INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD NUQMAN BIN AHMAD ZAMBERI
ANGKA GILIRAN 2020192310130
NOMBOR KAD PENGENALAN 010409021165
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB1053
NAMA PENSYARAH HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR 2 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
1
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod kursus Kemahiran
Belajar (GKB1053) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Puan Haslinda Binti Mohamad Saad ,selaku pensyarah bagi
kursus Kemahiran Belajar kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya
untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya Puan Haslinda Binti Mohamad Saad atas budi bicara beliau dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka tugasan
ini tidak dapat dilakukan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
2
SENARAI KANDUNGAN Halaman
Kandungan 4
1.0 PENGENALAN 4-5
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1 5-6
6
2.1 Plus Minus Interesting (P.M.I) 7
2.2 Consider All Factors (CAF) 7-8
2.3 Consequences and Sequel (C&S) 8-9
2.4 Aims,Goals,and Objectives (AGO) 9-10
2.5 First Important Priority (FIP) 10
2.6 Alternatives,Possibilities and Choices (APC)
2.7 Other People’s View (OPV) 11
3.0 RUMUSAN 12
RUJUKAN
3
1.0 PENGENALAN
Kemahiran belajar merupakan satu kemahiran yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bestari. Ianya bermula daripada proses menentukan bahan hingga ke
pemerolehan maklumat dan seterusnya dapat memproses maklumat. Kemahiran belajar juga
dikenali sebagai kemahiran asas kepada seseorang untuk menerokai dan menguasai ilmu
yang dipelajarinya. Oleh yang demikian, sebelum seseorang pendidik itu ingin mencurahkan
ilmu kepada para pelajar maka menjadi kewajipanlah kepada dirinya untuk menguasai ilmu
Kemahiran Belajar terlebih dahulu.
Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar dapat ditakrifkan dengan
gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang dipraktikkan oleh
pelajar bagi memperolehi maklumat dan hasil pembelajaran. Selain itu, Kajian Hewitt (1973)
menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dan ketidakupayaan
untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah
pembelajaran mereka.
Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang baik, lebih berdisiplin serta mempunyai sikap yang positif ialah
apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Lantaran itu, Selmes (1987)
menyatakan bahawa Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang
pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu
pengetahuan. Kemahiran belajar bererti kebolehan atau kecekapan yang patut dikuasai oleh
setiap pelajar agar membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat
secara kendiri serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup. Pada pendapat saya,
Kemahiran Belajar ialah cara atau teknik belajar yang digunakan oleh seseorang supaya
dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri masing-masing dengan menggunakan
beberapa kaedah seperti penghafalan, pelaksanaan latih tubi yang berterusan dan
sebagainya.
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CORT 1
CoRT merupakan singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT
menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas dalam penghasilan sesuatu tugasan.
CoRT telah diperkenalkan oleh Edward De Bono pada tahun 1969 . Beliau dilahirkan di
Malta, sebuah negara yang terletak kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau merupakan
lulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge. Beliau
telah mencuba untuk mengaplikasikan kaedah cort di sekolah-sekolah yang berada di Barat.
4
Alat cort merupakan instrumen yang digunakan untuk meningkatkan tahap kualiti pemikiran
seseorang ketika berhadapan dengan situasi yang memerlukan jalan penyelesaian. Terdapat
tujuh alat berfikir yang boleh diaplikasikan dalam proses berfikir untuk meluaskan tanggapan
dan persepsi sebelum membuat sesuatu keputusan atau untuk menyelesaikan masalah
antaranya ialah:
Rajah 1
2.1 P.M.I – PLUS MINUS INTERESTING (BAIK, BURUK, MENARIK)
Alat-alat ini boleh digunakan apabila kita ingin mendapatkan keputusan yang terbaik dalam
sesi sumbangan, perbincangan atau apabila kita sedang berfikir tentang sesuatu idea.
Baik (Plus) : Perkara yang difiirkan baik bagi sesuatu idea
Buruk (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea
Menarik (Interesting) : Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik
untuk idea tersebut
5
Contoh: Pelajar Institut Perguruan dibenarkan untuk membawa kenderaan ke kampus.
Sebelum sesuatu keputusan atau pertimbangan dibuat, alat ini akan membantu kita untuk
menilai dari segi baik, buruk dan menarik untuk mendapatkan satu keputusan yang terbaik
BAIK BURUK MENARIK
-Memupuk sikap berjimat
-Memudahkan urusan keluar -Sukar untuk memberi cermat di kalangan pelajar
masuk pelajar tumpuan kepada sesi
pembelajaran
2.2 CAF – CONSIDER ALL FACTORS (AMBIL KIRA SEMUA FAKTOR)
Dilema untuk membuat keputusan merupakan sesuatu yang lumrah di dalam kehidupan
manusia. Tidak semua orang berani untuk membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan
kesan daripada tindakan yang diambil. Justeru, untuk membantu kita membuat sesuatu
keputusan yang terbaik, alat berfikir CAF amat sesuai digunakan untuk menyelesaikan dilema
yang dihadapi dan membantu kita membuat pilihan yang tepat. Jika kita menggunakan CAF,
kita akan memilih yang berkaitan dan penting sahaja daripada semua faktor yang
disenaraikan.
Contohnya:
PILIHAN FAKTOR-FAKTOR
Membeli kereta baru
- Memudahkan pergerakan
Mengekalkan kereta lama
- Menambah komitmen bayaran
bulanan
- Menjimatkan wang
- Sentiasa berbelanja untuk
menyelenggara kereta yang agak
berusia
6
2.3 C&S – CONSEQUENCES AND SEQUEL (KESAN MENGIKUT JANGKA MASA)
C&S berperanan untuk membantu manusia dalam membuat sesuatu keputusan yang
terbaik. Manusia sering melakukan inovasi dalam kehidupan seharian seperti mencipta,
mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Setiap daripada aktiviti-
aktiviti ini memerlukan mekanisme yang terbaik bagi memperoleh satu keputusan yang sesuai
diguakan sepanjang masa. Kita juga perlulah mengambil kira kesan-kesan yang akan
melibatkan beberapa pihak seperti masyarakat, alam sekitar dan lain-lain. Kadang-kadang
setiap keputusan yang dilakukan hanya sesuai untuk kesan jangka masa pendek sahaja tetapi
tidak sesuai untuk kesan jangka masa sederhana dan panjang. Sebagai contoh, dasar
kependudukan di negara China yang telah menghadkan setiap keluarga hanya boleh
mempunyai dua orang anak sahaja kerana populasi rakyatnya yang terlalu ramai. Keputusan
ini diguna pakai apabila kerajaan China telah mengkaji dari segi baik, buruknya serta kesan-
kesan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Alat berfikir C&S membantu kita untuk
menilai sesuatu keputusan melalui kesan mengikut jangka masa. Berikut merupakan empat
peringkat masa yang dinyatakan iaitu:
(a) Jangka masa serta merta
(b) Jangka masa pendek (1-5) tahun
(c) Jangka masa sederhana (6-25) tahun
(d) Jangka masa panjang (lebih daripada 25 tahun)
2.4 AGO – AIMS, GOALS AND OBJECTIVES (TUJUAN MAKLUMAT DAN OBJEKTIF)
Persekitaran akan mempengaruhi seseorang dalam melakukan sesuatu tindakan. Hobi juga
merupakan faktor yang diambil kira. Dalam apa jua situasi, manusia akan menjadikan
matlamat atau hala tuju sebagai pemandu arah kehidupannya. Alat berfikir AGO ini mampu
mengekalkan tujuan dan hala tuju asal seseorang itu supaya matlatmat yang diinginnkan
tercapai. Sebagai contoh, setiap manusia memerlukan tidur yang mencukupi, tetapi setiap
individu mempunyai tujuan yang berbeza untuk tidur. Ada di kalangan mereka yang hanya
tidur untuk memperoleh kesihatan yang baik, orang lain pula hanya tidur kerana ia merupakan
proses kebiasaan bagi seseorang manusia dan ada juga yang tidur kerana mereka memang
menghabiskan banyak masa dengan tidur.
7
2.5 FIP – FIRST IMPORTANT PRIORITY ( KEPENTINGAN UTAMA DIDAHULUKAN)
Penggunaan alat-alat berfikir seperti PMI, CAF, C&S, dan juga AGO dapat membantu kita
dalam membuat sesuatu keputusan. Namun timbul pula masalah-masalah seperti sukar
membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah disenaraikan
berdasarkan sesuatu idea yang dikemukakan. Kehadiran alat berfikir FIP dapat membantu
kita untuk membuat keputusan secara realistik. Alat berfikir FIP akan mendorong kita untuk
memilih sebahagian sahaja iaitu perkara yang paling penting diutamakan dan meninggalkan
sebahagian yang lain kerana tidak termampu bagi seseorang untuk melakukan semua benda
pada masa yang sama. Sebagai contoh, Encik Ahmad ingin melakukan pembelian sebuah
kereta yang berprestasi tinggi dan berjenama terkenal. Pemilihan keputusan bagi pembelian
tersebut dapat dimulakan dengan pengguanaan CAF dan kemudiannya diikuti oleh prinsip
FIP, hasil keputusan yang bakal diperoleh akan menjadikan Encik Ahmad akan
mendahulukan kepentingannya iaitu memperoleh sebah kereta yang baik dan mengetepikan
soal kejenamaan. Pemilihan keutamaan perlu berpandukan prinsip-prinsip tersebut:
8
(a) Keutamaan bagi setiap individu berbeza-beza
(b) Untuk setiap perkara dan faktor yang dipilih sebagai keutamaan perlulah disokong
dengan alasan yang tepat dan munasabah
(c) Faktor atau perkara yang dikira kurang penting digugurkan terlebih dahulu bagi
memudahkan untuk memilih keutamaan
(d) Selepas keutamaan dipilih, menjadi keharusan kepada kita untuk mempertimbang semual
faktor atau perkara yang telah digugurkan
2.6 APC – ALTERNATIVES, POSSIBILITIES AND CHOICES ( ALTERNATIF,
KEMUNGKINAN DAN PILIHAN
Manusia sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan tindakan dan langkah yang
perlu diambil walaupun tidak mempunyai banyak pilihan. Alat berfikir APC ini akan
mendorong kita untuk berfikir secara luas dan terbuka untuk mengumpul sebanyak mungkin
maklumat yang berkaitan dengan sesuatu idea dan perkara yang dikemukakan. Alat ini juga
9
membantu kita supaya tidak berfikiran sehala tentang sesuatu perkara malahan kita sentiasa
melihat sesuatu idea itu dengan luas malah digalakkan untuk meminta pandangan orang
lain jika perlu. Sebagai contoh, Akram memperoleh keputusan SPM yang agak kurang
memuaskan. Di dalam fikiran Akram sudah semestinya dia membayangkan masa
hadapannya tidak seindah apa yang diimpikan. Lantaran itu, alat ini akan membantu Akram
untuk berfikir secara luas dan memikirkan pelbagai cara untuk menceburi bidang yang
diminatinya itu.
2.7 OPV – OTHER PEOPLE’S VIEW ( PANDANGAN ORANG LAIN )
Lumrah kehidupan manusia adalah sentiasa bergaul sesama sendiri, ini tidak terkecuali bagi
urusan sesuatu perkara atau idea yang dikemukakan bagi memperoleh keputusan yang
disepakati bersama. Alat OPV ini membantu kita supaya dapat mengetahui pandangan
orang lain terhadap sesuatu perkara yang dilakukan terutama hal-hal yang melibatkan orang
lain. Alat ini juga mengelakkan diri kita membuat sesuatu keputusan yang hanya
menfokuskan diri kita semata-mata. Kebanyakannya para-para pentadbir atau badan
berautoriti yang akan menggunakan prinsip ini bagi mendengar pandangan dari pihak lain
tentang sesuatu hal supaya apa jua keputusan yang bakal diputuskan nanti mendapat
sokongan dan kejersama oleh semua pihak. Sebagai contoh, seorang guru besar cuba
menyelesaikan masalah-masalah disiplin pelajar disiplin. Perbincangan tersebut dihadiri
oleh guru-guru dan barisan perwakilan pelajar bagi menyelesaikan masalah tersebut di
samping mengambil pandangan dan berkongsi pendapat utuk mendapatkan jalan
penyelesaian yang terbaik. Hal ini kerana wujudnya perbezaan pendapat dan pandangan
adalah kerana setiap pihak mempunyai pegetahuan, kedudukan, latar belakang,
pengetahuan dan lain-lain. Oleh itu, alat berfikir OPV ini mendorong kita supaya mendengar
dan mengambil pendapat orang lain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang
muktamad.
10
3.0 PENUTUP
Konklusinya, alat-alat berfikir CoRT 1 ini amat membantu seseorang dalam membuat
sesuatu keputusan dan penyelesaian bagi sesuatu perkara dan idea yang dikemukakan.
Penghasilan sesuatu keputusan yang realistik dan tepat bergantung kepada prinsip-prinsip
yang telah dijelaskan. Justeru, alat-alat berfikir ini mampu memandu manusia mencapai
matlamat dan hala tuju kehidupan yang diinginkan berdasarkan keputusan yang telah dibuat.
11
RUJUKAN
Jamidin, M. N. (1995). KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BELAJAR. 40000 Shah Alam,Selangor
Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Abdul Hamid, M. A. (2003). Meningkatkan Daya Fikir: Panduan Memahami
Konsep-konsep Asas Serta Fungsi Pemikiran dalam Kehidupan Manusia.
Kuala Lumpur: Percetakan Cergas.
Abdul Rashid, A. R. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum: Pendekatan
Pedagogi dan Wawasan Pendidikan Bestari. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Abu Samah, A. (1994). Ke arah sistem pendidikan yang unggul: Cabaran & masa
depan. dlm. Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia. Siri Forum Ehwal
Semasa MSRC 2. Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia.
Balakrishan, G. (2002). Penilaian Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
dan Kritis dalam Matapelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 4 Satu Kajian
Kes di daerah Tampin dan Rembau, Negeri Sembilan. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana.
Chalupa, M. R. (1992). Critical thinking-getting minds to work. Business Education
Forum, 47(1), 21-24.
Chua, Y. P. (2004). Creative and Critical Thinking Styles. Kuala Lumpur: Universiti
Putra Malaysia Press.
Costello, P. J. M. (2003). Thinking Skills and Early Childhood Education. London:
David Fulton Publishers
12