BUKU SKRAP
SEJARAH SEKOLAH
(SK SUNGAI SERDANG)
NAMA: MUHAMMAD NAQIB AQEEF BIN KHIRULAZUAN
KELAS: 4 BAIDURI
1
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang, Batu 13 ½ Kampung Sungai Serdang
42200 Kapar Selangor
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang didirikan pada awal tahun 1960 apabila penduduk
baru kampung ini merayu meminta bantuan untuk mendirikan sebuah sekolah. Mereka
meminta agar didirikan sekolah memandangkan pertambahan penduduk yang semakin
meningkat akibat daripada perpindahan penduduk dari Kampung lombong, Puchong.
Penduduk-penduduk di sini telah merayu meminta bantuan daripada wakil-wakil rakyat di
kawasan Kapar pada masa itu seperti YB Encik Hamzah Alang, Yb Tuan Hj Mas’od Hayati,
YM raja Mokhtar (Penghulu Mukim Kapar) untuk mendirikan sekolah. Mereka ini telah
berjumpa dengan YB Encik Manikavasagam, Menteri Buruh pada masa itu untuk
mendapatkan bantuan. Akhirnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor telah memberi
bantuan sebanyak RM800 untuk dibuat bangunan sekolah sementara.
Bangunan sekolah sementara telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk
kampung. Bangunan sementara ini mempunyai keluasan kira-kira 1500 kaki persegi dengan
panjangnya 50 kaki dan lebar 30 kaki. Bangunan ini berdindingkan papan sekerat dan
beratapkan nipah. Manakala lantainya terdiri daripada tanah. Sekolah ini dinamakan
Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang diambil sempena nama kampung ini.
Apabila bangunan sementara ini siap, persekolahan pun dimulakan. Sekolah ini telah
menerima bantuan alatan sekolah iaitu bangku dan sedikit buku-buku dari Pejabat
Pelajaran Selangor pada 18 Julai 1960. Kemudian pada esoknya iaitu 19 julai 1960, sekolah
ini menerima murid-murid seramai 55 orang dan mereka terus memulai persekolahan. Pada
masa itu hanya terdapat tiga darjah sahaja. Guru yang mula bertuga pada masa itu
hanyalah dua orang sahaja iaitu Encik Baharom bin Shaharuddin selaku guru besar dan
guru penolongnya Encik Kahar bin Yusof.
Rekod kedatangan bulanan murid dan bantuan kewangan pada masa itu adalah dicampurkan
dengan Sekolah Kebangsaan Tok Muda. Bangunan sekolah baru mula didirikan pada awal
tahun 1963 dan siap pada Ogos 1963. Bangunan ini diperbuat daripada batu, beratap
genting, berlantai simen dan bertingkap cermin. Bangunan ini berukuran 140 kaki dan lebar
25 kaki mengandungi 4 bilik darjah dan sebuah dan sebuah bilik pejabat.
Pada tahun 1982, sebuah bangunan satu tingkat lagi didirikan untuk mengisi keperluan
pertambahan murid di sekolah ini. Bangunan ini dilengkapi dengan sebuah dewan dan
2
sebuah pusat sumber, tandas dan sebuah bilik darjah. Sebuah lagi bangunan yang
mengandungi empat kelas telah didirikan pada tahun 1989 bagi memenuhi pertambahan
murid ketika itu.
Seterusnya pada tahun 1995, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina yang mengandungi
5 bilik darjah dan sebuah bilik sains. Sebuah daripada bilik itu telah dijadikan surau dan
pada tahun 2003 sebuah lagi bilik telah diubah suai menjadi kelas untuk pra sekolah.
Pada tahun 1996, bangunan sekolah yang paling awal dibina telah dirobohkan dan sebuah
bangunan 3 tingkat telah dibina. Bangunan ini telah siap sepenuhnya dalam tahun 1998
yang mengandungi 9 buah kelas, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru. Sehingga akhir
tahun 2005, Sekolah kebangsaan Sungai Serdang mempunyai 4 blok bangunan iaitu 2 buah
blok bangunan 1 tingkat, sebuah blok bangunan 2 tingkat dan sebuah blok bangunan 3
tingkat. Makmal komputer telah dibina pada tahun 2002 dengan dibekalkan 20 buah
komputer dan mula digunakan pada tahun 2003.
Pada 2006, permohonan bangunan baru telah diajukan kepada pihak berkenaan. Oleh itu
bangunan baru 4 tingkat telah mula dibina pada tahun 2009 dan siap digunakan pada tahun
2010. Sehingga ke hari ini, keluasan sekolah ialah 4.83 ekar dengan 5 blok bangunan kelas
dan 1 blok makmal komputer.
3
NAMA PENTADBIR SEKOLAH
PK KOKURIKULUM
PK KOKURIKULUM
4
LENCANA SEKOLAH:
Biru : Melambangkankedamaian
Kuning : melambangkan Negara yangberaja
Putih : Melambangkan keindahandankedamaian
: Melambangkan kesefahaman dan muafakat
: Melambangkan sumber ilmu dapat diperolehi daripada bahan pembacaan.
: Melambangkan sekolah dikelilingi oleh pohon kelapa yang menjadi sumber pendapatan penduduk.
: melambangkan kepentingan menghargai masa dalam mencari ilmu pengetahuan
5
LAGU SEKOLAH:
Seiringlah kita
Melangkah bersama
Menuju SK Sungai Serdang
Berganding membina
akhlak yang mulia
Menjadi insan berguna
Sekolah ku sayang
Yang kami banggakan
Berkibar benderanya
Perpaduan itu asas jaya
Semogahidup bahagia
Marilah bersama
Kita usahakan
Tingkatkan azam
dan cita
Denganilmu itu
Pedoman hidup
Penyuluhdiharimuka
Ilham : Tuan Haji Basri bin Tukiman
Lagu : EncikAbdul Rani binDaud(ARD)
Gubahanlirik : Pn. Noridahbt Hj. Shariff
En. Aslah bin Yusof / Pn. Noraini Muslim
Gubahansemula : En.Supian
En. Ahyar Shamsuri En. M. Bakri Mukhtar
6
BENDERA SEKOLAH
BIRU KUNING
Biru : Melambangkankedamaian
Kuning : MelambangkanNegara yang beraja
Putih : Melambangkankeindahandankedamaian
PELAN LOKASI DARI RUMAH KE SEKOLAH:
7