TAJUK
5 PENGURUSAN DIRI SEMASA IHTILAM (WET DREAM)
MENGETAHUI BILA BERLAKU IHTILAM
Apa itu ihtilam (Wet Dream)?
Ihtilam merupakan perkara normal yang berlaku kepada remaja lelaki.
Mereka bermimpi sesuatu yang boleh merangsangkan nafsu syahwat.
Bila berlaku ihtilam?
• Semasa bermimpi sesuatu yang memberangsangkan nafsu syahwat,
zakar akan menegang dan mengeluarkan air mani tanpa disedari.
INFO
Kajian mendapati bahawa
wanita juga mengalami
peristiwa ihtilam.
(Sumber: Kementerian Kesihatan
Malaysia)
Syahwat:
Keinginan melakukan
GLOSARI persetubuhan.
(Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)
NOTA • Guru menerangkan kepada murid maksud ihtilam (wet dream). 1.5.1
GURU
23
CARA MENGURUSKAN DIRI SELEPAS MENGALAMI IHTILAM
1 2 Tukar cadar 3 Persiapan diri
untuk mandi
Bangun dari tidur 5 Memakai pakaian
selepas ihtilam
yang bersih
4
Mandi
Pada pendapat kamu,
apakah kepentingan
mandi dari segi kesihatan?
Kebersihan
Muslim Bukan Muslim
• Niat (sahaja aku • Membersihkan seluruh
mengangkat hadas besar badan dengan air bersih.
kerana Allah Taala).
• Membersihkan seluruh
• Meratakan air ke seluruh badan dengan sabun dan
badan termasuk air bersih.
rongga-rongga.
• Menggunakan syampu
• Membersihkan seluruh untuk mencuci rambut.
badan dengan sabun
dan air bersih.
Bincangkan kepentingan mengurus diri selepas mengalami ihtilam
bersama rakan-rakan lelaki kelas anda.
24 • Guru menerangkan perihal mandi bagi murid muslim dan bukan muslim. 1.5.2
NOTA • Menjelaskan cara mengurus diri selepas mengalami ihtilam.
GURU
LATIH MINDA (3)
LATIHAN atau
(7)
1. Tandakan (3) atau (7) pada pernyataan di bawah.
BIL SOALAN
1 Semua remaja lelaki mengalami ihtilam.
2 Ihtilam merupakan petanda akil baligh bagi remaja lelaki.
3 Ihtilam berlaku secara tidak sedar ketika mandi pagi.
4 Ketika ihtilam, zakar akan menegang dan mengeluarkan air mani
secara tidak disedari.
5 Nafsu syahwat terangsang secara sengaja ketika ihtilam.
6 Ihtilam disebut sebagai mimpi basah yang dialami oleh
remaja perempuan.
7 Penjagaan kebersihan selepas mengalami ihtilam tidak penting.
8 Setiap remaja lelaki perlu menjaga kebersihan tubuh badan
selepas bangun daripada tidur sahaja.
9 Remaja lelaki akan mengalami perubahan bentuk badan dan
perubahan suara selepas beralih ke zaman remaja.
10 Kebersihan tubuh badan dan penjagaan diri perlu
dilakukan selepas ihtilam.
1. Berikan maksud ihtilam (wet dream). 25
2. Bagaimanakah cara kita mengurus diri selepas mengalami ihtilam?
• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA
GURU