The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-64061762, 2023-09-08 11:26:44

RULES & REGULATION

RULES & REGULATION

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK KUALA MUDA YAN TAHUN 2023 – MUSIM 1 1. Penganjur KCFA (Persatuan Bola Sepak Cina Kedah) 2.Pengelolaan KCFA (AJK Liga Bola Sepak SJKC) 3.Tarikh 3.1 10 September – 22 Oktober 2023 (tujuh minggu) 3.2 Perlawanan dijalankan pada setiap hari ahad. 3.3 Sekiranya hujan kilat pada hari Ahad,perlawanan akan ditangguh ke hari Rabu. 4.Tempat Padang SJKC Pekan Lama 6.Kategori Bawah 12 tahun 7.Peraturan Liga ini dijalankan mengikut undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang. 5.Masa 4:00p.m – 7: 00p.m


8.Pengadil perlawanan 8.1 Dilantik oleh pihak pengelola. 8.2 Setiap keputusan pengadil adalah muktamad 9. Bantahan 9.1 Sebarang bantahan mestilah dibuat secara bertulis kepada pengelola dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan berserta bayaran sebanyak RM 100. 9.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan. 10.Syarat- Syarat Penyertaan 10.1 Pertandingan ini dibuka kepada sekolah jenis kebangsaan di daerah Kuala Muda yang berumur 12 tahun ke bawah. 10.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai dua puluh (20) orang pemain. Sila serahkan senarai nama kepada ketua pertandingan sebelum 5 September 2023. Sila pastikan semua maklumat yang diminta di dalam borang diisi dengan betul dan tepat. 10.3 Pemain mestilah dari sekolah berkenaan sahaja dan pemain import dari sekolah lain TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya berlaku sedemikian, pasukan tersebut akan didenda RM 500 dan perlawanan tersebut automatik dianggap kalah 0-3. 10.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam Liga ini. 10.5 Pendaftaran pemain mesti menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan.


11.Format Pertandingan 11.1 Pertandingan menggunakan sistem liga. Ini bermaksud tiap-tiap pasukan akan bermain dengan pasukan-pasukan lain. 11.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 20 pemain(termasuk 3 penjaga gol) sahaja dari sekolah masing-masing. 11.3 Setiap pasukan menurunkan 9 pemain pada setiap perlawanan. 11.4 Pemberian mata ialah tiga mata (3) jika menang, satu mata (1) jika seri dan kosong mata (0) jika kalah. 11.5 Setiap minggu selepas pertandingan, pihak penganjur akan mengisi jadual liga. 11.6 Masa perlawanan 15 minit + 3 minit (masa rehat) + 15 minit 11.6.1 Masa tambahan permainan atau tambahan masa rehat diputuskan oleh pengadil. 11.7 Menggunakan peraturan offside sepenuhnya. (Full offside) 12.Kemenangan Percuma 12.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut: a. Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan. b. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri 30 minit sebelum waktu pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu 9 pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3-0. c. Gagal menyediakan sekurang-kurangnya Sembilan orang pemain dalam satu perlawanan. d. Mencetuskan dan memulakan pergaduhan. e. Jika permainan dihentikan kerana salah satu pasukan hanya mempunyai tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib.


13.Kesalahan Tatatertib 3.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal( penggantungan 2 perlawanan) 13.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 3 perlawanan) 13.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib/ tidak sopan atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira dia menerima amaran sebelum itu atau tidak. ( penggantungan sekurang-kurangnya 3 perlawanan ) 13.4 Kesemua keputusan Jawantankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak akan menerima sebarang rayuan. 14.Peraturan Am 14.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua(2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya, pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya. 14.2 Jika seseorang pemain menerima dua(2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu(1) kad merah dalam satu perlawanan dan diperintah keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya. 14.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua(2) perlawanan berikutnya. 14.4 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa, dan selepas perlawanan ini dijalankan 14.5 Sekiranya pengurus dan pegawai-pegawai pasukan terlibat dengan insiden pergaduhan dengan pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau urus setia pertandingan, pasukannya akan didenda RM 500 dan tindakan selanjutnya akan diambil. 14.6 Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan Liga SJKC Kuala Muda. 14.7 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan peraturan FIFA akan digunakan dalam Liga ini.


15.Pakaian Pemain 15.1 Setiap jersi mestilah bernombor dan jelas. Pemain-pemain mestilah pakai jersi mengikut nombor yang didaftarkan. 15.2 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut bola sepak yang sesuai main di padang, shin-pad dan stoking bola panjang. 16.Penggantian Pemain Setiap pasukan boleh membuat pertukaran (free/rolling substitution) dalam setiap perlawanan. 17.Makanan Dan Minuman Pemain Setiap sekolah dinasihatkan menyedia minuman dan makanan untuk pemain masing-masing. 18. Hadiah/Anugerah 18.1 Piala Tahunan 182 Piala tempat 1-8 untuk setiap sekolah 18.3 Pingat emas, perak, gangsa dan tempat keempat hingga lapan (4-8) untuk setiap pemain dan pengurus pasukan 18.4 Pemain Terbaik LIGA, Penjaring Gol Terbanyak, Penjaga Gol Terbaik, Anugerah Pasukan Fair Play 18.5 Pasukan kesembilan terbaik 18.6 Pemain terbaik untuk setiap perlawanan (POTM) 18.7 Fairplay team


19.Kecederaan/ Rawatan Pemain 19.1 Sebarang kecederaan yang dialami pemain semasa atau perlawanan berlangsung adalah di bawah tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing. 19.2 Rawatan di dalam padang semasa perlawanan adalah di atas kebenaran pengadil perlawanan. 19.3 Pasukan St John akan berada di tempat perlawanan, bersiap sedia jika sebarang kecederaan berlaku. 20.Peringatan 20.1 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pegawai dan pemainnya menjaga disiplin, tingkah laku, kebersihan dan harta benda di kawasan pertandingan semasa Liga SJKC berlangsung. 20.2 Pengurus Pasukan hendaklah memastikan hanya pengurus pasukan, Ketua jurulatih dan jurulatih serta 11 pemain simpanan sahaja yang berada di dalam khemah pemain setiap kali perlawanan berlangsung. 20.3 Pengurus Pasukan juga hendaklah memastikan Ketua jurulatih dan jurulatih pasukan tidak melebihi had garisan yang ditetapkan semasa memberi arahan kepada pemain. Bantahan juga boleh dibuat oleh pasukan lawan sekiranya situasi ini berlaku. 20.4 Tidak dibenarkan juga ibubapa, penyokong pasukan berada berhampiran, ditepi kiri dan kanan khemah untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. 20.5 Pihak Pengelola tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang sepanjang Liga berlangsung. 21.Perkara Yang Tidak Dinyatakan Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini adalah menjadi hak dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola membuat keputusan. Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.


PENENTUAN PASUKAN MENANGATAU TERATAS Kedudukan dalam Liga hendaklah ditentukan mengikut susunan hirarki yang berikut: 1.Pasukan yang mempunyai jumlah mata yang tertinggi, jika sama; 2.Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang tertinggi, jika masih sama; 3.Pasukan yang mempunyai jaringan gol terbanyak. 4.Jika terdapat dua(2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata, perbezaan goldan jumlah jaringan yang sama, maka penentuan pasukan teratas hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut: Kriteria Head-to-Head a.Pasukan yang menang dalam pertembungan di antara dua pasukan terlibat, jika seri; b.Pasukan yang mendapat mata yang paling sedikit mengikut carta Amalan Fair Play, jika masih sama; c.Sepakan penalti di antara dua pasukan yang terlibat. Penentuan Kedudukan dalam carta Amalan Fair Play adalah berdasarkan pemberian mata demerit seperti berikut: -Setiap kad kuning – satu (1) mata -Setiap kad merah akibat daripada dua(2) kad kuning – tiga (3) mata -Setiap kad merah langsung – tiga (3) mata -Setiap kad kuning dan diikuti dengan kad merah langsung – empat (4) mata.


Click to View FlipBook Version