The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sumbangan 8 Atlet Mengharumkan Nama Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rozana Ayu Abd Mukti, 2021-10-09 22:40:46

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM BIDANG SUKAN

Sumbangan 8 Atlet Mengharumkan Nama Malaysia

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM BIDANG
SUKAN

SUMBANGAN 8 ATLET MENGHARUMKAN
NAMA MALAYSIA

Datuk Lee Chong Wei

Atlet badminton no. 1 negara ini merupakan idola bagi
setiap peminat sukan tanah air. Selain memenangi
beberapa kejohanan dunia seperti Kejohanan Badminton
Terbuka Malaysia, beliau juga pernah berjaya menduduki
tempat pertama di tahap antarabangsa selama
349 minggu.

Antara pencapaian beliau yang paling membanggakan di persada dunia termasuk memenangi pingat emas
dalam acara Perseorangan Lelaki di Sukan Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018 serta memenangi
pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016. Beliau telah
mengumumkan persaraan dari sukan itu badminton/tersebut pada 13 Jun 2019 atas faktor kesihatan dan
kini dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan
Olimpik Tokyo 2020. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei serta tahap komitmen yang luar biasa beliau perlu
dijadikan iktibar buat generasi muda yang ingin mengikut jejak langkah beliau dalam mencapai kejayaan
dalam bidang yang ingin diceburi.

Datuk Nicol Ann David

Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional
kebanggaan setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Beliau
adalah antara ikon sukan negara yang paling dikasihi dengan
pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa selama lebih
daripada 20 tahun.

Beliau merupakan pemain pertama yang berjaya memegang
gelaran pemain skuasy no. 1 dunia selama 9 tahun berturut-
turut. Beliau telah mengecapi kesemua kejayaan dalam karier
beliau, termasuk bergelar juara dunia sebanyak lapan kali, selain memenangi lima pingat
emas di Sukan Asia, dua pingat emas di Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah
Persatuan Skuasy Profesional (PSA). Setelah membuat penampilan terakhir sebagai atlet skuasy
negara dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei lepas, Datuk Nicol akan terus aktif
dalam membantu membangunkan pelapis-pelapis muda sebagai jurulatih dengan berkongsi ilmu dan
kemahiran bersama jurulatih yang sedia ada.

Pandelela Rinong
Penerjun kelahiran Kampung Jugan, Sarawak ini

merupakan atlet terjun Malaysia pertama yang berjaya

memenangi pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London

menerusi acara 10 meter platform individu wanita, selain

menjadi pembawa bendera wanita pertama Malaysia

dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik tersebut.

Pandelela juga berjaya meraih pingat perak dalam platform seirama 10 meter bersama Cheong Jun
Hoong di SSukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Rio de Janeiro, sekaligus menjadi pasukan wanita negara
pertama untuk memenangi pingat perak di Sukan Olimpik. Tambahan pula, beliau merupakan penerima
Anugerah Ikon Belia Sukan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2016
serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya. Lebih menarik
lagi, nama beliau telah diabadikan di Sarawak dengan penamaan semula “Pusat Akuatik Petra Jaya”
sebagai “Pusat Akuatik Pandelela Rinong”.

Azizulhasni Awang

Dikenali sebagai The Pocket Rocketman, atlet kelahiran
Dungun, Terengganu ini telah mencipta sejarah sebagai
pelumba basikal pertama negara meraih pingat gangsa di
Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Antara
kejayaan lain beliau termasuk memenangi pingat emas
dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong
Kong, pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam
kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia
2010 dalam kategori keirin.

Selain itu, beliau juga dinamakan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara
2017 serta menjadi pembawa bendera Jalur Gemilang dalam acara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 di
Kuala Lumpur. Beliau juga telah menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam Olimpik 2020 di Tokyo
Ogos lepas.

Khairul Idham Pawi

Diberi jolokan sebagai “Super Kip”, pelumba motosikal kelahiran
Perak ini telah melakar sejarah sukan pemotoran negara dengan
menjuarai Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada
Grand Prix Motosikal Argentina 2016 dan Jerman 2016. Beliau
turut mencipta kejutan selaku atlet pemotoran negara pertama
yang menaiki podium selepas tamat di tempat kedua pada
Kejuaraan Dunia Remaja Moto3 CEV Repsol 2016 di Le Mans,
Perancis.
Pada ketika itu, Khairul merupakan pelumba motosikal negara termuda yang mengungguli kejayaan di peringkat
antarabangsa pada usia 17 tahun. Sebelum menyertai kejohanan peringkat antarabangsa sebagai pelumba profesional
pada tahun 2015, Khairul telah memenangi kejuaraan pertama dalam saingan Piala Impian Asia (Asian Dream Cup)
pada tahun 2013 dan pernah menjuarai tempat pertama dalam persaingan tersebut pada tahun berikutnya. Tahun 2019i
menyaksikan “Super KIP” berentap dalam kategori Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing Team dan menjadi
antara tumpuan penting pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2019. Namun beliau telah mengumumkan persaraan dari
sukan permotoran pada tahun 2020 selepas kontraknya tidak disambung bersama Petronas Sprinta Racing di Motor3 .

Ridzuan Puzi
Nama Ridzuan Puzi dan tarikh ‘keramat’ 10 September 2016
sememangnya terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia apabila
beliau melakar sejarah negara yang sangat luar biasa dalam
Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Sementara
rakyat Malaysia sedang tidur pada ketika itu, Ridzuan atau
dikenali sebagai Mr. Dash, berjaya meraih pingat emas
pertama negara dalam acara 100m T36 (celebral palsy). Beliau

juga memenangi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada tahun 2015 susulan kejayaan meraih
pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar dan Sukan Para Asean Singapura. Kemenangan
beliau di Sukan Paralimpik 2016 tersebut juga merupakan pencapaian yang paling cemerlang dalam arena
sukan negara serta memberi makna yang sangat mendalam kepada semua lapisan masyarakat apabila
terbukti, atlet-atlet paralimpik negara seperti beliau mampu mencapai kejayaan yang sama seperti atlet-atlet
biasa. Terbaru di kejohanan Sukan Olimpik Tokyo beliau berjaya mendapat tempat ke empat bagi acara 100
T36 (celebral palsy). Namun rakyat Malaysia tetap berbagga kerana beliau berjaya mara ke final di sukan
tersebut.

Ziyad Zolkefli

Setelah Ridzuan Puzi meraih kemenangan pingat emas pertama untuk
negara, tiba pula Ziyad Zolkefli mencipta sejarah sukan negara pada
Sukan Paralimpik Rio 2016. Beliau bukan sahaja berjaya menyumbang
pingat emas kedua negara dalam acara lontar peluru F20
(masalah pembelajaran), malah sekaligus berjaya memecahkan rekod
dunia dengan catatan 16.84 meter berbanding rekod dunia sejauh
16.29 meter yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts dari Australia pada
Sukan Paralimpik London 2012! Pada tahun berikutnya, Ziyad sekali lagi berjaya memecahkan rekod dunia pada
Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London dengan melakukan lontaran sejauh 17.29 meter. Kehidupan sebagai
peniaga char kuey teow di Jalan Tunku Abdul Rahman memotivasi beliau agar berusaha keras dan sentiasa gigih tanpa
kenal erti lelah demi mencapai impian menjadi atlet Paralimpik bertaraf dunia. Melampaui batas fizikal, beliau telah
berjaya memperoleh kemenangan yang membanggakan serta mengharumkan nama negara di temasya sukan
antarabangsa. Pada Sukan Olimpik 2021 beliau telah berjaya memecah rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94 meter
namun kemenangannya ditarik balik di atas sebab lewat masuk ke bilik menunggu sebelum pertandingan di mulakan.
Namun begitu beliau tetap dianggap juara di hati rakyat Malaysia

Latif Romly

Semangat #KitaLuarBiasa di pentas Sukan Paralimpik Rio
2016 diteruskan oleh kehebatan Latif Romly dengan satu
lagi pencapaian luar biasa untuk negara di temasya sukan
tersebut. Beliau telah berjaya menghadiahkan pingat emas
ketiga negara dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang
upaya intelektual), setelah menewaskan pesaing-pesaing
lain dengan catatan 7.60 meter dalam lompatan kelima.
Dengan kejayaan tersebut juga, terciptanya rekod dunia
baharu, mengatasi rekod lama yang juga milik beliau iaitu 7.35 meter yang dicatat pada Kejohanan
Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada tahun 2015. Ramalan telah ditepati kerana Latif merupakan
antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek untuk memenangi pingat dalam Sukan Paralimpik 2016
selain mencatat kejayaan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak. Bagi tahun ini, beliau telah
mencatat sejarah dalam sukan Paralimpik di Tokyo dengan memenangi pingat emas buat Malaysia dalam
acara lompat jauh.


Click to View FlipBook Version