereka dapat belajar

dengan sempurna.

2 Pencadang: Nor Ilyana Binti 1. Saya mohon jasa baik pengetua membenarkan anak saya

Mohd Fadzil menginap semula di asrama. Memang saya faham

Anak : Nur Damia Humaira keadaan asrama perempuan yang penuh tetapi saya

Binti Farizal percaya pihak tuan boleh selesaikan masalah ini dengan

Ting : 2 Aisyah baik. Anak saya keciciran dari segi pembentukan sikap,

disiplin, tarbiah dan dakwah yg pelajar2 lain dapat

semasa di asrama. Anak saya sempat hanya tiga bulan

sahaja tinggal di asrama. Saya sebagai ibu amat sedih

dengan hal ini kerana objektif sebenar saya menghantar

anak saya ke sekolah Maahad Al Ummah tidak tercapai.

3 Pencadang: Rosbasarina Binti 1. Tiada sebarang usul

Busra 2. Pujian pada pihak sekolah semasa kemasukan ke asrama

Anak : Nur Qaisara Najwa Binti & sesi pulang anak2 dari asrama. Pada anak2 yang

Shahrizan membantu anak2 lain. Semoga Allah permudahkan urusan

Ting : 1 Khadijah kalian juga.

4 Pencadang: Abdul Talib Bin 1. Semoga pihak sekolah dapat menambahbaik kemudahan

Yusoff / Shuhaina Binti tandas di asrama dan di sekolah, seperti pintu yang

Abdul Rahman lengkap dengan pengunci, pam tandas yang boleh di

Anak : Muhammad Haris Haikal gunakan dengan baik.

/ Muhammad Aqil Haziq

Bin Abdul Talib

Ting : 3 Sina /1 Sina

21

USUL / CADANGAN DARIPADA AJK PIBG

BIL USUL / CADANGAN

1 Pembayaran Sumbangan PIBG bagi sesi persekolahan 2021/2022 adalah seperti berikut:

Bil Jenis kutipan Ting.1 Ting. 2 Ting. 3 Ting.4 Ting.5 Ting. 6
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

1 PIBG 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00
100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00
2 Kecemerlangan
Akademik 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

3 Kecemerlangan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Azhariah 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

4 Makmal Komputer 180.00 180.00 180.00 180.00 180.00 180.00

5 Keceriaan dan
Pembangunan
Jumlah (RM)

2. Mohon memberi kebenaran kepada AJK mengeluarkan arahan bagi setiap bayaran yang
dikenakan ke atas pelajar dari semasa ke semasa walaupun berjumlah RM 0.20.

3. Mohon memberi kebenaran kepada AJK mengeluarkan arahan bagi setiap bayaran yang
dikenakan ke atas ibu bapa dan penjaga dari semasa ke semasa bagi menampung perbelanjaan
program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.

22

JAWATANKUASA PIBG SABK MAAHAD AL-UMMAH
SESI 2021/ 2022

YANG DIPERTUA : ................................................................................................

NAIB YANG DIPERTUA: ................................................................................................

SETIAUSAHA : ................................................................................................

BENDAHARI : ................................................................................................

AHLI JAWATANKUASA IBUBAPA :

1. ................................................................................................................................

2. ................................................................................................................................

3. ................................................................................................................................

4. ................................................................................................................................

5. ................................................................................................................................

AHLI JAWATANKUASA GURU :

1. ................................................................................................................................

2. ................................................................................................................................

3. ................................................................................................................................

4. ................................................................................................................................

5. ................................................................................................................................

JURUAUDIT DALAMAN :

1. ................................................................................................................................

2. ................................................................................................................................

23

24


Click to View FlipBook Version