The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 216-5-joyce, 2022-08-20 12:03:45

Reka Bentuk Pengajaran

Kumpulan Oren

PRAKATA

Syukur ke hadrat Allah S.WT kerana dengan limpah kurnianya maka buku ini telah
dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Buku ini terkandung
topik-topik di bawah tajuk Reka Bentuk Pengajaran yakni menekankan aspek untuk
dijadikan panduan kepada bakal guru.

Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi
sebelum dapat menghasilkan sebuah buku yang amat mantap dari segi isi
penyampaiannya. Selain itu, dalam buku ini juga dibincangkan sedikit dan sekelumit
bagaimanakah reka bentuk pengajaran membantu pembelajaran murid yang mempunyai
kecerdasan yang berbeza (atau murid-murid keperluan khas) yang telah ditempatkan di
dalam kelas yang sama.

Penulisan yang terkandung dalam buku ini merupakan kerjasama kami berempat dimana
kami bertanggungjawab untuk menyelesaikannya secara berkumpulan. Ia merupakan
percubaan yang pertama dibuat maka kami rasa tentu banyak kelemahan dan
kekurangan dalam buku ini. Oleh itu, kami menerima dengan hati yang terbuka jika
terdapat sebarang pandangan dan ulasan yang membina terhadap buku ini.

Joyce Ki
Maizatul Natasya
Hidayat Taufik
Nur Hanis Najwa

Isi Kandungan Muka Surat
Kandungan

1.0 Definisi dan Konsep Reka Bentuk Pengajaran 1

2.0 Peranan dan Kepentingan Reka Bentuk 3

3.0 Model Reka Bentuk 4
3.1 Model ADDIE 8
3.2 Model ASSURE 12
3.3 Model Gagne, Briggs and Wager

4.0 Perbezaan dan Persamaan Antara Model ASSURE dan Model ADDIE 15

5.0 Reka Bentuk Pengajaran dan Kelas yang Kecerdasan Murid Berbeza 17

Rujukan 19

1.0 Definisi dan Konsep Reka Bentuk Pengajaran

Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun,
melaksanakan dan menilai pengajaran suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti
modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi
proses reka bentuk dan proses membina bahan.

Reka bentuk pengajaran juga merupakan suatu cara yang sistematik bagi mereka bentuk,
membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran.

Definisi lain yang diberikan kepada maksud reka bentuk pengajaran adalah proses untuk
menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan
sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994).

Menurut (Dick & Reiser, 1989), reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang bersistematik
untuk mereka bentuk, membangun, melaksanakan dan menilai pengajaran.

Menurut (Richey, 1986), reka bentuk pengajaran ialah mencipta spesifikasi pengajaran dengan
terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh
memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.

Menurut (Gustafson, 1991) pula, reka bentuk pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi
seluruh proses pengajaran yang melibatkan:
i. Mereka bentuk (design)
ii. Membina
iii. Menilai dan
iv. Menggunakannya

1

Enam Perkara Asas Dalam Reka Bentuk Pengajaran
Pada umumnya, semua RB memiliki ciri-ciri asas yang sama berdasarkan teori dan
penyelidikan.
Richey (1986) telah menggariskan enam elemen asas, iaitu:

1. Menentukan keperluan pelajar
2. Menentukan matlamat dan objektif
3. Membina prosedur penilaian
4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5. Mencuba sistem pengajaran
6. Menilai keseluruhan sistem

2

2.0 Peranan dan Kepentingan Reka Bentuk Pengajaran
● Meningkatkan pencapaian pelajar
● Menjadikan PdP lebih teratur
● Membantu proses membuat keputusan
● Menjadikan penyampaian pengajaran selaras dengan kumpulan murid yang pelbagai
● Memungkinkan objektif pembelajaran mudah tercapai

Reka Bentuk Mesej - Tiga Komponen media : (Torkelson, 1972)
1. Mesej – Isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan
2. Bentuk mesej – Cara maklumat disampaikan (bentuk asli/sebenar, abstrak, simbol,
visual, gambar, bahasa)
3. Saluran mesej – Alat fizikal yang diguna dalam penyampaian mesej (elektrikal,
mekanikal, digital)

3

3.0 Model Reka Bentuk
3.1 Model ADDIE-Model Berorientasikan Produk
Model ADDIE menjadi asas kepada kepada kebanyakkan model Reka Bentuk Pengajaran. Satu
ciri yang baik tentang model ini ialah penambahbaikan yang berterusan berasaskan maklum
balas pada peringkat proses pembentukan. Model ADDIE merupakan proses generik yang
perlu diubah suai sebelum dapat digunakan.
Tujuan model ini direka bentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan
pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien.
Perkara ini akan dapat menjimatkan masa memandangkan masalah dapat diatasi sebaik sahaja
dikenal pasti. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk,
pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.
Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:
A- Analysis (Analisis)
D-Design (Rekabentuk)
D-Development (Pembangunan)
I- Implementation (Pelaksanaan)
E- Evaluation (Penilaian)

4

Fasa Analisis (Analysis)
Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah
yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan
dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul
masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya:

i. analisis terhadap pengguna,
ii. analisis terhadap persekitaran pembelajaran,
iii. kenalpasti matlamat pengajaran.

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran,
analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang
boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
a) Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
b) Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
c) Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
d) Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
e) Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam reka bentuk pengajaran. Antara perkara
yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenal pasti sumber
masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti
analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah
matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi
input bagi fasa rekabentuk.

5

Fasa Reka Bentuk (Design)
Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan
pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan
teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:

i. Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.
ii. Pembinaan item-item untuk ujian.
iii. Pemilihan strategi pengajaran.

Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta
menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan,
menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian
dan menyusunatur pengajaran.

Fasa Pembangunan (Development)
Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media
dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

Dibina berdasarkan fasa analisis dan reka bentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan
rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah
pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang
diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan.
Kerja- kerja pembangunan projek multimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan
yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi
dengan berkesan.

Fasa Perlaksanaan (Implementation)
Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan
dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna
sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya
berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada
pengguna sasaran untuk digunakan.

6

Fasa Penilaian (Evaluation)
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya
dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang
memerlukan maklum balas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia
melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya
berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

7

3.2 Model ASSURE

Model ASSURE merupakan model Reka Bentuk berasaskan bilik darjah. Oleh itu, model ini
telah membantu guru merancang PdP dengan berkesan dan efektif.
A- Analysys learner (Analisis Pelajar)
S- State objektive (Nyatakan objektif/ hasil pembelajaran)
S- Select method, media dan materials (Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
U- Utilizer media dan materials (Guna media dan bahan sumber)
R- Require learner response/participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
E- Evaluate and revise materials (Nilai dan semak semula)

Analisis Pelajar
Analisis pelajar penting untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai mengikut keperluan setiap pelajar. Sebenarnya, pelajar boleh dianalisis berdasarkan
aspek-aspek:

a. Ciri-ciri Umum pelajar
Ciri-ciri umum pelajar termasuk umur, tahun/ tingkatan, kelas, aliran, jantina, taraf
sosioekonomi petempatan/ daerah/ kawasan, aliran, budaya dan sebagainya. Oleh itu,
guru haruslah memilih kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran yang sesaui
dengan jenis pelajar yang dikenal pasti.

b. Pengetahuan/ Pengalaman Sedia Ada
Pengetahuan dan pengalaman sedia pelajar merujuk kepada pengalaman dan
pengetahuan yang dibawa oleh pelajar ke dalam bilik darjah. Guru boleh melakukan
ujian pra-unit, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terdahulu, sesi soal jawab dalam
kelas dan sebagainya untuk menentukan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada
pada seorang pelajar. Melalui analisis pengetahuan/ pengalaman yang sedia ada pada
pelajar, guru dapat merancang pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Selain itu,
semasa guru mempunyai maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar
tentang topik yang akan diajar, keadaan ini dapat memudahkan guru untuk memilih
pengisian sumber pembelajaran yang sesuai dan kaedah yang berkesan.

8

c. Gaya Pembelajaran Pelajar
Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan
untuk individu itu menguasai pembelajaran. Sebenarnya, setiap pelajar mempunyai
gaya pembelajaran yang tersendiri. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar
dapat membantu guru merancang sesi PdP dengan menarik dan efektif.

Nyatakan Objektif/ Hasil Pembelajaran
Pernyataan objektif atau hasil pembelajaran berperanan penting sebagai hala tuju
pengajaran-pembelajaran. Objektif yang ditetapkan haruslah spesifik dan perlu dinyatakan
secara jelas. Objektif yang ditetapkan dapat membantu guru memilih media, kaedah
penyampaian yang sesuai dan menentukan langkah aktiviti pembelajaran. Selain itu, penentuan
objektif juga dapat membantu guru melakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran.
Penyataan objektif mempunyai empat kriteria iaitu:

a. Siapakah yang akan mencapai objektif.
b. Bentuk tingkah laku baharu
c. Situasi atau syarat perlakuan
d. Darjah tahap pencapaian minimum peakuan

Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan
sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang. Proses pemilihan merangkumi tiga
langkah:

a. Penentuan kaedah - membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan
objektif yang harus dicapai.
Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru haruslah sesuai dengan latar belakang
pelajar yang pelbagai, pengetahuan yang sedia ada pada pelajar, gaya pembelajaran
pembelajaran dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Contohnya, kaedah
simulasi dan tunjuk cara sesuai kepada pelajar yang belum menguasai kemahiran
membaca dengan baik.

b. Pemilihan Format Media- memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang
dipilih
Format media merupakan bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Semasa
memilih format media, guru haruslah mengambil kira beberapa aspek iaitu bentuk

9

audiens, keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan
dihasilkan.

c. Pemilihan Bahan Sumber- memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber
pembelajaran
Semasa memilih bahan sumber pengajaran pembelajaran ia melibatkan tiga langkah
iaitu memilkih bahan sumber sedia ada, mengubah suai bahan sumber sedia ada dan
mereka bentuk bahan sumber baharu. Memilih bahan sumber yang sedia ada dan
sesuai dengan kriteria dan objektif pengajaran dapat membantu guru menjimatkan masa
dan biaya.

Penggunaan Media dan Bahan Sumber
Strategi berpusat pelajar telah menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih
diutamakan berbanding media penyampaian guru. Guru yang ingin memastikan kejayaan
penggunaan media dan bahan sumber haruslah melakukan tindakan-tindakan berikut:

a. Guru haruslah mengkaji, menyemak, menonton bahan sumber yang telah dipilih
sebelum menggunakannya semasa sesi PdP.

b. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
c. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan
d. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
e. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar

Penglibatan Pelajar dalam Pembelajaran
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat memastikan penglibatan pelajar dalam
proses belajar. Selain itu, latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis,
permainan bahasa dan sebagainya juga dapat memasti pelajar melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran. Justeru, jika pelajar menunjukkan kejayaan guru haruslah memberi
maklum balas agar dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Penilaian dan Semakan Semula
Penilaian melibatkan dua aspek iaitu penilaian pembelajaran dan penilian pengajaran. Penilaian
semasa proses pengajaran-pembelajaran dapat memastikan pemilihan objektif, media dan
bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Melalui penilaian yang dilakukan, guru
berpeluang untuk mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif

10

atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya agar dapat
menghasilkan sesi PdP yang efektif dan berkesan.

11

3.3 Model Gagne, Briggs dan Wager (1992)

Definisi Belajar Menurut Gagne

Menurut Gagne belajar adalah proses dimana suatu organisme berubah perilakunya sebagai
akibat dari pengalaman. Selain itu belajar adalah suatu proses yang kompleks, sejalan dengan
itu menurut Robert Gagne (1970) belajar merupakan kegiatan yang kompleks dan hasil belajar
berupa kapabilitas, timbulnya kapabilitas disebabkan stimulususi yang berasal dari lingkungan
dan proses kognitif yang dilakukan oleh pelajar.

Model-model reka bentuk pengajaran Model Gagne, Briggs dan Wager (1992) mengandungi 8
peringkat, iaitu:

Peringkat 1: Menentukan matlamat pengajaran

Matlamat dapat didefinisikan sebagai pernyataan umum tentang hasrat yang hendak dicapai.
Langkah-langkah yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat dan komponen khusus matlamat
tidak perlu dihuraikan. Contohnya, matlamat PdP ditulis sebagaimana berikut:

(a) Murid dapat memahami cara menyediakan tapak semaian benih kelapa sawit.

(b) Murid dalam menguasai kemahiran menyediakan tapak semaian kelapa sawit.

Peringkat 2: Melaksanakan analisis pengajaran

Kenal pasti langkah pengajaran untuk mencapai matlamat pengajaran. Hal ini dapat dilakukan
dengan cara membuat analisis tugasan dan analisis pemprosesan maklumat. Melalui analisis
tugasan, setiap langkah diperlukan dikenal pasti. Analisis pemprosesan maklumat pula
berkaitan dengan proses operasi mental yang perlu dilalui untuk melakukan kemahiran. Analisis
tugasan melibatkan soalan seperti:

(a) Apakah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid untuk memastikan matlamat dapat
dicapai?

(b) Apakah pengetahuan yang perlu ada untuk membolehkan murid mencapai matlamat P&P?

Peringkat 3: Mengenal pasti tingkah laku/ciri-ciri murid/ pengetahuan sedia ada murid.

Selain menentukan langkah kemahiran yang hendak dicapai, pengetahuan sedia ada dan tahap
kemahiran murid hendaklah dikenal pasti. Tahap kemahiran dan pengetahuan sedia ada murid
mungkin berbeza. Guru hendaklah mengambil kira dan merancang penyampaian pengajaran
selaras dengan pengetahuan dan kemahiran serta keperluan murid.

12

Peringkat 4: Membina objektif PdP/hasil pembelajaran
Pada peringkat ini, adalah penting untuk menterjemahkan matlamat kepada objektif PdP atau
hasil pembelajaran yang spesifik. Objektif/hasil pembelajaran yang spesifik menjadi garis
panduan yang menentukan hala tuju PdP. Objektif PdP adalah membantu guru mengajar dan
murid belajar. Objektif PdP juga menjadi panduan untuk guru menyediakan ujian bagi menilai
kejayaan PdP itu sendiri. Contoh hasil pembelajaran/objektif pengajaran dan pembelajaran:
(a) Murid dapat menjelaskan cara menyediakan tapak semaian kelapa sawit.
(b) Murid dapat menyenaraikan bahan dan peralatan yang perlu ada menyediakan tapak
semaian kelapa sawit.

Peringkat 5: Memilih kaedah penyampaian
Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif PdP dapat
menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang diamalkan
masa ini ialah strategi PdP yang berpusatkan murid, iaitu yang memberikan penekanan kepada
pembelajaran murid sebagai
murid yang aktif. Antara kaedah tersebut ialah simulasi, perbincangan, kajian kes, kajian
makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.

Peringkat 6: Menyediakan bahan pengajaran
Setelah guru memilih strategi pengajaran, adalah penting untuk mengumpulkan dan
menyediakan bahan dan sumber PdP. Bahan-bahan PdP tersebut boleh dalam pelbagai bentuk
seperti bahan bercetak komputer, audio, video, gambar dan lain-lain. Selain itu, guru boleh juga
menggunakan bahan sedia ada, tetapi beliau perlu memastikan bahan tersebut sesuai dengan
objektif PdP. Sekiranya perlu, bahan PdP itu boleh diubah suai, ditambah baik atau dibaik pulih.
Perlu diingat bahawa, guru hendaklah menentukan arah tuju PdP. Penggunaan bahan sumber
sedia ada mungkin membuatkan guru menyimpang daripada objektif PdP yang ditetapkan. Oleh
sebab itu, guru harus bijak menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran dengan bahan
tersebut. Pada masa ini, penggunaan bahan capaian seperti Internet, e-learning, online
learning, laman sesawang dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan dalam PdP.

13

Peringkat 7: Merancang dan melaksanakan penilaian formatif
Penilaian formatif memberikan maklum balas semasa proses PdP. Maklum balas ini dapat
digunakan untuk membetulkan atau menambah baik proses dan bahan Pd. Kadang kala
perancangan PdP yang kelihatan cantik dan sempurna gagal apabila dilaksanakan. Oleh sebab
itu, adalah penting untuk guru mencuba suatu pengajaran ke atas sekumpulan kecil murid untuk
mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan perancangan tersebut. Dengan itu, guru
dapat memastikan bentuk bantuan yang diperlukan. Contohnya, data maklum balas yang
didapati dapat membantu guru mengukur sama ada murid telah menguasai pembelajaran yang
dirancang.
Peringkat 8: Merancang dan melaksanakan penilaian sumatif
Penilaian sumatif ialah penilaian pada akhir kursus, unit atau peringkat pembelajaran yang
memberikan maklum balas tentang keberkesanan PdP secara menyeluruh. Data yang dikutip
memberikan maklumat tentang pencapaian objektif kurikulum kursus.
Implikasi Teori Gagne Dalam Pembelajaran

● Mengawal perhatian murid.
● Memberikan maklumat dan informasi kepada murid mengenai hasil belajar yang

diharapkan guru.
● Merangsang dan mengingatkan kembali kemampuan-kemampuan murid.
● Penyampaian rangsangan yang tidak dapat dipisahkan daripada tugas pembelajaran.
● Memberikan bimbingan belajar.
● Memberikan maklum balas.
● Memberi peluang kepada pelajar menyemak hasil pembelajaran yang telah dicapainya.
● Memberi peluang pemindahan pembelajaran berlaku.
● Memberi peluang untuk murid berlatih dan menggunakannya kebolehan baru diberikan.

14

4.0 Perbezaan dan persamaan antara Model ASSURE dan Model ADDIE.

Persamaan antara Model ASSURE dan Model ADDIE Model ADDIE
Model ASSURE

Tujuan Menyediakan panduan merancang dan mengendalikan
pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Kegunaan Biasanya digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan
media.

Aspek yang Mementingkan objektif
diutamakan

Perbezaan antara Model ASSURE dan Model ADDIE Model ADDIE
Model ASSURE

Pengasas Heinich, Molanda, Russell (1989) Rosset (1987)

Definisi Proses generik yang perlu diubah
suai sebelum dapat digunakan
dan menjadi asas kepada semua Model rancangan pembelajaran
model rancangan pengajaran. berasaskan bilik darjah.
.

Fokus Berskala besar dan bersifat
genetik. Asas kepada model reka
bentuk bearahan yang lain Model ini berskala kecil dan
menjadi pedoman dalam tertumpu kepada perancangan
membangunkan peringkat dan pengajaran bilik darjah dan
infrastruktur program pelatihan model ini dapat menjadi
yang efektif dan dinamis. panduan kepada guru untuk
merancang penggunaan media
dalam pengajaran.

Peringkat 5 peringkat iaitu:
1. Analisis
2. Reka bentuk 6 peringkat iaitu:
3. Perkembangan 1. Analisis pelajar
4. Pelaksanaan 2. Nyatakan objektif/ hasil
5. Penilaian pembelajaran
3. Pilih kaedah, media dan
bahan sumber
4. Gunakan media dan
bahan sumber
5. Libatkan pelajar dalam
pembelajaran
6. Nilai dan semak semula

15

Penglibatan pelajar ADDIE tidak memperincikan cara
bagaimana pelajar terlibat dalam
kelas hanya cara reka bentuk ASSURE memperincikan cara
yang telah dibina itu penglibatan pelajar dalam bilik
dilaksanakan. darjah.

16

5.0 Reka Bentuk Pengajaran dan Kelas yang Kecerdasan Murid Berbeza

Bagaimanakah reka bentuk pengajaran membantu pembelajaran murid yang mempunyai
kecerdasan yang berbeza?

Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan
kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian.
Bagaimanakah reka bentuk pengajaran dapat membantu pembelajaran murid yang berbeza?
Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan. Pada era
globalisasi yang serba canggih semestinya kita mengetahui bahawa era ini memerlukan daya
usaha seorang guru yang sangat kreatif. Kreativiti merupakan domain penting dalam
pengajaran mata pelajaran apa sahaja. Kreativiti penting kepada setiap guru untuk melahirkan
pelajar yang mampu menjana idea dan menyelesaikan masalah. Bagi menghasilkan pelajar
yang kreatif, guru perlu menguasai kemahiran kreativiti. Strategi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dalam bilik darjah dilihat dapat menghasilkan pelajar yang kreatif.

Guru harus kreatif kerana perbezaan kecerdasan murid akan mempengaruhi pengajaran
guru semasa PdP. Dengan itu, guru mesti menguasai pelbagai kemahiran semasa PdP
dijalankan. Reka bentuk pengajaran merupakan suatu proses. Reka bentuk pengajaran
merupakan pembinaan perancangan pengajaran secara sistematik dengan mengaplikasikan
teori pengajaran dan pembelajaran. Malahan, RP bukan sahaja mewujudkan pengajar yang
kompeten, tumpuan utama RP ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan kepada
pelajar yang berbeza kecerdasan. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar
memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Bahkan, pengajaran yang
dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan
perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang
positif. Oleh itu, guru mestilah menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran
serta memilih media yang sesuai dengan kaedah yang ingin dilaksanakan semasa PdP
dijalankan supaya objektif pengajaran tercapai. Justeru, guru juga harus memilih,
mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan agar sesuai dengan
kemampuan murid-murid. Contohnya, guru memilih media berdasarkan aspek menarik minat
dan mencetuskan motivasi seperti penggunaan powerpoint yang mengandungi isi kandungan
seperti animasi, video pengajaran, nyanyian atau sebagainya. Namun begitu, pemilihan satu
media atau gabungan pelbagai media bergantung pada bentuk mesej dan objektif PdP yang

17

hendak dicapai. Disebabkan reka bentuk pengajaran telah banyak bekembang, bergantung
pada guru untuk memilih dan mengaplikasikan reka bentuk yang sesuai digunakan dalam
perancangan pengajarannya. Hal ini kerana pemilihan yang tepat pasti dapat membantu
murid-murid di dalam kelas bahkan PdP juga berjalan dengan lancar dan berkesan.

Selain itu, bagi membantu pembelajaran murid yang mempunyai kecerdasan yang
berbeza, guru perlu bijak dalam memilih dan mencipta alat atau bahan bantu mengajar. Tujuan
utama menggunakan alat atau bahan bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, tepat,
cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan
alat bantu mengajar dan menggunakannya dengan cekap. Sebelum memilih atau mencipta
bahan bantu mengajar tersebut, guru haruslah mengambil kira serta menitikberatkan tahap
kecerdasan murid-murid. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza.

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan
pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen,
model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran
adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad
kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat uji kaji dan komputer. Proses penggunaan bahan
pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikuti langkah-langkah pelajaran yang
akan disampaikan. lanya termasuk set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan
penggunaan bahan pelajaran hendaklah dirancang. Aktiviti menilai keberkesanan penggunaan
bahan-bahan pelajaran hendaklah diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal
jawab atau ujian. la bertujuan untuk mengukuhkan pelajaran yang bar disampaikan serta
membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran.

18

Rujukan
Abdul Jasheer Jayaseelan, Noriati A. Rashid, Boon P.Y, sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan

Kamaruddin Wan Hasan. (2019). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (2th
ed.). Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Serhat Kurt. (2018, December 16). ADDIE Model: Instructional Design. Educational Technology.
https://educationaltechnology.net/the-addie-model-instructional-design/
Serhat Kurt. (2016, February 14). Assure: Instructional Design Model. Educational Technology.
https://educationaltechnology.net/assure-instructional-design-model/#:~:text=ASSURE%
20is%20an%20instructional%20design,various%20steps%20in%20the%20mode

19


Click to View FlipBook Version