The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INISIATIF KERAJAAN MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA FOLIOOOOO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ltanissha, 2022-12-07 20:27:09

INISIATIF KERAJAAN MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA FOLIOOOOO

INISIATIF KERAJAAN MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA FOLIOOOOO

TAJUK FOLIO:INISIATIF KERAJAAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN DI

MALAYSIA

NAMA AHLI KUMPULAN:TANISSHA A/P LETCHUMANAN (21DDT22F1204)

DHURGA A/P SURESH KUMAR (21DDT22F1200)

PAVITHRA A/P MAGENTHARAN (21DDT22F1215)

SHARVINA A/P RAJU (21DDT22F1212)

NAMA PENSYARAH:PUAN NUR IDAYU BT AWANG TEH

ISI KANDUNGAN

 Maksud inisiatif
 Maksud perpaduan
 Kepentingan memupuk perpaduan
 Langkah-Langkah pihak kerajaan dalam memupuk perpaduan
 Implikasi apabila tiada perpaduan
 Cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam dalam

memupuk perpaduan
 Kesimpulan
 Pengajaran
 Rujukan
 Lampiran
 Penghargaan

INISIATIF KERAJAAN MEMUPUK
PERPADUAN DI MALAYSIA

APA ITU INISIATIF

 Inisiatif dapat ditakrifkan sebagai kemampuan untuk memulai pekerjaan atau
tindakan tanpa disuruh atau diperintah orang lain,dan tindakan tersebut
mempunyai makna positif,baik bagi pelakunya maupun bagi orang lain.
Seseorang yang mempunyai kemampuan inisiatif biasanya cepat tanggap
terhadap situasi yang sedang dihadapi dan dapat bertindak dengan cepat
kemauan dan kesedaran.

APA ITU PERPADUAN

 Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.Malaysia merupakan
salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.Antara kaum
utama di Malaysia Melayu,Cina,India Kadazandusun dan Iban .Perpaduan tidak akan
tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.

KEPENTINGAN-KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
i. Keharmonian Dalam Masyarakat
Keharmonian dalam masyarakat dapat mengelakkan perselisihan faham dan juga peperangan kerana
wujudnya rasa toleransi dan rasa hormat sesama mereka. Setiap anggota masyarakat perlu berfikir bukan
hanya untuk kaum masing-masing, sebaliknya pemikiran mereka ke arah kesejahteraan dan kemajuan
bersama. Menghayati nilai murni merupakan satu dasar yang penting bagi memberi keseimbangan
pembangunan ekonomi dan sosial, dan amat penting untuk masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Peranan kerajaan dalam mewujudkan Dasar Pendidikan banyak menyumbang ke arah perpaduan kaum
di Malaysia.
Di sekolah umum (Sekolah Kebangsaan), sekolah jenis umum (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) masing-masing masih menggunakan bahasa ibunda dalam
pembelajaran mereka dan bahasa lain boleh dipelajari.
Kerajaan bersikap adil kepada semua kaum dan memelihara kepentingan semua pihak. Hidup bersama
kerana mereka berpendapat bahawa kerajaan memberi layanan yang adil dan tidak berat sebelah.

Meningkatkan Prestasi Sektor Pelancong

ii. Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyatakan bahawa
kepelbagaian dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia banyak menyumbang ke arah kemajuan sektor
pelancongan. Keunikan kebudayaan pelbagai kaum ditonjolkan melalui kepelbagaian jenis makanan, pakaian dan
perayaan menarik minat pelancong dari luar negara. Kerajaan berusaha bersungguh- sungguh dalam
mempromosikan keunikan kaum di Malaysia kepada serata dunia khususnya kepelbagaian adat resam kaum di negara
ini. Sekiranya prestasi pelancongan semakin berkembang maju, maka rakyat akan mengambil inisiatif untuk bersama-
sama bersatu mempromosikan kepelbagaian kaum di negara ini.

iii. Meningkatkan Imej Negara

Keharmonian dalam kalangan rakyat juga dapat membantu dalam meningkatkan imej
negara di mata dunia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang ke-
9 paling aman di dunia berdasarkan keharmonian kehidupan rakyat dan kestabilan politik. Hal
ini membuktikan bahawa melalui perpaduan kaum, nama Malaysia dapat ditingkatkan sebaris
dengan kedudukan negara-negara maju yang lain. Pelabur asing berminat untuk melabur
kerana mereka melihat bahawa Malaysia merupakan negara yang aman dan selamat tanpa
ada pergolakan politik.
Hal ini kerana negara yang aman dan damai adalah aspek yang penting dalam proses
pelaburan bagi mengelakkan kerugian. Hal ini juga turut memberi impak positif kepada negara
kerana pelabur-pelabur yang datang dari luar negara menunjukkan bahawa negara Malaysia
sudah dikenali kehebatannya di serata dunia.

LANGKAH-LANGKAH OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM MEWUJUDKAN

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

i. Dasar Pendidikan
Penggunaan sistem persekolahan yang sama bagi semua pelajar menjadi jalan utama oleh
pihak kerajaan dalam mengekalkan perpaduan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) &
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kabinet
untuk memastikan semua sekolah mempunyai sistem persekolahan yang adil dan saksama.
Proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah mampu
menjadi alat bagi memupuk dan memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan
pelajar sekolah. kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
melengkapi Dasar Pendidikan Kebangsaan.
ii. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
DKK menjadi panduan dalam pengekalan identiti rakyat di Malaysia. Dikenal pasti bahawa
demokrasi permuafakatan (consocionalism) bertanggung jawab membentuk corak hubungan
antara kaum di Malaysia. kerajaan telah mengadakan sambutan perayaan peringkat
kebangsaan. Perlaksanaan ini bertujuan supaya rakyat dalam memahami dan menghormati
adat resam kaum lain melalui sambutan perayaan secara terbuka. DKK melaksanakan subjek
atau mata pelajaran di sekolah yang
berasaskan kebudayaan. Sebagai contoh, mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan,
Pendidikan Moral dan Sejarah diperkenalkan di sekolah supaya pelajar dapat mempelajari nilai-
nilai moral dan sejarah negara. Hal ini bertujuan supaya pelajar memahami latar belakang
sejarah Malaysia tanpa mempertikaikan perlembagaan yang telah dimaktubkan.

iii. Dasar “Sukan Alat Perpaduan

• Dasar ini dilaksanakan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Sukan-
Sukan Malaysia (MSSM) iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawab
menganjurkan pertandingan sukan pada peringkat sekolah. Kerajaan juga
menubuhkan Sukan Malaysia (SUKMA) yang dianjurkan dalam kalangan
negeri-negeri di Malaysia. Melalui penubuhan badan-badan kerajaan seperti
ini, perpaduan kaum dan hubungan antara negeri dapat dieratkan.
Kejayaan Dato’ Lee Chong Wei, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tan Wee
Kiong, Gog V Shem, Mohd Azizulhasni Awang, Pandalela Rinong dan
Cheong Jun Hoong meraih pingat perak dan pingat gangsa adalah hasil
daripada sokongan semua rakyat Malaysia yang bersama-sama menyokong
mereka pada Sukan Olimpik 2016 di Rio. Hal ini bukan sahaja dapat
meningkatkan prestasi sukan negara, tetapi juga mampu mengeratkan
perpaduan kaum
Yang menjamin masa depan negara untuk mencapai Wawasan 2020.

IMPLIKASI APABILA PERPADUAN TIDAK DIPUPUK

DARI SEGI KEHARMONIAN NEGARA

Salah satu implikais adlah keharmonian negara terjejas.Keharmonian
negara terjejas bermaksud tiada kesepaduan dalam kalangan rakyat.
Contohnya,rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak
dikongsikan bersama. Ini boleh menyebabkan keamanan
negara,integrasi di peringkat wilayah dan kaum ,keadilan ,Kerjasama
sesame masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak
dipupuk serta disempurnakan dengan jaya.Seperti mana yang kita
tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan
dankeharmonian namun sia-sia tanpa usaha pihak pentabiran negara
untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.

Implikasi yang kedua ialah keadaan masyarakat sekeliling berasa
tidak tenteram,bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta
bangga dengan apa yang dicapai disebabkan tiada perpaduan
dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan perpaduan dan
integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah terhad .Hal ini menyebabkan
perasaan tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan
akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik.Sebagai
contoh, dalam aspek ekonomi.Merujuk kepada peristiwa 13 Mei
1969di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan
dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan
iaitu kaum Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani ,kaum India
pula bekerja di Kawasan estet dan kaum Cina pula bekerja di
bahagian perindustrian .Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan kaum disebabkan pembahagian dalam sektor
ekonomi yang tidak adil .Oleh itu jelas betapa penting perpaduan
supaya peristiwa 13 Mei tidak berulang.

DARI SEGI EKONOMI

Seterusnya,implikasi yang ketiga ialah pembangunan ekonomi akan menjadi
tidak stabil dan terjejas. Menurut Joseph Stiglitz yang merupakan ketuan ahli
ekonomi bank dunia, kunci bagi ‘survival’ Malaysia ialah hubungan etnik yang
harmonis atau dalam erti kata lain perpaduan rakyat dalam negara.Beliau
menyatakan sekiranya hubungan etnnik tergugat maka ‘survival’ Malaysia
sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas.

Peristiwa 1969 membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik dimana wujudnya
stereotaip di kalangan etnik pasa masa itu . Sehubungan itu, dalam
penyelesaian ,ekonomi sahaja tidak mencukupi seperti yang kita sedia maklum
dimana hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat rapat. Oleh itu sebarang
penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira ekonomi dalam etnik. Hal ini
jelas dimana perpaduan dan integrasi rakyat adalah amat penting untuk
memastikan pembangunan ekoomi yang lancar dan konsisten.

DARI SEGI PENDIDIKAN

Di samping itu,Pendidikan di Malaysia juga kakan turut terjejas. Sekiranya tidak ada
perpaduan secara tidak langsung menjejaskan Pendidikan di Malaysia. Seperti
mana yang kita tahu misi Kementerian Pelajar Malaysia ialah membangunkan
Pendidikan yang berkuliti dan bertaraf dunia dan memperkembangkan potensi
individu dan memenuhi aspirasi negara. KPM menetapkan matlamat, iaitu
melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia , bersepadu, beriman , berakhlak
mulia, berilmu, berketerampilan , dan menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan kemajuan negara dan memberi peluang Pendidikan kepada semua
warganegara. Jelas dinyatakan dalam misi Kementerian Pelajaran Malaysia yang
mana misinya juga amat menitiberatkan hal kesepaduan dan perpaduan
.Apabila wujudnya masalah perpaduan maka timbul ketidksmaan matlamat dan
pendapat dalam masyarakat dalammembangunkan Pendidikan dalam negara .

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM

MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

i. Cabaran dari aspek politik
Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan
kaum. Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu
yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin
yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian
rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi
menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya
membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk
mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara
dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan
menjadi lebih erat.
ii. cabaran dari aspek ekonomi
Dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah mewujudkan jurang
ekonomi antara perkauman.
Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi
petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai
pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan
di mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha
dengan betul.

iii. cabaran dari aspek teknologi

Cabaran seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan yang
diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik.
Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan
masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai rakyat yang merupakan
warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu Bahasa
Melayu.
Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya
kita tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita berkomunikasi dan memahami
individu lain yang berbeza pendapat dengan kita.
Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan
berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan toleransi
antara satu sama lain. Pada hemat saya, mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem
pendidikan negara serta penekanan tehadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat
menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelenggu masyarakat hari ini.
Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

KESIMPULAN

Kesimpulanya ,semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharakan pihak kerajaan semata –mata dalam mewujudkan
perpaduan kaum.Jaganlah kita bersikap evasive mahupun “bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana
perpaduan kaum itu hanya akan wujud aabila semua menjalankan
obligasi masing-masinng dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur.

Perpaduan memainakan peranan yang penting oleh hal demikian
semua pihak berkuasa serta rakyat haruslah sentiasa mementingkan
segala aspek yang menyumbang kepada perpaduan dan
memberikan penglibatan seratus peratus agar negara sentiasa aman
dan damai.

PENGAJARAN

Pengajaran yang dapat diperolehi daripada tajuk ini adalah jika sesebuah negara
mempunyai integrasi satu sama lain dan dasar-dasar kerajaan ,negara itu akan
maju dan situasinya lebih aman dan damai. Kita juga perlu bekerjasama supaya
proses memupuk perpaduan di negara di kita dan kesepaduan social dapat
dikekalkan .Jika kita mengabaikannya, mungkin peristiwa yang tidak baik atau
tidak diingini seperti peristiw 13 Mei iaitu peristiwa rusuhan kaum boleh berlaku
semula .Oleh itu, untuk mengelakkan peristiwa seperti berikut kita seharusnya
bersatu padu ,tidak menyentuh isu sensitif kaum lain serta meghormati perbezaan
kaum di Malysia .Hal ini juga akan menyumbang kepada kemajuan negara agar
kita dapat “duduk sama rendah ,berdiri sama tinggi “ dengan negara maju yang
lain.

RUJUKAN

1)INTERNET
-https://anyflip.com/zgwbj/kcbr/basic
-https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-
kaum-dan-integrasi-nasional-di-Malaysia
2)BUKU
-Buku teks sejarah
3)Surat Khabar

LAMPIRAN

AKTIVITI PERPADUAN

PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pensyarah kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban kami Pn.Idayu bt Awang Teh atas segala tunjuk
ajar beliau sepanjang kami menyelesaikan tugasan ini.

Seterusnya kami juga ingin mengucapkan terima kasih kasih kepda semua rakan-
rakan atas sokongan moral mereka sepanjang kami menyiapakan tugasan ini.

SEKIAN TERIMA KASIH

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version